You are on page 1of 19

PEMBELAJARAN MURID

Pengenalan

Pembelajaran murid merupakan sebuah pengajaran untuk menyampaikan maklumat kepada murid-

murid untuk memahamkan mereka mengenai sesuatu ilmu yang hendak disampaikan.Tugas guru-guru

adalah sebagai pemudah cara dan mendidik murid murid supaya memahami ilmu yang hendak

disampaikan berserta nilai-nilai murni.Tugas guru bukanlah mudah untuk mendidik dan memahamkan

murid-murid kerana bukan semua orang mampu untuk menjadi guru.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan mereka mempunyai keupayaan dan

kecerdasan yang tersendiri seperti kecerdasan emosi,kecerdasan intrisik dan entrisik serta pelbagai

lagi jenis kecerdasan.Guru perlu memahami setiap keupayaan murid-murid kerana murid-murid

mempunyai kepelbagaian yang diperkatakan tadi.Bagaimana guru menguruskan 40 orang murid

murid yang memiliki kecerdasan yang berbeza serta bagaimana guru memupuk mereka dengan teknik

pengajaran yang sesuai untuk memastikan murid-murid mampu memahami dan berfikir mengenai

sesuatu yang diajar dan melatih mereka berfikir secara kritis.

Dalam tugasan yang diberikan, saya cuba mengaitkan bagaimana guru menggunakan pelbagai

pendekatan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid dan menggunakan strategi yang pelbagai

dan guru perlu merancang pembelajaran murid secara menyeluruh iaitu melibatkan semua murid di

dalam kelas.Guru- guru perlu menggabungkan dan mempunyai kemahiran mengajar khususnya mata

pelajaran geografi.Guru-guru perlu mengetahui bahawa murid-murid belajar dalam pelbagai

cara,ruangan kognitif dan grafik dan penggunaan bahasa dalam pembelajaran geografi.

Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiran- kemahiran tertentu bagi memastikan

keupayaan murid-murid dapat dicapai dan yang terpenting adalah murid murid berasa seronok kerana

mereka berjaya memperoleh dan memahami ilmu. Secara tidak langsung murid-murid lebih

bermotivasi dan berkeyakinan untuk belajar khususnya mata pelajaran geografi sehingga matlamat

mata pelajaran geografi berjaya dicapai.

1
MURID-MURID BELAJAR DALAM CARA YANG BERBEZA

Guru perlu memahami bahawa murid-murid belajar dalam cara cara yang berbeza dalam geografi dan

bagaimana geografi boleh membantu perkembangan intelektual murid-murid dan guru dapat

mengenali perkembangan murid-murid dalam pembelajaran dan guru perlu mengenal pasti kaedah

yang dapat digunakan untuk membantu perkembangan mereka yang melibatkan kemahiran bercakap,

mendengar, menulis dan membaca dan bagaimana keupayaan geografi membantu mengembangkan

kemahiran murid2.

Learning…….that effective activity which enables the learner to draw upon previous experience to

understand and evaluate the present, so as the tofuture action and formulate new knowledge.

(abbot,1994)

Abbot melihat proses pembelajaran sebagai proses yang mengaitkan pengetahuan baru dan memberi

makna kepada pengetahuan baharu dan sedia ada. Idea baru yang diajar dan kemahiran yang diajar

perlu ditempatkan dan diasimilasikan oleh murid-murid dan membuat perkaitan antara pelajaran yang

lepas, sedang berlaku dan akan datang. Proses pembelajaran dipengaruhi oleh cara atau kaedah

pengajaran yang digunakan dan pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pengetahuan tersebut

diambil serta diaplikasikan untuk masa akan datang.

Guru perlu mengetahui bahawa sesuatu ilmu tersebut mungkin tidak dapat difahami pelajar kerana

mereka mungkin tercicir dan tidak mampu mengaitkan sesuatu sesuatu pelajaran.Guru mata pelajaran

geografi perlu menggunakan teknik pembelajaran berpusatkan pelajar kerana ia mampu memberi

kesan positif kepada pelajar.

Guru perlu melakukan ciri-ciri pengajaran yang berkesan seperti gaya, kemahiran strategi dan

membuat penilaian dalam pembelajaran yang mempengaruhi murid-murid semasa proses

pembelajaran.Guru juga perlu mempunyai kemahiran membaca pelajar iaitu guru dapat melihat

murid-murid yang tidak faham dan yang faham kerana banyak faktor yang mempengaruhi kefahaman

pelajar seperti kebolehan pelajar, persoanaliti, motivasi, umur jantina, sosial dan faktor budaya.

