You are on page 1of 13

ETIKA KAUNSELOR

NAMA AHLI KUMPULAN 4 :

HUMAIRA BT AMER
MOHAMED SYAFIQ BIN MOHAMAD KARIM
MOHD AMIRUL BIN AWANG
MUHAMMAD FARHAN BIN ZAKARIA
NURUL ATIQAH BINTI AZAMI
ETIKA KAUNSELOR
• Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi
memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang
kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
• Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan
meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran
dalam bidang profesionnya.
• Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan
penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling.
• Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan
merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa
kaunseling melainkan maklumat yang akan
membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
• Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar
belakang sosio-budaya klien
• Mengutamakan keperluan klien daripada keperluan
kaunselor sendiri
• Kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas
kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui
penyeliaan lazim dan sokongan perundingan
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
TERHADAP KLIEN
• Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan
klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.
• Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan
segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan
maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di
persekitarannya.
• Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan
private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seterusnya diperhatikan
oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga
sesi kaunseling yang dirakam (audio atau video).
• Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah
memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak
memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada
dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
• Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah
pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah
lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau
penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
• Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh
dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta
kecekapan profesionalismenya.
• Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar
belakang sosio-budaya klien.
• Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau
menggalakkan diskriminasi berasaskan
ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal / mental
atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun.
• Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai
keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
• Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya
di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur
kerahsiaan.
• Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan
boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama.
• Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain
berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah
menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan
klien dan orang lain yang terlibat.
• Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling
kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang
mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai
hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat
penilaian.
• Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak
menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada
kaunselor lain.
• Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak
menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa
yang sama.
• Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien
memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang
kepakarannya, kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut
kepada pihak yang berkenaan.
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

• Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap
kecekapan profesionalismenya.
• Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil
dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
• Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan
serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak
beretika.
• Kaunselor hendaklah bersedia untuk
mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor
yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang
tidak beretika.
TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
TERHADAP MASYARAKAT


• Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur


sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
• Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang
tersebut.

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
TERADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN
• Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang
ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
• Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan
prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya.
• Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya
diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi
amalan pekerjaan.
• Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan
sumber organisasinya.
• Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan
tahap kecekapan profesionalnya.
• Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal
dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai
khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur
kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau
peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.
• Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan
tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang
merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.
• Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara
profesional dari masa ke masa.
• Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke
atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.
RUJUKAN
• Etika Kaunselor diambil pada 5 Januari 2013 di
laman sesawang

http://ebuli.upsi.edu.my/index.php?option=c
om_content&view=article&id=767%3Aetika-
kaunselor&catid=67%3Abuli&lang=ms

You might also like