You are on page 1of 31
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E USAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tot 03-8884 6077 Federal Goveriment Administrative Centre Foaks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Lamen Web: wwwmoe.gov.my Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 Jid.5 (23) Tarikh: yee 2018 ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg, Datuk/ Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2018 GARIS PANDUAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH TUJUAN 4: ‘Surat pekeiiling ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 22/2017 pada 6 Julai 2017 telah meluluskan cadangan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dengan mengadakan kajian rintis di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 23/2017 pada 13 Julai 2017 memutuskan garis panduan mengurus murid berisiko cicir dirintis di sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Kedah bermula pada bulan Ogos 2017. 3. Dapatan kajian rintis telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 38/2017 pada 21 Disember 2017 dan GPMBC ini akan digunakan di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula pada tahun 2018. 4, GPMBC menijelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang periu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah. ‘GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah. PELAKSANAAN 5. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan GPMBC dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani isu keciciran murid di sekolah. GPMBC ini boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 6. GPMBC hendaklah dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid. 7. SPS hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 7.4 memasukken isu murid berisiko cicir sebagai agenda utama mesyuarat pengurusan JPN; 7.2 mengedarkan GPMBC kepada semua PPD di bawah pentadbiran JPN; 7.3 menyelaras isu murid berisiko cicir bagi semua PPD ci bawah pentadbiran JPN; dan 7.4 mengurus laporan tahunan pencapaian program intervensi murid berisiko cicir seperti yang dinyatakan dalam GPMBC. 8. SPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 8&1 memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi murid berisiko cicir; 8.2 menjalinkan kerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan unit Kaunseling di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir; dan 8.3 memantau program intervensi murid berisiko cicir di PPD. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) 9, GPMBC hendakiah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah (UPS) dan Unit Pembangunan Kemanusiaan (UPK). UPS perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut : 9.1 memesukken isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD; 9.2 mengedarkan GPMBC ke semua sekolah di bawah pentadbiran PPD; 9.3 menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah; dan 9.4 menyediakan laporan pemantauan program intervensi untuk dihantar kepada JPN. 10. UPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut : 10.1 memastikan pengetua/guru beser memahami, mematuhi dan melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah masing- masing; dan 10.2. memantau program intervensi yang dijalankan di sekolah di bawah seliaannya. Sekolah 14. GPMBC hendaklah dirujuk dan digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid berisiko cicir di sekolah. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: 11.1 memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah; 11.2. memastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM; dan 11.3. memastikan pelaporan, dokumentasi dan data disediakan dan dihantar kepada PPD. TARIKH KUAT KUASA 12. — Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 13. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendakiah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegewai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Raa (DATUK DR. AMIN BIN SENIN) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk. Menteri Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Melaysia Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 ja tb te 1d 34 3.2 33 KANDUNGAN Perkara Pengenalan Definisi Matlamat Objektif Punca Kuasa Peranan dan Tanggungjawab Penutup SENARAI LAMPIRAN Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Carla Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di JPN Carta Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Cana Alir Pelaksanaan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah Proses Kerja Rubrik Instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir ‘Senarai Borang Borang Kehadiran Murid PIMBCa PIMBCD Muka Surat 15 19 20 21 24 GARIS PANDUAN MENGATAS! ISU KECICIRAN MURID DI SEKOLAH KPM 1. PENGENALAN Teras Strategik 3 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyatakan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanekan inisiatif baai mengurangkan kadar keciciran dan memastikan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga meletakkan salah satu daripada aspirasi sistem ialah menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua kanak-kanak. Dalam pelan tersebut, satu inisiatif iaitu Peningkatan Akses dari Prasekolah hingga Menengah Atas merupakan inisiatif utama yang memfokuskan kepada strategi peningkatan enrolmen pada semua peringkat pendidikan termasuk usaha menangani keciciran murid di sekolah. KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan enrolmen namun isu murid tercicir di sekolah rendah dan menengah masih berlaku sehingga kini Pada tahun 2016, secara keseluruhan peratus murid yang tercicir dari sekolah rendah adalah 0.36 peratus dan sekolah menengah adalah 1.50 peratus. Pada tahun 2016, KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal bagi murid berisiko cicir iaitu murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. Secara keseluruhan, didapati bahawa sebanyak 2.00 peratus murid sekolah rendah menghadapi risiko cicir tahap tinggi dan sebanyak 4.3 peratus murid sekolah menengah menghadapi risiko cicir tahap tinggi. Faktor yang dikenal past! menyumbang kepada murid berisiko tinggi untuk tercicir ialah faktor murid dan faktor keluarga. Antara faktor murid ialah ketidakhadiran ke sekolah yang tinggi, tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M), gagal lebih separuh atau keseluruhan subjek yang diambil, melakukan kesalahan disiplin yang berulang dan tiada motivasi untuk belajar. Manakala antara faktor keluarga pula ialah pendapatan isi rumah yang rendah, taraf pendidikan ibu bapa/penjaga yang rendah dan tiada penglibatan ibu bapa/ penjaga dalam sarana sekolah. KPM berhasrat memastikan bahawa pihak sekolah perlu mengesan lebih awal murid yang menghadapifektor yang akan menyumbang kepada keciciran murid deri persekolahan. Justeru, Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah (GPMBC) ini adalah sebagai rujukan bagi pihak sekolah. GPMBC ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah. GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah. DEFINISI 24 Murid Berisiko Cicir Murid yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk keluar dari sistem sebelum tamat tempoh pendidikan. MATLAMAT Memastikan semua murid kekal dalam sistem persekolahan sehingga tamat pendidikan rendah dan menengah. OBJEKTIF 44 Membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir; 42 Membantu pihak sekolah mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik; dan 43 Memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendicikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan. PUNCA KUASA 54 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 52 Peraturan-peraturan (Pendidikan Wajib) 2002 53 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Mengurus isu keciciran murid di sekolah khususnya murid berisiko cicir adalah menjadi peranan dan tanggungjawab bagi semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Bahagian Perancengan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan Persatuan Ibu Bape dan Guru (PIBG). 6.1 6.2 Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 6.1.