2
Secara jelasnya kita atau murid-murid belajar dalam cara yang berbeza. Kita perlu melihat kepada

pengalaman yang sedia ada dalam pengajaran geografi yang dirasakan sesuai untuk menjana keyaan

kepada pembelajaran geografi seperti jenis pelajaran, strategi pengajaran, dan aktiviti pembelajaran

yang bertindak balas dengan berkesan.

Guru perlu menggunakan strategi untuk mencapai perbezaan hasil pembelajaran untuk mengawal

pelbagai cara pembelajaran dan tindak balas kepelbagaian cara belajar murid-murid dan guru perlu

membangunkan dan menghimpunkan kaedah mengajar dan strategi yang sesuai.

Terdapat perlbagai cara belajar yang digunakan murid-murid untuk belajar dan memahami sesuatu

perkara dan setiap murid-murid ini adalah berbeza keupayaannya dan menurut kajian terdapat empat

jenis cara pembelajaran yang digunakan oleh murid-murid untuk belajar.

ACCOMODATOR /PENERIMA Divergers


(MURID DINAMIK) (Murid imaginatif)
Bebas Imaginative dan kreatif
Berani ambil risiko dan buat perubahan Fleksible,mempunyai banyak alternatif
Dapat adaptasi sesuatu yang baru Menggunakan fantasi
Berani dan suka menyiasat Mengelakkan konflik
Berdaya cipta dan membyat eksperimen Menggunakan semua deria untuk menafsir
Mampu menyelesaikan masalah Mendengar dan memerhati dan bertanyakan
Mendengar pendapat dan perasaan orang lain soalan.
Berani mencuba dan membuat silap Sensitive, emosi dan mempunyai perasaan.
Convergers ASSIMILASI
(murid logic akal) (MURID BERCIRIKAN ANALISIS)
Teratur,berperaturan dan berstruktur Logik dan berstruktur
Terperinci Intelektual dan akademik
Aplikasi dan idea untuk selesaikan masalah, Suka membaca dan membuat kajian
belajar untuk membuat uji kaji situasi baru dan Seorang pemikir dan pendebat
menilai keputusan. Berorganisasi dan suka mengikut rancangan
Menggunakan fakta dan teori Tindak balas dan mahukan fakta
Suka berada dalam kawalan Melihat kepada pengalaman lepas untuk
Bertindak secara kendiri memahami sesuatu
Mengelak menjadi terlalu emosional

Berdasarkan kepada rajah tersebut terdapat 4 kaedah pembelajaran yang digunakan oleh murid untuk

belajar dan memahami sesuatu pengetahuan baru dan membuat perkaitan dengan ilmu yang sedia ada

dan pengetahuan baru yang akan diajar. Oleh itu, guru perlu memahami dan meraikan kepelbagaian

dan keistimewaan yang dimiliki oleh murid-murid.

3
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MENERUSI GEOGRAFI

Permulaan kepada pengajaran yang berkesan adalah guru perlu melibatkan diri dan mahir mengenai

perkembangan intelektual murid-murid melalui mata pelajaran geografi. Guru perlu memberi

perhatian kepada cara belajar murid-murid kerana mereka terdiri daripada pelbagai kebolehan.Situasi

ini mampu membantu guru mengelakkan maklumat yang tidak berkaitan dengan geografi semasa

pengajaran.

Menurut Jean Piaget yang mengkaji perkembangan pemikiran kanak-kanak dengan menyediakan

sebuah rangka kerja umum yang menunjukkan tahap perkembangan pemikiran kanak-kanak. Kajian

yang dilakukan menunjukkan pemikiran kanak-kanak semakin bertambah apabila umur mereka makin

meningkat dan melalui pengalaman yang pelbagai. Kajian yang dilakukan juga melibatkan bagaimana

murid-murid dapat memahami sesebuah konsep dengan pemikiran logik menerusi beberapa tahap

seperti sensori motor, pra-operasi, tindakan konkrit dan operasi formal. Menurut David Leat perkaitan

antara kerja sekolah dengan formal operational thinker adalah merupakan sebuah kelebihan yang

dapat menyelesaikan masalah yang kompleks yang dapat membuat sintesis dan hipotesis berkaitan

dengan maklumat yang tidak berkaitan Murid-murid yang berfikir secara konkrit terlalu menerima

sesuatu yang mudah dan memandang mudah dalam sesuatu perkara.

