You are on page 1of 15

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua , ponteng membawa
maksud, meninggal tugas (tanggungjawab, pelajaran dan lain-lain) tanpa kebenaran.
Anak-anak muda yang ponteng sekolah telah meninggalkan tanggungjawab mereka
untuk hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab yang kukuh dan tanpa kebenaran
penjaga sah mereka. Kebanyakan pelajar mengambil mudah hal ini, kerana mereka
berpendapat bahawa mereka hanya perlu memenuhi had minimum kehadiran ke
sekolah serta memandang remeh terhadap kesan-kesan negative yang mereka akan
dapat apabila kerap ponteng sekolah.

Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga


merupakan institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya
generasi akan datang. Sekolah juga merupakan tempat untuk memperkembangkan
potensi pelajar dari segi jasmani , emosi, rohani, dan intelektual seterusnya dapat
memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan
negara.

Namun begitu bukannya mudah untuk mencapai matlamat bagi melahirkan


manusia terdidik dan berguna yang seimbang dari pelbagai segi. Masalah berkaitan
ponteng sekolah yang berlaku dalam kalangan pelajar kini menjadi satu perkara yang
amat membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadi-jadi walaupun
pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk
membenteras kegiatan tidak sihat ini. Permasalahan ini jika tidak dibendung akan
meningkatkan kadar keruntuhan nilai moral dan kejadian salah laku dalam kalangan
pelajar.

Masalah ponteng yang membimbangkan ini merunsingkan kerana masa depan


sebuah negara sangat bergantung kepada generasi muda yang ada sekarang ini
terutamanya para pelajar. Namun, pelajar masa kini terdedah kepada pelbagai
masalah sosial yang akan merencatkan harapan negara untuk melihat semua pelajar
dapat menyumbang kepada pembangunan negara kearah negara maju.

1
PONTENG SEKOLAH

Ponteng sekolah merupakan satu perbuatan yang menyalahi peraturan


sekolah. Statistik menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah menengah yang ponteng
sekolah berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Ini bermakna, lebih ramai remaja
yang melakukan aktiviti berisiko tersebut. Hampir setiap sekolah di seluruh negara
mempunyai masalah disiplin di kalangan murid. Isu itu termasuklah penglibatan
jenayah, buli dan ponteng.

Bagaimanapun, gejala ponteng sekolah di lihat semakin menjadi-jadi sehingga


pada tahap serius. Sepanjang tahun 2017 gejala ponteng sekolah mencatatkan rekod
tertinggi dalam salah laku disiplin di kalangan murid. Menurut, Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid, rekod menunjukkan hampir 67,053 pelajar daripada hampir
lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melakukan salah
laku disiplin ponteng sekolah.

Bil Salah Laku Peratus (%) Jumlah


1 Ponteng sekolah 1.40 67053
2 Kurang sopan 0.29 14509
3 Tidak pentingkan masa 0.28 13415
4 Kekemasan diri 0.23 10946
5 Rokok 0.18 8514
6 Berunsur jenayah 0.14 6917
7 Kenakalan 0.12 5825
8 Buli 0.06 2795
9 Berunsur kelucahan 0.05 2266
10 Laku musnah 0.04 1868
Jadual 1: Salah laku diplin pelajar 2017, sumber infografik oleh Astro Awani.

Jadi terbukti masalah ponteng sekolah merupakan salah laku yang sentiasa
relevan sepanjang zaman, melainkan tindakan pembasmian diambil. Menjelang
proses transformasi pendidikan seperti sistem pendigitalan, harapan untuk membasmi
masalah ponteng sekolah ini mungkin wujud.

Menurut Laporan Displin Pelajar Sekolah Malaysia, ponteng sekolah


merupakan salah satu antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran displin oleh

2
pelajar di samping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil kajian dari Unit Displin
Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia didapati bahawa kes ponteng
sekolah mencatat peratus kekerapan yang agak tinggi berbanding kes-kes lain.
Meskipun pelbagai cara atau kaedah penyelesaian telah diambil untuk menangani
masalah ini, namun ia tetap berlaku. Justeru itu, adalah perlu untuk semua pihak yang
berkenaan memfokus perhatian kepada asas punca berlakunya gejala ponteng ini.
Diharapkan apabila punca telah dikenalpasti, maka usaha ini diharapkan dapat
membuka jalan baruuntuk menyelesaikan masalah dengan kaedah yang betul.

