You are on page 1of 247

ADSK2103

PRINSIP FIQH
MUNAKAHAT
Dr Muhamad Zahiri Awang Mat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Muhamad Zahiri Awang Mat


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad


Mohd Jamaludin Muhammad
Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Ogos 2014


Edisi Kedua April 2015
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2015, ADSK2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiii-xviii

Topik 1 Mukadimah Munakahat 1


1.1 Falsafah Perkahwinan dalam Islam 2
1.2 Perkahwinan Menurut al-Quran dan Hadis 5
1.3 Pengertian Perkahwinan dalam Islam 7
1.4 Hikmah Perkahwinan dalam Islam 9
Rumusan 11
Kata Kunci 12
Rujukan 12

Topik 2 Memilih Pasangan Hidup 13


2.1 Kriteria Pemilihan Suami dan Isteri 14
2.1.1 Beragama dan Berakhlak Mulia 14
2.1.2 Keturunan 18
2.1.3 Penyayang dan Ramai Anak 18
2.1.4 Mengutamakan Orang Jauh (Dari Kekerabatan) 19
dalam Perkahwinan
2.1.5 Sekufu 20
2.1.6 Perawan 21
2.2 Perempuan yang Haram Dikahwini 23
2.2.1 Kategori Haram Selamanya 24
2.2.2 Kategori Haram untuk Sementara Waktu 27
2.3 Hukum Melihat Bakal Isteri 28
2.4 Peminangan 29
2.4.1 Isu Wanita Melamar Lelaki 30
Rumusan 31
Kata Kunci 32
Rujukan 32

Topik 3 Rukun dan Syarat Nikah 33


3.1 Rukun-rukun dan Syarat Nikah 34
3.1.1 Rukun Pertama: Lelaki iaitu Calon Suami 34
3.1.2 Rukun Kedua: Perempuan iaitu Calon Isteri 35
3.1.3 Rukun Ketiga: Wali 36
3.1.4 Rukun Keempat: Dua Orang Saksi 40
3.1.5 Rukun Kelima: Sighah (Lafaz Ijab dan Kabul) 41
3.1.6 Syarat Sighah (Ijab dan Kabul) 43

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

3.2 Kategori Wali dalam Perkahwinan 43


3.2.1 Wali Mujbir 43
3.2.2 Wali Bukan Mujbir 44
3.2.3 Wali Hakim 45
3.2.4 Wali Berada Jauh atau Tidak Dapat Dikesan 47
3.2.5 Hukum Wali Mewakilkan Perkahwinan kepada
Orang Lain (Wakalah Wali) 47
3.3 Mas Kahwin 48
3.3.1 Mas Kahwin: Definisi, Hukum dan Dalil 48
3.3.2 Hikmah Disyariatkan Mas Kahwin 50
3.3.3 Kadar Mas Kahwin dan Siapa Berhak Memilikinya 51
3.3.4 Kadar Mas Kahwin Negeri-negeri di Malaysia 52
3.3.5 Hukum Menyebut Mas Kahwin Ketika Akad Nikah 54
3.3.6 Mas Kahwin Wajib Diberikan Sepenuhnya oleh
Suami 55
3.3.7 Mas Kahwin Wajib Diberikan Separuh Sahaja oleh
Suami 55
3.3.8 Isteri tidak Berhak Langsung untuk Mendapat
Mas Kahwin daripada Suami 56
3.4 Jenis-jenis Mas Kahwin 57
3.4.1 Penjelasan Mahar Mithil (Mahar yang Setara atau
Sepadan) 57
3.4.2 Dalil dan Kadar Mahar Mithil 58
3.4.3 Sebab-sebab Wajib Mahar Mithil 58
3.5 Mutaah 60
3.5.1 Mutaah: Dalil Pensyariatan 61
3.5.2 Tujuan dan Kadar MutÂah 61
Rumusan 62
Kata Kunci 63
Rujukan 63

Topik 4 Implikasi Selepas Akad Nikah 65


4.1 Implikasi Akad Nikah terhadap Kedudukan Suami Isteri 66
4.2 Walimah 69
4.2.1 Walimah: Definisi, Hukum dan Dalil 69
4.2.2 Kadar Walimah 71
4.2.3 Waktu Walimah 72
4.2.4 Hikmat Disyariatkan Walimah 72
4.2.5 Hukum Menghadiri Undangan Walimah 73
4.2.7 Digalakkan Mengundang Orang Bertakwa (Soleh) 74
4.2.8 Status Orang yang Berpuasa Menghadiri Walimah 75

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

4.2.9 Anjuran Mendoakan Pasangan Pengantin 75


4.2.10 Memberi Hadiah dan Membantu Menjayakan
Walimah 77
4.3 Tanggungjawab Suami dan Isteri 78
4.3.1 Tanggungjawab Seorang Suami terhadap Isterinya 78
4.3.2 Tanggungjawab Seorang Isteri terhadap Suaminya 84
4.4 Tanggungjawab Bersama terhadap Anak-anak 86
4.5 Nusyuz: Hukum dan Cara Penyelesaian 88
4.5.1 Nusyuz: Definisi dan Hukum 88
4.5.2 Bagaimana Nusyuz Berlaku 89
4.5.3 Tindakan Isteri yang Dianggap Nusyuz 89
4.5.4 Kaedah Penyelesaian Nusyuz 90
4.5.5 Suami Nusyuz 93
4.5.6 Kesan Nusyuz 94
Rumusan 95
Kata Kunci 95
Rujukan 96

Topik 5 Poligami 97
5.1 Poligami dan Hikmat Pensyariatan 98
5.1.1 Poligami: Definisi dan Dalil 98
5.1.2 Hukum Berpoligami 99
5.1.3 Poligami Rasulullah SAW 100
5.1.4 Isu Adil dan Kasih Sayang dalam Berpoligami 101
5.2 Hikmah Pensyariatan Poligami 103
5.3 Pembahagian Giliran Bermalam 104
5.3.1 Pembahagian Giliran Bermalam antara Isteri 105
5.3.2 Isu-isu Berkaitan Giliran 108
5.3.3 Kesan Menghalang Poligami 108
5.3.4 Isu Poligami: Hujah Penolakan Poligami 109
Rumusan 113
Kata Kunci 113
Rujukan 114

Topik 6 Pembubaran Perkahwinan 115


6.1 Talak dalam Islam 115
6.1.1 Talak: Definisi dan Dalil Pensyariatan 116
6.1.2 Hikmah Pensyariatan Talak 117
6.1.3 Hukum Talak 120
6.1.4 Kedudukan dan Kuasa untuk Melafazkan Talak 121
6.2 Rukun dan Syarat Talak 122

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.3 Pembahagian dan Sebab Berlaku Talak 123


6.3.1 Pembahagian Pertama: Lafaz Soreh atau Kinayah 124
6.3.2 Pembahagian Kedua: Talak Sunni, BidÂie dan
Bukan Kedua-duanya 127
6.3.3 Pembahagian Ketiga: Talak Biasa dan Tebus
Talak (Khuluk) 128
6.3.4 Kesan Khuluk kepada Perkahwinan 131
6.3.5 Kategori Talak dalam Islam 131
6.4 Isu Semasa Berkaitan Talak 133
6.5 Isu Berkaitan Talak Taklik 135
6.6 Talak Tafwidh (Menyerahkan Kuasa Talak kepada Isteri) 137
Rumusan 138
Kata Kunci 139
Rujukan 139

Topik 7 Fasakh, IlaÊ, Zihar dan LiÂan serta Implikasinya 141


7.1 Fasakh: Definisi, Dalil dan Sebab Berlaku 142
7.1.1 Fasakh: Definisi dan Dalil 142
7.1.2. Sebab-sebab Membolehkan Fasakh 144
7.2 Kecacatan yang Membolehkan Fasakh 145
7.3 Pembahagian Kecacatan Jika Dilihat pada Suami Isteri 146
7.3.1 Kecacatan Berlaku Selepas Akad Nikah 147
7.4 Kesan Fasakh Nikah Disebabkan Kecacatan 147
7.5 Hikmah Pensyariatan Fasakh 148
7.6 Fasakh dalam Konteks Undang-undang Keluarga
Islam Malaysia 149
7.7 IlaÊ dalam Syariat Islam 149
7.7.1 IlaÊ: Definisi dan Dalil 150
7.7.2 Rukun dan Syarat Sumpah IlaÊ 151
7.7.3 Implikasi dan Kafarah IlaÊ 151
7.8 Zihar dalam Syariat Islam 153
7.8.1 Zihar: Definisi dan Dalil 154
7.8.2 Rukun dan Syarat Zihar 154
7.8.3 Implikasi Zihar 155
7.9 LiÂan dalam Syariat Islam 157
7.9.1 LiÂan: Definisi dan Dalil 157
7.9.2 Ciri dan Syarat LiÊan 159
7.9.3 Prosedur Majlis Sumpah LiÂan 159
7.9.4 Implikasi LiÊan 160
Rumusan 162
Kata Kunci 163
Rujukan 163

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 8 Implikasi Perceraian: Idah, Rujuk dan Nafkah 165


8.1 Idah Perceraian 166
8.1.1 Idah: Definisi dan Dalil 166
8.2 Pembahagian Idah dan Hukum Berkaitan 167
8.2.1 Pembahagian Idah Perceraian 168
8.2.2 Pembahagian Idah Kematian Suami 169
8.3 Kesan Idah dan Kewajipan Pihak Suami Isteri 170
8.4 Hikmah Idah 172
8.5 Rujuk dan Hukum Berkaitan Dengannya 173
8.5.1 Rujuk: Definisi dan Dalil 173
8.5.2 Rukun dan Syarat Rujuk 174
8.5.3 Kedudukan Hukum Rujuk Suami 175
8.6 Nafkah dalam Islam 177
8.6.1 Nafkah: Definisi dan Dalil 177
8.6.2 Jenis-jenis Nafkah 178
8.7 Nafkah Suami kepada Isteri 182
8.7.1 Nafkah Suami kepada Isteri: Definisi dan Dalil 182
8.7.2 Syarat Wajib Nafkah Suami kepada Isteri 183
8.7.3 Kadar Nafkah Suami kepada Isteri 183
8.7.4 Nafkah Isteri Berbentuk Tamkin atau Tamlik 185
Rumusan 186
Kata Kunci 187
Rujukan 187

Topik 9 Hadanah, Penyusuan, Nasab dan Anak Tidak Sah Taraf 188
9.1 Hadhanah dalam Islam 189
9.1.1 Hadanah: Definisi dan Dalil 189
9.2 Hukum-hukum Berkaitan Hadanah 190
9.2.1 Hak Penjagaan Kanak-kanak (Hadanah) 190
9.2.2 Hak Penjagaan Kanak-kanak (Hadanah) Selepas
Ibu 191
9.2.3 Hak Penjagaan Pihak Lelaki 192
9.2.4 Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan (Hadanah) 193
9.2.5 Tempoh Hak Penjagaan 194
9.3 Hikmah Disyariatkan Hadanah 194
9.4 Penyusuan dan Hubungan Kekeluargaan 195
9.4.1 Penyusuan: Definisi dan Dalil 195
9.4.2 Penyusuan Ibu 196
9.4.3 Kesan Penyusuan terhadap Hubungan
Kekeluargaan 197
9.4.4 Syarat Penyusuan Hubungan Mahram 198

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

9.5 Nasab dan Hukum Berkaitan Dengannya 199


9.5.1 Kaedah Mensabitkan Keturunan 200
9.5.2 Mensabitkan Penyusuan dan Kesannya 201
9.6 Implikasi Anak Tidak Sah Taraf dalam Kekeluargaan Islam 203
Rumusan 206
Kata Kunci 207
Rujukan 208

Topik 10 Perkahwinan, Nafkah dan Kesalahan dalam Enakmen


Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia 209
10.1 Perkahwinan dalam Undang-undang Keluarga Islam
di Malaysia 210
10.1.1 Orang yang Boleh Mengakadnikahkan Perkahwinan 210
10.1.2 Umur Minimum untuk Perkahwinan 211
10.1.3 Pertalian yang Melarang Perkahwinan 211
10.1.4 Orang daripada Agama Lain 212
10.1.5 Perkahwinan Tidak Sah 213
10.1.6 Perkahwinan yang Tidak Boleh Didaftarkan 213
10.1.7 Persetujuan Dikehendaki 213
10.1.8 Perkahwinan Seseorang Perempuan 214
10.1.9 Pertunangan 215
10.2 Nafkah Isteri dalam Undang-undang Keluarga Islam
Malaysia 215
10.2.1 Kuasa Mahkamah Memerintah Nafkah bagi Isteri
dan Kesan Nusyuz 216
10.2.2 Kuasa Mahkamah Memerintah Nafkah bagi
Seseorang Tertentu 216
10.2.3 Pentaksiran Nafkah 217
10.2.4 Kuasa Mahkamah untuk Memerintahkan Jaminan
Diberi bagi Nafkah 217
10.2.5 Mengkompaun Nafkah 217
10.2.6 Tempoh Perintah Nafkah 218
10.2.7 Hak terhadap Nafkah atau Pemberian Selepas
Perceraian 218
10.2.8 Kuasa Mahkamah untuk Mengubah Perintah
Nafkah 218
10.2.9 Kuasa Mahkamah untuk Mengubah Perjanjian
Nafkah 219
10.2.10 Nafkah yang Perlu Dibayar di Bawah Perintah
Mahkamah Tidak Boleh Dipindahkan Hak
Miliknya 219
10.2.11 Menuntut Tunggakan Nafkah 219
10.2.12 Nafkah Sementara 220

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  ix

10.3 Kesalahan Berhubung Akad Nikah dan Pendaftaran


Perkahwinan (Penalti) 220
10.3.1 Gangguan terhadap Perkahwinan 221
10.3.2 Akuan atau Pernyataan Palsu untuk Mendapatkan
Perkahwinan 221
10.3.3 Akad Nikah Perkahwinan yang Tidak Dibenarkan 222
10.4 Pelbagai Kesalahan Berkaitan Suami Isteri 222
10.4.1 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah 222
10.4.2 Perceraian di Luar Mahkamah dan Tanpa
Kebenaran Mahkamah 223
10.4.3 Meninggal Langsung Isteri 223
10.4.4 Menganiaya Isteri atau Suami 223
10.4.5 Tidak Memberi Keadilan Sewajarnya kepada Isteri 224
10.4.6 Isteri Tidak Menurut Perintah 224
10.4.7 Percubaan Jadi Murtad untuk Membatalkan
Perkahwinan 224
10.4.8 Persetubuhan Luar Nikah antara Orang yang
Bercerai 225
Rumusan 226
Kata Kunci 227
Rujukan 227

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xiii

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ADSK2103 Prinsip Fiqh Munakahat adalah salah satu kursus yang ditawarkan
oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
Pengajian Islam. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar
pengajian Islam dan pendidikan berkenaan dengan fiqh munakahat dari aspek
perkahwinan, pembubaran perkahwinan, kesannya dan perkara berkaitan
dengannya dari aspek Undang-undang Keluarga Islam Malaysia.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep dan falsafah, hukumăhakam dan dalil berkaitan
perkahwinan;
2. Membuat analisis perbezaan tanggungjawab suami dan isteri dalam
kehidupan berkeluarga;.
3. Menghuraikan status poligami dalam Islam;
4. Menghuraikan sebab dan akibat berlakunya pembubaran perkahwinan;
dan
5. Menjelaskan prosedur yang perlu diketahui berkaitan amalan perkahwinan
dalam konteks Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan berkaitan mukadimah munakahat.


Perbincangan merangkumi konsep dan falsafah perkahwinan, perkahwinan
menurut al-Quran dan al-Hadis serta hikmah perkahwinan dalam Islam.

Topik 2 membincangkan kaedah memilih pasangan hidup merangkumi kriteria


pemilihan pasangan, perempuan yang haram dikahwini serta peminangan dan
hukum melihat bakal isteri.

Topik 3 mengenal pasti rukun-rukun dan syarat-syarat nikah, status wali serta
nilai mas kahwin.

Topik 4 menganalisis implikasi selepas akad nikah termasuklah hak dan


tanggungjawab suami isteri, nusyuz dan cara mengatasinya.

Topik 5 membincangkan poligami, hikmah pensyariatan, pembahagian giliran


bermalam serta kesan poligami terhadap individu dan masyarakat.

Topik 6 menyentuh isu pembubaran perkahwinan iaitu talak, hikmah


pensyariatan talak dan khuluk.

Topik 7 merupakan lanjutan perbincangan pembubaran perkahwinan yang


merangkumi fasakh, ilaÊ, zihar dan liÂan serta implikasinya terhadap
perkahwinan.

Topik 8 membincangkan implikasi perceraian iaitu edah, rujuk dan nafkah.

Topik 9 membincangkan hadanah, penyusuan, nasab dan anak tak sah taraf.

Topik 10 tentang perlaksanaan semasa di Malaysia berkaitan perkahwinan,


nafkah dan kesalahan dengan merujuk kepada Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal, dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia.
Kelana Jaya: Malayan Law Journal Sdn. Bhd. Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, (Akta 303). (2001).
KualaLumpur: International Law Book Services.

Mustofa Al-Khin, Mustafa Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Al-Fiqh al- Manhaji: Kitab
Fikah Mazhab Syafie, menghuraikan Bab Undang-undang kekeluargaan.
(2002). Penterjemah: Azizi ismail & Mohd Asri Hashim. Kuala Lumpur:
Pustaka salam Sdn. Bhd.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid I, II & III. Amman:
Maktabah al-Risalah al-Hadisah.

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The Family Structure in Islam. USA:


American Trust Publication.

Al-Damsyiqi, al-Husaini. (1991). Kifayat al-Akhyar. Beirut: dar al-Khair.

Al-Jibaly, Muhammad. (2000). The Quest for Love and Mercy.

Al-Zuhaili, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Jilid 4.


Kaherah: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Said Haji Ibrahim. (2010). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Batu Caves:
Media Hasda.

Texas: Al-Kitab & as-Sunnah Publishing. Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004).
Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar
Ibn Hazam.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mukadimah
1 Munakahat

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan falsafah perkahwinan di dalam Islam;
2. Menyebut dalil al-Quran dan hadis berkaitan perkahwinan;
3. Menyenaraikan pengertian perkahwinan berdasarkan al-Quran dan
hadis;
4. Membezakan antara sakinah, mawaddah dan rahmah;
5. Menjelaskan sekurang-kurangnya lima hikmah perkahwinan dalam
Islam; dan
6. Mencadangkan cara terkini yang berkesan ke arah pembentukan
keluarga berasaskan prinsip Islam.

 PENGENALAN
Berkahwin atau membina sebuah rumah tangga dan mempunyai zuriat pada
umumnya merupakan salah satu naluri semula jadi manusia. Melalui
perkahwinan, kita dapat membentuk satu interaksi sosial melalui penambahan
entiti keluarga dan komuniti setempat. Dalam Islam, perkahwinan merupakan
salah satu dari ajarannya yang mulia. Ajaran Islam amat mementingkan
hubungan berkualiti antara anda dan suami atau isteri dalam menjalani
kehidupan berumah tangga. Apa yang dimaksudkan hubungan berkualiti di sini
ialah hubungan yang berasaskan kepada kesedaran, ilmu, amalan serta
tanggungjawab yang berkait rapat dengan perlakuan saling memahami, bertolak
ansur, sabar, bertindak secara matang, bermusyawarah dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

Implimentasi elemen-elemen ini akan menjadikan sesebuah rumah tangga akan


lebih aman dan harmoni. Untuk mencapai objektif ini, Topik 1 akan
membincangkan prasyarat yang utama kepada pembentukan sebuah keluarga
berasaskan ajaran Islam. Prasyarat yang akan dibincangkan dalam topik ini
adalah memahami falsafah perkahwinan, status, fungsi dan definisi
perkahwinan menurut al-Quran dan hadis. Hikmah perkahwinan menurut
perspektif Islam juga akan dibincangkan.

AKTIVITI 1.1

Sila analisis laman web berikut untuk mengkaji isu-isu semasa


berkaitan dengan prasyarat perkahwinan:
(a) http://www.e-fatwa.gov.my
(b) http://www2.islamgrid.gov.my/munakahat

1.1 FALSAFAH PERKAHWINAN DALAM


ISLAM
Anda perlu ketahui bahawa setiap aktiviti dan perlakuan individu muslim
mempunyai falsafahnya tersendiri. Pemahaman falsafah bagi setiap aktiviti dan
amalan seseorang akan menjadikan setiap amalannya itu lebih bermakna dan
berkesan terutama dari segi pembentukan jiwa, keimanan dan jati diri muslim.
Begitu juga dengan perkahwinan. Perkahwinan di dalam Islam mempunyai
falsafahnya yang tersendiri. Penghayatan terhadap falsafah perkahwinan
mampu menjadikan kehidupan suami isteri berada di landasan yang betul
sebagaimana dijelaskan oleh Islam. Falsafah perkahwinan dalam Islam boleh
difahami antaranya dari firman Allah SWT berikut:

Maksud: „Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan


untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih-sayang. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang
berfikir.‰
(Al-Rum: 21)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT  3

Dalam ayat tersebut, Allah SWT telah menggunakan tiga terminologi utama bagi
menjelaskan hakikat perkahwinan iaitu sakinah (tenteram), mawaddah (rasa
kasih dan sayang) dan rahmah (belas kasihan). Dalam masa yang sama Allah
SWT menjelaskan hakikat sakinah, mawaddah dan rahmah ini hanya dapat
difahami dan dihayati oleh mereka yang menggunakan akal untuk berfikir
tentang kehidupan di alam perkahwinan.

Secara literal, Kamus Dewan menjelaskan bahawa perkataan sakinah atau


sakinat bermaksud aman atau tempat yang aman dan damai. Manakala rahmah
atau rahmat pula membawa maksud belas kasihan. Bagi perkataan mawaddah,
tidak terdapat perbincangannya di dalam Kamus Dewan. Sakinah dalam bahasa
Arab adalah sinonim kepada perkataan thoma'ninah. Di dalam bahasa Inggeris
ia bermaksud tranquility, serenity atau peace of mind. Bagi perkataan
mawaddah, ia berasal dari kata akar wadda yang merupakan sinonim kepada
ahabba iaitu to like or to love, yang bermaksud friendly feeling and relationship
atau sincere affection manakala rahmah iaitu ra'fah adalah sympathy,
graciousness and mercy.

Penjelasan ringkas di atas memberikan beberapa petunjuk kepada kita definisi


sakinah, mawaddah dan rahmah secara literal. Pertama, sakinah berkait rapat
dengan kewujudan suasana dan juga tempat yang aman dan damai. Keamanan
dan kedamaian sama ada dari segi fizikal, minda dan juga psikologi. Mawaddah
pula kewujudan perasaan untuk mencintai, menyukai dan perasaan ingin
berkawan. Rahmah pula bermaksud belas kasihan, perasaan simpati dan
memaafkan. Rahmah adalah sifat sejahtera, unsurnya adalah elok pergaulan,
lembut kata-kata dan ikhlas dalam memberi nasihat di antara dua insan.

Kaedah terbaik untuk memahami makna dan tafsiran sebenar istilah sakinah,
mawaddah dan rahmah adalah dengan merujuk kepada tafsir al-Quran. Ulama
tafsir telah memberikan pelbagai pandangan dan tafsiran berkaitan ketiga-tiga
istilah ini. Para ahli tafsir seperti Fakhr al-Razi, al-Tabari, Ibn Kathir, al-Sayuti, al-
Alusi, dan lain-lain menjelaskan sakinah berlegar sekitar: ikatan perkahwinan,
ketenangaan dan kerehatan mental, jiwa dan fizikal, cenderung kepada
pasangan dan berjinak-jinak serta bermesra antara pasangan. Mawaddah pula
berlegar sekitar kasih-sayang, perkahwinan, hubungan kelamin dan keperluan
diri. Manakala rahmah pula adalah belas kasihan, zuriat (anak), saling
memerlukan, lembut dan pengampun serta kombinasi antara sakinah,
mawaddah dan rahmah.

Secara terperinci pandangan ulama tafsir tentang sakinah, mawaddah dan


rahmah boleh dirujuk dalam Jadual 1.1 berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

Jadual 1.1: Taburan Pandangan Ulama tentang


Tafsiran Konsep Sakinah, Mawaddah dan Rahmah

Nama Ulama Sakinah Mawaddah Rahmah


Fakhr al-Razi Ketenangan jiwa dan Hubungan seks dan Zuriat (anak),
fizikal. keperluan diri. keperluan kepada
pasangan dan belas
kasihan.
Tabari Ikatan perkahwinan. Kasih-sayang. Saling memerlukan.
Al-Qurtubi Pasangan. Cinta lelaki kepada Anak.
perempuan dan
jimak (hubungan
seksual).
Ibn Kathir Ketenangan. Kasih-sayang. Lembut dan
pengampun.
Sayuti ă Jimak (hubungan Anak.
seksual).
Al-Alusi Cenderung kepada Kasih dan kahwin. Belas kasihan dan
perempuan. anak.
Khafaji Cenderung dan Hasil perkahwinan Anak.
berjinak-jinak. dan jinak.
Ibn Atiyyah ă Jinak. Anak.
Ibn Ibrahim al- Cenderung kepada Kasih-sayang dan Belas kasihan dan
Baghdadi, al- Iji, pasangan. mahabbah. Shafaqah.
Jami dan Ismail
Haqqi
Syed Qutb Cenderung, tenang, Jinak. Gabungan semua
kerehatan fizikal dan elemen sakinah,
mental mawaddah, dan
rahmah.
A.K. al-Khatib Tenang dan Hasil tindak balas Hasil tindak balas
kerehatan (perasaan sakinah. sakinah.
dan hati).
Hassan Khan Bermesra-mesraan Saling berkasih. Kasih-sayang.
dan cenderung
kepada isteri.
Tantawi Cenderung dan Mahabbah. Belas kasihan,
tenang kepada ra' fah dan anak.
pasangan.

Sumber: Dipetik daripada Muhamad Zahiri Awang Mat & Siti Zubaidah Ismail (2006)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT  5

Berdasarkan perbincangan dan pandangan ulama tentang sakinah, mawaddah


dan rahmah sebelum ini, anda boleh rumuskan bahawa Islam menekankan
umatnya memahami hakikat perkahwinan. Falsafah perkahwinan dalam Islam
adalah ke arah pembentukan sebuah keluarga yang diasaskan kerana inginkan
ketenangan, saling berkasih-sayang dan belas kasihan. Bagi mencapai asas-asas
ini, bolehlah difahami bahawa sifat takwa merupakan prasyarat utama. Ini
kerana mereka yang bertakwa sahaja yang mampu merealisasikan asas-asas ini
berpandukan ajaran Islam.

AKTIVITI 1.2

1. Fahami dan bandingkan pengertian istilah berikut: sakinah,


mawaddah dan rahmah.
2. Huraikan bagaimana istilah-istilah ini mampu menjadi asas
dalam membentuk falsafah perkahwinan dalam Islam.

1.2 PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN


DAN HADIS
Terdapat banyak dalil ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW berkaitan
pensyariatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut status perkahwinan menurut perspektif al-
Quran dan hadis, anda boleh memahaminya melalui analisis dalil-dalil berikut:

Firman Allah SWT:

...‫ﻉ‬
َ ‫ﺏ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ ِﻣ َﻦ ﺍﻟّﹺﻨﺴَﺎ ِﺀ ﻣَﺜﹾﻨَﻰ ﻭَﺛﹸﻠﹶﺎﺙﹶ َﻭ ُﺭﺑَﺎ‬
َ ‫ﻓﹶﺎْﻧ ِﻜﺤُﻮﺍ ﻣَﺎ ﻃﹶﺎ‬
Maksud: „... maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan (lain): dua, tiga atau empat...‰
(Al-NisaÊ: 3)

Ayat di atas menjelaskan bahawa perkahwinan adalah salah satu daripada


syariat Islam. Islam menghalalkan hubungan seksual antara lelaki dan
perempuan hanya melalui jalan perkahwinan sahaja. Menurut mazhab SyafiÊe,
seorang lelaki dibenarkan berkahwin dan menghimpunkan empat orang wanita
dalam satu waktu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

Firman Allah SWT:

... ‫ﲔ ِﻣ ْﻦ ِﻋﺒَﺎ ِﺩ ﹸﻛ ْﻢ َﻭﹺﺇﻣَﺎِﺋ ﹸﻜ ْﻢ‬


َ ‫ﺤ‬
ِ ‫ﺼّﺎِﻟ‬
َ ‫َﻭﺃﹶﻧ ِﻜﺤُﻮﺍ ﺍ َﻷﻳَﺎﻣَﻰ ِﻣْﻨ ﹸﻜ ْﻢ ﻭَﺍﻟ‬
Maksud: „Dan kahwinkanlah orang bujang dari kalangan kamu, dan orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan...‰
(Al-Nur: 32)

Surah Al-Nur ayat 32 menjelaskan status perkahwinan dalam Islam. Agama


Islam tidak memandang kedudukan serta pangkat seseorang, sekiranya mereka
telah mempunyai persetujuan, beragama dan setaraf maka kahwinlah dengan
sesiapa sahaja yang layak mengikut syarak.

Rasulullah SAW menggalakkan para pemuda yang mampu dari segi fizikal dan
mempunyai kewangan yang stabil supaya berkahwin. Berkahwin dapat
mengelakkan seseorang itu dari terjerumus ke dalam perbuatan yang dilarang
oleh agama seperti berdua-duaan tanpa mahram, berzina dan bersekedudukan.
Ini jelas sebagaimana sabda Rasululah SAW dalam satu hadis, dari Abdullah bin
MasÊud, katanya kami bersama Rasulullah SAW lalu baginda SAW bersabda:

‫ﺼﻦُ ﻟِﻠﹾﻔﹶﺮْﺝ‬
َ ْ‫ﺼ ﹺﺮ َﻭﹶﺃﺣ‬
َ ‫ﺾ ِﻟ ﹾﻠَﺒ‬
‫ﺝ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻪُ ﹶﺃ ﹶﻏ ﱡ‬
ْ ‫ﻉ ِﻣْﻨ ﹸﻜ ْﻢ ﺍﹾﻟﺒَﺎ َﺀ ﹶﺓ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴَﺘ َﺰ ﱠﻭ‬
َ ‫ﺏ َﻣ ْﻦ ﺍﺳَْﺘﻄﹶﺎ‬ ‫ﺸﺒَﺎ ﹺ‬ ‫ﺸ َﺮ ﺍﻟ ﱠ‬َ ‫ﻳَﺎ َﻣ ْﻌ‬
.‫ﺼ ْﻮ ﹺﻡ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻪُ ﹶﻟﻪُ ﹺﻭﺟَﺎ ٌﺀ‬ ‫ﺴَﺘ ِﻄ ْﻊ ﹶﻓ َﻌﹶﻠْﻴ ِﻪ ﺑﹺﺎﻟ ﱠ‬
ْ ‫َﻭ َﻣ ْﻦ ﹶﻟ ْﻢ َﻳ‬
Maksud: Wahai kumpulan anak-anak muda! Sesiapa di antara kamu yang
mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan
itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang
tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan
menahan nafsunya.‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺡ‬
ُ ‫ﻭَﺍﻟﱢﻨﻜﹶﺎ‬ ‫ﺴﻮَﺍ ُﻙ‬
‫ﻭَﺍﻟ ﱢ‬ ‫ﻭَﺍﻟﱠﺘ َﻌ ﱡﻄ ُﺮ‬ ‫ﺤﻴَﺎ ُﺀ‬
َ ‫ﺍﹾﻟ‬ ‫ﲔ‬
َ ‫ﺍﻟﹾﻤُﺮْ َﺳِﻠ‬ ‫ﺳَُﻨ ﹺﻦ‬ ‫ ِﻣ ْﻦ‬ ‫ﹶﺃ ْﺭَﺑ ٌﻊ‬
Maksud: „Empat daripada sunnah (amalan) para rasul: mempunyai perasaan
malu, mengenakan minyak wangi, bersugi dan berkahwin.‰
(Hadis riwayat Tirmizi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT  7

Hadis tersebut menjelaskan berkahwin merupakan salah satu sunnah (amalan)


rasul-rasul terdahulu. Bahkan berkahwin dan mempunyai isteri (begitu juga
suami) merupakan salah satu nikmat Allah SWT untuk hambanya di dunia ini.
Ini boleh difahami dari penjelasan Nabi SAW di mana baginda bersabda:

‫ﺤﺔﹸ‬
َ ‫ﺍﻟﺼﱠﺎِﻟ‬ ‫ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺮﹶﺃﺓﹸ‬ ‫ﺍﻟ ﱡﺪْﻧﻴَﺎ‬ ‫ﻉ‬
‫ َﻣﺘَﺎ ﹺ‬ ُ‫ َﻭ َﺧْﻴﺮ‬ ‫ﻉ‬
ٌ ‫ َﻣﺘَﺎ‬ ‫ﺍﻟﺪﱡﻧْﻴَﺎ‬
Maksud: „Dunia ini penuh kenikmatan, dan sebaik-baik nikmat dunia adalah
perempuan yang soleh.‰
(Riwayat Muslim)

Jelas sekali mempunyai pasangan hidup yang soleh, iaitu beragama adalah satu
nikmat yang tidak terhingga yang mesti dicapai oleh mereka yang ingin
berkahwin.

1.3 PENGERTIAN PERKAHWINAN DALAM


ISLAM
Perkataan ÂperkahwinanÊ, atau di dalam bahasa Arab disebut sebagai al-zawaj
merujuk kepada pasangan, iaitu mempunyai pasangan dalam kehidupan. Ini
boleh difahami dari firman Allah SWT:

...‫ﺠّﻨ ﹶﺔ‬
َ ‫ﻚ ﺍﹾﻟ‬
َ ُ‫ﺖ َﻭ َﺯﻭْﺟ‬
َ ‫ﻭَﻗﹸﻠﹾﻨَﺎ ﻳَﺎﺁﺩَﻡُ ﺍ ْﺳ ﹸﻜ ْﻦ ﹶﺃْﻧ‬
Maksud: „Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu
dalam syurga...‰
(Al-Baqarah: 35)

Dan juga firman-Nya:

‫ﺚ‬
‫ﺲ ﻭَﺍ ِﺣ َﺪ ٍﺓ َﻭ َﺧﹶﻠ َﻖ ِﻣْﻨﻬَﺎ َﺯ ْﻭ َﺟﻬَﺎ َﻭَﺑ ّﹶ‬
‫ﻳَﺎ ﹶﺃﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَﻨّﺎﺱُ ﺍَّﺗﻘﹸﻮﺍ َﺭَّﺑ ﹸﻜ ُﻢ ﺍّﹶﻟﺬِﻱ َﺧﹶﻠ ﹶﻘﻜﹸﻢْ ِﻣ ْﻦ َﻧ ﹾﻔ ﹴ‬
ً‫ِﻣْﻨ ُﻬﻤَﺎ ﹺﺭﺟَﺎﻟﹰﺎ ﹶﻛِﺜﲑًﺍ ﻭَﻧﹺﺴَﺎﺀ‬
Maksud: „Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah
menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya
(Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang
ramai.‰
(Al-NisaÊ:1)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

Kedua-dua ayat tersebut menjelaskan bahawa maksud engkau (suami) atau


seorang diri (Adam) dan isteri atau Hawa adalah sebagai ÂpasanganÊ dalam
kehidupan. Namun begitu, perkataan ÂnikahÊ merupakan istilah yang diguna
pakai bagi menunjukkan hakikat perkahwinan. Nikah dari segi bahasa ialah
bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah orang Arab: „Pokok-pokok itu
bernikah‰, ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat antara
satu sama lain.

Dari segi syarak, nikah merupakan satu akad yang menghalalkan istimta'
(berseronok dan bersetubuh) di antara lelaki dan perempuan yang menjadikan
mereka berdua sebagai suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ia
dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya
antara satu sama lain. Rajah 1.1 menunjukkan pasangan suami isteri yang baru
bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Rajah 1.1: Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga
Sumber: http://www.blogammar.com/

Masyarakat Arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga


dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu, al-
Quran menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan bukannya
persetubuhan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

‫ﺴّﻮ ُﻫ َﻦّ ﹶﻓﻤَﺎ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ‬


ُ ‫ﺕ ﹸﺛ َّﻢ ﹶﻃﹶّﻠ ﹾﻘُﺘﻤُﻮ ُﻫ َّﻦ ِﻣ ْﻦ ﹶﻗْﺒ ﹺﻞ ﹶﺃ ﹾﻥ َﺗ َﻤ‬
ِ ‫ﻳَﺎ ﹶﺃﻳُّﻬَﺎ ﺍّﹶﻟﺬِﻳ َﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮﺍ ﹺﺇﺫﹶﺍ َﻧ ﹶﻜﺤْﺘُﻢُ ﺍﹾﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨَﺎ‬
﴾٤٩﴿ ‫َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ َّﻦ ِﻣ ْﻦ ِﻋ َّﺪ ٍﺓ َﺗ ْﻌَﺘ ُﺪّﻭَﻧﻬَﺎ ۖ◌ ﹶﻓ َﻤِﺘّﻌُﻮ ُﻫ َﻦّ َﻭ َﺳ ﹺﺮّﺣُﻮ ُﻫ َﻦّ َﺳﺮَﺍﺣًﺎ َﺟﻤِﻴﻠﹰﺎ‬
Maksud: „Wahai orang yang beriman, apabila kamu bernikah dengan wanita-
wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu
menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa edahnya. Maka berilah
mut'ah kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.‰
(Al-Ahzab: 49)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT  9

Terjemahan ayat „...kamu bernikah dengan wanita-wanita beriman...‰


bermaksud kamu mengadakan „akad nikah dengan perempuan yang beriman‰.
Ini berpandukan firman Allah SWT selepas itu yang bermaksud: „...kemudian
kamu ceraikan sebelum kamu menyentuhnya...‰. Maksud menyentuh ialah
menyetubuhi. Maka maksud perkahwinan ialah Âsatu akad yang menghalalkan
hubungan di antara lelaki dengan perempuan supaya dapat hidup bersama
sebagai suami isteri. Akad ini menetapkan tiap-tiap pihak dari suami dan isteri
mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiriÊ. Dalam erti kata lain
perkahwinan adalah suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab
perkataan yang mengandung lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

1.4 HIKMAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Setiap perintah Allah SWT ke atas hambanya mempunyai hikmahnya tersendiri.
Hikmah tersebut merupakan sesuatu yang dapat dilihat oleh pancaindera dan
difikir oleh akal manusia. Begitu juga dengan perkahwinan, mempunyai hikmah
tersendiri, antaranya:

(a) Memenuhi Fitrah Semula Jadi Manusia


Manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai keinginan seksual antara
berlainan jenis. Perkahwinan merupakan satu cara yang disyariatkan untuk
memenuhi keperluan semula jadi antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan dapat menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat
kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri daripada
godaan maksiat dan perzinaan yang amat dilarang oleh agama.

(b) Menjamin Kehidupan Berkeluarga Secara Sah Menurut Syarak


Perkahwinan yang sah menurut syarak menjadikan suami dan isteri
berupaya mengatur dan membangunkan kehidupan berumah tangga dan
berkeluarga secara terancang. Ikatan ini seterusnya mampu
membangunkan masyarakat yang berpaksikan asas-asas rumah tangga
Islam yang damai dan berdisiplin.

(c) Perkembangan Zuriat dan Keturunan Manusia


Perkembangan zuriat dan keturunan manusia agar dapat berkembang biak
bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini dengan
keturunan yang soleh, baik dan sihat. Ini juga untuk mencapai salah satu
objektif syariat Islam iaitu menjaga keturunan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

(d) Menjiwai Perasaan Mahabbah


Supaya dapat memupuk dan mempraktik perasaan mahabbah, iaitu kasih-
sayang dan cinta antara seorang suami dan isteri, seorang bapa dan ibu
kepada anak, seorang datuk kepada cucu dan seterusnya dari sebuah
masyarakat kepada negara.

(e) Mewujudkan Ketenangan Jiwa dan Ketenteraman Rohani


Perkahwinan dapat memupuk perasaan tenang dan tenteram antara suami
dan isteri. Ketenangan ini tidak berbelah bahagi kerana hubungan suami
dan isteri diasaskan dengan satu ikatan atau Âakad‰ yang suci menjadikan
mereka tidak ragu-ragu untuk mencapai ketenangan tersebut bersama-
sama.

(f) Menjaga Kesempurnaan dan Kesejahteraan Keturunan Manusia


Di antara objektif agama adalah menjaga keturunan, iaitu menjamin
bahawa zuriat yang dilahirkan adalah dari zuriat yang sah dan mempunyai
susur galur keturunan yang sah. Ini dapat menghindari daripada
kecelaruan kekeluargaan dan ketidaktentuan keturunan.

(g) Meluaskan Persaudaraan dan Membina Prinsip Bekerjasama


Perkahwinan dapat meluaskan medan persaudaraan dengan pertambahan
ahli keluarga baharu. Maka bertambahlah ikatan persaudaraan, kasih-
sayang dan kerjasama dalam kalangan pasangan dan kaum kerabat.

(h) Kesihatan Diri dan Keluarga


Perkahwinan dapat menghindari pasangan suami dan isteri daripada
penyakit kelamin seperti HIV/AIDS dan Sifilis (STD) akibat pergaulan
bebas dan hubungan kelamin dengan pasangan yang tidak diketahui
statusnya. Ini dapat melahirkan ahli keluarga yang sihat dan bahagia.

Sebagai kesimpulan, perkahwinan adalah peraturan dan nikmat daripada Allah


SWT yang diperintahkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia. Kebaikan
ini mencakupi kebahagiaan individu dan juga masyarakat dengan penuh
kesempurnaan. Sebaliknya jika keadaan sesebuah rumah tangga itu porak-
peranda dan tiada kebaikan serta kebahagiaan, maka keadaan umat itu juga
turut berada dalam keadaan kucar-kacir, lemah dan sengsara akhirnya.

SEMAK KENDIRI 1.1

Jelaskan lima hikmah perkahwinan dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT  11

AKTIVITI 1.3

1. Jelaskan secara ringkas falsafah perkahwinan dalam Islam.


2. Huraikan dua dalil al-Quran berkaitan dengan pensyariatan
kahwin.
3. Huraikan definisi nikah dari segi bahasa dan istilah syarak.
4. Berusaha mencari bakal suami atau isteri yang soleh merupakan
salah satu sunnah Nabi SAW. Apa pandangan anda terhadap
pernyataan ini?
5. Cadangkan mekanisma terbaik mencari pasangan hidup dalam
konteks dunia moden hari ini.

 Perkahwinan dalam Islam mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

 Perkahwinan yang sah di sisi syarak merupakan asas utama pembentukan


sesebuah keluarga.

 Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada perasaan sakinah, mawaddah dan


rahmah. Tanpa asas-asas ini sesebuah perkahwinan akan lemah dan tidak
dapat bertahan lama.

 Perkahwinan merupakan satu bentuk akad nikah yang menghalalkan


hubungan antara suami dan isteri.

 Perkahwinan dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

 Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa takwa kepada Allah. Tanpa


takwa, sesebuah perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya
yang sebenar, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan
sunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 MUKADIMAH MUNAKAHAT

Akad Nikah
Hikmah perkahwinan Rahmah
Kahwin Sakinah
Kebaikan Syariat Islam
Mawaddah Takwa

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The Family Structure in Islam. USA:


American Trust Publication.

Al-Khin, Mustofa; Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab fikah mazhab Syafie, menghuraikan bab undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Muhamad Zahiri Awang Mat & Siti Zubaidah Ismail. (2006). Konsep sakinah,
mawaddah dan rahmah menurut perspektif al-QurÊan: dengan rujukan
khusus surah al-Rum, ayat 21. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Falsafah Perkahwinan Peringkat Kebangsaan, 29 Mac 2006. Anjuran
UMCFD, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-usrah fi al-Islam. Jilid 1. Amman:


Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

http://www.islamgrid.gov.my/munakahat (16/9/2012)

http://www.e-fatwa.gov.my (16/9/2012)

http://hadith.al-islam.com/Loader (16/9/2012)

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php (15/9/2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Memilih
2 Pasangan
Hidup
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan empat kriteria utama pemilihan pasangan hidup;
2. Mengkategorikan perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang
lelaki;
3. Menjelaskan tiga hikmah pengharaman berkahwin dengan
perempuan tertentu;
4. Menerangkan hukum peminangan dan melihat bakal isteri di dalam
Islam; dan
5. Mencadangkan mekanisma terbaik menjaga batasan hubungan
antara pasangan selepas bertunang.

 PENGENALAN
Kehidupan berkeluarga yang dinaungi dengan suasana ketenangan, kasih-
sayang, harmoni dan diberkati Allah merupakan impian setiap individu muslim.
Bagi merealisasikan kehidupan berkeluarga sebegini, pemilihan calon pasangan
hidup sebagai suami dan isteri merupakan satu perkara yang amat penting.
Anda perlu ketahui bahawa Islam memandang serius dalam hal pemilihan calon
suami dan isteri. Pemilihan pasangan hidup mestilah dilaksanakan dengan
penuh rasa tanggungjawab dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau keinginan
untuk memperoleh manfaat tertentu yang bersifat sementara. Dalam topik ini,
tajuk berkaitan dengan kriteria pemilihan suami dan isteri, kategori perempuan
yang haram dikahwini, hukum melihat bakal isteri serta peminangan akan
dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

AKTIVITI 2.1

Bincangkan trend terkini kriteria pemilihan bakal suami dan isteri


dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia hari ini.

2.1 KRITERIA PEMILIHAN SUAMI DAN ISTERI


Kriteria memilih pasangan hidup mestilah selari dengan syariat Islam. Setiap
lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin perlulah memilih pasangan
hidupnya dengan penuh rasa tanggungjawab.

Oleh itu, kedua-dua calon suami-isteri mestilah mengambil langkah-langkah


yang perlu sebelum akad nikah dijalankan. Ini supaya setelah akad nikah
dijalankan, pasangan suami-isteri dapat melangkah dengan penuh yakin bahawa
segala sifat dan kelengkapan yang ada akan membolehkan mereka mencapai
matlamat perkahwinan dan yakin dengan masa depan perkahwinan.

Dalam hal ini, Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap berkaitan
kriteria yang dituntut dalam memilih pasangan hidup. Kriteria dalam pemilihan
bakal suami dan isteri adalah sebagaimana yang akan dibincangkan seterusnya.

2.1.1 Beragama dan Berakhlak Mulia


Mengutamakan calon pasangan hidup yang mengamalkan cara hidup Islam dan
pada masa yang sama mempunyai akhlak yang mulia merupakan kriteria paling
utama dalam pemilihan jodoh. Memilih calon lelaki yang beragama adalah
perkara utama dalam Islam. Ini kerana lelaki merupakan ketua keluarga dan
ditangannya juga terletak kuasa talak. Ini juga merupakan saranan Nabi
Muhammad SAW, baginda bersabda:

‫ﺽ‬
‫ﺿ ْﻮ ﹶﻥ ﺩِﻳَﻨ ُﻪ َﻭﺧُﻠﹸ ﹶﻘﻪُ ﹶﻓ َﺰ ﱢﻭﺟُﻮ ُﻩ ﹺﺇﻟﱠﺎ َﺗ ﹾﻔ َﻌﻠﹸﻮﺍ َﺗ ﹸﻜ ْﻦ ِﻓْﺘَﻨ ﹲﺔ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟﹶﺄ ْﺭ ﹺ‬
َ ‫ﺐ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ﹸﻜ ْﻢ َﻣ ْﻦ َﺗ ْﺮ‬
َ ‫ﹺﺇﺫﹶﺍ َﺧ ﹶﻄ‬
‫ﺾ‬
ٌ ‫َﻭﹶﻓﺴَﺎ ٌﺩ َﻋﺮﹺﻳ‬
Maksud: „Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang
meminang (anak perempuan kamu), hendaklah kamu kahwinkan. Jika tidak
kamu mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar
di atas muka bumi.‰
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  15

Hadis tersebut merupakan panduan kepada para wali dan kaum wanita dalam
memilih bakal suami mereka. Maksud beragama dan berakhlak ialah taat kepada
ajaran agama, mengerjakan amal soleh, menjauhi perkara-perkara yang haram
serta mampu menunaikan segala tanggungjawab rumah tangga.

Untuk mengetahui agama dan akhlak calon suami, salah satu caranya ialah
dengan mengamati kehidupan calon suami sehari-hari dengan cara bertanya
kepada orang-orang dekat dengannya seperti tetangga, sahabat atau saudara
dekatnya.

