You are on page 1of 6
4 JABATAN PENGATRAN DAN SALIRAN MALAYSIA SURAT PEKELILING JPS MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2010 POLISI DAN STRATEGI PENGURUSAN EMPANGAN JPS MALAYSIA TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan peranan dan tanggungjawab Bahagian Rekabentuk dan Empangan (BRE, JPS Ibu Pejabat) dan JPS Negeri (PPSN dan Jurutera Daerah) dalam kerja-kerja pengurusan empangan-empangan JPS sejajar dengan prosedur dan amalan terbaik pengurusan empangan bertaraf dunia. LATARBELAKANG 2 JPS mempunyai lima belas (15) buah empangan yang kebanyakannya terdiri daripada jenis tanah di samping sebuah jenis Concrece Face Rockfill Dam (CFRD) dan sebuah lagi jenis Porous Dam (Rujuk Jadual 1). Kesemua empangan ini berusia di antara 6 schingga 104 tahun. Berpandukan piawai antarabangsa (JCOLD, USACE), dua belas (12) buah empangan dikategorikan bersaiz besar (/arge dams) manakala sembilan (9) buah diklasifikasikan berpotensi bahaya yang tinggi (high hazard potential). Fungsi utama empangan-empangan yang telah dibina oleh JPS adalah untuk tujuan tebatan banjir, pengairan, dan penahan kelodak. Empangan perlu dikendali (operated), disenggara (maintained) dan diawasi (Kept under surveillance) dengan sebaik mungkin berdasarkan manual Operasi dan Penyenggaraan (O&M) serta merujuk kepada Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang ditetapkan dalam pekeliling ini agar keselamatannya terpelihara sepanjang masa. Ini adalah kerana kegagalan sesebuah struktur empangan merupakan satu bencana besar yang boleh melibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang besar magnitudnya dan seterusnya mempunyai impak sosioekonomi yang negatif di daerah yang berkaitan. Muka Surat 1/6 = I 1 Perlis - Timah Tasoh ‘Tanah 2 Langkawi Padang Saga Tanah 3 a Tl Beris — CFRD. 4 Perak Kerian Bukit Merah Tanah 5 Kinta Gopeng Tanah 6 Kelantan Pasir Mas Bukit Kwong ‘Tanah 7_| Selangor Gombak Batu Tanah 8 Ronpin Pontian Tanah 9 Anak Endau Tanah Pahang = 10 ee Perting Porous i Repas Tanah 12 Batu Pahat Bekok Tanah 13 Johor Sembrong Tanah 4 Kluang Macap ‘Tanah 15 Mersing Labong Tanah PENGURUSAN EMPANGAN BERTARAF DUNIA. 5. Sesebuah fasiliti empangan perlu dikendali, diselenggara dan diawasi mengikut prosedur-prosedur yang betul agar apa-apa potensi masalah akan. dapat dikesan awal sebelum ianya menjadi tidak terkawal. Langkah-langkah membaik pulih awal seterusnya boleh diambil untuk mengelakkan daripada bencana lebih besar berlaku. Pengurusan struktur empangan perlu dibuat mengikut piawai-piawai tertentu. Walaupun masih tidak mandatori di negara ini, sebuah dokumen bertajuk Guidelines for Operation, Maintenance and Surveillance of Dams keluaran Malaysian Inter-Departmental Committee on Dam Safety (MIDC) menjadi panduan kepada semua pemilik empangan bersabit amalan terbaik pengurusan sesebuah fasiliti empangan, Di peringkat antarabangsa, ICOLD Bulletin 59, USBR TADs Manual, USBR SEED Manual dan USACE juga menjadi panduan dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan ke atas sesebuah fasiliti empangan. Muka Surat 2/6 7. Falsafah ICOLD menegaskan bahawa: “The fact that no problems have been detected over a long period of time does not necessarily give proof of safety. Serious problems may occur even afier many years of trouble-lree operation. Rigorous and continuous surveillance constitute the most reliable basis for the protection of a dam owner, the designer, the contractor and the public from avoidable risks”. Beberapa skop kerja utama perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang terlibat secara bersepadu supaya integriti empangan terjamin, Keperluan kerja-kerja ini lazimnya adalah termaktub di dalam manual (O&M) dan ia merangkumi kerja-kerja: Pengendalian (operation) Penyenggaraan (maintenance) Pemantauan keselamatan (safety monitoring) Pemeriksaan keselamatan (safety inspection) Membaikpulih (rehabilitation) epoop Lain-lain perkara yang perlu diberi perhatian ialah yang berkaitan dengan: Aktiviti Pemantauan Resapan Teknik Isotop Pewartaan Sebagai Sasaran Penting a. Pengemaskinian manual O&M b. Kerja ukur hidrografi c. Penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (EAP) 4. Pencerobohan e. Hakmilik dan pewartaan tanah £ 8 PERANAN BRE, PPSN DAN JD Pengendalian dan Penyenggaraan Empangan 10. JD memastikan perlaksanaan kerja-kerja ini mengikut manual O&M. PPSN memantau serta memastikan kelancaran kerja-kerja dengan sumber yang mencukupi, BRE memberi input teknikal apabila diperlukan selain daripada menyalurkan peruntukan kewangan tambahan yang diagihkan kepada setiap pp. Mua Surat 3/6 Pemantauan Keselamatan Rutin a JD memastikan perlaksanaan kerja-kerja ini mengikut manual O&M. PPSN memantau dan