You are on page 1of 6

Cornflakes almond cluster

150gm cornflakes

50gm almond strip bakar dahulu

20-50gm hazelnut paste @ nutella

200gm dark choc

100gm kismis

Cara2

1. Cairkan coklat dengan cara double boiler


2. Masukkan semua bahan.kacau sebati
3. Bakar dlm ketuhar dlm 10 minit supaya bila makan terasa rangup
4. Sejukkan selama 10-15 minit baru dimasukkan dalam bekas kedap udara
RESEPI BISKUT SEMPERIT RANGUP

Bahan-bahannya:-

1 cawan gula halus


1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur ikut kesesuaian,Kalau doh dah lembut dan ok,masukkan telur anggaran 1 ke 2 biji
sahaja
Manik warna untuk hiasan

Cara Membuatnya :

Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan,


Hias dengan manik gula atau ikut cita rasa.

Bakar hingga kekuningan 15-20 minit , 180 C.

Bahan-bahan ( - )

 300g butter
 160g gula aising
 100g tepung jagung
 160g tepung kastard
 240g tepung gandum
 2 biji kuning telur
Cara-cara

1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.


2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit.
Resepi biskut semperit

Bahan-bahan:
 1 1/2 cawan tepung gandum
 250g butter = 1 buku
 3/4 cawan gula castor
 1 biji telur kuning
 1 cawan tepung kastard
 1 cawan tepung jagung
 1/2 cawan tepung beras
 1 sudu teh esen vanila
 Ceri merah untuk hiasan
Cara menyediakan:

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati, kemudian masukkan telur
dan esen vanila. Pukul sehingga sebati juga.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan
uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang
pembakar yang sudah di gris.
4. Hias ceri di atasnya.
5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 160°C selama 18-20 minit
atau sehingga masak

Bahan-Bahan:
Bahan untuk jem:

 2 biji nenas, parut dan toskan air


 600 gram gula
 1 batang kayu manis
 2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:

 1 biji kuning telur


 1 sudu air
 Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:

 125 gram butter, premium Anchor butter


 1 sudu besar gula kastor
 1 biji kuning telur
 1 sudu besar minyak sapi
 1 3/4 cawan tepung gandum*
 1/4 cawan tepung jagung*
 1 sudu besar tepung kastard*
 1/2 sudu kecil garam halus

Cara Membuat:
Cara-cara untuk jem nenas:

1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.


2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan
api perlahan sehingga agak kering.

Cara-cara untuk bahan hiasan:

1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:

1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan
berkrim.
2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke
dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang
digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau
digriskan dengan butter.
5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175
darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan
esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit
demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan
adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung.
Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam
dulang pembakar, buat hingga siap.
3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah
dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning
keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang
pembakar.
4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara...

Tat Nenas Gulung (180 biji tat )

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum Cap Sauh


600 g mentega
4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus (jika guna salted butter tak perlu letak dah garam ni)
40g serbuk badam
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je
pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati

Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm
mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung dan serbuk badam hingga
menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm
acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau
sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

 250 gm mentega
 125 gm gula halus
 1 biji telur
 1 tsp esen vanilla
 50 gm serbuk badam (optional)
 200 gm tepung jagung
 300 gm tepung gandum
 2 sudu tepung beras
 1 tsp baking powder
 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
 50 gm badam cincang (utk hiasan)
 +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang


2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, kacau
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna
pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

You might also like