Murid-murid yang berfikir secara konkrit akan mengalami maslah dalam membuat hipotesis dan

menggunakan nombor yang pelbagai dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kemampuan

mereka terjejas kerana mereka perlu memahami beberapa perkaitan yang pelbagai khususnya dalam

bahagian kemahiran geografi.

Sehubungan dengan itu guru-guru perlu memantau perkembangan murid-murid kerana mereka terdiri

daripada pemikiran operasi formal dan pemikiran konkrit berserta cara pembelajaran yang berbeza

iaitu assimilasi, konverger, assimilasi, diverger dan akomodasi. Kebolehan murid-murid perlu

diketahui oleh guru untuk merangka rancangan pelajaran yang sesuai.

4
KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran geografi seharusnya tidak terlalu bergantung kepada proses penerangan

mengenai sesebuah prinsip berbanding membangunkan perkembangan kefahaman konsep. Naish

telah mengenal pasti konsep sebuah abstrak daripada peristiwa, situasi, idea dan sifat-sifat yang

mempunyai persamaan. Graves telah berhujah bahawa guru geografi mestilah prihatin terhadap

hierarki kognitif dengan kawalan dsiplin. Ini merupakan sebuah cabaran kerana guru perlu memberi

sedikit kebebasan dan tunjuk ajar kepada pelajar untuk membina kefahaman yang tersendiri dengan

pelbagai konsep dalam geografi. Catling (1976) telah mencadangkan terdapat tiga perkara yang

berbeza tetapi asasnya adalah sama yang berhubung kait dengan konsep geografi iaitu ruangan lokasi,

sebaran ruangan dan kaitan ruangan. Catling berhujah kepelbagaian idea tentang geografi boleh

diringkaskan dengan menyenaraikan tiga konsep tersebut.

Perhatian harus diberikan untuk mempromosikan pemikiran geografi yang terhasil daripada idea

konsep kolaborasi geografi. Program perguruan seharusnya menitikberatkan tujuan, isi kandungan,

untu membolehkan konsep ini diterima dan boleh dipindahkan kepada pelajar melalui penerangan

lebih lanjut kepada murid-murid. Konsep utama yang mampu membina kefahaman murid-murid

seperti mengkelaskan penyelesaian masalah, lokasi perancangan, ketidaksamaan, sebab, kesan,

membuat keputusan dan sistem.

Konsep utama mampu membina kefahaman murid-murid tetapi perlulah disusun secara berhierarki

kerana akan menjadikan pembelajaran menjadi lebih berkesan dalam pembelajaran murid-murid dan

konsep ini mampu membina kemahiran kognitif yang tinggi dalam murid-murid kerana berkeupayaan

untuk menerangkan, menganalisis, sintesis, dan menilai.

Konsep pembelajaran yang ada perlu ditekankan oleh guru-guru geografi kerana konsep ini sekiranya

difahami oleh murid-murid secara tidak langsung mereka akan memahaminya dengan mudah sebagai

contoh guru mengajar murid-murid mengenai taburan jenis sumber di Malaysia secara tidak langsung

guru menerangkan jenis sumber yang terdapat di Malaysia dan tidak terdapat di Malaysia.

5
MEMAHAMI PEMBELAJARAN MURID-MURID DALAM GEOGRAFI

Memahami pembelajaran murid-murid merupakan suatu cabaran yang besar kepada guru.Terdapat

beberapa teori pengajaran yang perlu diaplikasikan oleh guru untuk memastikan kefahaman kepada

murid-murid. Menyediakan kefahaman kepada murid-murid merupakan tugas sukar kepada guru

untuk menyediakan beberapa pengalaman yang melibatkan pembelajaran secara konsep.

If you were to be offerered a teaching strategy that makes learning more meaningful for

pupils,improves understandings,helps reveal misconceptions,reduces anxiety in pupils and helps

teachers understand their subject matter, ought you to be interested?

