You are on page 1of 2

Assalamualaikum wbt.

Yang diraikan Tuan Haji Mohd Abdul Aziz bin Mahmud Mantan Pengetua SMA MAIWP

Yang berbahagia Puan Gamarufizan bt Zainal Abidin. GPK HEM SMA MAIWP

Yang berbahagia Puan Zahura bt Md Amin GPK Kokurikulum SMA MAIWP

Guru guru kanan mata pelajaran

Guru cemerlang

Kaunselur kanselur

Guru-guru

Ketua pelajar

Pelajar-pelajar

Serta seluruh warga sekolah

(Tambah mengikut urutan)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya diberi ruang dan
peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh makna ini. Selamat
datang dan terima kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir ke majlis ini yang diadakan
khusus untuk meraikan perpisahan dengan pengetua yang sangat kami hormati. Tuan Haji
Mohd Abdul Aziz bin Mahmud yang berpindah ke ke SMAP Kajang bermula 7.12.2015

Hadirin sekelian,

Saya sebagai wakil warga SMA MAIWP , ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan
betapa kami sangat berbangga kerana dapat berkhidmat di bawah pentadbiran Tuan haji Mohd
Abdul Aziz bin Mahmud. Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak
pernah lokek memberi tunjuk ajar kepada kami. Tuan Haji Mohd Abdul Aziz bin Mahmud yang
kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan
pelajar-pelajar di sekolah ini. Beliau tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam pengurusan sekolah, beliau adalah minnar rijaali allazina la
ya’rifuna al mustahil / ‫ من الرجال الذين ال يعرفون المستحيل‬/ diantara pemimpin yang tidak kenal erti
mustahil

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Seperti mana


sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang 1.11.2012 hingga 6.12.2015 (3 tahun 1 bulan 5
hari) Tuan Haji Mohd Abdul Aziz bin Mahmud menerajui sekolah ini, banyak peningkatan dan
kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah dari segi akademik sahsiah dan kokurikulum samada
diperingkat zon, Negeri , Kebangsaan dan antarabangsa Ia tidak mudah bagi Tuan Haji Mohd
Abdul Aziz bin Mahmud dan tidak mudah juga bagi kami, tetapi kami semua dapat
melakukannya dengan bimbingan dan tunjuk ajar Tuan Haji Mohd Abdul Aziz bin
Mahmud. Sebagai teraju utama, beliau banyak memainkan peranan demi meningkatkan
kecemerlangan sekolah. Kami berharap, semua usaha ini akan diteruskan oleh pengetua
baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan sekolah ini. Kami guru-guru di sini,
walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal
melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan
sekolah kami.

Saya sudahi dengan 3 rangkap pantun

Harum semerbak si bunga melur,


Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Bunga cempaka menghias jemala,


Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka tuan himpun segala,
Dalam bersedih ustaz tertawa.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam diufuk barat,
Doa kami ikhlas untuk ustaz sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Wabillhi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Sekian terima kasih

You might also like