You are on page 1of 50

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA PENGHARGAAN
Cetakan Pertama (Edisi Rintis 2018) Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sama antara Kementerian Pengangkutan
Malaysia dengan Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan Malaysia. Jabatan Keselamatan Jalan Raya
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, Malaysia selaku pemilik Projek Semakan dan
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa- Pembangunan Semula Modul Pendidikan
apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara jua, Keselamatan Jalan Raya (PKJR) mengucapkan
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih ditujukan kepada semua yang berikut:
Penerbit:
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan


Persiaran Perdana, Raya Malaysia
Presint 4, 62100 WP, • Jabatan Pengangkutan Jalan
PUTRAJAYA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel : 03-2148 1011
Faks : 03-2148 1969 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my • Bahagian Buku Teks
Laman Sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Lembaga Peperiksaan
Reka Letak dan Reka Huruf : • Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
Rising Fusion Sdn Bhd • Institut Pendidikan Guru Malaysia
Muka Taip Teks : Arial • Universiti Putra Malaysia
Saiz Muka Taip Teks : 11 Poin • Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dicetak dan Diedar oleh :
Kementerian Dalam Negeri
Rising Fusion Sdn Bhd (798455-k)
No 21 Jalan PBS 14/13, Taman Perindustrian Polis Diraja Malaysia
Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-5879 9897
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan


sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk
menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan
keselamatan jalan raya menjadi pemangkin jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan
raya ini dapat menyumbang ke arah keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PETUNJ
JUK
K KEMA
PETUNJUK
UK KEMAHIRAN
AN
KEMAHIRAN
AHIRAN
N BAHASA
SA
A

UTUR
BERT
A R DAN
E N G
MEND

A
BAC
MEM

SENARAI SINGKATAN
HP : Hasil Pembelajaran
PKJR : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
KBAT : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

LIS
MENU

PETUNJUK BAHAN
PETUNJUK BAHAN BANTU
BANTU MENGAJAR
MENGAJAR

Kad Imbasan Poster Video Audio


RAKAN PKJR

JA R JI T A DA M JUTI M

RANI M EI LIN A LIYA


G
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

1 Cuai Membawa Padah 1


1 CUAI MEMBAWA
Risiko PADAH
KANDUNGAN
2 Tangani 3
KANDUNGAN

33 TANGANI RISIKO
Malang Tidak Berbau 4

44 MALANG TIDAK Padah


Laju Membawa BERBAU 6

56 LAJU MEMBAWA PADAH


Leka Sedetik 8

68 LEKA SEDETIK
Jangan Lupa “Klik” 10
10
7 JANGAN LUPA “KLIK”
Topi Keledar 12
12
8 TOPI
Hati- KELEDAR
Hati Melintas Jalan Raya 14
14
9 HATI-HATI
Tingkah LakuMELINTAS
Cermat JALAN RAYA
Jiwa Selamat 16
16
10 TINGKAH
Menunggang LAKUBasikal
CERMAT JIWA SELAMAT
Dengan Selamat 18
18
11 MENUNGGANG
Rancang Laluan BASIKAL
SelamatDENGAN SELAMAT 20
20
12 RANCANG
Utamakan LALUAN SELAMAT
Keselamatan 22
22
13 UTAMAKAN KESELAMATAN
Pemandu Berhemah 24

24
14 PEMANDU
Anda Mampu BERHEMAH
Mengubahnya 26

26
15 ANDA
KeranaMAMPU
Lensa MENGUBAHNYA
Itu 28
28
16 KERANA LENSA ITU
Usah Terburu-buru 30

30 USAH TERBURU-BURU
Glosari 31

31 GLOSSARI
Kandungan Kemahiran
Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Tema Fokus Hasil Pembelajaran
1 Penggunaan 1.1 Risiko dan akibat 1.1.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan faktor dan akibat nahas jalan raya
Jalan Raya di Malaysia.

1.1.2 Menyatakan perkaitan risiko, mengambil risiko dan implikasi risiko


dengan persekitaran jalan raya serta situasi perjalanan.

1.1.3 Mengenal pasti faktor risiko yang memberikan kesan terhadap


keselamatan remaja sebagai pengguna jalan raya termasuk :
• Mengenal pasti perkara yang menyebabkan remaja paling berisiko
ketika di persekitaran jalan raya.
• Menyenaraikan langkah yang boleh memberikan kesan kepada
prestasi pemandu atau penunggang.
• Menyenaraikan sebab pejalan kaki dan penunggang berada dalam
risiko kematian dan kecederaan serius.

1.1.4 Menyenaraikan tingkah laku yang mempengaruhi keselamatan semua


pengguna jalan raya serta akibat penggunaan jalan raya yang salah
dan tidak selamat.

1.2 Pengurusan risiko 1.2.1 Menyatakan cara-cara untuk menangani risiko berkaitan dengan
tingkah laku pengguna jalan raya.

1.2.2 Menyenaraikan cara untuk menangani risiko dan mengurangkan


bahaya di persekitaran jalan raya.

1.2.3 Menyenaraikan cara untuk menangani risiko dan mengurangkan


bahaya berkaitan dengan situasi perjalanan.
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Tema Fokus Hasil Pembelajaran


2 Faktor 2.1 Risiko dan akibat 2.1.1 Memahami dan menerangkan akibat memandu melebihi had laju.
Manusia dalam
Perlanggaran
2.1.2 Mengenal pasti kesan yang berlaku kepada seseorang semasa
perlanggaran disebabkan kelajuan.

2.1.3 Mengetahui perbezaan antara had laju, had laju yang ditetapkan, had
laju yang dicadangkan dan kelajuan yang bersesuaian.

2.2 Keletihan 2.2.1 Mengetahui kepentingan tidur yang cukup untuk mengekalkan
perhatian semasa memandu dan mengetahui ritma sirkadian
(circadian ryhthm) serta kesan gangguannya kepada tubuh manusia.
2.2.2 Mengenal pasti simptom keletihan dan kesannya terhadap pengguna
jalan raya.

2.3 Memandu bawah 2.3.1 Mengenal pasti kesan ubat, dadah dan alkohol (untuk tujuan
pengaruh dadah dan berseronok) kepada keselamatan pengguna jalan raya.
alkohol
2.3.2 Memahami undang-undang yang berkaitan dengan pemanduan
bawah pengaruh alkohol dan dadah serta akibat mengabaikan
undang-undang tersebut.

2.3.3 Menyatakan bantahan atas pemanduan di luar kawalan. (pengaruh


alkohol dan dadah)
2.4 Hilang tumpuan 2.4.1 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.
(penglihatan dan pendengaran contohnya penggunaan telefon bimbit
dan muzik yang kuat.

2.4.2 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.


(fizikal contohnya bergurau senda, makan minum dan menukar siaran
radio)

2.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor hilang tumpuan, contoh dan kesannya.


(kognitif contohnya berkhayal)
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Tema Fokus Hasil Pembelajaran


3 Alat 3.1 Tali pinggang keledar 3.1.1 Mengenal pasti fungsi dan cara pemakaian tali pinggang keledar
Perlindungan dengan betul untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tahap
kecederaan jika berlaku nahas atau kenderaan berhenti secara
mengejut.

3.1.2 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian tali


pinggang keledar.

3.1.3 Menyatakan implikasi sekiranya tidak menggunakan tali pinggang


keledar dengan betul .

3.1.4 Menjelaskan impak kecederaan serius atau kematian yang


mengakibatkan perubahan kehidupan yang ketara terhadap orang lain.