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir peringkat nasional. Tindakan : BPPDP 6.1.2 Menerima laporan program intervensi yang dipanjangkan oleh JPN kepada KPM Tindakan : BPPDP dan BPSH 6.1.3 Menganalisis data murid berisiko cicir peringkat nasional. Tindakan : BPPDP 6.1.4 Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai laporan murid berisiko cir. Tindakan : BPPDP 6.1.5 Melaporkan pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir peringkat nasional kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pendekatan Bersepadu Menangani Keciciran. Tindakan : BPPDP 6.1.6 Menilal dan menambah baik keberkesanan pengurusan murid berisiko cicir. Tindakan : BPPDP dan BPSH Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) GPMBC perlu dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK). SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah dan Unit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid. 6.2.1 Menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah di bawah pentadbiran JPN termasuk sekolah sukan, sekolah seni, sekolah pendidikan khas, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Maenengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV). Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah 5 6.2.2 6.23 6.2.4 6.2.5 6.26 6.2.7 6.28 Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan JPN. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah Memastikan semua PPD menerima garis panduan supaya isu murid berisiko cicir dapat diurus secara berkesan dan sistematik di negeri masing-masing. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah Memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi_ mengurus isu murid berisiko cicir yang dilaksanakan di sekolah. Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan Bekerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid (HEM) di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir. Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan program intervensi murid berisiko cicir di peringkat negeri. Tindakan : jektor Pembangunan Kemanusiaan Memantau dan menyediakan laporan pemantauan program intervensi bagi murid berisiko cicir di daerah (PPD) yang mempunyai peratus risiko cicir yang tinggi sekurang-kurangnya sekali_ setahun dengan menggunakan borang Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (sila rujuk Sistem Profil Kerjaya Murid : SePKM). Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan Menerima, menyemak dan mengesahkan ringkasan laporan tahunan program intervensi murid berisiko cicir (borang PIMBCb) daripada PPD untuk dihantar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan salinan kepada semua Bahagian Operasi Pendidikan yang terlibat di KPM sebelum atau pada 15 Oktober setiap tahun. Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan 6.3 Peranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) 63.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 63.5 63.5 6.3.6 6.37 Memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD. Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah Memastikan garis panduan diedarkan ke semua sekolah ci bawah pentadbiran PPD masing-masing. Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah Memastikan pengetua/guru besar memahami dan mematuhi garis panduan yang telah diedarkan. Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah Mengeluarkan senarai murid berisiko cicir_deripada dashboard KPM kepada semua sekolah di bawah pentadbiran PPD. Tindakan : Unit ICT Mengedarkan senarai murid berisiko cicir kepada semua sekolah di bawah pentadbiran PPD. Tindakan : Unit Pengurusan Sekolah Memastikan pengetua/guru besar melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah masing-masing. Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan Memantau dan menyediakan laporen pemantauan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah yang mempunyai peratus risiko cicir yang tinggi dengan menggunakan borang Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingen dan Kaunseling (sila rujuk Sistem Profil Kerjaya Murid : SePKM). Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan Mengumpul borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (borang PIMBCa) daripada sekolah dan membuat rumusan dalam borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko (borang PIMBCb) untuk dihantar kepada JPN sebelum atau pada 1 Oktober pada setiap tahun. Tindakan : Unit Pembangunan Kemanusiaan 7 6.4 6.5 Peranan Pengetua/Guru Besar 6.4.1 Memastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM (rujuk lampiran 14). 6.4.2 Memasukkan isu murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah. 6.4.3 Menerima senarai dan maklumat murid berisiko cicir dan menyerahkan senarai tersebut kepada PK HEM untuk tindakan. 6.4.4 Sekiranya GBK cuti bersalin, cuti sakit berpanjangan, berkursus jangka parjang atau menunaikan haji, pengetua/ guru besar perlu melantik S/U HEM atau seorang guru bagi menggantikan dan memastikan program intervensi murid berisiko cicir dilaksanakan. 