You are on page 1of 15

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015/2016

SEJARAH ASIA SELATAN HSB 334

BINCANGKAN SECARA KRITIS FAKTOR-FAKTOR YANG


MENYEBABKAN KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN EMPAYAR
MOGHUL.

Nama: Muhammad Syafiqri Bin Zamry

Nombor Matrik: 118 658

Nama Pensyarah: Dato’ Dr. K. Anbalakan

Waktu Tutorial: selasa /4-5 petang


ISI KANDUNGAN

Pengenalan………………………………………………………………………………....3

Ketegasan Aurangzab…………………………………………………………………...…4

Wilayah pemerintahan terlalu luas………………………………………………………...6

Kewujudan Maratha…………………………………………………….…………….…...7

Pengganti yang
lemah……………………………………………………………………………….….…..7

Masalah ekonomi……………………………………………………………………….…8

Ketenteraan …………………………………………………………………………….…9

Persenjataan yang lemah……………………………………………………...………….10

Persaingan kuasa eropah di India…………………………………………………….…...11

Peperangan Deccan…………………………………………………………………….…12

Kesimpulan…………………………………………………………………………….…13

Bibliografi………………………………………………………………………,…….….14

2
BINCANGKAN SECARA KRITIS FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN EMPAYAR MOGHUL.

PENGENALAN

Empayar Moghul merupakan empayar yang berjaya menguasai hampir keseluruhan India di bawah

pemerintahan Maharaja Moghul dan Kerajaan Moghul merupakan kerajaan yang diketuai oleh raja

yang beragama Islam. Pemerintahan Maharaja Moghul yang beragama Islam berjaya mewujudkan

kestabilan yang lama di India ketika itu sehingga mampu memobilisasikan masyarakat Hindu yang

merupakan masyarakat majoriti dan mereka tetap menumpahkan taat setia kepada Maharaja Moghul.

Kehebatan raja-raja Moghul seperti Akbar The Great, Jahangir Khan, Shah Jahan dan Aurangzab

berjaya mengukuhkan kedudukan empayar Moghul di India selama beratus-ratus tahun. Pentadbiran

kerajaan yang cekap yang diketuai oleh Maharaja yang hebat dan dibantu oleh sistem meritokrasi

yang membenarkan semua orang berkebolehan memegang jawatan tidak kira orang Hindu atau Islam

menyebabkan kerajaan Moghul menjadi utuh dan digeruni oleh pihak British dan kuasa luar.

Keutuhan Empayar Moghul tidak bertahan lama apabila terdapat perlbagai faktor yang menyebabkan

kemerosotan dan kejatuhannya. Maharaja yang mula mengabaikan tanggungjwab, penindasan

terhadap agama Hindu, perebutan kuasa antara putera maharaja, persenjataan yang lemah, ketegasan

Aurangzab, Perluasan kuasa eropah menyebabkan kuasa Empayar menjadi lemah dan hancur menjadi

kepingan-kepingan kecil.

Empayar Moghul yang diasaskan oleh Akbar seorang anak putera mahkota buangan yang menetap di

Kandahar berjaya mewujudkan sebuah empayar yang utuh walaupun seorang yang tidak tahu

membaca dan menulis dan Cicitnya Aurangzab seorang yang hebat tetapi disebabkan ketegasannya

Empayar Moghul mula menunjukkan kelemahan di akhir pemerintahannya.Faktor-faktor kejatuhan

Empayar ini perlu dikaji secara teliti kerana kejatuhannya menjadi sejarah dunia dan faktor ketegasan

3
Aurangzab bukan salah satu faktor dominan tetapi disebabkan faktor-faktor lain yang menyebabkan

empayar ini jatuh dan lenyap dan akhirnya pemerintahan di India dikuasai oleh Maratha sebagai kuasa

Hindu dan seterusnya India berada di bawah syarikat perdagangan Inggeris iaitu East India Company.