memastikan kelancaran kerja-kerja dengan sumber yang mencukupi, memantau, menganalisis dan menghantar laporan pemantauan keselamatan bulanan kepada BRE. Laporan yang dikemukakan dianalisis oleh BRE dan tindakan susulan diambil jika terdapat sebarang kejanggalan dikesan. Pemeriksaan Keselamatan Rutin 12. JD memastikan perlaksanaan kerja-kerja ini mengikut manual O&M. PPSN memastikan kelancaran kerja-kerja dengan sumber yang mencukupi, memantau dan menghantar laporan pemeriksaan keselamatan bulanan kepada BRE. Laporan yang dikemukakan dianalisis oleh BRE dan tindakan susulan di ambil jika terdapat sebarang kejanggalan dikesan. Sesalinan rekod pemeriksaan perlu berada di pejabat tapak empangan untuk rujukan. Pemeriksaan Keselamatan Berkala 13. BRE melaksanakan kerja-kerja ini pada kekerapan 3-tahunan, membuat laporan, mengambil dan tindakan susulan membaik pulih. JPS Negeri memastikan kelancaran kerja-kerja di tapak dengan sumber yang mencukupi untuk memudahcara (facilitate) kerja-kerja pemeriksaan. Sesalinan rekod pemeriksaan perlu berada di pejabat tapak empangan untuk rujukan. Pemeriksaan Keselamatan Kecemasan dan Khas 14, BRE melaksanakan kerja-kerja ini apabila timbul keperluan. JPS Negeri memastikan kelancaran kerja-kerja di tapak dengan sumber yang mencukupi untuk memudahcara kerja-kerja pemerikszan. Sesalinan rekod pemeriksaan perlu berada di pejabat tapak empangan untuk rujukan. Pemeriksaan Keselamatan Formal 15. BRE mengurus keperluan melantik Juruperunding Bebas yang berpengalaman peda kekerapan 6-tahunan. JPS Negeri memastikan kelancaran kerja-kerja di tapak dengan sumber yang mencukupi untuk memudah cara kerja-kerja pemeriksaan. Membaikpulih Keselamatan Empangan 16. BRE menyedickan penyelesaian rekabentuk, lukisan, spesifikasi kontrak untuk tindakan panggilan tender untuk kerja-kerja pengawasan kontrak oleh Muka Bara 4/6 JPS Negeri dan memastikan sumber yang mencukupi untuk pelaksanaan keperluan ini: Pengemaskinian Manual O&M 17. JD mengurus keperluan pengemaskinian ini dengan menggunakan format yang disediakan oleh BRE. JPS Negeri memastikan kelancaran kerja-kerja di tapak dengan sumber yang mencukupi. BRE memberi input teknikal apabila diperlukan. Kerja Ukur Hidrografi dan Penyediaan EAP 18 BRE mengurus keperluan peruntukan, terma rujukan dan perolehan kerja/perkhidmatan dan JPS Negeri memastikan kelancaran kerja-kerja di tapak dengan sumber yang mencukupi. Pemantauan Aktiviti Pencerobohan 19 BRE melaksanakan aktiviti ini dengan menggunakan imej satelit dan melaporkan kepada JPS Negeri untuk tindakan penyelesaian melalui tindakan di peringkat daerah dan negeri. JD menjalankan rondaan kawasan secara berkala bagi memantau pencerobohan yang tidak dikesan imej satelit dan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah di tapak. Pemilikan/Pewartaan Perizaban Tanah. 20. Kawasan takungan hendaklah diwartakan sebagai rizab takungan manakala kawasan tanah di ats permukaan air yang telah diambilbalik hendaklah ditukar hakmilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). JPS Negeri hendaklah mengurus perkara ini dengan semua agensi berkaitan. BRE memantau perkara ini di samping menjana pangkalan data berkaitan pemilikan atau pewartaan tanah yang dibuat oleh JPS Negeri. Aktiviti Pemantauan Resipan Teknik Isotop a BRE melaksanakan aktiviti fingerprinting dengan pihak ANM bagi mendapatkan baseline data ciri-ciri isotop sumber air bagi setiap empangan. JPS Negeri memastikan sumber yang mencukupi untuk penglibatan kakitangannya dalam kerja-kerja pensampelan serta kelancaran kerja-kerja di tapak. Muka Surat 5/6 Pewartaan Sebagai Sasaran Penting 22. JPS Negeri mengurus perkara ini dengan semua agensi berkaitan agar kawasan empangan diklasifikasikan sebagai satu sasaran penting dan mendapat peruntukan kawalan keselamatan yang setaraf. BRE memantau perkara ini. PENUTUP 23, BRE berperanan sebagai kustodian kepada semua empangan JPS dan bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar dan Ketua Pengarah JPS untuk memastikan pengurusan empangan adalah bertaraf dunia dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari JPS Negeri. TARIKH KUATKUASA, 24. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (DATO’ IR. HJ. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN) KETUA PENGARAH 2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 21 Oktober 2010 Singkaten NM ‘Agensi Nullear Malaysix TADS ‘Training Ais in Darn Safeey [COLD - Invermational Commission an Large Dams US ~ United States p Jurucera Daerah SBR ~ Lntted Stes Bureau of Reclamation PSN - Pengarah Pengairan dan Saliran Noyes USACE ~ Unived Saves Arey Corpe of Englncers seep Safery Evaluation of Bxsting Dams Mus Surat 6/5

You might also like