(Leat and Chandler:108)

Peta konsep sememangnya membantu guru untuk mengajar dengan berkesan dan perkara paling

penting adalah murid-murid dapat belajar secara berkesan.Peta konsep atau Peta minda I-Think

mampu mewujudkan sesuatu baru dalam pembelajaran murid-murid kerana teknik ini mampu

menarik perhatian murid-murid untuk belajar kerana memiliki daya tarikan yang tersendiri.

Ghaye dan Robinson telah berhujah bahawa guru perlu membangunkan cara atau kaedah yang mampu

meneroka dan memberi kefahaman kepada murid-murid melalui pembelajaran secara berstruktur.

Sarjana Ghaye dan Robinson telah mencadangkan peta konsep atau peta minda digunakan untuk

membantu murid-murid belajar dengan berkesan. Leat dan Chandler percaya peta konsep ini

mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif kerana menyediakan rajah visual dan

mengandungi maklumat secarateratur yang membolehkan murid-murid memahami sesuatu yang

disampaikan dengan jelas.

KEBAIKKAN SUMBER
BOLEH DIPERBAHARUI DAN SUMBER YANG TIDAK BOLEH
TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI :
DIPERBAHARUI
PETROLEUM, ARANG
BATU,GAS,TIMAH,BAUKSIT

6
JENIS SUMBER YANG BOLEH
JENIS JENIS SUMBER DI MALAYSIA
DIPERBAHARUI:

AIR, TENAGA
SURIA,ANGIN,OMBAK,HUTAN

Peta minda jenis-jenis sumber di Malaysia.

Peta konsep memudahkan para pelajar memahami sesuatu dan daya tarikan seperti warna

memudahkan murid-murid mengingat sesuatu yang telah diajar dan menambahkan keseronokan

kepada murid-murid untuk belajar secara tidak langsung memotivasikan mereka untuk belajar mata

pelajaran geografi.

KOGNISI RUANGAN DAN GRAFIK

Dalam pengajaran dan pembelajaran geografi, kognisi ruangan dan grafik diterangkan melalui peta

dan kepentingan peta adalah menceritakan gabungan pelbagai maklumat mengenai orang dan tempat.

Guru perlu mengajar murid-murid untuk membaca dan memahami peta kerana kemahiran membaca

peta merupakan kemahiran penting dalam geografi. Penggunaan peta semasa pembelajaran sedang

berlangsung memberi kesan kepada perkembangan grafik murid-murid.

Kognisi ruangan merupakan bahagian paling penting dalam bidang geografi kerana ia

menggabungkan dan menafsir gambar-gambar yang diambil dari udara.Keupayaan murid-murid

untuk memahami konsep ruangan dipandu melalui kefahaman terhadap lokasi ruangan.

7
Rujukan: Google image, mata pelajaran Geografi tingkatan 1

Peta merupakan bahagian penting dalam geografi kerana geografi ini melibatkan ruangan dan tempat

dan melalui peta kita dapat melihat sesuatu ruangan dan tempat. Peranan guru dalah dengan

memastikan murid-murid dapat membaca peta dan memahami maknanya. Terdapat sesetengah

kawasan yang diletakkan simbol dan murid-murid perlu menafsirkannya sebagai cara untuk

memahami dan apa yang cuba disampaikan oleh peta tersebut.

Salah satu cara yang berkesan untuk membantu murid-murid untuk belajar dan mempraktikkan

kemahiran peta adalah melalui “orienteering activities”. Aktiviti ini sering digambarkan sebagai

‘geography sport’ aktiviti orienteering ini memberi kelebihan kepada murid-murid bagi menyediakan

sebuah cara pembelajaran membina peta secara aktif. Kaedah ini bukan sahaja boleh diadaptasi dalam

persekitaran yang pelbagai tetapi memberi kelebihan kepada kemahiran pelajar. Latihan yang

diberikan oleh guru boleh dibangunkan untuk kegunaan sekitar sekolah dan kawasan sekitar .

8
Orienteering not only provides practice in using maps rading skills but also helps to develop an eye

for terrain, slope and accessibility, as well as an appreciation of map scale.The sport is essentially

concerned with navigation and involves making decisions about map interpretation, and taking aid

using compass bearings.Orienteering helps to develop confidence with maps and self-reliance out of

doors, giving participants responsibility for making own their decisions.