KETEGASAN AURANGZAB

Aurangzab merupakan salah seorang Maharaja Moghul yang hebat setanding dengan Akbar, Jahangir

dan shah jahan. Beliau turut dikenali dengan Aurangzab The Great. Aurangzab menjadi maharaja

selepas memenjarakan ayahandanya Shah Jahan di dalam penjara dan berjaya menewaskan adik

beradiknya dalam usaha merampas takhta Moghul. 1Aurangzab menaiki takhta selepas mengalahkan

abangnya iaitu Dara Shikoh dan memancung adiknya Murad dan Shuja. Aurangzab yang menaiki

takhta digelar Alamgir yang bermaksud penakluk dunia. Aurangzab merupakan seorang Muslim

orthodok begitulah yang digelar oleh sejarahwan barat disebabkan ketegasan Aurangzab dapat dilihat

apabila beliau telah menghalang dan menghentikan dasar liberalisasi agama dalam pemerintahannya.

Aurangzab telah menghalang liberalisasi agama yang dilakukan oleh Akbar the Great dan pemerintah

sebelumnya yang telah menyebabkan agama Islam menyimpang kerana terdapat unsur agama Hindu

dan unsur agama lain di dalamnnya. Beliau dengan tegas memerintah Empayar Moghul iaitu dengan

mengenakan semula cukai jizyah atau cukai kepala terhadap penganut Hindu, melarang pembinaan

kuil dan menggantikan pegawai-pegawai atau Mansabdar yang beragama Hindu kepada orang

beragama Islam.

Dasar yang dilakukan oleh Aurangzab ini tidak disukai oleh majoriti masyarakat yang beragama

Hindu dan menyebabkan mereka berasa terpinggir. Masyarakat Hindu berasa mereka telah dijajah dan

diperintah oleh bangsa luar. Aurangzab yang melaksanakan pemerintahan Islam merupakan seorang

Islam bermazhab Sunni dan beliau juga telah menentang kesultanan Islam yang bermazhab Syiah

seperti Kesultanan Golconda dan Bijapur. 2Ketegasan Aurangzab yang berpegang teguh kepada Islam

telah menyebabkan beliau telah mewujudkan banyak musuh yang boleh menghancurkan Empayar

Moghul. Aurangzab juga telah menangkap Guru ke-9 iaitu Guru Bahadur yang merupakan pemimpin

1
Stanley Wolpart, A New History Of India:Fourth Edition(New York: Oxford University Press,1993)ms.157
2
Stanley Wolpart, A New History of India:Fourth Edition(New York: Oxford University Press,1993)ms.161

4
agama Sikh dan telah memaksa Guru Bahadur memeluk Islam dan keengganan Guru tersebut telah

menyebabkannya telah diseksa oleh Aurangzab. Kematian Guru ke-9 telah menyebabkan anak guru

ke-9 iaitu Gobind Singh telah mewujudkan sebuah penentangan terhadap empayar Moghul dengan

memobilisasikan penganut agama Sikh yang banyak menetap di Punjab bangkit menentang

Aurangzab dan Moghul.

Permasalahan yang berlaku disebabkan tiadanya toleransi dalam pentadbiran Aurangzab yang telah

menyebabkan sebahagian besar orang tidak menyukai pemerintahan Aurangzab yang bersifat keras

dan tirani. Dasar Aurangzab yang tidak bertoleransi dengan agama lain menyebabkan keadaan

menjadi sukar bagi bakal pengganti Aurangzab apabila Baginda telah melakukan sesuatu yang di luar

kebiasaan dilakukan oleh Maharaja sebelumnya iaitu dengan menghalang liberalisasi dalam agama,

ini menyebabkan kejutan kepada rakyat yang majoritinya beragama Hindu. Aurangzab digelar Sunni

Ortodoks oleh sejarawan barat dalam menegakkan agama Islam. Aurangzab telah menghentikan

agama Din Ilahi yang diasaskan oleh Akbar The Great yang merupakan agama liberal.

