You are on page 1of 8

Nama : BETHARACE ANAK SYLVESTER SABUK

NO. K/P :930130-13-6274

NO.PENDAFTARAN :P99314

PROGRAM PENGAJIAN : SARJANA PENDIDIKAN (TESL)

KAMPUS :IPTAR KOTA SAMARAHAN


Soalan :Topik 4 Isu-isu Bahasa Melayu

1. Video :
Peranan :
a. Status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
b. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi
c. Bahasa Melayu sebagai agen perpaduan di kalagan kepelbagai kaum di Malaysia
d. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam negara Malaysia

Cabaran :
a. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
b. Sikap pengguna Bahasa Melayu
c. Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu di IPTA dan IPTS

Cadangan :
a. Martabatkan bahasa Melayu, Memperkasakan bahasa Inggeris
b. Memperkayakan penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang. Memantapkan
peranan DBP

2. Aktiviti Pengukuhan

1:Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan semakin
terpinggir dan diancam dengan sikap rakyat Malaysia dan dominasi Bahasa Inggeris.
Bincangkan.

2: Dengan memberikan lima contoh gambar, bincangkan kesalahan dan kesilapan


bahasa yang selalu anda temui dalam aspek pengiklanan.

3: Sebagai seorang rakyat Malaysia, memartabatkan Bahasa Melayu sewajarnya


dipikulkan bersama-sama tanpa mengira etnik. Bincangkan, bagaimanakah anda
boleh membantu kerajaan dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini.
Cabaran arus pemodenan masa kini telah menyebabkan generasi kita
memandang tinggi serta mengagungkan Bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.
Mereka telah meletakkan Bahasa asing sebagai Bahasa utama dalam berkomunikasi
kerana mengganggap Bahasa tersebut gah di mata dunia sekaligus meletakkan
mereka sebagai individu yang celik akal. Hal ini kerasa Bahasa Inggeris mampu
membawa mereka untuk berkomunikasi secara selesa di peringkat global.

Namun, ramai yang lupa dengan frasa “Bahasa Jiwa Bangsa”. Frasa ini
melambangkan signifikan sesuatu Bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia.
Malahan Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting sejak zaman
kesultanan Melayu. Bahasa Melayu dianggap sebagai Bahasa perdagangan, Bahasa
lingua franca, Bahasa untuk pengajian agama dan Bahasa parlimen serta Bahasa
mahkamah.

Antara status Bahasa Melayu di negara Malaysia ialah, bahasa kebangsaan


negara. Generasi dari pelbagai kaum, agama dan bangsa menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Tidak ketinggalan juga, Bahasa
Melayu telah diangkat sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi sector awam.
Malahan, setiap pusat pengajian tinggi menyediakan kelas Bahasa Melayu untuk
warga asing yang dating menuntut di Malaysia.
Selain itu, Bahasa Melayu berperanan sebagai agen perpaduan dalam
kalangan perbedaan kaum di Malaysia. Hanya dengan penggunaan satu Bahasa, kita
dapat memahami cara kaum lain dan menghormati mereka.
Dalam pada itu, Bahasa Melayu merupakan Bahasa rasmi dalam negara
Malaysia. Ini bermakna, apa-apa urusan yang rasmi seperti urusan pemerintahan dan
pentadbiran, kehakiman dan perdagangan akan menggunakan Bahasa kebangsaan
kita.
Kewujudan sekolah-sekolah vernakular tidak menghalang bidang pendidikan
kita untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa utama. Hal ini kerana, Bahasa
tersebut untuk tujuan berkomunikasi dan berkorbolasi. Sekolah vernakular adalah
sekolah yang menggunakan Bahasa ibunda seperti, Tamil, Cina dan Melayu dalam
dalam proses pembelajaran dan pengajaran(P&P). Namun begitu, pengajaran
Bahasa Melayu tetap dilaksanakan.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam isu Bahasa Melayu adalah
dengan wujud dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik & Sains dalam Bahasa
Inggeris yang dahulunya dikenali sebagai PPSMI dan kini ditukar kepada Dual
Language Program (DLP). Kebanyakan murid sekolah rendah tidak memahami isi
kandungan Matematik dan Sains hanya kerana masalah penguasaan Bahasa
Inggeris. Perancangan yang tidak stastik juga boleh menjejaskan
Seterusnya ialah sikap pengguna Bahasa Melayu. Sesetengah pihak
beranggapan bahawa bertutur dengan satu Bahasa sahaja akan membuat mereka
berasa rendah diri. Bertutur dalam Bahasa Melayu tidak boleh digunakan untuk
mengukur betapa jumudnya sesebuah negara. Kebanyakkan generasi terutama
golongan remaja memandang rendah terhadap Bahasa kebangsaan kerana mereka
kurang yakin dan beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak dapat digunakan
sebagai bahasa antarabangsa untuk urusan-urusan rasmi terutamanya melibatkan
komunikasi dengan negara luar.
Selain itu, rakyat kita sendiri menganggap bahawa bertutur dalam Bahasa
Melayu berasa tidak begitu hebat apabila berhadapan dengan pelbagai variasi
manusia. Mereka telah lupa tentang sejarah masa dahulu bahawasanya Bahasa
Melayu menjadi wadah untuk berkomunikasi antara perdagang asing dan tempatan.
Malahan pada masa kini, kita masih menggunakan Bahasa melayu antara satu sama
lain tidak kira sama ada dengan jiran,tempat bekerja mahu pun di talian telefon.