(Boardman, 1989:329)

Kenyataan dan hujahan daripada Boardman menunjukkan kepentingan menguasai kemahiran

membaca peta oleh murid-murid dan dalam bidang pendidikan geografi, murid diuji dengan penilaian

dan tugasan yang memerlukan mereka mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki mereka khususnya

dalam peperiksaan. Kehendak soalan ini terdiri daripada tiga kategori. Pertama, soalan yang

memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran yang spesifik seperti menyatakan garisan grid,

ukuran jarak dan arah sesuatu tempat. Kedua, memerlukan murid-murid memindahkan maklumat

seperti membuat keratan rentas atau silang jawapan yang betul dan membuat lorekan jawapan yang

betul. Ketiga, soalan yang memerlukan murid-murid untuk aplikasi kemahiran peta dan menafsir ciri-

ciri fizikal dan ciri-ciri manusia di dalam peta. Kemahiran ini kebiasannya diuji dalam peperiksaan

BAHASA, LITERASI DAN PEMBELAJARAN DALAM GEOGRAFI

Bahasa menyediakan satu ruang untuk pembelajaran geografi dalam setiap bilik darjah dan perlunya

membuat pertimbangan yang besar dalam perancangan dan persediaan pembelajaran. Dewasa ini

semua guru adalah diperlukan untuk mempertimbangkan kaedah yang sesuai membangunkan

kemahiran berbahasa murid-murid. Kurikulum kebangsaan mewajibkan setiap mata pelajaran

memrlukan kaedah untuk membangunkan kemahiran berbahasa dalam diri setiap murid.

Murid-murid perlu diajar oleh guru mereka dengan jelas dalam bercakap, menulis dan

membangunkan kemahiran membaca. Mereka perlu diajar menggunakan tatabahasa secara tepat dan

menggunakan ayat yang betul serta kemahiran mengeja dan menepati syarat komunikasi berkesan

dalam penulisan.

9
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang bimbang dengan kelemahan mengeja, sebutan

dan tatabahasa. Walaubagaimanapun, penentangan peranan bahasa dalam pendidikan merupakan

pandangan yang agak sempit. Granam Butts telah mengingatkan kepada kita bahawa pembelajaran

murid-murid adalah berkait rapat dengan kebolehan memahami bahasa dan keupayaan mengunakan

bentuk bahasa yang berlainan. Frances slater menghuraikan 2 fungsi bahasa yang diguna dalam

pembelajaran geografi iaitu sebagai komunikasi apa yang telah dipelajari dan apa yang telah diketahui

yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pelajaran. Kedua, menekankan kepentingan bercakap

membaca dan menulis untuk belajar.

Gabungan terbaik mengenai hubungan antara bahasa dan pembelajaran telah dijalankan fungsinya

oleh bahasa dalam pembangunan pembelajaran murid-murid. Peranan bahasa ini menjadi lebih

penting dan lebih penting daripada pemerolehan konsep penting kerana penguasaan bahasa

memudahkan mereka memahami konsep yang lebih abstrak. Banyak pengkaji yang melaporkan

kefahaman dalm berbahasa memainkan peranan yang lebih penting dalam pembelajaran.

Kekurangan bukti yang konkrit bermaksud banyak persoalan yang berkait kepada penggunaan bahasa

dalam perkembangan kognitif masih belum terjawab. Perlunya lebih banyak kajian dilakukan dalam

proses bagaimana murid-murid menggunakan bahasa dalam untuk belajar dan membangunkan

kefahaman mereka menerusi percakapan dan menulis. Kesukaran untuk mengumpul dan menafsir

data merupakan suatu punca yang mengurangkan bukti dalam kajian ini. Terdapat juga masalah yang

mengasingkan pembelajaran khusus yang berkaitan dengan perkembangan bahasa daripada proses

pembelajaran yang lain di dalam kelas.

Guru perlu memahami dan membangunkan kemahiran bahasa kerana boleh mempengaruhi

pembelajaran murid-murid. Bimbingan guru dalam proses pengajaran semasa geografi dan

penggunaan bahasa dicadangkan untuk menjadikan murid-murid menjadi mahir. Murid-murid perlu

diberi kesempatan dan peluang untuk bercakap dan menyuarakan pandangan mereka. Murid-murid

perlu diberi peluang bercakap secara jelas dan berkesan untuk mengumpul maklumat dan idea

daripada pelbagai rakan yang memberi idea.Murid-murid juga perlu mendengar secara jelas daripada

10
penerangan orang lain dan kemudiannya memahami makna, perhatian dan perasaan.Murid-murid juga

perlu diberi peluang untuk membaca secara yakin untuk menjana idea maklumat dan rangsangan

daripada teks bertulis. Seterusnya murid-murid hendaklah menulis secara tepat dan jelas untuk

menyatakan kefahaman dan mempersembahkan maklumat dan idea yang imaginatif.