3
‘‘The era of religious tolerance and Hindu-Muslim equality of treatment that had been initiated by

akbar was now abandoned Alamgir appointed “Censors of morals’’(Muhtasibs) to every provincial

capital and other large city in his realm, ordering them to be sure that Islamics laws must be obeyed

and the proper prayers performed. In 1668 Hindu religious fairs were outlawed, and no new Hindu

Temple permits were issued,nor would royal permission be granted to repair rundown temples.’’

Ketegasan Aurangzab yang telah memastikan bahawa undang-undang Islam perlu dipatuhi di setiap

wilayah dan masyarakat perlu mempunyai moral yang tinggi dalam kehidupan. Aurangzab juga telah

menyebabkan kebencian penganut Hindu semakin bertambah apabila beliau telah melarang

pengeluaran permit untuk pembinaan kuil-kuil Hindu.

Semasa pemerintahan Aurangzab cukai jizyah telah dikenakan semula ke atas penganut Hindu. Cukai

ini telah dimansuhkan oleh Akbar untuk mendapatkan sokongan majoriti masyarakat Hindu dalam

pemerintahannya. Kedatangan Aurangzab sebagai maharaja menyebabkan cukai tersebut

3
Stanley Wolpart, A New History of India:Fourth Edition(New York:Oxford University Press,1993)ms.158

5
diperkenalkan semula dan masyarakat Hindu juga dikenakan cukai untuk memasuki kawasan suci

penganut Hindu. Aurangzab melarang pembinaan kuil-kuil Hindu bertujuan untuk mengatasi komplot

pemberontakan yang ingin dilakukan oleh orang Hindu yang menjadikan kuil-kuil ini sebagai markas

operasi dan ketegasan Aurangzab dalam melarang pembinaan kuil-kuil menyebabkan masyarakat

Hindu memandang Aurangzab sebagai musuh kepada agama Hindu dan penganut Hindu.

WILAYAH PEMERINTAHAN TERLALU LUAS

Wilayah pentadbiran Aurangzab yang begitu luas sehingga menjangkau seluas 3.5 juta batu persegi

menyebabkan urusan pemerintahan menjadi sukar. Sewaktu pemerintahan Aurangzab banyak

penaklukkan dilakukan dan ini menyebabkan banyak wilayah yang ditakluki Moghul seperti

Golconda, Oudh dan Orissa dan bahagian utara India. Pemerintahan Aurangzab merupakan yang

terluas dan melebihi empayar Maurya.

Saiz wilayah yang luas serta ditambah dengan kurangnnya teknologi canggih seperti hari ini

menyebabkan urusan pentadbiran tergendala kerana pentadbiran sesuatu wilayah perlu mendapatkan

kata putus dari Maharaja atau Emperor sebelum melakukan sesuatu perkara. Wilayah yang terlalu luas

ini telah menyebabkan wilayah-wilayah yang ditadbir ini kurang mendapat bantuan ketenteraan,

mudah diancam oleh musuh menyebabkan sebuah demi sebuah wilayah ditakluk musuh dan

membebaskan diri daripada kekuasaan Moghul.

Wilayah yang terlalu luas ini menyebabkan pembangunan tidak dapat dilakukan kerana urusan

pentadbiran mestilah mendapat persetujuan Maharaja iaitu Aurangzab dan semasa pemerintahan

Aurangzab sentiasa berlaku peperangan dan kemajuan dan pembangunan tidak dapat dilakukan

khususnya dalam bidang pertanian. Saiz wilayah yang luas memerlukan saiz angkatan tentera yang

banyak untuk mengekalkan keamanan di setiap wilayah. Namun peperangan demi peperangan yang

dicetuskan Aurangzab menyebabkan askar-askar digunakan untuk berperang untuk menentang musuh

seperti Maratha dan Afghan. Kerahan tenaga askar dari semua wilayah untuk berperang di bawah

perintah Aurangzab menyebabkan wilayah-wilayah yang ditakluki ditinggalkan tanpa kekuatan

ketenteraan dan memudahkan wilayah tersebut dikuasai kuasa lain atau membebaskan diri dari

