You are on page 1of 4

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa
daya upaya saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut undang-undang Pengakap

Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan
sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah
dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap.
Berikut adalah huraian tiga perkara yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

 Taat kepada Tuhan bermaksud setiap ahli Pengakap mesti beragama, tidak kira
agama apa sekalipun. Ahli Pengakap hendaklah patuh kepada ajaran agama,
iaitu dengan beramal dan beribadat mengikut agama masing-masing.
 Taat kepada Raja bermaksud ahli Pengakap mesti taat dan patuh kepada Yang
Di-Pertuan Agong, Raja- Raja dan wakil- wakil Raja yang memerintah di negara
ini. Pengakap hendaklah mengetahui dan memahami Undang- Undang negara.
 Taat kepada Negara bermaksud ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-
undang negara, jujur dan patuh kepada Perlembagaan negara, pemimpin dan
dasar- dasar kerajaan.

MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA


Ahli Pengakap sentiasa dengan jujur dan rela hati menabur bakti dan menolong orang-
orang yang memerlukan sama ada berseorangan atau berkumpulan. Mereka hendaklah
bersedia membantu orang ramai dan pihak keselamatan ketika berlakunya kemalangan
atau kecemasan dan di dalam kerja- kerja amal yang difikirkan sesuai.
MENURUT UNDANG- UNDANG PENGAKAP
Setiap ahli Pengakap hendaklah patuh serta mengamalkan semua prinsip yang
terkandung di dalam Undang- Undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

1. Dipercayai
 Kehormatan diri seorang pengakap itu boleh dipercayai untuk menjalankan
tugas-tugas.
2. Taat
 Pengakap adalah seorang yang taat kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin
Pengakap, Ibu Bapa, Majikan, dan orang-orang di bawahnya.
3. Berguna
 Tugas seorang pengakap ialah menjadikan dirinya berguna dan menolong
orang pada setiap masa.
4. Bersaudara
 Pengakap adalah sahabat kepada semua orang dan saudara kepada lain-lain
pengakap, tidak kira apa negara, bangsa, pangkat atau agama sekalipun.
5. Berbudi
 Pengakap adalah seorang yang baik budi pekertinya yakni dia hormat kepada
semua orang terutamanya orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang
sakit, orang cacat dan sebagainya.
6. Kasihkan binatang
 Pengakap adalah sahabat kepada semua binatang iaitu kasihkannya serta
menyelamatkan binatang daripada menderita kesakitan dan jangan
membunuhnya tanpa sebab kecuali binatang yang merbahaya.
7. Menurut
 Pengakap menurut perintah ibu bapa, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin
pengakapnya. Tanpa sebarang bantahan walaupun terpaksa menerima perintah
yang tidak disukainya.

8. Tabah
 Pengakap mestilah sentiasa senang hatinya dan bersabar selalu walaupun
dalam kesusahan.
9. Berjimat
 Pengakap mestilah sentiasa berjimat cermat dalam semua hal perbelanjaannya.
10. Suci fikiran, perkataan dan perbuatan
 Pengakap sentiasa bersih fikiran, perkataannya dan perbuatannya dari
melakukan perkara-perkara ynag kotor dan tidak mengalah kepada nafsu untuk
bercakap, berfikir atau berbuat sesuatu yang keji.

You might also like