You are on page 1of 9

SM SAINS MIRI

LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan
dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan
bertalu-talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti
latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti
berikut:
1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan
ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang
penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang
dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan
laluan yang dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi
pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang
dipertanggungjawab membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID
2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan
ke padang dengan senyap dan pantas
2.5. Di padangmurid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu
perhimpunan
3. TUGAS GURU DALAM KELAS
3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke
padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan
bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang
seperti dalam pelan laluan keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP

Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan


4.1. murid-murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug
dari soket-soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan
tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA


PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER.
5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke
tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang
berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan
berjalan keluar secara senyap dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :


6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.
7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu
di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua
pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu
bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan
beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik
yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan
serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke
padang mengikut laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk
dipadamkan. Cabut plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup
semua tingkap dan kunci dengan segera.

10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)


10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan
kepada
Bomba jika dikehendaki.
11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA
11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat
atau Pengetua)
Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran di Kawasan
Sekolah

TARIKH : 19 Januari 2019 (Sabtu)


MASA : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

MASA Butir-ButirAktiviti
8.00 –  Kata aluan daripada pihak Sekolah kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri
10.00  Pegawai Bomba mula memberikan taklimat kepada para pelajar
pagi  Sesi soal-jawab Pegawai Bomba dengan pihak pelajar
 Penyampaian cenderahati daripada pihak Sekolah kepada pihak Jabatan Bomba dan
Penyelamat Miri (5 orang)

10.30-  Pihak bomba memulakan demonstrasi memadam api menggunakan alatan seperti Fire
11.30 Extinguisher dengan taklimat ringkas berkenaan jenis alatan
pagi  Pihak bomba menunjukkan cara yang betul mengendalikan alat pemadam api
 Beberapa pelajar mencuba alat untuk memadam unggun api
11.40-  Jamuan ringan Bersama pihak Pegawai Bomba
12.00
Tentatif pelaksanaan Latihan Kebakaran di Kolej Kediaman Pelajar (Asrama)

Tarikh: 19 Januari 2019 (Sabtu)

Masa: 12.00 am – 2.00 am

MASA Butir-ButirAktiviti
12.00  Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
pagi  Semua warga asrama wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat berkumpul
seperti yang terdapat dalam pelan kecemasan iaitu Kawasan tapak parking hadapan Surau
sekolah.
 Warden Asrama dengan bantuan MT Asrama memeriksa kehadiran pelajar mengikut bilik.

12.10  Ketibaan pasukan Bomba.


pagi  Operasi menyelamatkan mangsa(pemeriksaan setiap asrama)
12.30  ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba.
pagi  Taklimat kepada semua warden asrama dan pihak pentadbir Sekolah

1.30  Refleksi dan nasihat pegawai Bomba kepada pihak Sekolah


pagi  Para pelajar bersurai/warden dan pihak pentadbir bersurai/Pihak Bomba bersurai
Penilaian/Intervensi Program :

1. Kekuatan Program :
a) Melibatkan semua pelajar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat termasuklah guru Kadet Bomba dan Penyelamat SM Sains Miri.
b) Hampir 96 peratus pelajar “berjaya” mengosongkan bangunan asrama kurang
dari 3 minit. Semua penghuni asrama lelaki berjaya sampai ke tempat
berkumpul.
c) Pergerakan pelajar teratur/tidak panik/bekerjasama dengan pihak warden
melaporkan kehadiran.

2. Kelemahan Program :
a) Loceng kecemasan tidak begitu kuat/laluan kecemasan tidak begitu jelas
b) Pencahayaan Kawasan berkumpul tidak begitu baik/lampu rosak

3. Cadangan Penambahbaikan :
a) Melabel laluan kecemasan untuk memudahkan warga sekolah ketika
berlakunya kecemasan
b) Menyelenggara lampu jalan di hadapan surau untuk mewujudkan
pencahayaan yang baik di tapak berkumpul semasa kecemasan.
c) Memastikan alat pemadam api (fire extinguisher) berada dalam kondisi yang
baik dan berfungsi.

You might also like