Begitu juga dalam pemilihan calon isteri. Islam menegaskan calon isteri juga
mestilah yang beragama dan berakhlak mulia. Allah SWT menjelaskan dalam
firman-Nya:

3 öΝä3÷Gt6yfôãr& öθs9uρ 7πx.Îô³•Β ⎯ÏiΒ ×öyz îπoΨÏΒ÷σ•Β ×πtΒV{uρ 4 £⎯ÏΒ÷σム4©®Lym ÏM≈x.Îô³ßϑø9$# (#θßsÅ3Ζs? Ÿωuρ

3 öΝä3t6yfôãr& öθs9uρ 78Îô³•Β ⎯ÏiΒ ×öyz í⎯ÏΒ÷σ•Β Ó‰ö7yès9uρ 4 (#θãΖÏΒ÷σム4©®Lym t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$# (#θßsÅ3Ζè? Ÿωuρ

⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ ß⎦Îi⎫7t ãƒuρ ( ⎯ÏμÏΡøŒÎ*Î/ ÍοtÏøóyϑø9$#uρ Ïπ¨Ψyfø9$# ’n<Î) (#þθããô‰tƒ ª!$#uρ ( Í‘$¨Ζ9$# ’n<Î) tβθããô‰tƒ y7Íׯ≈s9'ρé&

∩⊄⊄⊇∪ tβρã©.x‹tGtƒ öΝßγ¯=yès9 Ĩ$¨Ψ=Ï9

Maksud: „Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka


beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik daripada wanita
musyrik, walaupun ia menarik hatimu ⁄.‰
(Al-Baqarah: 221)

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِ‫ ﻓﹶﺎ ﹾﻇ ﹶﻔ ْﺮ ﺑﹺﺬﹶﺍﺕ‬، ‫ َﻭِﻟﺪِﻳﹺﻨﻬَﺎ‬، ‫ﺠﻤَﺎِﻟﻬَﺎ‬


َ ‫ َﻭِﻟ‬، ‫ ﻭَﻟِﺤَﺴَﺒﹺﻬَﺎ‬، ‫ ِﻟﻤَﺎِﻟﻬَﺎ‬: ‫ﺗُْﻨ ﹶﻜﺢُ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺮﹶﺃﺓﹸ ِﻟﹶﺄ ْﺭَﺑ ﹴﻊ‬
َ‫ﺖ ﻳَﺪَﺍﻙ‬ ْ ‫ﺍﻟﺪﱢﻳ ﹺﻦ َﺗ ﹺﺮَﺑ‬
Maksud: „Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara
iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka
utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya
sejahtera hidupmu‰.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

Secara umum hadis tersebut menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang


biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang
kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik adalah pakej lengkap menjadi faktor
utama bagi kaum lelaki untuk mengahwininya. Namun yang lebih penting,
hadis tersebut menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang
memiliki ciri-ciri „kuat penghayatan dan amalan agamanya‰. Ini disebabkan
wanita yang melaksanakan segala ajaran agama dalam kehidupan seharian
mampu memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan
hidup berumah tangga.

Imam al-Nawawi dalam karangannya Syarah Sahih Muslim menjelaskan


maksud hadis ini bahawa kebiasaan manusia merujuk kepada empat perkara ini
semasa memilih calon isteri. Mereka menjadikan ciri beragama sebagai pilihan
terakhir. Imam al-Nawawi menegaskan lagi bahawa suami yang mendapat
petunjuk akan memilih isteri yang beragama kerana ini merupakan perintah
daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama akan berusaha dengan ilmu tersebut
agar menjadi wanita yang solehah dan taat pada perintah Allah SWT. Wanita
yang solehah akan dipelihara oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

‫ﻆ ﺍﻟﹶّﻠ ُﻪ‬
‫ﺐ ﹺﺑﻤَﺎ َﺣ ِﻔ ﹶ‬
‫ﺕ ِﻟ ﹾﻠ َﻐْﻴ ﹺ‬
ٌ ‫ﻓﹶﺎﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺎﺕُ ﻗﹶﺎﻧﹺﺘَﺎﺕٌ ﺣَﺎِﻓﻈﹶﺎ‬
Maksud: „Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama,
dengan pemeliharaan Allah.‰
(Al-NisaÊ: 34)

Ayat di atas menjelaskan kedudukan sebenar wanita solehah. Wanita solehah


sentiasa taat kepada perintah Allah SWT dan apabila berkahwin akan taat
kepada suaminya serta pandai menjaga diri. Wanita solehah juga adalah sebaik-
baik perhiasan dunia bagi seorang lelaki sebagaimana hadis dari Abdullah bin
Amrin, Nabi SAW bersabda:

‫ﺤﺔﹸ‬
َ ‫ﻉ ﺍﻟ ﱡﺪْﻧﻴَﺎ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺮﹶﺃﺓﹸ ﺍﻟﺼﱠﺎِﻟ‬
‫ﻉ َﻭ َﺧْﻴﺮُ َﻣﺘَﺎ ﹺ‬
ٌ ‫ﺍﻟ ﱡﺪْﻧﻴَﺎ َﻣﺘَﺎ‬
Maksud: „Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah
wanita solehah.‰
(Hadis riwayat Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  17

Dalil al-Quran dan hadis di atas memberi panduan yang jelas bagi kedua-dua
pasangan hidup bahawa mereka amat memerlukan pasangan yang beragama.

(a) Pemilihan Calon Suami dan Isteri Masa Kini


Lelaki pilihan menurut Islam ialah yang baik agama dan akhlaknya.
Kriteria ini mesti diutamakan dalam memilih bakal suami sebelum dilihat
atau dipilih dari sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Ini
kerana realiti hidup hari ini menunjukkan seseorang yang tidak beragama
akan menghabiskan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, dadah,
minuman keras, berkunjung ke tempat maksiat, berfoya-foya dan
sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Ini
menyebabkan isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
suami terhadap keluarga dan anak-anak diabaikan. Suami yang
mengabaikan ajaran agama akan mengundang murka Allah SWT dan
kesannya akan jauh dari rahmat dan keberkatan hidup berumah tangga.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan
yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan
„ikatan sosial‰ yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti
pertalian jiwa, kasih-sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, keturunan,
hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Pemilihan calon suami dan isteri yang beragama dan berakhlak akan
mendapat rahmat dan bantuan daripada Allah SWT sebagaimana firman-
Nya yang bermaksud:

(#θçΡθä3tƒ βÎ) 4 öΝà6Í←!$tΒÎ)uρ ö/ä.ÏŠ$t6Ïã ô⎯ÏΒ t⎦⎫ÅsÎ=≈¢Á9$#uρ óΟä3ΖÏΒ 4‘yϑ≈tƒF{$# (#θßsÅ3Ρr&uρ

∩⊂⊄∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 3 ⎯Ï&Î#ôÒùs ⎯ÏΒ ª!$# ãΝÎγÏΨøóムu™!#ts)èù

Maksud: „Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)


dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui‰.
(Al-Nur: 32)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

(b) Peranan Ibu Bapa


Bagaimana pula dengan peranan ibu dan bapa? Dalam hal ini, sudah
menjadi kewajipan ibu dan bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak mereka semasa mencari pasangan hidup. Perkara ini lebih
ditekankan bagi anak-anak perempuan supaya mencari bakal suami dari
kalangan lelaki yang berakhlak mulia dan taat pada ajaran agama.

2.1.2 Keturunan
Memilih pasangan hidup dari asal keturunan dan benih yang baik merupakan
salah satu daripada tuntutan agama. Dalam hadis dari Abu Hurairah seperti
yang dibincangkan sebelum ini, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa
antara faktor pemilihan perempuan untuk dikahwini adalah kerana
„keturunannya‰ (‫سبِھَا‬ )
َ ‫ لِ َح‬. Termasuk dalam kategori keturunan adalah
kedudukan (status sosial) perempuan tersebut serta keluarganya. Keturunan
atau „hasab‰ di sini bermaksud perempuan tersebut berasal dari keturunan yang
mulia dan baik amalan agamanya. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai
status sosial yang tinggi atau kedudukan yang berpengaruh maka ketika ini juga
dinamakan „hasab‰. Maka yang terbaik adalah dari kalangan yang mempunyai
susur galur beragama dan mempunyai kedudukan serta pangkat dalam
masyarakat. Namun sekiranya status beragama dan pangkat bercanggah maka
keturunan beragama didahulukan.

Anda perlu ketahui memilih bakal isteri dari keturunan yang baik dan mulia
juga mempunyai kaitan dalam pembentukan individu. Ini kerana zuriat yang
bakal dilahirkan mempunyai kaitan dengan faktor genetik, persekitaran
keluarga, pendidikan, dan lain-lain. Faktor genetik dan persekitaran memainkan
peranan penting dalam pembentukan fizikal dan mental kanak-kanak.
Seseorang yang dilahirkan dari keturunan yang mulia dan baik berkemungkinan
besar mempunyai pergaulan yang baik dan mampu melahirkan generasi yang
berakhlak mulia. Mereka akan menghormati pengorbanan dan kasih-sayang
pasangannya dan tidak berlaku zalim sekiranya dia dalam keadaan tidak
berpuas hati atau marah.

2.1.3 Penyayang dan Ramai Anak


Ini bermaksud perempuan yang bersifat penyayang dan berasal dari keluarga
yang mempunyai ramai anak atau subur. Bagaimana boleh diketahui sama ada
subur atau tidak? Kesuburan seseorang perempuan boleh diketahui dengan
melihat kepada ahli keluarganya seperti adik-beradik perempuan, ibu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  19

saudaranya, dan sebagainya. Lelaki yang berpotensi mempunyai ramai anak


juga dapat diketahui dengan melihat kepada keluarganya.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada seorang lelaki yang
meminta nasihat daripada baginda ketika ia ingin mengahwini seorang gadis
yang berkedudukan mulia dan cantik, namun tidak mampu melahirkan anak.
Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab: „Tidak‰. Namun lelaki tersebut tetap
bertanya sehingga tiga kali. Akhirnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫َﺗ َﺰ ﱠﻭﺟُﻮﺍ ﺍﹾﻟ َﻮﺩُﻭ َﺩ ﺍﻟﹾﻮَﻟﹸﻮﺩَ ﻓﹶﺈﹺﻧﱢﻲ ﻣُﻜﹶﺎﺛِﺮٌ ﹺﺑ ﹸﻜ ْﻢ ﺍ ُﻷ َﻣ ﹺﻢ‬


Maksud: „Kahwinilah perempuan penyayang dan ramai anak (subur) kerana
aku berbangga dengan umat yang ramai (pada hari akhirat nanti).‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Perkataan al-wadud (‫ ) ْال َودُو َد‬dalam hadis di atas bererti yang penyayang atau
penuh kecintaan. Ini bermaksud perempuan yang mempunyai banyak sifat
kebaikan sehingga membuat lelaki berkeinginan untuk mengahwininya. Juga
bermaksud wanita yang kasih kepada suaminya dengan akhlak yang mulia serta
mempunyai kata-kata dan tingkah laku yang baik. Manakala al-walud (‫)ال َولُو َد‬ ْ
pula bermaksud perempuan yang berkeinginan melahirkan anak atau zuriat
yang ramai.

Fenomena yang berlaku hari ini terdapat kalangan pengantin baru yang berasal
dari keturunan ramai anak namun mereka merancang untuk mendapat hanya
dua atau tiga orang anak sahaja tanpa sebarang kelonggaran syarak. Alasan
mereka adalah tidak mampu untuk mendidik anak yang ramai dan untuk
menjaga kesihatan tubuh badan. Maka ini tidak lagi dianggap sebagai subur
kerana perancangan tersebut.

2.1.4 Mengutamakan Orang Jauh (Dari Kekerabatan)


dalam Perkahwinan
Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan fizikal anak keturunan daripada
penyakit-penyakit yang menular secara genetik atau keturunan. Ini juga bagi
menjamin zuriat yang dilahirkan membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak
mewarisi kecacatan kedua-dua orang tua dan juga keturunannya.

Di samping itu juga untuk memperluas pertalian kekeluargaan dan mempererat


ikatan sosial. Dengan mengutamakan orang jauh, maka akan bertambahlah
kenalan baru dan meramaikan lagi kaum kerabat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

2.1.5 Sekufu
Sekufu bermaksud mempunyai persamaan antara calon suami dan isteri. Sekufu
dalam mencari calon suami atau isteri merupakan saranan Nabi Muhammad
SAW. Dalam satu hadis daripada AÊisyah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

  ‫ﺨﱠﻴﺮُﻭﺍ ِﻟﻨُ ﹶﻄ ِﻔﻜﹸ ْﻢ ﻭَﺍﻧْ ِﻜﺤُﻮﺍ ﺍﹾﻟﹶﺄ ﹾﻛﻔﹶﺎ َﺀ َﻭﺍﻧْ ِﻜﺤُﻮﺍ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ﹺﻬ ْﻢ‬
َ ‫َﺗ‬
Maksud:„Pilihlah bagi anak-anak perempuan kamu dan kahwinkanlah mereka
dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.‰

(Hadis riwayat Hakim)

Sekufu dalam perkahwinan dapat dilihat dari beberapa sudut iaitu:

(a) Beragama dan Baik


Ini bermaksud lelaki yang fasik tidak sekufu dengan perempuan yang
solehah. Dalil perlunya sekufu diberi perhatian berdasarkan firman Allah
SWT:

ْ ‫ﹶﺃﹶﻓ َﻤ ْﻦ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ُﻣ ْﺆ ِﻣﻨًﺎ ﹶﻛ َﻤ ْﻦ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﻓﹶﺎﺳِﻘﹰﺎ ۚ◌ ﻟﹶﺎ َﻳ‬


﴾١٨﴿ ‫ﺴَﺘﻮُﻭ ﹶﻥ‬
Maksud: „(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama
seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima
balasan).‰
(Al-Sajadah: 18)

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang yang beriman tidak akan sama
dengan yang fasik. Oleh itu mestilah memilih yang beriman juga. Ini
adalah prinsip sekufu.

(b) Pekerjaan
Lelaki yang mempunyai pekerjaan yang rendah seperti kerani am,
pengawal keselamatan, tukang kebun, petani tidak sama taraf dengan anak
perempuan ulama, hakim, kadi dan tokoh korporat.

(c) Tidak Mempunyai Kecacatan


Kecacatan boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contohnya lelaki yang sawan, gila, HIV/Aids dan berpenyakit berjangkit
tidak sama dengan perempuan yang tidak mempunyai penyakit tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  21

Bagi wali pula, memilih pasangan yang terbaik bagi mengahwinkan anaknya
mestilah melibatkan hal agama dan akhlak. Secara umum, sekufu adalah hak
perempuan dan walinya. Walaupun ia bukan syarat sah perkahwinan, ia perlu
ada bagi mengelakkan wanita dan wali menanggung malu. Ia juga sebagai satu
jaminan untuk kekalnya kehidupan bersuami isteri kerana cara hidup kedua-
duanya hampir sama. Namun yang paling utama adalah sekufu dari segi
amalan agama.

Namun begitu, wanita dan walinya boleh meninggalkan syarat ini jika seseorang
wanita dikahwinkan oleh walinya dengan keredhaannya dengan seorang yang
tidak sekufu dengannya, nikahnya tetap sah.

2.1.6 Perawan
Perawan atau anak dara (masih gadis) merupakan antara saranan Rasulullah
SAW kepada para sahabatnya. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW,
sabdanya:

‫ﺴ ﹺﲑ‬
ِ ‫َﻋﹶﻠْﻴ ﹸﻜ ْﻢ ﺑﹺﺎﻟﹾﹶﺄﺑْﻜﹶﺎ ﹺﺭ ﹶﻓﹺﺈﻧﱠ ُﻬﻦﱠ ﹶﺃ ْﻋ ﹶﺬﺏُ ﹶﺃ ﹾﻓﻮَﺍﻫًﺎ َﻭﹶﺃﻧَْﺘﻖُ ﹶﺃ ْﺭﺣَﺎﻣًﺎ َﻭﹶﺃ ْﺭﺿَﻰ ﺑﹺﺎﹾﻟَﻴ‬
Maksud: „Hendaklah kamu berkahwin dengan anak-anak dara. Sesungguhnya
mereka bercakap dengan lembut, rahim lebih subur serta lebih redha dengan
yang sedikit (apa yang ada).‰
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis di atas menjelaskan bahawa anak dara belum pernah bergaul dan
berkahwin dengan mana-mana lelaki. Maka biasanya sifat kasar mereka itu
kurang. Anak dara juga mempunyai peluang memperoleh anak yang ramai
disebabkan ia lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran
sebelumnya yang mungkin menghalangnya untuk terus melahirkan anak. Juga
ia lebih redha dengan yang sedikit dari sudut pemberian lelaki atau kepuasan
hubungan seksual. Ini kerana mereka belum ada pengalaman perkahwinan
untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumah tangga lebih
bahagia dan mesra.

Dalam hal ini, bagi pemuda yang belum pernah berkahwin, Nabi Muhammad
SAW menggalakkan memilih calon isteri yang masih gadis. Ini bertujuan supaya
mencapai hikmah dan manfaat perkahwinan secara sempurna. Di antara
manfaat tersebut adalah memelihara keluarga dari hal-hal yang boleh
menyusahkan kehidupan suami, menjerumus ke dalam pelbagai perselisihan,
menyebarkan kesulitan dan permusuhan. Pada waktu yang sama akan
mengeratkan tali cinta dan kasih-sayang suami isteri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

Namun begitu, terdapat dalam keadaan tertentu janda lebih baik daripada anak
dara. Ini adalah seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan dan amalan
agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa
kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara
dengan kekuatan agamanya. Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan
kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Sebagai contoh,
seorang lelaki yang inginkan wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan
lebih dapat menjaga anak-anaknya. Begitu juga dalam kes maslahat tertentu
seperti mempunyai adik-beradik atau anak yang ramai.

Keadaan ini dapat difahami dari satu hadis apabila baginda SAW bertanya
kepada Jabir bin Abdullah r.a. yang telah berkahwin dengan seorang janda. Jabir
r.a. menceritakan, maksudnya:

„Rasulullah SAW telah bertanya kepadaku: „Engkau telah berkahwin (wahai


Jabir)?‰ Jawabku: Ya! Baginda bertanya: „Anak dara atau janda?‰ Jawabku:
„Janda‰. Sabda Baginda: „Mengapa tidak anak dara, engkau bermain
dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia
menjadikanmu ketawa‰. Aku berkata kepada baginda: „Sesungguhnya Abdullah
telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka mendatangkan
kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan
seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka.‰ Baginda
bersabda: „Semoga Allah memberkatimu‰ atau baginda menyebut sesuatu yang
baik.‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini disebabkan Jabir mempunyai adik-beradik perempuan yang ramai iaitu


sekitar tujuh orang atau lebih. Ia berasa adalah lebih baik baginya berkahwin
dengan wanita yang lebih matang dan mempunyai pengalaman dalam urusan
rumah tangga. Juga supaya adik-adiknya lebih menghormati isterinya
disebabkan perbezaan umur.

AKTIVITI 2.2
Lelaki yang sederhana kehidupannya tetapi berakhlak mulia serta taat
melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah
sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar) kepada
suruhan Allah SWT walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah
miskin. Apa pandangan anda? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  23

2.2 PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI


Seterusnya kita akan membincangkan perkara yang berkaitan kategori
perempuan yang akan dikahwini oleh seseorang lelaki. Anda perlu ketahui
dalam memilih calon isteri bukanlah semua perempuan itu boleh dikahwini.
Islam menetapkan garis panduan yang jelas tentang kategori perempuan yang
halal dikahwini dan yang haram dikahwini. Ini berdasarkan dalil-dalil dari al-
Quran sebagaimana berikut:

tβ$Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 y#n=™


y ô‰s% $tΒ ωÎ) Ï™!$|¡ÏiΨ9$# š∅ÏiΒ Νà2äτ!$t/#u™ yxs3tΡ $tΒ (#θßsÅ3Ζs? Ÿωuρ

∩⊄⊄∪ ¸ξ‹Î6y™ u™!$y™uρ $\Fø)tΒuρ Zπt±Ås≈sù


Maksud: „Dan janganlah kamu kahwini (wanita-wanita) yang telah
diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang
lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci
(oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam
perkahwinan).‰
(Al-NisaÊ: 22)

Juga firman-Nya:

ßN$oΨt/uρ öΝä3çG≈n=≈yzuρ öΝä3çG≈£ϑtãρu öΝà6è?≡uθyzr&uρ öΝä3è?$oΨt/uρ öΝä3çG≈yγ¨Βé& öΝà6ø‹n=tã ôMtΒÌhãm

Ïπyè≈|ʧ9$# š∅ÏiΒ Νà6è?≡uθyzr&uρ öΝä3oΨ÷è|Êö‘r& û©ÉL≈©9$# ãΝà6çF≈yγ¨Βé&uρ ÏM÷zW{$# ßN$oΨt/uρ ˈF{$#

£⎯ÎγÎ/ ΟçFù=z
y yŠ ©ÉL≈©9$# ãΝä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏiΒ Νà2Í‘θàfãm ’Îû ©ÉL≈©9$# ãΝà6ç6Íׯ≈t/u‘uρ öΝä3Í←!$|¡ÎΣ àM≈yγ¨Βé&uρ

ô⎯ÏΒ t⎦⎪É‹©9$# ãΝà6Í←!$oΨö/r& ã≅Íׯ≈n=ymuρ öΝà6ø‹n=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù  ∅ÎγÎ/ ΟçFù=yzyŠ (#θçΡθä3s? öΝ©9 βÎ*sù

#Y‘θàxî tβ%x. ©!$# χÎ) 3 y#=n ™


y ô‰s% $tΒ ωÎ) È⎦÷⎫tG÷zW{$# š⎥÷⎫t/ (#θãèyϑôfs? βr&uρ öΝà6Î7≈n=ô¹r&

∩⊄⊂∪ $VϑŠÏm§‘

Maksud: „Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita


berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara
bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-
anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam


pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu
belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas
isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan
dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.‰
(Al-NisaÊ: 23)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, perempuan-perempuan yang haram dikahwini


itu terbahagi kepada dua bahagian sebagaimana Rajah 2.1 berikut:

Rajah 2.1: Kategori wanita yang haram dikahwini oleh lelaki

2.2.1 Kategori Haram Selamanya


Sebab-sebab wanita haram dikahwini oleh lelaki selamanya ialah:

(a) Haram dengan sebab keturunan;


(b) Haram dengan sebab susuan; dan
(c) Haram dengan sebab perkahwinan (musyaharah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  25

Mari kita lihat penjelasan secara terperinci berikut:

(a) Haram dengan Sebab Keturunan


Perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki dengan sebab
keturunan adalah sebagaimana berikut:
(i) Ibu dan nenek sebelah ibu dan juga nenek sebelah bapa hingga ke
atas;
(ii) Anak dan cucu perempuan hingga ke bawah (cicit dan seterusnya);
(iii) Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja;
(iv) Ibu saudara sebelah bapa (adik-beradik perempuan sebelah bapa)
hingga ke atas;
(v) Ibu saudara sebelah ibu (adik-beradik perempuan sebelah ibu) hingga
ke atas;
(vi) Anak saudara perempuan dari adik-beradik lelaki seibu sebapa atau
sebapa atau seibu hingga ke bawah; dan
(vii) Anak saudara perempuan dari adik-beradik perempuan yang seibu
sebapa, atau sebapa atau seibu hingga ke bawah.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

„Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak


saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari
saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu‰.

(Al-Nisa': 22)

(b) Haram dengan Sebab Susuan


Perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki dengan sebab
susuan pula adalah sebagaimana berikut:
(i) Ibu yang menyusukan (ibu susuan);
(ii) Adik-beradik perempuan susuan. Haram bagi seorang lelaki
berkahwin dengan adik-beradik perempuan yang menyusukannya
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (diharamkan kamu berkahwin dengan) ibu-ibu yang


menyusukan kamu dan saudara- saudara kamu sepersusuan";

(Al-Nisa': 23)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

(iii) Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki susuan;


(iv) Anak perempuan kepada adik-beradik perempuan susuan;
(v) Ibu saudara susuan, iaitu adik-beradik susuan dengan bapa lelaki
susuan;
(vi) Ibu saudara susuan, iaitu adik-beradik susuan dengan ibu susuan; dan
(vii) Anak perempuan susuan, iaitu perempuan yang menyusu dengan
isteri seseorang lelaki (bapa susuan).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Sesungguhnya penyusuan itu mengharamkan apa yang diharamkan oleh


kelahiran.‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama


dengan mereka yang haram dengan sebab keturunan.

Begitu juga dengan seseorang perempuan. Dia diharamkan berkahwin


dengan bapa susuan, anak susuan, adik-beradik susuan, anak saudara
susuan, adik-beradik susuan bapanya dan adik-beradik susuan ibunya.

(c) Haram dengan Sebab Perkahwinan


Perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki dengan sebab
perkahwinan atau musyaharah pula adalah sebagaimana berikut:
(i) Isteri bapa, ibu tiri, isteri datuk, nenek tiri sebelah bapa dan isteri
datuk sebelah ibu. Mereka diistilahkan sebagai isteri-isteri usul;
(ii) Isteri anak (menantu), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki, isteri cucu
lelaki sebelah anak perempuan dan begitulah seterusnya yang lain.
Mereka diistilahkan sebagai isteri-isteri furuÊ;
(iii) Ibu mertua; dan
(iv) Anak perempuan kepada isteri (anak tiri). Anak tersebut diharamkan
berkahwin dengan bapa tiri selepas bapa tiri bersetubuh dengan
ibunya. Begitu juga seorang wanita diharamkan berkahwin dengan
bapa tiri, suami anak perempuan, menantu, anak tiri serta mertuanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  27

Perhatian: Ketiga-tiga golongan yang disebutkan di atas (a, b dan c) haram


dikahwini sebaik sahaja berlangsungnya akad nikah. Ini sama ada berlaku
persetubuhan selepas akad atau tidak. Sekiranya akad nikah dengan salah
seorang daripada golongan tersebut dilangsungkan, akadnya adalah terbatal.

2.2.2 Kategori Haram untuk Sementara Waktu


Bagi kategori ini iaitu perempuan yang haram dikahwini sementara waktu
disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Jika halangan tersebut hilang,
perempuan itu boleh dikahwini oleh seseorang lelaki. Namun jika akad nikah
berlaku sebelum halangan tersebut hilang maka akadnya batal.

Penjelasan terperinci tentang perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang


lelaki untuk sementara waktu adalah sebagaimana berikut:

(a) Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekaligus. Sama ada dua
beradik keturunan atau sesusuan. Juga sama ada akad dijalankan serentak
atau pada waktu yang berbeza;

(b) Memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau
ibu saudara sebelah bapanya, atau memadukan seorang perempuan
dengan anak perempuan kepada adik-beradik perempuannya, atau anak
perempuan kepada adik-beradik lelakinya, atau memadukan seorang
perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya atau anak
perempuan kepada anak perempuannya;

(c) Berkahwin dengan lebih daripada empat orang perempuan dalam satu
masa;

(d) Perempuan kafir yang menyembah berhala. Ini tidak termasuk ahli kitab.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yangt bermaksud:

„Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir


musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan
sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik
daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati
kamu...;‰
(Al-Baqarah: 221)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

(e) Perempuan yang sudah berkahwin (mempunyai suami);

(f) Perempuan yang masih dalam edah, sama ada edah diceraikan atau
kematian suami;

(g) Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga. Haram bagi bekas suaminya
mengahwininya semula hingga dia berkahwin dengan lelaki lain serta
melakukan hubungan kelamin dan edahnya selesai. Jika perkara ini
berlaku, suami pertama diharuskan mengahwini bekas isterinya dengan
mengadakan akad yang baru.

Peringatan:
(a) Perempuan Islam diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam
walau apapun jenis agamanya. Ini kerana suami berkuasa ke atas isteri
sedangkan seorang kafir tidak boleh menguasai orang Islam. Di
samping itu seorang kafir juga tidak boleh menjamin keselamatan
agama perempuan itu kerana beliau tidak beriman.
(b) Lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan perempuan Yahudi atau
Nasrani/ Kristian kerana boleh jadi perkahwinan itu menyebabkan
perempuan itu serta kaum keluarganya memeluk Islam serta mencintai
Islam.

2.3 HUKUM MELIHAT BAKAL ISTERI


Di antara perkara sunat yang dianjurkan oleh Islam bagi lelaki yang ingin
berkahwin ialah melihat perempuan yang ingin dikahwininya. Bagi seseorang
lelaki yang benar-benar berniat untuk mengahwini seseorang gadis, syarak
membenarkannya melihat tanpa meminta kebenaran dan pengetahuannya
supaya ia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan berhias maka tujuan
melihat tidak akan tercapai.

Bagaimanakah cara melihat bakal tunang menurut syarak? Dalam hal ini Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada Mughirah bin SyuÊbah sewaktu ia berazam
untuk meminang seorang wanita, kata baginda:

‫ﺍْﻧ ﹸﻈ ْﺮ ﹺﺇﹶﻟْﻴﻬَﺎ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻪُ ﺃﹶﺣْﺮَﻯ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻳُ ْﺆ َﺩ َﻡ َﺑْﻴَﻨ ﹸﻜﻤَﺎ‬


Maksud: „Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih-sayang di
antara kamu berdua.‰
(Hadis riwayat Tirmizi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  29

Yang dimaksudkan dengan mengekalkan kasih-sayang dalam hadis tersebut


ialah berkekalan sifat kasih dan sayang (mawaddah) di antara kedua-duanya
selamanya.

Dalam hadis yang lain dari Jabir bin Abdullah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ﻉ ﹶﺃ ﹾﻥ َﻳْﻨﻈﹸ َﺮ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﻣَﺎ َﻳ ْﺪﻋُﻮ ُﻩ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﹺﻧ ﹶﻜﺎ ِﺣﻬَﺎ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴ ﹾﻔ َﻌ ﹾﻞ‬


َ ‫ﺐ ﹶﺃ َﺣﺪُﻛﹸﻢْ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺮﹶﺃ ﹶﺓ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ﺍ ْﺳَﺘﻄﹶﺎ‬
َ ‫ﹺﺇﺫﹶﺍ َﺧ ﹶﻄ‬
Maksud: „Apabila salah seorang di antara kamu meminang seorang wanita, jika
ia mampu untuk melihat sesuatu yang mendorongnya untuk menikahinya
hendaknya ia melakukannya.‰
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Menurut majoriti ulama, iaitu dari mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie
mereka membenarkan bagi seseorang lelaki melihat wajah dan dua tapak tangan
wanita sahaja. Menurut mazhab Abu Hanifah ditambah juga dua tapak kaki.
Bahkan mazhab Hambali membenarkan melihat wajah, dua tapak tangan,
kepala, tengkok dan dua tapak kaki sekiranya ia berazam untuk meminang.

2.4 PEMINANGAN
Meminang atau al-khitbah ă ( ‫ﳋ ﹾﻄﺒَﺔ‬
ِ ‫)ﺍ‬
dalam Bahasa Arab merupakan salah satu
daripada syariat Islam. Meminang atau digunakan juga istilah bertunang
merupakan mukadimah atau permulaan kepada perkahwinan (al-zawaj ă
‫ﺝ‬
ُ ‫ﺍﻟـ ﱠﺰﻭَﺍ‬
) atau pernikahan. Meminang bermaksud seseorang lelaki menyatakan
keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya.
Hikmahnya adalah untuk memberi peluang berkenal-kenalan dengan pasangan
masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.

Hukum meminang adalah harus dan merupakan salah satu perbuatan yang
disunatkan dalam mazhab Syafie. Persoalannya bilakah peminangan dihalalkan
dan bila pula diharamkan? Jawapan dan keterangan boleh dilihat sebagaimana
berikut:

(a) Peminangan yang dihalalkan syarak:


(i) Dihalalkan secara terus terang atau simbolik. Iaitu bagi perempuan
bukan isteri orang, tidak berada dalam edah, bukan perempuan yang
haram dikahwini; dan
(ii) Dihalalkan secara simbolik. Perempuan yang berada dalam edah
kematian suami dan talak baÊin kubra (talak tiga).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

(b) Peminangan yang diharamkan syarak:


(i) Seseorang wanita statusnya isteri seseorang;
(ii) Wanita yang telah diceraikan atau kematian suaminya, namun masih
dalam masa edah; dan
(iii) Seseorang wanita yang telah dipinang lelaki lain meskipun belum
memberi jawapan.

AKTIVITI 2.3
Fenomena berdua-duaan dan bergaul tanpa batasan syarak selepas
bertunang sudah menjadi budaya dalam masyarakat Islam Malaysia
sekarang ini. Analisis bagaimana pandangan Islam dalam isu ini serta
cadangkan mekanisma terbaik menjaga batasan hubungan antara
pasangan selepas bertunang.

2.4.1 Isu Wanita Melamar Lelaki


Bagaimana pula kedudukannya seorang wanita melamar seorang lelaki sebagai
calon suaminya? Dalam hal ini, Islam sangat menjunjung tinggi hak wanita. Bagi
wanita yang mendapati lelaki tertentu yang baik amalan agama dan akhlaknya,
maka dia berhak untuk melamar lelaki yang disukainya itu. Seseorang wanita itu
tidak hanya berhak dilamar tetapi juga berhak untuk melamar.

Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW sendiri,
baginda telah dilamar oleh Khadijah r.a. Ini juga amalan sesetengah sahabat di
kota Madinah sebagaimana diceritakan oleh Thabit, ia berkata:

„Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang
anak perempuannya. Lalu Anas berkata: „Datanglah seorang perempuan kepada
Nabi Muhammad SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada baginda, kemudian
perempuan itu berkata: „Wahai Rasulullah mahukah tuan mengambil diriku?
Kemudian anak perempuan Anas mencelah: „Betapa tidak malunya perempuan
itu!‰ Lalu Anas menjawab: „Perempuan itu lebih baik daripada kamu‰. Ia
menginginkan Rasulullah, kerana itu ia menawarkan dirinya kepada baginda‰.

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP  31

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah wanita yang baik akhlaknya berhak melamar
lelaki yang juga baik akhlaknya berdasarkan pemerhatiannya seharian. Ini boleh
menjamin amalan agamanya dan keharmonian kehidupan berkeluarga. Namun
segalanya bergantung kepada niat ikhlas wanita serta keizinan wali.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Jelaskan empat kriteria utama pemilihan calon isteri dan suami.
2. Kategorikan perempuan yang haram dikahwini selamanya dan
sementara waktu sahaja.
3. Huraikan tiga hikmah di sebalik pengharaman berkahwin
dengan wanita tertentu.
4. Terangkan hukum peminangan dan melihat bakal isteri dalam
Islam.

Ć Perkahwinan merupakan salah satu daripada ajaran Islam yang mulia.

Ć Pemilihan bakal suami dan isteri mestilah berdasarkan kepada faktor agama,
akhlak mulia, keturunan mulia, penyayang, ramai anak, bukan kaum kerabat
terdekat, sekufu dan perawan.

Ć Islam menjelaskan kategori perempuan yang haram dikahwini selamanya


dan sementara waktu sahaja.

Ć Melihat bakal isteri dalam lingkungan syarak adalah diharuskan.

Ć Peminangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad SAW dan sebagai tanda
serius ingin melangsungkan perkahwinan.

Ć Islam menetapkan garis panduan tertentu antara bakal suami dan isteri
semasa dalam status pertunangan.

Ć Harus bagi wanita melamar lelaki yang baik agama dan akhlaknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 MEMILIH PASANGAN HIDUP

Haram selamanya Musyaharah


Haram sementara Nasab
Hasab Sakinah
Khitbah Wadud
Mawaddah Wali
Meminang Walud

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The family structure in Islam. USA: American
Trust Publication.

Al-Khin, Mustofa; Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab fikah Mazhab Syafie, menghuraikan bab undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Al-Nawawi, Mahyuddin Zakaria bin Syaraf. (1994). Sahih Muslim bi Syarh


al-Nawawi. Jilid 10. Beirut: Dar al-Khair.

Al-SanÊani, Muhammad bin Ismail. (1987). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram
min JamÊie Adillati al-Ahkam. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah kahwin. Gombak: Darul Makrifah.

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php (8/10/2012)

http://hadith.al-islam.com/Loader (10/10/2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Rukun dan
3 Syarat Nikah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengelaskan rukun serta syarat nikah;
2. Menghurai urutan wali dan hikmah adanya wali mujbir dalam
pernikahan;
3. Mengenal pasti hukum dan dalil disyariatkan mas kahwin;
4. Membezakan antara mahar musamma dan mahar mithil dalam
pernikahan; dan
5. Menyatakan tujuan dan kadar mutaah.

 PENGENALAN
Perkahwinan dalam Islam adalah suatu yang suci. Oleh kerana itu Islam
menetapkan setiap perkahwinan mestilah melalui satu proses yang teliti dan
bersih. Perkahwinan seseorang itu akan dikira sah setelah cukup rukun dan
syaratnya. Memenuhi rukun dan syarat berkahwin dalam membina sebuah
rumahtangga merupakan satu kewajipan dalam Islam.

Anda perlu ketahui bahawa rukun dan syarat menentukan kedudukan hukum
sesuatu perbuatan, terutama yang berkaitan dengan sah atau tidaknya sesuatu
perbuatan tersebut. Begitu juga dengan perkahwinan, apabila memenuhi rukun
dan syaratnya maka perkahwinan atau pernikahan tersebut dikira sah dari segi
syarak. Sebaliknya sesuatu pernikahan tidak sah apabila kedua-duanya tiada
atau tidak lengkap. Topik 3 akan membincangkan rukun serta syarat nikah,
status wali dalam perkahwinan, mas kahwin dan jenisnya serta mutaah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

AKTIVITI 3.1

Anda dikehendaki menganalisis dan membandingkan rukun dan


syarat nikah menurut empat mazhab yang utama dalam Islam.

3.1 RUKUN-RUKUN DAN SYARAT NIKAH


Dalam Islam, apabila seseorang itu ingin melangsungkan pernikahan, maka ia
mestilah memenuhi lima rukun utama iaitu:
(a) Lelaki (calon suami);
(b) Perempuan (calon isteri);
(c) Wali;
(d) Dua orang saksi; dan
(e) Sighah (ijab dan kabul)

Secara terperinci bagi setiap rukun di atas dan syarat-syaratnya akan dikupas
dalam perbincangan seterusnya.

3.1.1 Rukun Pertama: Lelaki iaitu Calon Suami


Fuqahak telah menetapkan beberapa syarat tertentu bagi rukun pertama ini.

Antara syarat-syarat bagi lelaki atau calon suami adalah:


(a) Mestilah beragama Islam;
(b) Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwininya (bakal
isterinya);
(c) Tertentu, iaitu dikenal pasti secara jelas calon suami;
(d) Tidak beristeri empat;
(e) Tidak dipaksa;
(f) Tidak berada dalam ihram haji atau umrah; dan
(g) Nyata benar-benar lelaki, iaitu bukan khunsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  35

Rajah 3.1 merupakan calon suami sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Rajah 3.1: Seorang bakal suami sebelum majlis akad nikah dijalankan
Sumber: http://ananamri.com

Apa yang dimaksudkan dengan bukan mahram dalam syarat tersebut adalah
wanita yang akan dinikahi tidak termasuk dalam kategori orang yang haram
dinikahi oleh lelaki. Ini sama ada kerana mempunyai hubungan nasab
(keturunan) atau hubungan penyusuan (Said Ibrahim, 2001).

3.1.2 Rukun Kedua: Perempuan iaitu Calon Isteri


Fuqahak juga telah menetapkan beberapa syarat tertentu bagi rukun kedua ini
untuk menjadikan sesuatu perkahwinan itu sah. Antara syarat-syarat bagi
perempuan atau calon isteri adalah:
(a) Bukan mahram dengan lelaki yang akan dikahwininya (bakal suami);
(b) Bukan isteri orang;
(c) Tertentu, iaitu dikenal pasti secara yakin calon isteri;
(d) Tidak dalam idah dari suami lain;
(e) Beragama Islam atau kitabiah;
(f) Tidak dalam ihram haji atau umrah; dan
(g) Nyata perempuan, bukan khunsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Rajah 3.2 merupakan calon isteri yang menjadi dambaan seorang suami.

Rajah 3.2: Antara wanita yang bakal menjadi calon isteri


Sumber: http://pakarcinta.com

Apa yang dimaksudkan dengan lelaki atau perempuan tertentu bagi rukun
pertama dan kedua adalah: Kepastian siapa mempelai lelaki dan siapa
mempelai wanita. Kepastian ini sama ada dengan menyebutkan nama atau
sifatnya yang khusus atau melalui bahasa isyarat atau dengan isyarat tangan
(menunjuk). Ini bermaksud tidak memadai sekiranya seorang wali hanya
mengatakan: „Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku,‰ sedangkan
ia mempunyai beberapa orang anak perempuan.

3.1.3 Rukun Ketiga: Wali


Fuqahak juga telah menetapkan beberapa syarat tertentu bagi rukun ketiga ini
untuk menjadikan perkahwinan tersebut sah. Wali secara umum bererti teman
karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris
lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Apa yang dimaksudkan
dengan wali dalam pernikahan adalah orang yang berkuasa mengahwinkan
seseorang perempuan atau orang yang layak untuk mengahwinkan anaknya
atau wanita di bawah jagaannya.

Dalil menunjukkan wali merupakan salah satu rukun nikah berdasarkan sabda
Nabi Muhammad SAW:
‫ﺡ ﹺﺇﻻﱠ ﹺﺑ َﻮِﻟ ّﹴﻲ‬
َ ‫ﹶﻻ ﹺﻧﻜﹶﺎ‬
Maksud: „Tidak ada nikah kecuali dengan adanya wali.‰

(Hadis riwayat Al-Khamsah kecuali Al-Nasa`i)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  37

Islam juga menegaskan tidak sah perkahwinan seseorang wanita tanpa wali
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

‫ ﹶﻓﹺﻨﻜﹶﺎ ُﺣﻬَﺎ ﺑَﺎ ِﻃ ﹲﻞ‬،‫ ﹶﻓﹺﻨﻜﹶﺎ ُﺣﻬَﺎ ﺑَﺎﻃِﻞﹲ‬،‫ﺖ ﹺﺑ َﻐْﻴ ﹺﺮ ﹺﺇ ﹾﺫ ِﻥ ﻣَﻮَﺍﻟِﻴْﻬَﺎ ﹶﻓﹺﻨﻜﹶﺎ ُﺣﻬَﺎ ﺑَﺎ ِﻃﻞﹲ‬
ْ ‫ﺤ‬
َ ‫ﹶﺃﱡﻳﻤَﺎ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ٍﺓ َﻧ ﹶﻜ‬
Maksud: „Mana-mana wanita yang menikah tanpa izin wali-walinya maka
nikahnya batil, maka nikahnya batil, maka nikahnya batil.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dua dalil tersebut jelaslah kedudukan wali dalam pernikahan.


Sekiranya terdapat seorang wanita menikahkan dirinya sendiri tanpa adanya
wali maka dalam hal ini nikahnya batil iaitu tidak sah. Begitu juga sekiranya ia
menikahkan wanita lain. Rajah 3.3 merupakan perbincangan antara juru nikah
dan wali sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Rajah 3.3: Juru nikah melakukan perbincangan sebelum majlis akad nikah dijalankan
Sumber: http://ms.wikipedia.org/

Siapakah wali dalam pernikahan dan apakah syarat-syaratnya adalah


sebagaimana berikut:

(a) Wali dalam Pernikahan


Wali dalam pernikahan mestilah menurut urutan wali yang telah
ditetapkan syarak. Urutan ini boleh dirujuk kepada Rajah 3.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Rajah 3.4: Urutan wali yang telah ditetapkan oleh syarak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  39

Fuqahak menjelaskan urutan wali amat penting dalam pernikahan. Oleh


itu sekiranya wali pertama tiada, wali kedua wajib menggantikan. Jika wali
kedua tiada, wali ketiga wajib menggantikannya dan begitulah seterusnya.
Mengikut urutan wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua
perkahwinan anaknya. Sekiranya bapa tiada kerana meninggal dunia maka
hak wali berpindah kepada datuk sebelah bapa pengantin perempuan itu.
Jika datuk sebelah bapa juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah
kepada adik-beradik lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan
begitulah bidang kuasa wali mengikut urutan susunannya (Lihat:
http://www.jais.selangor.gov.my).

Sekiranya pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau walinya


enggan menikahkannya maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Wali
hakim atau penguasa memiliki hak perwalian ke atas pengantin
perempuan berdasarkan dalil sabda Rasulullah SAW:

ُ‫ﺴ ﹾﻠﻄﹶﺎ ﹸﻥ َﻭِﻟ ﱡﻲ َﻣ ْﻦ ﹶﻻ َﻭِﻟ ﱠﻲ ﹶﻟﻪ‬


‫ﻓﹶﺎﻟ ﱡ‬
Maksud: „Maka sultan (penguasa) adalah wali bagi wanita yang tidak
memiliki wali.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Perlu diingatkan menurut mazhab Shafie, anak lelaki dan cucu lelaki tidak
boleh menjadi wali kepada ibu atau neneknya. Ini kerana anak dan ibunya
tidak mempunyai perkongsian dalam keturunan, juga kerana ibu dan anak
lelakinya dinasabkan kepada bapa masing-masing.

(b) Syarat-syarat Wali


Fuqahak menjelaskan beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh seorang
wali. Antara syarat-syarat tersebut adalah sebagaimana berikut:

(i) Wali mestilah beragama Islam. Orang kafir tidak boleh mengahwinkan
perempuan Islam kerana tidak ada kekuasaan (al-wilayah) orang kafir
terhadap orang Islam;

(ii) Wali mestilah seorang yang adil (tidak fasik). Yang dimaksudkan
dengan adil ialah wali tidak melakukan dosa besar seperti mencuri,
berzina, membunuh, meminum arak, makan harta anak yatim, tidak
berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan tidak melakukan perkara-
perkara yang menjatuhkan maruah seperti kencing di jalan raya,
berjalan dengan berkaki ayam dan sebagainya. Oleh itu orang fasik
tidak boleh menjadi wali dan mengahwinkan perempuan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

beriman bahkan hak menjadi wali berpindah kepada urutan wali


selepasnya;

(iii) Wali mestilah baligh. Kanak-kanak tidak boleh menjadi wali kerana
dia tidak boleh menguruskan dirinya sendiri;

(iv) Wali mestilah berakal. Orang gila tidak boleh menjadi wali kerana dia
tidak boleh menguruskan dirinya;

(v) Wali mestilah merdeka;

(vi) Wali mestilah seorang lelaki;

(vii) Wali tidak dipaksa;

(viii) Wali tidak safih. Wali bukanlah orang yang dilarang oleh syarak
membelanjakan hartanya disebabkan tabiatnya yang membazirkan
harta dan tidak pandai menguruskan diri; dan

(ix) Wali tidak sedang berihram haji ataupun umrah, kerana Rasulullah
SAW bersabda:

  ُ‫ﺨﻄﹸﺐ‬
ْ ‫ﺤ ﹺﺮﻡُ َﻭ ﹶﻻ ﻳُْﻨ ﹶﻜﺢُ َﻭ ﹶﻻ َﻳ‬
ْ ُ‫ﹶﻻ ﻳُْﻨ ِﻜﺢُ ﺍﻟﹾـﻤ‬
Maksud: „Seorang yang sedang berihram tidak boleh menikahkan,
tidak boleh dinikahkan, dan tidak boleh mengkhitbah (bertunang).‰

(Hadis riwayat Muslim)

3.1.4 Rukun Keempat: Dua Orang Saksi


Fuqahak juga telah menetapkan beberapa syarat tertentu bagi rukun keempat ini
untuk menjadikan sesuatu perkahwinan itu sah. Antara syarat-syarat bagi dua
orang saksi adalah keduanya:

(a) Mestilah beragama Islam;


(b) Telah baligh;
(c) Telah berakal;
(d) Mestilah lelaki;
(e) Mestilah adil (tidak fasik);
(f) Telah merdeka;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  41

(g) Mampu mendengar;


(h) Mampu melihat;
(i) Mampu berkata-kata;
(j) Memahami maksud ijab dan kabul; dan
(k) Menjaga maruah diri masing-masing.

Rajah 3.5 menunjukkan dua orang saksi duduk berhampiran jurunikah dan
pengantin lelaki ketika akad nikah dijalankan.

Rajah 3.5: Dua orang saksi duduk berhampiran jurunikah


dan pengantin lelaki ketika akad nikah dijalankan
Sumber: http://persediaanperkahwinan.com

3.1.5 Rukun Kelima: Sighah (Lafaz Ijab dan Kabul)


Sighah adalah perkataan Arab merujuk kepada lafaz ijab dan kabul. Ijab adalah
lafaz yang diucapkan oleh wali atau yang menggantikan posisi wali. Misalnya
wali mengatakan, „Zawwajtuka Fulanah‰ („Aku nikahkan engkau dengan si
Fulanah‰) atau „Ankahtuka bi Fatimah‰ („Aku nikahkan engkau dengan
Fatimah‰). Manakala kabul pula merujuk kepada lafaz yang diucapkan oleh
suami atau yang mewakilinya, dengan menyatakan, „Qabiltu nikahaha‰ („aku
terima nikahnya‰) atau „Qabiltu hadza al-tazwij‰ („Aku terima pernikahan ini‰)
atau „Qabiltuha (Aku terima (nikah)nya)‰ (Al-Khin, et. al, 2002).