6.4.5 Memastikan pelaporan dan dokumentasi program intervensi murid berisiko cicir disediakan dan dihantar kepada PPD sebelum atau pada 15 September setiap tahun. Peranan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) 6.5.1 Membuat penataran mengenai GPMBC dalam mesyuarat guru. 65.2 Memastikan semua guru memahami dan mematuhi garis panduan yang telah diedarkan. 6.5.3 Menerima senarai dan maklumat murid berisiko cicir daripada Guru Besar/Pengetua dan menyerahkan senarai tersebut kepada semua guru tahunitingkatan untuk semakan. 6.5.4 Menyerahkan senarai dan maklumat murid berisiko cicir serta memastikan program intervensi dijalankan oleh GBK 6.6 67 6.8 6.5.5 Memastikan garis panduan ini dipatuhi dan digunakan sebagai panduan bagi mengatasi isu keciciran murid di ‘sekolah khususnya murid berisiko cicir. Peranan Penyelaras Tahun/Tingkatan 6.6.1 6.6.2 Menyemak dan melengkapkan skor semua item yang tidak lengkap dalam maklumat murid berisiko cicir bagi kes-kes yang berikut : a. Guru Tahun/Tingkatan cuti bersalin; b. Guru Tahun/Tingkatan cuti sakit berpanjangan; ¢. Guru Tahun/Tingkatan menghadiri kursus jangka panjang; ¢. Guru Tahun/Tingkatan menungikan haji. Bekerjasama dengan semua guru kelas di bawah seliaan untuk memantau murid berisiko cicir. Peranan Guru Kelas 6.7.1 67.2 67.3 Menyemak dan melengkapkan skor semua item yang tidak lengkap dalam maklumat murid berisiko cicir. Membuat penilaian selepas program intervensi murid berisiko cicir dalam kelas. Memastikan maklumat murid dalam sistem APDM dan SAPS adalah lengkap dan tepat. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling 6.8.1 682 6.8.3 Merancang dan melaksanakan program intervensi bagi murid berisiko cicir. Memastikan perekodan yang _sistematik dalam pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir. Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Badan Bukan Kerajaan (NGO), jabatan kebajikan masyarakat negeri untuk melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir. 9 6.8.4 6.8.5 6.8.6 Menjadikan isu murid berisiko cicir sebagai fokus utama dalam pengendalian sesi kaunseling. Mengadakan konsultasi dengan guru kelas, guru mata pelajaran, ibu bapa dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. Menghadiri kursus/bengkelitaklimat berkaitan dengan intervensi keciciran yang dianjurkan oleh KPM/ JPN/ PPD. 69 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Komuniti 6.9.1 69.2 6.9.3 6.9.4 69.5 PENUTUP Bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengatasi isu murid berisiko cicir Membantu pihak sekolah dalam semua program yang dirancang berkaitan kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan budaya sekolah pada peringkat sekolah. Membantu pihak sekolah melaksanakan lawatan sosial dan berinteraksi dengan murid yang berisiko cicir dan keluarga mereka bagi memahami masalah serta membantu mengatasi masalah murid tersebut. Membantu pihak sekolah mengadakan perbincangan dengan keluarga murid berisiko cicir mengenai isu ketidakhadiran dan pencapaian ekademik. Membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan mengatasi isu murid bersiko cicir. Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah perlu dipatuhi dan dimenfaatkan sepenuhnya supaya murid kekal dalam sistem persekolahan KPM. 10 LAMPIRAN 1a CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI KPM << I engesanan dan Pengumpulan Maslumat Murid Bersko Ct Analisis Senarai Murid Bersiko Cicit oo Pemantauan Pelaksanaan Program Intervensi Peringkat JPN ‘Analsis Date Murid Berisko Cicir Peringkat Nasional _j tm ‘Terima Laporan Program Intervensi Daripada SPN, Od "1 Tindakan BPPDP PSH BPPDP BPPOP dan BPSH CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI JPN eae Pemantauan Program Intervensi Penataran Senarai can Makiumat Muri | Berisio Cicir kepada PPD (UPS den UPK) Analisis Data Nutid Betisko Cicr Peringkat Neges! Tada Texima Laporan Program Intervensi Daripads PPD dan sorahkan kepada KPM I <>) 12 LAMPIRAN 1b Tindakan SPS dan SPK PK SPs sPK LAMPIRAN 1c CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI PPD Tindakan Ce > sa 1 ‘Naklumat Murid Berisiko Cicir dikeluarkan er. 13 LAMPIRAN 1d CARTA ALIR PELAKSANAAN MENGURUS MURID BERISIKO CICIR DI SEKOLAH ya <7 Vv ‘Menerima Senarai dan Makiumat Mund Berisiko Cicir