KEPENTINGAN LITERASI

Perkembangan literasi amat penting kepada murid-murid untuk belajar sesuatu yang baharu dan

literasi bermaksud keupayaan murid-murid untuk membaca dan menulis serta berkeupayaan

menggabungkan ayat-ayat tertentu.Kemahiran literasi mampu membantu murid-murid untuk belajar

geografi dengan lebih berkesan melalui beberapa cara.

Antara kelebihan penguasaan literasi adalah murid-murid dapat mempertingkatkan tahap pemerolehan

kosa kata dan murid-murid dapat membuat penafsiran secara berstruktur dalam memenuhi kehendak

mata pelajaran. Seterusnya kelebihan penguasaan literasi dalam kalangan murid-murid ialah murid-

murid boleh merujuk daripada pelbagai sumber geografi lain yang memiliki kandungan ilmu yang

cukup tinggi.Penguasaan literasi membolehkan pelajar untuk menulis secara tidak langsung

membantu pelajar untuk kekal fokus dan melatih mereka untuk berfikir.

Bahasa membolehkan murid-murid untuk mengimbas, mengulang kaji dan menilai apa yang

dilakukan oleh mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid-murid dapat

mengimbas semula aktiviti tang dilakukan seperti menulis, membaca, dan mengaitkan apa yang

diajarkan oleh guru di dalam kelas.

Murid-murid yang mempunyai kemahiran literasi yang tinggi mampu untuk bertindak balas kepada

soalan aras tinggi atau High Order Thinking Skills yang membantu murid-murid membangunkan

kemahiran berfikir dan inkuiri dalam diri mereka.Kemahiran literasi ini secara tidak langsung melatih

mereka menjawab soalan aras tinggi dengan mudah kerana melalui pembacaan yang banyak

memudahkan mereka mengeluarkan pendapat mereka.

11
Literasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid-murid dan kemahiran ini membawa

impak positif dalam meningkatkan keyakinan dalam diri murid-murid secara tidak langsung motivasi

murid-murid juga akan meningkat.Kemahiran ini juga membenarkan murid-murid untuk belajar

secara bebas dan berkesan dan semangat inkuiri akan menebal dalam diri murid-murid.

Mata pelajaran geografi juga menyediakan satu ruang lingkup kepada murid-murid iaitu dengan

menyediakan pengalaman melalui aktiviti di dalam kelas dan di luar kelas menerusi aktiviti kerja

lapangan dan aktiviti ini mampu meningkatkan kemampuan berbahasa murid-murid melalui

komunikasi dan pendedahan aktiviti lapangan. Kemahiran yang diperolehi murid-murid sewaktu di

dalam kelas dan kerja lapangan mampu membantu murid-murid memperkasakan kosa kata yang

pelbagai.Kemahiran literasi sememangnya membantu murid-murid menulis secara berkesan dan

bercakap secara yakin mengenai kerja yang dilakukan oleh mereka dan membantu mereka menjana

idea dan membuat perkaitan denggannya kerana mereka mempunyai kefahaman yang tinggi.

Selain kemahiran literasi yang melibatkan aktiviti menulis dan membaca murid-murid juga perlu

mendengar pendapat dan penerangan daripada guru, rakan-rakan yang faham mengenai sesuatu

bahagian supaya mereka mendapat maklumat dan idea sekaligus membantu murid-murid

memperkukuhkan dan memperluaskan pengetahuan dan kefahaman. adalah perlu untuk.

Guru perlu menyediakan satu ruang kepada murid-murid untuk bercakap mengenai kepentingan

geografi bagi mengembangkan potensi bercakap dan membentuk kefahaman yang mendalam dalam

bidang geografi. Apabila murid-murid bercakap ini menyebabkan mereka perlu merangka dan

menyusun perkara yang telah diajar dan membentuk idea yang tersendiri. Murid-murid perlu diberi

ruang untuk bercakap dalam ruang lingkup termasuk menghurai dan menjelaskan, berunding dan

memujuk, membuat hipotesis, mencabar dan berhujah dalam mengaitkan sesuatu maklumat baru yang

melibatkan pengalaman dan pengetahuan yang mereka miliki.