3.2 Topi keledar 3.2.1 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian topi
keledar.

3.2.2 Mengenal pasti fungsi dan ciri-ciri topi keledar yang dapat
menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tahap kecederaan jika
terlibat dalam nahas.

3.2.3 Menghuraikan impak kecederaan otak yang akan menjejaskan


kehidupan.

3.3 Alat pemantul cahaya 3.3.1 Mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan kebolehlihatan
pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

3.4 Beg udara 3.4.1 Menyatakan faedah kewujudan dan fungsi beg udara di dalam kereta
bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian.
Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Tema Fokus Hasil Pembelajaran


4 Pejalan Kaki 4.1 Tingkah laku pejalan 4.1.1 Mengenal pasti tindakan yang perlu diambil oleh pejalan kaki ketika
kaki yang selamat di jalan raya.

4.1.2 Mengemukakan kepentingan menggunakan setiap kemudahan


pejalan kaki.

4.1.3 Mengenal pasti cara yang betul apabila berjalan di kawasan yang
tidak mempunyai kemudahan laluan pejalan kaki.

4.1.4 Menjelaskan faktor yang menghalang penglihatan pejalan kaki


sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

4.1.5 Menganalisis persekitaran pejalan kaki yang mesra pengguna.

5 Penunggang 5.1 Menunggang basikal 5.1.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan alat perlindungan ketika
Basikal dan dengan selamat menunggang basikal.
Motosikal
5.1.2 Merancang laluan yang selamat ketika menunggang basikal.

5.1.3 Menjelaskan cara yang betul untuk berinteraksi dengan kenderaan


lain ketika menunggang basikal.

5.1.4 Menjelaskan tindakan yang perlu diambil apabila melihat kemalangan


melibatkan basikal.

5.1.5 Menjelaskan risiko menunggang basikal di jalan raya.


Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Tema Fokus Hasil Pembelajaran


5 Penunggang 5.2 Menunggang 5.2.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan
Basikal dan motosikal dengan keselamatan ketika menunggang motosikal.
Motosikal selamat
5.2.2 Merancang laluan yang selamat ketika menunggang motosikal.

5.2.3 Memahami risiko yang berkaitan dengan penunggang motosikal.

5.2.4 Menjelaskan sikap dan cara yang betul untuk penunggang motosikal
berinteraksi dengan pengguna jalan raya yang lain.

5.2.5 Menjelaskan tindakan yang perlu diambil apabila melihat kemalangan


melibatkan motosikal.

5.2.6 Mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan motosikal dan


penunggang motosikal.

6 Pemandu dan 6.1 Tingkah laku 6.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah dan membuat
Penumpang pemandu yang perbandingan antara pemandu berhemah dengan pemandu yang
selamat tidak berhemah berdasarkan pemerhatian.
6.1.2 Menghuraikan situasi berbahaya ketika memotong kenderaan lain.

6.1.3 Menerangkan proses untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia.

6.2 Tingkah laku 6.2.1 Membincangkan tingkah laku penumpang yang mengganggu
penumpang yang pemandu secara fizikal.
selamat
6.2.2 Mengenal pasti tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan
pemandu.
6.2.3 Menjelaskan tindakan selamat yang diambil oleh penumpang
sebelum dan semasa perjalanan.
Cadangan Jawapan
Buku Aktiviti Murid
Tingkatan 1
Aktiviti 1

Cuai Membawa Padah


BERHENTI

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca petikan tentang nahas jalan raya dan membincangkan tiga
faktor utama nahas jalan raya berdasarkan petikan berita tadi. Kemudian murid
melengkapkan maklumat dalam jadual.
2. Murid memindahkan maklumat ke dalam bentuk peta pokok.
3. Murid membina tiga ayat yang gramatis tentang akibat nahas jalan raya.
Baca petikan tersebut dengan teliti dan bincangkan tiga faktor utama nahas jalan
A
raya berdasarkan petikan. Kemudian lengkapkan jadual dibawah.
Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan bahawa kadar kemalangan jalan di negara
kita semakin meningkat. Pada tahun 2014, sejumlah 19704 kemalangan dicatatkan untuk
sepanjang tahun tersebut. Terdapat sebanyak 8598 kemalangan melibatkan kecederaan ringan,
4432 kemalangan melibatkan kecederaan yang parah dan 6674 kemalangan lagi melibatkan
kemalangan maut. Namun begitu, pada tahun 2015 statistik menunjukkan jumlah kemalangan
menurun kepada 18258 kes kemalangan. Jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian ialah
sebanyak 6706 kes manakala bagi kecederaan parah dan ringan pula masing-masing mencatakan
sebanyak 4120 kes dan 7432 kes kemalangan. Penurunan angka kemalangan ini menunjukkan
bahawa masyarakat telah mula sedar akan kepentingan pemanduan secara berhemah. Walau
bagaimanapun, terdapat peningkatan jumlah kemalangan yang telah dicatatkan pada tahun 2016
iaitu sebanyak 19073 kes kemalangan. Sebanyak 7152 kes melibatkan kemalangan maut, 4506
kes cedera parah manakala 7415 kes lagi melibatkan kecederaan ringan.

Antara faktor kemalangan termasuklah penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan
memandu melebihi had laju. Selain itu, kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan
raya turut menjadi faktor. Ada segelintir pemandu pula yang memandu bawah pengaruh alkohol
atau dadah, mementingkan diri sendiri, tidak sabar dan melanggar peraturan jalan raya.

Walaupun begitu, keadaan persekitaran jalan raya turut menjadi faktor berlakunya
kemalangan. Sebagai contoh, keadaan jalan raya yang basah dan tidak rata menyebabkan tayar
kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya
apabila lampu isyarat rosak. Ranting pokok yang berjuntai di tepi jalan turut menjejaskan
penglihatan pemandu sehingga berlakunya kemalangan.

Selain itu, faktor kenderaan seperti brek yang tidak berfungsi dan keadaan bunga tayar
kereta yang haus akibat tidak diselenggarakan secara berkala turut menyebabkan nahas berlaku.
Sesungguhnya, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab semua pihak. Tegasnya,
amalan hidup bagai aur dengan tebing adalah penting bagi memastikan kadar kemalangan jalan
raya dapat dikurangkan.
PERANGKAAN UMUM KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA 2014 - 2016
JENIS KECEDERAAN / TAHUN 2014 2015 2016

KEMATIAN 6,674 6,706 7,152

CEDERA PARAH 4,432 4,120 4,506

CEDERA RINGAN 8,598 7,432 7,415

HP
PKJR 1.1.1 JUMLAH 19,704 18,258 19,073
1
Sumber: PDRM
B Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menyenaraikan faktor berdasarkan
maklumat dalam petikan di atas.

Faktor Utama Nahas Jalan Raya

Manusia Kenderaan Persekitaran

Kecuaian pemandu Bunga tayar haus Lampu isyarat rosak

Memandu melebihi Brek yang tidak Ranting pokok


had laju berfungsi berjuntai

Tidak sabar Jalan yang tidak


rata
Menggunakan telefon
bimbit Keadaan jalan raya
yang basah
Pengaruh alkohol
atau dadah

C Bina tiga ayat yang gramatis tentang akibat nahas jalan raya.

i. Nahas jalan raya boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

ii. Kemalangan jalan raya mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

iii. Nahas jalan raya boleh menyebabkan kecederaan kekal seperti

kehilangan anggota badan.

iv Kemalangan jalan raya boleh menyebabkan kerugian harta benda.