6
Moghul. Faktor wilayah yang terlalu luas boleh dikatakan sebagai punca yang menyebabkan

kejatuhan kerajaan Moghul dan urusan pentadbiran dan komunikasi adalah terlalu sukar dan sekiranya

berlaku pemberontakan di sesebuah wilayah bantuan ketenteraan mengambil masa yang lama untuk

tiba.

KEWUJUDAN MARATHA

4
Maratha wujud akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat beragama Hindu terhadap pemerintahan

Aurangzab yang begitu tegas dalam melaksanakan pemerintahan Islam dengan menindas penganut

Hindu dan melarang aktiviti keagamaan Hindu menyebabkan penganut Hindu berusaha mewujudkan

kerajaan Hindu Maratha.

Kerajaan Maratha yang diasaskan oleh Shivaji telah menyatukan penganut Hindu dengan cogan

katanya iaitu Hindu Pad-Pashai atau semangat Hindu untuk menentang Moghul yang dipimpin oleh

Aurangzab. Kehebatan Shivaji menetang Moghul sehingga menyebabkan kematian jeneral Afzal

Khan yang merupakan jeneral terhebat Moghul sekaligus meyebabkan kepimpinan ketenteraan

Moghul menjadi lemah dan beberapa siri-siri peperangan dengan Maratha yang menyaksikan

kekalahan Moghul. Kekalahan Moghul ini menyebabkan Aurangzab berunding dengan Shivaji

dengan melantiknya sebagai Mansabdar dengan diberikan ganjaran sebanyak 30,000 ekor kuda.

Shivaji juga perlu berada di istana Moghul dan Shivaji menyedari bahawa ini akan membahayakan

nyawanya dan berjaya melarikan diri dari istana Moghul dan selamat sampai ke Maharashtra dan

melantik semula dirinya sebagai raja.

Beberapa peperangan telah berlaku menyebabkan Moghul tidak mampu bersaing dengan Maratha dan

Aurangzab tetap gagal megalahkan Maratha.

PENGGANTI YANG LEMAH

Selepas kematian Aurangzab berlakunya perebutan takhta di antara putera-putera Aurangzab yang

terdiri daripada Muazzam dan Azam. Perebutan takhta Moghul antara putera-putera ini menyebabkan

4
A New History of India:Fourth Edition(New York:Oxford University Press,1993)ms.162

7
berlakunya perpecahan dan pembunuhan di antara adik beradik ini sehingga akhirnya Muazzam

berjaya menjadi Maharaja Moghul dengan memakai gelaran Bahadur Shah. Tempoh pemerintahan

Bahadur Shah adalah terlalu singkat iaitu hanya dalam 5 tahun sahaja kerana usianya yang lanjut.

Tempoh pemerintahan beliau yang singkat disebabkan Ayahandanya Aurangzab memerintah terlalu

lama dan Bahadur Shah menaiki takhta dalam usia 70 tahun. Kematian Bahadur Shah ini

menyebabkan bermulanya kegagalan mengekalkan kehebatan Moghul. Selepas kematian Bahadur

Shah perkara bersama turut berlaku iaitu perebutan takhta telah berlaku di kalangan anak Bahadur

Shah iaitu di antara Jahandar shah, Azim-ush-syah dan Rafi-ush-syah dan ketika berlakunya

perebutan takhta ini jenazah Bahadur Shah terbiar selama satu bulan. Jahandar shah juga tidak dapat

memerintah begitu lama kerana selepas itu beliau turut digulingkan oleh anak saudaranya dan selepas

itu berlakunya rentetan pembunuhan Maharaja Moghul dan ini menyebabkan berlakunya kekacauan

dalam pentadbiran Moghul. Rampasan dan perebutan takhta oleh keluarga diraja Moghul

menyebabkan urusan pentadbiran Moghul menjadi lemah dan ini memudahkan campur tangan kuasa

luar.