Dapat kita lihat secara terperinci bahawa rakyat pada masa sekarang
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda di rumah mereka. Mereka
menganggap bertutur dalam Bahasa Inggeris sesama ahli keluarga akan
menunjuukan status yang tinggi dalam kalangan saudara-mara mereka. Disinilah
Bahasa Melayu telah dipinggirkan oleh rakyat kita sendiri.

Kebanyakkan masyarakat kini lebih memberi tumpuan terhadap bahasa


Inggeris dalam pengurusan sekaligus mengetepikan terus bahasa kebangsaan kita
ini. Hak masing-masing jika ingin memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris tetapi
haruslah membela nasib bahasa kebangsaan kita juga supaya tidak akan dipandang
rendah oleh negara luar dan yang lebih terus lagi dipandang rendah oleh rakyat
negara kita sendiri.
Seterusnya ialah IPTA dan IPTS menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengatar semasa melaksanakan kuliah. Secara tidak langsung telah
menyumbang kepada kemerosotan penggunaan Bahasa Melayu. Kadang-kadang,
penutur juga mencampuradukkan Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu sehingga
hilang Bahasa dan maksud asal bagi mesej yang ingin disampaikan.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah perkataan Bahasa Melayu hampir
sama dengan Bahasa Inggeris. Contohnya, “mesej” dari perkataan “message”, namun
ia tidak harus menjadi penghalang untuk kita bertutur dalam Bahasa Melayu. Kita
harus mengambil teladan daripada negara Jepun yang sangat menggagungkan
Bahasa kebangsaan mereka untuk mengelakkan Bahasa kita pupus.
Penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial tidak seharusnya
mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti. Sekiranya hal ini dipandang sebelah
mata, kita bakal kehilangan keaslian Bahasa kebangsaan kita.
Oleh itu, antara usaha yang boleh dipertengahkan demi memartabatkan
Bahasa Melayu ialah dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat utama lulus
sekiranya ingin memasuki ke mana-mana pengajian mahupun bekerja. Dengan ini,
masyarakat tidak akan memandang enteng dengan subjek Bahasa Melayu.
Seterusnya ialah menyokong pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
dan badan-badan NGO dalam usaha yang melibatkan penlestarian Bahasa Melayu di
negara kita. Walaupun kita hidup dalam persekitaran yang berlainan agama, Bahasa
dan budaya, kita harus mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
utama dalam kehidupan seharian agar generasi yang akan datang berpegang teguh
dengan slogan “Bahasa jiwa bangsa”.
Di sekolah pula, kerjasama antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid dalam
melaksanakan program Bulan Cintai Bahasa Kebangsaan amat diperlukan. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang bulan bahasa termasuklah:
1. Pertandingan penulisan cerpen
2. Pertandingan bahas
3. Pertandingan pidato
4. Penggunaakan Bahasa Melayu dalam perhimpunan(selang-seli dengan
penggunaan Bahasa Inggeris setiap minggu.)