*Terima jawapan lain yang betul.

HP
1.1.1 PKJR
2
Aktiviti 2
A
Tangani Risiko

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid meneliti poster dan menjawab soalan tentang tingkah laku berisiko pengguna
jalan raya.
2. Murid menyatakan cara-cara menangani risiko yang berkaitan dengan tingkah laku
pengguna jalan raya.
3. Murid menyenaraikan tiga cara menangani risiko yang berkaitan dengan tingkah laku
pengguna jalan raya.

A Berpandukan poster, bincangkan tingkah laku pengguna jalan raya dan catatkan
pada papan tulis.

Nyatakan tiga cara menangani risiko berkaitan dengan tingkah laku pengguna
B jalan raya.

Cara menangani risiko TIP


Memerhati keadaan jalan raya, di
Jangan berbual-bual atau menggunakan hadapan dan di sekeliling anda.
telefon bimbit ketika melintas jalan
Mengenal pasti keadaan yang
berpotensi membahayakan.

Memiliki lesen memandu


Hormati pengguna jalan raya
yang lain.

Jangan memandu Bertimbang rasa.


dalam keadaan
letih
Bertindak balas dengan
berkesan untuk mengelakkan
kemungkinan perlanggaran.

Sumber: JKJR

*Terima jawapan lain yang betul.


HP
PKJR 1.2.1 3
Aktiviti 3
A
Malang Tidak Berbau

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid meneliti poster penunggang motosikal menggunakan pakaian dan peralatan


keselamatan yang lengkap dan tidak lengkap.
2. Murid menyatakan perbezaan antara poster tersebut.
3. Murid menyenaraikan pakaian dan peralatan keselamatan yang digunakan oleh
penunggang motosikal.
4. Murid menghuraikan kepentingan pakaian dan peralatan keselamatan semasa
menunggang motosikal secara berkumpulan.

Berdasarkan poster, kenal pasti pakaian dan peralatan keselamatan penunggang


A
motosikal.

B Lengkapkan peta pokok di bawah.

Pakaian dan Peralatan Keselamatan


Penunggang Motosikal

Lengkap Tidak lengkap

Memakai topi keledar mengikut Memakai topi keledar yang


piawaian Standard Malaysia tidak mengikut piawaian
dengan betul Standard Malaysia
Memakai baju pantulan cahaya, Tidak memakai baju pantulan
baju lengan panjang dan cahaya, sarung tangan dan
bersarung tangan memakai baju lengan pendek

Tayar berada dalam keadaan Bunga tayar haus


baik Brek tidak berfungsi
Brek berfungsi

*Terima jawapan lain yang betul.

HP
1.2.1 PKJR
4
Huraikan kepentingan menggunakan pakaian dan peralatan keselamatan ketika
C menunggang motosikal.

TOPI KELEDAR

Penggunaan topi keledar mengikut piawaian Standard


Malaysia dapat mengelakkan kecederaan serius di
bahagian kepala.

JAKET PEMANTUL CAHAYA

Pemakaian jaket pemantul cahaya dapat meningkatkan


kebolehlihatan pengguna jalan raya yang lain.

BREK

Brek yang berfungsi dengan baik dapat memperlahankan


dan memberhentikan motosikal dengan selamat.

TAYAR

Tayar yang berada dalam keadaan baik dapat menerima


bebanan motosikal di atas jalan raya, menyerap hentakan
dengan baik dan memudahkan pengawalan motosikal.

*Terima jawapan lain yang betul.

INFO PKJR
APABILA BERLAKU KEMALANGAN MOTOSIKAL

TAHUKAH ANDA? 48x lebih tinggi risiko kematian &


kecederaan serius berbanding penumpang
Memakai topi keledar
bas bagi jarak yang sama.
keselamatan dengan betul
boleh menyebabkan :
Pengurangan risiko 6.2x lebih tinggi risiko kematian &
kecederaan serius berbanding menaiki
KEMATIAN : sebanyak 40% ag jarak yang sama.
kereta bagi
Pengurangan risiko
KECEDERAAN KEPALA :
sebanyak 70%

HP Sumber: JKJR
PKJR 1.2.1
5
Aktiviti 4
A
Laju Membawa Padah

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menonton klip video kemalangan jalan raya akibat memandu melebihi had laju.
2. Murid melengkapkan lima akibat memandu melebihi had laju dalam peta bulatan.
3. Murid menerangkan lima akibat memandu melebihi had laju kepada rakan.

Tonton video yang ditayangkan dengan teliti. Kemudian bincang secara berpasangan
A
tentang akibat memandu melebihi had laju.

Pemandu tersebut memandu


Kelihatan sebuah kereta sedang Had laju bagi jalan tersebut
laju kerana telah lewat untuk
bergerak laju di jalan raya. adalah 90km/jam.
sampai ke destinasi yang dituju.

Anak pemandu tersebut menangis Pemandu memandu melebihi Pemandu berasa terganggu
di tempat duduk belakang. 100km/jam melebihi had laju yang dengan tangisan anaknya.
telah ditetapkan.

Jangan terburu-buru. Memandu


Kereta pemandu tersebut Kelihatan kereta itu tersadai di melebihi had laju boleh
bertembung dengan kereta lain. bahu jalan. meragut nyawa anda dan orang
tersayang.

HP
2.1.1 PKJR
6
B Lengkapkan peta bulatan akibat memandu melebihi had laju.

Kesesakan
lalu lintas

Kerugian
Kecacatan Akibat harta benda
kekal memandu
melebihi had
laju

Kerosakan Kematian
harta benda

C Terangkan lima akibat memandu melebihi had laju kepada rakan anda.

Semakin laju pemanduan anda semakin tinggi risiko kecederaan dan kematian.
20% kematian pada kelajuan 50km/j
60% risiko kematian pada kelajuan 80km/j

INFO PKJR Pada kelajuan 50km/j jarak berhenti adalah 27 meter jika tidak kenderaan tidak akan
sempat berhenti.

Pada kelajuan 60km/j jarak berhenti adalah 36 meter jika tidak kenderaan tidak akan
sempat berhenti.

Pada kelajuan 80km/j jarak berhenti adalah 58 meter jika tidak kenderaan akan
melanggar objek pada kelajuan 62km/j.

Sumber: JKJR

HP
PKJR 2.1.1
7
Aktiviti 5
A
Leka Sedetik

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menonton klip video animasi yang berkaitan dengan faktor hilangnya tumpuan
pemandu ketika memandu.
2. Murid menyenaraikan tiga contoh dan tiga kesan hilang tumpuan berkaitan dengan
penglihatan dan pendengaran berdasarkan klip video animasi yang ditayangkan.
3. Murid menulis ulasan tentang faktor-faktor hilangnya tumpuan pemandu semasa
memandu.

A Tonton klip video animasi yang ditayangkan dengan teliti.

1 2 3

Pemandu sedang memandu Walaupun cuaca buruk, pemandu


Kelihatan hujan sedang dengan penglihatan yang kurang tersebut tetap tidak menumpukn
turun dengan lebatnya. jelas disebabkan cuaca yang buruk. perhatian sepenuhnya kepada
pemanduan.

4 5 6

Kelihatan pemandu itu Pemandu itu terus memandu dalam


Seterusnya, pemandu itu
menggunakan telefon bimbit ketika cuaca yang buruk dan juga tidak
menguatkan kelantangan bunyi radio
memandu. memberikan tumpuan yang penuh.
keretanya.

