You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR CHIKU

18300 GUA MUSANG, KELANTAN

KERTAS KERJA

PROGRAM REHAT MINDA

TINGKATAN 5 2019

ANJURAN :

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN SPM


SMK BANDAR CHIKU

TARIKH :
26 & 27 SEPTEMBER 2019

TEMPAT :

GAMBANG WATERPARK, KUANTAN PAHANG


1.0 Pendahuluan

Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif pihak sekolah untuk
meningkatkan prestasi calon SPM 2019 khususnya peningkatan kualiti dan kuantiti.
Program ini menggarapkan pendekatan perjumpaan bersama guru dalam kumpulan
kecil agar wujud semangat kolaborasi untuk sama-sama bertanggungjawab
memastikan kejayaan para pelajar. Hal ini akan menambahkan keyakinan pelajar untuk
terus berjuang demi kejayaan yang cemerlang.
Pihak sekolah berharap dengan usaha yang murni ini akan melahirkan pelajar
yang sedar potensi diri dan lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Hasilnya nanti diharap mampu meningkatkan keputusan SPM dari segi kualiti dan
kuantiti. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam
usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk meneroka
masa depan yang lebih baik dan berkualiti.

2.0 RASIONAL

2.1 Yakin bahawa pelajar-pelajar mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya
jika diberi dorongan dan bimbingan secara berterusan.
2.2 Percaya bahawa pelajar-pelajar mampu mencapai keputusan yang baik jika
dibimbing dan dipantau khususnya oleh guru – guru.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menentukan peratus pencapaian SPM 100%


3.2 Program ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju dan
matlamat yang ingin di capai oleh para pelajar.
3.3 Program ini dapat mewujudkan hubungan akrab dan terarah antara pelajar
dan guru.
3.4 Memberi semangat kepada pelajar agar mencapai keputusan cemerlang
dalam SPM

4.0 TARIKH / MASA

26 & 27 SEPTEMBER 2019 (Khamis & Jumaat)

5.0 TEMPAT
 Gambang Waterpark, Kuantan, Pahang
6.0 SASARAN

Melibatkan pelajar seramai 40 orang calon SPM (Rujuk Lampiran)


Guru pengiring seramai 4 orang (Rujuk Lampiran)

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan - SUMBANGAN PIBG


- KUTIPAN PELAJAR (RM50 x 40 = RM2000)

7.1 Anggaran perbelanjaan :


Bil Perkara Kuantiti Harga

1 Makan minum pelajar RM50 x 40 pelajar RM 2000.00

2 Bas RM 2800.00
Pergi dan balik X 1 unit
3 Penginapan Pelajar RM 1015.00
15 Bilik x 1 malam
4 Tiket Waterpark RM 528.00
RM12 x 44
5 Ubat-ubatan dan belanja rencam
Beg Plastik
RM 100.00
Minyak Angin
Persediaan Kecemasan

JUMLAH RM 6343.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA :

Pengerusi : En. Mohd Kamalluddin Kamil B Mohamed Noor


(Pengetua)

Naib Pengerusi i : En Wan Mohd Zani bin Wan Mahmood


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi ii : Tn Hj Abdul Wahid bin Mat Yajid


(Penolong Kanan HEM)

Setiausaha : Pn Hanida binti Ibrahim@Dollah

Penolong setiausaha : Cik Siti Nor Azliha binti Mohammad


Penyelaras : Pn Normalizawati binti Md Jusoh (kaunselor)

Bendahari : Pn Syahaliza binti Mad Dali

Buku Program : En Nazmi bin Nordin

Penginapan : Pn. Norlaili bin Mohammad

Dokumentasi : Pn .Salmiah bin Ghani

Fotografi : En Dahari bin Din

Kain Rentang : Puan Roslina Bt Ibrahim

Keselamatan : En. Afandi bin Daud

9.ATURCARA PROGRAM

HARI PERTAMA ( 26 September 2019 – Khamis )


8.00 pagi - Berkumpul di Dewan Dato’ Nozula dan bertolak ke resort.

1.00 ptg - Sampai di tempat penginapan


- Makan tengahari
- Berehat.

3 .30 ptg - Bergerak ke EastCoast Mall


- Aktivti membeli belah di EastCoast Mall

7.00 malam - Solat Maghrib dan makan malam

8.00 malam - Bertolak ke Taman Esplanade, Kuantan.

10.00 malam - Balik ke tempat penginapan.

HARI KEDUA ( 27 September 2019 – Jumaat )

8:30 pagi - Sarapan dan ‘check out’ tempat penginapan.

10.00 pagi - Bertolak ke Gambang Waterpark


- Aktiviti di Waterpark
3.00 ptg - Bertolak ke SMK Bandar Chiku

8.00 malam - Sampai ke SMK Bandar Chiku

10. PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar pelajar dapat menggunakan peluang yang ada ini
untuk berinteraksi dengan guru mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan
baik dan diharap program yang telah disusun atur untuk kemajuan mereka tidak disia-
siakan. Hasilnya diharap dapat membuahkan keputusan SPM yang lebih cemerlang
pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ………………………….
Hanida Bt Ibrahim @ Dollah
(SETIAUSAHA JK KECEMERLANGAN SPM)

You might also like