You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEGAR

JALAN MANIS 56100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 1/2018

Tarikh : 8 Januari 2018


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Media
Pengerusi : En Mohd Izuddin Shah b Abdullah
Kehadiran :

Bil Nama

1 En Mohd Izuddin Shah b Abdullah ( GPK Hal Ehwal Murid )


2 En Nasrul Asyraf b Md Nasir ( Ketua Guru Disiplin )
3 En Abdul Rauf b Ismail
4 Pn Khairulbariah bt Isa
5 Pn Suhaiza b Md Zain
6 Pn Norlian bt Abdul Aziz
7 En Mohd Azuan b Abd Aziz
8 En Asyraf Faruqi b Idris
9 Pn Rusliza bt Zainal Abidin
10 En Safari b Saufi
11 En Muhammad Shahrir b Norkhir
12 Cik Henusha a/p Suthesan

Tidak Hadir

1 En Mohd Suhaimi b Mohd Nor (Bersebab - Cuti Sakit)


2 En Mohd Fahmi Asyraf b Nor Azmi (Bersebab - Kursus)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalukan kehadiran semua


guru yang terlibat ke mesyuarat disiplin dan pengawas kali pertama tahun 2018.
Tindakan: Makluman

1.2. Pengerusi mengingatkan agar semua yang terlibat untuk mamatuhi masa serta
kerjasama sewajarnya dan mengharapkan agar perjalanan mesyuarat
berlangsung secara dua hala dengan ada interaksi antara kedua-dua belah pihak
Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya lebih proaktif dalam memantapkan


disiplin murid-murid.
Tindakan: Makluman

1.4 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menggunakan bulan Januari ini
dengan sepenuhnya untuk membentuk sahsiah murid yang cemerlang supaya
bulan-bulan persekolahan yang seterusnya mereka akan lebih berdisiplin.
Tindakan: Makluman

1.5 Pengerusi meminta guru-guru lain membantu guru-guru disiplin dengan


memantau pelajar sepanjang masa.
Tindakan: Makluman

1.6 Pengerusi mengingkatkan JK Disiplin & Pengawas dan JK Bimbingan & Kaunseling
untuk bekerjasama dan menjana semangat berpasukan sesama mereka.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn Norlian bt Abdul Aziz mencadangkan Minit Mesyuarat Disiplin dan


Lembaga Pengawas Bil 3/2017 disahkan dan disokong sebulat suara oleh semua
ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Disiplin

3.1.1 Kawalan displin murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk


perhimpunan pagi dimana semua guru bekerjasama memantau murid-
murid dari masa ke semasa.
Tindakan: Makluman

3.1.2 Program SELASIH yang telah diperkenalkan oleh Encik Izuddin untuk
memantapkan disiplin murid-murid perlu ditekankan dan diajar oleh guru-
guru dengan kerap.
- SE (ucap SELAMAT)
- LA ( ucap SALAM )
- SIH ( ucap TERIMA KASIH )
Tindakan: Semua Guru

3.2 Pengawas

3.2.1 Guru pengawas perlu melaksanakan perjumpaan bersama – sama dengan


pengawas dengan lebih kerap.
Tindakan: En Safari & Cik Henusha

3.2.2 Jadual bertugas pengawas perlu dipaparkan di papan kenyataan


pengawas.
Tindakan: Makluman

3.2.3 Pengerusi mengingatkan Setiausaha JK Disiplin dan Pengawas untuk


sentiasa menyiapkan dan mengemaskinikan laporan dan kertas kerja
berkaitan dengan program-program Disiplin dan Pengawas pada waktu
yang ditetapkan.
Tindakan: Makluman

3.2.4 Beberapa orang pengawas yang tidak sesuai serta tidak layak untuk
menjadi pengawas akan dilucutkan jawatan.
Tindakan: Makluman

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1. En Nasrul Asyraf b Md Nasir ( Disiplin )