7 8

Kerana tidak fokus ketika


pemanduan, pemandu itu termasuk Kerana leka sedetik, ianya boleh
HP
ke laluan bertentangan. membawa maut.
2.4.1 PKJR
8
Senaraikan tiga contoh dan kesan hilang tumpuan berkaitan penglihatan dan
B
pendengaran berdasarkan klip video animasi yang ditonton.

Faktor Contoh Kesan

Menggunakan Gagal mengawal Kemalangan


telefon bimbit kenderaan

Gagal mengenal pasti


Mendengar muzik bunyi yang datang dari Melanggar isyarat lalu
yang kuat sekekilinga lintas

Cuaca Penglihatan terbatas Tersasar dari laluan

C Tulis ulasan tentang faktor-faktor hilang tumpuan semasa memandu.

Kes kemalangan di negara kita semakin meningkat dari sehari ke

sehari. Keadaan ini berpunca daripada sikap pemandu yang tidak memberikan

tumpuan terhadap pemanduan di jalan raya. Antara faktor hilang tumpuan

ketika memandu ialah pemandu menggunakan telefon bimbit sehingga gagal

mengawal kenderaan. Selain itu, bunyi muzik yang kuat juga menyebabkan

pemandu tidak peka kepada persekitaran. Keadaan cuaca seperti hujan lebat

pula boleh menjejaskan penglihatan pengguna jalan raya. Tegasnya, pemandu

mestilah memberikan tumpuan terhadap pemanduan di jalan raya agar kadar kes

kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

INFO PKJR

Penggunaan telefon mudah alih boleh meningkatkan risiko


kemalangan :
Membaca pesanan teks 23x lebih tinggi
Mendail 2.8x lebih tinggi
Mencapai telefon 1.8x lebih tinggi
Berbual atau mendengar 1.8x lebih tinggi
HP
PKJR 2.4.1 Sumber: JKJR
9
Aktiviti 6
A
Jangan Lupa “Klik”

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menonton klip video pemakaian tali pinggang keledar dan impaknya. Kemudian
murid menyumbang saran maklumat yang diperolehi daripada video yang ditonton.
2. Murid menjawab soalan latihan pemahaman secara lisan.
3. Murid melakukan simulasi pemakaian tali pinggang keledar dengan kaedah yang
betul di hadapan kelas.
4. Murid melengkapkan jadual dengan penyataan yang betul.

A Tonton klip video pemakaian tali pinggang keledar dengan teliti. Sumbang saran
maklumat yang diperolehi daripada video yang ditonton.

1 2 3

Kelihatan sekumpulan anak muda Sebelum memulakan perjalanan, Penumpang di hadapan mengikut
sedang berjalan menuju ke kereta pemandu menasihati rakan-rakannya nasihat pemandu tersebut dan
mereka. untuk memakai tali pinggang keledar. memakai tali pinggang keledar.

4 5 6

Penumpang di belakang turut Kelihatan sebuah motosikal yang


Mereka memulakan perjalanan ke
mengikut nasihat pemandu dan ditunggang laju keluar dari simpang
destinasi yang hendak dituju.
memakai tali pinggang keledar. tanpa berhenti.

7 8 9

Kereta tersebut hampir bertembung Pemandu dan penumpang kereta Mereka mengakui memakai tali
dengan motosikal yang keluar secara nyaris terhentak pada stereng, papan pinggang keledar menyelamatkan
melulu dari simpang. pemuka dan tercampak keluar dari nyawa mereka.
kenderaan akibat berhenti secraa
mengejut.
HP
3.1.1 PKJR
10
B Jawab soalan berdasarkan tayangan video secara lisan dalam kumpulan.

i. Apakah fungsi tali pinggang keledar jika berlakunya nahas jalan raya?

Tali pinggang keledar berfungsi untuk mengurangkan risiko terhentak kepala

pada stereng, papan pemuka atau cermin depan.

Mengurangkan kecederaan serius.

Mengelakkan pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kenderaan.

ii. Nyatakan cara pemakaian tali pinggang keledar dengan betul.

Tarik tali pinggang keledar daripada bahagian bahu dengan lembut ke arah

pengancing.

Pasangkan tali pinggang keledar dengan menyelitkan plat ke dalam pengancing

sehingga kedengaran bunyi klik.

(Nota tambahan : Pastikan tali pinggang keledar tidak menyentuh bahagian leher)

Berpandukan video, lakukan simulasi pemakaian tali pinggang keledar dengan


C
cara yang betul.

D Lengkapkan jadual dibawah dengan penyataan yang betul.

SENTIASA JANGAN
Memeriksa tali pinggang keledar
Jangan pakai tali pinggang yang
untuk memastikan ia berfungsi
rosak atau berpintal.
dengan baik.
Jangan abaikan pemakaian tali
Memakai tali pinggang keledar
pinggang keledar untuk setiap
untuk setiap perjalanan meskipun
perjalanan meskipun untuk jarak
untuk jarak yang dekat.
yang dekat.
Memastikan tali pinggang keledar
Jangan letakkan tali pinggang
melintangi dada dan pinggul anda.
keledar di bawah lengan atau
belakang anda.
Menggunakan duduk bayi, tempat
duduk kanak-kanak atau pelaras
Jangan memangku anak di atas
tempat duduk untuk anak-anak
riba.
anda.

HP
PKJR 3.1.1
11
Aktiviti 7

Topi Keledar
BERHENTI

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid memerhati topi keledar sebenar yang ditunjukkan oleh guru.


2. Murid menyenaraikan ciri-ciri topi keledar yang selamat dengan melengkapkan rajah
di bawah.
3. Murid menyenaraikan fungsi topi keledar.

A Perhatikan topi keledar ini.

Lindungi diri anda dengan topi


keledar yang mengikut Piawaian
Standard Malaysia

HP
3.2.2 PKJR
12
B Kenal pasti tiga ciri topi keledar yang selamat dan catatkan pada rajah di bawah.

Menutupi keseluruhan
bahagian kepala

Mematuhi piawaian Standard


Malaysia (MS SIRIM)

Mempunyai tali INFO PKJR


pengikat yang lengkap Topi
keledar 1. Disahkan
selamat oleh
Mempunyai pelapik yang piawaian Standard
gabus selamat Malaysia (MS SIRIM).

2.Bewarna cerah .

3. Jalur pantul cahaya.

4. Diikat dengan kemas.

5. Tidak pernah terhentak.

Sumber: JKJR

C Senaraikan fungsi topi keledar.

i. Melindungi kepala daripada hentakan objek. .

ii. Mengelakkan gegaran otak.

iii. Menyelamatkan nyawa.

iv. Mengelakkan kecederaan saraf tunjang (spinal cord)

*Terima jawapan lain yang betul.

HP
PKJR 3.2.2
13
Aktiviti 8
A
Hati-Hati Melintas Jalan Raya

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid diminta menonton klip video dengan teliti.


2. Murid membincangkan semua perlakuan positif dan negatif yang dipaparkan dalam
klip video.
3. Murid menandakan ( ) pada perlakuan yang positif dan tandakan (X) pada perlakuan
yang negatif.
4. Murid membina satu perenggan karangan berkaitan dengan perlakuan positif yang
dipilih secara berkumpulan.
A Tonton klip video yang ditayangkan dengan teliti. Bincangkan.

