You are on page 1of 2

International Conference Local Knowledge 2016

BINA MELAYU

Mohamad Hanif Abdul Wahab¹ ² & Azizi Bahauddin¹

¹Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan,


Universiti Sains Malaysia

²Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur,


Universiti Teknologi MARA Malaysia

Abstrak

menduduki tempat istimewa pada masyarakat Melayu. Tidak

seperti migrasi, merantau merupakan lembaga sosial yang membudayakan ketika proses

pergerakan keluar dari tanah induk bagi tujuan perluasan wilayah. Merantau mempengaruhi

pembinaan warisan Melayu seperti adat, budaya, seni rekabentuk dengan membentuk

identitinya di wilayah Alam Melayu. Merantau juga menyebabkan pembukaan penempatan

baru oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera, Indonesia ke Negeri Sembilan, Malaysia.

Rumah tradisional dibina dan memperlihatkan variasi elemen rekabentuk pada seni bina

disebabkan perubahan evolusi mengikut perkembangan proses merantau serta pengaruh

persekitaran, adat resam dan kepercayaan. Namun, disebalik perbezaan itu, berlaku konflik

pemilikan identiti seni bina diantara Malaysia dan Indonesia setelah Malaysia

mengadaptasikan elemen seni bina Minangkabau, Indonesia di Shanghai World Expo 2010

pada ruang pamerannya. Kajian kualitatif ini mengupas sejarah kebudayaan merantau dan

kesan terhadap pembentukan alam bina Melayu. Ia melibatkan analisa kajian literatur melalui

sumber catatan serta pemilihan kajian kes rumah tradisional yang berdasarkan ciri-ciri
International Conference Local Knowledge 2016

tertentu. Hasil kajian membuktikan bahawa merantau memainkan peranan penting terhadap

proses pembinaan kebudayaan Melayu yang membentuk identiti warisan sejagat di Alam

Melayu melalui rekabentuk seni bina. Ia bukan sekadar proses pergerakan tetapi juga agen

yang membentuk evolusi hasil daripada pemikiran innovatif perantau Melayu kesan daripada

pengaruh persekitaran. Proses inovatif ini membentuk variasi elemen pada rumah tradisional

Melayu seperti Negeri Sembilan, Malaysia yang berbeza dengan rumah Minangkabau,

Indonesia walaupun kedua-dua masyarakatnya wujud daripada budaya yang sama.

Kata Kunci

Pengenalan

Alam Melayu adalah seluruh wilayah yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu atau

Nusantara yang merujuk Malaysia dan Indonesia sebagai wilayah induknya (Rahman, 2014).

Sejarah merantau bermula sekitar 10,000 ke 11,000 tahun dahulu dimana manusia di Alam

Melayu mula terpisah akibat kenaikan air laut di zaman Holosen (Nik Abd. Rahman, 2012)

akibat pembentukan semenanjung dan pulau-pulau. Akibat desakan alam mereka membina

perahu untuk berlayar dari tempat ke tempat dengan menyusuri sungai atau pantai mencari

(Rahman, 2014)

dengan berlayar di sepanjang rantau untuk mencari penghidupan, ilmu, dan sebagainya

(Kamus Besar Bahasa Indonesia, 2015). Definasi merantau tidak terhenti sebagai proses

You might also like