4.1.1 Pengutipan buku kawalan kelas akan dilaksanakan pada setiap hari
Jumaat. Guru yang bertanggungjawab untuk menyemak buku tersebut
ialah:
Tahap 1: Cik Henusha
Tahap 2: En Nasrul Asyraf
4.1.2 Ketua kelas Sasterawan buat setiap aliran akan mengutip buku kawalan
kelas lain di alirannya dan hantar kepada guru-guru yang berkenaan.
4.1.3 2 keping kad kebenaran yang baru akan diletakkan dalam setiap kelas bagi
penggunaan murid.
4.1.4 Jadual bertugas pintu pagar akan diedarkan secepat mungkin dan akan
juga dipaparkan di papan kenyataan Guru.
4.1.5 Program Anak Angkat masih dalam proses perbincangan dan akan
dimaklumkan kepada guru-guru sekalian jikalau ada makluman yang terkini
untuk perhatian guru-guru.
4.1.6 Jawatankuasa pengawas sekolah kini dibantu oleh Cik Henusha a/p
Suthesan sebagai Setiausaha JK Disiplin & Pengawas.
4.1.7 Guru-guru yang mengendalikan tahap:
Tahap 2: En Safari b Saufi & Cik Henusha a/p Suthesan
Tahap 1: Puan Rusliza bt Zainal Abidin
Tindakan: Makluman

4.2 En Mohd Izuddin Shah b Abdullah

4.2.1 Pada hujung bulan Januari, pelantikan pengawas akan dijalankan, maka
Pn Norlian bt Abd Aziz diminta untuk membantu menyelia hal ini.
4.2.2 Perkhemahan pengawas (Kem Jati Diri) akan dilaksanakan pada 9-10
Februari 2018.
4.2.3 Papan kenyataan badan lembaga pengawas perlu dikemaskini dari masa
ke semasa dengan bahan-bahan penting seperti carta organisasi badan
lembaga pengawas dan tugas-tugas ahli-ahli pengawas.
4.2.4 Guru-guru dingatkan untuk menandatangani buku kawalan kelas semasa
masuk mengajar untuk mengelakkan diri daripada dibelenggu hal-hal yang
tidak menyenangkan dan juga sebagai bukti masuk ke kelas pada hari dan
masa mengajar masing-masing.
4.2.5 Panduan penggunaan Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) akan
diturunkan kepada pengerusi JK Disiplin dan Pengawas.
Tindakan: Makluman

4.3 En. Safari bin Saufi ( Pengawas )

4.3.1 Tugasan pengawas tahun 4 - 6 akan diagihkan dalam masa yang terdekat.
4.3.2 AJK pengawas seramai 7 orang akan dilantik tidak lama lagi dimana
mereka akan dilantik berdasarkan pandangan dan undian guru kelas, guru-
guru matapelajaran dan guru disiplin.
4.3.3 Setelah perkara ini dijalankan, carta organisasi pengawas sekolah akan
disempurnakan.
4.3.4 Kem Jati Diri diwajibkan untuk semua pengawas dan adalah khusus buat
mereka untuk menjadi pengawas.
4.3.5 Kem ini tidak akan disertai oleh pengawas percubaan tahun 3 tetapi ketua
kelas dan penolong ketua kelas disyorkan untuk menyertai perkhemahan ini
untuk mengasah kepimpinan mereka.
Tindakan: Makluman

4.4 Puan Khairulbariah bt Isa ( Pengawas PPKI )

4.4.1 Guru-guru PPKI telah mencadangkan tiga calon, tetapi hanya seorang
telah setuju untuk mengambil jawatan sebagai pengawas sekolah.
Tindakan: Makluman

4.4.2 Pn Khairulbariah akan membuat jadual bertugas untuk pengawas sekolah


PPKI.
Tindakan: Pn Khairulbariah

4.4.3 Pencalonan pengawas PPKI buat tahun hadapan (2019) akan dilakukan
sekali lagi pada akhir tahun ini setelah menjalankan pemerhatian dan
pemantauan karakter dan personaliti murid-murid PPKI sepanjang tahun
ini.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan sekolah, pengawas-pengawas


sekolah ditekankan untuk memakai vest.
Tindakan: Makluman

5.2 Ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas pula digalakkan untuk memakai
blazer yang akan ditempah oleh pihak sekolah bagi kegunaan pengawas-
pengawas ini.
Tindakan: Makluman

5.3 Kem Jati Diri akan dilaksanakan pada 9-10 Februari 2018 dimana ketuanya
ialah En Safari dan setiausahanya ialah Pn Suhaiza.
Tindakan: Makluman

5.4 Taklimat program ini akan dilaksanakan pada masa yang terdekat.
Tindakan: Makluman

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang.


Tindakan: Makluman

Disediakan oleh

.............................................................................
(HENUSHA A/P SUTHESAN)
Setiausaha Disiplin dan Lembaga Pengawas
SK Taman Segar

Tarikh : 15 Januari 2018

You might also like