Situasi 1

1 2 3

Dua orang remaja melintas jalan sambil


Dua orang remaja sedang melintas jalan Dua orang remaja menekan butang memerhatikan keadaan sekeliling
sambil menggunakan telefon bimbit. lampu isyarat pejalan kaki. mereka.

Situasi 2

1 2 3

Dua orang pelajar menggunakan


Dua orang pelajar melintas jalan di jalan Mereka melintasi jalan raya yang sesak jejantas untuk melintas jalan raya yang
raya sibuk. dengan kenderaan yang laju. sibuk.

Situasi 3

1 2 3

Dua orang remaja yang berpakaian Dua orang remaja yang berpakaian
gelap sedang melintas jalan ketika cerah melihat ke kanan dan ke kiri Remaja tersebut melintas dengan
waktu malam. sebelum melintas. berhati-hati.

HP
4.1.1 PKJR
14
B Berdasarkan klip video, tandakan ( ) pada perlakuan yang positif dan tandakan (X)
pada perlakuan yang negatif.

Tandakan
Bil. Perlakuan Pejalan Kaki ( ) atau ( X )

1. Tidak menggunakan laluan pejalan kaki. X


2. Menggunakan laluan pejalan kaki.
3. Berjalan mengikut arus lalu lintas. X
4. Menggunakan jejantas.
5. Melintas secara cepat di tempat yang salah. X
6. Berjalan bertentangan dengan arus lalu lintas.
7. Berpakaian gelap (suasana gelap). X
8. Memastikan keadaan selamat sebelum menggunakan lintasan pejalan kaki.
9. Bergurau semasa melintas jalan. X
10. Menggunakan telefon bimbit semasa melintas. X

Secara berkumpulan, bina satu perenggan karangan berkaitan satu perlakuan positif
C
yang dipilih.

Statistik kematian pejalan kaki dari tahun 2012 hingga tahun 2016 menunjukkan
penurunan yang agak memuaskan iaitu dengan catatan jumlah kematian
sebanyak 511 orang pada tahun 2016 berbanding 530 orang pada tahun 2012.
Hal ini demikian kerana, ramai dalam kalangan pejalan kaki yang mulai sedar
akan kepentingan menjaga keselamatan dan menggunakan kemudahan pejalan
kaki yang telah disediakan untuk mereka. Antara contoh kemudahan yang telah
disediakan ialah lintasan pejalan kaki dan jejantas. Oleh hal yang demikian, dapat
mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan pejalan kaki sewaktu mereka
melintas jalan terutama pada waktu-waktu kemuncak. Selain itu, pejalan kaki juga
telah didedahkan dengan peraturan yang betul sewaktu berjalan di bahu jalan iaitu
berjalan bertentangan dengan arah lalu lintas. Justifikasinya, agar pengguna jalan
raya yang lain menyedari dan peka terhadap kehadiran pejalan kaki sewaktu di
jalan raya. Dalam pada itu, mengenakan pakaian cerah juga amatlah digalakkan
bagi pejalan kaki agar dapat meningkatkan kebolehlihatan pengguna jalan raya
yang lain terutamanya pada waktu malam.

2012 2013 2014 2015 2016


530 455 515 482 511
Kematian Kematian Kematian Kematian Kematian

INFO PKJR Sumber: PDRM

STATISTIK KEMATIAN PEJALAN KAKI DARI TAHUN 2012-2016


HP
PKJR 4.1.1
15
Aktiviti 9
Tingkah
BERHENTILaku Cermat Jiwa

Selamat
CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca petikan berita secara mekanis.


2. Murid menggariskan kepentingan menggunakan kemudahan pejalan kaki daripada
petikan tersebut secara berkumpulan.
3. Murid memindahkan maklumat yang digariskan ke dalam peta minda.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan berdasarkan peta minda yang telah
dihasilkan secara berkumpulan.

A Baca petikan berita di bawah. Kemudian garisi maklumat yang anda peroleh daripada
petikan tersebut dalam kumpulan.

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Seorang lelaki warga asing maut dalam kemalangan
jalan raya di Jalan Pudu awal pagi tadi kerana mengalami kecederaan parah di
kepala setelah dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan. Menurut pegawai
trafik bertugas, mangsa tidak menggunakan kemudahan pejalan kaki walaupun di
tempat tersebut terdapat jejantas.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ketika dihubungi


menjelaskan bahawa kemalangan biasanya berlaku disebabkan sikap pejalan
kaki itu sendiri. Mereka tidak mematuhi peraturan ketika melintas jalan dan tidak
menggunakan kemudahan pejalan kaki yang disediakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Menurut beliau lagi, kebanyakan kes kemalangan yang berlaku
melibatkan warga asing yang tidak memahami peraturan jalan raya di negara ini.

Selain jejantas dan lintasan pejalan kaki berisyarat, kemudahan lain yang disediakan
ialah lintasan kanak-kanak yang dikawal oleh peronda lintasan sekolah, laluan
pejalan kaki bawah tanah, lintasan pejalan kaki dan laluan pejalan kaki. Kemudahan-
kemudahan ini disediakan untuk memastikan keselamatan pejalan kaki semasa
melintas, mengelakkan konflik antara pejalan kaki dengan trafik dan memastikan
kemalangan tidak berlaku.

Kesimpulannya, pejalan kaki diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas kerana
kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka disaman di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987, iaitu boleh dikenakan kompaun.

HP
4.1.2 PKJR
16
Berdasarkan petikan, pindahkan maklumat yang diperoleh ke dalam peta minda
B yang sesuai dan bentangkan secara berkumpulan.

Mengelakkan konflik
antara pejalan
kaki dengan trafik

Kepentingan
menggunakan
Memastikan keselamatan kemudahan
pejalan kaki semasa pejalan kaki
melintas

Memastikan
kemalangan
tidak berlaku

info pkjr :
Kenali Maksud Is
Isyarat
Lampu Merah L
Lampu Orang Merah
BERHENTI B
Berterusan
Kenderaan mesti berhenti Jangan Melintas
J
Lampu Kuning

PERLAHAN Lampu Orang Merah Berkelip


L
Kenderaan mesti di perlahankan T
Tunggu! Belum boleh melintas.
dan bersedia untuk berhenti
Lampu akan bertukar hijau sebentar lagi.
L
Lampu Hijau

MAJU L
Lampu Orang Hijau
Lampu akan bertukar merah sebentar lagi.
Bergerak ke hadapan
Berterusan
Mula melintas, perhatikan kenderaan.

Lampu Orang Hijau


HP Berkelip
PKJR 4.1.2 Sumber: JKJR
17
Aktiviti 10
BERHENTI
Menunggang Basikal Dengan 3
Selamat k

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid meneliti gambar penunggang basikal yang memakai alat-alat perlindungan


yang lengkap.
2. Murid menyatakan nama alat-alat perlindungan tersebut.
3. Murid menghuraikan kepentingan lima alat perlindungan tersebut secara berkumpulan.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

Teliti gambar di bawah. Kemudian, nyatakan alat-alat perlindungan yang digunakan


A
oleh penunggang basikal tersebut

Topi keledar 1

3 Pad siku dan pad lutut

2
4
Sarung tangan
Jaket pemantul cahaya

Kasut 5

HP
5.1.1 PKJR
18
B Huraikan kepentingan menggunakan alat-alat perlindungan menunggang basikal di
bawah.

Topi keledar keselamatan dapat mengelakkan


kecederaan parah di bahagian kepala yang
boleh membawa maut.