Rajah 3.6 berikut menunjukkan pengantin lelaki berjabat tangan dengan


jurunikah ketika berlakunya lafaz ijab dan kabul atau sighah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Rajah 3.6: Upacara sighah (lafaz ijab dan kabul)


Sumber: http://sarungcincin.blogspot.com

Antara lafaz yang menunjukkan ijab dan qabul yang digunakan dalam al-Quran
adalah lafadz tazwij dan inkah, seperti firman Allah SWT dalam surah
Al-Ahzab: 37.

Maksud: „Kemudian setelah Zaid habis kemahuannya terhadap isterinya


dengan menceraikannya, Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada
keberatan atas orang mukmin untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak angkat
mereka, apabila mereka telah habis kemahuan terhadap isterinya dengan
bercerai.‰
(Al-Ahzab: 37)

Dan firman-Nya:

Maksud: „Dan janganlah kamu kahwini (wanita-wanita) yang telah


diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang
lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci
(oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam
perkahwinan).‰
(Al-NisaÊ: 22)

Sekalipun al-Quran hanya menggunakan kedua lafaz ini sahaja, ia bukanlah


sebagai pembatasan. Akad nikah boleh berlaku dengan lafaz apa saja yang
menunjukkan kepada makna nikah atau zawaj. Akad nikah juga terjadi dengan
menggunakan bahasa apa saja, selama yang diinginkan dengan lafaz tersebut
adalah penetapan akad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  43

3.1.6 Syarat Sighah (Ijab dan Kabul)


Berkaitan syarat ijab dan kabul pula adalah sebagaimana berikut:
(a) Beriringan di antara lafaz ijab dan lafaz kabul, iaitu bersambung;
(b) Lafaz ijab dan kabul hendaklah disebut secara jelas dan terang;
(c) Didengari oleh dua orang saksi yang memahami maksudnya;
(d) Disebut nama perempuan dengan khusus;
(e) Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad;
(f) Tidak bertaklik. Ini bermaksud tidak sah mengaitkan sighah dengan masa
depan atau syarat tertentu;
(g) Tidak dibatasi lamanya tempoh kahwin. Tidak sah nikah sekiranya
menentukan jangka masa pernikahan seperti lima bulan atau setahun; dan
(h) Hendaklah menggunakan lafaz nikah atau kahwin.

AKTIVITI 3.2

Kaji kedudukan nikah mutaah dan bezakan hukumnya dengan nikah


yang disyariatkan Islam.

3.2 KATEGORI WALI DALAM PERKAHWINAN


Wali dalam perkahwinan secara umum terbahagi kepada wali nasab dan wali
hakim. Wali nasab pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu wali mujbir dan
wali tidak mujbir (wali ikhtiar atau biasa). Penjelasan lanjut sebagaimana
berikut:

3.2.1 Wali Mujbir


Wali mujbir ialah mereka yang berhak mengahwinkan anak perempuannya
walaupun tanpa kebenaran dan keredhaannya. Wali mujbir hanya terhad kepada
bapa dan datuk sebelah bapa sahaja. Wali mujbir berlaku hanya kepada
perkahwinan anak dara sahaja sama ada ia masih kecil atau sudah besar, berakal
ataupun gila. Ini kerana bapa begitu juga datuk lebih mengetahui kebaikan
untuk anak atau cucu mereka. Disebabkan perasaan kasih dan sayang terhadap
anak, maka bapa atau datuk akan memilih suami yang baik sahaja untuk anak
perempuan atau cucu mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Fuqahak menggariskan empat syarat utama wali mujbir:


(a) Tiada permusuhan ketara antara wali dengan anak perempuan tersebut;
(b) Pasangan perkahwinan pilihan wali hendaklah sekufu;
(c) Bakal suami berkemampuan menyegerakan bayaran mas kahwin; dan
(d) Nilai mas kahwin mestilah mengikut kedudukan dan taraf anak
perempuan dan tidak boleh kurang.

Timbul persoalan dalam hal meminta kebenaran anak perempuan. Adakah Islam
menggalakkan wali mujbir meminta izin anak dara sebelum mengahwinkannya
ataupun tidak? Fuqahak menjelaskan persefahaman dan saling reda meredai
adalah formula terbaik memupuk keharmonian kekeluargaan. Jadi, dalam hal ini
sekalipun wali mujbir mempunyai kuasa mutlak, namun yang lebih afdal dan
sunat adalah wali meminta izin untuk mengahwinkan anak perempuannya. Ini
supaya anak berasa dihormati oleh orang tuanya disamping dapat
menyenangkan hatinya (Al-Khin et. al, 2002).

Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

„Janganlah kamu mengahwinkan janda melainkan setelah mendapat


keputusannya. Dan janganlah kamu mengahwinkan anak dara kamu melainkan
setelah kamu meminta izin daripadanya.‰ Sahabat Nabi Muhammad SAW
bertanya: „Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dia mengizinkannya?‰ Baginda
menjawab: „Dia diam.‰
(Hadis riwayat Muslim)

3.2.2 Wali Bukan Mujbir


Wali yang bukan mujbir (wali ikhtiar atau wali biasa) ialah wali selain daripada
bapa dan datuk sebagaimana telah dibincangkan sebelum ini. Bagi wali bukan
mujbir, ia tidak mempunyai hak memaksa perempuan berkahwin sama ada anak
dara atau janda. Dalam kes janda, mestilah dengan kebenaran dan keredaannya
sekalipun bapa dan datuk. Hikmah perlu mendapat persetujuan janda adalah
kerana ia lebih mengetahui maksud perkahwinan. Wali tidak boleh memaksanya
kerana pengalamannya dalam perkahwinan menyebabkan dia tidak malu untuk
berterus-terang. Ini berbeza dengan anak dara kerana dia malu untuk berterus-
terang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  45

Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda)


sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinan itu dan janganlah
kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya".

(Hadis riwayat Bukhari)

3.2.3 Wali Hakim


Yang dimaksudkan dengan wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama
Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak
mempunyai wali. Dalam konteks amalan di Malaysia hari ini, kadi atau
pendaftar perkahwinan bertindak sebagai wali hakim. Begitu juga mereka yang
ditauliahkan oleh Sultan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak
mempunyai wali dari nasab (jurunikah bertauliah).

Fuqahak menjelaskan sebab-sebab perpindahan kepada wali hakim adalah


sebagaimana berikut:

(a) Tiada Wali Nasab


Ini bermaksud pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab
seperti pengantin yang baru memeluk Islam dan tiada saudara-maranya
yang Islam. Begitu juga perempuan yang tidak mempunyai wali langsung
mengikut tertib wali atau anak luar nikah. Dalam keadaan sebegini maka
wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinan tersebut. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW (maksud):

"Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali".

(Hadis riwayat Khamsah).

(b) Anak Tak Sah Taraf dan Anak Angkat


Anak tak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau
terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika
sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan kemudian mengandung
maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun
anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Begitu juga anak angkat. Jika
anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya adalah wali
hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab. Sekiranya
anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang sah, maka
walinya ialah berdasarkan susunan atau urutan wali yang ada, bukannya
bapa angkat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
46  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

(c) Wali yang Ada Tidak Cukup Syarat


Ini berlaku sekiranya wali yang ada gila, tidak sampai umur dan
sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali yang jauh
(abÂad) mengikut urutan wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu
juga tidak cukup syarat dan tidak ada lagi wali yang lain maka bidang
kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.

(d) Wali yang Dekat (Aqrab) Menunaikan Haji atau Umrah


Dalam hal ini, jika wali yang dekat (aqrab) menunaikan ibadat haji atau
umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah
kepada wali yang jauh (abÂad), tetapi hak wali itu berpindah kepada wali
hakim. Demikian juga sekiranya wali yang dekat (aqrab) itu membuat surat
wakil (wakalah) wali sebelum mengerjakan ibadat haji atau umrah atau
semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:

„Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan
juga tidak boleh berkahwin‰.
(Hadis riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang ingin berkahwin,


hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari tanah suci Mekah atau
dengan menggunakan wali hakim.

(e) Wali Enggan Mengahwinkan Anak Perempuannya


Fuqahak menjelaskan bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan
perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau
melarangnya berkahwin sekiranya pilihan perempuan itu memenuhi
kehendak syarak.

Ini berdasarkan dalil hadis diriwayatkan dari MaÊqil bin Yasar, ia berkata:

„Saya mempunyai saudara perempuan. Ia dipinang oleh seorang pemuda


yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan
perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan
talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis
idahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk
meminang, maka saya jawab: „Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan
engkau dengan dia selama-lamanya‰. Peristiwa ini disampaikan kepada
Nabi Muhammad SAW berhubung peristiwa ini, Allah SWT menurunkan
ayat Al-Quran (maksud): „Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu
habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi
mereka kahwin dengan bakal suaminya‰. (Al-Baqarah: 232) Kemudian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  47

MaÊqil berkata: „Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan


perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan‰.

(Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Apabila wali terdekat enggan menikahkan pengantin perempuan, maka


wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:

„Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi
perempuan yang tidak mempunyai wali‰.

(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

3.2.4 Wali Berada Jauh atau Tidak Dapat Dikesan


Sekiranya wali terdekat (aqrab) berada jauh atau tidak dapat dikesan (ghaib) dan
tiada walinya, maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya dan bukan
wali yang jauh (abÊad). Ini berdasarkan wali yang ghaib atau berada jauh itu
pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana sukar melaksanakan
perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim. Ukuran jauh dalam
konteks hari ini ialah ukuran jarak dua marhalah (lebih kurang 90 km) yang
mengharuskan sembahyang jamak. Ini kerana pada hari ini jarak dua marhalah
itu boleh sampai dalam tempoh beberapa jam sahaja (Al-Khin et. al, 2002).

Oleh sebab itu, fuqahak sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau
ghaib meskipun tempat tinggalnya di Australia, Benua Afrika, Eropah atau
Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi melalui telefon, surat, faks, email,
dan seumpamanya supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain
untuk mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya
(jika ia mahu pulang segera). Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh
dan tidak diketahui langsung alamatnya maka barulah hak kewalian itu
berpindah kepada wali hakim.

3.2.5 Hukum Wali Mewakilkan Perkahwinan kepada


Orang Lain (Wakalah Wali)
Fuqahak menjelaskan secara prinsip setiap akad yang dapat dilakukan oleh
seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka akad itu boleh juga diwakilkan
kepada orang lain. Begitu jugalah dalam akad nikah, maka sah mewakilkan akad
nikah kepada orang lain. Sebagai contoh, apabila seseorang wali aqrab itu berada
jauh, atau tidak dapat hadir pada majlis akad nikah, atau wali boleh hadir tetapi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

ia tidak mampu untuk menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah
mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan dari segi syarak.

Begitu juga bagi bakal suami. Sekiranya dia tidak dapat hadir pada majlis akad
nikah kerana dia bekerja atau sedang belajar di luar negara, maka dia bolehlah
mewakilkan kepada orang lain yang mempunyai kelayakan dari segi syarak bagi
menerima ijab (menjawab) nikah tersebut. Walau bagaimanapun bagi
perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada orang
lain untuk mengahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.
Syarat-syarat sah orang yang boleh menjadi wakil wali ialah:
(a) Lelaki;
(b) Baligh;
(c) Merdeka;
(d) Islam;
(e) Berakal; dan
(f) Wakalah iaitu surat rasmi wakil. Surat wakalah ini tidak boleh dibuat
semasa orang yang memberi wakil itu berihram ibadat haji atau umrah.
Wakil hendaklah melaksanakan wakalah itu dengan sendirinya sesuai
dengan yang ditentukan semasa membuat wakalah itu dan tidak boleh
mewakilkan pula kepada orang lain kecuali dengan izin pemberi wakil.

3.3 MAS KAHWIN


Di antara perkara yang berkaitan dengan perkahwinan atau pernikahan adalah
mas kahwin. Perbincangan lanjut adalah di dalam subtopik seterusnya.

3.3.1 Mas Kahwin: Definisi, Hukum dan Dalil


Mas kahwin atau disebut dalam bahasa Arab sebagai „al-mahru-‫ اَ ْل َم ْھ ُر‬‰ adalah
harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan berlakunya
akad nikah.

Dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq (‫ق‬ ُ ‫صدَا‬


‫)ال ﱠ‬, al-saduqah
‫)ال ﱠ‬, al-nihlah (ُ‫)النﱢحْ لَة‬, al-ajr (‫)األَجْ ُر‬, al-faridah (ُ‫ضة‬
(ُ‫ص ُدقَة‬ َ ‫ )الفَ ِر ْي‬dan al-Âaqd (‫)ال َع ْق ُد‬. Dalilnya
boleh dirujuk dalam surah dan ayat berikut, iaitu Al-NisaÊ: 4; Al-NisaÊ: 24; Al-
Baqarah: 236.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  49

Menurut istilah syarak, mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Al-Khin et. al (2002) menjelaskan
memberikan mas kahwin kepada isteri hukumnya wajib. Dalam mazhab ShafiÊe,
mas kahwin diwajibkan bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi
juga dengan sebab berlaku persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut tidak
sah (fasid), suami tidak wajib memberi mas kahwin kepada isteri melainkan
setelah berlakunya persetubuhan. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan
mahar kepada isteri antaranya firman Allah SWT:.

∩⊆∪ $\↔ÿƒÍ£Δ $\↔ÿ‹ÏΖyδ çνθè=ä3sù $T¡øΡt çμ÷ΖÏiΒ &™ó©x« ⎯tã öΝä3s9 t⎦÷⎤ÏÛ βÎ*sù 4 \'s#øtÏΥ £⎯ÍκÉJ≈s%߉|¹ u™!$|¡ÏiΨ9$# #θè?#u™uρ

Maksud: „Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin


mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka memberikan
kepada kamu dengan suka hatinya sebahagian dari mas kahwinnya maka
makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat,
lagi baik kesudahannya.‰
(Al-NisaÊ: 4)

Juga firman Allah SWT:

u™!#u‘uρ $¨Β Νä3s9 ¨≅Ïmé&uρ 4 öΝä3ø‹n=tæ «!$# |=≈tGÏ. ( öΝà6ãΨ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $tΒ ωÎ) Ï™!$|¡ÏiΨ9$# z⎯ÏΒ àM≈oΨ|Áósßϑø9$#uρ

£⎯èδθè?$t↔sù £⎯åκ÷]ÏΒ ⎯ÏμÎ/ Λä⎢÷ètGôϑtGó™$# $yϑsù 4 š⎥⎫ÅsÏ≈|¡ãΒ uöxî t⎦⎫ÏΨÅÁøt’Χ Νä3Ï9≡uθøΒr'Î/ (#θäótFö6s? βr& öΝà6Ï9≡sŒ

$¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 4 ÏπŸÒƒÌxø9$# ω÷èt/ .⎯ÏΒ ⎯ÏμÎ/ ΟçF÷|Ê≡ts? $yϑŠÏù öΝä3ø‹n=tæ yy$oΨã_ Ÿωuρ 4 ZπŸÒƒÌsù  ∅èδu‘θã_é&

∩⊄⊆∪ $VϑŠÅ3ym

Maksud: „Dan (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba


yang kamu miliki. Itulah ketetapan hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi
kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu kahwini dengan hartamu secara
bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati
dengannya, maka berikanlah mereka mas kahwinnya sebagai suatu ketetapan.
Dan tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama,
sesudah ditetapkan mas kahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana.‰
(Al-NisaÊ: 24)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Walau bagaimanapun mas kahwin atau mahar bukanlah sebahagian rukun


nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju
bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah. Dalam
hal ini suami wajib membayar mas kahwin yang sepadan atau setara (mahar
mithil) kepada isterinya. Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman
Nabi Muhammad SAW, iaitu seorang perempuan telah berkahwin tanpa
disebutkan mas kahwinnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia
sebelum sempat bersama dengannya (melakukan persetubuhan) lalu Rasulullah
SAW mengarahkan supaya perempuan tersebut diberikan mahar mithil
untuknya (Al-Khin et. al, 2002). Rajah 3.7 berikut menunjukkan mas kahwin
pada masa kini yang telah digubah.

Rajah 3.7: Antara kreativiti gubahan mas kahwin masyarakat Melayu pada masa kini
Sumber: http://cintadafakarindu.blogspot.com

3.3.2 Hikmah Disyariatkan Mas Kahwin


Di antara hikmah disyariatkan mas kahwin ialah:
(a) Bagi menyatakan kesungguhan suami untuk hidup sebagai suami isteri
secara mulia dan terhormat;
(b) Lambang kesungguhan lelaki menjaga bakal isterinya;
(c) Lambang penghormatan seorang suami terhadap isteri;
(d) Bagi membolehkan perempuan menyediakan keperluannya seperti
pakaian dan pelbagai keperluan lain untuk memasuki kehidupan baru; dan
(e) Mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  51

3.3.3 Kadar Mas Kahwin dan Siapa Berhak


Memilikinya
Secara umum, tiada had tertentu kadar mas kahwin. Namun Nabi Muhammad
SAW memberikan beberapa garis panduan umum. Rasulullah SAW menjelaskan
bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah
SAW:
‫ﺴﺮُﻫُﻦﱠ َﻣﺌﹸﻮَﻧ ﹰﺔ‬
َ ‫ﹶﺃ ْﻋ ﹶﻈﻢُ ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎ ِﺀ َﺑ َﺮ ﹶﻛ ﹰﺔ ﹶﺃْﻳ‬
Maksud: „Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang
mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mas kahwin).‰
(Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Antaranya lagi sabda Nabi Muhammad SAW:

‫ﺝ َﻭﹶﻟ ْﻮ ﹺﺑﺨَﺎَﺗ ﹴﻢ ِﻣ ْﻦ َﺣﺪِﻳ ٍﺪ‬


ْ ‫َﺗ َﺰ َّﻭ‬
Maksud: „Berkahwinlah, walaupun dengan bermaskahwinkan sebentuk cincin
besiÊ.‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain, sabda Nabi Muhammad SAW:

‫ﺼ ُﻬ ﱠﻦ ُﻣ ُﻬﻮ ًﺭﺍ‬
ُ ‫ﺴُﻨ ُﻬ ﱠﻦ ُﻭ ُﺟﻮ ًﻫﺎ ﻭﹶﺃ ْﺭ َﺧ‬
َ ‫ﺴﺎ ِﺀ ﹶﺃ ْﺣ‬
َ ‫َﺧْﻴ ُﺮ ﺍﻟﱢﻨ‬
Maksud: „Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah
kadar maharnya.‰
(Hadis dikeluarkan oleh Ibn Hibban)

Walau bagaimanapun, fuqahak menjelaskan cadangan kadar minimum dan


maksimum mas kahwin iaitu antara sepuluh dirham dan lima ratus dirham (10-
500 dirham). Kadar ini secara umumnya bersamaan lebih kurang RM50 dan
RM2500. Inilah amalan Rasulullah SAW berdasarkan penegasan Umar al-
Khattab:

„Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka


(perempuan) adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertakwa.
Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW. Baginda tidak
pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480


dirham).‰

(Hadis riwayat Ahmad dan pengarang kitab-kitab sunan dan disahihkan


oleh Tirmizi)

Anda perlu ketahui sesuatu yang berharga atau aset yang sah disisi syarak boleh
dijadikan mas kahwin. Ini bermaksud mas kahwin itu sama ada wang, emas,
permata, rumah, kereta, ayat-ayat al-Quran atau kepakaran tertentu semuanya
boleh dijadikan mas kahwin. Dari segi hak pemilikan, mas kahwin tetap menjadi
hak milik isteri sekalipun tidak disebut semasa akad nikah. Oleh itu, seorang
suami tiada hak untuk mensyaratkan mas kahwin mestilah dibahagi dua atau
memaksa isteri menyerahkan kepadanya.

Dalam konteks Malaysia, amalan pengantin lelaki di sesetengah negeri yang


menyerahkan wang atau barangan yang dipanggil ÂhantaranÊ adalah bukan
daripada mas kahwin dan ia hanyalah merupakan adat.

Namun begitu, terdapat sesetengah negeri di Malaysia yang menyatukan mas


kahwin dengan hantaran. Dalam hal ini mas kahwin itu berupa gabungan
dengan hantaran. Hantaran tidak boleh dijadikan syarat oleh isteri atau mertua
yang mesti disediakan oleh bakal menantunya. Namun sekiranya bakal suami
atau menantu hendak memberikan hantaran maka ia boleh diterima oleh bakal
isteri dan keluarga.

3.3.4 Kadar Mas Kahwin Negeri-negeri di Malaysia


Walaupun Islam tidak menetapkan had tertentu kadar mas kahwin, yang paling
layak dalam menentukan kadar mas kahwin adalah diri wanita itu sendiri. Ini
kerana mas kahwin itu memang hak wanita. Walau bagaimanapun, sekarang ini
kebanyakan negeri di Malaysia telah menetapkan kadar mas kahwin tertentu
untuk wanita. Penetapan kadar mas kahwin ini hanyalah sebagai panduan
sahaja dalam konteks negeri-negeri di Malaysia. Jadual 3.1 menjelaskan kadar
mas kahwin mengikut status wanita di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  53

Jadual 3.1: Kadar Mas Kahwin Mengikut Status Wanita

Negeri Anak Dara (RM) Janda/Balu (RM)


Kuala Lumpur 80.00 40.00
Selangor
Ć Puteri Sultan; 2,500.00 625.00
Ć Puteri Raja Muda atau Puteri
kepada Putera Sultan yang 2,000.00 500.00
bergelar;
Ć Puteri Kerabat; 1,000.00 250.00
Ć Puteri anak Raja (waris); 1375.00 550.00
Ć Puteri anak Raja (yang lain); 300.00 75.00
Ć Anak perempuan orang-orang
300.00 75.00
besar;
Ć Cucu orang besar; 200.00 50.00
Ć Orang kebanyakan. 300.00 300.00
Johor 22.50 22.50
Melaka 40.00 40.00
Negeri Sembilan
Ć Bukan waris 24.00 12.00
Ć Ahli waris 48.00 24.00
Ć Kerabat di Raja di Wilayah, 725.00 725.00
Datuk Kelana & Kerabat
Pahang 22.50 22.50
Sarawak 120.00 120.00
Perak 101.00 101.00
Pulau Pinang 24.00 24.00
Sabah 100.00 80.00
Labuan 80.00 80.00
Kedah Tidak ditetapkan
Perlis Tidak ditetapkan
Terengganu Tidak ditetapkan
Kelantan Tidak ditetapkan

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

3.3.5 Hukum Menyebut Mas Kahwin Ketika Akad


Nikah
Menyebut mas kahwin atau mahar ketika akad nikah terbahagi kepada dua
keadaan sebagaimana berikut:

(a) Sunat
Sunat disebut mas kahwin ketika akad nikah. Ini kerana Rasulullah SAW
sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya pada masa akad bila
menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya pada masa akad, dapat
mengelakkan daripada berlaku perselisihan berhubung dengannya. Dari
segi hukum, perkahwinan tetap sah tetapi makruh jika mas kahwin tidak
dinyatakan semasa akad.

(b) Wajib
Wajib disebut mas kahwin pada waktu akad nikah. Ini terbahagi kepada
dua keadaan:
(i) Apabila bakal isteri itu masih budak kecil, bodoh atau gila sedangkan
bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi daripada
mahar yang sepatutnya;
(ii) Apabila bakal isteri sudah baligh, bijak dan ia boleh menguruskan
dirinya sendiri. Ia juga telah membenarkan wali untuk
mengahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada walinya
untuk menetapkan mas kahwinnya;
(iii) Apabila bakal suami seorang yang tidak boleh menguruskan hal
dirinya sendiri, seperti masih budak, bodoh atau gila dan sebelum
akad telah mendapat persetujuan daripada bakal isteri tentang
bayaran mas kahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya. Oleh
yang demikian, mas kahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang
dipersetujui.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  55

3.3.6 Mas Kahwin Wajib Diberikan Sepenuhnya oleh


Suami
Mas kahwin wajib diberikan kepada isteri mengikut sebagaimana yang disebut
dalam akad. Dalam keadaan lain, mas kahwin wajib juga diberikan apabila:

(a) Suami menetapkan ia akan membayar mas kahwin sebelum dukhul


(hubungan seksual) dan pihak isteri bersetuju. Dalam hal ini isteri berhak
menghalang suami dari dukhul sehingga suami menyerahkan mas kahwin
sama ada secara tunai atau hutang;
(b) Kadi atau hakim syarie menetapkan jumlah mas kahwin dengan sebab
keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab
perbalahan atau perselisihan kedua-dua belah pihak tentang kadar mas
kahwin. Bila kadi menentukan mas kahwin tersebut maka wajib dibayar
tunai oleh suami (tidak boleh berhutang);
(c) Suami yang telah menyetubuhi isterinya wajib membayar mas kahwin
seimbang dengan taraf isterinya;
(d) Suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warisnya
wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada janda tersebut. Jika mas
kahwin itu belum ditentukan kadarnya, wajib dibayar dengan nilai mahar
mithil (mas kahwin setara); dan
(e) Seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak
suami wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada waris jandanya,
jika mas kahwin belum dibayar sebelum itu (Al-Khin et. Al, 2002).

3.3.7 Mas Kahwin Wajib Diberikan Separuh Sahaja


oleh Suami
Fuqahak menjelaskan ini terjadi dalam beberapa keadaan sebagaimana berikut:

(a) Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh mas
kahwin. Ini berdasarkan firman Allah:

÷Λä⎢ôÊtsù $tΒ ß#óÁÏΨsù ZπŸÒƒÌsù £⎯çλm; óΟçFôÊtsù ô‰s%uρ £⎯èδθ¡yϑs? βr& È≅ö6s% ⎯ÏΒ £⎯èδθßϑçFø)¯=sÛ βÎ)uρ

ÛUtø%r& (#þθà÷ès? βr&uρ 4 Çy%s3ÏiΖ9$# äοy‰ø)ãã ⎯Íνωu‹Î/ “Ï%©!$# (#uθà÷ètƒ ÷ρr& šχθà÷ètƒ βr& HωÎ)

∩⊄⊂∠∪ îÅÁt/ tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ©!$# ¨βÎ) 4 öΝä3uΖ÷t/ Ÿ≅ôÒxø9$# (#âθ|¡Ψs? Ÿωuρ 4 3”uθø)−G=Ï9

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

Maksud:„Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum


menyetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan mas kahwinnya,
maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.‰
(Al-Baqarah: 237)

Ayat 237, surah Al-Baqarah menetapkan sekiranya mas kahwin isteri telah
disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum
persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja
daripada mas kahwin tersebut. Tetapi sekiranya mas kahwin tidak disebut
ketika akad nikah, maka suami wajib membayar mas kahwin setara (mahar
mithil) kepada isteri;

(b) Apabila berlaku perceraian berpunca daripada pihak suami. Ini seperti
suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya
tidak, dan sebagainya. Sebaliknya jika penceraian itu berpunca daripada
pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan
sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka mas kahwin itu akan gugur
semuanya.

3.3.8 Isteri Tidak Berhak Langsung untuk Mendapat


Mas Kahwin daripada Suami
Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mas kahwin daripada
suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh (daripada pihak isteri)
sebelum berlakunya persetubuhan.

AKTIVITI 3.3

Fenomena sesetengah ahli masyarakat hari ini sengaja meninggikan


nilai mas kahwin dan hantaran anak-anak perempuan mereka.
Apakah pandangan anda terhadap fenomena ini dan kenapa perkara
ini boleh terjadi. Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  57

3.4 JENIS-JENIS MAS KAHWIN


Jenis mas kahwin atau mahar dalam akad nikah terbahagi kepada dua keadaan
iaitu:

(a) Mahar Musamma


Mahar musamma ialah mas kahwin yang telah ditetapkan dan dipersetujui
oleh bakal suami isteri dengan tidak memandang kepada nilai atau kadar
mas kahwin saudara-saudara perempuan tersebut. Mahar musamma
disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
sebagaimana yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Malaysia
hari ini. Fuqahak bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh
suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut:
(i) Berlaku persetubuhan di antara suami-isteri; atau
(ii) Berlaku kematian salah seorang di antara suami atau isteri.

(b) Mahar Mithil


Mahar mithil atau mahar yang setara ialah harta yang diberikan kepada
pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaannya sepadan
dengannya. Ia juga bermaksud pemberian mas kahwin yang dinilai
mengikut kadar mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah
berkahwin terlebih dahulu.

3.4.1 Penjelasan Mahar Mithil (Mahar yang Setara


atau Sepadan)
Mahar mithil adalah mahar atau mas kahwin yang tidak disebut jumlah dan
jenisnya dalam suatu akad nikah. Ia juga dikenali dengan mahar yang setara atau
sepadan. Sekiranya ini berlaku, mahar tersebut hendaklah disamakan
(diqiaskan) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya dalam kalangan
ahli keluarganya sendiri seperti adik-beradik perempuan seibu sebapa atau
sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan
mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan
dalam masyarakat. Sekiranya tiada juga terpulang kepada suami berdasarkan
Âuruf.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar mithil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan
setempat, keagamaan, keilmuan, budi pekerti serta status perempuan tersebut
sama ada gadis atau janda. Begitu juga apa-apa yang boleh dijadikan penilaian.
Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

3.4.2 Dalil dan Kadar Mahar Mithil


Dalil pensyariatan dan perakuan mahar mithil berdasarkan hadis Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud:

„Abdullah bin MasÊud r.a. ditanya tentang seorang lelaki yang mengahwini
seorang perempuan tetapi tidak membayar mas kahwin kepada isterinya dan
tidak menyetubuhinya sehingga mati. Beliau menjawab: Perempuan itu
mendapat mahar mithil seperti saudara-saudara perempuannya, tidak kurang
dan tidak lebih. Dia juga mempunyai idah dan berhak mendapat harta pusaka.
MaÊqal bin Sinan bangun dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah
memutuskan perkara seumpama ini terhadap BarwaÊ binti Wasiq, seorang
perempuan daripada kalangan kami sebagaimana yang telah engkau putuskan.
Abdullah bin MasÊud gembira dengan kata-kata MaÊqal bin Sinan itu.‰

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jelas daripada dalil hadis ini di mana penentuan mas kahwin setara berdasarkan
ahli keluarga adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat.

3.4.3 Sebab-sebab Wajib Mahar Mithil


Fuqahak menjelaskan mahar mithil diwajibkan kerana sebab-sebab berikut (Al-
Khin et. al, 2002):

(a) Rosaknya (Fasad) Akad Nikah


Ini berlaku apabila salah satu daripada syarat sah akad nikah tidak
dipenuhi. Sebagai contoh, perempuan berkahwin tanpa saksi atau wali dan
kemudian berlaku persetubuhan selepas akad yang rosak itu. Ketika itu
mahar mithil wajib diberikan kepada perempuan itu disebabkan rosaknya
akad dan juga mas kahwin yang disebut dalam akad. Di samping itu
pasangan suami isteri tersebut wajib dipisahkan. Dalam hal ini, nilai mas
kahwin dikira berdasarkan penilaian semasa berlakunya persetubuhan,
bukan semasa berlakunya akad. Ini kerana akad yang rosak tidak diambil
kira.

(b) Apabila Mas Kahwin Dibatalkan


Ini boleh terjadi apabila berlakunya perselisihan di antara suami isteri dari
segi sebutan dan kadarnya. Sebagai contoh isteri berkata: „Dalam akad
kamu menyebut nilai mas kahwin untuk aku.‰ Suami pula menjawab:
„Aku tidak menyebut mas kahwin dalam akad.‰ Dalam hal ini isteri
hendaklah bersumpah untuk membuktikan dakwaannya dan suami juga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  59

diminta bersumpah. Kemudian sebutan mas kahwin tersebut dibatalkan


dan wajib dikenakan mahar mithil.

(c) Apabila mas kahwin disebut dengan sebutan yang merosakkan. Sebutan
mas kahwin boleh menjadi rosak disebabkan perkara berikut:
(i) Mas kahwin yang disebut bukannya harta yang diiktiraf syarak
seperti arak, babi, peralatan muzik yang melalaikan dan lain-lain lagi
yang boleh dianggap bukan harta dari segi syarak;
(ii) Harta yang disebut sebagai mas kahwin bukan milik suami seperti
memberikan pakaian yang dicuri sebagai mas kahwin;
(iii) Lelaki mengahwini dua orang perempuan atau lebih dengan satu mas
kahwin sahaja. Akad nikah itu sah tetapi mas kahwinnya rosak dan
wajib membayar mahar mithil kepada semua perempuan tadi. Ini
disebabkan dalam akad tersebut, mas kahwin tidak diketahui untuk
siapa kerana tidak dikhususkan secara jelas;
(iv) Seorang wali mengahwinkan seorang kanak-kanak lelaki dengan mas
kahwin yang melebihi kadar mahar mithil menggunakan harta
kanak-kanak tersebut. Dalam kes lain, seorang wali yang
mengahwinkan kanak-kanak perempuan atau anak dara yang telah
besar tanpa kebenarannya dengan kadar mas kahwin yang kurang
daripada mahar mithil. Mas kahwin itu rosak dan diwajibkan mahar
mithil. Ini kerana wali diperintahkan melakukan perkara yang
mendatangkan kebaikan kepada mereka berdua, sedangkan tindakan
tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka;
(v) Seorang perempuan yang pintar dan berakal, janda atau dara berkata
kepada walinya: „Kahwinkan saya tanpa mas kahwin‰. Lalu wali
mengahwinkannya tanpa mas kahwin atau tanpa menyebutkan mas
kahwin. Dalam hal ini perempuan tersebut wajib diberikan mahar
mithil. Mas kahwin itu diwajibkan dengan sebab bersetubuh dan
bukan kerana akad nikah. Ini kerana kerelaan perempuan tersebut
tidak cukup untuk mengharuskan dia bersetubuh kerana di
dalamnya terkandung hak Allah. Dalam masalah ini, kadar mahar
mithil dinilai dengan nilaian semasa; dan
(vi) Mensyaratkan semasa akad supaya sebahagian daripada mas kahwin
diserahkan kepada bapa, atau adik-beradik, dan seumpamanya.
Dalam hal ini, akad nikah adalah sah tetapi mas kahwinnya rosak dan
suami wajib memberi mahar mithil kepada isterinya (Al-Khin et. al,
2002).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

3.5 MUTAAH
Mutaah dari segi bahasa bererti bergembira dengan sesuatu. Dari segi syarak,
mutaah ialah pemberian sagu hati daripada pihak suami kepada pihak isteri
sewaktu ia menceraikannya. Pemberian tersebut sama ada berupa wang ataupun
barang. Perceraian itu berlaku dengan kehendak suami dan bukan dengan
kemahuan dan kesalahan daripada pihak isteri.

Sekiranya perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh


kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di
pihak suaminya, maka dalam hal ini isteri tidak berhak mendapat mutaah.

3.5.1 Mutaah: Dalil Pensyariatan


Dalil pensyariatan mutaah berdasarkan dalil al-Quran, antaranya firman Allah
SWT:

 ∅èδθ¡yϑs? βr& È≅ö6s% ⎯ÏΒ £⎯èδθßϑçGø)¯=sÛ ¢ΟèO ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÞΟçFóss3tΡ #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆®∪ WξŠÏΗsd %[n#u|  £⎯èδθãmÎh| uρ £⎯èδθãèÏnGyϑsù ( $pκtΞρ‘‰tF÷ès? ;Ïã ô⎯ÏΒ £⎯ÎγøŠ=n tæ öΝä3s9 $yϑsù

Maksud: „Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan wanita-
wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu
menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa idahnya. Maka berilah
mutaah kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.‰

(Al-Ahzab: 49)
Juga Firman Allah SWT yang bermaksud:

4 ZπŸÒƒÌsù £⎯ßγs9 (#θàÊÌøs? ÷ρr& £⎯èδθ¡yϑs? öΝs9 $tΒ u™!$|¡ÏiΨ9$# ãΛä⎢ø)¯=sÛ βÎ) ö/ä3ø‹n=tæ yy$uΖã_ ω

’n?tã $ˆ)ym ( Å∃ρâ÷êyϑø9$$Î/ $Jè≈tGtΒ …çνâ‘y‰s% ÎÏIø)ßϑø9$# ’n?tãuρ …çνâ‘y‰s% ÆìÅ™θçRùQ$# ’n?tã £⎯èδθãèÏnFtΒuρ

∩⊄⊂∉∪ t⎦⎫ÏΖÅ¡ósçRùQ$#
„Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas
kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh
(setubuh) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk
mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mutaah (pemberian
sagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu) iaitu suami yang senang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  61

(hendaklah memberi sagu hati itu) menurut kemampuannya, sebagai pemberian


sagu hati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang yang mahu
berbuat kebaikan.‰
(Al-Baqarah: 236)

Ayat 236, surah Al-Baqarah merupakan dalil wajib pemberian mutaah (sagu hati)
perceraian dalam mazhab Shafie. Secara terperinci terdapat tiga keadaan yang
mewajibkan mutaah:
(a) Isteri yang diceraikan sebelum berlaku hubungan kelamin dan tidak
ditentukan sebarang mas kahwin. Jika telah diberi setengah daripada mas
kahwin, maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu diberi mutÂah;
(b) Isteri yang sudah melakukan hubungan kelamin dengan suaminya; dan
(c) Isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku hubungan
kelamin.

3.5.2 Tujuan dan Kadar Mutaah


Dalam syariat Islam, tujuan mutaah adalah sebagaimana berikut:
(a) Untuk meringankan beban tanggungan bekas isteri selepas diceraikan oleh
suaminya;
(b) Motivasi bagi isteri untuk memulakan hidup baru secara bersendirian
sebelum berkahwin baharu atau rujuk kepada suami asal; dan
(c) Memberi kekuatan kepada isteri yang diceraikan supaya lebih tabah dan
cekal.

Dari segi kadar mutaah pula tidak terdapat satu ukuran yang mutlak atau dalil
yang putus (qaÂtie) berhubung kadar minimum dan maksimum. Oleh itu, adalah
lebih baik kadar tersebut ditentukan oleh hakim. Walau bagaimanapun, kedua-
dua suami isteri mempunyai hak untuk bersetuju dengan sesuatu kadar dan
redha selepas mempertimbangkan keadaan kedua-duanya dari segi kaya atau
miskin, dan sebagainya (Al-Khin et. al, 2002).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Senaraikan rukun-rukun nikah dalam Islam.


2. Jelaskan secara ringkas syarat-syarat bagi setiap rukun nikah.
3. Jelaskan hikmah adanya wali mujbir.
4. Senaraikan urutan wali dalam pernikahan.
5. Huraikan hukum dan dalil disyariatkan mas kahwin.
6. Jelaskan perbezaan antara mahar musamma dan mahar mithil
dalam pernikahan.
7. Jelaskan tujuan mutaah serta kadarnya dalam konteks negara
Malaysia.
8. Cadangkan cara terbaik memastikan mas kahwin yang tinggi
tidak menjadi budaya dalam kalangan masyarakat Islam
Malaysia.

Ć Perkahwinan dalam Islam mempunyai rukun dan syaratnya tersendiri.

Ć Sekiranya rukun dan syarat nikah tidak lengkap maka sesuatu perkahwinan
itu tidak sah.

Ć Wali dalam perkahwinan mestilah mengikut urutan yang telah ditetapkan


syarak. Sekiranya wali terdekat tiada maka ketika itu berpindahlah wali
kepada wali seterusnya.

Ć Dalam keadaan ketiadaan wali, wali hakim menggantikan tempat mereka.

Ć Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri disebabkan berlakunya akad nikah.

Ć Mas kahwin dan hantaran merupakan dua perkara yang berbeza. Namun
terdapat sesetengah negeri di Malaysia yang menggabungkan antara mas
kahwin dan hantaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH  63

Ć Mahar mithil atau mahar setara ialah mas kahwin yang dinilai mengikut
kadar mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin
terlebih dahulu. Ia berlaku apabila kadar tertentu tidak disebut semasa akad
nikah.

Ć Mutaah merupakan pemberian sagu hati daripada pihak suami kepada pihak
isteri sewaktu ia menceraikannya dan perceraian itu berlaku dengan
kehendak suami.

Ijab Nasab
Mahram Qabul
Mahar mithil Saksi
Mahar musamma Sighah
Mutaah Wali
Mahar Wali mujbir

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab fikah Mazhab Syafie, menghuraikan bab undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Al-Nawawi, Mahyuddin Zakaria bin Syaraf. (1994). Sahih Muslim bi Syarh al-
Nawawi. Jilid 10. Beirut: Dar al-Khair.

Al-SanÊani, Muhammad bin Ismail. (1987). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-
Maram min JamÊie Adillati al-Ahkam. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 RUKUN DAN SYARAT NIKAH

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid 1. Amman:


Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php (8/18/2012)

http://hadith.al-islam.com/Loader (10/12/2012)

http://www.jais.selangor.gov.my (10/12/2012)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Implikasi
4 Selepas Akad
Nikah
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan kesan akad nikah terhadap kedudukan suami isteri;
2. Menghuraikan hukum mengadakan walimah;
3. Menyenaraikan hikmah disyariatkan walimah;
4. Membezakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri;
5. Menyenaraikan tanggungjawab bersama antara suami isteri
terhadap anak-anak;
6. Menjelaskan hukum nusyuz dan cara penyelesaiannya; dan
7. Memberi cadangan bagi menyelesaikan nusyuz dalam kehidupan
suami isteri.

 PENGENALAN
Selepas berlangsung akad nikah, maka bermulalah kehidupan baru sebagai
suami dan isteri. Anda perlu ketahui bahawa perkahwinan mempunyai kesan
dan implikasinya tersendiri yang wajib dilaksanakan oleh pasangan suami isteri.
Topik 4 ini membincangkan isu berkaitan dengan implikasi akad nikah seperti
mengadakan walimah, tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta perkara
yang melibatkan pergeseran suami isteri atau nusyuz.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

4.1 IMPLIKASI AKAD NIKAH TERHADAP


KEDUDUKAN SUAMI ISTERI
Dalam syariat Islam, setiap perbuatan itu mempunyai implikasinya tersendiri.
Begitu juga dengan akad nikah, ia mempunyai implikasinya tersendiri. Antara
kesan akad nikah terhadap kedudukan suami isteri adalah sebagaimana berikut:

(a) Halal bagi suami dan isteri melakukan hubungan seksual dalam bentuk
yang dihalalkan syarak. Firman Allah SWT:

Maksud: „Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan
sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertakwalah
kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya
(pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang beriman.‰
(Al-Baqarah: 223)

(b) Kewajipan menghormati antara satu sama lain. Dalam hal ini, isteri wajib
menghormati, mentaati dan menjadikan suami sebagai penguasa dirinya.
Isteri juga wajib menjaga rumah tangga suami sebaik mungkin dengan
tidak membenarkan orang asing memasuki rumah tanpa kebenaran dan
keredaan suami. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud: „⁄Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah
tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat
tidurmu (memasuki rumahmu).‰
(Hadis riwayat Muslim)

Isteri juga wajib menjaga maruah diri, kemuliaan dan kehormatan diri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: „Tidakkah kamu mahu aku
tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri
yang solehah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya,
apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada
bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  67

Dalam masa yang sama, suami juga wajib menghormati isterinya sebagai
teman hidupnya yang sah. Suami perlu menjauhkan diri dari perkara yang
tidak disenangi oleh isteri serta berusaha membahagiakan isteri dalam
kehidupan berkeluarga. Suami juga perlu menunjuk ajar dan berbincang
dengan isteri dalam membentuk sebuah keluarga bahagia yang diredai
Allah SWT.

(c) Bahagian yang sama kepada para isteri. Sekiranya suami berkahwin lebih
daripada satu, maka giliran antara isteri-isteri mestilah dilakukan secara
adil supaya tidak timbul isu ketidakadilan dalam giliran. Adil dalam
membahagi giliran merupakan hak bersama suami dengan isteri-isterinya
yang wajib dipatuhi.

(d) Suami dan isteri hendaklah bekerjasama ke arah pembentukan


keperibadian mulia sejajar dengan status seorang „suami" dan „isteri‰.
Suami dan isteri mestilah berusaha hidup bersama secara aman dan ke
arah ketaatan kepada Allah SWT. Suami sebagai ketua keluarga mestilah
bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Dalam masa yang sama
suami dan isteri juga hendaklah bekerjasama untuk mencapai ketaatan
yang optimum kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

Ÿ≅yèøgs†uρ $\↔ø‹x© (#θèδtõ3s? βr& #©|¤yèsù £⎯èδθßϑçF÷δÌx. βÎ*sù 4 Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ £⎯èδρçÅ°$tãuρ 4 ...

∩⊇®∪ #ZÏWŸ2 #Zöyz ÏμŠÏù ª!$#

Maksud:„...Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara


yang baik.‰

(Al-NisaÊ: 19)

!$yϑÎ/uρ <Ù÷èt/ 4’n?tã óΟßγŸÒ÷èt/ ª!$# Ÿ≅Òsù $yϑÎ/ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# ’n?tã šχθãΒ≡§θs% ãΑ%y`Ìh9$#

4 ª!$# xáÏym $yϑÎ/ É=ø‹tóù=Ïj9 ×M≈sàÏ≈ym ìM≈tGÏΖ≈s% àM≈ysÎ=≈¢Á9$$sù 4 öΝÎγÏ9≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ (#θà)xΡr&

ÆìÅ_$ŸÒyϑø9$# ’Îû £⎯èδρãàf÷δ$#uρ  ∅èδθÝàÏèsù  ∅èδy—θà±èΣ tβθèù$sƒrB ©ÉL≈©9$#uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

$wŠÎ=ã
t šχ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ¸ξ‹Î6y™ £⎯Íκön=tã (#θäóö7s? Ÿξsù öΝà6uΖ÷èsÛ&r ÷βÎ*sù ( £⎯èδθç/ÎôÑ$#uρ

∩⊂⊆∪ #ZÎ6Ÿ2

Juga firman-Nya yang bermaksud: „Jika isteri-isteri kamu mentaati kamu


maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.‰

(Al-NisaÊ: 34)

Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya, dari MuÊawiyah al-Qushairi,


ia berkata:

‫ ﻣَﺎ َﺗﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﻓِﻲ‬:ُ‫ ﹶﻓﻘﹸ ﹾﻠﺖ‬: ‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬،َ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ ﻭَﺳَﻠﱠﻢ‬
َ ‫ﹶﺃَﺗْﻴﺖُ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬
‫ ﻭَﻟﹶﺎ‬، ‫ ﻭَﺍ ﹾﻛﺴُﻮ ُﻫﻦﱠ ﻣِﻤﱠﺎ َﺗ ﹾﻜَﺘﺴُﻮ ﹶﻥ‬، ‫ " ﹶﺃ ﹾﻃ ِﻌﻤُﻮ ُﻫﻦﱠ ِﻣﻤﱠﺎ َﺗ ﹾﺄ ﹸﻛﻠﹸﻮ ﹶﻥ‬:‫ﹺﻧﺴَﺎِﺋﻨَﺎ؟ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬
. " ‫ﻀ ﹺﺮﺑُﻮ ُﻫﻦﱠ ﻭَﻟﹶﺎ ﺗُﻘﹶﺒﱢﺤُﻮﻫُﻦﱠ‬
ْ ‫َﺗ‬
Maksud: „Aku datang kepada Rasulullah SAW lalu aku bertanya:
„Bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami?‰
Sabdanya: „Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan,
berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu
pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: „(Sebaik-baik wanita


adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang
sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak
bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu
yang dibenci suaminya.‰
(Hadis riwayat al-NasaÊi)

(e) Menetapkan keturunan secara bersama. Setiap zuriat yang lahir hasil
perkongsian hidup sebagai suami isteri secara sah di sisi syarak berhak
dinasabkan (disandarkan) kepada bapa atau suami. Maka di sini tetapnya
hak penetapan keturunan yang menjamin zuriat yang berterusan bagi
sesebuah keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  69

(f) Hak mewarisi harta pusaka antara suami dan isteri. Ikatan perkahwinan
yang sah melayakkan isteri mewarisi harta suami dan begitu juga
sebaliknya. Hak perwarisan harta ini layak setelah akad nikah berlangsung
walaupun tanpa berlakunya persetubuhan sehinggalah ketika masih dalam
idah talak rajÊie selagi tiada halangan pewarisan harta.