MASALAH EKONOMI

Salah satu faktor yang menjadikan Empayar Moghul lemah adalah disebabkan masalah ekonomi yang

terlalu teruk berlaku. Kegawatan ekonomi ini disebabkan Aurangzab yang selalu melibatkan diri

dalam peperangan menyebabkan kegiatan utama ekonomi iaitu pertanian dan perdagangan tidak dapat

dilakukan kerana para petani dan pendagang terpaksa melibatkan diri dalam peperangan selepas

Mansabdar mengarahkan para petani menyertai peperangan selepas Firman Order atau perintah diraja

dikeluarkan oleh Aurangzab menyebabkan petani tidak dapat memberi perhatian dalam kegiatan

pertanian.Peperangan juga memusnahkan hasil tanaman kerana peperangan demi peperangan telah

memusnahkan tanaman.

5
Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan faktor kejatuhan Moghul ialah bukan disebabkan

faktor agama tetapi disebabkan faktor ekonomi juga menyebabkan kejatuhan Moghul.Zamindar atau

5
STANLEY WOLPART,A New History Of India:Fourth Edition(New York:Oxford University Press,1993)ms. 159

8
tuan tanah menyedari sekiranya mereka menyertai peperangan bersama Aurangzab mereka akan mati

kebuluran dan menyebabkan hasil tanaman tidak dapat disusahakan dan kebanyakkan para Zamindar

telah memberontak disebabkan tiadanya toleransi daripada pemerintah. Para Zamindar telah

melakukan pemberontakan dan menyokong Maratha, Sikh, dan Rajput kerana petani lebih sanggup

mati memberontak daripada mati kebuluran.Pemberontakan yang sering dilakukan oleh petani telah

menyebabkan kedudukan Empayar Moghul menjadi goyah kerana perlu menstabilkan masalah

dalaman melibatkan petani dan menentang musuh luar seperti Maratha.

KETENTERAAN

Faktor ketenteraan merupakan antara faktor dominan yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Moghul

di India. Sistem ketenteraan Moghul masih tidak tersusun dan tidak terurus dengan sempurna kerana

masih menggunakan sistem feudal iaitu melalui kerahan tenaga. 6Tentera Moghul menjadi lemah

kerana terlalu bergantung kepada Zamindar atau pegawai tertinggi untuk mendapatkan tentera

Zamindar merupakan golongan tuan tanah yang membekalkan tentera kepada Raja Moghul sekiranya

berlaku peperangan tetapi disebabkan sistem ini terdapat kelemahannya kerana terlalu bergantung

kepada Zamindar dan terdapat Zamindar yang membelot dengan tidak membekalkan tentera. Secara

tidak langsung kawalan terhadap wilayah negara menjadi lemah dan Maharaja Moghul juga tidak

mampu memantau Zamindar. Sikap tentera Moghul juga menjadi punca kejatuhan kerajaan Moghul

kerana banyak tentera Moghul bukan berasal daripada India dan mereka tidak mempunyai semangat

mempertahankan negara dan tentera dikalangan orang Hindu juga telah tiada dan ini menyebabkan

tentera Moghul menjadi lemah. Tentera Moghul yang dahulunya terdiri daripada gabungan askar

Hindu dan Islam sudah tidak wujud kerana dasar yang telah dilakukan oleh Aurangzab dan

pemerintahan selepasnya kerana mengalang liberalisasi agama. Masyarakat Hindu juga mengaanggap

Kerajaan Moghul merupakan penjajah dan menyebabkan tentera Moghul hanya disertai oleh orang

Islam. Sikap tentera Moghul menjadi semakin teruk kerana kebajikan mereka diabaikan kerana tidak

menerima sebarang gaji selama beberapa bulan dalam lewat akhir pemerintahan Aurangzab.