Pad siku dan pad lutut dapat mengurangkan


kecederaan pada bahagian siku dan lutut
sekiranya penunggang basikal terjatuh.

Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika


menunggang basikal. Perlindungan kaki harus
menjadi keutamaan kerana kaki ialah anggota
yang sangat penting untuk menunggang
basikal.

Jaket pemantul cahaya ini sangat penting


terutamanya ketika menunggang pada waktu
malam atau suasana yang gelap. Ini bertujuan
untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain
tentang kehadiran kita di jalan raya.

Sarung tangan penting untuk melindungi


tangan daripada kecederaan dan juga untuk
genggaman yang lebih kemas.

HP
PKJR 5.1.1
19
Aktiviti 11
A
Rancang Laluan Selamat

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menonton klip video yang menunjukkan laluan selamat ketika menunggang
basikal.
2. Murid memberikan pendapat berdasarkan klip video yang telah ditayangkan.
3. Murid melakarkan laluan selamat dari sekolah ke rumah.
4. Murid menjelaskan sebab-sebab laluan tersebut dipilih.

A Berdasarkan klip video laluan selamat penunggang basikal, berikan pendapat anda.

1 2 3

Rani memakai topi keledar dengan Rani memerhatikan kenderaan yang Rani berbasikal di bahagian paling
kemas dan betul. lalu lalang. kiri jalan.

4 5 6

Rani berbasikal di lorong basikal. Rani memilih untuk melalui lorong Rani meneruskan perjalanan setelah
basikal kerana lebih selamat. lampu bertukar hijau.

7 8

Rani memberi isyarat tangan Rani berbasikal dengan selamat


sebelum menukar lorong. untuk ke rumahnya.

HP
5.1.2 PKJR
20
Lakarkan peta laluan selamat anda dari sekolah ke rumah di dalam ruangan yang
B disediakan. Jelaskan sebab-sebab laluan tersebut dipilih.

TAMAN PERMAINAN
KANAK-KANAK

BALAI POLIS
DAHLIA

SEKOLAH
Contoh laluan keselamatan

TIP : RANCANG LALUAN SELAMAT


BAHAYA

01
KENAL PASTI LALUAN YANG
SELAMAT

02 MASA
03 CUACA
Pastikan anda memilih masa Mulakan perjalanan anda
PALING SELAMAT yang sesuai untuk memulakan ketikan cuaca cerah. Elakkan
Gunakan laluan khas basikal perjalanan anda. Pilih masa berbasikal dalam keadaan
dan jalan raya yang diterangi yang tidak terlalu sibuk dan hujan.
cahaya lampu. mempunyai kurang pengguna
jalan raya.

Sumber: JKJR

04
BERBASIKAL DI SEBELAH
05
JANGAN BERBASIKAL
KIRI JALAN RAYA BERIRINGAN MELEBIHI DUA
Pastikan anda berbasikal di ORANG
sebelah kiri jalan raya iaiitu Ikut satu barisan seorang
jalan. demi seorang di jalan raya
yang sempit atau sibuk.
HP
PKJR 5.1.2
21
Aktiviti 12

Utamakan Keselamatan
BERHENTI

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menyatakan definisi laluan selamat.


2. Murid membaca petikan secara mekanis.
3. Murid menggariskan istilah yang berkaitan dengan laluan selamat dan menyatakannya
secara lisan.
4. Murid merancang laluan selamat untuk Jutim dan bapanya berdasarkan peta yang
diberikan secara berkumpulan.

A Baca petikan di bawah, kemudian garisi frasa berkaitan dengan laluan selamat.

Keselamatan Penunggang Motosikal di Jalan Raya

Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2016 didapati penunggang motosikal mencatatkan jumlah
kematian yang paling tinggi, iaitu sebanyak 63%. Antara faktor yang menyebabkan
penunggang motosikal berisiko paling tinggi terlibat dalam kemalangan ialah sikap
penunggang motosikal, persekitaran jalan raya, dan keadaan motosikal. Oleh yang
demikian, penunggang motosikal mestilah bijak memilih laluan yang selamat.

Antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal
di jalan raya adalah dengan menggunakan laluan motosikal yang telah disediakan.
Sesetengah jalan persekutuan tidak dilengkapi laluan sikal. Penunggang motosikal
digalakkan berada di sebelah kiri jalan.

Selain itu, mereka juga hendaklah mematuhi tanda isyarat lalu lintas di jalan raya
untuk memastikan pergerakan lalu lintas lebih lancar. Tanda isyarat lalu lintas ini juga
dapat memberikan peringatan dan memberitahu penunggang motosikal tentang bahaya
atau isyarat lalu lintas agar mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan


raya itu sendiri. Usaha untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian penunggang
motosikal di jalan raya perlulah dibuat secara berterusan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa kita sering melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang melibatkan kehilangan
nyawa orang lain haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.
info pkjr :
JUMLAH KEMATIAN PENUNGGANG
DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL

TAHUN PENUNGGANG PEMBONCENG


2014 3780 399
2015 3816 387
Sumber: PDRM HP
5.2.2 PKJR
22
Berdasarkan peta laluan keselamatan berikut, bantu Jutim dan bapanya menunggang motosikal
B mengikut laluan yang selamat untuk sampai ke rumah. Tanda dengan menggunakan simbol
anak panah ( ). Jelaskan sebab laluan selamat tersebut dipilih semasa pembentangan.

BALAI POLIS
SEKOLAH DAHLIA

STADIUM DAHLIA

TAMAN PERMAINAN
KANAK-KANAK

Contoh laluan keselamatan

Petunjuk

Hospital Masjid Rumah Jutim

Hentian bas Stesen minyak Taman Perumahan


Dahlia

Laluan pejalan Lampu isyarat Dewan Serba Guna


kaki Dahlia
Dilarang
Dilarang Pasar raya
membunyikan
berhenti hon

Bonggol Jalan dalam Blok kedai


pembinaan

Garis kuning Lintasan


melintang pejalan kaki

HP
PKJR 5.2.2
23
Aktiviti 13
A
Pemandu Berhemah

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid menonton klip video animasi tentang sikap pemandu yang tidak berhemah.
2. Murid memberikan pendapat.
3. Murid melengkapkan karangan berstruktur menggunakan pilihan jawapan secara
berkumpulan.
4. Murid membandingkan ciri-ciri pemandu berhemah dan tidak berhemah dalam
bentuk jadual perbandingan.
A Berdasarkan klip video animasi sikap pemandu yang tidak berhemah, berikan
pendapat anda.

1 2

3 4

5 6
B Bandingkan sikap pemandu berhemah dengan pemandu yang tidak berhemah.

Pemandu Berhemah Pemandu Tidak Berhemah


Memberi isyarat yang sewajarnya pada masa sesuai. Tidak memberi isyarat yang sewajarnya.

Tidak boleh memotong kenderaan lain di selekoh dan di Memotong kenderaan lain di selekoh dan di kaki
kaki bukit yang tersembunyi. bukit yang tersembunyi.

Memegang stereng dengan kedua-dua belah tangan. Memegang stereng dengan sebelah tangan sahaja.

