You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKAD KALI KE-17, 2019

Bil Acara Teks

PERASMIAN

Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP
Yang Berusaha, En.Mohamad Bin Madun, Yang di-Pertua PIBG SK Alam Damai
diiringi oleh
Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad, Guru Besar SK Alam Damai
bersama Guru2 Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Alam Damai.

Nyanyian Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Lagu menyanyikan lagi Negaraku.
Negaraku

-LAGU NEGARAKU

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Olahraga dan Balapan SK
Alam Damai Kali Ke-17 bagi tahun 2019.

Yang Berusaha, En.Mohamad Bin Madun, yang di-Pertua PIBG SK Alam Damai,
Yang Dihormati, Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad, Guru Besar SK Alam Damai,
Pn. Zarina Mizam bt Mohd Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn.Ismawati bt Ali , Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Pn. Rohela bt Awang, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Alam Damai,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Alam Damai yang
dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Olahraga dan Balapan SK Alam Damai.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan Sebagai pembuka tirai kejohanan olahraga dan balapan tahun ini, marilah
lintas hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.
Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,
menerima tabik En.Mohamad Bin Madun, YDP PIBG SK Alam Damai untuk menerima tabik hormat
hormat dari daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
peserta
- MUZIK PERBARISAN
perbarisan

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang
Bendera diketuai oleh Mohd Iman Hakim Bin Zamri. Pembawa bendera Malaysia ialah
kejohanan Mohd Ridzuan Putra Bin Jasfri Din, manakala pembawa bendera Wilayah ialah
Mohd Hafiz Bin Mohd Ayub dan pembawa bendera sekolah ialah Muhd Ilhan Bin
Kamarul Fadli

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada


1. Aidil Rafiq Bin Mohd Rohimi
2. Aidid Addary Bin Azwa

3. Ahmad Lutfi Bin Kamarulazman


4. Iman Bukhari Bin Mohd Zul

Kontinjen yang pertama yang bakal melintas hormat adalah terdiri daripada murid-
murid Prasekolah. Dengan kekuatan seramai 25 orang murid, kontinjen ini tampil
Prasekolah
dengan tema Dory Fish dengan diketuai oleh pembawa sepanduk iaitu A f i q
H a k i m i b . A h m a d N a b i . K o n t i n j e n i n i dibimbing oleh Pn.
Norhashekin bt. Omar turut dibantu oleh Pn. Nurul Azura Bt Ahmad

Perbarisan Menyusul di belakang adalah perarakan masuk kontinjen rumah Temenggong


Rumah dengan tema kesultanan Melayu.
Temenggong
(KUNING) Indah nian berkain sarung,

Segak dipakai si hulubalang,

Janji Temenggong gagah bertarung,

Takkan berundur sesaat berjuang.

Merafak sembah ke bawah duli Tuanku,


Menaiki tandu berbaju Melayu,
Sinar Temenggong juara yang satu,
Beraksi, bersatu demi pahlawanku.

Memegang moto ‘ TEMENGGUNG GAGAH PANTANG DISANGGAH, kontinjen ini


diketuai oleh Darwish Hakim Bin Yuzairi dan dianggotai seramai 34 orang
peserta.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,
pembawa bendera bagi rumah Temenggong ialah M ohd S ya fiq Ai m an B i n
M ohd S anj a y dan pembawa sepanduk pula ialah Nuryn Rania Bt Mohd Nizam.
Maskot sultan dibawa oleh Tengku Muhammad Nabil bin Tengku Nizam
Ketua bagi kontinjen rumah Temenggong ialah Puan Mastura Bt Che Omar.
Perbarisan Seterusnya ialah perbarisan lintas hormat dari kontinjen rumah Syahbandar yang
Rumah membawa tema flora dan fauna. Moto ini bertujuan bagi memupuk kesedaran kepada
S ya h b a n d a r warga SK Alam Damai tentang kepentingan menjaga alam untuk generasi akan
( HIJAU) datang.

