You are on page 1of 15

Menghadapi

Kepelbagaian Pelajar
By:

SITI SURIA SALIM


DEPARTMENT of BASIC of EDUCATION
FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
suria@educ.upm.edu.my

Lecture 5- Multicultural Education 1


PENGENALAN
 Pada masa ini, sekolah amat menitikberatkan
keseragaman lebih daripada kepelbagaian.
 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu
pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga,
dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana
ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran
mereka.
 Konteks kepelbagaian ini adalah satu impak yang sangat
penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Lecture 5- Multicultural Education 2


Kepelbagaian Pelajar ???
 Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang
lain.
 Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan
tidak ada individu lain yang 100% sama dengannya,
walaupun kembar seiras.
 Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu
bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya, sama ada dari segi sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan
aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama
individu dalam sesuatu kumpulan.
Lecture 5- Multicultural Education 3
Aspek-aspek Kepelbagaian Pelajar

JANTINA

EMOSI FIZIKAL

Aspek-aspek
Perbezaan
KESIHATAN Individu
PERSONALITI

Bahasa
PERSEPSI
&
&
BANGSA
NILAI
Tahap
Kognisi

Lecture 5- Multicultural Education 4


JANTINA
 Maccoby & Jacklin (1974) menyatakan bahawa kecergasan lisan
pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki.
 Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial golongan
lelaki adalah lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum akil
baligh.
 Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan
jantina.
 Di sekolah, pelajar lelaki biasanya dianggap lebih nakal dan
kurang berdisiplin.
 Pelajar perempuan pula dianggap lebih rajin dan berdisiplin serta
berjaya dalam pelajaran.

Lecture 5- Multicultural Education 5


Lecture 5 - Multicultural Education 6
FIZIKAL
 Sheldon (1942) mengkategori temperamen kepada 3
kategori.
 Endomorf (Bertubuh bulat)
-suka bergaul, relaks, mementingkan diri sendiri, tetapi
mudah diserang tekanan.
 Mesomorf (Tubuh badan otot yang kuat)
-Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan, tetapi
ada tanda boleh terlibat aktiviti delinkuen.
 Ektomorf (Kurus dan tinggi)
-Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan
mudah diserang penyakit skizofrenia.

Lecture 5 - Multicultural Education 7


PERSONALITI
 Personaliti adalah merupakan pola pemikiran, perasaan
dan tindakan seseorang individu yang relatif unik dan
stabil.
 Personaliti menerangkan bagaimana seseorang itu
berbeza dengan individu lain dan apakah pola
tingkahlaku seseorang serta ciri-ciri keperibadian
seseorang. (Gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir,
gaya bertindak atau gaya bekerja)
 Carl Jung membahagikan personaliti pelajar kepada
ekstrovert, introvert dan ambivert.

Lecture 5 - Multicultural Education 8


BAHASA & BANGSA
 Akibat daripada migrasi, percampuran pelbagai etnik
dan bangsa berlaku di sesebuah negara.
 Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, seperti
kaum Melayu, Cina, Melayu, Iban, Kadazan dan
sebagainya.
 Setiap kaum mempunyai budaya dan bahasa yang
berlainan.
 Di sekolah, perselisihan faham antara pelajar yang
berlainan bahasa dan bangsa merupakan antaranya
punca utama berlakunya kes pergaduhan.

Lecture 5 - Multicultural Education 9


TAHAP KOGNISI
 Setiap pelajar mempunyai tahap kognisi yang berbeza-beza.
 Tahap kognisi merupakan tahap keupayaan individu
mempersepsi maklumat. (Witkin, 1940)
 Terdapat pelajar yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi
lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya.
 Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi tidak semestinya berjaya dalam mengendalikan
kehidupan seharian.
 Maka, Tugas guru adalah mencungkil potensi pelajar dalam
bidang-bidang tertentu.

Lecture 5 - Multicultural Education 10


PERSEPSI & NILAI
 Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan
yang berbeza terhadap pembelajaran.
 Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza
berdasarkan perbezaan individu dan latar
belakang kehidupan mereka.
 Guru hendaklah mengenalpasti pelajar yang
mempunyai persepsi & nilai yang negatif.
 Setelah itu memberi motivasi agar mereka
mengubah sikap negatif kepada positif.

Lecture 5 - Multicultural Education 11


KESIHATAN
 Sebahagian besar pelajar dalam kelas terdiri daripada
pelajar yang sihat, riang, cerdas dan normal.
 Namun, ada juga pelajar yang kurang sihat dan
berpenyakit atau mempunyai kecacatan yang tertentu.
(Pendengaran, Penglihatan, Bisu, Gagap & sebagainya)
 Faktor kesihatan boleh menjejaskan aktiviti pengajaran
& pembelajaran serta aktiviti di luar bilik darjah.

Lecture 5 - Multicultural Education 12


EMOSI
 John Mayer (Universiti New Hampshire) dan Peter Salovey
(Universiti Harvard) merupakan ahli psikologi yang mula-mula
sekali menggunakan Istilah emotional intelligence pada tahun
1990.
 Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion, dari
émouvoir .
 Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. (Gembira,
duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan
sebagainya)
 Tahap kecerdasan emosi adalah tahap keupayaan seseorang
menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi.
(Crow & Crow, 1958)
 Aspek emosi boleh mempengaruhi prestasi seseorang pelajar.

Lecture 5 - Multicultural Education 13


KESIMPULAN
 Wan Zahid (2008) mengesyorkan agar para guru memahami stail
pembelajaran pelajar.
 Seterusnya, menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang
pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat
menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam
pembelajaran mereka.
 Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukan
memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang
begitu penting pendidikan masa kini dan akan datang.
 Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-suaikan dengan
stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar
akan meningkat.

Lecture 5 - Multicultural Education 14


Pendidikan Untuk Semua Dalam Konteks
Kepelbagaian Pelajar Di Malaysia
 Negara Malaysia melalui wawasan 2020, Falsafah Pendidikan
Negara dan PIPP 2006-2010 menegaskan betapa pentingnya
merapatkan jurang pencapaian di antara pelajar-pelajar
berdasarkan pelbagai latar belakang.
 Sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan, semua murid
berhak mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tanpa
mengira kaum dan lokasi tempat tinggal.
 Setakat 30 Jun 2010, bilangan Sekolah yang terdapat di Malaysia
adalah 7695 (Sekolah Rendah) dan 2248 (Sekolah Menengah).

Lecture 5 - Multicultural Education 15

You might also like