You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JANGLAU

KM16 JALAN ENDAU – ROMPIN


26820 KUALA ROMPIN
Pej. Am : 09-4140060 / Pej. G.Besar : 09-4140061 / Fax : 09-4140062 / E-mail : cba8038.skjanglau@gmail.com

Ruj. kami : CBA8038. 600-3/1/35 ( )


Tarikh : 12 April 2019

Kepada

Ibubapa / Penjaga
Murid Tahun 4, 5 dan 6
SK Janglau

Tuan,

PEMBERITAHUAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan terpilih untuk menyertai Aktiviti
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2019 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : -

2.1 Tarikh : 26 dan 27 April 2019 ( Jumaat dan Sabtu )


2.2 Tempat : Padang SK Janglau

3 Bersama-sama ini dilampirkan Surat Kebenaran Penjaga untuk diisi oleh pihak
tuan. Pihak sekolah amat berharap pihak tuan dapat memberikan kebenaran kepada anak /
jagaan tuan hadir menyertai aktiviti perkhemahan dengan jayanya.

4 Untuk makluman tuan/puan , Yuran penyertaan bagi Perkhemahan Bersepadu Unit


Beruniform 2019 adalah sebanyak RM 10.00 seorang sahaja. Diharap juga pihak tuan dapat
menyediakan persiapan dan peralatan perkhemahan yang secukupnya untuk dibawa oleh anak
tuan sepanjang tempoh perkhemahan diadakan.

5 Untuk maklumat tuan/puan juga, penyertaan Perkhemahan ini hanya TERHAD kepada
120 ORANG PESERTA SAHAJA. Mesyuarat juga telah memutuskan tarikh akhir bagi
penghantaran borang dan yuran adalah pada SELASA 16 April 2019. Kelewatan penghantaran borang
dan yuran daripada tarikh tersebut adalah TIDAK DITERIMA

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat dihargai

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

……………………………………………………………
[TN . HJ MD ASRI BIN HJ. JUSOH]
Guru Besar
s.k - fail sekolah

Nama dan alamat ibubapa / Penjaga


No Tel :
Tarikh :

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Janglau
26820 KUALA ROMPIN

Tuan,

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya (Huruf Besar)

Nombor Kad Pengenalan * ibu / bapa / penjaga kepada

pelajar No Surat Beranak

dari Kelas * MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN / * anak / jagaan saya

mengikuti aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti berikut :-

Aktiviti : PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2019

Tarikh : 26 DAN 27 APRIL 2019 (2 HARI 1 MALAM)

Hari : JUMAAT DAN SABTU

Lokasi : PADANG SK JANGLAU

2 Saya memahami bahawa segala langkah pengawasan dan keselamatan sewajarnya akan
diambil oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian saya mengakui bahawa pihak sekolah TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB ke atas apa-apa kejadian / kemalangan yang berlaku BUKAN
DISEBABKAN OLEH KELALAIAN GURU BERTUGAS

3 Saya *BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU untuk membayar yuran penyertaan


sebanyak RM 10.00 untuk *anak / jagaan saya mengikuti aktiviti perkhemahan Unit Beruniform tersebut.

Sekian, terima kasih.

____________________________
Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga

* Potong yang tidak berkenaan.

*SILA PENUHKAN SEMUA BAHAGIAN BORANG. SILA SERAHKAN BORANG BESERTA


YURAN PENYERTAAN PADA SELEWAT-LEWATNYA JAM 1.00 PETANG 8.4.2019
(ISNIN) KEPADA GURU PENYELARAS UNIT BERUNIFORM.

PENTING : TEMPAT ADALAH TERHAD. PENGHANTARAN BORANG DAN YURAN


SELEPAS TARIKH TERSEBUT TIDAK AKAN DITERIMA.

You might also like