Kajian menunjukkan bahawa ponteng sekolah adalah tanda-tanda awal yang


seseorang remaja tersebut sedang menghadapi masalah. Sepatutnya pergi ke
sekolah setiap hari merupakan satu rutin bagi seorang pelajar, tetapi apabila mereka
ponteng, ianya seperti memberi signal bahawa mereka telah hilang arah tuju dalam
hidup. Secara tidak langsung, dengan ponteng sekolah, mereka cuba memberitahu
ibubapa, pihak sekolah dan masyarakat bahawa mereka memerlukan pertolongan
untuk meneruskan hidup ke arah yang lebih positif.

Dari segi punca lain ponteng sekolah, isu terkini menekankan bahawa pelajar
ponteng sekolah bukan kerana pembelajaran tidak kondusif. Akan tetapi kerana
wujudnya aktiviti yang lebih menarik di luar sekolah. Itu yang dinyatakan oleh Pakar
Psikologi kanak-kanak Professor Madya Dr Mariani Mohd Nor yang lebih cenderung
merujuk kepada masalah tingkah laku disiplin pelajar itu sendiri selain dari pengaruh
laman sosial dan internet.

Kebanyakan pelajar yang ponteng merupakan golongan remaja yang tidak


mempunyai jati diri dan prinsip hidup yang jelas. Mereka seringkali terpengaruh
dengan persekitaran yang akan membentuk keperibadian diri pelajar berkenaan.
Kajian lepas mendapati remaja yang terlibat dengan tingkah laku devian dan
delinkuen mempunyai konsep kendiri yang rendah. Remaja ini melihat diri mereka dari
perspektif yang amat negatif dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka
kepada masyarakat. Apabila pelajar tidak mempunyai hala tuju yang jelas ini
melakukan gejala ponteng, maka tidak mustahil untuk mereka terjebak dalam gejala
sosial negatif yang lain.

Pelajar juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan


keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang

3
ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah,
pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar
yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah
adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar
seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi
menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur
hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah
seperti takut didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang
berkenaan mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana
tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat
juga pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut
didenda kerana kesalahan mereka itu. Pelajar yang berasa malu sekiranya didenda
dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di
kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak
sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman
yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

4
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU PONTENG SEKOLAH

Pihak Sekolah dan Guru

Antara cara-cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah
juga berperanan dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini
demikian kerana pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik
atau mengajar mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah
khususnya guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek
yang diajar supaya pelajar dapat membezakan antara perkara baik atau perkara buruk
sejak awal lagi. Penerapan nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar
dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan gejala ponteng sekolah. Nilai-nilai
tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana penghayatan nilai-
nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan yang wajar dan
bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail, Mohd Jasmy
Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang di


peringkat sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan
pelajar tidak akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng sekolah.

Jenis tindakan yang boleh diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:

 Kaunseling
 Amaran
 Merotan (sekali)
 Merotan (2 kali)
 Merotan (3 kali)
 Merotan melebihi 3 kali
 Gantung sekolah
 Buang sekolah
 Tindakan polis

(Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian


Pendidikan Malaysia, 1990)Kementerian Pendidikan.

5
Menurut responden yang ditemu bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan
ponteng akan dirujuk kepada kaunselor untuk mengenal pasti punca yang
menyebabkan pelajar berkelakuan sedemikian. Seterusnya pihak sekolah akan
memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan salah laku pelajar yang ponteng, pada
kebiasaannya guru menjemput ibu bapa untuk hadir ke sekolah. Perbincangan
kebiasaannya melibatkan pihak pentadbir, guru disiplin, guru tingkatan guru-guru
mata pelajaran dan pelajar itu sendiri. Semua pihak yang terlibat berusaha mencari
solusi terbaik supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Sehubungan
dengan itu, denda juga akan menjadi teladan kepada semua murid-murid supaya tidak
mengulangi perkara yang sama. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk motivasi dan kesedaran kepada murid-murid seperti
kempen jangan ponteng dan ceramah-ceramah motivasi yang akan membantu
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran.

Peranan ibu bapa

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak
supaya tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah.
Hal ini demikian kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di
rumah. Hal ini juga cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan
Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu
dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan bahawa
keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu
bapa untuk bersama anak-anak.

Oleh itu, Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-
geri atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Menurut respon
yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam membentuk perilaku
anak. Tahap sosial yang semakin meninggi menyebabkan keghairahan mencari wang
ringgit dan harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-wenangnya
tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan. Selian itu, Lambakan pusat-
pusat hiburan, pusat beli belah menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang
ideal untuk ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan pulang lewat malam,

6
sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad. Justeru, anak-anak
bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang menghiburkan dan
menyeronokkan.

Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi
sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa
seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-
anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan
oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan dan tidak akan melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah. Di samping itu,
masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan hendaklah
tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan mendatangkan tekanan kepada
mereka seterus amat mudah untuk mereka melakukan perkara-perkara negatif seperti
ponteng sekolah.

Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah


tokoh filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai
agen pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak
mencetuskan cangkaliwang pada pada hari akan datang. Justeru penerapan
pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani gejala ini. Ibu bapa perlulah
menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi supaya mereka dapat menilai perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi.
Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan dengan norma masa
kini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan
tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh itu,
peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak-anak supaya tidak berpengaruh
dengan gejala-gejala negatif dan contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup
hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.

Peranan Masyarakat

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani


gejala ponteng sekolah. Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab
dan bekerjasama dalam menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling
haruslah mendukung konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng
sekolah, sikap tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan

7
berlaku dalam masyarakat. Masyarakat haruslah mengelak sikap lepas tangan
apabila berlaku sebarang gejala gejala negatif dan jangan bertindak seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Masyarakat setempat boleh
membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung
atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi
yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau
oleh ahli jawatankuasa masyarakat setempat. Masyarakat setempat juga boleh
meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat
berkumpulnya pelajar ponteng.

Terdapat segelintir masyarakat yang memberikan maklumat berkaitan ‘hot


spot’ pelajar ponteng kepada pihak sekolah. Justeru, pihak sekolah mengambil
tindakan untuk melakukan siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar terlibat. Jika
pelajar ponteng dalam kuantiti yang ramai, pihak sekolah akan menghubungi pihak
berkuasa tempatan seperti pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan tersebut.
Pelajar akan dibawa ke balai polis atau dibawa semula ke sekolah sebelum waris
hadir.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan


kemasyarakatan hendaklah diadakan seperti aktiviti hari keluarga ataupun gotong
royong. Hal ini demikian kerana apabila aktiviti seperti itu dapat dijalankan, hubungan
silaturahim semakin erat menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk
melakukan perkara negatif seperti ponteng sekolah. Melalui aktiviti ini juga, pelajar
akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Penerapan nilai-nilai itu akan mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-


gejala negatif seperti ponteng sekolah. Menurut responden pula, Selain itu program
kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan JKK kampung, AJK kampung turut
diadakan bagi membanteras gejala ponteng. Pihak yang terlibat ini akan
membekalkan maklumat kepada pihak sekolah dan mesyuarat akan diadakan setiap
bulan. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membanteras
gejala ponteng supaya tidak berleluasa.

8
Peranan media massa

Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar


ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi
minda memang tidak dapat disangkal lagi. Selain itu, media massa juga dikatakan
saluran komunikasi dan informasi yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media
massa elektronik seperti televisyen boleh memapar kesan gejala ponteng di kalangan
pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Kesan gejala ponteng
akan menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seprti
menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya.

Oleh itu, media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-
iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran
kepada semua pihak. Selain itu, berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang
disiarkan oleh media cetak juga mampu member pengajaran dan maklumat kepada
kita semua. Semua perkara yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti member
pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat
perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengari. Melalui media massa,
masyarakat lebih peka terhadap gejala-gejala yang berlaku dan akan mengambil
tindakan yang sewajarnya apabila melihat gejala tersebut. sikap bertanggungjawab
dalam diri setiap anggota masyarakat penting dalam menangi gejala ponteng sekolah
ini dan tidak berleluasa.

Di samping itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita,


program atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini
demikian kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-
aksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara
tidak langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa
banyak member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan
menangani gejala sosial khususnya ponteng sekolah.

9
CABARAN MENGATASI GEJALA PONTENG MASA KINI DALAM

DUNIA PENDIDIKAN

Dalam proses membendung gejala ponteng sekolah ini, wujud beberapa


cabaran seiring dengan kaedah mengatasi masalah tersebut. Hal ini yang
menyebabkan gejala ponteng masih menjadi gejala sosial pelajar yang paling utama
serta berlarutan sepanjang zaman. Walaupun pihak sekolah telah melaksanakan
pelbagai kaedah mengatasi maslah ini namun sekiranya wujud cabaran-cabaran ini
maka gejala ponteng kekal sebagai masalah sosial pelajar paling utama.