AKTIVITI 4.1
Pada pandangan anda, sejauh manakah kursus perkahwinan yang
diwajibkan bagi pasangan bakal pengantin hari ini dapat
meningkatkan kesedaran, tanggungjawab suami isteri dan
mengurangkan kadar perceraian. Bincangkan.

4.2 WALIMAH
Mengadakan walimah atau resepsi pernikahan merupakan sunnah Rasulullah
SAW. Ia berasaskan kepada amalan Nabi Muhammad SAW bersama
sahabatnya. Hukum berkaitan walimah secara terperinci akan dibincangkan
dalam subtopik seterusnya.

4.2.1 Walimah: Definisi, Hukum dan Dalil


Walimah (ُ‫ ) َو ِل ْي َمة‬adalah perkataan Arab yang diambil dari kata asal al-walmu
(‫ )ال َو ْل ُم‬yang bererti perhimpunan. Ini kerana pasangan suami isteri pada ketika itu
berkumpul dalam satu majlis. Bentuk kata kerjanya adalah awlama (‫ )أَوْ لَ َم‬yang
bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan
kegembiraan selepas majlis pernikahan. Walimatul urus (‫ ) َو ِل ْي َمةُ ْالعُرس‬adalah
sebagai tanda pengumuman (majlis) untuk pernikahan yang menghalalkan
hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. Rajah 4.1 berikut
menunjukkan salah satu majlis walimah yang diadakan oleh masyarakat Melayu
Islam di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Rajah 4.1: Jemputan walimah mengambil makanan


Sumber: http://myplaygrungestudio.blogspot.com

Dari penjelasan ini dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan
walimah adalah jamuan makan yang diadakan bagi meraikan pernikahan
pasangan pengantin.

Hukum mengadakan walimah adalah sunat yang sangat dituntut (sunnah


muakkadah) oleh Islam serta mempunyai hikmahnya yang besar. Ia disarankan
oleh Rasulullah SAW walaupun hanya dengan seekor kambing. Tiada perbezaan
pendapat di antara fuqahak bahawa hukum mengadakan majlis perkahwinan
adalah sunnah dan sangat dituntut di dalam agama Islam.

Dalil mengadakan walimah merupakan sunnah Rasulullah SAW berdasarkan


amalan baginda SAW dan para sahabat. Dalam satu hadis, Anas bin Malik
berkata:

،‫ﺼ ِﻔﱠﻴ ﹶﺔ‬


َ ‫ﺙ ﹶﻟﻴَﺎ ﹴﻝ ﻳَﺒْﻨﹺﻲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ ﹺﺑ‬
‫ﹶﺃﻗﹶﺎ َﻡ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ َﺑْﻴ َﻦ َﺧْﻴَﺒ َﺮ ﻭَﺍﹾﻟ َﻤﺪِﻳَﻨ ِﺔ ﺛﹶﻼ ﹶ‬
‫ ﻣَﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﻓِﻴﻬَﺎ ِﻣ ْﻦ ﺧُﺒْ ﹴﺰ‬،َ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﱠﻠﻢ‬ َ ‫ﲔ ﹺﺇﻟﹶﻰ َﻭﻟِﻴ َﻤ ِﺔ َﺭﺳُﻮ ﹺﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ َ ‫ﹶﻓ َﺪ َﻋﻮْﺕُ ﺍﻟﹾﻤُﺴِْﻠ ِﻤ‬
‫ َﻭﺃﹸﻟﹾ ِﻘ َﻲ َﻋﹶﻠْﻴﻬَﺎ ﺍﻟﺘﱠ ْﻤ ُﺮ ﻭَﺍ َﻷِﻗﻂﹸ‬،ْ‫ﺴ ﹶﻄﺖ‬ ِ ‫ﻉ ﹶﻓُﺒ‬‫ ﻭَﻣَﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﺇﹺﻻ ﹶﺃ ﹾﻥ ﹶﺃ َﻣ َﺮ ﺑﹺﻼﻻ ﺑﹺﺎ َﻷْﻧﻄﹶﺎ ﹺ‬،‫ﺤﻢﹴ‬ ْ ‫ﻭَﻻ ﹶﻟ‬
.‫ﺴ ْﻤ ُﻦ‬
‫ﻭَﺍﻟ ﱠ‬
Maksud: „Nabi Muhammad SAW pernah berdiam selama tiga malam di daerah
antara Khaibar dan Madinah untuk bermalam bersama Safiyyah (isteri baru).
Lalu aku mengundang kaum muslimin menghadiri walimahnya. Dalam
walimah itu tiada roti dan daging. Yang ada baginda menyuruh Bilal
membentangkan tikar kulit. Lalu dihidangkan di atasnya buah kurma, susu
kering dan samin (keju).
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  71

Juga dalam satu peristiwa lain, dari Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi
Muhammad SAW pernah melihat kesan kekuningan pada badan Abdul Rahman
bin Auf, lalu baginda bertanya:

‫ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ‬.‫ﺐ‬


‫ ﹺﺇﻧﱢﻲ َﺗ َﺰ ﱠﻭ ْﺟﺖُ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ﹰﺓ ﻋَﻠﹶﻰ َﻭ ْﺯ ِﻥ َﻧﻮَﺍ ٍﺓ ِﻣ ْﻦ ﹶﺫ َﻫ ﹴ‬،ِ‫ ﻳَﺎ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬:‫ﻣَﺎ َﻫﺬﹶﺍ؟ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬
."‫ ﹶﺃ ْﻭِﻟ ْﻢ َﻭﹶﻟ ْﻮ ﹺﺑﺸَﺎ ٍﺓ‬،ِ‫ﻚ ﻓِﻴﻪ‬
َ ‫ " ﺑَﺎ َﺭ َﻙ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ ﹶﻟ‬:‫ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ‬
Maksud: "Apa ini?‰ Ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah
menikahi seorang perempuan dengan mas kahwin senilai satu biji emas (lima
dirham). Baginda bersabda: "Semoga Allah memberkatimu, laksanakanlah
walimah walaupun hanya dengan seekor kambing."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Ali bin Abu Talib telah meminang dan berkahwin
dengan Fatimah, puteri Nabi Muhammad SAW, baginda telah mengarahkan Ali
agar mengadakan walimah.

.‫ﺱ ِﻣ ْﻦ َﻭِﻟْﻴ َﻤ ٍﺔ‬


‫ ﹺﺇﱠﻧ ُﻪ ﹶﻟﺎُﺑ ﱠﺪ ِﻟ ﹾﻠ َﻌ ُﺮﻭ ﹺ‬:‫ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﱠﻠ َﻢ‬
ُ ‫ﺻﱠﻠﻰ ﺍ‬
َ ‫ﷲ‬
ِ ‫ﹶﻗﺎ ﹶﻝ َﺭ ُﺳﻮ ﹸﻝ ﺍ‬
Maksud: „Rasulullah SAW berkata (kepada Ali): Sesungguhnya mestilah bagi
pengantin diadakan majlis walimah.‰

(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmizi)

4.2.2 Kadar Walimah


Tiada penetapan kadar tertentu bagi majlis walimah. Namun Rasululah SAW
memberikan garis panduan umum sahaja iaitu „perlu diadakan majlis walimah
sekadar yang mampu dan tidak membebankan kedua-dua pihak suami dan
isteri‰. Kadar walimah juga boleh difahami dari perkataan Nabi Muhammad
SAW kepada Abdul Rahman bin ÂAuf apabila baginda mengetahui Abdul
Rahman baru sahaja bernikah, kata baginda:

‫ﹶﺃ ْﻭِﻟ ْﻢ َﻭﹶﻟ ْﻮ ﹺﺑﺸَﺎ ٍﺓ‬


Maksud: „Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.‰

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Berdasarkan hadis sebelum ini, kadar walimah tidaklah ditentukan. Dalam kes
walimah Nabi Muhammad SAW untuk Safiyyah amatlah ringkas. Walimah
tersebut hanyalah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang
dicampur dengan keju dan tepung di atas sumbangan para sahabat yang hadir.
Dalam kes Abdul Rahman bin Auf, walimah yang disarankan Nabi Muhammad
SAW mengikut kemampuan seseorang walaupun seekor kambing sahaja dan
bukannya unta atau seumpamanya. Ini kerana tujuan mengadakan majlis
walimah adalah sebagai tanda memaklumkan kepada masyarakat tentang
perkahwinan dan sebagai tanda bersyukur atas nikmat Allah SWT. Walimah
bukannya untuk menunjukkan kekayaan ataupun kehebatan. Kesimpulannya,
walimah diadakan mengikut kesesuaian dan kemampuan pihak suami dan
isteri.

4.2.3 Waktu Walimah


Fuqahak menjelaskan waktu walimah adalah setelah selesai akad pernikahan
dan setelah kedua pasangan bersama. Ini bermaksud walimah tidak diadakan
ketika akad nikah berlangsung atau sebaik akad nikah, tetapi diadakan setelah
pasangan suami isteri bersama (bersetubuh). Ini berdasarkan saranan Nabi
Muhammad SAW kepada Abdul Rahman bin Auf pada hari-hari selepas
pernikahannya agar diadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.
Begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW, baginda mengadakan walimah
untuk perkahwinannya dengan isteri-isterinya selepas persetubuhan.

4.2.4 Hikmat Disyariatkan Walimah


Antara hikmah disyariatkan walimah adalah:

(a) Sebagai Tanda Syukur


Walimah diadakan untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT
yang melimpahi rahmat ke atas pasangan selepas majlis akad berjaya
diadakan tanpa sebarang kesulitan.

(b) Perhimpunan Sanak Saudara


Majlis walimah mampu menghimpunkan dan berjumpa dengan kaum
kerabat yang berjauhan. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi
hubungan kasih-sayang dan persaudaraan.

(c) Sebagai Pemakluman


Walimah diadakan untuk memaklumkan kepada masyarakat umum
bahawa pasangan suami isteri sudah diijabkabulkan. Pemberitahuan ini
dapat membuktikan perbezaan di antara perkahwinan mengikut syarak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  73

dengan perzinaan yang dilarang dan dapat mengelakkan daripada


sebarang sangkaan buruk dan tohmahan dalam kalangan masyarakat.

(d) Dapat Mendatangkan Suasana Kegembiraan antara Dua Belah Pihak


Keluarga Pengantin
Majlis perkahwinan yang dimeriahkan dengan iringan nasyid dan paluan
gendang secara syarak menambahkan lagi kemeriahan dan kegembiraan
kedua belah pihak keluarga pengantin dan juga kedua mempelai yang
diraikan.

4.2.5 Hukum Menghadiri Undangan Walimah


Apabila membicarakan hukum menghadiri undangan walimah, prinsip umum
adalah wajib bagi yang diundang atau dijemput memenuhi undangan tersebut.
Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu ÂUmar r.a., beliau
berkata, Rasulullah SAW bersabda:

.‫ﺇ ﹶﺫﺍ ُﺩ ِﻋ َﻲ ﹶﺃ َﺣ ُﺪ ﹸﻛ ْﻢ ﹺﺇﹶﻟﻰ ﺍﻟ َﻮِﻟﻴ َﻤ ِﺔ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴ ﹾﺄِﺗ َﻬﺎ‬


Maksud: „Apabila salah seorang di antara kamu diundang ke majlis walimah,
hendaklah dia menghadirinya.‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Juga hadis daripada Abu Hurairah r.a. iaitu Rasulullah SAW bersabda:

.‫ﷲ َﻭ َﺭ ُﺳﻮﹶﻟ ُﻪ‬


َ ‫ﺼﻰ ﺍ‬
َ ‫ﺐ ﺍﻟ ﱠﺪ ْﻋ َﻮ ﹶﺓ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ َﻋ‬
ْ ‫ﺠ‬
‫َﻭ َﻣ ْﻦ ﹶﻟ ْﻢ َﻳ ﹺ‬
Maksud: „Dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan, maka sesungguhnya ia
telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.‰
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain bermaksud: „Dan barangsiapa yang meninggalkan


undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.‰

(Hadis riwayat Bukhari).

Fuqahak bersepakat menjelaskan wajib menghadiri undangan walimah. Ini


merupakan pendapat Ibnu ÂAbdil Barr, Imam al-SyafiÊi, Imam Ahmad, Ibnu
Hazm dan Imam al-Nawawi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Walaupun begitu, menghadiri undangan ke majlis walimah boleh ditinggalkan


sekiranya terdapat keuzuran tertentu. Ini adalah sebagaimana penjelasan berikut:

(a) Apabila di dalam majlis walimah tersebut mengandungi hidangan syubhah


(tidak jelas status halalnya), mengandungi perkara atau aktiviti maksiat
seperti menyediakan minuman keras, makanan tidak halal, mendedahkan
aurat dan aktiviti nyanyian serta muzik yang melanggar batasan syarak. Ini
berdasarkan tegahan Rasulullah SAW, dari Umar al-Khatab r.a., Nabi
Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: „Sesiapa beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana
dihidangkan minuman keras (khamar).‰

(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Maka dalam keadaan sebegini kehadiran tidak menjadi wajib.

(b) Apabila terdapat pengkhususan atau pengasingan undangan iaitu orang


yang mengundang ke majlis walimah membeza-bezakan di antara yang
kaya dengan yang miskin atau orang awam dan tokoh masyarakat. Ini
berdasarkan hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

...ُ‫ﺲ ﺍﻟ ﱠﻄ َﻌﺎ ُﻡ ﹶﻃ َﻌﺎ ُﻡ ﺍﹾﻟ َﻮِﻟْﻴ َﻤ ِﺔ ﻳُﺪْﻋَﻰ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ ﺍ َﻷ ﹾﻏﹺﻨﻴَﺎ ُﺀ َﻭﻳُﺘْ َﺮﻙُ ﺍﻟﹾ َﻤﺴَﺎ ِﻛﻴْﻦ‬
َ ‫ﹺﺑﹾﺌ‬
Maksud: „Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah (kenduri),
yang dijemput hanya orang-orang kaya sahaja dengan meninggalkan
orang-orang miskin...‰
(Hadis riwayat Muslim)

(c) Uzur yang dengannya menyebabkan seseorang boleh meninggalkan solat


Jumaat seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, salji yang tebal, jalan
yang bermasalah dan berbahaya, kerana takutkan musuh, takut hilangnya
harta dan yang lain seumpama.

4.2.7 Digalakkan Mengundang Orang Bertakwa


(Soleh)
Pihak pengantin yang mengadakan majlis walimah digalakkan mengundang
orang bertakwa dan soleh ke majlis tersebut. Ini adalah sebagaimana hadis
Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: „Janganlah kamu bersahabat
kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan
melainkan oleh orang-orang yang bertakwa.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  75

Juga hadis daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berdoa kepada SaÊad
bin ÂUbadah yang menghidangkan kismis (anggur kering) untuknya dengan kata
baginda (maksud): „Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para
malaikat mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu.‰
(Hadis riwayat Ahmad)

4.2.8 Status Orang yang Berpuasa Menghadiri


Walimah
Timbul persoalan status orang yang berpuasa memenuhi undangan walimah.
Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

.‫ َﻭﹺﺇ ﹾﻥ ﹶﻛﺎ ﹶﻥ ُﻣ ﹾﻔ ِﻄ ًﺮﺍ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴ ﹾﻄ َﻌ ْﻢ‬،‫ﺼ ﱢﻞ‬


َ ‫ﺻﺎِﺋ ًﻤﺎ ﹶﻓ ﹾﻠُﻴ‬
َ ‫ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬،‫ﺐ‬
ْ ‫ﺠ‬
‫ﹺﺇ ﹶﺫﺍ ﺩُ ِﻋ َﻲ ﹶﺃ َﺣ ُﺪ ﹸﻛ ْﻢ ﹶﻓ ﹾﻠُﻴ ﹺ‬
Maksud: „Apabila seseorang di antara kamu diundang (ke majlis makan),
hendaklah dia memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa
hendaklah dia mendoakan (keberkatan), dan jika dia tidak berpuasa hendaklah
dia makan.‰
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan wajib bagi seseorang memenuhi undangan walaupun


dia sedang berpuasa. Dibolehkan bagi seseorang yang berpuasa untuk
menghadiri undangan sahaja tanpa menikmati hidangan dan dianjurkan
mendoakan orang yang mengundangnya dengan keberkatan. Namun, jika dia
mahu, dia boleh berbuka puasa untuk memakannya sekiranya puasa sunat dan
dalam hal ini puasanya tidak wajib diganti.

4.2.9 Anjuran Mendoakan Pasangan Pengantin


Islam menganjurkan supaya kaum kerabat dan tetamu yang menghadiri
undangan walimah agar mendoakan kebaikan, keberkatan dan memohonkan
keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang
mengundang ke majlis makan walimah. Di antara doa-doa yang disunatkan
kepada kita untuk berdoa dengannya adalah sebagaimana berikut:

(a) Doa untuk Pasangan Pengantin

(i) Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW jika


memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau
akan berkata:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

‫ﻚ َﻭ َﺟ َﻤ َﻊ َﺑْﻴَﻨ ﹸﻜﻤَﺎ ﻓِﻲ َﺧْﻴ ﹴﺮ‬


َ ‫ﻚ َﻭﺑَﺎ َﺭ َﻙ َﻋﹶﻠْﻴ‬
َ ‫ﷲ ﹶﻟ‬
ُ ‫ﺑَﺎ َﺭ َﻙ ﺍ‬
Maksud: „Semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu,
memberikan keberkatan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di
dalam kebaikan.‰
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

(ii) Rasulullah SAW berkata kepada Abdul Rahman bin ÂAuf:

…‫ﻚ‬
َ ‫ﷲ ﹶﻟ‬
ُ ‫ﺑَﺎ َﺭ َﻙ ﺍ‬
Maksud: „Semoga Allah memberkatimu...‰
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Antara doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika menikahkan ÂAli dan
Fatimah ialah:
‫ َﻭﺑَﺎ َﺭ َﻙ ﻟﹶﻬُﻤَﺎ ِﻓ ْﻲ ﹺﺑﻨَﺎِﺋ ﹺﻬﻤَﺎ‬،‫ﺍﹶﻟّﹶﻠ ُﻬ َّﻢ ﺑَﺎ ﹺﺭ ْﻙ ِﻓْﻴ ﹺﻬﻤَﺎ‬
Maksud: „Ya Allah, berkatilah mereka berdua dan berkatilah perkahwinan
mereka berdua.‰
(Hadis riwayat Thabrani di dalam al-Kabir)

Ucapan tahniah atau doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah yang
terbaik. Rasulullah SAW sentiasa mendoakan keberkatan untuk kedua
pengantin. Islam tidak menggalakkan ucapan-ucapan yang tidak
sewajarnya sebagaimana menjadi kebiasaan dan popular dalam kalangan
umat Islam pada masa ini seperti ucapan:

„Selamat pengantin baru.‰

„Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.‰

Ini adalah kerana, Rasulullah SAW sendiri telah melarang perbuatan


seperti itu sebagaimana yang dijelaskan oleh ÂUqail bin Abu Thalib. Ini
berlaku ketika ÂUqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam.
Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan:

„Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.‰

ÂUqail pun berkata, „Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana


Rasulullah SAW telah melarangnya).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  77

Kamu ucaplah sebagaimana ucapan Nabi:

‫ﹶﺍﹶﻟﹼﻠ ُﻬ َّﻢ ﺑَﺎ ﹺﺭ ْﻙ ﹶﻟ ُﻬ ْﻢ ﺑَﺎ ﹺﺭ ْﻙ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ ْﻢ‬


Maksud: „Semoga Allah memberkatimu di dalam kesenangan atau pun
kesusahan‰.
(Hadis riwayat Al-NasaÊi, Ibn Majah dan Ahmad)

(b) Doa untuk Orang yang Mengundang Makan


Rasulullah SAW mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a. dan keluarganya
(ayahnya) ketika baginda selesai dijamu makanan dengan berkata:

‫ ﻭَﺍ ْﺭ َﺣ ْﻤ ُﻬ ْﻢ‬،ْ‫ ﻭَﺍﻏﹾﻔِﺮ ﻟﹶﻬُﻢ‬،ْ‫ﹶﺍﹶﻟﹼﻠ ُﻬ َّﻢ ﺑَﺎ ﹺﺭ ْﻙ ﹶﻟ ُﻬ ْﻢ ﻓِﻲ ﻣَﺎ َﺭ َﺯ ﹾﻗَﺘ ُﻬﻢ‬
Maksud: „Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau
berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.‰

(Hadis Riwayat Muslim)

Islam menganjurkan bagi mereka yang diundang untuk mengucapkan


terima kasih di atas undangan yang diberikan. Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: „Tidak bersyukur kepada
Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

4.2.10 Memberi Hadiah dan Membantu Menjayakan


Walimah
Fuqahak menjelaskan digalakkan bagi jiran dan kaum kerabat sama-sama
membantu menjayakan majlis walimah dan juga memberikan hadiah kepada
pengantin. Ini berdasarkan hadis dari Anas bin Malik r.a., beliau berkata:
„Setelah Nabi Muhammad SAW menikahi Shafiyah, pada pagi harinya baginda
pun bersabda: „Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah
disumbangkan‰. Setelah tikar daripada kulit dihampar, ada sahabat yang
menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan
minyak sapi. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju,
tepung dan minyak).‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Berdasarkan hadis ini, digalakkan orang-orang kaya dan yang memiliki


kelebihan (bekalan) dan juga tenaga untuk memberikan sumbangan menjayakan
majlis walimah saudaranya.

AKTIVITI 4.2
Lakukan kajian tentang amalan majlis walimah dalam kalangan
masyarakat Melayu pada masa kini. Kategorikan sama ada ianya
dilaksanakan secara syarie ataupun tidak. Sokong pandangan anda
dengan dalil syarak bagi setiap contoh amalan tersebut.

4.3 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI


Setelah membicarakan hukum berkaitan dengan resepsi perkahwinan dan
perkara berkaitan dengannya, hukum-hakam berkaitan tanggungjawab suami
isteri akan dibincangkan. Seseorang yang telah mendirikan rumah tangga
hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang
menantinya. Tanggungjawab dari segi bahasa bermaksud kewajipan yang mesti
dipikul oleh seseorang. Kedua-dua pasangan suami isteri mestilah dengan rasa
penuh insaf menghayati dan melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab
masing-masing. Perbincangan seterusnya adalah tentang tanggungjawab
penting suami dan isteri dalam berumah tangga.

4.3.1 Tanggungjawab Seorang Suami terhadap


Isterinya
Tanggungjawab dan kewajipan seorang suami yang wajib ditunaikan terhadap
isterinya boleh dikategorikan kepada dua tanggungjawab utama. Pertama
adalah tanggungjawab material yang terdiri daripada mas kahwin serta nafkah
zahir dan batin dan yang kedua nafkah tidak berbentuk material seperti bersikap
adil, elok pergaulan dan menghormati isteri. Nafkah dari segi istilah bermaksud
perbelanjaan yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan asas. Ini melibatkan
semua perkara asas yang diperlukan oleh manusia seperti makanan, minuman
pakaian dan tempat tinggal. Ini jelas dari firman Allah SWT:

...‫ﻑ‬
ِ ‫ﻭَﻋﻠﹶﻰ ﺍﻟﹾﻤَﻮْﻟﹸﻮﺩِ ﹶﻟﻪُ ﹺﺭ ْﺯﹸﻗ ُﻬ َّﻦ ﻭَﻛِﺴْﻮَﺗُﻬُﻦَّ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌﺮُﻭ‬...
Maksud: „...Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada
ibu itu menurut cara yang sepatutnya...‰
(Al-Baqarah: 233)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  79

Juga firman-Nya:

...‫ِﻟﻴُﻨ ِﻔ ْﻖ ﺫﹸﻭ َﺳ َﻌ ٍﺔ ِﻣ ْﻦ َﺳ َﻌِﺘ ِﻪ َﻭ َﻣ ْﻦ ﻗﹸ ِﺪ َﺭ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ ﹺﺭ ْﺯﻗﹸﻪُ ﹶﻓ ﹾﻠﻴُﻨ ِﻔ ْﻖ ِﻣ َﻤّﺎ ﺁﺗَﺎ ُﻩ ﺍﻟﹶّﻠ ُﻪ‬
Maksud: „Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya. Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi
nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya...‰
(Al-Talak: 7)

Juga berdasarkan nasihat Nabi Muhammad SAW kepada isteri Abu Sufyan iaitu
Hindun binti ÂUtbah apabila ia bertemu dengan Nabi Muhammad SAW
menjelaskan bahawa Abu Sufyan seorang kedekut dan amat berkira dalam
perbelanjaan harian. Hadis dari Aisyah r.a., ia berkata:

:‫ﺖ‬ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹶﻓﻘﹶﺎﹶﻟ‬


َ ‫ﺖ ِﻫْﻨ ٌﺪ ﹺﺑﻨْﺖُ ﻋُْﺘَﺒ ﹶﺔ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃﺓﹸ ﹶﺃﺑﹺﻲ ﺳُﻔﹾﻴَﺎ ﹶﻥ ﻋَﻠﹶﻰ َﺭﺳُﻮ ﹺﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ْ ‫َﺩ َﺧﹶﻠ‬
‫ﻳَﺎ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﹺﺇﻥﱠ ﹶﺃﺑَﺎ ﺳُﻔﹾﻴَﺎﻥﹶ َﺭ ُﺟ ﹲﻞ َﺷﺤِﻴ ٌﺢ ﻟﹶﺎ ﻳُﻌْﻄِﻴﻨﹺﻲ ِﻣ ْﻦ ﺍﻟﱠﻨ ﹶﻔ ﹶﻘ ِﺔ ﻣَﺎ ﻳَﻜﹾﻔِﻴﻨﹺﻲ َﻭَﻳ ﹾﻜﻔِﻲ َﺑﹺﻨ ﱠﻲ‬
‫ﺡ؟ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻَﻠﱠﻰ‬ ‫ﻚ ِﻣ ْﻦ ُﺟﻨَﺎ ﹴ‬
َ ‫ﹺﺇﻟﱠﺎ َﻣﺎ ﹶﺃ َﺧ ﹾﺬﺕُ ِﻣ ْﻦ ﻣَﺎِﻟ ِﻪ ﹺﺑ َﻐْﻴ ﹺﺮ ِﻋ ﹾﻠ ِﻤ ِﻪ ﹶﻓ َﻬ ﹾﻞ َﻋﹶﻠ ﱠﻲ ﻓِﻲ ﹶﺫِﻟ‬
.‫ﻚ‬
ِ ‫ﻚ َﻭَﻳ ﹾﻜﻔِﻲ َﺑﻨﹺﻴ‬ ِ ‫ﻑ ﻣَﺎ َﻳ ﹾﻜﻔِﻴ‬
ِ ‫ ُﺧﺬِﻱ ِﻣ ْﻦ ﻣَﺎِﻟ ِﻪ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌﺮُﻭ‬:‫ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ‬
Maksud: „Hindun Binti ÂUtbah, isteri Abu Sufyan menemui Rasulullah SAW
seraya berkata: „Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki
yang kedekut, tidak memberikan nafkah kepadaku dengan nafkah yang
mencukupi untukku dan anakku kecuali daripada apa yang aku ambil dari
hartanya tanpa pengetahuannya. Apakah aku berdosa kerana hal itu? Rasulullah
SAW menjawab: „Ambillah dari hartanya dengan cara ÂmaÊrufÊ apa yang cukup
buatmu dan anakmu.‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Secara terperinci tanggungjawab suami adalah sebagaimana berikut:

(a) Tanggungjawab Material


(i) Mas kahwin
Wajib ke atas suami menyerahkan mas kahwin kepada isterinya
selepas berlaku akad pernikahan. Ini sama ada mas kahwin tersebut
disebut semasa akad nikah ataupun tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

...‫ﺤﹶﻠ ﹰﺔ‬
ْ ‫ﺻ ُﺪﻗﹶﺎِﺗ ﹺﻬ َّﻦ ﹺﻧ‬
َ ‫ﻭَﺁﺗُﻮﺍ ﺍﻟّﹺﻨﺴَﺎ َﺀ‬
Maksud: „Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang
kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan...‰
(Al-NisaÊ: 4)

(ii) Nafkah zahir


Nafkah zahir bermaksud perbelanjaan yang dikeluarkan oleh suami
untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan oleh isterinya
secara zahir seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
Nafkah zahir antaranya sebagaimana berikut:
 Menyediakan makanan dan minuman dengan cara yang baik
Suami bertanggungjawab memastikan segala keperluan makanan,
minuman serta keperluan dapur yang lain disediakan dengan
cara yang baik. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW
yang bermaksud: „Engkau (suami) wajib memberinya makan jika
engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau
berpakaian...‰
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban);

 Menyediakan pakaian dan keperluan peribadi dengan cara yang


baik
Suami bertanggungjawab menyediakan segala keperluan pakaian
sesuai dengan status isterinya sama ada sebagai suri rumah, guru,
pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan sebagainya dengan cara
yang baik. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW dalam
hadis sebelumnya yang bermaksud: „Engkau (suami) wajib
memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian
jika engkau berpakaian...‰
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban); dan
 Memberikan belanja harian
Suami bertanggungjawab menyediakan belanja harian isteri
dengan kadar yang sewajarnya dan sesuai dengan kemampuan
suami dan profesion isteri. Nafkah harian ini mestilah daripada
sumber yang halal. Sekiranya suami cuai menjalankan
tanggungjawab ini, isteri berhak mengambil duit suami mengikut
keperluan. Ini berdasarkan nasihat Nabi Muhammad SAW
kepada Hindun binti Abi ÂUtbah dalam hadis yang dibincangkan
sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  81

(iii) Nafkah batin


Nafkah batin bermaksud kewajipan suami memberikan nafkah asas
kepada isteri seperti hubungan seksual yang sewajarnya. Suami
berkewajipan memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun
hanya sekali dalam masa empat bulan. Keadaan ini ditetapkan
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: „Kepada orang-
orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-
isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan.
Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.‰
(Al-Baqarah :226)

(iv) Tempat tinggal


Suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang sesuai
dari segi syarak kepada isteri untuk menginap. Ini berdasarkan
kemampuan dan kedudukan kewangan seorang suami. Ini
berdasarkan firman Allah SWT:
...‫ﹶﺃ ْﺳ ِﻜﻨُﻮ ُﻫ َّﻦ ِﻣ ْﻦ َﺣﻴْﺚﹸ َﺳ ﹶﻜْﻨُﺘ ْﻢ ِﻣ ْﻦ ُﻭ ْﺟ ِﺪ ﹸﻛ ْﻢ‬
Maksud: „Tempatkanlah isteri-isteri kamu itu di tempat kediaman kamu
sesuai dengan kemampuan kamu...‰
(Al-Talak: 6)

(b) Tanggungjawab Bukan Material


Tanggungjawab bukan material adalah kewajipan suami yang melibatkan
akhlak, tingkah laku dan persepsi sebagai ketua rumah tangga dengan
menjadikan pergaulan sehariannya dengan isteri dengan cara yang baik,
adil dan penuh kasih-sayang, secara terperinci sebagaimana berikut:

(i) Sebagai ketua keluarga dan pelindung kepada isteri serta anak-anak
Suami bertanggungjawab berusaha memenuhi keperluan asas hidup
berkeluarga seperti ajaran agama, pendidikan, rumah kediaman,
pakaian, keperluan harian dan makan minum.

(ii) Bergaul dengan baik


Suami bertanggungjawab bergaul dengan sebaik mungkin dengan
isteri, berakhlak mulia dan berlembut dan melakukan tugas yang
dapat menyenangkan hati isteri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Allah SWT menjelaskan dalam firman-Nya:

...‫ﻑ‬
ِ ‫ َﻭﻋَﺎ ِﺷﺮُﻭ ُﻫ َّﻦ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌﺮُﻭ‬...
Maksud: „...Dan bergaullah dengan mereka secara patut...‰
(Al-NisaÊ: 19)
Juga firman-Nya:

...‫ﻑ‬
ِ ‫ َﻭﹶﻟ ُﻬ َّﻦ ِﻣﺜﹾﻞﹸ ﺍّﹶﻟﺬِﻱ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ َّﻦ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌﺮُﻭ‬...
Maksud: „...Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti
kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan
cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syaraÊ)...‰
(Al-Baqarah: 228)

Di antara tanda berbuat baik seorang suami adalah ia tidak menyakiti


isteri sama ada secara fizikal atau mental. Dalam hal ini, Nabi
Muhammad SAW telah menetapkan kedudukan hukum. Hadis dari
Jabir bin Abdullah, sabdanya:

‫ﺤﹶﻠﹾﻠُﺘ ْﻢ ﹸﻓﺮُﻭ َﺟ ُﻬﻦﱠ ﹺﺑ ﹶﻜِﻠ َﻤ ِﺔ‬


ْ ‫ﺍﺗﱠﻘﹸﻮﺍ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﰲ ﺍﻟﱢﻨﺴَﺎ ِﺀ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻜﹸ ْﻢ ﺃﹶﺧَﺬﹾﺗُﻤُﻮﻫُﻦﱠ ﹺﺑﹶﺄﻣَﺎ ِﻥ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﻭَﺍ ْﺳَﺘ‬
‫ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﻭﹶﻟﻜﹸ ْﻢ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ ﱠﻦ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻟﹶﺎ ﻳُﻮ ِﻃﹾﺌ َﻦ ﻓﹸﺮُ َﺷﻜﹸ ْﻢ ﺃﹶﺣَﺪًﺍ َﺗﻜﹾ َﺮﻫُﻮَﻧﻪُ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ﹶﻓ َﻌﹾﻠ َﻦ ﺫﻟﻚ‬
‫ﻑ‬
ِ ‫ﺴ َﻮﺗُﻬُ ﱠﻦ ﺑﹺﺎﹾﻟ َﻤ ْﻌﺮُﻭ‬
ْ ‫ﺡ َﻭﹶﻟﻬُ ﱠﻦ َﻋﹶﻠْﻴ ﹸﻜ ْﻢ ﹺﺭ ْﺯﹸﻗ ُﻬﻦﱠ َﻭ ِﻛ‬
‫ﺿ ْﺮﺑًﺎ ﻏﲑ ُﻣَﺒﺮﱢ ﹴ‬ َ ‫ﺿ ﹺﺮﺑُﻮ ُﻫﻦﱠ‬
ْ ‫ﻓﹶﺎ‬
Maksud: „Bertakwalah kamu dalam urusan para wanita (isteri-isteri
kamu), kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan
amanah dari Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka
dengan kalimat Allah. Hak kamu atas mereka adalah mereka tidak
boleh mengizinkan seorang pun yang tidak kamu sukai untuk
menginjak permaidani kamu (memasuki rumah kamu), sekiranya
isteri-isteri kamu melakukan demikian, maka pukullah mereka
dengan pukulan yang tidak mencederakan. Kamu mestilah memberi
belanja dan pakaian dengan cara yang baik kepada mereka.‰

(Hadis riwayat Muslim)

Prinsip umum dalam pergaulan adalah Nabi Muhammad SAW


menegah umatnya menyakiti dan bertindak zalim sesama manusia.
Maka dengan isteri lebih ditekan dan diutamakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  83

(iii) Berbuat adil dalam pembahagian


Suami bertanggungjawab berlaku adil sekiranya mempunyai isteri
lebih daripada seorang. Ini termasuklah pembahagian giliran
bermalam, nafkah dan pakaian. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: „Siapa sahaja yang mempunyai dua orang isteri,
kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu
pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau
tertatih-tatih.‰
(Hadis riwayat Tirmizi)

Berbuat adil dalam pembahagian diperincikan seperti berikut:


 Giliran bermalam
Minimum tidur bersama isteri sekali dalam setiap empat hari.
Ketetapan seperti ini pernah dilakukan pada masa Umar bin al-
Khattab. Ketetapan ini diambil berdasarkan firman Allah SWT
yang bermaksud: „...Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi
dua, tiga, atau empat...‰
(Al-NisaÊ: 3)

Ini bermaksud, jika seorang suami itu mempunyai empat orang


isteri (maksimum) maka jarak giliran bermalam antara setiap
orang isteri adalah empat hari. Berdasarkan mafhum ayat, empat
hari adalah had maksimum bagi suami melayani hak tidur
bersama isteri, walaupun isterinya hanyalah seorang sahaja.

 Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal


bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya.
Jika isterinya seorang janda suami hendaklah tinggal bersamanya
selama tiga hari dari tarikh pernikahan. Ini diambil dari sabda
Rasulullah SAW yang maksudnya: „Bagi gadis tujuh hari,
sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali
kepada isterinya yang lama.‰
(Hadis riwayat Muslim)
(iv) Suami disunatkan memberikan izin kepada isterinya jika ingin
melihat saudaranya yang sakit, menziarahi ibubapa atau jika ada
kematian.
(v) Memberi keizinan menuntut ilmu fardhu ain. Ini sekiranya suami
tidak mampu untuk memberi pendidikan fardhu Âain kepada isteri.
(vi) Memberi keizinan membeli keperluan harian dapur di pasar. Ini
sekiranya suami tidak mampu untuk menyediakan keperluan harian
sebagai contoh kerana kesibukan tugas dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

4.3.2 Tanggungjawab Seorang Isteri terhadap


Suaminya
Isteri juga mempunyai tanggungjawab tersendiri terhadap suaminya. Antara
tanggungjawab dan kewajipan yang mesti ditunaikan oleh seorang isteri
terhadap suaminya ialah:

(a) Mentaati Suami


Isteri wajib mentaati suaminya dalam semua hal. Isteri tidak boleh
membantah apa jua yang datang dari suaminya apabila ianya membawa
kepada kebaikan walaupun kurang disenanginya. Namun demikian,
seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya
dengan perkara yang membebankan. Satu keadaan yang dibenarkan
syarak bagi isteri tidak mentaati suami apabila arahan ke arah kemaksiatan
kepada Allah. Kewajipan taat berdasarkan ketentuan Allah SWT, firman-
Nya:
...‫ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ﹶﺃ ﹶﻃﻌَْﻨﻜﹸﻢْ ﹶﻓﻠﹶﺎ َﺗﺒْﻐُﻮﺍ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ ﱠﻦ َﺳﺒﹺﻴ ﹰﻞ‬...
Maksud: „...Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian
mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka...‰
(Al-NisaÊ :34)

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: „Sekiranya aku dibolehkan


menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan
menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.‰

(Hadis riwayat Tirmizi);

(b) Bergaul dengan Suami Secara Baik


Seorang isteri perlu melayan suaminya semasa berada dalam rumah
dengan baik. Isteri juga perlu berhias diri untuk suami, bersikap manja,
prihatin serta sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

(c) Menjaga Harta Suami


Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan milik suaminya. Ketentuan ini
diambil dari sabda Rasulullah yang bermaksud: „(Sebaik-baik wanita
adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang
sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak
bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu
yang dibenci suaminya.‰
(Hadis riwayat al-NasaÊi);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  85

(d) Menemani atau Berpergian Bersama Suaminya Jika Diajak


Ini kerana menemani suami semasa ia bermusafir atau tugasan luar
merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.

(e) Tidak Mendedahkan Rahsia Rumah Tangga


Isteri mestilah menyimpan rahsia rumah tangga dan suaminya. Isteri tidak
boleh menyinggung perasaan suaminya dengan menyebarkan berita yang
boleh mencalar kehormatan dan nama baik suami kepada orang lain.

(f) Isteri Wajib Melayani Suami Jika Suami Mahu Bersamanya


Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri
dan hak bagi suami. Sentiasa bersedia untuk hubungan seksual dengan
suaminya apabila dipinta. Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi
Muhammad SAW bersabda:

‫ﻼِﺋ ﹶﻜﺔﹸ َﺣﺘﱠﻰ‬


‫ﺖ ﹶﺃ ﹾﻥ َﺗﺠﹺﻰ َﺀ ﹶﻟ َﻌَﻨْﺘﻬَﺎ ﺍﻟﹾ َﻤ ﹶ‬
ْ ‫ﹺﺇﺫﹶﺍ َﺩﻋَﺎ ﺍﻟﺮﱠ ُﺟ ﹸﻞ ﺍﻣْ َﺮﹶﺃَﺗﻪُ ﹺﺇﻟﹶﻰ ِﻓﺮَﺍ ِﺷ ِﻪ ﹶﻓﹶﺄَﺑ‬
‫ﺼﹺﺒ َﺢ‬
ْ ُ‫ﺗ‬
Maksud: „Jika seorang lelaki (suami) mengajak isterinya untuk tidur
bersama, lalu isteri enggan memenuhinya, maka malaikat akan
melaknatnya hingga waktu Subuh‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim);

(g) Tidak Membenar Siapa Masuk ke dalam Rumah Tanpa Izin Suami
Begitu juga keluar rumah tanpa izin suami. Dalil sabda Nabi Muhammad
SAW, dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

،ِ‫ َﻭ ﹶﻻ َﺗ ﹾﺄ ﹶﺫ ﹶﻥ ﻓِﻰ َﺑْﻴِﺘ ِﻪ ﹺﺇ ّﹶﻻ ﹺﺑﹺﺈ ﹾﺫﹺﻧﻪ‬،ِ‫ﺤ ّﹸﻞ ِﻟ ﹾﻠ َﻤ ْﺮﹶﺃ ِﺓ ﹶﺃ ﹾﻥ َﺗﺼُﻮ َﻡ َﻭ َﺯ ْﻭ ُﺟﻬَﺎ ﺷَﺎ ِﻫ ٌﺪ ﹺﺇ ّﹶﻻ ﹺﺑﹺﺈ ﹾﺫﹺﻧﻪ‬ ِ ‫ﹶﻻ َﻳ‬
‫ﺖ ِﻣ ْﻦ َﻧ ﹶﻔ ﹶﻘ ٍﺔ َﻋ ْﻦ ﹶﻏْﻴ ﹺﺮ ﹶﺃ ْﻣ ﹺﺮ ِﻩ ﹶﻓﹺﺈَّﻧ ُﻪ ﻳُ َﺆ َﺩّﻯ ﹺﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ َﺷ ﹾﻄﺮُﻩ‬
ْ ‫ﻭَﻣَﺎ ﹶﺃْﻧ ﹶﻔ ﹶﻘ‬
Maksud: „Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunnah),
sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia tidak boleh
mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa izin darinya. Dan jika ia
menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami
mendapat setengah pahalanya‰.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

(h) Mengerjakan Ibadat Sunat


Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan
ibadat sunat seperti puasa sunat. Hal ini didasarkan sabda Rasulullah
SAW:

‫ﹶﻻ َﺗﺼُﻮ ُﻡ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﺮﹶﺃﺓﹸ َﻭَﺑ ْﻌﹸﻠﻬَﺎ ﺷَﺎ ِﻫ ٌﺪ ﹺﺇﻻﱠ ﹺﺑﹺﺈ ﹾﺫﹺﻧ ِﻪ ﹶﻏْﻴ َﺮ َﺭ َﻣﻀَﺎ ﹶﻥ‬
Maksud: „Tidak boleh seorang wanita berpuasa selain puasa Ramadhan
sedangkan suaminya sedang ada (tidak berpergian) kecuali dengan izin
suaminya.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Apa yang dibincangkan di atas hanyalah sebahagian daripada tanggungjawab di


antara suami dan isteri di dalam kehidupan rumah tangga. Jika suami tidak
menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya, suami tersebut telah melakukan
kesalahan. Begitu juga, jika seorang isteri tidak menjalankan tanggungjawabnya
terhadap suami ia telah melakukan nusyuz.

AKTIVITI 4.3

Berdasarkan fenomena isteri bekerja masa kini, bincangkan hukum


isteri keluar bekerja dan kedudukan memberi nafkah setelah isteri
mempunyai pendapatan sendiri?

4.4 TANGGUNGJAWAB BERSAMA TERHADAP


ANAK-ANAK
Tanggungjawab bersama antara suami dan isteri terhadap anak-anak dalam
membesarkan mereka secara ringkasnya bolehlah dirujuk kepada Jadual 4.1
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  87

Jadual 4.1: Tanggungjawab Bersama terhadap Anak-anak

Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab


Peringkat
Suami Isteri Bersama
Semasa hubungan Membaca doa
seksual
Ketika anak dalam  Memastikan Memberikan  Melakukan solat
kandungan sumber makanan makanan halal Qiamullail
yang halal  Membaca ayat al-
 Menyediakan Quran
makanan halal  Berdoa
 Berakhlak mulia
Ketika dilahirkan  Diazan dan  Memberikan Dinamakan dengan
diiqamatkan susu badan nama yang baik
 Diaqiqahkan  Menjaga
 Dicukur kepala kesihatan bayi

 Bersedekah
Ketika sudah  Diajarkan solat  Dididik dengan
mumayyiz  Diajar membaca akhlak yang baik
al-Quran  Diajar adab
 Adab bersama makan
orang tua  Diasingkan
 Adab bersama tempat tidur
guru
 Adab bersama
rakan
 Adab berpakaian
Setelah berumur  Kalau tidak solat  Didik berpuasa
sepuluh tahun dipukul sunat
 Diajar menghafaz  Diajarkan halal
al-Quran / hadis dan haram
 Diajar sejarah  Diajar pahala dan
Rasul dan dosa
sahabat-sahabat  Diajar berdoa
Nabi  Berakhlak mulia
 Diasingkan
tempat tidur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Tanggungjawab bersama ini adalah sebagai panduan bagi suami dan isteri.
Banyak lagi tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dari semasa ke
semasa berdasarkan keperluan sesebuah keluarga.

4.5 NUSYUZ: HUKUM DAN CARA


PENYELESAIAN
Nusyuz merupakan perbincangan terakhir dalam topik ini. Nusyuz adalah
pelanggaran isteri terhadap perintah dan larangan suami secara mutlak. Syariat
Islam telah menetapkan bahawa seorang isteri mesti patuh dan taat terhadap
perintah suaminya. Apabila seorang suami melarang isterinya berhias diri
(bertabarruj) di luar rumah namun isterinya tidak mematuhi arahan suaminya
maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz. Apabila suami menyuruh isterinya
menutup aurat di hadapan tetamunya di dalam rumah, jika isterinya melanggar
larangan suaminya itu, maka isteri tersebut telah melakukan nusyuz.

4.5.1 Nusyuz: Definisi dan Hukum


Nusyuz dari segi bahasa bermaksud derhaka. Ibn Faris dalam kitabnya MuÂjam
Maqayis al-Lughah berkata: Isteri nusyuz bermaksud menderhakai suaminya.

Nusyuz dari segi istilah bermaksud suami atau isteri tidak mentaati pasangan
masing-masing dari segi hak-hak suami isteri. Isteri nusyuz bermaksud isteri
menderhakai dan tidak mentaati suami sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah
SWT.

Hukum nusyuz adalah haram. Nusyuz merupakan salah satu daripada dosa
besar dalam Islam. Ini berdasarkan penegasan Nabi Muhammad SAW terhadap
kes-kes nusyuz.

Antaranya sabda Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah r.a.:

‫ﻼِﺋ ﹶﻜﺔﹸ‬
‫ ﹶﻟ َﻌَﻨْﺘﻬَﺎ ﺍﻟﹾ َﻤ ﹶ‬، ‫ﺕ َﻭﻫُ َﻮ ﻏﹶﻀْﺒَﺎﻥﹸ‬
َ ‫ ﹶﻓﺒَﺎ‬، ‫ﺖ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ‬
ْ ‫ ﹶﻓﹶﺄَﺑ‬، ‫ﹺﺇﺫﹶﺍ َﺩﻋَﺎ ﺍﻟﺮﱠ ُﺟ ﹸﻞ ﺍﻣْ َﺮﹶﺃَﺗﻪُ ﹺﺇﻟﹶﻰ ِﻓﺮَﺍ ِﺷ ِﻪ‬
.‫ﺼﹺﺒ َﺢ‬
ْ ُ‫َﺣﺘﱠﻰ ﺗ‬
Maksud: „Apabila seorang lelaki (suami) mengajak isterinya ke tempat tidur,
isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah, malaikat akan
melaknat isteri tersebut sehingga subuh.‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  89

4.5.2 Bagaimana Nusyuz Berlaku


Nusyuz boleh berlaku sama ada dari pihak isteri atau pihak suami. Bentuk
perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz adalah berdasarkan al-
Quran dan penegasan Nabi Muhammad SAW. Penegasan al-Quran berdasarkan
firman Allah SWT:
…‫ ﻭَﺍﻟﻠﱠﺎﺗِﻲ َﺗﺨَﺎﻓﹸﻮ ﹶﻥ ُﻧﺸُﻮ َﺯ ُﻫﻦﱠ‬...
Maksud: „...Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya (melakukan
derhaka...)‰.
(Al-NisaÊ: 34)

Nusyuz dalam ayat ini bererti derhaka atau ingkar. Oleh itu maksud ayat ini
ialah, sekiranya kamu bimbang kederhakaan dan sikap meninggi diri mereka
(isteri) daripada mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, iaitu
mentaati suami, maka itu adalah satu bentuk keingkaran terhadap suami. Begitu
juga keengganan isteri bersama suaminya pada waktu malam.