Kontinjen ini dianggotai seramai 33 orang peserta dengan motonya ‘AMAZING AND
FASCINATING OF GREEN’. Kontinjen ini diketuai oleh Iman Shah Bin Mohd
Khairul Nizam dan pembawa bendera bagi rumah Syahbandar ialah Mohd Danish
Bin Mahadir. Pembawa sepanduk pula ialah Nur Sara Sofea Bt Mohd Musa.
Ketua bagi kontinjen rumah Syahbandar ialah Puan Raja Norinie Bt Raja
Abdullah

Perbarisan Seterusnya ialah perbarisan lintas hormat dari kontinjen dari rumah Laksamana yang
Rumah membawa tema Transformers. Kontinjen ini dianggotai seramai 33 orang peserta
Laksamana perbarisan dengan motonya ‘ LAKSAMANA PANTANG MENYERAH’. Kontinjen ini
( BIRU) diketuai oleh Adam Mikael Bin Saiful Asmawi. Pembawa bendera bagi rumah
Laksamana ialah Sudish A/L Balakrishnan manakala pembawa sepanduk ialah
Sofea Khadeeja Bt Yusof. Maskot bagi rumah Laksamana dibawa oleh Mohd
Ameer Zakwan bin Mohd Zukhairi
Ketua kontinjen rumah Laksamana ialah Pn. Zamzarina Bt. Abdul Muttalib

Perbarisan Kontinjen yang kini tampil gagah perkasa menyempurnakan lintas hormat
Rumah adalah kontinjen dari rumah Bendahara dengan membawa tema PAHLAWAN
Bendahara KERIS SIAMANG TUNGGAL
( MERAH)
Keris sahabat pada yang setia,
Seteru pada yang derhaka,
Siapa dia pahlawan perkasa,
Yang akan menegakkan keadilan.

Tujuh petala langit seru namanya,


Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja,
Keris sakti kebesaran Bendahara.
Kontinjen rumah Bndahara tampil dengan motonya ‘ B E N D A H A R A
M A R A M E N G E J A R J U A R A ’ . Kontinjen ini diketuai oleh Aina
Zahraa Bt Ermie Hadi dan disertai seramai 32 orang peserta. Pembawa
bendera bagi rumah Bendahara ialah Nik Amir Akashah Bin Nik Aziz
dan pembawa sepanduk pula ialah Nur Imaan Damia Bt Md Rodaan.
P e m b a w a m a s k o t i a l a h N u r u l I n s y i r a h D a m i a b i n ti S y a h i r
d a n k e t ua kontinjen bagi rumah Bendahara ialah Puan Hasuzana Bt.
Jamaluddin

Perbarisan Bagi kontinjen unit beruniform, Kontinjen pertama yang akan memberi lintas
Puteri Islam hormat ialah unit beruniform Persatuan Puteri Islam dengan mottonya PUTERI
BERILMU, DAN BERIMAN, BERAMAL. Kontinjen ini diketuai oleh Yasmeen
Adyanna Hafizah Bt Abdul Khafid dan disertai seramai 25 orang peserta.
Pembawa bendera bagi unit beruniform Persatuan Puteri Islami ialah Nurul
Sharafana Bt Haja Najmuddin dan pembawa sepanduk pula ialah Intan Arini
Sofea Bt Fauzi Rosdi.
Ketua kontinjen Puteri Islam ialah Pn Mahfuzah Bt Miskan .

Perbarisan Kontinjen seterusnya ialah unit beruniform Persatuan PBSM dengan mottonya ‘
PBSM MELIHAT, BERFIKIR DSAN BERTINDAK’ Kontinjen ini diketuai oleh Darwisy
Ajmal Bin Mohd RahfidI dan disertai seramai 23 orang peserta. Pembawa
bendera bagi unit beruniform PBSM ialah Mohd Yusri Ashraf Bin Mohd Anuar
dan pembawa sepanduk ialah Arif Haikal Bin Zainudin
Ketua kontinjen unit beruniform PBSM ialah Pn Juliana Bt Abu Bakar .

Perbarisan Kontinjen unit beruniform seterusnya ialah unit beruniform TUNAS PUTERI
Persatuan dengan motonya ‘SEMANGAT JITU PASTI BERJAYA’ Kontinjen ini diketuai oleh
TUNAS UMAIRA dan disertai seramai 20 orang peserta. Pembawa
PUTERI bendera bagi unit beruniform Tunas Puteri ialah Shasha Nuraishah Bt Mohd
Sanjay dan pembawa sepanduk ialah Nuha Azzahra Bt Azzahari
Ketua kontinjen unit beruniform Tunas Puteri ialah Pn Noorhadayu Bt Abd Manan
.
Perbarisan Kontinjen seterusnya ialah unit beruniform Persatuan Pengakap dengan mottonya
Persatuan “BUAT SEHABIS BAIK’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Shahir Danish Bin Mohd
Pengakap Zainudin dan disertai seramai 30 orang peserta. Pembawa bendera bagi unit
beruniform Persatuan Pengakap ialah Mohd Daniel Hulam Bin Mohd Yusri dan
pembawa sepanduk ialah Nur Syaidatul Akma Bt Saiful

Ketua kontinjen unit beruniform Pengakap ialah En Syahirruddin Bin Mokhtar .