Kegagalan membayar gaji tentera telah menyebabkan tentera menjadi hilang semangat untuk

6
STANLEY WOLPART, A New History of India:Fourth Edition(New York:Oxford University Press,1993)m.s 159.

9
mempertahankan negara disebabkan askar-askar atau sepoi-sepoi ini bekerja hanya untuk menyara

kehidupan mereka.Rata-rata sepoi-sepoi India ini bukannya kelahiran India dan kebanyakkanya

berasal dari Afghan dan Parsi.Apabila Moghul diserang mereka tidak mempunyai rasa untuk

mempertahankan Moghul kerana mereka tidak mempunyai sebarang ikatan terhadap India.

PERSENJATAAN YANG LEMAH

Tentera Moghul mempunyai bilangan tentera yang ramai tetapi tentera Moghul ketinggalan dalam

aspek teknologi ketenteraan kerana masih bergantung dengan persenjataan tradisional dan ini

menyebabkan kekalahan dalam peperangan. Pemimpin-pemimpin India ketika itu tidak mempunyai

kesedaran untuk menghasilkan persenjataan yang moden seperti Meriam, musket, senapang kekal

yang mempunyai sentuhan sains yang mampu memberi impak dalam peperangan. Persenjataan yang

lemah menyebabkan tentera India mudah tewas kepada kuasa luar seperti EIC dan Maratha serta

Afghan. Persenjataan sememangnya mempengaruhi kekuatan kerajaan Moghul.

Situasi ini memang terbukti apabila berlakunya peperangan Carnatic yang pertama yang melibatkan

peperangan antara angkatan laut Perancis dan Nawab Carnatic dan ini tercatat dalam buku The Rise

and Fall India Company seperti berikut,

7
‘The first Carnatic war revealed two important features of the Indian situation in those days. Firstly,

Supremacy in naval power was a deciding factor in the Anglo-French hostilities in which the Indian

powers could not have any say at all, for all of them lacked navies. Secondly, while in small numbers ,

the European troops could possibly out-class larger indian armies at this time,because of the up-to-

date military equipment of the former and possibly also their better disclipline, since with the

disintegration of the Mughal Empire discipline and the fighting quality of the local troops under

minor vassals could not be enhanced, as previously, by the arrival of superior military leaders and

their troops from the centre when occasion demand.

7
Ramkrisha Mukherjee, THE RISE AND FALL OF THE EAST INDIA COMPANY: A Sosiological Appraisal( Monthly
Review Press,1974)ms. 117.

10
8
Sudah jelas kelemahan senjata mempengaruhi kejatuhan Empayar Moghul apabila dalam perang

Carnatic yang pertama kelemahan dan ketiadaan angkatan laut India menyebabkan kekalahan kepada

kuasa asing dan mereka tidak berupaya melawan kuasa asing yang mempunyai armada laut yang

hebat.Walaupun, askar India memiliki bilangan tentera yang ramai melebihi askar asing iaitu askar

Perancis, tetapi disebabkan kelebihan peralatan persenjataan yang lebih canggih telah digunakan oleh

Perancis telah menyebabkan kekalahan dan kemusnahan yang teruk kepada askar Nawab Carnatic.

Faktor disiplin yang dimiliki oleh askar Perancis atau kuasa asing yang lebih jitu berbanding dengan

askar India yang tidak berdisiplin merupakan faktor tambahan kekalahan kuasa Moghul India.

Walaupun semasa perang Carnatic pertama ini melibatkan Nawab Carnatic dan askar Perancis tetapi

ini boleh dikaitkan dengan kejatuhan Empayar Moghul iaitu kelemahan persenjataan yang tidak

memiliki sebarang teknologi yang mampu memberi kesan kemusnahan seperti yang dimiliki oleh

Perancis dan kuasa barat yang lain seperti British dan Portugis.