danipada PPD Penataran kepada semua guru semasa Vv ‘mesyuarat guru J ‘Semak Maklumat Murd Berisiko Cicir ——_—_——} Lenghapkon data | Tidak oa ‘Skor Semua item Murd seperti rubrk yang isediakan dalam MS EXCEL Berisiko Cicir Lengkap? Intervensi Penilaian ‘Selepas Program Intervensi Petaporan Pemantauen 14 Tindakan Pengetual Guru Besar PK HEM Guru TahuniTingkatan Penyelares Tahun/Tingkatan ‘Dan Guru Tahun/Tingkatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Kelas/Guru Bimbingan ‘den Kaunseling Guru Bimbingan dan Keurseing dan PK HEM Pengetua/Guru BesarPPDJPN LAMPIRAN 2a PROSES KERJA Peringkat KPM 4.1 Pengesanan dan Pengumpulan Maklumat Murid Berisiko Cicir 1.1.1. Pengesanan tahap risiko murid melalui dashboard KPM berdasarkan data APDM, SAPS dan SSDM. 1.1.2. Penataran GPMBC dan kaedah memuat turun senarai dan maklumat murid berisiko cicir daripada dashboard KPM dengan JPN dan PPD. 1.2 Pemantauan Pelaksanaan Program Intervensi Peringkat JPN 1.2.1. Pemantauan pelaksanaan program intervensi di negeri yang melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid berisiko cicir yang tinggi. 1.3 Penyediaan Laporan Murid Berisiko Cicir 1.3.1 Penyediaan analisis data murid berisiko cicir peringkat nasional. 1.3.2. Perancangan penambahbaikan modul bagi program intervensi murid berisiko cicir. Peringkat JPN 2.1 Penataran Senarai dan Maklumat Murid Berisiko Cicir 2.1.1. Mengedarkan GPMBC kepada semua PPD di bawah pentadbiran JPN. 2.2 Pemantauan Program Intervensi 2.2.1. Memantau dan menyediakan laporan pemantauan intervensi murid berisiko cicir di PPD yang mempunyai peratus murid berisiko cicir yang tinggi. 2.2.2 Menganalisis data murid berisiko cicir di peringkat negeri, 2.2.3 2.2.4 Mengumpul borang Penilaian Impak Program intervensi Murid Berisiko Cicir (borang PIMBCa) daripada semua PPD dan menghantar laporan tersebut kepada Bahagian Perancengan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan salinan kepada semua Bahagian Operasi Pendidikan yang terlibat di KPM sebelum atau pada 15 Oktober setiap tahun. Merancang latinan bagi meningkatkan kemahiran GBK dalam pelaksanaan program intervensi murid berisiko cicir. Peringkat PPD 3.1 3.41 3.1.2 3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.3 3.3.4 3.3.2 3.3.3 Pengesanan dan Pengumpulan Makiumat Murid Berisiko Cicir Senaral dan maklumat murid berisiko cicir perlu dimuat turun daripada dashboard KPM oleh pegawai ICT di PPD. Senarai dan maklumat murid berisiko cicir peru diemel oleh PPD kepada semua sekolah dibawah pentadbiran PPD berkenaan oleh pegawai UPS di PPD. Penataran Senarai dan Maklumat Murid Berisiko Cicir Mengedarkan GPMBC kepada semua sekolah di bawah pentadbiran PPD. Mengadakan taklimat mengenal GPMBC kepada semua guru besar/pengetua sekolah di bawah pentadbiran PPD. Pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir bermula pada bulan April setiap tahun. Senarai dan maklumat murid berisiko cicir perlu dimuat turun dan diedarkan pada setiap akhir bulan sehingga bulan Julai setiap tahun. Pemantauan Program Intervensi Memantau dan menyediakan laporan pemantauan intervensi murid berisiko cicir di sekolah yang _mempunyai peratus murid berisiko cicir yang tinggi. Menganalisis data murid berisiko cicir di peringkat daerah. Mengumpul borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (borang PIMBCa) daripada semua sekolah dan membuat rumusan dalam borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko (borang PIMBCb) serta borang PIMBCb tersebut kepada JPN pada 1 Oktober setiap tahun. 16 Peringkat Sekolah 41 444 41.2 42 4.2.4 4.2.2 4.2.3 43 4.3.4 43.3 4.3.4 Penataran Senarai dan Maklumat Murid Berisiko Cicir Penataran GPMBC kepada semua guru di sekolah melalui mesyuarat oleh PK HEM Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan PIBG dan komuniti bagi mengatasi isu murid berisiko cicir. ‘Semakan Senarai dan Maklumat Murid Berisiko Cicir Menyemak senarai dan mengisi maklumat murid berisiko cicir yang tidak lengkap. Pengiraan tahap risiko murid secara menggunakan MS Exce! perlu dibuat bagi data murid yang tidak lengkap seperti skor dalam Rubrik Instrumen Kriteria Murid Berisiko Cicir (rujuk lampiran 2b). Pelaksanaan pengurusan murid berisiko cicir bermula pada bulan April setiap tahun. Pihak sekolah periu memastikan senarai dan maklumat murid berisiko cicir diterima daripada PPD sebelum Sharibulan