Murid-murid juga perlu menyiasat, membuat hipotesis, membuat spekulasi, persoalan dan berunding

dengan pelajar-pelajar yang lain mengenai sesuatu tajuk yang penting dalam geografi. Murid-murid

juga perlu membentuk atau menyusun semula hujahan, sebab, mewajarkan, mempertimbangkan,

12
membandingkan, menilai, mengesahkan, memberi dan menjelaskan, memilih, mengubahsuai serta

membuat membuat pelan berdasarkan sesuatu pengetahuan dan penemuan yang baru. Murid-murid

juga perlu membentangkan dan membuat demonstrasi dan mengabungkan kefahaman, menyusun idea

dan menghuraikan.

Kemahiran literasi secara langsung menyebabkan pembelajaran yang berlaku adalah berpusatkan

murid kerana murid mampu untuk memahami dan mencari maklumat dengan sendiri dan peranana

guru adalah memantau perkembangan murid-murid supaya tidak terkeluar daripada pembelajaran.

AKTIVITI SECARA LANGSUNG BERDASARKAN TEKS

Dalam usaha memantapkan kemahiran pelajar, para guru boleh menggunakan kaedah Directed

Activities Related to Text (Darts) yang boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami teks

yang perlu dibaca di samping membangunkan kemahiran membaca murid-murid.

Aktiviti ini direka untuk membantu murid-murid memberi tumpuan kepada teks bacaan supaya

mereka memahami struktur dan makna. Guru boleh memberi salinan teks bacaan geografi kepada

murid dan murid-murid perlu mengenal pasti maklumat-maklumat yang penting dan mengasingkan

maklumat mengikut sesuatu kategori, kelebihan dan bukan kelebihan.Gambar rajah yang terdapat di

dalam teks perlu dilabel oleh murid-murid supaya maklumat penting dan maklumat utama yang ingin

disampaikan dapat di fahami. Guru boleh mengarahkan murid-murid untuk menyusun dan

menggabungkan maklumat di dalam rajah atau atau bentuk senarai yang menggunakan strategi Darts.

Hewlett suggest a creative ‘trash it or treasure it’activity for developing pupils’ability to analyse and

synthesise material they read

(Hewlett 2006:128)

Sebahagian besar penulisan yang dilakukan murid-murid di sekolah adalah melibatkan transaksi

seperti menyalin semula,menyusun,membuat laporan dan menterjemah makna sesuatu

maklumat.Mata pelajaran geografi merupakan bidang ilmu yang mahukan penulisan yang baik secara

tidak langsung melatih murid-murid untuk menulis dengan baik.

13
Sebagai contoh guru geografi menggunakan tajuk taburan sumber di Malaysia dan guru turut

menyediakan teks bacaan serta meminta murid-murid untuk mengasingkan sumber yang boleh

diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber yang boleh diperbaharui Sumber yang tidak boleh diperbaharui

Air Petroleum

Tenaga matahari Gas asli

Angin Bijih timah

Nuklear Arang batu

Contoh pengkelasan yang dilakukan oleh murid-murid berdasarkan aktiviti DARTs.

Kajian yang dilakukan oleh Hamilton-Wieler (1989) kepentingan menulis di kalangan murid-murid

adalah penting kerana ia akan menjadikan murid-murid tersebut berkelas A dalam penulisan geografi.

Penulisan merupakan sebuah cara untuk membangunkan idea dan sebagai cara untuk berhujah dan

menurut kajian yang dilakukan menulis merupakan sebuah cara yang berkesan untuk memberi

kefahaman kepada murid-murid berbanding membuat demonstrasi.

Murid-murid perlu diberi peluang utnutk menyampaikan idea-idea mereka melalui penulisan –

penulisan kreatidf kerana ia melambangkan idea-idea mereka. Murid perlu dibenarkan menulis apa

sahaja yang mereka mahukan mengenai geografi dan penulisan seperti sajak juga dibolehkan kerana

mungkin di dalam sajak tersebut terdapat pelbagai maklumat.