Fuqahak menjelaskan bentuk-bentuk penderhakaan isteri yang boleh membawa


kepada nusyuz, antaranya:
(a) Sikap membenci suami;
(b) Keluar rumah tanpa izin suami atau dengan tiada sebab syarie;
(c) Menghalang suami memasuki rumah;
(d) Meninggi diri daripada suaminya;
(e) Tidak mentaati atau meninggalkan perintah suami;
(f) Menjauhi dan mengelakkan diri daripada suami yang menyebabkan
suaminya marah;
(g) Memandang rendah terhadap suami dan perintahnya; dan
(h) Menimbulkan kemarahan suami.

4.5.3 Tindakan Isteri yang Dianggap Nusyuz


Isteri dianggap nusyuz apabila terdapat tanda-tanda nusyuz seperti
disenaraikan dalam subtopik 4.5.2. Ini dapat dikesan sama ada dalam perbuatan
atau perkataan. Melalui perbuatan seperti menjauhkan diri, bermasam muka dan
enggan memberi respons ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah
sebelumnya dia bersikap mesra. Melalui perkataan seperti berinteraksi dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

suami dengan jawapan atau perkataan yang kasar iaitu ia tidak bersikap begitu
sebelumnya. Jadual 4.2. berikut menjelaskan perlakuan tersebut:

Jadual 4.2: Tindakan yang Boleh Dianggap Nusyuz

Tindakan yang Boleh Dianggap sebagai Nusyuz


Perkataan Perbuatan
 Bercakap kasar luar dari kebiasaan/  Tidak melayan suami dengan baik dan
meninggikan suara; bermasam muka;
 Isteri menimbulkan kemarahan  Enggan tidur bersama suaminya;
suami (provokasi); dan  Tidak endahkan panggilan suami
 Bercakap dengan suaminya tanpa dengan membuat halnya sendiri;
adab ataupun tidak sopan seperti  Menghalang suami daripada
menengking dan mengeluarkan kata- menyetubuhinya tanpa alasan yang
kata kesat terhadap suaminya. munasabah seperti sakit;
 Isteri yang melakukan ibadah tertentu
tanpa kebenaran suami seperti
berpuasa sunat ataupun tidak
melakukan ibadah wajib seperti
sembahyang, berpuasa di bulan
Ramadhan, dan sebagainya;
 Tidak membuka pintu rumah supaya
suami boleh masuk; dan
 Bermusafir tanpa kebenaran dan
keredaan suami.

4.5.4 Kaedah Penyelesaian Nusyuz


Apakah tindakan yang sewajarnya diambil oleh suami sekiranya isteri nusyuz?
Jika isteri menunjukkan tanda-tanda nusyuz seperti Jadual 4.2 sebelum ini, maka
suami mestilah melakukan tindakan-tindakan seperti berikut:

Tahap Pertama:

(a) Suami hendaklah bersabar menghadapi karenah isteri;

(b) Suami hendaklah memberi nasihat dan peringatan tentang kewajipan yang
telah ditentukan Allah SWT iaitu isteri mestilah bergaul dengan baik dan
mengiktiraf kedudukan suami. Juga mengingatkan isteri kemurkaan Allah
SWT dan balasan-Nya terhadap isteri yang derhaka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  91

(c) Mengingatkan isteri balasan syurga menanti isteri yang mentaati dan
berbuat baik kepada suami. Sabda Rasulullah SAW:

‫ﳉﱢﻨ ﹶﺔ‬
‫ﺖﺍ ﹶ‬
ْ ‫ﺽ َﺩ َﺧﹶﻠ‬
‫ﺖ َﻭ َﺯ ْﻭ ُﺟ َﻬﺎ َﻋْﻨ َﻬﺎ َﺭﺍ ﹴ‬
ْ ‫ﹶﺃﱡﻳ َﻤﺎ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ٍﺓ َﻣﺎَﺗ‬
Maksud: „Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan
suami reda kepadanya, dia akan masuk syurga.‰
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah);

(d) Sekiranya isteri masih berkeras maka pisahkan dari tempat tidur. Ini
bermaksud suami tidak tidur bersamanya dan tidak menyetubuhi
isterinya.

Dalil sabda Nabi Muhammad SAW:

‫ﺠﺮُﻭ ُﻫ َّﻦ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟ َﻤﻀَﺎ ﹺﺟ ﹺﻊ‬


ُ ‫ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ِﺧ ﹾﻔُﺘ ْﻢ ُﻧﺸُﻮ َﺯ ُﻫ َّﻦ ﻓﹶﺎ ْﻫ‬
Maksud: „Sekiranya kamu (suami) takut isteri kamu derhaka kepada
kamu, maka jauhilah mereka di tempat tidur.‰
(Hadis riwayat Abu Daud); dan

(e) Langkah seterusnya dibenarkan suami memukul isteri dengan niat


mendidik. Pukulan tersebut mestilah tidak mencederakan, tidak terlalu
menyakitkan, tidak melukakan, tidak mematahkan tulang dan tidak
memukul di muka dan tempat lain yang boleh mencacatkan.

Dalil bersandarkan firman Allah SWT:

‫ﺿ ﹺﺮﺑُﻮ ُﻫﻦﱠ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ‬


ْ ‫ﺠﺮُﻭ ُﻫﻦﱠ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟ َﻤﻀَﺎ ﹺﺟ ﹺﻊ ﻭَﺍ‬ ُ ‫ﻭَﺍﻟﻠﱠﺎﺗِﻲ َﺗﺨَﺎﻓﹸﻮ ﹶﻥ ُﻧﺸُﻮ َﺯ ُﻫﻦﱠ ﹶﻓ ِﻌﻈﹸﻮ ُﻫﻦﱠ ﻭَﺍ ْﻫ‬...
.‫ﺎ ﹶﻛﹺﺒﲑًﺍ‬‫ﹶﺃ ﹶﻃﻌَْﻨﻜﹸﻢْ ﻓﹶﻠﹶﺎ َﺗﺒْﻐُﻮﺍ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬ ﱠﻦ َﺳﺒﹺﻴﻠﹰﺎ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﻋِﻠﻴ‬
Maksud: „...Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka
nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan
pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka
mentaati kamu, janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menghukum
mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.‰
(Al-NisaÊ: 34)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Perhatian: Perlu diingat sebelum menasihati isteri, suami sepatutnya


terlebih dahulu memeriksa dan melakukan muhasabah diri, mencari
kelemahan dan kesalahan diri. Inilah yang adil bagi isteri dan bijak bagi
seorang yang diberikan kuasa dan kelebihan oleh Allah SWT.

Tahap Kedua:
Membawa perkara kepada pemerintah (hakim).

(a) Hakim mestilah melantik dua orang pengantara yang Islam, adil dan tahu
cara menyelesaikannya. Disunatkan seorang wakil dari keluarga suami dan
isteri dengan syarat mendapat persetujuan suami isteri sebagai wakil
masing-masing. Tujuan pengantara untuk mencari perdamaian dan
penyelesaian terbaik. Mesti berusaha bersungguh-sungguh mendamaikan
pasangan suami isteri;

(b) Sekiranya gagal, pengantara hendaklah menceraikan antara suami isteri


sekiranya itu jalan penyelesaiannya. Sekiranya tidak mencapai kata
sepakat, hakim hendaklah melantik dua pengantara yang lain;

(c) Sekiranya gagal, suami mewakilkan kepada pengantara untuk


menceraikan isterinya dan menerima bayaran khuluk (tebus talak)
daripada isterinya. Isteri juga hendaklah mewakilkan kepada
pengantaranya untuk menyerahkan bayaran tersebut jika dia waras dan
menerima perceraian tersebut; dan

(d) Sekiranya suami isteri tidak bersetuju dengan pengantara kedua kerana
tiada apa-apa perkembangan, pemerintah hendaklah menghukum suami
isteri atau yang menzalimi.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

‫ﻕ َﺑﻴْﹺﻨ ﹺﻬﻤَﺎ ﻓﹶﺎْﺑ َﻌﺜﹸﻮﺍ َﺣ ﹶﻜﻤًﺎ ِﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﻫِﻠ ِﻪ َﻭ َﺣ ﹶﻜﻤًﺎ ِﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﻫِﻠﻬَﺎ ﹺﺇ ﹾﻥ ُﻳﺮﹺﻳﺪَﺍ‬


َ ‫َﻭﹺﺇ ﹾﻥ ِﺧ ﹾﻔُﺘ ْﻢ ِﺷﻘﹶﺎ‬
.‫ﺻﻠﹶﺎﺣًﺎ ﻳُ َﻮﱢﻓ ﹺﻖ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﺑْﻴَﻨﻬُﻤَﺎ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﻋﻠِﻴﻤًﺎ َﺧﹺﺒﲑًﺍ‬
ْ ‫ﹺﺇ‬
Maksud: „Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua
(suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka,
iaitu) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.
Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak
mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua-dua (suami isteri itu)
berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat
Mendalam pengetahuan-Nya.‰
(Al-NisaÊ: 35)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  93

4.5.5 Suami Nusyuz


Nusyuz juga berlaku kepada suami. Ini sekiranya suami berlaku zalim ke atas
isteri seperti tidak berlaku adil dalam pembahagian giliran atau hak nafkah,
bertindak kasar terhadap isteri serta melakukan penderaan fizikal dan mental.
Begitu juga tiada komunikasi yang baik, tidak memenuhi kepuasan seksual,
menghina dan mengasari.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

‫ﺼِﻠﺤَﺎ َﺑﻴَْﻨﻬُﻤَﺎ‬
ْ ‫ﺡ َﻋﹶﻠْﻴ ﹺﻬﻤَﺎ ﹶﺃ ﹾﻥ ُﻳ‬
َ ‫ﺖ ِﻣ ْﻦ َﺑ ْﻌِﻠﻬَﺎ ُﻧﺸُﻮﺯًﺍ ﹶﺃ ْﻭ ﹺﺇ ْﻋﺮَﺍﺿًﺎ ﹶﻓﻠﹶﺎ ُﺟﻨَﺎ‬ْ ‫َﻭﹺﺇ ِﻥ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃ ﹲﺓ ﺧَﺎﹶﻓ‬
‫ﺴﻨُﻮﺍ َﻭَﺗﱠﺘﻘﹸﻮﺍ ﹶﻓﹺﺈﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﹺﺑﻤَﺎ‬
ِ‫ﺤ‬ ْ ُ‫ﺸ ﱠﺢ َﻭﹺﺇ ﹾﻥ ﺗ‬
‫ﺕ ﺍﹾﻟﹶﺄْﻧﻔﹸﺲُ ﺍﻟ ﱡ‬
ِ ‫ﻀ َﺮ‬
ِ ْ‫ﺼ ﹾﻠ ُﺢ َﺧْﻴ ٌﺮ َﻭﺃﹸﺣ‬
‫ﺻ ﹾﻠﺤًﺎ ﻭَﺍﻟ ﱡ‬ ُ
.‫َﺗ ْﻌ َﻤﻠﹸﻮ ﹶﻥ َﺧﹺﺒﲑًﺍ‬
Maksud: „Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh
dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang
sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka).‰
(Al-NisaÊ: 128)

Jika suami yang melakukan nusyuz, maka isteri perlulah mengambil tindakan
berikut:

(a) Mestilah bersabar dengan karenah suami. Banyakkan berdoa agar suami
berubah;

(b) Memperingatkan suami tentang kewajipan bergaul dengan baik (husnu al-
mu`asyarah) terhadap isteri seperti dijelaskan dalam ayat 19 surah al-NisaÊ
yang bermaksud: „Bergaullah dengan isteri-isteri dengan cara yang patut
(baik)‰. Memperingatkannya hadis Rasulullah SAW yang menyatakan
lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya.
Sabda Nabi Muhammad SAW:

‫َﺧْﻴﺮُﻛﹸ ْﻢ َﺧْﻴﺮُﻛﹸ ْﻢ ِﻟﹶﺄ ْﻫِﻠ ِﻪ َﻭﹶﺃﻧَﺎ َﺧْﻴﺮُﻛﹸ ْﻢ ِﻟﹶﺄ ْﻫﻠِﻲ‬


Maksud: „Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap
keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kamu terhadap
keluargaku.‰
(Hadis riwayat Muslim);

(c) Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

(d) Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada hakim untuk
dia mendapatkan semua haknya dan isteri tidak mampu mendapatkan
haknya tanpa kuasa hakim atau kadi. Hakim bertanggungjawab memaksa
suami menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya;

(e) Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan
bertindak memukul serta bertindak biadab terhadap isteri, maka hakim
hendaklah menjatuhkan hukuman takzir ke atasnya; dan

(f) Jika ini juga tidak berhasil, hakam hendaklah dilantik bagi melakukan
suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah bercerai.

4.5.6 Kesan Nusyuz


Fuqahak menjelaskan seorang isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat
sebarang nafkah daripada suaminya sehinggalah isteri tersebut kembali
menjalankan tanggungjawab kepada suaminya. Sekiranya suami yang nusyuz,
isteri berhak untuk tidak menunaikan tanggungjawab seorang isteri terhadap
suaminya. Penyelesaian yang terakhir setelah langkah-langkah perundingan
dilakukan dan tidak menunjukkan sebarang hasil maka dalam keadaan ini
penyelesaiannya adalah bercerai.

AKTIVITI 4.4
Analisis peruntukan Enakmen Undang-Undang Kekeluargaan Islam
negeri-negeri di Malaysia berkaitan perbuatan suami dan isteri yang
boleh dianggap sebagai nusyuz.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Jelaskan kesan akad nikah terhadap kedudukan suami isteri.


2. Huraikan dua dalil al-Quran berkaitan dengan pensyariatan
kahwin.
3. Senaraikan empat hikmah disyariatkan walimah.
4. Bezakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri serta
tanggungjawab bersama antara suami isteri terhadap anak-anak.
5. Jelaskan hukum nusyuz dan cara penyelesaiannya.
6. Cadangkan dua cara yang efektif mengelak berlakunya nusyuz.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH  95

 Akad nikah dalam Islam mempunyai kesannya tersendiri terhadap


kedudukan suami dan isteri.

 Hukum asal mengadakan walimah adalah sunat yang dititikberatkan,


namun boleh bertukar menjadi haram sekiranya majlis walimah bercampur
dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

 Hikmah disyariatkan walimah adalah sebagai tanda melahirkan rasa syukur


kepada Allah SWT, di samping memberitahu tentang ikatan perkahwinan,
mengeratkan hubungan persaudaraan dan menggembirakan pengantin dan
keluarga.

 Akad nikah menjadikan setiap suami dan isteri mempunyai tanggungjawab


tersendiri yang wajib dilaksanakan terhadap pasangan masing-masing.

 Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab bersama terhadap anak-anak di


bawah jagaan mereka.

 Nusyuz merupakan perlakuan yang dilakukan oleh isteri atau suami yang
menyebabkan berlaku penderhakaan terhadap pasangan masing-masing.

 Nusyuz perlu diselesaikan sama ada melalui nasihat, meninggalkan tempat


tidur atau dengan meminta khidmat nasihat hakim.

 Setiap pasangan suami isteri mestilah berusaha menjaga adab perkahwinan


dan memperbaiki kualiti perhubungan dengan pasangan masing-masing
supaya tidak terjadinya nusyuz.

Adil Orang tengah


Bekerjasama Kadi
Hakim Syukur
Hormat Tanggungjawab material
Nusyuz Walimah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 IMPLIKASI SELEPAS AKAD NIKAH

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The family structure in Islam. USA: American
Trust Publication.

Al-Ghamrawi, Muhammad al-Zuhri. (t.t.). Al-Siraj al-Wahhaj ÂAla Matn al-


Minhaj. Darul Fikri li al-Nashr.

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-undang
Kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Al-SanÊani, Muhammad bin Ismail. (1987). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-
Maram min JamÊie Adillati al-Ahkam. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid 1. Amman:


Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php (8/1/2013)

http://hadith.al-islam.com/Loader (10/1/2013)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Poligami
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dalil keharusan poligami dalam Islam;
2. Menerangkan hikmah pensyariatan poligami dalam Islam;
3. Membezakan keadaan sunat, makhruh dan haram berpoligami;
4. Menerangkan asas penetapan bermalam antara isteri-isteri;
5. Mengkategorikan pembahagian giliran malam antara anak dara dan
janda yang baru dikahwini;
6. Menjelaskan kesan menghalang poligami terhadap individu dan
masyarakat; dan
7. Mencadangkan kaedah terbaik memberi kefahaman kepada
individu dan masyarakat tanggungjawab berpoligami yang sebenar.

 PENGENALAN
Antara syariat Islam yang sesuai dengan fitrah dan keperluan hidup
bermasyarakat manusia adalah membenarkan suami mempunyai isteri lebih
daripada satu. Beristeri lebih daripada satu atau berpoligami mempunyai
hukum dan hikmahnya yang tersendiri. Dalam topik ini, hukum-hakam, isu
yang berkaitan poligami dan hikmat pensyariatannya akan dibincangkan.
Perbincangan mengenai pembahagian giliran bermalam juga akan dihuraikan
secara terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 POLIGAMI

5.1 POLIGAMI DAN HIKMAT PENSYARIATAN


Anda perlu ketahui bahawa agama Islam mengharuskan bagi seorang lelaki
berkahwin lebih daripada seorang. Ini sama ada dengan tujuan untuk
menambah zuriat, mengelak fitnah, menjaga kemaslahatan wanita, mengelak
daripada berlaku perbuatan maksiat dan kemaslahatan awam. Namun begitu,
anda harus ingat kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik
kepada kaum lelaki untuk mengeksploitasi kedudukan wanita tetapi ia
merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya ingin dipraktikkan.

5.1.1 Poligami: Definisi dan Dalil


Poligami dari segi bahasa bermaksud amalan beristeri lebih daripada satu orang
pada masa yang sama. Dalam bahasa Arab, poligami disebut taÂaddud al-zawjat
(‫ )تعدد الزوجات‬iaitu mempunyai isteri yang berbilang-bilang. Asal perkataan
taÂaddud bererti bilangan, manakala perkataan al-zawjat diambil daripada
perkataan al-zawjatu (‫ )الزوجة‬yang bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila
digabungkan membawa erti isteri yang banyak atau berbilang-bilang.

Secara umum poligami didefinisikan sebagai seorang suami yang berkahwin


lebih daripada seorang. Lawan kepada perkataan poligami adalah monogami
yang membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Poligami juga
berlawanan dengan perkataan poliandri, iaitu amalan bersuami lebih daripada
seorang dalam satu-satu masa.

Dalil diharuskan bagi suami berpoligami berdasarkan firman Allah SWT:

...‫ﻉ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ِﺧ ﹾﻔُﺘ ْﻢ ﹶﺃﻻﱠ َﺗ ْﻌ ِﺪﻟﹸﻮﹾﺍ ﹶﻓﻮَﺍ ِﺣ َﺪ ﹰﺓ‬


َ ‫ﺙ َﻭ ُﺭﺑَﺎ‬
‫ﻼ ﹶ‬
‫ﺏ ﻟﹶﻜﹸﻢ ﱢﻣ َﻦ ﺍﻟﻨﱢﺴَﺎﺀ ﻣَﺜﹾﻨَﻰ َﻭﺛﹸ ﹶ‬
َ ‫ ﻓﹶﺎﻧ ِﻜﺤُﻮﹾﺍ ﻣَﺎ ﻃﹶﺎ‬...
Maksudnya: „...Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan,
dua, tiga atau empat orang. Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah
seorang sahaja...‰
(Al-NisaÊ: 3 )

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah memberi kebenaran kepada
suami untuk berkahwin lebih daripada satu. Pensyariatan ini tidak boleh
dipersoalkan lagi. Bagi kaum wanita, mereka tidak boleh sama sekali
mengingkari atau mempersendakan hukum dan ketetapan Allah SWT ini. Walau
bagaimanapun, ia bukan alasan untuk lelaki atau suami berhujah melaksanakan
poligami dengan sewenangnya. Berpoligami memerlukan kefahaman yang jelas
serta insaf akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh suami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  99

AKTIVITI 5.1

Bincangkan sebab utama kecenderungan suami untuk berkahwin


lebih daripada satu pada hari ini.

5.1.2 Hukum Berpoligami


Sebagaimana dijelaskan sebelum ini hukum poligami adalah harus. Namun
begitu, seseorang yang merancang untuk berpoligami mestilah mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. Ini supaya perkara-
perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Poligami yang diamalkan dengan
baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia
dan di akhirat. Sebaliknya poligami yang diasaskan atas desakan hawa nafsu
tanpa mengikut syariat Islam akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah. Fuqahak
membenarkan seorang suami beristeri lebih daripada seorang dan had
maksimumnya adalah empat orang isteri pada satu masa.

Walaupun hukum asal poligami adalah harus dan dibolehkan namun ia boleh
bertukar menjadi makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan suami.
Secara terperinci, hukum berpoligami bagi suami boleh dirujuk dalam Jadual 5.1
berikut:

Jadual 5.1: Hukum Berpoligami bagi Suami dalam Islam

Hukum Keadaan dan Hujah


Sunat  Apabila seorang suami memerlukan isteri yang lain. Ini
berlaku apabila suami tidak cukup dengan hanya satu isteri,
atau isterinya sakit atau mandul sedangkan beliau sangat
mengkehendaki anak. Suami juga berasa mampu berlaku
adil kepada isteri-isterinya.
 Sebab: Ini kerana suami mempunyai kebaikan serta maslahat
yang sah di sisi syarak.
Makruh  Sekiranya berpoligami bukan kerana keperluan tetapi hanya
untuk menambah keseronokan semata-mata. Suami juga
meragui kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-
isterinya.
 Sebab: Suami berpoligami bukan kerana keperluan dan
maslahat syarak. Juga boleh memberi mudarat kepada isteri-
isteri disebabkan tidak mampu berlaku adil antara mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 POLIGAMI

Haram  Jika seorang suami yakin tidak mampu berlaku adil terhadap
isteri-isterinya kerana miskin atau kelemahannya. Suami juga
tidak yakin bahawa dirinya mampu mengawal kecenderungan
dan sifat prejudisnya.
 Sebab: Suami akan memberi kemudaratan kepada isteri-
isterinya.

Fuqahak menjelaskan bahawa tidak semua suami boleh berpoligami dan


mengambil jalan mudah untuk berpoligami. Keharusan berpoligami untuk lelaki
atau suami boleh dilaksanakan apabila keadaan-keadaan berikut dimiliki atau
dapat dipenuhi oleh suami, antaranya:

(a) Suami adalah seorang yang sihat dari segi rohani dan jasmaninya serta
mempunyai sifat bertanggungjawab;
(b) Suami mempunyai kemampuan material yang mencukupi untuk
menanggung isteri-isteri, anak-anak dan orang yang berada di bawah
tanggungannya;
(c) Suami bersedia dan mampu memberi serta menunjukkan sifat kasih-
sayang terhadap isteri-isteri, anak-anak dan orang yang berada di bawah
tanggungannya dengan saksama dan adil yang sewajarnya;
(d) Suami bersedia dan mampu untuk menjadi ketua dan pelindung kepada
isteri-isterinya dan anak-anak serta orang yang berada di bawah
tanggungannya berhubung keperluan harian, kesihatan, keselamatan,
pendidikan, agama dan kebajikan sosial;
(e) Isteri yang sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri
kerana sakit atau selalu keuzuran; dan
(f) Isteri yang sedia ada tidak dapat melahirkan anak atau zuriat kerana
kemandulan atau penyakit.

5.1.3 Poligami Rasulullah SAW


Dalam membicarakan isu berpoligami, contoh terbaik adalah sebagaimana
amalan berpoligami Rasulullah SAW. Apakah objektif utama Nabi Muhammad
SAW berpoligami?

Setelah kematian isteri pertama baginda SAW iaitu Khadijah binti Khuwailid
r.a., Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Sawdah binti Zam'ah yang
kematian suami. Sawdah merupakan wanita yang sudah berusia iaitu sekitar 66
tahun. Tujuan perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Sawdah adalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  101

untuk melindungi akidah dan kehidupannya yang miskin. Begitu juga


perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Zainab binti Khuzaimah, seorang
janda tua miskin yang suaminya syahid semasa perang Uhud. Zainab juga
mempunyai ramai anak.

Dari sudut sosial, Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah r.a. dan Hafsah r.a.
atas dasar menghargai orang tua mereka yang sangat membantu baginda dalam
kerja dakwah iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a.
Perkahwinan Rasulullah dengan Ummu Salamah yang turut serta dalam
penghijrahan ke Habsyah dan Madinah adalah untuk menjaga dan mendidik
anak-anak Ummu Salamah yang masih kecil selepas kematian suaminya.

Poligami Rasulullah SAW juga ada kaitan dengan politik dan dakwah.
Contohnya, perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Ummu Salamah
adalah kerana ia dari kalangan orang kenamaan di samping memiliki sifat
terpuji. Rasulullah SAW mengahwininya untuk menguatkan ikatan kasih-sayang
antara kerabat dan kabilah isterinya supaya mereka turut sama memeluk Islam.

Secara umum dapatlah difahami bahawa objektif poligami Rasulullah SAW


adalah untuk menjaga akidah, membela yang miskin, menjaga kebajikan anak-
anak serta menjaga hubungan dakwah, politik dan kekeluargaan.

5.1.4 Isu Adil dan Kasih Sayang dalam Berpoligami


Fuqahak menjelaskan keadilan yang menjadi kewajipan bagi seorang suami
yang berpoligami ialah keadilan dari segi nafkah zahir. Nafkah zahir ini adalah
seperti perbelanjaan harian, pergaulan yang baik, tempat tinggal, giliran
bermalam di kalangan para isteri, serta melaksanakan kewajipan sebagai suami
terhadap isteri-isterinya dari segi menjaga kesihatan, keselamatan dan
pembelajaran agama. Penjelasan ini menunjukkan bukanlah suatu yang mudah
bagi suami yang ingin berpoligami untuk mengaku bahawa ia mampu berlaku
adil terhadap isteri-isterinya. Rajah 5.1 menunjukkan contoh salah seorang
selebriti yang menjalankan poligami iaitu Ashraf Muslim bersama isteri-isteri
dan anak sulung mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 POLIGAMI

Rajah 5.1: Ashraf Muslim bersama-sama dua orang isteri dan anak sulung mereka
Sumber: http://www.wanista.com

Keadilan dalam berpoligami bermakna suami melihat isteri dalam satu dimensi
yang sama. Suami tidak membezakan kecantikan, umur, profesion dan perkara
lain yang berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri. Suami perlu jujur
menunaikan hak setiap isteri mengikut kemampuan. Ini kerana suami
bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di atas sifat amanah dan
tanggungjawabnya.

Bagaimana pula dalam keadaan melibatkan perasaan, kasih-sayang dan


persoalan hati? Dalam hal ini, keadilan dari segi persoalan hati termasuklah
perasaan kasih-sayang bukanlah keadilan yang mesti diperoleh oleh isteri-isteri
secara adil sepenuhnya. Ini kerana seorang suami atau manusia secara
umumnya tidak dapat menguasai hatinya yang menjadi punca perasan kasih-
sayang. Allah SWT menjelaskan betapa sukarnya berlaku adil apabila
melibatkan perasaan kasih-sayang. Firman Allah SWT:

...‫ﺻُﺘ ْﻢ‬
ْ ‫ﺴَﺘﻄِﻴﻌُﻮﹾﺍ ﺃﹶﻥ َﺗ ْﻌ ِﺪﻟﹸﻮﹾﺍ َﺑْﻴ َﻦ ﺍﻟﻨﱢﺴَﺎﺀ َﻭﹶﻟ ْﻮ َﺣ َﺮ‬
ْ ‫ﻭَﻟﹶﻦ َﺗ‬
Maksud: "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isterimu
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian...".
(Al-NisaÊ: 129)

Ayat tersebut menjelaskan keadilan yang perlu dilaksanakan oleh suami adalah
keadilan nafkah zahir. Dalam keadaan yang melibatkan perasaan dan kasih
sayang, seorang suami tidak mampu berlaku adil sepenuhnya. Oleh itu, seorang
suami tidak mampu mengarahkan hati agar menyamakan kasih-sayang
terhadap semua isterinya. Namun begitu, seorang suami tidak boleh terlalu
cenderung kepada salah seorang daripada isteri-isterinya sehingga membawa
kepada kezaliman dan kemudaratan kepada yang lain. Bagi suami yang
berpoligami memadai adil dengan cara berusaha untuk berlaku adil terhadap
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 POLIGAMI  103

isteri-isterinya. Ini ditegaskan lagi oleh pengakuan Nabi Muhammad SAW


setelah baginda berusaha untuk berlaku adil antara isteri-isteri baginda,
sabdanya:
ُ‫ﺍﻟّﹶﻠ ُﻬ َّﻢ َﻫﺬﹶﺍ ﻗﹶﺴْﻤِﻲ ﻓِﻴﻤَﺎ ﹶﺃ ْﻣِﻠﻚُ ﻓﹶﻼ َﺗﻠﹸﻤْﻨﹺﻲ ﻓِﻴﻤَﺎ َﺗ ْﻤِﻠﻚُ ﻭَﻻ ﹶﺃ ْﻣِﻠﻚ‬
Maksud: „Ya Allah! Sesungguhnya inilah pembahagian yang aku mampu
berikan (nafkah, giliran bermalam dan lain-lain), maka janganlah Engkau
mencerca aku dalam perkara yang Engkau miliki tetapi aku tidak memilikinya
(urusan hati dalam kasih-sayang, dan sebagainya).‰

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadis ini menjelaskan pengakuan Nabi Muhammad SAW setelah berusaha


sekadar yang mampu untuk berlaku adil dalam hal kasih-sayang dan selebihnya
Nabi Muhammad SAW berserah kepada Allah SWT.

5.2 HIKMAH PENSYARIATAN POLIGAMI


Antara hikmah disyariatkan poligami di dalam Islam adalah:

(a) Menjamin kemuliaan agama Islam dan menjaga kehormatan umatnya dari
sebarang maksiat dan perlanggaran hukum syariat;
(b) Memberi ruang kepada suami untuk memenuhi nafsunya dengan cara
yang halal;
(c) Menutup dan mencegah berleluasanya perzinaan dan pelacuran yang
membawa kepada bertambah bilangan anak luar nikah dan pengguguran;
(d) Realiti semasa yang bilangan kaum perempuan lebih ramai daripada lelaki
sama ada disebabkan oleh nisbah kelahiran yang tidak seimbang,
peperangan, dan seumpamanya;
(e) Mengelak kaum perempuan daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak
bertanggungjawab; dan
(f) Bagi mencapai objektif perkahwinan iaitu mendapat zuriat. Sekiranya isteri
mandul maka tidak tercapai objektif tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 POLIGAMI

AKTIVITI 5.2

Realiti hari ini terdapat banyak kes yang melibatkan poligami berakhir
dengan perceraian. Dengan merujuk kepada kes-kes di mahkamah,
analisa punca utama berlakunya perceraian selepas berpoligami.

5.3 PEMBAHAGIAN GILIRAN BERMALAM


Pembahagian giliran bermalam di antara isteri-isteri atau dalam bahasa Arab „al-
qasmu‰ (‫س ُم‬ ْ َ‫ )اَلق‬merupakan salah satu tanggungjawab bagi suami yang
berpoligami. Al-qasmu menurut fuqahaÊ bermaksud bermalam di rumah isteri-
isteri, iaitu bermalam di rumah salah satu isteri berdasarkan giliran, sama ada
berlaku hubungan seksual ataupun tidak.

Hukum asal pembahagian giliran bermalam antara isteri adalah sunat. Seorang
suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu disunatkan membahagi-
bahagikan malam di antara isterinya secara adil dan ia merupakan perintah
Allah SWT. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

...‫ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ِﺧ ﹾﻔُﺘ ْﻢ ﹶﺃﻻﱠ َﺗ ْﻌ ِﺪﻟﹸﻮﹾﺍ ﹶﻓﻮَﺍ ِﺣ َﺪ ﹰﺓ‬...


Maksud: "...Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu dalam masalah bermalam dan nafkah), maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja...‰
(Al-NisaÊ: 3)

Berbuat adil dalam pembahagian bagi suami yang mempunyai isteri lebih
daripada seorang juga berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, sabdanya:

‫َﻣ ْﻦ ﹶﻛﺎ ﹶﻥ ﹶﻟ ُﻪ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃَﺗﺎ ِﻥ ﹶﻓﻤَﺎ ﹶﻝ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﹺﺇ ْﺣﺪَﺍ ُﻫﻤَﺎ ﺟَﺎ َﺀ َﻳ ْﻮ َﻡ ﺍﹾﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ ﻭَﺷِ ﹸﻘّ ُﻪ ﻣَﺎِﺋ ﹲﻞ‬
Maksud: "Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri dan dia cenderung kepada
salah seorang daripadanya, pada hari kiamat dia akan datang dengan
sebahagian badannya senget."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dalil al-Quran dan hadis di atas menjelaskan hakikat memberi keadilan kepada
isteri-isteri dan juga kesannya sekiranya tanggungjawab ini diabaikan oleh
suami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  105

Pembahagian giliran bermalam wajib dilaksanakan sekalipun isteri dalam


keadaan kedatangan haid, baru bersalin, sakit, dan seumpamanya. Ini kerana
maksud utama giliran bermalam adalah untuk mengeratkan kasih-sayang antara
suami dan isteri dan bukan semata-mata kerana hubungan seksual.

5.3.1 Pembahagian Giliran Bermalam antara Isteri


Prinsip umum Islam adalah semua isteri berhak mendapat giliran untuk
bermalam bersama suaminya, melainkan isteri yang nusyuz atau derhaka.
Fuqahak menetapkan beberapa asas utama dalam penentuan giliran bermalam.

Asas pertama yang ditetapkan oleh fuqahak dalam membuat giliran adalah
sama ada berasaskan undian atau penentuan giliran secara adil oleh suami.
Menentukan giliran secara undi adalah amalan para rasul terdahulu
sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran. Ini berdasarkan kisah nabi Allah
Yunus a.s sebagaimana dirakam dalam al-Quran, firman Allah SWT:

‫ﹶﻓﺴَﺎ َﻫ َﻢ ﹶﻓﻜﹶﺎ ﹶﻥ ِﻣ َﻦ‬. ‫ﺸﺤُﻮ ِﻥ‬


ْ ‫ﻚ ﺍﹾﻟ َﻤ‬
ِ ‫ ﹺﺇ ﹾﺫ ﹶﺃَﺑ َﻖ ﹺﺇﻟﹶﻰ ﺍﹾﻟ ﹸﻔ ﹾﻠ‬.‫ﲔ‬
َ ‫ﺲ ﹶﻟ ِﻤ َﻦ ﺍﻟﹾﻤُﺮْ َﺳِﻠ‬
َ ُ‫َﻭﹺﺇ ّﹶﻥ ﻳُﻮﻧ‬
.‫ﲔ‬َ ‫ﻀ‬
ِ ‫ﺍﻟﹾﻤُﺪْ َﺣ‬
Maksud: „Dan sesungguhnya Nabi Yunus a.s adalah dari Rasul-rasul Kami yang
diutus. Ingatkanlah peristiwa tatkala ia melarikan diri ke kapal yang penuh
sarat. Maka iapun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang yang kalah.‰

(Al-Saaffaat: 139- 141)

Begitu juga kisah penetapan penjagaan Maryam. Firman Allah SWT:

...‫ﻼ َﻣﻬُﻢْ ﹶﺃُّﻳ ُﻬ ْﻢ َﻳ ﹾﻜﻔﹸﻞﹸ َﻣ ْﺮَﻳ َﻢ‬


‫ﺖ ﹶﻟ َﺪْﻳ ﹺﻬ ْﻢ ﹺﺇ ﹾﺫ ُﻳ ﹾﻠﻘﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﺃﻗﹾ ﹶ‬
َ ‫ﻭَﻣَﺎ ﻛﹸﻨ‬...
Maksud: „... sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka
mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara
mereka yang akan memelihara Maryam...‰
(Al-Imran: 44)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 POLIGAMI

Dalam keadaan tertentu Rasulullah SAW juga menggunakan kaedah undi


seperti semasa ingin bermusafir dan peperangan. Dari AÊisyah r.a., ia berkata:

‫ﺝ‬
َ ‫ﺝ َﺳ ْﻬ ُﻤﻬَﺎ َﺧ َﺮ‬
َ ‫ﻉ َﺑْﻴ َﻦ ﹺﻧﺴَﺎِﺋ ِﻪ ﹶﻓﹶﺄَّﻳُﺘ ُﻬ َّﻦ َﺧ َﺮ‬
َ ‫ﺝ ﺳَﻔﺮًﺍ ﹶﺃ ﹾﻗ َﺮ‬ َ ُ‫ﺨﺮ‬ْ ‫ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟّﹶﻠ ِﻪ ﹺﺇﺫﹶﺍ ﹶﺃﺭَﺍ َﺩ ﹶﺃ ﹾﻥ َﻳ‬
،‫ﺝ ﻓِﻴﻬَﺎ َﺳ ْﻬﻤِﻲ‬ َ ‫ﺨ َﺮ‬
َ ‫ﻉ َﺑْﻴَﻨﻨَﺎ ﻓِﻲ ﹶﻏ ْﺰ َﻭ ٍﺓ ﹶﻏﺰَﺍﻫَﺎ ﹶﻓ‬ َ ‫ ﹶﻓﹶﺄ ﹾﻗ َﺮ‬:‫ﺸﺔﹸ‬َ ‫ﺖ ﻋَﺎِﺋ‬ ْ ‫ ﻗﹶﺎﹶﻟ‬،ُ‫ﹺﺑﻬَﺎ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟّﹶﻠ ِﻪ َﻣ َﻌﻪ‬
...‫ﺏ‬ ُ ‫ﺤﺠَﺎ‬ ِ ‫ﻚ َﺑ ْﻌ َﺪ ﻣَﺎ ﺃﹸْﻧ ﹺﺰ ﹶﻝ ﺍﹾﻟ‬
َ ‫ َﻭ ﹶﺫِﻟ‬.‫ﺨ َﺮﺟْﺖُ َﻣ َﻊ َﺭﺳُﻮ ﹺﻝ ﺍﻟّﹶﻠ ِﻪ‬ َ ‫ﹶﻓ‬
Maksud: „Adalah Rasulullah SAW apabila ingin bermusafir, baginda melakukan
pengundian di antara isteri-isteri baginda, maka sesiapa yang keluar undiannya
Rasulullah SAW akan ditemani olehnya. Kata Aishah: Maka kami melakukan
pengundian di antara kami dalam satu peperangan yang disertai oleh Rasulullah
SAW, kemudian keluarlah undian bagiku (Aishah). Maka aku keluar bersama
Rasulullah SAW, dan ketika itu selepas turunnya perintah berhijab...‰

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asas kedua ditetapkan fuqahak dalam pembahagian giliran adalah berdasarkan


waktu malam. Dalam hal ini siang hari akan mengikuti waktu malam. Ini kerana
malam adalah waktu untuk berehat dan bersenda gurau suami isteri manakala
siang hari adalah untuk bekerja dan mencari rezeki.

Jika suami telah menentukan sehari semalam bersama seorang isteri, suami
wajib juga berada bersama isterinya yang lain selama sehari semalam. Suami
diharuskan memperuntukkan satu malam dan sehari sebelumnya atau sehari
selepasnya bagi setiap isteri. Yang paling afdal ialah suami pergi ke rumah setiap
isterinya berdasarkan giliran masing-masing sekalipun mereka itu ada uzur
seperti sakit, haid atau dalam ihram. Ini kerana tujuan menyamakan giliran
sebagaimana dijelaskan sebelum ini adalah supaya suami isteri dapat berkasih-
sayang dan bukan hanya kerana hubungan seksual sahaja.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami mempunyai empat isteri, kalau yang
pertama satu malam, maka isteri yang kedua juga satu malam dan begitulah
seterusnya. Sekiranya suami memilih dua malam, sama jugalah seterusnya
walaupun isteri kedua dalam haid. Had maksimum dalam mazhab Shafie adalah
tiga malam giliran dan tidak harus lebih dari itu.

Tanggungjawab suami adalah bersifat adil dalam giliran. Ini berdasarkan amalan
Nabi Muhammad SAW yang mementingkan tanggungjawab menunaikan
amanah giliran walaupun dalam keadaan suami sakit atau uzur. Dalam satu
hadis daripada Aisyah r.a., semasa baginda SAW gering yang membawa kepada
kewafatan, baginda masih bertanya kepada isterinya giliran siapakah seterusnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  107

sehingga akhirnya Nabi Muhammad SAW meminta izin daripada isteri-isterinya


untuk berada di rumah Aisyah disebabkan sakit sehinggalah baginda wafat di
rumah Aisyah r.a. Dari Aisyah r.a.:

‫ ﹶﺃْﻳ َﻦ ﹶﺃﻧَﺎ ﹶﻏﺪًﺍ؟ ﹶﺃْﻳ َﻦ‬،‫ﺕ ﻓِﻴ ِﻪ‬


َ ‫ﺿ ِﻪ ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﻣَﺎ‬ ِ ‫ﺴﹶﺄﻝﹸ ﻓِﻲ َﻣ َﺮ‬ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﻳ‬
َ ‫ﹶﺃﻥﱠ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬
‫ﺕ‬
َ ‫ﺸ ﹶﺔ ﺣَﺘﱠﻰ َﻣﺎ‬ َ ‫ﺖ ﻋَﺎِﺋ‬ ِ ‫ﺸ ﹶﺔ ﹶﻓﹶﺄ ِﺫ ﹶﻥ ﹶﻟﻪُ ﹶﺃ ْﺯﻭَﺍ ُﺟ ُﻪ َﻳﻜﹸﻮ ﹸﻥ َﺣﻴْﺚﹸ ﺷَﺎ َﺀ ﹶﻓﻜﹶﺎ ﹶﻥ ﻓِﻲ َﺑْﻴ‬ َ ‫ﹶﺃﻧَﺎ ﹶﻏﺪًﺍ؟ ُﻳﺮﹺﻳ ُﺪ َﻳ ْﻮ َﻡ ﻋَﺎِﺋ‬
... ‫ﻀﻪُ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ‬َ ‫ﺕ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟَﻴ ْﻮ ﹺﻡ ﺍﻟﱠﺬِﻱ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﻳﺪُﻭ ُﺭ َﻋﹶﻠ ﱠﻲ ﻓِﻴ ِﻪ ﻓِﻲ َﺑْﻴﺘِﻲ ﹶﻓ ﹶﻘَﺒ‬ َ ‫ ﹶﻓﻤَﺎ‬:‫ﺸﺔﹸ‬ َ ‫ﺖ ﻋَﺎِﺋ‬ ْ ‫ ﻗﹶﺎﹶﻟ‬،‫ِﻋْﻨ َﺪﻫَﺎ‬
Maksud: „Sesungguhnya Rasulullah bertanya (isteri-isterinya) semasa sakit
membawa kematiannya; „Di mana giliran ku esok? Di mana giliranku esok?‰.
Semua mereka memahami tujuan Rasulullah SAW iaitu ingin bermalam di
rumah ÂAisyah r.a. Maka isteri-isterinya membenarkan baginda untuk bermalam
di mana-mana sahaja, dengan itu baginda berpindah ke rumah Aisyah
sehinggalah baginda wafat disisinya. ÂAisyah berkata: „Rasulullah SAW wafat di
hari giliranku di rumahku lalu Allah mengambil rohnya...‰

(Hadis riwayat Bukhari)

Termasuk kategori wajib bagi suami menyamakan giliran adalah dari segi
tempat kediaman dan masa. Dari segi tempat kediaman, wajib bagi suami
menyediakan tempat kediaman yang berasingan dan sesuai bagi isteri-isterinya.
Dari segi masa, suami yang bekerja siang hari hak giliran isteri ialah malam dan
siang akan mengikuti malam.

Dibenarkan bagi suami menziarahi isteri lain dalam keadaan tertentu atau
kerana hajat seperti melawat kerana kesakitan, bertanya khabar, menghantar
barang keperluan harian, menyampaikan duit belanja dengan syarat tidak terlalu
lama. Syarat penetapan waktu ziarah adalah sekadar perlu. Sekiranya lama
maka perlulah bagi suami mengganti pada tuan punya giliran. Syariat tidak
menghalang untuk suami berseronok dengan isteri yang diziarahinya selain
daripada bersetubuh. Ini berdasarkan amalan Nabi Muhammad SAW, Aisyah
r.a. berkata maksudnya: „Pada kebanyakan hari, Nabi Muhammad SAW
sentiasa menziarahi kami semua (isteri- isteri baginda). Baginda bertemu dengan
semua isterinya tanpa menyentuhnya (menyetubuhinya) sehinggalah tiba giliran
masing-masing. Ketika itu barulah baginda bermalam bersamanya.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Selain itu, suami juga apabila tinggal di rumah salah seorang isteri, diharamkan
baginya memanggil atau mengarahkan isteri yang lain datang ke rumah
madunya itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 POLIGAMI

5.3.2 Isu-isu Berkaitan Giliran


Beberapa isu utama perlu dibincangkan berkaitan giliran antaranya:

(a) Jika salah seorang isteri membenarkan gilirannya kepada madunya, suami
boleh mengambil giliran tersebut. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW ketika isterinya Saudah binti Zam'ah yang telah tua dan memberikan
gilirannya kepada Aisyah r.a;
(b) Suami diharuskan mengkhususkan tujuh malam berturut-turut kepada
anak dara yang baru dikahwininya tanpa perlu diqadhaÊ. Jika janda, wajib
dikhususkan tiga malam berturut-turut untuknya. Dalam hal ini,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bagi anak dara tujuh malam dan
bagi janda tiga malam" (Hadis riwayat Muslim); dan
(c) Haram bagi suami mengumpulkan isteri-isteri dalam satu rumah tanpa
keizinan mereka. Ini sama ada mengumpulkan dua isteri atau beberapa isteri
di satu tempat kecuali mereka bersetuju dan memberi izin. Walau
bagaimanapun, Islam tidak menggalakkan menghimpunkan isteri dalam
satu rumah.

Perbincangan sebelum ini menunjukkan berpoligami merupakan satu


tanggungjawab yang berat mesti dipikul oleh seorang suami. Ini juga
berdasarkan firman Allah SWT:

∩⊄⊇∪ $Zà‹Î=xî $¸)≈sV‹ÏiΒ Νà6ΖÏΒ šχõ‹yzr&uρ <Ù÷èt/ 4’n<Î) öΝà6àÒ÷èt/ 4©|Óøùr& ô‰s%uρ …çμtΡρä‹è{ù's? y#ø‹x.uρ

Bermaksud: "Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal kamu


telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri). Dan mereka (isteri-isterimu)
telah mengambil perjanjian yang kuat (ikatan pernikahan) dari kamu.‰
(Al-Nisa: 21)

5.3.3 Kesan Menghalang Poligami


Anda perlu ketahui sekiranya poligami dihalang, ia akan memberi beberapa
kesan negatif antaranya:

(a) Kaum wanita menghabiskan usianya dalam tekanan kerana tidak dapat
merasai kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu. Sekiranya terdapat
kecenderungan semasa yang menyatakan wanita bahagia tanpa suami dan
keluarga, ini sebenarnya bercanggah dengan fitrah penciptaan manusia
dan objektif pensyariatan Islam itu sendiri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  109

(b) Kaum wanita terdedah dan terjebak dengan perzinaan dan pelacuran. Ini
disebabkan mereka tidak diberi peluang untuk melunasi fitrah seks melalui
jalan yang halal;
(c) Kaum wanita akan menjadi umpan dan permainan kaum lelaki yang
mengambil peluang mengeksploitasi mereka sekiranya mereka tidak
berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian;
(d) Muncul pergaulan bebas yang mengakibatkan wanita bersekedudukan dan
akhirnya melahirkan ramai anak luar nikah sehingga menjadi beban sosial
bagi masyarakat; dan
(e) Andainya poligami dihalang, kaum lelaki akan menggunakan wanita
sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu
tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau
pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak
perlindungan untuk dirinya.

AKTIVITI 5.3
Bincangkan sebab-sebab utama isteri yang membenarkan suaminya
berpoligami dalam konteks masyarakat Malaysia.