mulai April hingga Julai setiap tahun. Intervensi GBK akan menjalankan_—intervensi_ yang _—bersesuaian (individu/berkumpulan) bagi memastikan murid berisiko cicir tidak akan tercicir dalam sistem persekolahan KPM. Modul Intervensi Murid Berisiko Cicir Sekolah Rendah Dan Menengah : Kaunseling Berfokus Serlahkan Keunggulan Diri (SUD!) boleh dirujuk melelui Sistem Profil Kerjaya Murid (SePKM). Bagi memastikan intervensi yang dijalankan berkesan, penyimpanan rekod setiap murid adalah penting. GBK perlu merekod kehadiran murid dalam program intervensi yang dijalankan (Borang Kehadiran Murid). Guru tahun/tingkatan perlu bekerjasama dengan GBK bagi menilai kemajuan murid semasa dan selepas pelaksanaan program intervensi. GBK periu mengisi borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (Borang PIMBCa) dan hantar kepada PK HEM untuk 17 semakan. GPK HEM menghentar borang PIMBCa kepada PPD sebelum atau pada 15 September sotiap tahun. 44 Pemantauan 4.4.1 Pengetua/Guru Besar/PK HEM sentiasa memantau kemajuan program intervensi murid berisiko cicir supaya tiada masalah keciciran di sekolah. RUBRIK INSTRUMEN KRITERIA MURID BERISIKO CICIR LAMPIRAN 2b 1. | Kehadiran murid | Kehadiran tidak hadir : 4) tidak hadir : 11 tidak hadir: 18 penuh hingga 10 hari|hingga 17 hari| hari berturut- atau berturutturut | berturutturut | turut tidak hadir : 1 atau atau atau hingga 3 hari | tidak hadir : 11 | tidak hadir : 21 | lebih berturut-turut | hingga 20 ‘hari | hingga 40 hari| daripada 18 atau tidak berturut- | tidak berturut-| hari berturut- tidak hadir : 1 | turut turut turut hingga 10 hari atau tidak berturut- tidak hadir: 41 turut hari tidak berturut-turut atau lebih daripada 41 tidak hari berturut-turut 2. | *Pencapaian Tulus semua | lulus separuh akedemik subjek atau lebih (sila rujuk nota) daripada subjek yang diambil 3 | Salah taku disipin | fada salah laku | melakukan salah di sekolah disiplin laku disiptin ringan ‘4. | Jarak ri] Kurang sekolah daripada 2km_ %. | Pendapaian isi | melebini RIV3007 = rumah sebulan | RM8000 M8000 6. | Status ibu bapa’ | Berkahwin ibu atau bapa/ penjaga penjaga meninggal dunia 7__[ Status OKU Tidak Nota: Pencapsian akedemik merujuk kepada Pencapaizn Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum ‘Sek Ren : BM—Pemahaman, BI— Pemahaman, Matematik dan Sains ‘Sek Mea Ren : BM, BI, Matematik dan Sains ‘Sek Mea Atas : BM, BI, Sejarah dan Matematik 19 Senarai Borang LAMPIRAN 3 Bil Nama Borang Tanggungjawab 1 Kehadiran Murid GBK 2 PIMBCa GBK 3 PIMBCb PPD 20 Borang Kehadiran Murid PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR: REKOD KEHADIRAN MURID TAHUN/TINGKATAN PROGRAM ah Spat tho butt ty “TARIKH PROGRAM! PERJUMPAAN NAMA MURID Et ‘Ali Bin Ahmad Ling Cha Yee Ramasamy ali Ramalingam ‘Azizatul Binti Ramli 2] ae] Ruzaini Binti Ahmad ‘Nama Guru Bimbingan dan Kaunselit Tandatangan=. Disahkan oleh:~ (Pengetual Guru Besar) an Borang PIMBCa Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir Bahagian A: Maklumat Demografi Nama Sekolah Kod Sekolah : Lokasi : Negeri : No Telefon Sekolah : Bahagian B : Maklumat Program Nama Program : . Kumpulan Fokus : Tempoh Pelaksanaan : . Jumilah Murid Berisiko Cicir Terlibat : ..... a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah : Strategi Komponen. Aktivit Faktor Risiko yang diatasi 7 Keberkesanan Contoh : % murid yang menunjukkan peningkatan ‘ata ke sekolah, disiplin dan akademik. 22 b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah : Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu keciciran murid di sekolah. Disemak oleh : Disahkan oleh : ( GPKHEM ) PENGETUA) 23 Borang PIMBCb Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir Bahagian A: Maklumat Demografi Nama PPD: Kod PPD : Lokasi : Negeri: No Telefon PPD : Bahagian B : Maklumat Program Nama Program : Kumpulan Fokus : Tempoh Pelaksanaan : Jumiah Murid Berisiko Cicir Terlibat : a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah : Strategi Komponen Aktiviti Faktor Risiko yang diatas! Keberkesanan Conteh : % murid yang menunjukkan peningkatan kehadiran ke sekolah, disiplin dan akademik. 24 b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah : Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu keciciran murid di sekolah. Disemak oleh : Disahkan oleh : ( Pen. Pegawai PPD UPK_) ( Pagawai Pendidikan Daerah) 25

You might also like