Perbarisan TKRS Kontinjen yang terakhir ialah unit beruniform Persatuan Kadet Remaja Sekolah
dengan mottonya ILMU, IMAN AMAL’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Adif
Hakim Bin Rozaidi dan disertai seramai 22 orang peserta. Pembawa bendera
bagi unit beruniform Persatuan TKRS ialah Khairil Akhtar Bin Khairil Anuar dan
pembawa sepanduk pula ialah Syifa Bt Mahat .
Ketua kontinjen unit beruniform TKRS ialah Pn Ruhil Farihan Bt Ahmad Ezani.

- TAMAT LINTAS HORMAT-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En.Mohamad


Bin Madun, YDP PIBG SK Alam Damai kerana sudi menerima tabik hormat
daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-
sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
K e t u a M u r i d S K A l a m D a m a i , Muhammad Hasnul Hafiy bin
Mohammad Syukor
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Muhammad Hasnul Hafiy bin Mohammad
Syukor di atas bacaan doa it tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita
akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke


pembawa hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai
bendera oleh MOHD IMAN HAKIM BIN ZAMRI .
mengiringi ………
pembaca ikrar
Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan

Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis dengan ini menjemput Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad, Guru
dan perasmian
Besar SK Alam Damai, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad atas ucapan itu tadi.

Majlis kini mempersilakan Yang Berusaha, En.Mohamad bin Madun, YDP PIBG
SK Alam Damai untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Alam Damai Kali ke-17, 2019. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha, En.Mohamad bin
Madun, YDP PIBG SK Alam Damai atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-
tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Olahraga dan Balapan
SK Alam Damai Kali ke-17.

Gimik Perasmian Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha, En.Mohamad bin Madun, YDP
PIBG SK Alam Damai diiringi oleh Puan Hjh. Rokiah binti Ahmad, Guru Besar
SK Alam Damai tampil ke tengah pentas bagi menyempurnakan gimik Majlis
Perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Alam Damai kali ke-17.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En.Mohamad bin Madun dan
Puan Hjh. Rokiah binti Ahmad di atas penyempurnaan gimik sebentar tadi.

Perbarisan Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
Keluar padang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN

Dengan berakhirnya acara perbarisan keluar padang sebentar tadi, maka


sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Alam
Damai Kali ke-17. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Persembahan Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita
sama-sama saksikan persembahan daripada pasukan SENAM ROBIK CILIK SKAD.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, pasukan ini dianggotai seramai 60 orang
murid tahun 3.

Dipersilakan. .

Majlis merakamkan terima kasih pada pasukan SENAM ROBIK CILIK SKAD.
Untuk makluman semua, pasukan ini telah dibimbing oleh Cik Nurul Atiqah binti
Mustafa, CIk Norhazwani binti Anuar, En.Shahiruddin bin Mokhtar dan Puan Siti
Hawa Saadah binti Hamid
Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan
Olahraga dan Balapan SK Alam Damai.

Acara pertama pada hari ini ialah Larian 50M Pra Sekolah (P) dan (L).

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

1. 50M (P) PRASEKOLAH

2. 50M (L) PRASEKOLAH

3. 60M (P) TAHUN 1

4. 60M (L) TAHUN 1

5. 80M (P) TAHUN 2

6. 80M (L) TAHUN 2

7. 100M (P) TAHUN 3

8. 100M (L) TAHUN 3

9. 40 X 50M PRASEKOLAH

Acara Dengan ini, pihak majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan
Penyampaian
mempersilakan Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad, Guru Besar SK Alam Damai bagi
Hadiah
mengiringi Yang Berusaha En. Mohamad bin Madun YDP PIBG SK Alam
Damai untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Tahun 1, 2, 3
Dipersilakan.