PERSAINGAN ANTARA KUASA EROPAH

Persaingan antara kuasa eropah semakin hebat sejak kurun ke-17 apabila kuasa eropah mula mencari

tanah jajahan dan kekayaan dari timur.Kuasa eropah yang utama terdiri daripada kuasa Portugis,

Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan

Empayar Moghul. Penemuan Jalan laut ke Timur mula ditemui oleh pelaut Portugis iaitu Alfonso de

Albuquerque dan Portugis merupakan kuasa utama yang tiba di India dan berjaya mendapat

kebenaran daripada Kesultanan Bajipur membuka kota di Goa untuk berdagang. Kedudukan Portugis

semakin kukuh apabila Portugis menempatkan pegawai dalam pentadbiran Moghul dan kedudukan ini

menyebabkan syarikat Inggeris dan Belanda sukar mendapatkan konsesi daripada pemerintah

Moghul.

9
Kedudukan Portugis begitu kuat kerana berjaya menempatkan pegawai di dalam pentadbiran Moghul

di samping memiliki pengkalan di Ormuz, Teluk Parsi dan pengkalan yang terletak di Selatan India,

8
Ibid,ms. 117.
9
Ramkrishana Mukherjee,THE RISE AND FALL OF THE EAST INDIA COMPANY: A Sociological Appraisal( Monthly
Review Press New York and London,1974)ms.93.

11
serta pelabuhan Teluk Aden dan ini menyebabkan British semakin sukar memasuki India.Syarikat

Inggeris telah menghantar William Hawkins untuk memohon kebenaran untuk berdagang daripada

Maharaja Jahangir tetapi disebabkan pengaruh Jesuits daripada golongan Portugis menyebabkan

permintaan tersebut telah ditolak.

Syarikat Inggeris atau East India Company telah menghantar Kapten Best dengan persiapan yang rapi

dengan ketenteraan yang kuat dan berlakunya pertembungan antara kapal Inggeris dan Portugis dan

terjadinya peperangan yang mengakibatkan kekalahan Portugis dalam tahun 1826 di

Swally.Kemenangan Inggeris menyebabkan pemerintah India membuka mata mereka terhadap

Inggeris. Selepas peristiwa tersebut Maharaja Moghul telah mengeluarkan perintah diraja yang

membenarkan perdagangan di Surat, Ahmedabad, Cambaya dan Goa.

Selepas kekalahan Portugis persaingan masih diteruskan melibatkan kuasa eropah seperti Inggeris-

Belanda, Inggeris-Sepanyol, Inggeris-Perancis dan persaingan kuasa eropah ini menyebabkan banyak

pelabuhan-pelabuhan telah dibuka dan konsesi telah diberi.

Persaingan yang berlaku antara kuasa eropah telah menyebabkan terjadinya peperangan antara kuasa

eropah di India.Peperangan antara East India Company milik Inggeris dan syarikat perdagangan milik

Perancis menyebabkan peperangan Carnatic War. Peperangan antara kuasa luar di India menyebabkan

Pemerintah India iaitu kerajaan Moghul susah untuk mengawal dan mengatasi keadaan tersebut.

Peperangan Carnatic yang menyebabkan peperangan yang melibatkan armada laut Perancis dan

Inggeris dalam mempertahankan kepentingan masing-masing di India. Usaha Perancis untuk

menawan Madras tidak berjaya kerana kekuatan pertahanan Inggeris dan pengepungan Perancis

berjaya dipatahkan.

PEPERANGAN DECCAN

12
10
Aurangzab sepanjang hayatnya berusaha untuk menakluk Deccan iaitu negeri Maharastra yang

menjadi pusat kepada kerajaan Maratha dan Aurangzab telah berusaha untuk mengalahkan Maratha

dan menakluk Deccan dan peperangan demi peperangan telah menyebabkan Empayar Moghul

menjadi muflis dan telah menjejaskan nama Aurangzab sebagai pemerintah terulung.