Memperlahankan kenderaan ketika melalui lopak. Memandu kenderaan dengan laju ketika melalui
lopak.
Memberi laluan dengan memperlahankan kenderaan.
Tidak memberi laluan kepada kenderaan lain.
HP
6.1.1 PKJR
24
Lengkapkan karangan di bawah tentang ciri-ciri pemandu berhemah berdasarkan
C pilihan jawapan yang diberikan.

memberi laluan dengan memberi isyarat yang


memperlahankan kenderaan sewajarnya pada masa yang
sesuai

tidak meletakkan kenderaan memperlahankan kenderaan


di selekoh ketika melalui lopak

memegang stereng dengan


kedua-dua belah tangan

Kita sering berdepan dengan pemandu yang tidak sopan di jalan raya. Sikap
sedemikian bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya
yang lain. Memandangkan tabiat tersebut tidak menguntungkan sesiapa, maka usaha
kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berhemah tidak harus dipandang ringan.
Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti ciri-ciri pemandu yang berhemah.
Antara ciri pemandu berhemah adalah dengan (i) memberikan isyarat yang
sewajarnya pada masa yang sesuai. Tindakan tersebut akan membolehkan pemandu
lain memahami isyarat yang diberikan dan bersedia untuk bertindak pada masa yang
betul. Selain itu, pemandu (ii) tidak boleh memotong kenderaan lain di selekoh yang
tersembunyi kerana kebolehlihatan kenderaan dari arah bertentangan sangat terhad.
Pemandu yang berhemah sepatutnya (iii) memegang stereng dengan kedua-dua
belah tangan supaya dapat mengawal kenderaan dengan baik. Seterusnya, pemandu
juga perlu (iv) memperlahankan kenderaan ketika melalui lopak supaya tidak terpercik
kepada pengguna jalan raya yang lain. Dari aspek yang lain pula, pemandu perlu (v)
memberikan laluan dengan memperlahankan kenderaan supaya pemandu lain dapat
memotong dengan selamat.
Kesimpulannya, kita percaya bahawa pemandu yang mempunyai pengetahuan
tentang peraturan lalu lintas, kemahiran yang tinggi dalam pemanduan dan sikap
yang betul ketika memandu dapat melahirkan pemandu berhemah. Langkah ini dapat
mencerminkan budaya masyarakat Malaysia di jalan raya.

Elakkan Kemalangan,
INFO PKJR Jangan Mengikuti Kenderaan
Lain Dengan Terlalu Rapat
Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaaan di

JAGA JARAK hadapan (dikenali sebagai tailgating)

Sentiasa amalkan peraturan dua / empat saat untuk

YANG SELAMAT menjaga jarak berhenti yang selamat.

Peraturan empat saat digunakan ketika cuaca buruk,


Semasa Memandu Di Belakang jalan raya yang basah atau licin dan mengikuti
Kenderaan Lain belakang lori.

2 saat 2 saat Ia bagi memastikan anda mempunyai jarak yang


mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika
kenderaan di hadapan anda menekan brek secara
tiba-tiba.
HP
PKJR 6.1.1 Sumber: JKJR
25
Aktiviti 14
BERHENTI

Anda Mampu Mengubahnya km/j


Mengubahnya
30 110
km/j

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca petikan cerpen.


2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang tingkah laku penumpang yang
mengganggu pemandu secara fizikal.
3. Murid menyenaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu pemandu secara
fizikal.
4. Murid meramalkan apa berlaku kepada keluarga tersebut.

A Baca petikan cerpen di bawah. Kemudian kenal pasti dan senaraikan tingkah laku
penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal.
Hujan turun dengan lebatnya. Sesekali terdengar dentuman guruh dan kilat sabung-
menyabung, diikuti angin yang kencang. Aku meneruskan pemanduanku agar cepat sampai ke
rumah.

Seperti biasa aku menjalankan rutin harianku menghantar dan mengambil anak-anak
di sekolah dan di tadika. Keadaan anak-anak di dalam kereta semakin riuh dan tidak terkawal.
Lia, Ari dan Emy mula bergaduh kerana berebut air kotak sehingga air itu terpercik ke mukaku.
Aku meraba-raba mencari kotak tisu di tempat duduk hadapan untuk mengelap percikan air
di mukaku. Basir pula mula merengek dan meragam kerana kelaparan sambil menarik-narik
tudungku dari tempat duduk belakang.

“ Rin, tolong jaga adik. Ibu bawa kereta ni.”

Basir meronta-ronta sambil menjerit-jerit dalam dakapan Rin. Basir menolak botol susu
yang diberikan oleh Rin dan cuba melepaskan dirinya untuk duduk di atas ribaku. Aku berusaha
mengawal kereta dalam keadaan Basir yang masih meronta-ronta mahukan perhatianku. Entah
bagaimana, secara tiba-tiba Basir mencapai stereng menyebabkan kereta yang aku pandu tidak
terkawal. Aku cuba menekan brek tetapi usahaku sia-sia kerana keadaan jalan yang licin. Aku
tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Dalam fikiranku cuma terbayangkan keselamatan
anak-anakku.

“Imah... Imah… Imah…”

Sayup-sayup kedengaran namaku dipanggil berkali-kali oleh suara yang amat aku kenali.
Dengan perlahan-lahan aku membuka mata dan mendapati suami tercinta berada di sebelahku.
Spontan aku teringatkan nasib anak-anakku.

“Bang, mana anak-anak kita? Mana Rin? Mana Basir? Mana Lia? Mana Ari? Mana Emy?”,
bertalu-talu pertanyaanku.

Fairol hanya mampu terdiam. “Banyakkan bersabar Encik Fairol,”kata Doktor Akhirruddeen
sambil mengusap lembut bahu Fairol. Pertanyaanku tidak dijawab. Hanya pandangan kosong
dan dalam yang diberikan. Suamiku hanya menggenggam erat tanganku sambil meminta maaf.
Pandanganku kelam.

HP
6.2.1 PKJR
26
Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu pemandu secara fizikal
B
berdasarkan petikan.

Anak-anak berebut air kotak sehingga


terpercik ke muka ibu.

Anak menarik tudung ibu yang sedang memandu.

Anak merengek-rengek dan meronta-ronta untuk


duduk di atas riba ibu yang sedang memandu.

Anak mencapai stereng sehingga pemandu


hilang kawalan.

*Terima jawapan lain yang betul.


Kemahiran Berfikir

C Berdasarkan petikan cerpen, ramalkan apa berlaku kepada keluarga tersebut.

info pkjr :
JUMLAH KECEDERAAN
MENGIKUT KUMPULAN UMUM

05
0-5
73

82

6 10
6-10
55

97
UMUR

11 15
11-15
366

319

MATI
PARAH Sumber: PDRM

HP
PKJR 6.2.1
27
Aktiviti 15

Kerana Lensa Itu


BERHENTI

CADANGAN AKTIVITI :

1. Murid membaca petikan menggunakan teknik teater pembaca.


2. Murid mengenal pasti tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.
3. Murid menyenaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu
dengan menggunakan peta minda.
4. Murid melakonkan situasi tingkah laku penumpang yang sepatutnya di dalam kereta.

A Baca petikan dibawah menggunakan teknik teater pembaca. Kemudian, kenal pasti
tiga tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.

Asyraf, Vincent dan Prakash sedang dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib. Sepanjang
perjalanan mereka begitu gembira berbual-bual dengan suara yang kuat sambil menikmati
pemandangan.

Vincent : Asyraf, pandang sini (sambil menghalakan lensa kamera telefon bimbitnya)

Prakash : Asyraf pandanglah sini, sekejap je (nada memujuk).

Asyraf : Aku tengah memandu ni, kejap lagilah (menunjukkan reaksi berminat untuk
turut serta).

