You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM PUSAT SUMBER


PROGRAM GALAKAN MEMBACA
TAHUN 2019
MAJLIS ANUGERAH GALAKAN MEMBACA DAN NILAM

PENDAHALUAN
Dasar Galakan Membaca Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi
Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara
(Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan
penanaman sifat gemar membaca”. Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan
Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat
membaca”. Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat
Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.
Dasar ini juga menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan
masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat berasaskan budaya sains dan teknologi. Bagi
menentukan hala tuju program galakan membaca, urus setia jawatankuasa telah dibentuk dengan
Perpustakaan Negara Malaysia sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan dan
Perpustakaan Awam Negeri-negeri sebagai Urus Setia Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri.

SKOP
Dasar Galakan Membaca merangkumi semua aktiviti perpustakaan yang berhubung kait dengan
pembacaan di dalam usaha memupuk minat membaca rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
Dasar Galakan Membaca bertujuan untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai objektif berikut:
 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat.
 Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
 Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia.
 Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
 Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan
mengenai pembacaan dan galakan membaca.
 Menilai keberkesanan Kempen Membaca Kebangsaan Strategi
 Merancang, menyelaras dan memantau program galakan
Pendahaluan
Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca
yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah
mereka tamat persekolahan. Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 :
Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya
Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat :
Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.

Objektif :
1. Memberi pengiktirafan kepada Tokoh NiLAM
2. Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah.
4. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
5. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai
sifat- sifat kepimpinan.
6. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
7. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

Anugerah NiLAM&PSS
Program ini bertujuan untuk memberi pengikhtirafan kepada murid yang paling banyak membaca.
Program ini dilaksankan setiap tahun. Ia juga dilaksanakan untuk memberi penghargaan kepada guru
yang memberi galakan membaca kepada murid mereka. Selain daripada itu, pusat sumber juga
memberi penghargaan kepada guru yang paling banyak membaca.

Tarikh pelaksanaan : Januari hingga Oktober

AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA PROGRAM KAEDAH PELAKSANAAN


1. Carta HITS NiLAM  Carta ini diwujudkan untuk mengetahui jumlah bacaan bagi
-Hamper setiap kelas. Pada bulan November, kelas yang membaca
terbanyak akan menerima hadiah kelas terbanyak membaca.
Hadiah diberi mengikut aliran.
 Carta dikemaskini tiga bulan sekali iaitu pada bulan Mac, Jun
dan Oktober

2. Anugerah Pembaca Terbanyak bulanan  Rekod bacaan murid dikira dan dikemaskini pada bulan Mac,
 Piala,Sijil Jun adan Oktober.
 Murid diberi penghargaan pada bulan Mac, Jun dan Oktober

3. Anugerah Pembaca Terbanyak Tahunan  Program ini akan berlangsung sepanjang tahun.
 Piala, Sijil  Jumlah tahunan bacaan murid direkodkan
 Murid yang membaca paling banyak sepanjang tahun akan
menerima anugerha.
SUMBER KEWANGAN
Pusat Sumber Sekolah

ANGGARAN PERBELANJAAN
Pendapatan
BIL BUTIRAN / ITEM KUANTITI JUMLAH
01. Pusat Sumber RM1140.00
Perbelanjaan
Catatan oleh
Anggaran Tarikh
Bil Perihal Barang Kuantiti Harga/ Unit Pengetua/
Harga Diperlukan
Guru Besar
1. Banner 1 RM60 RM60.00

2. Hamper (Kelas Terbanyak 6 RM5x35x6 RM1050.00


Membaca Tahun 2019) kelas
3. Piala Pembaca Terbanyak 6 RM5 RM30.00
Tahun 2019
4.
5
6.
7.

JUMLAH RM1140.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

___________________

You might also like