5.3.4 Isu Poligami: Hujah Penolakan Poligami


Terdapat golongan tertentu yang menolak amalan poligami. Mereka berhujah
dengan beberapa hujah. Penolakan terhadap hujah mereka adalah sebagaimana
berikut:

(a) Mereka menolak poligami kerana menganggap bahawa poligami adalah


penyelesaian atau jalan keluar dalam keadaan „darurat‰ sahaja
Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak sesuai dengan
pengertian „darurat‰ di dalam perbahasan fikah dan usul fikah. Darurat
menurut Imam Sayuti dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazha`ir adalah
„sampainya seseorang pada suatu batas (keadaan) yang jika dia tidak
mengerjakan yang haram, maka dia akan mati atau hampir mati‰. Ini
bererti seorang lelaki hanya diperbolehkan untuk berpoligami jika
keadaannya sudah sangat kritikal iaitu hampir mati jika beliau tidak
berpoligami. Pendapat yang membolehkan poligami hanya di dalam
keadaan darurat bererti mereka menganggap bahawa hukum asal bagi
poligami ialah haram dan hanya diperbolehkan (rukhsah) jika tiada jalan
keluar selain berpoligami. Sedangkan, pada hakikatnya hukum poligami
adalah harus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 POLIGAMI

Hujah golongan yang menolak ini tidak bersandarkan kepada prinsip


pemahaman „darurat‰ yang sebenar menurut fuqahak;

(b) Mereka berkata Rasulullah SAW sendiri melarang Ali bin Abi Talib
daripada berpoligami
Ada pihak yang mengharamkan poligami dengan memberikan alasan
bahawa Rasulullah SAW sendiri telah melarang menantunya Ali bin Abi
Talib daripada berpoligami. Memang pernah berlaku situasi, Ali yang telah
mengahwini Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW meminta izin
daripada Rasulullah SAW untuk menikahi anak perempuan Abu Jahal.
Rasulullah SAW kemudiannya bersabda: „Tidak aku izinkan, tidak aku
izinkan, tidak aku izinkan! Kecuali Ali bin Abi Talib rela untuk
menceraikan puteriku dan menikahi puterinya Abu Jahal. Sesungguhnya
Fatimah adalah darah dagingku, menyenangkan aku apa yang
menyenangkannya, menyakitiku apa yang menyakitinya".

Jika hadis di atas hanya dibaca sehingga di sini sahaja, seolah-olah


Rasulullah SAW telah mengharamkan poligami. Namun begitu dalam
riwayat yang lain ada perkataan Nabi Muhammad SAW yang sangat
penting kaitannya dengan status hukum poligami. Sabda Rasulullah SAW
maksudnya: „Sungguh aku tidaklah mengharamkan sesuatu yang halal,
dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang haram. Akan tetapi, demi
Allah, tidak akan puteri Rasulullah berkumpul dengan puteri musuh Allah
dalam suatu tempat selama-lamanya.‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW yang terakhir ini jelas menunjukkan bahawa


poligami itu adalah halal dan bukannya haram. Larangan Nabi
Muhammad SAW kepada Ali yang ingin memadukan Fatimah dengan
anak perempuan Abu Jahal bukanlah kerana Rasulullah SAW
mengharamkan poligami tetapi kerana Rasulullah SAW tidak mahu Ali
mengumpulkan puteri kesayangan Rasulullah SAW dengan anak
perempuan musuh Allah di bawah lindungan seorang lelaki (suami). Inilah
yang dapat difahami daripada kalimah sambungan hadis tersebut iaitu:
„Akan tetapi, demi Allah, tidak akan puteri Rasulullah berkumpul dengan
puteri musuh Allah Subhanahu wa TaÊala dalam suatu tempat selama-
lamanya‰.

Isu ini telah dibahas secara terperinci oleh Imam al-Sayuti dalam
karangannya Nuzhatul Muta`ammil wa Mursyidul Muta`ahhil fi al-
Khathib wa al-Mutazawwij;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  111

(c) Mereka berkata bahawa poligami yang akan menimbulkan bahaya (dharar)
adalah haram
Mereka menolak poligami dengan menggunakan maklumat-maklumat dan
data-data statistik untuk menjelaskan banyaknya bahaya (dharar) akibat
pelaksanaan poligami. Contohnya, perbalahan di antara para isteri, tekanan
perasaan kepada isteri, keganasan rumah tangga, pengabaian
tanggungjawab, dan sebagainya. Hujah ini gagal membezakan antara
keharusan hukum (hukum asal) poligami dalam Islam berdasarkan dalil
yang jelas (qatÊie) dan kecuaian serta sifat tidak bertanggungjawab serta
amanah pengamal poligami. Menetapkan poligami perlu dihalang kerana
amalan suami yang menimbulkan dharar adalah penetapan yang tidak
mengikut prinsip penetapan hukum yang betul. Hukum tetap tidak
berubah, namun yang perlu diubah adalah sikap suami dan masyarakat
yang ingin berpoligami.

Begitu juga tindakan menghalang poligami dengan hujah statistik dan


fakta-fakta empirikal semata-mata bererti menjadikan akal sebagai satu-
satunya alat untuk mengetahui status hukum syarak. Sedangkan akal
sahaja tidak mampu untuk memutuskan halal dan haramnya sesuatu
dengan bersandarkan "dalil-dalil" dari data statistik dan kajian empirikal.
Tugas akal hanyalah untuk memahami teks wahyu, bukan untuk
menyimpulkan status hukum tanpa bersandarkan wahyu; dan

(d) Terdapat pihak yang menolak poligami, dengan disokong oleh kaedah
fikah „darÊul mafasid muqaddamun Âala jalbil mashalih‰ (menolak
kerosakan, lebih didahulukan daripada memperoleh kemaslahatan)
Pendapat ini menyatakan poligami mesti dihalang kerana menghalang
poligami bererti menolak kerosakan, yang perlu didahulukan daripada
mencari kemaslahatan, iaitu dengan melakukan poligami.

Pendapat ini juga adalah batil. Ini kerana pengamalan kaedah fikah
tersebut berlaku hanya dalam kes-kes yang memerlukan proses ijtihad
dilakukan untuk sampai kepada suatu hukum. Ijtihad tidak berlaku jika
ada nas yang qatÂie (pasti) di dalam suatu masalah dan antaranya poligami.
Kaedah fikah menyebutkan „la ijtihada fi maurid al-nas‰ (tidak boleh
melakukan ijtihad dalam keadaan ada nas yang qatÂie). Nas qatÂie dalam
isu poligami adalah surah al-NisaÊ, ayat 3 sebagaimana dibincangkan
sebelum ini. Jika ada nas yang qatÂie, tidak boleh lagi berijtihad pada nas
yang qatÂie itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 POLIGAMI

Sebagai jalan keluar, bagaimana ingin menjadikan poligami bertepatan


dengan ajaran Islam? Tindakan yang paling tepat untuk menyelesaikan
permasalahan yang timbul akibat pengamalan poligami yang tidak
bertepatan dengan ajaran Islam bukanlah dengan melarang amalan
poligami. Namun cara terbaik adalah memperbetulkan pemahaman dan
amalan suami dan masyarakat dalam berpoligami. Di samping itu,
sekiranya dalam berpoligami seorang suami berbuat zalim seperti tidak
adil dalam memberikan nafkah, atau suka memukul isteri, maka yang
dilakukan bukan menghalang poligami, tetapi isteri perlu mengadu
masalah tersebut kepada hakim. Hakim boleh memberi nasihat dan
menjatuhkan hukuman sewajarnya (takzir) berdasarkan masalah yang
timbul.

AKTIVITI 5.4

Senaraikan laman sesawang yang menghalang poligami dan analisis


sebab utama mereka bersikap demikian serta cadangkan tiga kaedah
terbaik memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
tanggungjawab sebenar sebelum berpoligami.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Jelaskan dalil al-Quran dan hadis keharusan poligami dalam


Islam.
2. Terangkan empat hikmah pensyariatan poligami dalam Islam;
3. Jelaskan keadaan poligami yang membawa kepada sunat,
makhruh dan haram.
4. Terangkan asas penetapan giliran bermalam antara isteri-isteri.
5. Huraikan pembahagian giliran bermalam antara anak dara dan
janda yang baru dikahwini suami.
6. Jelaskan tiga kesan menghalang poligami terhadap individu dan
masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 POLIGAMI  113

 Pensyariatan poligami adalah berdasarkan dalil al-Quran dan amalan


Rasulullah SAW.

 Hikmah keharusan berpoligami adalah untuk menjamin kemuliaan agama


Islam di samping mencegah pencerobohan maruah, eksploitasi wanita,
perzinaan dan masalah sosial.

 Hukum keharusan berpoligami boleh berpindah status menjadi sunat,


makruh dan juga haram.

 Asas penentuan giliran bermalam ditetapkan sama ada melalui undian dan
waktu bermalam.

 Suami wajib adil dalam perkara melibatkan nafkah zahir. Perkara yang
melibatkan kasih-sayang dan kecenderungan hati hendaklah dilakukan
sekadar kemampuan suami.

 Penentuan giliran bermalam bagi suami yang baru berkahwin dengan anak
dara adalah tujuh malam manakala janda pula adalah tiga malam tanpa
perlu diganti.

 Menghalang poligami boleh memberi kesan yang negatif kepada kaum


wanita dan masyarakat.

Adil Kasih-sayang
Al-Qasmu Kecenderungan hati
Darurat Poligami
Dharar Tanggungjawab
Giliran bermalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 POLIGAMI

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The Family Structure in Islam. USA: American
Trust Publication.

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-undang
Kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Al-SanÊani, Muhammad bin Ismail. (1987). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-
Maram min JamÊie Adillati al-Ahkam. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.

Al-Sayuti. (1989). Nuzhatul Muta`ammil wa Mursyidul Muta`ahhil fi al-Khatib


wa al-Mutazawwij. Beirut: Dar Amwaj.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1996). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid I & II. Amman:
Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

http://www.islamgrid.gov.my/quran/terjemahan.php (25/1/2013)

http://id.wikipedia.org/wiki/Pernikahan_Muhammad (1/ 2/ 2013).

http://hadith.al-islam.com/Loader (1/2/2013)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembubaran
6 Perkahwinan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi talak, dalil dan hikmah pensyariatannya;
2. Mengkategorikan pembahagian talak dalam Islam;
3. Menyenaraikan rukun serta syarat sah talak;
4. Membezakan antara talak sunni dan bidÊie; dan
5. Menjelaskan definisi khuluk dari segi syarak serta bagaimana ia
berlaku.

 PENGENALAN
Kehidupan sebagai suami dan isteri pada asasnya adalah hubungan yang
didasarkan pada prinsip persahabatan yang akrab, saling memahami dan saling
memerlukan. Namun begitu, tidak kesemua perkahwinan itu selamat dan aman
dari sebarang permasalahan yang timbul. Sebahagian konflik antara suami dan
isteri dapat diselesaikan dan sesetengahnya pula terpaksa mencari jalan
alternatif iaitu perpisahan. Topik 6 ini membicarakan tentang pembubaran
perkahwinan yang melibatkan talak atau perceraian dan khuluk.

6.1 TALAK DALAM ISLAM


Fuqahak bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan
mengucapkan lafaz talak (cerai) sama ada dengan menggunakan bahasa Arab
atau lain-lain mekanisma yang boleh difahami sama ada dengan lafaz, tulisan,
atau dengan isyarat, sama ada secara soreh atau secara kinayah. Apabila lafaz
talak diucapkan oleh suami maka berakhirlah hubungan rasmi suami isteri yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

dihalalkan Islam. Secara terperinci adalah sebagaimana perbincangan


seterusnya.

6.1.1 Talak: Definisi dan Dalil Pensyariatan


Talak dari segi bahasa ialah melepaskan ikatan dan terlepas. Manakala talak dari
segi syarak bermaksud sebagai meleraikan ikatan perkahwinan dengan
menggunakan lafaz talak atau kata-kata yang seumpamanya.

Pensyariatan talak berdasarkan dalil al-Quran dan hadis serta ijmak ulama.
Dalil daripada al-Quran, firman Allah SWT:

!$£ϑÏΒ (#ρä‹è{ù's? βr& öΝà6s9 ‘≅Ïts† Ÿωuρ 3 9⎯≈|¡ômÎ*Î/ 7xƒÎô£s? ÷ρr& >∃ρá÷èoÿÏ3 88$|¡øΒÎ*sù ( Èβ$s?§sΔ ß,≈n=©Ü9$#

yy$oΨã_ Ÿξsù «!$# yŠρ߉ãn $uΚ‹É)ムωr& ÷Λä⎢øÅz ÷βÎ*sù ( «!$# yŠρ߉ãm $yϑŠÉ)ムωr& !$sù$sƒs† βr& HωÎ) $º↔ø‹x© £⎯èδθßϑçF÷s?#u™

ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ ⎯tΒuρ 4 $yδρ߉tG÷ès? Ÿξsù «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï? 3 ⎯ÏμÎ/ ôNy‰tGøù$# $uΚ‹Ïù $yϑÍκön=tã

∩⊄⊄®∪ tβθãΚÎ=≈©à9$#

Maksud: „Talak (yang boleh rujuk) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk lagi
dengan cara yang sepatutnya atau menceraikannya dengan cara yang baik...‰

(Al-Baqarah: 229)

Firman-Nya lagi:

βr& !$yϑÍκön=tæ yy$uΖã_ Ÿξsù $yγs)¯=sÛ βÎ*sù 3 …çνuöxî %¹`÷ρy— yxÅ3Ψs? 4©®Lym ߉÷èt/ .⎯ÏΒ …ã&s! ‘≅ÏtrB Ÿξsù $yγs)¯=sÛ βÎ*sù

∩⊄⊂⊃∪ tβθßϑn=ôètƒ 5Θöθs)Ï9 $pκß]ÍhŠu;ム«!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï?uρ 3 «!$# yŠρ߉ãn $yϑŠÉ)ムβr& !$¨Ζsß βÎ) !$yèy_#utItƒ

Maksud: „Sesudah diceraikan (kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal
lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah
itu kalau ia diceraikan, maka mereka berdua (suami pertama) tidaklah berdosa
untuk kembali semula, jika mereka menyangka dapat menegakkan hukum-
hukum Allah. Dan itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum
yang mahu mengetahui dan memahami.‰
(Al-Baqarah: 230)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  117

Juga firman Allah SWT:

Ÿω ( öΝà6−/‘u ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( nÏèø9$# (#θÝÁômr&uρ  ∅ÍκÌE£‰ÏèÏ9 £⎯èδθà)Ïk=sÜsù u™!$|¡ÏiΨ9$# ÞΟçFø)¯=sÛ #sŒÎ) ©É<¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

⎯tΒuρ 4 «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï?uρ 4 7πuΖÉit7•Β 7πt±Ås≈xÎ/ t⎦⎫Ï?ù'tƒ βr& HωÎ) š∅ô_ãøƒs† Ÿωuρ £⎯ÎγÏ?θã‹ç/ .⎯ÏΒ  ∅èδθã_ÌøƒéB

∩⊇∪ #\øΒr& y7Ï9≡sŒ y‰÷èt/ ß^ωøtä† ©!$# ¨≅yès9 “Í‘ô‰s? Ÿω 4 …çμ|¡øtΡ zΝn=sß ô‰s)sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ

Maksud: „Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka


ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya⁄‰
(Al-Talak: 1)

Dalil hadis berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:

ُ‫ﻼﻕ‬
‫ﷲ ﺍﻟ ﹶﻄّ ﹶ‬
ِ ‫ﻼ ﹺﻝ ِﻋْﻨ َﺪ ﺍ‬
‫ﺤﹶ‬َ ‫ﹶﺃْﺑ َﻐﺾُ ﺍﹾﻟ‬
Maksud: „Perkara halal (boleh) yang paling dibenci Allah adalah talak.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Para fuqahak bersepakat menyatakan talak disyariatkan dan tiada seorangpun


daripada mereka yang mengingkarinya.

AKTIVITI 6.1
Bincangkan faktor utama yang menyebabkan perceraian dalam
kalangan pasangan baharu berkahwin di Malaysia.

6.1.2 Hikmah Pensyariatan Talak


Secara umum, talak mempunyai hikmah dan kebaikan tertentu. Ia merupakan
jalan keluar yang rasmi bagi merungkai permasalahan antara suami dan isteri.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:

∩⊇⊂⊃∪ $VϑŠÅ3m
y $·èÅ™≡uρ ª!$# tβ%x.uρ 4 ⎯ÏμÏGyèy™ ⎯ÏiΒ yξà2 ª!$# Ç⎯øóム$s%§xtGtƒ βÎ)uρ

Maksud: „Dan jika kedua-duanya bercerai, maka Allah akan cukupkan masing-
masing dari limpah kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha
Bijaksana.‰
(Al-NisaÊ:130)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
118  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Hikmah Allah SWT mengharuskan talak antaranya ialah untuk:

(a) Menjamin keselamatan, ketenangan, hak individu serta kehormatan diri


dan keluarga;
(b) Menghentikan tindakan negatif yang boleh memudaratkan diri dan
keluarga daripada berterusan;
(c) Mengelakkan berlakunya perselisihan yang lebih besar antara suami dan
isteri;
(d) Memberi pengajaran dan iktibar kepada mana-mana pihak yang menjadi
punca kepada perbalahan dan krisis rumah tangga;
(e) Membolehkan suami dan isteri yang bercerai memulakan hidup baru
masing-masing dengan semangat dan perancangan baru;
(f) Menjaga maruah diri suami dan isteri daripada terdedah atau terjerumus
kepada perkara-perkara mungkar, sekalipun perkara tersebut dilakukan
oleh orang yang paling akrab atau disayangi; dan
(g) Memberi kesedaran kepada suami dan isteri yang terlibat supaya menilai
akan keperluan hidup berumah tangga dengan sikap terbuka dan
berlapang dada dalam menghadapi pengalaman bercerai.

Walaupun perceraian mempunyai hikmahnya yang tersendiri, namun sekiranya


pasangan suami isteri sanggup memperbetulkan kesilapan dan kecuaian
masing-masing serta bersabar dengan karenah pasangan maka itu adalah lebih
baik. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

!$tΒ ÇÙ÷èt7Î/ (#θç7δ


y õ‹tGÏ9 £⎯èδθè=àÒ÷ès? Ÿωuρ ( $\δöx. u™!$|¡ÏiΨ9$# (#θèOÌs? βr& öΝä3s9 ‘≅Ïts† Ÿω (#θãΨtΒ#u™ z⎯ƒÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

βr& #©|¤yèsù £⎯èδθßϑçF÷δÌx. βÎ*sù 4 Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ £⎯èδρçÅ°$tãuρ 4 7πoΨÉit6•Β 7πt±Ås≈xÎ/ t⎦⎫Ï?ù'tƒ βr& HωÎ) £⎯èδθßϑçF÷s?#u™

∩⊇®∪ #ZÏWŸ2 #Zöyz ÏμŠÏù ª!$# Ÿ≅yèøgs†uρ $\↔ø‹x© (#θèδtõ3s?


Maksud: „...Dan bergaullah dengan mereka secara baik. Kemudian jika kamu
bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk
kamu).‰
(Al-NisaÊ: 19)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  119

Rasulullah SAW juga telah bersabda, dari Abu Hurairah r.a.:

‫ﺿ َﻲ ِﻣْﻨﻬَﺎ ﺁ َﺧ َﺮ‬
ِ ‫ﹶﻻ َﻳ ﹾﻔ َﺮ ْﻙ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ٌﻦ ﻣُﺆْ ِﻣَﻨ ﹰﺔ ﹺﺇ ﹾﻥ ﹶﻛ ﹺﺮ َﻩ ِﻣْﻨﻬَﺎ ُﺧﹸﻠﻘﹰﺎ َﺭ‬
Maksud: „Janganlah seorang lelaki beriman membenci isterinya yang beriman,
(kerana) mungkin saja ia tidak menyukai suatu perangai pada dirinya tetapi ia
menyukai perangai lainnya.‰
(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga wasiat Nabi Muhammad SAW kepada para sahabatnya. Dari Abu
Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ﻀﹶﻠ ﹺﻊ‬
‫ﺝ َﺷ ْﻲ ٍﺀ ﻓِﻲ ﺍﻟ ﱢ‬ َ ‫ َﻭﹺﺇﻥﱠ ﹶﺃ ْﻋ َﻮ‬،‫ﺿﹶﻠﻊﹴ‬ِ ‫ ﹶﻓﹺﺈﻧﱠ ُﻬﻦﱠ ﺧُِﻠ ﹾﻘ َﻦ ِﻣ ْﻦ‬،‫ ﻭَﺍ ْﺳَﺘ ْﻮﺻُﻮﺍ ﺑﹺﺎﻟﻨﱢﺴَﺎﺀِ َﺧْﻴﺮًﺍ‬...
‫ ﻓﹶﺎ ْﺳَﺘ ْﻮﺻُﻮﺍ ﺑﹺﺎﻟﱢﻨﺴَﺎ ِﺀ ﺧَﻴْﺮًﺍ‬،َ‫ َﻭﹺﺇ ﹾﻥ َﺗ َﺮﻛﹾَﺘﻪُ ﹶﻟ ْﻢ َﻳ َﺰ ﹾﻝ ﹶﺃ ْﻋ َﻮﺝ‬،ُ‫ﺴ ْﺮَﺗﻪ‬
َ ‫ﺖ ُﺗﻘِﻴ ُﻤ ُﻪ ﹶﻛ‬
َ ‫ ﹶﻓﹺﺈ ﹾﻥ ﹶﺫ َﻫْﺒ‬،ُ‫ﹶﺃ ْﻋﻠﹶﺎﻩ‬
Maksud: „⁄Dan hendaklah kamu (suami) menjaga wanita dengan sebaik-
baiknya, kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika
kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu
terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya
menjaga wanita-wanita dengan baik.‰
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa bagi kaum lelaki hendaklah berlembut dengan
wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan
sifat fitrah wanita yang perlu berurusan dengan lembut. Hadis ini merupakan
perumpamaan kepada sifat perempuan iaitu sensitif seperti tulang rusuk dan
bukan hakikat kejadian diciptakan daripada tulang rusuk. Ini sebagai peringatan
kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka
dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita
juga sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal
ehwal kehidupan.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Jelaskan definisi talak serta dalil pensyariatannya.


2. Senaraikan tiga hikmah pensyariatan talak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

6.1.3 Hukum Talak


Menjatuhkan atau melafazkan talak pada asalnya adalah diharuskan syarak.
Namun begitu fuqahak menjelaskan hukum menjatuhkan talak boleh berubah
menjadi wajib, haram, sunat dan makruh. Secara terperinci rujuk Jadual 6.1
berikut:

Jadual 6.1: Hukum Menjatuhkan Talak

Hukum Kedudukan Hukum/Sebab


Wajib  Setelah rumah tangga itu gagal diselamatkan dengan keputusan hakim
atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya;
 Apabila berlaku ila' (suami bersumpah tidak mempergauli isteri), enggan
membayar kafarah serta tidak melakukan persetubuhan dengan isteri
selama empat bulan. Kewajipan menjatuhkan talak ke atas suami bagi
melindungi isteri daripada tekanan jiwa dan berbagai-bagai kemudaratan
yang lain; dan
 Apabila hakam (orang tengah) yang dilantik untuk menyelesaikan krisis
rumah tangga memutuskan bahawa kedua-dua pihak tidak akan dapat
meneruskan kehidupan bersama. Kemungkinan bahaya kemudaratan
lebih besar daripada kemungkinan kebaikan apabila kedua-dua pihak
terus hidup sebagai suami isteri.
Haram Ć Menceraikan isteri semasa dalam waktu haid atau nifas;
Ć Menceraikan isteri ketika suci tetapi baru disetubuhi walaupun dalam
keadaan bersih; dan
Ć Menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.
Sunat Ć Apabila suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin;
Ć Apabila isteri melampaui batas hukum agama, cuai terhadap
tanggungjawab terhadap hak Allah SWT seperti cuai menunaikan solat
dan puasa. Suami pula tidak berjaya memujuk dan mendidik untuk
melaksanakan tanggungjawab tersebut;
Ć Isteri yang tidak amanah terhadap dirinya seperti melakukan perbuatan
sumbang, sentiasa menyusahkan suami, selalu berkelahi dan tiada
persefahaman; dan
 Suami terlalu benci isteri sehingga ia tidak dapat menunaikan
tanggungjawab terhadap isteri dan rumah tangga.
Makruh Perceraian berlaku tanpa sebab yang mendesak untuk bercerai, kerana
perceraian yang sedemikian telah menghilangkan segala kebaikan yang
disunatkan dalam perkahwinan yang telah menyebabkan penderitaan
kepada kedua-dua pihak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  121

Harus Terdapat gejala-gejala yang memerlukan kedua-dua pihak berpisah seperti


akhlak yang buruk, kemungkinan keburukan yang menimpa mana-mana
pihak (suami isteri), suami isteri pembawa kuman HIV atau menghidap
AIDS, suami suka bertindak kasar dan liar (penderaan) atau suami isteri
sudah tidak sehaluan.

6.1.4 Kedudukan dan Kuasa untuk Melafazkan Talak


Anda perlu ketahui melafazkan talak merupakan satu perbuatan yang tidak
boleh ditarik balik. Sekali ia dilafazkan maka dianggap sah dan terjadi di sisi
syarak. Rasulullah SAW menjelaskan tiga perkara yang tidak boleh dipandang
ringan, sekali dilafazkan ia akan terlaksana iaitu nikah, talak dan rujuk. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

‫ﻼﻕُ ﻭَﺍﻟ ﱠﺮ ْﺟ َﻌ ﹸﺔ‬


‫ َﻭ َﻫ ْﺰﻟﹸﻬُﻦﱠ ﺟﹺﺪﱞ ﺍﻟﹺّﻨﻜﹶﺎﺡُ ﻭَﺍﻟﻄﱠ ﹶ‬، ‫ﺙ ﹺﺟﺪﱡ ُﻫﻦﱠ ﺟﹺﺪﱞ‬
‫ﹶﺛﻠﹶﺎ ﹲ‬
Maksud: „Tiga perkara yang apabila seseorang bersungguh-sungguh dalam
melakukannya maka natijahnya ialah berlaku apa yang diingininya dan apabila
dia bergurau dalam tiga perkara ini, maka dia akan dihukum dengan dijadikan
gurauannya sebagai satu kenyataan. Tiga perkara itu adalah nikah, talak dan rujuk
(daripada talak).‰
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk


menjatuhkan talak. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

... 4 Çy%s3ÏiΖ9$# äοy‰ø)ãã ⎯Íνωu‹Î/ “Ï%©!$# (#uθà÷ètƒ ÷ρr& šχθà÷ètƒ βr& HωÎ) ...

Maksud: „...atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya...‰


(Al-Baqarah: 237)

Walau bagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai iaitu
dengan cara fasakh dan khuluk (tebus talak). Berkaitan dengan fasakh dan
khuluk akan dijelaskan dalam perbincangan seterusnya.

SEMAK KENDIRI 6.2

Hukum menjatuhkan talak boleh berubah menjadi wajib, haram, sunat


dan makruh. Huraikan bagi setiap hukum tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

6.2 RUKUN DAN SYARAT TALAK


Talak mempunyai lima rukun yang wajib dipenuhi sebelum talak dilafazkan.
Setiap rukun mempunyai syarat sahnya yang tersendiri. Secara terperinci rukun
dan syarat sah talak adalah sebagaimana berikut:

(a) Rukun Pertama: Suami


Syarat-syarat bagi suami ialah:
(i) Telah Menjadi Suami Melalui Perkahwinan yang Sah
Maka tidak jatuh talak sekiranya belum berkahwin atau setelah
bercerai dan habis idah.
(ii) Hendaklah Suami Melafazkan Talak dalam Keadaan Sedar
Tidak jatuh talak sekiranya suami dalam keadaan gila, pengsan,
mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum
minuman keras dengan sengaja.
(iii) Baligh
Suami mestilah telah baligh.
(iv) Dengan Rela Hati dan Tidak Dipaksa
Tidak jatuh talak jika seorang suami diugut menceraikan isterinya.

(b) Rukun Kedua: Isteri


Syarat-syarat bagi isteri ialah:
(i) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah
semasa lafaz cerai diucapkan; dan
(ii) Talak semakin bertambah jika suami melafazkan cerai terhadap isteri
yang berada dalam edah perceraian talak satu.

(c) Rukun Ketiga: Sighah (Lafaz)


Sighah talak terbahagi kepada dua:
(i) Lafaz soreh (secara terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan
jelas. Lafaz soreh ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti suami
berkata:
 „Aku ceraikan engkau dengan talak satu‰;
 „Aku lepaskan kau;‰ dan
 „Aku talakkan kau‰.
Talak dengan lafaz seperti ini akan jatuh talaknya walaupun tanpa
niat; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  123

(ii) Lafaz kinayah (secara kiasan), iaitu lafaz yang diucapkan


menggunakan bahasa sindiran seperti seorang suami berkata:
Ć „Engkau haram atas diriku;‰ atau
Ć „Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu‰.
Lafaz kinayah ini akan jatuh talak jika suami berniat menceraikan
isterinya.

(d) Rukun Keempat: Qasad (Niat)


Seorang suami ketika melafazkan perkataan talak atau sebagainya
mempunyai niat (tujuan) untuk menceraikan isterinya.

(e) Rukun Kelima: Wilayah


Isteri yang mahu ditalakkan oleh suami mestilah berada dalam
kekuasaannya dengan maksud bahawa suami mempunyai kuasa ke atas
isteri.

6.3 PEMBAHAGIAN DAN SEBAB BERLAKU


TALAK
Perbincangan tentang talak boleh dikategorikan kepada tiga pembahagian yang
berbeza. Secara ringkas, rujuk Jadual 6.2 berikut:

Jadual 6.2: Pembahagian Talak dari Tiga Aspek yang Berbeza

Pembahagian Talak
Penjelasan
dari Tiga Aspek
Pertama Ć Ditinjau dari aspek kejelasan lafaz yang digunakan, ia
Dari aspek kejelasan terbahagi kepada:
lafaz ă Lafaz soreh (jelas); dan
ă Lafaz kinayah (kiasan)
Kedua Ć Ditinjau dari aspek keadaan isteri yang diceraikan;
Dari aspek keadaan ă Diceraikan dalam keadaan suci atau haid;
isteri
ă Dewasa atau kanak-kanak, ia terbahagi kepada:
 Talak sunni
 Talak bidÂie
 Talak yang bukan sunni dan bukan bidÂie
Ketiga Ć Ditinjau dari aspek talak tersebut, adakah ditebus
Dari aspek ditebus dengan harta atau tidak, ia terbahagi kepada:
dengan harta atau tidak ă Khuluk
ă Talak biasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Secara terperinci pembahagian talak dari tiga aspek dan penjelasannya akan
dibincangkan dalam subtopik seterusnya.

6.3.1 Pembahagian Pertama: Lafaz Soreh atau


Kinayah
Pertama: Lafaz Soreh
Talak lafaz soreh bermaksud lafaz talak yang dituturkan secara jelas menunjukkan
kepada makna talak. Lafaz tersebut tidak boleh ditafsirkan dengan makna yang
lain. Talak secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talak dengan
menggunakan tiga perkataan Arab yang tertentu iaitu: ÂtalaqÊ (talak), ÂfiraqÊ
(lepas/ pisah), atau ÂsarahÊ (lepas) dan tanpa memerlukan niat suami. Contoh lafaz
talak soreh ialah seperti berkata seorang suami kepada isterinya:

(a) „Abang talakkan engkau Jamilah dengan talak satu‰;


(b) „Aku lepaskan engkau‰; atau
(c) „Engkau berpisah daripada aku‰.

Perkataan-perkataan ini dikategorikan sebagai soreh kerana banyak digunakan


dalam syariat Islam dan berulang kali disebut dalam al-Quran yang membawa
pengertian talak.

Penggunaan lafaz talak dalam al-Quran, seperti firman Allah SWT.

Ÿω ( öΝà6−/‘u ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( nÏèø9$# (#θÝÁômr&uρ  ∅ÍκÌE£‰ÏèÏ9 £⎯èδθà)Ïk=sÜsù u™!$|¡ÏiΨ9$# ÞΟçFø)¯=sÛ #sŒÎ) ©É<¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

⎯tΒuρ 4 «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï?uρ 4 7πuΖÉit7•Β 7πt±Ås≈xÎ/ t⎦⎫Ï?ù'tƒ βr& HωÎ) š∅ô_ãøƒs† Ÿωuρ £⎯ÎγÏ?θã‹ç/ .⎯ÏΒ  ∅èδθã_ÌøƒéB

∩⊇∪ #\øΒr& y7Ï9≡sŒ y‰÷èt/ ß^ωøtä† ©!$# ¨≅yès9 “Í‘ô‰s? Ÿω 4 …çμ|¡øΡt zΝn=sß ô‰s)sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ

Maksud: „Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka


ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya⁄‰
(Al-Talak: 1)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  125

Penggunaan perkataan sarah dalam al-Quran seperti maksud firman Allah SWT
dalam Al-Ahzab: 28:

Maksud: „Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu


semua mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku
berikan kepada kamu mutaah, dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-
baiknya.‰
(Al-Ahzab: 28)

Penggunaan perkataan firaq dalam al-Quran, seperti firman Allah SWT:

óΟä3ΖÏiΒ 5Αô‰tã ô“uρsŒ (#ρ߉Íκô−r&uρ 7∃ρã÷èyϑÎ/ £⎯èδθè%Í‘$sù ÷ρr& >∃ρã÷èyϑÎ/ £⎯èδθä3Å¡øΒr'sù £⎯ßγn=y_&r z⎯øón=t/ #sŒÎ*sù

©!$# È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ Ú∅ÏΒ÷σムtβ%x. ⎯tΒ ⎯ÏμÎ/ àátãθムöΝà6Ï9≡sŒ 4 ¬! nοy‰≈y㤱9$# (#θßϑŠÏ%r&uρ

∩⊄∪ %[`tøƒxΧ …ã&©! ≅yèøgs†

Maksud: „Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh edahnya, maka


bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan
mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di
antara kamu; dan hendaklah kamu menyempurnakan persaksian itu kerana
Allah semata-mata.‰
(Al-Talak: 2)

Apabila seorang suami melafazkan talak soreh, jatuhlah talak itu sama ada dia
berniat talak ataupun tidak. Sekiranya seorang suami melafazkan talak dengan
niat bergurau seperti suami berkata kepada isterinya: „Saya jatuhkan talak satu
ke atas kamu,‰ dalam keadaan bergurau, maka talak tetap jatuh dan berlaku. Ini
kerana talak merupakan satu perbuatan yang tidak boleh dipandang mudah dan
untuk gurauan. Ini berdasarkan penegasan Rasulullah SAW dalam hadis
sebelumnya yang bermaksud:

„Tiga perkara yang apabila seseorang bersungguh-sungguh dalam


melakukannya maka natijahnya ialah berlaku apa yang diingininya dan apabila
dia bergurau dalam tiga perkara ini, maka dia akan dihukum dengan dijadikan
gurauannya sebagai satu kenyataan. Tiga perkara itu adalah perkahwinan, talak
dan rujuk daripada talak.‰
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Kedua: Lafaz Kinayah


Kinayah bermaksud semua lafaz talak yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau
selain talak. Lafaz kinayah antaranya ialah kata suami:

(a) „Kamu terputus hubungan dari aku;‰


(b) „Kamu boleh keluar daripada rumah aku;‰
(c) „Kembalilah kepada keluargamu;‰
(d) „Pergilah ke mana yang kamu suka;‰
(e) „Jauhkan diri kamu dari aku;‰
(f) „Asingkan diri kamu dari aku;‰
(g) „Kamu haram ke atasku;‰ dan sebagainya.

Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada
ingin menceraikan isteri ataupun sebaliknya.

Dari segi aplikasi, apabila seseorang suami menggunakan lafaz-lafaz yang boleh
dijadikan sebagai kiasan kepada talak (kinayah) sebagaimana dijelaskan sebelum
ini, maka lafaz seperti ini tidak akan menyebabkan berlakunya talak melainkan
apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak ketika dia melafazkan ucapan
tersebut. Ini kerana niat untuk menjatuhkan talak adalah syarat untuk
berlakunya perceraian apabila lafaz yang digunakan oleh suami adalah lafaz-
lafaz yang digunakan oleh masyarakat sebagai kiasan kepada makna talak dan
cerai.

Dalam keadaan di atas, sekiranya suami melafazkan perkataan tersebut (kiasan)


dengan niat bergurau dengan isterinya untuk menghantar isterinya pulang sama
ada ke rumah ibu si isteri ataupun ke mana-mana tempat sekalipun, talak tidak
akan berlaku. Sebaliknya jika seorang suami berniat untuk menjatuhkan talak
kepada isterinya ketika dia berkata: „Saya hantar kamu pulang ke rumah,‰ maka
ketika itu talak akan berlaku.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r. a:

:‫ﺖ‬
ْ ‫ﺖ ﻋَﻠﹶﻰ َﺭﺳُﻮ ﹺﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ َﻭ َﺩﻧَﺎ ِﻣْﻨﻬَﺎ ﻗﹶﺎﹶﻟ‬ ْ ‫ﺠ ْﻮ ِﻥ ﹶﻟﻤﱠﺎ ﺃﹸ ْﺩ ِﺧﹶﻠ‬
َ ‫ﹶﺃﻥﱠ ﺍْﺑَﻨ ﹶﺔ ﺍﹾﻟ‬
‫ﻚ‬
ِ ‫ﺤﻘِﻰ ﹺﺑﹶﺄ ْﻫِﻠ‬
َ ‫ ﺍﹾﻟ‬،‫ﺕ ﹺﺑ َﻌﻈِﻴﻢﹴ‬
ِ ‫ ﹶﻟ ﹶﻘ ْﺪ ﻋُﺬﹾ‬:‫ ﹶﻓﻘﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟﻬَﺎ‬. ‫ﻚ‬
َ ‫ﹶﺃﻋُﻮ ﹸﺫ ﺑﹺﺎﻟﻠﱠ ِﻪ ِﻣْﻨ‬
Maksud: „Sesungguhnya Binti al-Jaun (iaitu Umaimah binti al-NuÊman yang
dikahwini oleh Rasululah SAW dihantar kepada Nabi Muhammad SAW) ketika
baginda SAW menghampirinya, dia berkata: „Aku berlindung dengan Allah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  127

daripada kamu.‰ Nabi Muhammad SAW bersabda: „Kamu telah meminta


perlindungan daripada Tuhan yang Maha Besar. Oleh itu baliklah kepada
keluargamu.‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Ini juga berdasarkan kisah talak Kaab bin Malik r.a. setelah dia tidak menyertai
perang Tabuk pada tahun kedua Hijrah. Nabi Muhammad SAW
memerintahkannya agar menjauhkan diri daripada isterinya. Kaab bin Malik r.a.
bertanya: Adakah aku perlu menceraikannya atau bagaimana? Rasulullah SAW
menjawab: „Asingkan beliau dan jangan sekali-kali mendekatinya.‰ Kaab
berkata: Aku berkata kepada isteriku: „Kembalilah kamu kepada keluargamu.‰

Setelah taubat Kaab diterima, isterinya kembali semula kepadanya dan beliau
tidak diperintahkan mengadakan akad nikah yang baru. Ini menunjukkan kata-
kata Kaab: „Kembalilah kamu kepada keluargamu‰ tidak menyebabkan jatuh
talak melainkan dengan niat.

6.3.2 Pembahagian Kedua: Talak Sunni, Bid‘ie dan


Bukan Kedua-duanya
Pertama: Talak Sunni
Talak sunni bererti talak yang dilakukan mengikut sunnah. Ini bermaksud talak
mengikut kaedah yang ditentukan oleh syarak yang merangkumi cara
menjatuhkan talak dan keadaan isteri semasa talak itu dijatuhkan ke atasnya.
Talak berlaku berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Talak sunni
berlaku dalam keadaan berikut:

(a) Talak Dijatuhkan dengan Semangat Ihsan iaitu Melalui Talak Satu dan
Lepas Satu, Tidak Sekaligus
Ini bertujuan memberi ruang kepada suami isteri untuk menilai diri setiap
yang terlibat dan akibat perceraian, positif dan negatif, kesan baik dan
buruk sehingga suami boleh merujuk isteri setelah talak satu, tetapi masih
dalam idah rajÂie. Begitulah juga berlaku talak kedua sehingga tiada jalan
lain terpaksa mengharungi perceraian terakhir iaitu talak tiga.

(b) Keadaan Isteri Hendaklah Suci pada Waktu Dijatuhkan Talak


Maksud suci ialah isteri dalam keadaan bersih (idah) selepas haid atau
nifas dan belum disetubuhi lagi bagi menjaga kepentingan perempuan. Ini
kerana jika dijatuhkan talak pada masa haid, nifas atau selepas disetubuhi,
akan memanjangkan waktu idah dan ini akan membebankan perempuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Kedua: Talak BidÂie


Talak yang dijatuhkan tanpa mengikut kaedah syarak sama ada cara-cara
menjatuhkan talak atau keadaan isteri ketika talak dijatuhkan ke atasnya. Islam
mengharamkan suami menjatuhkan talak secara bidÂie, tetapi hukumnya tetap
sah (jatuh talak). Gambaran talak bidÂie yang dilarang adalah sebagaimana
berikut:

(a) Menjatuhkan talak tiga sekaligus sama ada menyebut tiga kali talak atau
menyebut satu, satu, tetapi berturut-turut pada satu tempat dan satu masa;
(b) Menjatuhkan talak ketika isteri tidak suci iaitu ketika isteri sedang haid
atau nifas; dan
(c) Menjatuhkan talak ketika isteri suci, tetapi setelah disetubuhi.

Ketiga: Bukan Talak Sunni dan Bukan Talak BidÂIe


Hukum kategori ini adalah harus, jatuh talak dan tidak haram kerana perbuatan
itu tidak mendatangkan apa-apa kesusahan atau kesulitan kepada isteri yang
diceraikan. Talak yang termasuk kategori jenis ini ialah:

(a) Talak isteri yang terlalu kecil yang belum datang haid;
(b) Isteri yang terlalu tua yang sudah putus haid (menopaus);
(c) Isteri yang disahkan mengandung, hanya idahnya ialah selepas ia
melahirkan bayi;
(d) Isteri yang melakukan khuluk; dan
(e) Isteri yang belum pernah disetubuhi.

6.3.3 Pembahagian Ketiga: Talak Biasa dan Tebus


Talak (Khuluk)
Pertama: Talak Biasa
Talak biasa adalah perceraian yang berlaku antara suami isteri dengan keinginan
suami serta bertepatan dengan syarat-syarat syarak. Talak biasa sama seperti
talak sunni yang dibincangkan sebelum ini dan hukumnya juga sama seperti
kedudukan talak sunni.

Kedua: Tebus Talak (Khuluk)


Tebus talak atau khuluk ( ‫ )ال ُخ لْ ُع‬dalam bahasa Arab, dari segi bahasa ia
bermaksud melepas atau meninggalkan. Manakala dari segi syarak pula
ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan bayaran (tebusan) yang
diterima oleh suami. Perceraian ini berlaku disebabkan permintaan dari pihak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  129

isteri. Ini berlaku sebagai contoh apabila seorang isteri berkata kepada
suaminya:

(a) „Ceraikan saya dengan bayaran RM5,000.‰ Suami menerima dengan lafaz,
„Saya ceraikan awak dengan bayaran RM5,000;‰ atau
(b) Ia juga berlaku apabila isteri berkata kepada suami:
„Aku menebus talak ke atas diriku dengan bayaran RM5,000. ‰

Dalil pensyariatan khuluk berdasarkan firman Allah SWT:

$! ϑ
£ ΒÏ #( ρ‹
ä {
è 'ù ?s β&r Ν
ö 6
à 9s ≅
‘ tÏ †
s ω
Ÿ ρu 3 ⎯
9 ≈¡
| m
ô *Î /Î x
7 ƒÎ £
ô ?s ρ÷ &r ∃
> ρá è÷ ÿo 3Ï 8
8 $¡
| Βø *Î ùs ( β ß ≈=n Ü
È $?s § Δs , © 9#$

yy$oΨã_ Ÿξsù «!$# yŠρ߉ãn $uΚ‹É)ムωr& ÷Λä⎢øÅz ÷βÎ*sù ( «!$# yŠρ߉ãm $yϑŠÉ)ムωr& !$sù$sƒs† βr& HωÎ) $º↔ø‹x© £⎯èδθßϑçF÷s?#u™

ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ ⎯tΒuρ 4 $yδρ߉tG÷ès? Ÿξsù «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï? 3 ⎯ÏμÎ/ ôNy‰tGøù$# $uΚ‹Ïù $yϑÍκön=tã

∩⊄⊄®∪ tβθãΚÎ=≈©à9$#

Maksudnya: „...Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat
menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan
oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu
melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim.‰
(Al-Baqarah: 229)

Juga berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW
apabila isteri Sabit bin Qais datang menemui baginda dan berkata:

„Wahai Nabi Allah, Sabit bin Qais, aku ingin berpisah dengannya bukan kerana
perangainya yang buruk dan agamanya yang tidak terjaga. Tetapi aku bimbang
(jika aku terus hidup bersamanya), aku tidak dapat melaksanakan hak-hak
suami.‰ Rasulullah SAW bertanya: „Bolehkah kamu pulangkan kebunnya
kepadanya?‰ Dia menjawab: „Boleh‰. Nabi bersabda kepada Sabit bin Qais:
„Terimalah kebun itu dan ceraikannya dengan talak satu.‰

(Hadis riwayat Bukhari)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, hukum asal berkaitan khuluk adalah
harus. Suami diharuskan melafazkan khuluk dalam apa jua situasi isterinya,
sama ada ketika isterinya dalam keadaan haid atau suci walaupun selepas dia
menyetubuhinya. Ini kerana khuluk berlaku disebabkan keinginan isteri untuk
bebas daripada ikatan suami.

Khuluk mempunyai rukun dan syarat sah tersendiri iaitu sebagaimana berikut:

(a) Suami
Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khuluk bukan dipaksa.

(b) Benda Pertukaran


Iaitu isteri itu sendiri yang masih di bawah kekuasaan suami sekalipun
dalam idah rajÂie. Tidak sah sekiranya isteri dalam idah khuluk dan talak
baÊin.

(c) Isteri
Hendaklah seorang yang mukallaf, berakal dan matang, juga boleh
menguruskan harta.

(d) Lafaz Khuluk


Hendaklah disebut dengan terang.

(e) Bayaran Khuluk


Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.

Walaupun khuluk diharuskan oleh syarak, ia boleh memutuskan ikatan


perkahwinan yang suci akibat kehendak tertentu daripada pihak isteri.
Sekiranya boleh dielakkan adalah lebih baik. Ini berdasarkan sabda Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud: „Perkara halal yang paling dibenci Allah
adalah talak‰ (Hadis riwayat Abu Daud). Walaupun isteri mempunyai hak
untuk memohon khuluk, namun Rasulullah SAW menuntut agar ia tidak
dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan dan
akibatnya. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
„Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab
yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.‰

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

SEMAK KENDIRI 6.3

Senaraikan kategori pembahagian talak dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  131

6.3.4 Kesan Khuluk kepada Perkahwinan


Kesan daripada talak secara khuluk kepada perkahwinan antaranya
sebagaimana berikut:
(a) Suami tidak mempunyai kuasa lagi ke atas isteri. Isteri berhak
menguruskan dirinya sendiri;
(b) Suami tidak dapat rujuk kembali kepada isterinya walaupun dalam edah.
Sekiranya mereka berdua ingin hidup bersama semula, keduanya mestilah
mengadakan akad yang baharu serta suami membayar mas kahwin lain.
Namun bekas isteri mempunyai hak penuh untuk membuat keputusan;
(c) Isteri yang telah dikhuluk tidak boleh ditalak, dizihar, atau diilaÊ oleh
bekas suaminya sepanjang tempoh idah; dan
(d) Lafaz khuluk menjadikan seseorang perempuan itu bukan lagi isteri bagi
suami bahkan statusnya adalah ajnabiah (wanita asing).

6.3.5 Kategori Talak dalam Islam


Talak dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu talak rajÂie dan talak baÊin,
manakala baÊin pula terbahagi kepada baÊin sughra dan baÊin kubra seperti Rajah
6.1.

Rajah 6.1: Kategori talak dalam Islam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Jadual 6.3 berikut pula menjelaskan kedudukan talak dalam Islam.