Deccan atau Poona atau dalam dunia hari ini lebih dikenali sebagai Bombay merupakan sebuah

kawasan yang gagal ditakluki oleh Aurangzab disebabkan kekuatan masyarakat yang menyokong

Shivaji sebagai Pemerintah.Wilayah Deccan juga mendapat sokongan daripada Punjab yang

sememangnya menentang Aurangzab dan situasi ini menyebabkan kesukaran kepada Aurangzab.

Kegagalan Aurangzab untuk menakluk Deccam telah menyebabkan Moghul menjadi kerajaan yang

muflis dan apabila puteranya Iaitu Mu’zzam menaiki takhta dengan gelaran Bahadur Shah mengalami

kesukaran dalam mentadbir kerana kekurangan sumber.

Masalah sumber kewangan ini menyebabkan gaji para sepoi gagal dibayar dan menyebabkan ramai

sepoi berhenti dan menjadi petani.

Kesimpulan

Kejatuhan kerajaan Moghul yang terjadi menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

kejatuhannya. Kejatuhan Moghul disebabkan ketegasan Aurangzab, Ketenteraan, persenjataan yang

lemah, peperangan yang berterusan, keadaan ekonomi yang teruk, perluasan kuasa eropah, kewujudan

Maratha, pengganti yang lemah dan empayar yang terlalu luas menyebabkan kejatuhan Moghul ini

menjadi kepingan-kepingan kecil. Kejatuhan Moghul perlu diberi perhatian dan diambil pengajaran

bahawa Moghul merupakan empayar yang terkuat dan terbesar di India tetapi di zaman kejatuhannya

Moghul menjadi kerajaan yang begitu lemah dan tidak mampu untuk menguruskan pentadbiran

disebabkan permasalahan dan pelbagai faktor yang melanda.

Kejatuhan kerajaan Moghul disebabkan pelbagai faktor telah dijelaskan dan apabila sesebuah kerajaan

menjadi lemah menyebabkan sesebuah negara atau empayar akan mudah diganggu oleh kuasa asing

10
STANLEY WOLPART,A NEW HISTORY OF INDIA:Fourth Edition(New York:Oxford University Press,1993)ms.163

13
dan perkara ini telah berlaku di India apabila kuasa-kuasa asing seperti British, Perancis, Belanda,

Sepanyol dan kuasa barat yang lain mula mengambil kesempatan akibat kelemahan pemerintahan.

Kedatangan kuasa barat telah menyebabkan kekacauan semakin teruk berlaku dan akhirnya India

telah dijajah oleh syarikat perdagangan British dan penjajahan dan penguasaaan syarikat ini bukan

sahaja penguasaan Moghul telah terhapus tetapi disebabkan kuasa lain di India mula mengalami

kemerosotan dan kelemahan. Kelemahan pemerintahan sesebuah empayar telah menyebabkan kuasa

asing begitu berani kerana pelbagai masalah dalaman yang berlaku.Ini memberi peluang kepada

penjajah menjajah. Kejatuhan Empayar Moghul merupakan sebuah pengajaran bahawa perlunya

kekuatan yang utuh untuk mentadbir dan faktor-faktor kejatuhan perlu dikaji dan diambil pengajaran

supaya peristiwa ini tidak berulang lagi.

BIBLIOGRAFI

PERCIVAL SPEAR.1961.INDIA A MODERN HISTORY:NEW EDITION REVISED AND

ENLARGED.Michigan:The University of Michigan Press.

Ramkrishna Mukherjee.1974.THE RISE AND FALL OF THE EAST INDIA COMPANY:A

Sociological Appraisal:Monthly Review Press New York and London.

STANLEY WOLPERT.1993.A New History of India: Fourth Edition:New York Oxford:Oxford

University Press.

14
15

You might also like