Sebagai seorang warga pendidik, kita harus peka dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Tugas kita ialah menjadikan diri
sendiri dan juga murid-murid untuk rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia
merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di
negara ini.
Selain itu, murid boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu
melalui macam-macam cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu.
Antara penyanyi yang memartabatkan keaslian Bahasa kebangsaan ialah Altimet.
Lagu-lagu ciptaan beliau berunsurkan pantun, peribahasa dan juga sangat asli.
Di sekolah, kita boleh mengalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam
komuniti yang berkaitan dengan permantapan Bahasa kebangsaan. Justeru itu, murid
akan menyedari keistimewaan Bahasa Melayu. Antara aktiviti yang boleh
diketengahkan lagi ialah bengkel Bahasa Melayu dan kem cintai Bahasa kita.

Pihak kerajaan telah mewujudkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu


(Bahasa Malaysia) Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2011. Ini
nyata menunjukkan usaha yang sangat unggul oleh pihak kerajaan untuk mengangkat
kedudukan bahasa Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.
Memang tidak dinafikan, baha Inggeris merupakan Bahasa antarabangsa.
Namun, kita tidak boleh menyisihkan Bahasa kebangsaan kita untuk mengelakkan
Bahasa kita hilang ditelan zaman. Peredaran masa yang begitu drastik sedikit
sebanyak telah membuat penggunaan Bahasa Melayu merosot.
Oleh itu, cara lain yang boleh dilaksanakan ialah dengan menambahkan masa
pengajaran dan pembelajaran(p&p) mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah
vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan cina(SJKC) dan juga sekolah
kebangsaan Tamil(SKT).
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
semakin terpinggir dan diancam. Rakyat Malaysia lebih mendominasikan Bahasa
Inggeris walaupun Bahasa Melayu merupakan identiti bangsa Malaysia.

Dapat kita simpulkan di sini ialah, seorang rakyat Malaysia, kita harus bangga
kerana memiliki bahasa kita sendiri sebagai identiti jati diri yang unggul sejajar dengan
tuntutan Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri kita. Kita
tidak boleh membiarkan Bahasa Melayu terus dibelenggu dengan cabaran yang
sengit pada abad ke-21.
Kita memegang tanggunjawab yang besar untuk memeperkasakan dan
memartabatkan Bahasa Melayu untuk menghadapi saingan dengan bahasa Inggeris
yang merupakan bahasa global

Oleh itu, memartabatkan Bahasa Melayu sewajarnya dipikulkan bersama-


sama tanpa mengira etnik. Untuk memartabatkan dan memperkasakan Bahasa
Melayu, pembentangan kertas kerja,seminar dan sebagainya perlu diadakan dengan
menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di dalam negara malahan di luar negara.
Selitkan penggunaakan Bahasa Melayu di rumah mahupun di sekolah. Selain itu,
anak-anak dan pelajar-pelajar digalakkan membaca dan melihat buku-buku cerita
Bahasa Melayu. Dengan itu, penggunaan Bahasa Melayu dapat diperluaskan.

Bahasa jiwa bangsa.


Rujukan

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Mohd Yusof Abdullah, Abdul Raof Hussin, Saifuddin
Kumar Abdullah, Wong Kung Teck& Shahril Ismail. 2018. Analisis Pelaksanaan
Program Memartabatkan Bahasa Malaysia( MBM) Sekolah Rendah dan Menegah Di
Malaysia. Journal of Kesidang 3:40-61

Adlina ab. Halim, Siti Nor Azhani& Ku Hasnita. 2018. Pengetahuan Terhadap Bahasa
Kebangsaan Sebagai Teras Pembinaan Peradaban Malaysia Dalam kalangan
Mahasiswa di Lembah Klang. Sains Insani 3(2):38-44.

Nurul Farehah & Mohd Salehhuddin. 2018. Neoliberalism and Its Impact on English
as a Medium of Instruction in Malaysia, Thailand and Vietnam. Journal of Creative
Practices in Language Learning and Teaching(CPLT) 6(1):18-25

Muhammad Ridhwan Sarifin, Mohamad Fauzi Sukimi & Azlina Abdullah. 2018.
Integrasi Orang Bawean Dalam Penggunaan Bahasa Ke Arah Membina Bangsa
Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 13(3):133-144

Noor Hayati & Mohd Sallehudin. 2015. The Use of Bahasa Melayu in The English
Language Classroo by ‘Non-Optionist’ English Teachers. Procedia-Social and
Behavioral Science 172:770-777

Jaafar bin Jambi. 2008. Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. 19(1):68-90

You might also like