Jadual 6.3: Kategori Talak dalam Islam

Kategori Talak Penjelasan


Talak RajÂie Talak yang membolehkan suami isteri hidup
Talak rajÂie, iaitu talak yang boleh bersama (rujuk) sesudah jatuh talak tanpa
dirujuk kembali tanpa perlu akad perlu melakukan akad nikah dan mahar yang
nikah iaitu ketika isteri dalam waktu baru selama masih dalam tempoh idah disebut
idah (sebelum tiga kali suci daripada idah rajÂie:
haid).  Talak ini hanya dibolehkan bagi isteri yang
telah disetubuhi; dan
 Talak yang dijatuhkan itu ialah talak yang
pertama dengan satu talak atau yang
kedua yang sebelumnya telah dijatuhkan
satu talak.
Talak BaÊin Sughra Iaitu talak yang tidak membolehkan suami
BaÊin sughra ialah talak yang tidak merujuk isterinya untuk hidup bersama
boleh dirujuk oleh suami kecuali dengannya selepas berlaku talak melainkan
diadakan akad nikah semula iaitu dengan akad nikah dan mahar yang baru
perceraian sama ada melalui fasakh, dengan izin dan keredaannya.
khuluk atau talak isteri yang belum Talak yang termasuk dalam baÊin sughra:
disetubuhi.
 Talak yang melebihi tiga talak;
 Talak yang dilakukan secara tebus talak
(khuluk);
 Fasakh (putus akad nikah) yang bukan
haram muÊabbad;
 Talak rajÂie yang sudah tamat edah;
 Talak yang disebabkan suami menghilang
dan tidak dapat dikesan;
 Talak yang disebabkan suami dipenjara; dan
 Talak yang disebabkan suami
membahayakan keselamatan isteri seperti
suami mengidap HIV atau AIDS dan
mendera isteri.
Talak BaÊin Kubra Talak yang termasuk dalam baÊin kubra ialah
BaÊin kubra iaitu talak yang tidak talak tiga sama ada sekali gus atau
membolehkan suami merujuk berperingkat sehingga tiga. Ia tidak boleh
isterinya untuk hidup bersama dalam dirujuk kembali dengan cara biasa melainkan
naungannya selepas berlaku talak setelah syarat berikut dipenuhi:
melainkan setelah bekas isterinya itu  Setelah selesai idah isteri;
berkahwin dengan lelaki yang lain
secara sah beserta syaratnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  133

 Bekas isteri berkahwin dengan suami lain


serta berlaku persetubuhan dengan bekas
isteri itu dan berlaku perceraian yang sah
(bukan dirancang); dan
 Selesai idah dari suami yang lain itu, maka
bekas suami barulah boleh bernikah
semula dengan bekas isteri itu dengan
mahar (mas kahwin) yang baharu.

6.4 ISU SEMASA BERKAITAN TALAK


Pertama: Melafazkan Talak Tiga dengan Satu Lafaz
Jika suami melafazkan talak tiga dengan satu lafaz dalam satu masa seperti dia
berkata: „Aku ceraikan engkau dengan talak tiga.‰ Jatuh talak dengan talak tiga.
Keadaannya adalah sama seperti dia melafazkan talak dengan cara yang
berasingan (satu persatu sebanyak tiga kali). Majoriti ulama yang terdiri
daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali mengatakan
bahawa talak tiga sekali gus diiktiraf dan dikira talak tiga.

Namun begitu bagi Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim mereka mengatakan hanya
diiktiraf/ berlaku talak satu sahaja bagi suami yang melafazkan talak tiga sekali
gus. Rajah 6.2 berikut menunjukkan keratan akhbar perceraian talak tiga yang
berlaku di Malaysia.

Rajah 6.2: Keratan akhbar mengenai seorang wanita yang


diceraikan dengan talak tiga selepas tiga jam bernikah
Sumber: http://kininews.blogspot.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Kedua: Hukum Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama
Islam kali ke-55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitian
mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui SMS
seperti Rajah 6.3 sebagaimana berikut:

(a) Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan
kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, WhatsApp,
e-mail dan sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah
sekiranya disertai dengan niat;
(b) Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk
mensabitkan talak tersebut; dan
(c) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden
adalah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan
oleh syarak.

Rajah 6.3: Khidmat pesanan ringkas atau Short Message Service (SMS)
yang menyatakan perceraian antara pasangan
Sumber: http://malaysianreview.com

Ketiga: Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah
membincangkan mengenai hal ini dan telah membuat keputusan seperti berikut:

(a) Muzakarah menegaskan bahawa para fuqahak bersepakat mensyaratkan


bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah
dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat
secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan kabul;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  135

(b) Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah
memenuhi syarat ittihad al-majlis kerana ia dikelaskan sebagai ittihad
al-majazi, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus
melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti
yang berikut:
(i) Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-dzan;
(ii) Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan;
(iii) Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum
syarak;
(iv) Digalakkan wali sendiri yang mengakadnikahkan pasangan;
(v) Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang
ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar
bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama
disebabkan sakit, banjir, dan sebagainya; dan
(vi) Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti
Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.

6.5 ISU BERKAITAN TALAK TAKLIK


Talak atau cerai taklik dari segi bahasa bermaksud talak tergantung. Maksud
talak atau cerai taklik ialah suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat (secara
umum) atau syarat tertentu, sama ada yang mempunyai hubungan dengan
isterinya atau orang lain. Contoh-contoh cerai taklik adalah sebagaimana
berikut:

(a) Contoh talak taklik yang dikaitkan dengan sifat, suami berkata: „Aku
ceraikan kamu di bulan Ramadhan‰. Oleh itu isteri akan jatuh talak apabila
masuknya bulan Ramadhan. Contoh-contoh lain: suami berkata: „Aku
ceraikan kamu apabila ayah kamu datang,‰ oleh itu jatuh talak apabila
ayahnya datang. Suami berkata kepada isterinya; „Jika kamu keluar dari
rumah, kamu aku ceraikan‰ dan ia sememangnya berniat talak jika benar
isterinya keluar rumah; dan

(b) Contoh talak taklik yang dikaitkan dengan syarat, suami berkata di
hadapan kadi: „Sekiranya saya mempunyai kekasih lain atau melakukan
zina dengan perempuan lain maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.‰
Maka jatuhlah talak sekiranya berlaku. Contoh lain, seorang suami berkata
kepada isterinya; „Jika kamu menghalalkan baki mas kahwin yang
tertanggung atasku, maka kamu aku ceraikan‰ dengan ia berniat
menceraikan isterinya jika isterinya menghalalkan mas kahwin itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Dalil keharusan talak taklik yang dikaitkan dengan sifat atau syarat dan jatuhnya
talak jika syarat atau sifat itu berlaku berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

‫ ﹶﺃ ْﻭ ﹶﺃ َﺣﻞﱠ َﺣ َﺮﺍ ًﻣﺎ‬،‫ ﹺﺇﻟﱠﺎ َﺷ ْﺮﻃﹰﺎ َﺣ ﱠﺮ َﻡ َﺣﻠﹶﺎﻟﹰﺎ‬،ْ‫ﺴِﻠﻤُﻮ ﹶﻥ ﻋَﻠﹶﻰ ُﺷﺮُﻭ ِﻃ ﹺﻬﻢ‬


ْ ‫ﻭَﺍﹾﻟ ُﻤ‬
Maksud: „Dan orang-orang Islam terikat dengan syarat mereka. Melainkan
syarat yang mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.‰

(Hadis riwayat Tirmizi- Hadis Hasan Sahih)

Difahami daripada hadis tersebut bahawa syarat-syarat yang dikaitkan dengan


berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak.

Dalam konteks Malaysia hari ini, seseorang lelaki bila melafazkan akad nikah, ia
akan membaca dan menandatangani lafaz taklik di hadapan pendaftar nikah
kahwin (imam) atau di hadapan pegawai jabatan agama. Kesannya adalah ia
akan terikat dengan taklik tersebut.

Majoriti ulama termasuk imam empat mazhab menjelaskan talak secara taklik
(yakni secara ikatan) adalah harus dan apabila berlaku perkara atau peristiwa
yang ditaklikkan (yakni yang diikat dengan talak), maka akan tertalaklah isteri
jika memenuhi syarat iaitu pertama, suami ada kelayakan untuk menjatuhkan
talak, kedua, wanita itu adalah miliknya (isterinya) dan ketiga, perkara atau
peristiwa yang ditaklikkan kepada talak itu harus berlaku, bukan yang mustahil
berlaku atau digantungkan kepada kehendak Allah.

Implikasi talak taklik bagi perkahwinan ialah:

(a) Talak tidak akan berlaku selagi perkara yang dikaitkan dengan talak masih
belum berlaku;
(b) Kehidupan suami isteri adalah seperti biasa selagi syarat yang disebut
dalam talak taklik tidak berlaku; dan
(c) Talak akan jatuh sebaik sahaja syarat yang disebutkan dalam talak taklik
berlaku. Suami tidak perlu melafazkan talak yang baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  137

Bagaimana pula hukum berkaitan taklik tambahan seperti disebabkan


berpoligami? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24
November 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan kepada isteri
sekiranya suami berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

(a) Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambil
kira hikmah poligami yang telah disyariatkan, muzakarah memutuskan
bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami
berpoligami tidak perlu dilaksanakan; dan
(b) Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-undang Keluarga Islam
yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi
keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi
tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.

6.6 TALAK TAFWIDH (MENYERAHKAN


KUASA TALAK KEPADA ISTERI)
Harus bagi suami menyerahkan kuasa talak kepada isterinya. Penyerahan kuasa
ini sama seperti menyerahkan hak menjatuhkan talak kepada isteri. Namun
begitu, beberapa syarat perlu dipatuhi iaitu:

(a) Talak itu mestilah berlaku terus (talak tanjiz). Sebarang talak secara taklik
seperti suami berkata: „Apabila tibanya hari esok, engkau ceraikanlah diri
engkau sendiri‰ adalah tidak sah;
(b) Suami yang menyerahkan kuasa talak kepada isteri mestilah seorang
mukallaf. Tidak sah jika suami masih kecil atau gila. Begitu juga isteri
mestilah seorang mukallaf; dan
(c) Isteri mestilah menceraikan dirinya dengan segera sebaik berlaku
penyerahan kuasa talak tersebut supaya ijab dan qabul tidak terpisah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

AKTIVITI 6.2

1. Bandingkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan talak


melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan fatwa negeri-
negeri atau akta/ enakmen sesetengah negeri di Malaysia.
2. Berikan satu contoh setiap talak taklik secara sifat dan syarat.
3. Adakah talak secara tafwidh wajar dibudayakan? Apa
pandangan anda dan kenapa anda berkata demikian?

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Senaraikan rukun serta syarat sah talak.


2. Jelaskan perbezaan antara talak sunni dan bidÊie.
3. Berikan contoh lafaz talak soreh dan kinayah.
4. Jelaskan definisi khuluk dari segi syarak.
5. Jelaskan bagaimana berlakunya perceraian secara khuluk dalam
perkahwinan.

 Talak dari segi bahasa ialah melepaskan ikatan dan terlepas. Manakala talak
dari segi syarak bermaksud sebagai meleraikan ikatan perkahwinan dengan
menggunakan lafaz talak atau kata-kata yang seumpamanya.

 Secara umum, talak mempunyai hikmah dan kebaikan tertentu. Ia


merupakan jalan keluar yang rasmi bagi merungkai permasalahan antara
suami dan isteri.

 Menjatuhkan atau melafazkan talak pada asalnya adalah diharuskan syarak.


Namun begitu fuqahak menjelaskan hukum menjatuhkan talak boleh
berubah menjadi wajib, haram, sunat dan makruh.

 Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk


menjatuhkan talak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN  139

 Talak mempunyai lima rukun yang wajib dipenuhi sebelum talak dilafazkan
iaitu suami, isteri, lafaz, niat dan wilayah.

 Talak terbahagi kepada tiga iaitu dari aspek kejelasan lafaz, dari aspek
keadaan isteri dan dari aspek ditebus dengan harta atau tidak.

 Kategori talak adalah talak rajÂie, baÊin sughra dan baÊin kubra.

 Khuluk atau tebus talak diharuskan dalam Islam sebagai alternatif kepada
perceraian namun perlu difikirkan secara serius oleh pihak isteri.

 Talak secara taklik diharuskan syarak sekiranya suami berkelayakan untuk


menjatuhkan talak, wanita itu adalah miliknya (yakni berstatus isterinya)
dan perkara atau peristiwa yang ditaklik kepada talak itu bukan yang
mustahil berlaku.

 Islam mengharuskan talak berlaku secara tafwidh dengan mengambil kira


syarat-syarat yang telah ditetapkan.

BaÊin sughra Talak


BaÊin kubra Talak rajÊie
Khuluk Taklik
Mukallaf Talak tafwidh

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The Family Structure in Islam. USA: American
Trust Publication.

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-
ÂAin bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Al-Zuhaili, Muhammad. (2010) . Al-Muktamad fi al-fiqh al-Shafie. Jilid 4.


Damsyik: Dar al-Qalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1996). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jild III. Amman:


Maktabah al-Risalah al-Hadisah.

http://www.islamgrid.gov.my (16/10/2013)

http://id.wikipedia.org/wiki/Pernikahan_Muhammad (1/2/ 2013).

http://Hadis.al-islam.com/Loader (1/2/2013)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan (1/2/2013)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Fasakh, IlaÊ,
7 Zihar dan
LiÂan serta
Implikasinya
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan fasakh;
2. Menerangkan kecacatan antara suami dan isteri;
3. Menghuraikan kesan-kesan fasakh terhadap perkahwinan;
4. Mengenal pasti kesan lafaz zihar terhadap perkahwinan; dan
5. Menjelaskan kesan ilaÊ dalam perkahwinan.

 PENGENALAN
Sebagaimana anda telah pelajari dalam Topik 6 sebelumnya bahawa
pembubaran perkahwinan boleh berlaku sama ada melalui talak, khuluk dan
taklik. Pembubaran perkahwinan juga boleh berlaku melalui fasakh, zihar, ilaÊ
dan liÂan. Topik 7 ini membincangkan tentang kecacatan yang membolehkan
fasakh sama ada daripada pihak suami atau isteri. Begitu juga hukum yang
berkaitan zihar, ilaÊ dan liÂan. Isu semasa berkaitan kesan-kesan fasakh, zihar, ilaÊ
dan liÂan juga akan dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

7.1 FASAKH: DEFINISI, DALIL DAN SEBAB


BERLAKU
Fasakh dalam syariat Islam adalah salah satu alternatif yang dibenarkan bagi
meleraikan ikatan perkahwinan. Fasakh memberi ruang terutamanya kepada
pasangan lebih-lebih lagi isteri untuk membubarkan perkahwinan kerana sebab-
sebab tertentu yang menghalang keamanan dan keharmonian rumah tangga.
Talak pada asalnya hak mutlak suami manakala fasakh pula hak isteri untuk
menuntut perceraian atas sebab-sebab tertentu yang munasabah melalui
keputusan yang dibuat oleh kadi atau hakim syarie. Ini berlaku setelah kadi atau
hakim syarie melihat kepada hujah-hujah dan bukti keterangan daripada pihak
isteri yang memohon fasakh serta keterangan daripada pihak suami.

7.1.1  Fasakh: Definisi dan Dalil 


Fasakh dari segi bahasa ialah membatal atau membubarkan, rosak atau putus.
Selain itu, fasakh juga bererti memutuskan pernikahan. Manakala dari segi
istilah ialah membatal atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan
yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas
berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan. Pembatalan
nikah ini disebabkan oleh sesuatu sifat atau kecacatan yang dibenarkan oleh
syarak seperti suami tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.

Contoh pembubaran perkahwinan disebabkan kecacatan yang berlaku sewaktu


akad perkahwinan seperti pengantin belum baligh. Contoh kecacatan daripada
suami atau isteri yang menghalang daripada berkekalannya sesuatu
perkahwinan seperti salah seorang pasangan menjadi gila dan sebagainya.

(a) Dalil Pensyariatan Fasakh


Pada dasarnya perceraian secara fasakh tidak dinyatakan secara jelas di
dalam al-Quran. la berbeza sekali dengan cara-cara pembubaran yang lain
seperti talak, khuluk, zihar, ilaÊ dan liÂan iaitu semuanya terdapat dalil
al-Quran yang jelas (talak, surah al-Baqarah ayat 229; khuluk, surah
al-Baqarah ayat 229; zihar, surah al-Mujadalah ayat 1-4; ilaÊ, surah al-
Baqarah ayat 226 dan liÂan , surah al-Nur ayat 6 hingga 9).

Walau bagaimanapun, fasakh diterima sebagai salah satu cara untuk


membubarkan perkahwinan berasaskan prinsip yang terkandung dalam
al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Prinsip ini boleh dilihat dalam
beberapa ayat al-Quran. Pertama firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  143

£⎯èδθä3Å¡÷ΙäC Ÿωuρ 4 7∃ρã÷èoÿÏ3 £⎯èδθãmÎh|  ÷ρr& >∃ρá÷èoÿÏ3  ∅èδθä3Å¡øΒr'sù £⎯ßγn=y_&r z⎯øón=t6sù u™!$|¡ÏiΨ9$# ãΛä⎢ø)¯=sÛ #sŒÎ)uρ

(#ρãä.øŒ$#ρu 4 #Yρâ“èδ «!$# ÏM≈tƒ#u™ (#ÿρä‹Ï‚−Fs? Ÿωuρ 4 …çμ|¡øtΡ zΟn=sß ô‰s)sù y7Ï9≡sŒ ö≅yèøƒt ⎯tΒuρ 4 (#ρ߉tF÷ètGÏj9 #Y‘#uÅÑ

¨βr& (#þθãΚn=ôã$#uρ ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ Ïπyϑõ3Åsø9$#uρ É=≈tGÅ3ø9$# z⎯ÏiΒ Νä3ø‹n=tæ tΑt“Ρr& !$tΒuρ öΝä3ø‹n=tæ «!$# |Myϑ÷èÏΡ

∩⊄⊂⊇∪ ×Λ⎧Î=tæ >™ó©x« Èe≅ä3Î/ ©!$#

Maksud: „Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian mereka


hampir tempoh edahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan
baik, atau lepaskan mereka dengan baik. Dan janganlah kamu rujuk mereka
untuk memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman; dan
sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya
sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai
permainan.‰
(Al-Baqarah: 231)

Juga melalui ayat dalam surah al-Baqarah, Allah SWT berfirman:

!$£ϑÏΒ (#ρä‹è{ù's? βr& öΝà6s9 ‘≅Ïts† Ÿωuρ 3 9⎯≈|¡ômÎ*Î/ 7xƒÎô£s? ÷ρr& >∃ρá÷èoÿÏ3 88$|¡øΒÎ*sù ( Èβ$s?§sΔ ß,≈n=©Ü9$#

yy$oΨã_ Ÿξsù «!$# yŠρ߉ãn $uΚ‹É)ムωr& ÷Λä⎢øÅz ÷βÎ*sù ( «!$# yŠρ߉ãm $yϑŠÉ)ムωr& !$sù$sƒs† βr& HωÎ) $º↔ø‹x© £⎯èδθßϑçF÷s?#u™

ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ ⎯tΒuρ 4 $yδρ߉tG÷ès? Ÿξsù «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï? 3 ⎯ÏμÎ/ ôNy‰tGøù$# $uΚ‹Ïù $yϑÍκön=tã

∩⊄⊄®∪ tβθãΚÎ=≈©à9$#

Maksud: „Talak (yang boleh dirujuk) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk lagi
dengan cara yang sepatutnya atau menceraikannya dengan cara yang baik. Dan
tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada
mereka, kecuali jika kedua-duanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan
hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat
menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan
oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu
melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah
orang yang zalim.
(Surah al-Baqarah: 229)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

Dalam hadis, prinsip fasakh boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW
dari Abu Said al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ﺿﺮَﺍ َﺭ‬
ِ ‫ﺿ َﺮ َﺭ َﻭ ﻻ‬
َ ‫ﻻ‬
Maksud: "Jangan memudaratkan (walaupun tanpa niat) dan jangan saling
memudaratkan."
(Hadis riwayat Ibn Majah, Dar Qutni dan Malek)

Kaedah yang dipakai oleh para ulama fikah dalam hal ini ialah kewajipan
menjaga keselamatan dan pada masa yang sama menolak segala bentuk
kemudaratan.

Fasakh adalah satu bentuk pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang


diberikan kepada hakim syarie atau kadi. Secara umum hak untuk memohon
fasakh terpakai kepada kedua-dua suami isteri, namun secara amalannya hak
fasakh diberikan kepada isteri. Pembubaran perkahwinan atau perceraian secara
fasakh boleh berlaku apabila kadi atau hakim syarie memutuskan untuk
memfasakhkan perkahwinan dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-
pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi
sebagaimana dibincangkan sebelum ini. Peruntukan mengenai fasakh ini turut
dinyatakan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia.

Bagaimana prosedur fasakh? Fasakh berlaku setelah diminta cerai oleh isteri
melalui kadi atau hakim syarie. Ini bermaksud permohonan rasmi oleh pihak
isteri perlu diajukan kepada pihak yang berkuasa agama. Maka kadi atau hakim
syarie memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut sekiranya
terdapat alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan
seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati
ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

7.1.2 Sebab-sebab Membolehkan Fasakh


Sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh nikah antaranya ialah:

(a) Sebab yang merosakkan akad, antaranya:


(i) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama
ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri
yang dalam tempoh idah talak suami pertamanya; dan
(ii) Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila
baligh minta difasakhkan akad itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  145

(b) Sebab yang mendatang selepas pernikahan, antaranya:


(i) Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad;
(ii) Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah
seorang memeluk Islam; dan
(iii) Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab
persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.

AKTIVITI 7.1

1. Analisis sekurang-kurangnya tiga kes yang melibatkan fasakh di


Mahkamah Syariah, kemudian senaraikan sebab utama
berlakunya fasakh.
2. Jelaskan perbezaan antara fasakh dan talak beserta contoh.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Jelaskan definisi fasakh dari segi bahasa dan syarak.


2. Sebutkan dalil al-Quran keharusan fasakh dalam Islam.
3. Senaraikan sebab-sebab yang membolehkan fasakh.

7.2 KECACATAN YANG MEMBOLEHKAN


FASAKH
Merujuk kepada kitab-kitab fikah karangan ulama terdahulu berkaitan kecacatan
yang membolehkan fasakh, mereka membahagikan kepada dua iaitu:

(a) Kecacatan yang boleh menghalang daripada berlaku persetubuhan seperti


terputus kemaluan atau mati pucuk bagi lelaki dan lubang faraj tertutup
disebabkan tumbuhnya tulang atau daging bagi perempuan; dan

(b) Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan


tetapi terdapat penyakit yang menjijikkan atau berbahaya yang
menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali
menanggung kesusahan dan mudarat seperti kusta, gila, siflis, HIV dan
AIDS serta seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

7.3 PEMBAHAGIAN KECACATAN JIKA


DILIHAT PADA SUAMI ISTERI
Berdasarkan fakta kecacatan yang membolehkan fasakh sebelum ini, kecacatan
yang menimpa pasangan suami isteri boleh dibahagikan kepada tiga bahagian,
seperti Jadual 7.1 berikut:

Jadual 7.1: Pembahagian Kecacatan antara Suami dan Isteri

Kecacatan pada Suami


Kecacatan Isteri Kecacatan Suami
dan Isteri
 Antara kecacatan  Antara kecacatan  Antara kecacatan
tersebut ialah: tersebut ialah: tersebut ialah:
ă Gila ă Lubang faraj ă Terputus
ă Kusta tertutup kemaluan atau
disebabkan mati pucuk
ă Siflis
tumbuhnya tulang  Isteri mempunyai hak
ă HIV dan AIDS atau daging fasakh jika kemaluan
ă Penyakit kulit yang  Suami berhak suaminya terpotong
kronik dan memfasakhkan atau mati pucuk
seumpamanya perkahwinan kerana kerana kecacatan itu
 Naluri manusia berasa kecacatan ini menghalang tujuan
jijik apabila pasangan menghalang daripada perkahwinan.
mengalami penyakit- objektif perkahwinan
penyakit yang iaitu persetubuhan.
dinyatakan sekiranya
tinggal sebumbung
dalam tempoh yang
berterusan dan mereka
berhak menuntut
fasakh.

Dalil wujudnya pilihan disebabkan kecacatan adalah hadis riwayat Ibnu Umar,
katanya (maksud):

„Rasulullah SAW telah berkahwin dengan seorang perempuan daripada


golongan Ghifar. Setelah dibawa masuk menemui Rasulullah SAW, baginda
mendapati pada badannya terdapat penyakit sopak. Nabi Muhammad SAW
bersabda: „Pakailah bajumu dan kembalilah kepada keluarga kamu‰. Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada keluarga perempuan itu: „Kamu
menyembunyikan kecacatan daripadaku.‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  147

7.3.1 Kecacatan Berlaku Selepas Akad Nikah


Jika mana-mana kecacatan yang disebut dalam Jadual 7.1 sebelum ini berlaku
kepada suami atau isteri selepas akad nikah, maka pasangan boleh memilih
untuk fasakh. Antara kecacatan tersebut ialah:

(a) Selepas berlaku hubungan seksual atau tidak;


(b) Kecacatan tersebut boleh menghalang persetubuhan seperti terpotong
kemaluan atau mati pucuk bagi suami atau lubang faraj isteri tertutup
disebabkan daging atau tulang yang tumbuh; atau
(c) Kecacatan tersebut tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan
seperti sopak, HIV, AIDS, kusta dan gila.

Dalam kes penyakit yang tidak menghalang hubungan seksual seperti kusta,
HIV, AIDS serta seumpamanya, pengakuan doktor pakar adalah diperlukan.
Fasakh hanya dibenarkan setelah diberi peluang menjalani rawatan/ berubat.
Dalam kes suami mati pucuk yang berlaku selepas persetubuhan, isteri hilang
hak untuk memilih fasakh kerana maksud nikah dipihak isteri iaitu mas kahwin
dan persetubuhan telah tercapai. Perkara tersebut telah pun sempurna sebelum
berlakunya mati pucuk.

Pengesahan mati pucuk selepas kahwin hanya berlaku sama ada melalui
pengakuan suami di hadapan hakim syarie atau kadi sekiranya suami mengaku.
Sekiranya suami tidak mengaku maka isteri hendaklah bersumpah apabila
hakim syarie atau kadi memintanya untuk membuktikan kebenaran dakwaan
isteri. Hakim syarie atau kadi hendaklah memberikan tempoh setahun
berdasarkan kalendar hijrah untuk suami merawat penyakitnya. Sekiranya tiada
perubahan setelah tempoh setahun berlalu maka perkahwinan itu hendaklah
difasakhkan.

7.4 KESAN FASAKH NIKAH DISEBABKAN


KECACATAN
Apabila berlaku fasakh disebabkan kecacatan sama ada pada pihak suami atau
isteri, beberapa kesannya mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak sebagaimana
berikut:

(a) Jika fasakh berlaku ketika suami isteri belum pernah melakukan hubungan
seksual maka mahar atau mas kahwin tidak perlu dibayar. Juga tidak ada
bayaran mutaah kepada isteri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

(b) Jika suami isteri pernah melakukan hubungan seksual maka isteri berhak
mendapatkan mahar sepenuhnya iaitu mengikut nilai penuh mahar yang
telah ditentukan semasa bernikah;
(c) Fasakh tidak mengurangkan bilangan talak. Sekiranya suami isteri ingin
berkahwin semula maka ia memerlukan kepada akad nikah yang baharu;
(d) Fasakh memutuskan sama sekali tali perkahwinan antara suami isteri.
Suami tidak boleh merujuki isterinya pada waktu idah kerana fasakh
termasuk dalam talak bain sughra. Selain itu, fasakh juga membolehkan
suami mengahwini bekas isterinya itu jika dipersetujui dengan akad dan
mas kahwin yang baharu; dan
(e) Fasakh juga tidak mengurangi jumlah talak yang ada di tangan suami. Ini
bermakna suami masih ada hak yang sepenuhnya dalam jumlah talak.

7.5 HIKMAH PENSYARIATAN FASAKH


Hikmah utama pensyariatan fasakh antaranya adalah:

(a) Menunjukkan keunggulan syariat Allah SWT yang Maha Mengetahui akan
keperluan hamba-Nya;
(b) Bagi menjamin hak dan perlindungan kepada isteri sekiranya mereka
dianiaya dan diseksa oleh suami;
(c) Memberi kesedaran kepada kaum suami bahawa perceraian bukan hanya
dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja;
(d) Menunjukkan keadilan Allah SWT kepada hambanya. Jika suami diberikan
talak maka isteri diberikan hak untuk fasakh;
(e) Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan
hidup baharu;
(f) Mengelak bahaya kemudaratan yang ditimpa oleh kaum wanita yang telah
berkahwin. Contohnya, kemudaratan memohon nafkah zahir dan batin
daripada suami yang sakit tenat dalam masa yang panjang;
(g) Bagi memelihara hak-hak wanita daripada ditindas oleh kaum lelaki; dan
(h) Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan
mahkamah dengan adanya sebab-sebab yang benar dan munasabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  149

7.6 FASAKH DALAM KONTEKS UNDANG-


UNDANG KELUARGA ISLAM MALAYSIA
Dalam konteks enakmen dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia,
dinyatakan secara terperinci sebab-sebab munasabah yang diharuskan fasakh
oleh syarak antaranya:

(a) Tempat di mana suami berada tidak diketahui selama tempoh lebih
daripada setahun;
(b) Suami cuai atau tidak menyediakan peruntukan nafkah bagi isteri selama
tempoh tiga bulan berturut-turut;
(c) Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) Suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah
selama tempoh satu tahun;
(e) Suami tidak mampu memberikan nafkah batin sejak awal perkahwinan
dan masih lagi sedemikian serta isteri tidak tahu semasa awal
perkahwinan;
(f) Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit
kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
(g) Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai
umur 16 tahun. Kemudian dia menolak perkahwinan itu sebelum
mencapai umur 18 tahun dalam keadaan belum disetubuhi oleh suaminya
itu;
(h) Suami atau isteri menganiayai dan memudaratkan kehidupan salah satu
antara mereka berdua;
(i) Suami yang tidak adil dalam berpoligami mengikut kehendak-kehendak
hukum syarak; dan
(j) Isteri tidak izin akan perkahwinannya itu atau izinnya tidak sah sama ada
dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain
hal yang diakui oleh hukum syarak.

7.7 ILA’ DALAM SYARIAT ISLAM


IlaÊ merupakan salah satu daripada lafaz sumpah yang memberikan implikasi
negatif kepada perkahwinan. Perbincangan terperinci mengenai definisi, dalil,
rukun dan syarat serta kafarah ilaÊ akan dikongsikan bersama anda dalam
subtopik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

7.7.1 Ila’: Definisi dan Dalil

ِ ْ bermaksud sumpah. IlaÊ dari segi istilah


َ ‫اإل‬
IlaÊ atau dalam bahasa Arab ( ‫يال ِء‬ )
ialah suami bersumpah tidak mahu melakukan hubungan seksual dengan isteri
sama ada secara mutlak atau lebih daripada empat bulan. Ini seperti kata suami
kepada isterinya: „Demi Allah, aku tidak akan menyetubuhi engkau lima bulan.‰
Perkataan suami yang sebegini menurut syarak dinamakan ilaÊ.

Dalil serta hukum berkaitan sumpah ilaÊ berdasarkan firman Allah SWT:

∩⊄⊄∉∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàî


x ©!$# ¨βÎ*sù ρâ™!$sù βÎ*sù ( 9åκô−r& Ïπyèt/ö‘r& ßÈš/ts? öΝÎγÍ←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ tβθä9÷σムt⎦⎪Ï%©#Ïj9

Maksud: „Kepada orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri


mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.‰

(Al-Baqarah: 226)

Juga berdasarkan hadis, antaranya hadis daripada Aisyah r.a.:

‫ﻼ ﹰﻻ َﻭ َﺟ َﻌ ﹶﻞ ِﻓﻲ‬
‫ﳊ َﺮﺍ َﻡ َﺣ ﹶ‬
‫ﺠ َﻌ ﹶﻞ ﺍ ﹶ‬
َ ‫ﺴﺎِﺋ ِﻪ َﻭ َﺣ ﱠﺮ َﻡ ﹶﻓ‬
َ ‫ﷲ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﱠﻠ َﻢ ِﻣ ْﻦ ﹺﻧ‬
ُ ‫ﺻﱠﻠﻰ ﺍ‬
َ ‫ﷲ‬
ِ ‫ﺁﱃ َﺭ ُﺳﻮ ﹸﻝ ﺍ‬
‫ﲔ ﹶﻛ ﱠﻔﺎ َﺭ ﹰﺓ‬
‫ﺍﻟَﻴ ِﻤ ﹺ‬
Maksud: „Rasulullah SAW telah mengilaÊ isteri-isterinya dan baginda
menjadikan yang haram itu halal, dan menjadikan bagi sumpah itu kafarah.‰

(Hadis riwayat Tirmizi-Hadis Mursal)

Dalam konteks hadis di atas, objektif utama (Nabi Muhammad SAW mengilaÊ
isterinya) adalah menjelaskan kedudukan hukum dan syariat Islam yang
menghapuskan adat dan kebiasaan Arab jahiliah ketika itu. Dalam kes ilaÊ Nabi
Muhammad SAW yang dinyatakan sebelum ini, baginda SAW telah mendatangi
isterinya sebelum habis tempoh ilaÊ dan telah membayar kafarah sumpahnya.

Hukum ilaÊ adalah haram kerana penceraian dengan cara ini boleh menyakiti
isteri dan menghalang daripada melakukan hubungan seksual suami isteri yang
telah dihalalkan oleh syarak. Ini juga boleh menimbulkan kemudaratan kepada
isteri jika keinginannya tidak dilayan akan menyebabkan perasaan dan jiwanya
tertekan. Batin isteri juga terseksa dan boleh mendorong kepada gejala buruk
seperti zina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  151

7.7.2 Rukun dan Syarat Sumpah Ila’


Rukun dan syarat sumpah ilaÊ adalah sebagaimana berikut:

(a) Suami: Suami yang sah bagi seorang isteri, mukallaf, tidak gila dan secara
sukarela. Suami juga mestilah mampu melakukan hubungan seksual iaitu
tidak mati pucuk atau terputus kemaluannya;
(b) Isteri: Isteri yang sah bagi seorang suami serta mampu melakukan
hubungan seksual;
(c) Sumpah: Iaitu bersumpah dengan nama Allah atau dengan sifat-sifat Allah
SWT;
(d) Perkara sumpah: Iaitu meninggalkan hubungan seksual (jimak) dengan
isteri;
(e) Tempoh: Iaitu selama empat bulan sekurang-kurangnya; dan
(f) Lafaz: Lafaz sama ada soreh iaitu jelas dan nyata seperti suami berkata:
„Demi Allah, aku tidak akan bersetubuh dengan kamu selama lebih empat
bulan,‰ atau „Demi Allah, aku tidak akan jimak dengan kamu selama lebih
empat bulan.‰ Atau lafaz kinayah seperti kata suami: „Demi Allah, aku
tidak akan sentuh kamu selama empat bulan.‰ Dengan lafaz kinayah ini
sekiranya suami berniat maksud ÂsentuhÊ itu adalah hubungan seksual
maka sahlah ilaÊ.

7.7.3 Implikasi dan Kafarah Ila’


Apabila seorang suami melafazkan sumpah ilaÊ ke atas isterinya, maka terdapat
implikasi kepada kedudukan suami isteri, iaitu:

(a) Isteri mestilah menunggu sampai empat bulan bermula dari tarikh lafaz
sumpah ilaÊ disebut oleh suami;
(b) Apabila genap empat bulan dan suami kekal dengan sumpahnya tanpa
melakukan hubungan seksual dan tidak juga talak isterinya maka isteri
berhak mengadu kepada kadi menuntut suami kembali dan mengadakan
hubungan seksual atau tuntutan talak/ cerai dengan suaminya;
(c) Sekiranya suami ingin mencampuri isterinya semasa dalam tempoh ilaÊ,
hendaklah membayar kafarah sumpahnya sebelum melakukan hubungan
seksual; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

(d) Kadi atau hakim syarie berhak menjatuhkan talak satu ke atas suami yang
enggan menarik balik sumpahnya serta perlu membayar kafarah. Ini
sebagai balasan ke atas kezaliman suami terhadap isterinya.

Manakala kafarah ilaÊ pula merujuk kepada penjelasan Allah SWT dalam surah
al-MaÊidah, ayat 89, Allah SWT berfirman:

ãΠ$yèôÛÎ) ÿ…çμè?t≈¤s3sù ( z⎯≈yϑ÷ƒF{$# ãΝ›?‰¤)tã $yϑÎ/ Νà2ä‹Ï{#xσム⎯Å3≈s9uρ öΝä3ÏΖ≈yϑ÷ƒr& þ’Îû Èθøó¯=9$$Î/ ª!$# ãΝä.ä‹Ï{#xσムŸω

ãΠ$u‹ÅÁsù ô‰Ågs† óΟ©9 ⎯yϑsù ( 7πt6s%u‘ ãƒÌøtrB ÷ρr& óΟßγè?uθó¡Ï. ÷ρr& öΝä3ŠÎ=÷δr& tβθßϑÏèôÜè? $tΒ ÅÝy™÷ρr& ô⎯ÏΒ t⎦⎫Å3≈|¡tΒ Íοu|³tã

⎯ÏμÏG≈tƒ#u™ öΝä3s9 ª!$# ß⎦Îi⎫t7ムy7Ï9≡x‹x. 4 öΝä3oΨ≈yϑ÷ƒr& (#þθÝàxôm$#uρ 4 óΟçFøn=ym #sŒÎ) öΝä3ÏΨ≈yϑ÷ƒr& äοt≈¤x. y7Ï9≡sŒ 4 5Θ$−ƒr& ÏπsW≈n=rO

∩∇®∪ tβρãä3ô±n@ ÷/ä3ª=yès9

Maksud: „Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang


tidak disengajakan (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu
disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka, kafarahnya (denda
perlanggaran sumpah) adalah memberikan makanan kepada sepuluh orang
miskin, iaitu daripada makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu,
atau memberi mereka pakaian, atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa
tidak mampu melakukannya, berpuasalah tiga hari. Itulah kafarah sumpah-
sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah
Allah menerangkan hukum-hukum-Nya kepadamu agar kamu bersyukur
(kepada-Nya)‰.
(Al-Maidah: 89)

Berdasarkan surah Al-Maidah, ayat 89, dapat dibuat rumusan bahawa kafarah
yang wajib dibayar oleh suami untuk menebus ilaÊ adalah menurut urutan
berikut:

(a) Memberi makan kepada sepuluh orang miskin;


(b) Memberikan pakaian kepada sepuluh orang miskin;
(c) Memerdekakan seorang hamba; atau
(d) Sekiranya tidak mampu melaksanakan salah satu daripada tiga alternatif
(a), (b) atau (c), kafarahnya adalah berpuasa selama tiga hari.

Suami yang ingin menebus kafarah sumpah ilaÊ, tidak boleh langsung memilih
alternatif keempat ini, apabila ia secara kewangan dan fizikal mampu melakukan
salah satu daripada tiga alternatif kafarah yang telah dinyatakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  153

Dalam kitab Al-MuwataÊ, Imam Malik menyebut riwayat dari NafiÊ dari Ibnu
Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ﻒ َﺣﺘﱠﻰ ﻳُ ﹶﻄﱢﻠ َﻖ ﹶﺃ ْﻭ َﻳﻔِﻲ َﺀ‬


َ ‫ﺖ ﺍ َﻷ ْﺭَﺑ َﻌﺔﹸ ﺍ َﻷﺷْﻬُ ﹺﺮ ﻭُِﻗ‬
ْ ‫ﻀ‬
َ ‫ﹶﺃﱡﻳﻤَﺎ َﺭﺟُ ﹴﻞ ﺁﻟﹶﻰ ِﻣ ْﻦ ﺍ ْﻣ َﺮﹶﺃِﺗ ِﻪ ﹶﻓﹺﺈﱠﻧﻪُ ﹺﺇﺫﹶﺍ َﻣ‬
Maksud: „Siapa sahaja lelaki yang mengilaÊ isterinya, sesungguhnya jika sudah
sampai genap empat bulan, ia diminta ketegasan daripada perkataannya, sampai
ia menjatuhkan talak atau tidak.‰
(MuwattaÊ Imam Malik)

Hadis ini bermaksud bahawa tidaklah berlaku talak secara automatik ketika
sudah genap empat bulan tersebut sehinggalah suami melafazkan talak dengan
jelas. Dalam satu peristiwa yang lain, Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan
hukum sumpah (yamin) dan kewajipan kafarah kepada sahabat, sabda baginda
SAW:

‫ﺕ ﺍﻟﱠﺬِﻱ ﻫُ َﻮ َﺧْﻴ ٌﺮ َﻭﹾﻟُﻴ ﹶﻜ ﱢﻔ ْﺮ َﻋ ْﻦ َﻳﻤِﻴﹺﻨ ِﻪ‬


ِ ‫ﲔ ﹶﻓ َﺮﺃﹶﻯ ﻏﹶﻴْﺮَﻫَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ِﻣْﻨﻬَﺎ ﹶﻓ ﹾﻠَﻴ ﹾﺄ‬
‫ﻒ ﻋَﻠﹶﻰ َﻳ ِﻤ ﹴ‬
َ ‫َﻣ ْﻦ َﺣﹶﻠ‬
Maksud: „Barangsiapa bersumpah atas suatu hal, lalu ia melihat yang selain
sumpah tersebut lebih baik, datangilah yang dia lebih baik tersebut, dan
hendaknya ia batalkan sumpahnya (dengan membayar kafarah).‰

(Hadis riwayat Muslim)

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Senaraikan rukun dan syarat sumpah ilaÊ.


2. Jelaskan kesan ilaÊ dalam perkahwinan.

7.8 ZIHAR DALAM SYARIAT ISLAM


Zihar merupakan salah satu daripada lafaz menyamakan isteri dengan mahram
yang memberikan implikasi negatif kepada perkahwinan. Perbincangan
terperinci mengenai definisi, dalil, rukun dan syarat serta implikasi zihar adalah
sebagaimana seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

7.8.1 Zihar: Definisi dan Dalil


Zihar yang berasal daripada kalimah Arab (‫ر‬ ٌ ‫) ِظھَا‬, dari segi bahasa bermaksud
belakang. Ini kerana suami berkata kepada isterinya: „Kamu seperti belakang
emakku‰. Dari segi istilah, zihar bermaksud seorang suami menyerupakan
sebahagian daripada fizikal isterinya dengan perempuan yang haram nikah
sama ada ibunya, neneknya, ibu saudaranya dan juga anak perempuannya.
Sebagai contoh suami berkata kepadsa isterinya: „Wajahmu seperti rupa wajah
emakku.‰

Maka dengan kata-kata tersebut berlakulah hukum zihar dan wajib kafarah
untuk menghalalkan hubungan suami isteri. Oleh itu haram hubungan seksual
sebelum kafarah.

Dalil berdasarkan firman Allah SWT:

öΝåκ¨ΞÎ)uρ 4 óΟßγtΡô‰s9uρ ‘Ï↔¯≈©9$# ωÎ) óΟßγçG≈yγ¨Βé& ÷βÎ) ( óΟÎγÏF≈yγ¨Βé&  ∅èδ $¨Β ΟÎγÍ←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏiΒ Νä3ΖÏΒ tβρãÎγ≈sàムt⎦⎪Ï%©!$#

∩⊄∪ Ö‘θàî
x ;θàyès9 ©!$# χÎ)uρ 4 #Y‘ρã—uρ ÉΑöθs)ø9$# z⎯ÏiΒ #\x6ΨãΒ tβθä9θà)u‹s9

Maksud: „Orang yang menziharkan isterinya dari kalanganmu (adalah salah,


kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu mereka tidak lain
hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka
memperkatakan perkara yang mungkar dari perkataan dusta. Dan (ingatlah),
sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.‰
(Al-Mujadalah: 2)

Hukum zihar adalah haram. Ini bermakna bagi suami yang menziharkan
isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang dihalalkan syarak.

7.8.2 Rukun dan Syarat Zihar


Zihar terjadi apabila cukup rukun dan syaratnya. Rukun dan syarat sah zihar
adalah sebagaimana berikut:

(a) Suami, iaitu orang yang menzihar. Suami yang sah talaknya, mukallaf,
waras dan bukan dipaksa;
(b) Isteri, iaitu orang yang dizihar. Isteri yang masih milik suami, sekalipun
isteri itu telah ditalak denga talak rajÂie dan masih dalam edah. Tetapi tidak
sah menzihar isteri yang sudah khuluk;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  155

(c) Lafaz yang digunakan untuk zihar:


(i) Sama ada lafaz soreh (jelas) seperti kata suami: „Belakang engkau
serupa dengan belakang ibuku‰, „Kepala engkau serupa dengan
kepala ibuku‰, „Tangan engkau serupa dengan tangan ibuku,‰
„Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku‰; dan
(ii) Atau lafaz kinayah (tidak jelas) seperti kata suami: „Engkau seperti
ibuku,‰ „Engkau seperti mata ibuku,‰ „Bagiku engkau seperti ibu
dan adik-beradik perempuanku.‰ Lafaz kinayah ini memerlukan niat
dan maksud suami. Sekiranya maksudnya kemuliaan dan
penghormatan kepada isterinya yang bersifat mulia maka tidak
menjadi zihar.

(d) Perkara atau orang yang disamakan: perempuan yang diserupakan


menjadi mahram kepada suami dengan sebab nasab/ keturunan, susuan,
atau musaharah (perkahwinan).

7.8.3 Implikasi Zihar


Implikasi lafaz zihar boleh difahami berdasarkan firman Allah SWT dalam surah
al-Mujadalah iaitu:

ö/ä3Ï9≡sŒ 4 $¢™!$yϑtFtƒ βr& È≅ö6s% ⎯ÏiΒ 7πt7s%u‘ ãƒÌóstGsù (#θä9$s% $yϑÏ9 tβρߊθãètƒ §ΝèO öΝÍκÉ″!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ tβρãÎγ≈sàムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

È≅ö6s% ⎯ÏΒ È⎦÷⎫yèÎ/$tGtFãΒ È⎦ø⎪t öηx© ãΠ$u‹ÅÁsù ô‰Ågs† óΟ©9 ⎯yϑsù ∩⊂∪ ×Î7yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 4 ⎯ÏμÎ/ šχθÝàtãθè?

šù=Ï?uρ 4 ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΖÏΒ÷σçGÏ9 y7Ï9≡sŒ 4 $YΖŠÅ3ó¡ÏΒ t⎦⎫ÏnGÅ™ ãΠ$yèôÛÎ*sù ôìÏÜtGó¡o„ óΟ©9 ⎯yϑsù ( $¢™!$yϑtFtƒ βr&

∩⊆∪ îΛ⎧Ï9r& ë>#x‹tã z⎯ƒÌÏ≈s3ù=Ï9uρ 3 «!$# ߊρ߉ãn

Maksud: „Dan orang yang menziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik


dari apa yang mereka ucapkan, maka hendaklah (suami itu) memerdekakan
seorang hamba sebelum mereka berdua bercampur. Demikianlah kamu diberi
pengajaran. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan (3).
Maka sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka bercampur. Sesiapa yang
tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang
miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan
itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang yang kafir disediakan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya (4).‰
(Al-Mujadalah: 3-4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

Berdasarkan surah Al-Mujadalah, ayat 3 hingga 4, implikasi atau kesan lafaz


zihar adalah:

(a) Isteri haram disetubuhi sebelum dibayar kafarah atau hendaklah


diceraikan; dan
(b) Wajib ke atas suami yang menziharkan isteri membayar kafarah untuk
menghalalkan hubungan seksual antara suami isteri.

Sementara kafarah zihar pula berdasarkan dalil surah al-Mujadalah ayat 3 dan 4
adalah sebagaimana berikut:

(a) Memerdekakan seorang hamba yang sihat (tidak cacat) dan boleh bekerja;
(b) Jika tiada hamba, maka suami perlu berpuasa dua bulan Islam secara
berturut-turut; dan
(c) Sekiranya tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut disebabkan
sakit atau terlalu tua, hendaklah memberi makan 60 orang miskin secupak
bagi tiap-tiap seorang. Kadar secupak bersamaan dengan 675 gram.

Suami wajib membayar kafarah zihar dengan segera. Suami tidak boleh
bersetubuh dengan isterinya sehingga menyempurnakan kafarah. Bersetubuh
sebelum membayar kafarah zihar adalah haram dan berdosa. Sekiranya suami
melakukan hubungan seksual berulang kali sebelum membayar kafarah,
kewajipan membayar kafarah hanyalah sekali sahaja.

Anda perlu ketahui bahawa zihar hanyalah untuk lafaz suami kepada isteri
sahaja. Sekiranya isteri berkata kepada suaminya: „Engkau seperti belakang
ayahku,‰ atau „Engkau seperti belakang abangku,‰ maka kata-kata tersebut
tidaklah dinamakan zihar.

AKTIVITI 7.2

Temuramah sekurang-kurangnya lima orang responden tentang


pemahaman mereka terhadap konsep dan aplikasi zihar dalam
kehidupan suami isteri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  157

7.9 LI‘AN DALAM SYARIAT ISLAM


LiÂan merupakan salah satu daripada lafaz sumpah membuktikan dakwaan
antara suami dan isteri. LiÂan menyebabkan implikasi yang amat negatif kepada
perkahwinan. Perbincangan terperinci mengenai definisi, dalil, ciri dan syarat
serta implikasi liÂan adalah sebagaimana seterusnya.