Vincent : Pandang sini kejap. Bukan lama pun.

(Asyraf pun terus memandang ke arah lensa kamera yang dihalakan ke arahnya sambil
tangannya masih mengawal stereng).

Prakash : Asyraf! Asyraf! Perlahanlah sikit, cantiknya pemandangan sebelah kiri tu.
Cuba tengok.

Vincent : Okay. Okay. Kita ambil gambar. Asyraf! Tengoklah.

(Spontan, Asyraf terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Prakash tanpa menyedari
kereta mereka telah tersasar ke lorong bertentangan. Pada masa yang sama, sebuah lori
datang dari arah bertentangan).

Prakash : Asyraf, lori! (dengan nada terkejut).

Pinnn... Kreeek... Bommm... Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang sangat kuat akibat
pertembungan dua buah kenderaan itu.

HP
6.2.2 PKJR
28
B Senaraikan tingkah laku penumpang yang mengganggu tumpuan pemandu.

3
Berbual dengan
suara yang kuat

Tingkah laku yang


mengganggu
tumpuan pemandu

2
1
Memaksa
pemandu Mengalih perhatian
melihat pemandu ke arah
pemandangan telefon bimbit
diluar tingkap

C Lakonkan situasi tingkah laku penumpang yang sepatutnya di dalam kereta.

INFO TEKNIK
TEATER PEMBACA :

a) Melib
atk
membac an beberapa o
a skrip s ra
esebuah ng murid
cerita.
b) Lebih
mementi
penggu n gkan as
naa p
dan mim n suara, sebuta ek
ik muka n, inton
. asi

HP
PKJR 6.2.2
29
Aktiviti 16
BERHENTI
Usah Terburu-Buru

CADANGAN AKTIVITI :

1. Setiap murid dalam kumpulan menyatakan situasi berbahaya yang dialami ketika
memotong kenderaan lain.
2. Murid mencatat tindakan berbahaya ketika memotong kenderaan lain.
3. Murid membentangkan tindakan berbahaya ketika memotong kenderaan lain.

A Secara lisan nyatakan tindakan berbahaya yang pernah anda alami ketika kender-
aan yang dinaiki memotong kenderaan lain.
B Huraikan empat tindakan berbahaya ketika memotong kenderaan lain.

Memotong
Tidak kenderaan di
memberikan garisan
isyarat berkembar

3
Tidak 2 Memotong
kenderaaan
melihat yang datang
cermin sisi/ dari arah
cermin
Tindakan
4 bertentangan
pandang .
belakang
sebelum
1 berbahaya
ketika
memotong memotong
kenderaan lain Menggunakan
lorong
5 kecemasan

*Terima jawapan lain yang betul.

info pkjr :
BERI ISYARAT
SEMASA MEMANDU
Elakkan kemalangan dengan memberitahu niat
anda kepada pengguna jalan raya lain.

SEKIRANYA DIDAPATI MEMOTONG DIGARISAN


A BERKEMBAR PEMANDU BOLEH DISABITKAN DENGAN
KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 119 (2) DAN
BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN RM300.

Sumber: JKJR & JPJ HP


6.1.2 PKJR
30
Glosari

ISTILAH MAKSUD

Arah bertentangan Arah yang berlawanan.

Arus (aliran) lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stering atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar.

Brek tidak berfungsi Kegagalan alat untuk mengurangkan kelajuan atau menghentikan
kenderaan.

Bunga tayar haus Keadaan tayar kenderaan yang botak.

Garisan putih berkembar Dua garisan terus berwarna putih yang melarang pengguna jalan raya
memotong, membuat pusingan U di bahu jalan di kedua-dua arah
disebabkan oleh keadaan jalan atau persekitaran tidak sesuai dan boleh
membahayakan pengguna jalanraya. Contohnya kawasan berbukit dan
selekoh.

Gangguan secara fizikal Tingkah laku penumpang yang menyebabkan pemandu tidak dapat
memberikan tumpuan pada pemanduan.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.

Jaket pemantul cahaya Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.

Jejantas Jambatan yang dibina merentangi jalan raya bagi membolehkan pejalan
kaki melintas jalan dengan selamat.

31
ISTILAH MAKSUD

Kecederaan kekal Kecacatan yang tetap dan dialami seumur hidup.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.

Kompaun Denda yang dibayar dengan tidak melalui pendakwaan di mahkamah.

Laluan pejalan kaki Laluan khusus untuk pejalan kaki.

Lintasan pejalan kaki Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk memudahkan pejalan kaki melintas.

Lintasan pejalan kaki Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan lazimnya
berisyarat terdapat butang serta dua lampu berimej orang berwarna merah dan hijau.
Lintasan pejalan kaki berisyarat dikawal dengan menekan butang yang
terdapat pada tiang lampu isyarat pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki bawah Laluan yang disediakan untuk kegunaan pejalan kaki di bawah tanah.
tanah

Laluan selamat Lorong yang tidak berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Laluan sikal Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan penunggang basikal dan
motosikal.

Lorong utama Jalan utama yang digunakan oleh semua kenderaan.

Lorong kecemasan Laluan yang disediakan khas untuk kenderaan bagi tujuan kecemasan
seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, ambulans, bomba dan
penyelamat, kastam, penjara, dan agensi penguatkuasa yang lain.

Nahas jalan raya Kemalangan atau kecelakaan berlaku di jalan raya.

32
ISTILAH MAKSUD

Lorong kecemasan Laluan yang disediakan khas untuk kenderaan bagi tujuan kecemasan
seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, ambulans, bomba dan
penyelamat, kastam, penjara, dan agensi penguatkuasa yang lain.

Nahas jalan raya Kemalangan atau kecelakaan berlaku di jalan raya.

Pengancing Alat daripada logam atau plastik yang digunakan pada tali pinggang
keledar atau topi keledar.

Plat Alat daripada kepingan logam atau plastik yang berbentuk empat segi
untuk dimasukkan ke dalam pengancing.

Papan pemuka Bahagian di dalam kenderaan cermin depan yang menghadap pemandu,
tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan seperti suis, meter dan
sebagainya.

Peronda lintasan sekolah Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
memakai suatu pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberi kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan bagi
membolehkan murid-murid sekolah melintas.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

Peralatan keselamatan Alat-alat yang dapat melindungi pengguna jalan raya daripada mengalami
kecederaan seperti topi keledar bercap SIRIM dan baju pantulan cahaya.

Piawaian Penetapan standard yang diluluskan.

33
ISTILAH MAKSUD

Peraturan lalu lintas Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna jalan
raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Risiko Kemungkinan mendapat bahaya (jalan raya).

Simulasi Perbuatan yang dilakukan atau dibuat-buat supaya mirip kepada yang
sebenarnya.

SIRIM Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia / Scientific


Industrial Research Institute of Malaysia.

Situasi berbahaya Keadaan yang dapat yang mendatangkan risiko kemalangan kepada
pengguna jalan raya.

Tanda isyarat lalu lintas Simbol-simbol yang terdapat di jalan raya sebagai peringatan kepada
pengguna jalan raya bagi memastikan keselamatan mereka.

Tingkah laku penumpang Tindakan penumpang kenderaan yang tidak menyebabkan situasi
yang selamat pemandu hilang tumpuan

Tumpuan pemandu Tindakan penumpang kenderaan yang tidak menyebabkan situasi


pemandu hilang tumpuan.

34

You might also like