- Penyampaian Hadiah Tahun 1, 2,dan 3 -

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mohamad bin Madun dan
Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad di atas penyampaian hadiah itu tadi.
10. 100M (P) TAHUN 4

11. 100M (L) TAHUN 4

12. 100M (P) TAHUN 5

13. 100M (L) TAHUN 5

14. 100M (P) TAHUN 6

15. 100M (L) TAHUN 6

___________________________________________________________
_PENYAMPAIAN HADIAH ACARA LARIAN 100 M 4,5, DAN 6

16. 200M (P) TAHUN 4

17. 200M (L) TAHUN 4

18. 200M (P) TAHUN 5

19. 200M (L) TAHUN 5

20. 200M (P) TAHUN 6

21. 200M (L) TAHUN 6

22. 4 X 100M (P) TAHUN 4

23. 4 X 100M (L) TAHUN 4

24. 4 X 100M (P) TAHUN 5

25. 4 X 100M (L) TAHUN 5

26. 4 X 100M (P)TAHUN 6

27. 4 X 100M (L) TAHUN 6

28. 4 X 200M (P) TAHUN 4

29. 4 X 200M (L) TAHUN 4

30. 4 X 200M (P) TAHUN 5

31. 4 X 200M (L) TAHUN 5

32. 4 X 200M (P) TAHUN 6

33. 4 X 200M (L) TAHUN 6


Perbarisan Dengan berakhirnya acara sebentar tadi, kini Kejohanan Balapan dan
Penutup
Padang SK Alam Damai Kali ke-17 semakin tiba ke penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
masing-masing.

Sebagai penutup tirai kejohanan olahraga dan balapan tahun ini, marilah
sama-sama kita saksikan perbarisan penutup semua kontinjen yang telah
mengambil bahagian dengan jayanya masuk ke padang

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Pn.Hjh.
hadiah Rokiah binti Ahmad bagi mengiringi Yang Berusaha, En.Mohamad bi Madun YDP
PIBG SK Alam Damai untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 200M TAHUN 4,5 DAN 6 (P) dan (L)
Baiklah, untuk acara 200M Tahun 4 (P)
Penerima pingat gangsa di tempat ketiga disandang oleh:
Penerima pingat perak di tempat kedua pula disandang oleh:
Maka, Johan bagi acara ___________ disandang oleh:

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 4 X 100 M TAHUN 4,5 DAN 6 (P) dan (L)
Baiklah, untuk acara 4 X 100M Tahun 4 (P)
Penerima pingat gangsa di tempat ketiga disandang oleh:
Penerima pingat perak di tempat kedua pula disandang oleh:
Maka, Johan bagi acara ___________ disandang oleh:

PENYAMPAIAN HADIAH ACARA 4 X 200 M TAHUN 4,5 DAN 6


Baiklah, untuk acara 4 X 200M Tahun 4 (P)
Penerima pingat gangsa di tempat ketiga disandang oleh:
Penerima pingat perak di tempat kedua pula disandang oleh:
Maka, Johan bagi acara ___________ disandang oleh:

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan


dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan Harapan SK Alam Damai 2019 disandang
oleh.________________________________________________

Penerima Anugerah Olahragawati Harapan SK ALam Damai 2019 disandang


oleh.________________________________________________
Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan Balapan dan Padang SK Alam Damai
2019 Kali ke-17 disandang oleh.
________________________________________________

Penerima Anugerah Olahragawati Kejohanan Balapan dan Padang SK Alam Damai


2019 Kali ke-17 disandang oleh.
________________________________________________

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Balapan dan Padang SK Alam Damai Kali
ke-17, disandang oleh: Rumah_____________ !!!!
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mohamad bin Madun
YDP PIBG SK Alam Damai dan Pn. Hjh Rokiah binti Ahmad kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha Pn.Hjh.
Rokiah binti Ahmad, Guru Besar SK Alam Damai diiringi Pn. Zarina Mizam
binti Mohd Ismail , Guru Penolong Kanan Kokurikulumbagi menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berusaha En. Mohamad bin Madun YDP PIBG SK
Alam Damai di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Zarina Mizam bt Ismail


kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Majlis Kejohanan Balapan dan Padang SK Alam Damai Kali ke-17 kini tiba ke
penutupan penghujungnya.
kejohanan

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Balapan dan Padang SK Alam
Damai Keli ke-17 pada tahun ini.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like