Uutuk menghasilkan penulisan yang baik, murid-murid perlu dipupuk dan mereka perlu diberi

peluang untuk berimaginasi sebagai cara untuk memotivasikan mereka untuk memahami mata

pelajaran geografi. Butt (1993) menekankan penerokaan bahasa yang agresif membolehkan murid-

murid menulis daripada pelbagai pandangan mengenai geografi. Wujudnya peranan literasi amat

penting dalam membangunkan kemahiran-kemahiran berbahasa murid-murid di samping

14
meningkatkan kemahiran kognitif mereka yang memudahkan mereka untuk memahami sesuatu ilmu

yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.

KESIMPULAN

Tugas seorang guru amat sukar dan bukan kesemua orang mampu menjadi guru dan tugas seorang

guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi untuk mendidik murid-murid dengan nilai-nilai dan

akhlak yang bersesuaian dengan fitrah. Tanggungjawab sebagai guru geografi juga tidak boleh

dilupakan bahawa guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan kesabaran yang tinggi kerana

murid-murid ini memiliki pelbagai kebolehan dan keupayaan yang berlainan serta cara pembelajaran

mereka juga berbeza. Guru-guru perlu bersabar dan perlu mengetahui untuk mendampingi murid-

murid yang memiliki pelbagai kelebihan ini.

Guru-guru juga perlu membantu murid-murid ini supaya berminat dengan mata pelajaran geografi

dengan menggunakan pelbagai teknik seperti menggunakan peta konsep atau I think ini supaya

memberi kelainan kepada murid-murid supaya mereka minat untuk belajar.Guru-guru juga boleh

menggunakan bahasa sebagai cara menarik minat mereka buntuk belajar seperti membenarkan mereka

bercakap, berhujah dan menulis mengenai idea-idea mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan

geografi.

Guru-guru bertanggungjawab mengajar murid-murid berkaitan ruang kognisi dan grafik kerana

melalui kaedah ini akan meningkatkan kemahiran kognisi murid-murid dan aktiviti yang sesuai adalah

dengan mengajar murid-murid untuk membaca dan menafsir peta.Peta merupakan sebahagian perkara

penting dalam geografi dan kemampuan membaca peta akan melengkapkan diri murid-murid untuk

menghadapi peperiksaan yang memerlukan mereka mengeluarkan semula yang dipelajari dan

kemahiran ini boleh terus dimanfaatkan walaupun tiada peperiksaan.

Akhir kata, tugas guru bukan mudah kerana menjadi kewajiban untuk guru memberi ilmu dan

memberi kefahaman dan membantu murid-murid menguasai ilmu khususnya ilmu geografi dan ilmu

ini boleh dimanfaatkan terus oleh murid-murid dan kegagalan murid-murid untuk menguasai ilmu ini

bermakna guru-guru telah gagal menjalankan tanggungjawabnya.

15
16
17
Langkah terakhir adalah murid perlu mempertimbangkan dan menilai pengetahuan baru yang

dimiliki.Guru seharusnya membuat pertimbangan dan persiapan rapi bagi membolehkan murid-

murid membuat aktiviti yang mampu mewujudkan semangat pembelajaran iaitu dengan memeberi

peluang kepada mereka untuk bercakap dan berhujah dengan anda.apabila situasi ini berlaku, ini

bermakna mereka sedang membina kefahaman dan cuba menyusun pengetahuan yang dimiliki.

If you were to be offerered a teaching strategy that makes learning more meaningful for

pupils,improves understandings,helps reveal misconceptions,reduces anxiety in pupils and helps

teachers understand their subject matter, ought you to be interested?

(Leat and Chandler:108)

Peta konsep sememangnya membantu guru untuk mengajar dengan berkesan dan perkara paling

penting adalah murid-murid dapat belajar secara berkesan.Peta konsep atau Peta minda ,I-Think

18
atau apa sahaja namnaya merupakan peta konsep yang bertujuan memudahkan pemahaman murid-

murid. Berdasarkan kepada pendapat Leat dan Chandler guru perlu menjadikan pembelajaran itu

sesuatu yang menyeronokkan dan meningkatkan kefahaman,menghilangkan salah faham dan

mengurangkan kebimbangan murid-murid dan ini bertujuan memastikan kejayaan menyampaikan

ilmu pengetahuan kepada murid-murid.

19

You might also like