Saya terpaksa mengatakan bahawa pembangunan yg pesat, antara cabaran


yang merumitkan proses mengatasi gejala ponteng sekolah. Kebanyakan kawasan
yang berlakunya gejala ponteng adalah terdiri daripada kawasan bandar atau
kawasan berhampiran bandar. Biasanya kawasan yang pesat membangun wujud
pusat-pusat hiburan seperti cybercafé, pusat arked, dan panggung wayang. Malah
ada sekolah yang terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah. Wujudnya
kawasan seperti ini berhampiran sekolah menyukarkan usaha-usaha kearah
membasmi gejala ponteng sekolah. Jadi persekitaran sekolah yang tidak kondusif
bukanlah merupakan punca pelajar ponteng sekolah, namun pusat hiburan
berhampiran sekolah yang lebih kondusif bagi pelajar berbanding sekolah yang
menjadi punca masalah ini.

Cabaran seterusnya ialah ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam
mengatasi masalah ini. Era kini, masih ada ibu bapa yang tidak endah langsung akan
perkara yang berkaitan sekolah anak mereka. Sekiranya ibu bapa dalam golongan
kelas tengah, mereka beranggapan bahawa mereka tidak layak untuk terlibat dalam
aktiviti sekolah, manakala bagi ibu bapa yang kelas atas beranggapan bahawa anak
mereka yang terbaik dari segala hal. Jadi anak ini beranggapan bahawa ibu bapa
tiada masalah sekiranya pelajar ponteng sehari dua dalam seminggu, atau sebulan.

Bagi cabaran seterusnya, adalah pelajar itu sendiri. Zaman kini, pihak kerajaan
lebih mengutamakan penyediaan pelajar kearah kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Pandangan kerajaan membayangkan bahawa pelajar dengan kemahiran
berfikir aras tinggi ini akan seiring dengan sahsiah yang tinggi, akan tetapi tidak sama
sekali. Sahsiah pelajar itu sendiri yang menentukan sama ada pelajar
berkemungkinan melakukan gejala ponteng sekolah. Walaupun pelajar itu pandai
10
sekalipun jika tidak mempunyai sahsiah yang baik maka dibimbangi akan terbawa-
bawa sikap itu ke dewasa kelak. Contoh situasi apabila pelajar tanpa sahsiah mereka
akan berfikir seperti berikut:

“kalau ponteng apa salahnya, bukannya tak boleh catch up”

“kalau ponteng apa salahnya, kerja sekolah boleh tanya member”

“Kalau ponteng apa salahnya, cikgu ajar bukan faham sangat pun”

Sekiranya pelajar kekal dengan stigma sebegini, maka masalah ponteng


sekolah akan kekal berlarutan sebagai masalah displin pelajar yang paling utama
setiap tahun. Oleh itu, cukuplah dengan punca gejala yang ponteng sedia ada, tidak
perlu kita tambah dengan cabaran-cabaran seperti ini. Natijahnya, pihak sekolah
terpaksa berfikir kaedah mengatasi yang lain pula.

11
KESIMPULAN

Ponteng sekolah sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan


keseronokan kepada pelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar
itu sendiri. Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah
masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan
dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka
dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka
akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi
kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah


ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan
memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak
sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka
terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “sampah” masyarakat kerana
mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan.
Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat
mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai penjaga.

Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar
ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan
negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. Walaupun sudah
dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko yang
perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih
ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Lazimnya para pelajar yang kerap
ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kedatangan fail
peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar
terbabit tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%.
Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit
untuk mengikuti peperiksaan akhir tahun turut terjejas.

12
Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri
perlu juga dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak
sekolah terutamanya guru-guru. Diantara alasan guru-guru yang merasa tertekan
dengan perlakuan para pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Guru
merasa kerugian kerana tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lainnya
kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan
kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia mengangu
proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru
kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal
serta tidak difahami oleh pelajar ponteng. Pelajar yang ponteng sering menganggu
kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu
melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.

Gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung dengan berkesan
jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya
dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya
dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng sekolah
dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa,
pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus
dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk
mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa
akan datang.

13
RUJUKAN

Ang, J. S. (2007). Pengurusan disiplin murid. Batu Caves: PTS Professional.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2004). Laporan Jawatankuasa menngani


isu budaya negatif di kalangan murid sekolah. Kuala Lumpur: Unit Displin Bahagian
Sekolah

Atan Long (1982), “Psikologi Pendidikan.”Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan


Pustaka.

Berita Harian, 2 April 2001, Gejala ponteng yang merumitkan. Kuala Lumpur:
Malaysia.

14
LAMPIRAN

15

You might also like