7.9.1  Li‘an: Definisi dan Dalil


LiÂan adalah perkataan Arab (‫ان‬ٌ ‫)لِ َع‬, dari segi bahasa bermaksud mengutuk,
menghalau dan menjauhkan. Antaranya kata-kata ÂLaÂanahullahÊ, bermaksud
Allah mengutuk dan menjauhkannya. Dinamakan liÂan kerana jauhnya suami
isteri antara satu sama lain. Manakala liÂan dari segi istilah ialah beberapa
perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa
menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu
kepadanya sebagai berzina.

Dari segi perlaksanaan, liÂan berlaku apabila suami bersumpah sebanyak empat
kali membenarkan kata-katanya bahawa isterinya telah melakukan zina dan
yang kelima ia berhak mendapat laknat Allah sekiranya ia berbohong. Kemudian
sekiranya isteri menafikan dakwaan suaminya hendaklah ia bersumpah empat
kali bahawa suaminya berbohong dan kelima ia berhak mendapat laknat Allah
sekiranya suaminya benar. Ini bermaksud bahawa suami menuduh isterinya
melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan
daripada benihnya. Maka terlepaslah suami daripada tuduhan qazaf. Isteri pula
bersumpah menafikan tuduhan suaminya maka isteri terlepas dari tuduhan zina.

Dalil liÂan berdasarkan firman Allah SWT:

«!$$Î/ ¤N≡y‰≈uηx© ßìt/ö‘r& óΟÏδωtnr& äοy‰≈yγt±sù öΝßγÝ¡àΡr& HωÎ) â™!#y‰pκà− öΝçλ°; ⎯ä3tƒ óΟs9uρ öΝßγy_≡uρø—r& tβθãΒötƒ t⎦⎪Ï%©!$#uρ

∩∠∪ t⎦⎫Î/É‹≈s3ø9$# z⎯ÏΒ tβ%x. βÎ) Ïμø‹n=tã «!$# |MuΖ÷ès9 ¨βr& èπ|¡Ïϑ≈sƒø:$#uρ ∩∉∪ š⎥⎫Ï%ω≈¢Á9$# z⎯Ïϑs9 …çμ¯ΡÎ)  

Maksud: „Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada
saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka
persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama
Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. (6) Dan sumpah yang kelima
hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari
orang yang berdusta.‰
(Al-Nur: 6-7)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

Juga firman Allah SWT:

¨βr& sπ|¡Ïϑ≈sƒø:$#uρ ∩∇∪ š⎥⎫Î/É‹≈s3ø9$# z⎯Ïϑs9 …çμ¯ΡÎ)   «!$$Î/ ¤N≡y‰≈pκy− yìt/ö‘r& y‰pκô¶s? βr& z>#x‹yèø9$# $pκ÷]tã (#äτu‘ô‰tƒuρ

∩®∪ t⎦⎫Ï%ω≈¢Á9$# z⎯ÏΒ tβ%x. βÎ) !$pκön=tæ «!$# |=ŸÒxî

Maksud: „Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia


bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang
berdusta; (8) Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa
kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar.‰
(Al-Nur: 8-9)

LiÂan juga berdasarkan kejadian yang berlaku semasa hidup Rasulullah SAW.

Antaranya hadis riwayat Sahal bin Sa`ad As-Saidi r.a. (maksud):

„Bahawa Uwaimir al-ÂAjlani datang menemui ÂAshim bin Adi Al-Anshari, ia


berkata kepadanya: „Wahai ÂAshim, apakah pendapatmu seandainya seorang
suami mendapati lelaki lain sedang bersama isterinya, apakah ia boleh
membunuhnya kemudian kamu akan membunuhnya lagi (qisas)? Atau apakah
yang harus ia perbuat? Tolonglah tanyakan hal itu kepada Rasulullah wahai
ÂAshim!‰ Kemudian ÂAshim menanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW Namun
Baginda tidak menyukai sekaligus mencela pertanyaan semacam itu, sehingga
ÂAshim berasa ada sesuatu yang merisaukannya mendengar jawapan Rasulullah
SAW Ketika ÂAshim kembali kepada keluarganya, datanglah Uwaimir
menemuinya dan bertanya: „Wahai ÂAshim, apakah yang disabdakan Rasulullah
SAW kepadamu?‰ ÂAshim berkata kepada Uwaimir: „Tidak ada khabar baik,
Rasulullah SAW tidak menyukai permasalahan yang aku tanyakan.‰ Uwaimir
berkata: „Demi Allah, aku tidak akan berhenti kecuali setelah menanyakannya
langsung kepada Baginda.‰ Maka berangkatlah Uwaimir menemui Rasulullah
SAW yang ketika itu sedang berada di tengah-tengah orang ramai. Lalu ia
bertanya: „Wahai Rasulullah, bagaimana menurut pendapatmu jika ada seorang
suami mendapati lelaki lain bersama isterinya, apakah ia boleh membunuhnya
kemudian kamu sekalian akan membunuhnya juga (qisas)? Atau apakah yang
harus dia lakukan?‰ Rasulullah SAW bersabda: „Telah turun wahyu mengenai
urusanmu dan isterimu, pergilah dan bawakanlah isterimu kepadaku!‰ Sahal
berkata: Mereka berdua kemudian melakukan sumpah liÂan sedangkan ketika itu
masih ramai orang lain berada dekat Rasulullah SAW‰ Setelah keduanya selesai
bersumpah liÂan, Uwaimir berkata: „Aku telah berdusta kepadanya, wahai
Rasulullah, jika aku terus menahannya. Maka akhirnya Uwaimir menceraikan
isterinya dengan talak tiga sebelum Rasulullah SAW menyuruhnya.‰
(Hadis riwayat Muslim)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  159

7.9.2 Ciri dan Syarat Li’an


Daripada penjelasan dalil, dapatlah dirumuskan beberapa ciri dan syarat liÂan.
LiÂan mempunyai tiga ciri penting iaitu:

(a) Suami isteri mestilah bersumpah sebanyak empat kali untuk menguatkan
tuduhannya, atau menolak tuduhan dan masing-masing bersedia
menerima laknat daripada Allah SWT jika mereka berdusta (lafaz kelima
adalah lafaz laknat Allah sekiranya mereka berdusta);
(b) Masing-masing suami isteri tidak berganjak pendiriannya, walaupun
mereka menerima laknat daripada Allah di atas apa yang telah mereka
ucapkan; dan
(c) LiÂan dilafazkan untuk menguatkan tuduhan yang tiada bukti jelas yang
boleh diterima oleh kadi atau hakim syarie bagi menyokong tuduhan
masing-masing.

Manakala syarat-syarat yang perlu diambil kira untuk menjadikan liÂan itu sah
adalah:

(a) Qazaf (suami menuduh isteri berzina) berlaku lebih dahulu daripada liÂan;
(b) LiÂan suami mendahului isteri;
(c) Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan lafaz liÂan yang telah
ditetapkan;
(d) Kesemua lafaz lian sebanyak lima kali hendaklah dilakukan secara
berturut-turut (mualat); dan
(e) Hakim wajib memberi nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan
supaya tidak berbohong seperti kata hakim: „Perhitungan sebenar kamu
terserah kepada Allah. Salah seorang dari kamu adalah pembohong.
Adakah sesiapa ingin bertaubat?‰

7.9.3 Prosedur Majlis Sumpah Li‘an


Bagi menjelaskan ciri dan syarat sumpah liÂan, prosedur atau proses sumpah
liÂan adalah sebagaimana berikut:

(a) Majlis liÂan hendaklah dilakukan di hadapan hakim syarie atau kadi dan
dengan dihadiri oleh sekumpulan orang ramai. Ia boleh dilakukan di
masjid, di tempat tinggi seperti mimbar dan sebagainya. Dalam konteks
moden hari ini ia dilakukan di mahkamah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

(b) Pengakuan bercakap benar daripada pihak suami dan seterusnya


menggunakan lafaz sumpah iaitu: „Aku naik saksi demi Allah, aku berada
di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku yang bernama
...binti... telah berzina dan anak ini (jika telah bersalin atau dalam
kandungan) adalah anak zina dan bukan anak aku;‰
(c) Suami mengulangi lafaz liÂan sebanyak empat kali dan jika isterinya hadir
suami hendaklah menunjukkan tangannya ke arah isterinya setiap kali
menyebut lafaz liÂan;
(d) Pada kali kelima setelah dinasihatkan dan diberi peringatan oleh hakim
supaya tidak berbohong, suami hendaklah berkata: „Aku dilaknat oleh
Allah jika aku berbohong;‰
(e) Daripada pihak isteri, sekiranya dia menafikan tuduhan dan liÂan
suaminya, hendaklah ia melafazkan sumpah liÂan dengan berkata: „Aku
naik saksi bahawa demi Allah, suamiku yang bernama ...bin... berbohong
dalam tuduhannya yang menyatakan aku berzina;‰ dan
(f) Isteri hendaklah melafazkannya sebanyak empat kali dan kali kelima
hendaklah berkata: „Kemurkaan Allah menimpaku sekiranya dia berkata
benar.‰

Apabila suami melafazkan sumpah liÂan maka terlepaslah daripada hukuman


qazaf, iaitu menuduh isterinya berzina. Begitu juga bila isteri melafazkan
sumpah liÂan maka terlepaslah ia daripada hukuman zina.

7.9.4 Implikasi Li’an


Implikasi liÂan apabila diucapkan oleh suami dan isteri adalah sebagaimana
berikut:

(a) Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan atas
tuduhan tersebut);
(b) Isteri gugur had zina (rejam) selepas ia bersumpah liÂan. Sebaliknya wajib
had zina (rejam) ke atas isteri jika ia enggan bersumpah;
(c) Hubungan perkahwinan antara suami isteri terbatal (bercerai buat selama-
lamanya dan diharamkan berkahwin selama-lamanya). Ini berdasarkan
hadis dari Ibnu ÂAbbas, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  161

‫ﺠَﺘ ِﻤ َﻌﺎ ِﻥ ﹶﺃَﺑ ًﺪﺍ‬


ْ ‫ﻼ ِﻋَﻨﺎ ِﻥ ﹺﺇ ﹶﺫﺍ َﺗ ﹶﻔ ﱠﺮﹶﻗﺎ ﹶﻻ َﻳ‬
‫ﺍﻟـ ُﻤَﺘ ﹶ‬
Maksud: „Suami isteri yang telah bermulaÊanah bila telah berpisah,
maka mereka tidak dapat kembali lagi untuk selama-lamanya.‰
(Hadis riwayat Dar Qutni);
(d) Tidak boleh dinasabkan (dibin/ binti) anak kepada suami dan hendaklah
diserahkan kepada isteri dan dibinkan/bintikan kepada isteri;
(e) Bekas isteri tidak berhak mendapat nafkah selama idahnya, juga tidak
mendapat tempat tinggal. Sebab nafkah dan tempat tinggal hanya layak
diperoleh dalam tempoh idah talak sahaja. Hal ini dikuatkan oleh riwayat
Ibnu Abbas tentang peristiwa mulaÂanah:

‫ﺕ ﹶﻟ َﻬﺎ َﻭ ﹶﻻ َﺳ ﹾﻜَﻨﻰ‬
َ ‫ﻀﻰ ﹶﺃ ﱠﻻ ﹸﻗ ْﻮ‬
َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ ﻋَﻠﹶﻴْﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹶﻗ‬
َ ‫ﹶﺃ ﱠﻥ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱠﻲ‬
Maksud: „Bahawa Nabi Muhammad SAW telah memutuskan tidak ada
makanan (nafkah) dan tempat tinggal bagi perempuan yang diliÂan.‰
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Ini kerana kedua-dua suami isteri tersebut melakukan perpisahan tidak
kerana talak perceraian atau kematian;
(f) Terhapus hubungan nasab antara bapa dengan anak tersebut dan tidak
wajib ia memberi nafkah kepadanya, juga terhapus hak saling mewarisi;
dan
(g) Anak tersebut dihubungkan hanya kepada ibunya serta anak dan ibu
saling mewarisi.

AKTIVITI 7.3

Lakonkan bersama rakan-rakan anda bentuk pelaksanaan sumpah ilaÊ


sebagaimana dijelaskan syarak.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Terangkan kecacatan bersama antara suami dan isteri yang


membolehkan fasakh.
2. Senaraikan kecacatan khusus pada suami yang membolehkan
fasakh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

3. Senaraikan kecacatan khusus pada isteri yang membolehkan


fasakh.
4. Huraikan kesan-kesan fasakh terhadap perkahwinan.
5. Senaraikan dua kesan lafaz zihar terhadap perkahwinan.
6. Jelaskan kesan liÂan dalam perkahwinan.

 Fasakh dari segi syarak ialah perceraian yang disebabkan oleh kecacatan
yang memudaratkan sama ada berlaku pada waktu akad atau kecacatan
yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya
perkahwinan.

 Perceraian secara fasakh berlaku apabila hakim memutuskan untuk


memfasakhkan perkahwinan antara pasangan dengan alasan yang boleh
memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat
diselamatkan lagi.

 Kecacatan yang membolehkan fasakh antara suami isteri boleh dibahagikan


kepada tiga bahagian iaitu:

ă Kecacatan yang berlaku kepada suami dan isteri;


ă Kecacatan khusus kepada isteri sahaja; dan
ă Kecacatan khusus kepada suami sahaja.

 IlaÊ dari segi syarak ialah suami bersumpah tidak mahu melakukan
hubungan seksual dengan isteri sama ada secara mutlak atau lebih daripada
empat bulan.

 IlaÊ berlaku apabila cukup rukunnya iaitu suami, isteri, sumpah dengan
nama Allah atau sifatnya, perkara sumpah, tempoh dan lafaz sumpah.

 Kafarah yang wajib dibayar oleh suami untuk menebus ilaÊ adalah sama ada
memberikan makan kepada sepuluh orang miskin, atau memberikan pakaian
kepada sepuluh orang miskin, atau memerdekakan seorang hamba, atau
berpuasa selama tiga hari dan mestilah dilakukan mengikut urutan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA  163

 Zihar dari segi syarak bermaksud seorang suami menyerupakan sebahagian


daripada fizikal isterinya dengan perempuan yang haram nikah sama ada
dari segi nasab/keturunan, susuan atau musaharah.

 Zihar adalah haram kerana suami mengharamkan perkara yang dihalalkan


oleh syarak.

 LiÂan dari segi syarak ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan
sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan
tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

 Syarat yang perlu diambil kira untuk menjadikan liÂan itu sah adalah berlaku
qazaf (suami menuduh isteri berzina), liÂan suami mendahului isteri, kedua-
dua suami isteri mesti menyebut perkataan lafaz liÂan yang telah ditetapkan,
kesemua lafaz lian sebanyak lima kali hendaklah dilakukan secara berturut-
turut.

 Implikasi liÂan apabila diucapkan oleh suami isteri menyebabkan suami


gugur had qazaf dan isteri gugur had zina. Suami isteri wajib bercerai dan
diharamkan berkahwin selama-lamanya.

Fasakh Mutaah
IlaÊ Nasab
Lian Zihar
Musaharah

Abd. Al-ÂAti, Hammudah. (1995). The Family Structure in Islam. USA: American
Trust Publication.

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Menghuraikan Bab Undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 FASAKH, ILA’, ZIHAR DAN LI‘AN SERTA IMPLIKASINYA

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Al-SanÊani, Muhammad bin Ismail. (1987). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram
min JamÊie Adillati al-Ahkam. Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.

Al-Zuhaili, Muhammad. (2010). Al-Muktamad fi al-fiqh al-Shafie. Jilid 4.


Damsyik: Dar al-Qalam.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

ÂUqlah, Mohammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid III. Amman:


Maktabah al-Risalah al-Hadisah.

http://www.islamgrid.gov.my (16/10/2013)

http://hadis.al-islam.com/Loader (1/2/2013)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Implikasi
8 Perceraian:
Idah, Rujuk
dan Nafkah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyebut semula definisi idah, dalil serta hikmah pensyariatan;
2. Membezakan antara idah perceraian dan kematian suami;
3. Menjelaskan batasan hukum semasa dalam idah talak rajÂie, baÊin
dan kematian suami;
4. Menghuraikan definisi rujuk serta rukun dan syarat; dan
5. Mengenal pasti definisi nafkah, dalil serta syarat wajib nafkah suami
kepada isteri.

 PENGENALAN
Pembubaran perkahwinan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Topik 6
mempunyai implikasi yang wajib ditanggung oleh suami isteri. Kesan
pembubaran perkahwinan atau perceraian menyebabkan berlakunya tempoh
idah perceraian, rujuk, dan nafkah bagi isteri serta anak-anak. Semuanya akan
dibincangkan dalam Topik 8 ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

8.1 IDAH PERCERAIAN


Apabila berlaku perceraian, implikasi pertama adalah idah. Idah adalah satu
tempoh tertentu yang perlu dipatuhi oleh bekas isteri berdasarkan status
perceraiannya. Perbincangan seterusnya adalah di dalam subtopik seterusnya.

8.1.1 Idah: Definisi dan Dalil 


Idah dari segi bahasa ialah kata nama terbitan kepada perkataan Arab ‫ يَ ُع ﱡد‬-‫عَـ ﱠد‬
yang diambil dari perkataan Arab ‫ ال َع َد ُد‬bermaksud bilangan. Idah dari segi
syarak bermaksud tempoh atau suatu masa yang ditunggu oleh isteri yang telah
diceraikan sebagai tanda bersedih atas perpisahan dengan suami dan bagi
mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan
dirinya sama ada hendak rujuk atau hendak nikah lain.

Dalil idah disyariatkan adalah berdasarkan ayat-ayat al-Quran, antaranya firman


Allah SWT:

Ÿω ( öΝà6−/u‘ ©!$# (#θà)¨?$#uρ ( nÏèø9$# (#θÝÁômr&uρ  ∅ÍκÌE£‰ÏèÏ9 £⎯èδθà)Ïk=sÜsù u™!$|¡ÏiΨ9$# ÞΟçFø)¯=sÛ #sŒÎ) ©É<¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

⎯tΒuρ 4 «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï?uρ 4 7πuΖÉit7•Β 7πt±Ås≈xÎ/ t⎦⎫Ï?ù'tƒ βr& HωÎ) š∅ô_ãøƒs† Ÿωuρ £⎯ÎγÏ?θã‹ç/ .⎯ÏΒ  ∅èδθã_ÌøƒéB

∩⊇∪ #\øΒr& y7Ï9≡sŒ y‰÷èt/ ß^ωøtä† ©!$# ¨≅yès9 “Í‘ô‰?s Ÿω 4 …çμ|¡øtΡ zΝn=sß ô‰)
s sù «!$# yŠρ߉ãn £‰yètGtƒ

Maksud: „Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka


ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan
hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan
kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan
janganlah (dibenarkan) mereka keluar, kecuali mereka melakukan perbuatan keji
yang nyata.‰
(Al-Talak: 1)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  167

Juga firman Allah SWT:

4 z⎯ôÒÏts† óΟs9 ‘Ï↔¯≈©9$#uρ 9ßγô©r& èπsW≈n=rO £⎯åκèE£‰Ïèsù óΟçFö;s?ö‘$# ÈβÎ) ö/ä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ ÇÙŠÅsϑ
y ø9$# z⎯ÏΒ z⎯ó¡Í≥tƒ ‘Ï↔¯≈©9$#ρu

∩⊆∪ #Zô£ç„ ⎯ÍνÍöΔr& ô⎯ÏΒ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$# È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ βr& £⎯ßγè=y_&r ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ

Maksud: „Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari
kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka
idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga perempuan-perempuan yang tidak
berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah
hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala
urusannya.‰
(Al-Talak: 4)

AKTIVITI 8.1

„Idah menyusahkan kehidupan isteri selepas bercerai dan


bertentangan dengan hak individu‰
Apa pandangan anda terhadap pernyataan di atas. Sokong hujah anda
dengan dalil aqli dan naqli.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Jelaskan definisi idah dari segi bahasa dan syarak.


2. Sebutkan dalil al-Quran pensyariatan idah.

8.2 PEMBAHAGIAN IDAH DAN HUKUM


BERKAITAN
Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, idah diwajibkan ke atas isteri apabila
berlaku perceraian. Perceraian tersebut sama ada secara cerai/ talak atau
disebabkan kematian suami. Secara terperinci kedua-dua pembahagian tersebut
sebagaimana perbahasan seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

8.2.1 Pembahagian Idah Perceraian


Idah perceraian adalah idah yang diwajibkan ke atas isteri yang bercerai dengan
suaminya selepas persetubuhan. Perceraian tersebut sama ada bercerai kerana
talak atau fasakh. Secara terperinci idah perceraian adalah sebagaimana berikut:

(a) Isteri dicerai sudah pernah disetubuhi suami dan tidak mengandung. Maka
idahnya tamat dengan berlalunya tiga kali suci selepas diceraikan. Ini
berdasarkan firman Allah SWT:

$tΒ z⎯ôϑçFõ3tƒ βr& £⎯çλm; ‘≅Ïts† Ÿωuρ 4 &™ÿρãè% sπsW≈n=Or £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ

‘,ymr& £⎯åκçJs9θãèç/uρ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ £⎯ÏΒ÷σム£⎯ä. βÎ) £⎯ÎγÏΒ%tnö‘r& þ’Îû ª!$# t,n=y{

4 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ £⎯Íκön=ã
t “Ï%©!$# ã≅÷WÏΒ £⎯çλm;uρ 4 $[s≈n=ô¹Î) (#ÿρߊ#u‘r& ÷βÎ) y7Ï9≡sŒ ’Îû £⎯ÏδÏjŠtÎ/

∩⊄⊄∇∪ îΛ⎧Å3ym ͕tã ª!$#uρ 3 ×πy_u‘yŠ £⎯Íκön=tã ÉΑ$y_Ìh=Ï9uρ

Maksud: „Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri


mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid); ‰

(Al-Baqarah: 228)

(b) Perempuan dicerai sedang mengandung, idahya tamat selepas melahirkan


anak (hingga bersalin). Dalil firman Allah SWT:

⎯ÍνÍöΔr& ô⎯ÏΒ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$# È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒƒt βr& £⎯ßγè=y_r& ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ

∩⊆∪ #Zô£ç„

Maksud: „... Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya


ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya ...;‰

(Al-Talak: 4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  169

(c) Perempuan dicerai telah putus haid (menopos), sudah tua atau belum datang
haid. Maka idahnya tiga bulan sahaja. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

‘Ï↔¯≈©9$#uρ 9ßγô©r& èπsW≈n=rO £⎯åκèE£‰Ïèsù óΟçFö;s?ö‘$# ÈβÎ) ö/ä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ ÇÙŠÅsyϑø9$# z⎯ÏΒ z⎯ó¡Í≥tƒ ‘Ï↔¯≈©9$#uρ

…ã&©! ≅yèøgs† ©!$# È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ βr& £⎯ßγè=y_r& ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ 4 z⎯ôÒÏts† óΟs9

∩⊆∪ #Zô£ç„ ⎯ÍνÍöΔr& ô⎯ÏΒ

Maksud: „Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa


dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah
mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga perempuan-
perempuan yang tidak berhaid;‰
(Al-Talak: 4)

(d) Perempuan dicerai belum pernah disetubuhi, maka tidak mempunyai apa-
apa idah. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

$yϑsù  ∅èδθ¡yϑs? βr& È≅ö6s% ⎯ÏΒ £⎯èδθßϑçGø)¯=sÛ ¢ΟèO ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÞΟçFóss3tΡ #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆®∪ WξŠÏΗsd %[n#u|  £⎯èδθãmÎh| uρ £⎯èδθãèÏnGyϑsù ( $pκtΞρ‘‰tF÷ès? ;Ïã ô⎯ÏΒ £⎯ÎγøŠn=tæ öΝä3s9

Maksud: „Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan


wanita-wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu
menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa idahnya. Maka
berilah mutaah kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang
baik.‰
(Al-Ahzab: 49)

8.2.2 Pembahagian Idah Kematian Suami


Idah bagi isteri yang kematian suaminya terbahagi kepada dua keadaan:

(a) Sekiranya isteri hamil ketika suami meninggal dunia maka idahnya
sehingga melahirkan anak tanpa mengira panjang pendek tempoh hamil.
Ini berdasarkan dalil tentang isteri hamil sebelum ini; dan
(b) Jika isteri tidak hamil seperti suaminya belum baligh atau suami
meninggalkannya selama lebih dari empat tahun maka idahnya adalah
empat bulan sepuluh hari sama ada ia disetubuhi atau tidak oleh
suaminya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

z⎯øón=t/ #sŒÎ*sù ( #Zô³tãuρ 9åκô−r& sπyèt/ö‘r& £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ z⎯óÁ−/utItƒ %[`≡uρø—r& tβρâ‘x‹tƒuρ öΝä3ΖÏΒ tβöθ©ùuθtFムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

∩⊄⊂⊆∪ ×Î6yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 Å∃ρâ÷êyϑø9$$Î/ £⎯ÎγÅ¡àΡr& þ’Îû z⎯ù=yèsù $yϑŠÏù ö/ä3øŠn=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù £⎯ßγn=y_r&

Maksud: „Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang


mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri
mereka (idah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah
habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa
yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan
(ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan.‰

(Al-Baqarah: 234)

8.3 KESAN IDAH DAN KEWAJIPAN PIHAK


SUAMI ISTERI
Idah menjadikan kedua-dua pihak sama ada bekas suami atau isteri mesti
mematuhi batasan hukum masing-masing. Antara batasan hukum semasa idah
adalah sebagaimana Jadual 8.1 berikut:

Jadual 8.1: Batasan Hukum Semasa Idah bagi Talak RajÊie, Talak BaÊin dan Kematian Suami

Batasan Hukum dalam Tempoh Idah


Talak RajÂie Talak BaiÊn Kematian Suami
Haram menerima pinangan lelaki ajnabi
Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa
dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib
dipisahkan
Tidak dibenarkan keluar Tidak dibenarkan keluar Tidak dibenarkan keluar
rumah kecuali dengan rumah kecuali dalam had rumah termasuk untuk
keizinan suami dan batas yang diperlukan bermusafir, kecuali dalam
sahaja had dan batas yang
diperlukan sahaja
Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah
ialah:
 Bekerja; dan
 Mendapatkan rawatan perubatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  171

Dibenarkan membeli keperluan-keperluan lain yang penting


dan mendesak (dengan syarat mereka dapat menjaga
peraturan dan adab-adab yang disyariatkan Islam). Bagi
isteri yang kematian suami pula, mereka boleh membeli
barang-barang keperluan sekiranya tidak ada ahli keluarga
atau orang lain yang amanah boleh melakukannya.
Termasuk dalam larangan Bagi larangan bermusafir, ia
keluar rumah juga ialah termasuk larangan untuk
keluar untuk bermusafir menunaikan ibadat fardu
walaupun untuk haji dan umrah
menunaikan ibadat fardu
haji
Keluar rumah tanpa Keharusan untuk keluar
keperluan yang penting dan rumah ini juga hanya
mendesak adalah tidak tertakluk pada waktu siang
dibenarkan sama sekali. dan tidak pada waktu
malam.
Namun, pengecualian
diberikan kepada individu
yang tidak mempunyai
pilihan dan perlu bekerja
pada waktu malam seperti
doktor, jururawat, dan
sebagainya.
Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain Tidak dibenarkan berpindah
yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa atau tinggal di rumah lain
masih dalam ikatan perkahwinan. yang bukan menjadi
kebiasaannya tinggal
Dalam hal ini, suami Ini kerana, sepanjang
sepanjang tempoh
dilarang menghalau tempoh idah dengan talak
perkahwinan.
keluar isteri yang baÊin, bekas suami masih
diceraikan, bahkan berkewajipan menyediakan
suami wajib tempat tinggal dan dilarang
menanggung seluruh daripada menghalau keluar
nafkah isteri termasuk isteri yang diceraikan.
nafkah tempat tinggal.
Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam
keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, dan
sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah
bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.
Tidak boleh berkabung Disunatkan berkabung Wajib berkabung sepanjang
sepanjang tempoh idah. sepanjang tempoh idah. tempoh idah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

Isteri digalakkan berhias Isteri perlu meninggalkan Isteri wajib meninggalkan


kepada suaminya amalan berhias kerana semua perkara yang
sebagai dorongan bagi dibimbangi dengan berhias mempunyai unsur-unsur
membangkitkan itu boleh mendorong berhias sama ada pada
keinginannya untuk kepada maksiat dan pakaian atau tubuh badan.
rujuk semula. kerosakan serta membawa Rujuk Jadual 8.2 untuk
kepada fitnah. keterangan lanjut mengenai
larangan berhias bagi isteri
yang kematian suami dalam
tempoh idah.

Berdasarkan penerangan dalam Jadual 8.1, diharapkan anda dapat memahami


batasan hukum dalam tempoh idah. Bagi memperincikan larangan berhias bagi
isteri yang kematian suami dalam tempoh idah, Jadual 8.2 akan membantu anda
memahami dengan lebih jelas jenis-jenis perhiasan yang dilarang seperti berikut:

Jadual 8.2: Larangan Berhias bagi Isteri yang Kematian Suami dalam Tempoh Idah

Larangan Berhias bagi Isteri yang Kematian Suami dalam Tempoh Idah
(i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik
perhatian orang yang memandang.
(ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan
barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata.
(iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian.
(iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-
perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat
setempat.
(v) Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan
tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur
dan sebagainya.
(vi) Walaupun isteri berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka
perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.
Malah, mereka wajib menjaga kebersihan dan kekemasan diri, pakaian dan
tempat tinggal sepanjang tempoh idah dan berkabung itu.

8.4 HIKMAH IDAH


Terdapat beberapa hikmah pensyariatan idah kepada isteri atau wanita. Antara
hikmah tersebut ialah:

(a) Memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia


bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu
dengan suami yang baharu dikahwininya;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  173

(b) Bagi idah talak rajÊie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk
berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah
dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping
itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk
kepada isterinya; dan
(c) Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh idah juga sebagai tempoh
berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan
terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda
menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga
sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

AKTIVITI 8.2

Pada pandangan anda, apakah kebaikan sosial pensyariatan idah


dalam Islam?

8.5 RUJUK DAN HUKUM BERKAITAN


DENGANNYA
Rujuk merupakan peluang bagi suami isteri untuk kembali semula sekiranya
kedua-duanya insaf dan menyedari keperluan untuk kembali hidup sebagai
suami isteri buat kali kedua. Namun begitu, rujuk juga mempunyai hukum dan
syaratnya tersendiri. Perbahasan ini akan dibincangkan dalam subtopik
seterusnya.

8.5.1 Rujuk: Definisi dan Dalil 


Rujuk dalam bahasa Arab (ُ‫ )الـرﱠجْ َعة‬dari segi bahasa bermaksud kembali.
Menurut pengertian syarak rujuk ialah mengembalikan isteri kepada nikah
dalam masa idah yang bukan talak baÊin mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Rujuk adalah hak yang diberi oleh agama kepada bekas suami untuk
melanjutkan perkahwinannya dengan bekas isteri yang ditalak sebelum habis
masa idahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

Dalil pensyariatan rujuk berdasarkan firman Allah SWT:

4 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ £⎯Íκön=tã “Ï%©!$# ã≅÷WÏΒ £⎯çλm;uρ 4 $[s≈n=ô¹Î) (#ÿρߊ#u‘r& ÷βÎ) y7Ï9≡sŒ ’Îû £⎯ÏδÏjŠtÎ/ ‘,ym&r £⎯åκçJs9θãèç/uρ 4 ...

∩⊄⊄∇∪ îΛ⎧Å3ym ͕tã ª!$#ρu 3 ×πy_u‘yŠ £⎯Íκön=tã ÉΑ$y_Ìh=Ï9uρ

Maksud: „...Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu


semasa idah jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu
ada hak yang sama seperti kewajipannya secara yang sepatutnya.‰

(Al-Baqarah: 228)

Juga firman Allah SWT:


... 9⎯≈|¡ômÎ*Î/ 7xƒÎô£s? ÷ρr& >∃ρá÷èoÿÏ3 88$|¡øΒÎ*sù ( Èβ$s?§sΔ ß,≈n=©Ü9$#

Maksud: „Talak (yang boleh rujuk) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk lagi
dengan cara yang sepatutnya atau menceraikannya dengan cara yang baik...‰

(Surah al-Baqarah: 229)

Dalil hadis berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad SAW menceraikan


isterinya Hafsah dan kemudian baginda rujuk kembali. Ulama telah bersepakat
mengharuskan suami kembali kepada isterinya (rujuk) semasa talak rajÂie.

8.5.2 Rukun dan Syarat Rujuk 


Rujuk mempunyai rukunnya tersendiri untuk menjadikan ia sah, iaitu:

(a) Telah berlaku talak suami ke atas isterinya dan masih dalam talak rajÂie;
(b) MurtajiÊ iaitu suami. Syarat suami yang harus merujuk isteri adalah
berakal, baligh, dengan kemahuan sendiri dan tidak murtad;
(c) Isteri, iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah. Syarat
isteri yang harus dirujuk ialah sudah dicampuri, bukan talak khuluk,
bukan talak tiga (talak baÊin) dan bukan fasakh; dan
(d) Sighah, iaitu lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isteri yang
menunjukkan kembali kepada isteri. Lafaz rujuk sama ada soreh seperti
kata suami kepada isteri: „Aku kembali kepada engkau di atas nikahku,‰
atau kinayah seperti kata suami: „Aku pegang akan dikau.‰ Bagi golongan
pekak dan bisu memadai dengan bahasa isyarat yang boleh difahami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  175

Manakala syarat-syarat rujuk pula ialah:

(a) Tiada batasan masa dan waktu. Suami tidak boleh rujuk kepada isterinya
dalam masa yang tertentu sahaja seperti rujuk untuk sebulan sahaja, seperti
kata suami: „Aku kembali kepada engkau di atas nikahku selama sebulan.‰
Maka tidak sah rujuk yang dibataskan dengan masa atau waktu;

(b) Tidak bergantung dengan sesuatu syarat seperti suami berkata kepada
isterinya: „Aku kembali kepada engkau di atas nikahku jika engkau mahu.‰

(c) Tidak sah rujuk yang bergantung kepada sesuatu syarat.

Apakah hukumnya rujuk dengan perbuatan? Dalam hal ini anda perlu ketahui
tidak sah rujuk dengan perbuatan sahaja seperti melakukan hubungan seksual.
Dalam mazhab Syafie rujuk hanya sah setelah adanya ucapan/ lafaz rujuk. Ini
kerana talak adalah membubarkan perkahwinan dengan adanya ucapan talak
maka untuk kembali juga mesti ada ucapan atau lafaz rujuk. Namun begitu,
menurut mazhab Hanafi, sekiranya bekas suami berkhalwat dan melakukan
hubungan seksual dengan isteri maka bekas suami telah dihukum rujuk dengan
bekas isterinya.

8.5.3 Kedudukan Hukum Rujuk Suami


Talak yang dilafazkan oleh suami mempunyai implikasi tertentu kepada rujuk.

Implikasi tersebut sebagaimana berikut:

(a) Rujuk bagi suami yang menceraikan isteri sebelum menyetubuhinya


Suami tidak dibolehkan rujuk kepada isterinya setelah bercerai sebelum
menyetubuhinya. Talak sebegini adalah talak baiÊn. Ini adalah kerana isteri
tidak diwajibkan idah. Hukum ini berdasarkan firman Allah SWT:
$yϑsù  ∅èδθ¡yϑs? βr& È≅ö6s% ⎯ÏΒ £⎯èδθßϑçGø)¯=sÛ ¢ΟèO ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÞΟçFóss3tΡ #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆®∪ WξŠÏΗsd %[n#u|  £⎯èδθãmÎh| uρ £⎯èδθãèÏnGyϑsù ( $pκtΞρ‘‰tF÷ès? ;Ïã ô⎯ÏΒ £⎯ÎγøŠn=tæ öΝä3s9

Maksud: „Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan


wanita-wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu
menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa idahnya. Maka
berilah mutaah kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang
baik.‰
(Al-Ahzab: 49)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

Dalam kes ini, jika suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau
dua, mereka tidak boleh rujuk melainkan sesudah akad dan mas kahwin
yang baharu dengan keredaan dan persetujuan isteri. Jika isteri diceraikan
dengan talak tiga, suami tidak halal untuk rujuk melainkan bekas isteri
telah berkahwin dengan suami lain dan telah melakukan hubungan seksual
dengan suami baharunya kemudian telah bercerai. Selepas habis idah
dengan suami kedua barulah suami yang pertama boleh berkahwin
semula;

(b) Rujuk bagi suami yang menceraikan isteri secara khuluk. Tidak boleh rujuk
dengan isteri yang telah diceraikan dengan secara khuluk kerana ia telah
menjadi talak baiÊn. Sekiranya suami ingin kembali kepada isterinya ia
mestilah mengadakan akad dan mas kahwin baharu. Hukum ini meliputi
talak khuluk yang berlaku sebelum atau selepas persetubuhan;

(c) Rujuk bagi suami yang menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua.
Suami boleh merujuk isteri yang diceraikan dengan talak satu atau talak
dua selepas menyetubuhinya dengan menggunakan akad dan mas kahwin
yang lama. Keputusan rujuk berada di tangan suami selagi idah isterinya
masih berbaki. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

þ’Îû ª!$# t,n=y{ $tΒ z⎯ôϑçFõ3tƒ βr& £⎯çλm; ‘≅Ït†


s Ÿωuρ 4 &™ÿρãè% sπsW≈n=rO £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ

(#ÿρߊ#u‘r& ÷βÎ) y7Ï9≡sŒ ’Îû £⎯ÏδÏjŠtÎ/ ‘,ymr& £⎯åκçJs9θãèç/uρ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ £⎯ÏΒ÷σム£⎯ä. βÎ) £⎯ÎγÏΒ%tnö‘r&

... 4 $[s≈n=ô¹Î)
Maksud: „Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah
halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam
rahim mereka, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan
suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu semasa
idah jika suami-suami bertujuan hendak berdamai...‰
(Al-Baqarah: 228)

Juga merujuk kepada riwayat Umar r.a., Rasulullah SAW menceraikan


isterinya Hafsah, kemudian baginda SAW kembali rujuk kepadanya
sebagaimana telah dibincangkan sebelum ini;

(d) Suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga. Suami tidak boleh
rujuk sekiranya telah menceraikan isterinya dengan talak tiga, sama ada
dilafazkan secara berasingan (sebanyak tiga kali) atau sekaligus dengan
satu lafaz talak tiga. Ini berlaku sama ada sebelum atau selepas hubungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  177

seksual. Talak sebegini adalah talak baiÊn. Sekiranya suami ingin rujuk
maka ia mestilah melalui proses sebagaimana suami yang telah talak tiga
isterinya.

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Senaraikan tiga hikmah pensyariatan idah.


2. Jelaskan definisi rujuk dari segi bahasa dan syarak.
3. Huraikan rukun dan syarat rujuk.

8.6 NAFKAH DALAM ISLAM


Antara kesan perceraian adalah nafkah. Nafkah mempunyai hukumnya yang
tersendiri. Perbincangan seterusnya adalah hukum yang berkaitan dengan
nafkah.

8.6.1 Nafkah: Definisi dan Dalil 


Nafkah secara umum bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan. Ia
digunakan untuk perkara baik sahaja. Nafkah dari segi syarak ialah semua
perkara yang diperlukan oleh manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan
tempat tinggal. Dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan
dengan tujuan mendapatkan keperluan tersebut.

Kewajipan nafkah berdasarkan firman Allah SWT:

…ã&s! ÏŠθä9öθpRùQ$# ’n?tãuρ 4 sπtã$|ʧ9$# ¨ΛÉ⎢ムβr& yŠ#u‘r& ô⎯yϑÏ9 ( È⎦÷⎫n=ÏΒ%x. È⎦÷,s!öθym £⎯èδy‰≈s9÷ρr& z⎯÷èÅÊöムßN≡t$Î!≡uθø9$#ρu *

... 4 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ £⎯åκèEuθó¡Ï.uρ £⎯ßγè%ø—Í‘


Maksud: „Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya...‰
(Al-Baqarah: 233)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

Firman Allah SWT:

ωÎ) $²¡øtΡ ª!$# ß#Ïk=s3ムŸω 4 ª!$# çμ9s?#u™ !$£ϑÏΒ ÷,ÏΨã‹ù=sù …çμè%ø—Í‘ Ïμø‹n=tã u‘ωè% ⎯tΒuρ ( ⎯ÏμÏFyèy™ ⎯ÏiΒ 7πyèy™ ρèŒ ÷,ÏΨã‹Ï9

∩∠∪ #Zô£ç„ 9ô£ãã y‰÷èt/ ª!$# ã≅yèôfuŠ™


y 4 $yγ8s?#u™ !$tΒ

Maksud: „Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut


kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia
menafkahkan dari apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati
seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan
memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.‰
(Al-Talak: 7)

8.6.2 Jenis-jenis Nafkah 


Dalam perbincangan fikah, jenis-jenis nafkah dikategorikan kepada lima jenis
iaitu nafkah manusia kepada dirinya, nafkah usul (ayah datuk) kepada furuÂ
(anak cucu), nafkah furu kepada usul, nafkah suami kepada isteri dan nafkah-
nafkah lain. Dalam Topik 8 ini perbincangan difokuskan kepada empat jenis
sahaja.

(a) Nafkah Manusia kepada Dirinya


Kewajipan nafkah yang paling rendah adalah nafkah kepada diri sendiri
dan ia didahulukan daripada yang lain. Nafkah ini meliputi semua perkara
yang diperlukan oleh seseorang seperti tempat tinggal, pakaian, makanan,
minuman dan sebagainya. Nafkah ini hendaklah diambil daripada
hartanya sendiri selagi dia memiliki harta yang boleh digunakan sebagai
nafkah kepada dirinya.

(b) Nafkah Usul (Ayah Datuk) kepada Furu (Anak Cucu)


Bapa dan datuk ke atas (usul keturunan) wajib memberikan nafkah kepada
anaknya dan cucu ke bawah (furu keturunan). Bapa bertanggungjawab
memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Jika bapa telah tiada,
datuk (ayah kepada bapa) wajib mengambil tanggungjawab ini. Begitulah
seterusnya berdasarkan hubungan usul dan furuÂ. Dalil firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  179

£⎯ä. βÎ)uρ 4 £⎯Íκön=tã (#θà)ÍhŠŸÒçGÏ9 £⎯èδρ•‘!$ŸÒè? Ÿωuρ öΝä.ω÷`ãρ ⎯ÏiΒ ΟçGΨs3y™ ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ £⎯èδθãΖÅ3ó™r&

( £⎯èδu‘θã_é& £⎯èδθè?$t↔sù ö/ä3s9 z⎯÷è|Êö‘r& ÷βÎ*sù 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ 4©®Lym £⎯Íκön=tã (#θà)ÏΡr'sù 9≅÷Ηxq ÏM≈s9'ρé&

∩∉∪ 3“t÷zé& ÿ…ã&s! ßìÅÊ÷äI|¡sù ÷Λän÷| $yès? βÎ)uρ ( 7∃ρã÷èoÿÏ3 /ä3uΖ÷t/ (#ρãÏϑs?ù&uρ

Maksud: „Tempatkanlah isteri-isteri itu di tempat kediaman kamu sesuai


dengan kemampuanmu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang
menyakiti mereka dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan
mereka. Dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada
mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan kandungannya; jika
mereka menyusukan anak untukmu, maka berikanlah kepada mereka
upahnya; dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan
jika kamu mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain
menyusukannya.‰
(Al-Talak: 6)

Ayat ini menjelaskan kewajipan bapa membayar upah menyusukan


anaknya. Ini bermaksud kewajipan memberi nafkah anak lebih utama
untuk dilaksanakan oleh bapa.

Juga firman Allah SWT:

ÏŠθä9öθpRùQ$# ’n?tãuρ 4 sπtã$|ʧ9$# ¨ΛÉ⎢ムβr& yŠ#u‘r& ô⎯yϑÏ9 ( È⎦÷⎫n=ÏΒ%x. È⎦÷,s!öθym £⎯èδy‰≈s9÷ρr& z⎯÷èÅÊöムßN≡t$Î!≡uθø9$#uρ *

Ÿωuρ $yδÏ$s!uθÎ/ 8οt$Î!≡uρ §‘!$ŸÒè? Ÿω 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) ë§øtΡ ß#¯=s3è? Ÿω 4 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ £⎯åκèEuθó¡Ï.uρ £⎯ßγè%ø—Í‘ …ã&s!

9‘ãρ$t±s?uρ $uΚåκ÷]ÏiΒ <Ú#ts? ⎯tã »ω$|ÁÏù #yŠ#u‘r& ÷βÎ*sù 3 y7Ï9≡sŒ ã≅÷VÏΒ Ï^Í‘#uθø9$# ’n?tãuρ 4 ⎯ÍνÏ$s!uθÎ/ …çμ©9 ׊θä9öθtΒ

!$¨Β ΝçFôϑ¯=y™ #sŒÎ) ö/ä3ø‹n=tæ yy$uΖã_ Ÿξsù ö/ä.y‰≈s9÷ρr& (#þθãèÅÊ÷tIó¡n@ βr& öΝ›?Šu‘r& ÷βÎ)uρ 3 $yϑÍκön=tã yy$oΨã_ Ÿξsù

∩⊄⊂⊂∪ ×ÅÁt/ tβθè=uΚ÷ès? $oÿÏ3 ©!$# ¨βr& (#þθßϑn=ôã$#ρu ©!$# (#θà)¨?$#ρu 3 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ Λä⎢ø‹s?#u™

Maksud: „Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua


tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu
menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa itu
menderita kerana anaknya, dan waris juga menanggung kewajipan
sedemikian (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
180  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dicapai


oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu
serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu secara yang patut. Dan
bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat
apa yang kamu lakukan.‰
(Al-Baqarah: 233)

Ayat tersebut menjelaskan kewajipan bapa atau suami memberikan nafkah


untuk anak dan ibu yang menyusukan anak (isteri). Nafkah furu yang
masih kecil (kanak-kanak) dan fakir adalah tanggungjawab bapanya. Jika
bapa tiada (meninggal), menjadi tanggungjawab datuk. Juga furu yang
fakir, sakit yang berpanjangan (tidak mampu bekerja) dan gila.

Jika anak telah baligh dan mampu bekerja, bapa tidak wajib memberikan
nafkah sekalipun anaknya tidak bekerja. Jika anak menuntut ilmu yang
bersangkut dengan akidah dan ibadat, ia dikira tidak mampu bekerja dan
bapa wajib memberikan nafkah kepadanya. Jika ilmu fardu kifayah, seperti
perubatan, perindustrian, ekonomi dan lain-lain dan anak tidak bekerja
sedang ia mampu bekerja, bapa mempunyai pilihan sama ada
membenarkan anak terus belajar dan memberi nafkah atau bapa tidak
memberi nafkah dan anak tersebut bekerja.

Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia ditentukan berdasarkan


konsep cukup. Cukup ditentukan berdasarkan adat kebiasaan dan
kemampuan pemberi nafkah iaitu suami.

Berkaitan nafkah usul kepada furuÂ, sekiranya tidak diberikan pada


waktunya ia tidak dianggap hutang kepada pemberi nafkah. Ini kerana
nafkah adalah pertolongan daripada usul kepada furuÂ. Ia ditetapkan
kerana hubungan kekeluargaan. Ini adalah prinsip asas ketika hubungan
ayah dan anaknya seperti biasa.

Jika berlaku perselisihan berkaitan nafkah, kadi atau hakim syarie


hendaklah menetapkan nafkah tertentu yang mesti diberikan oleh bapa
kepada anaknya. Sekiranya bapa tidak memberikan nafkah maka ketika ini
telah menjadi hutang kerana telah ditetapkan oleh kadi atau hakim syarie.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  181

(c) Nafkah Furu kepada Usul


Dalam keadan tertentu, furu (anak cucu ke bawah) wajib memberikan
nafkah kepada usul (bapa, ibu, datuk, nenek dan ke atas). Ini berdasarkan
firman Allah SWT:

... ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ...

Maksud: „...Dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia dengan cara


yang baik...‰
(Lokman: 15)

Firman Allah SWT:

... 4 $·Ζ≈|¡ômÎ) È⎦ø⎪t$Î!≡uθø9$$Î/uρ çν$−ƒÎ) HωÎ) (#ÿρ߉ç7÷ès? ωr& y7•/u‘ 4©|Ós%uρ *

Maksud: „Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak


menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada kedua ibu bapa...‰
(Al-IsraÊ: 23)

Kesimpulannya, wajib nafkah furu kepada usul sekiranya furuÂ


mempunyai kelebihan nafkah, untuk keperluan asasi dirinya dan isteri
untuk tempoh sehari semalam. Pada masa yang sama usul hendaklah
dalam kalangan orang fakir. Begitu juga apabila ibu tidak mendapat nafkah
secukupnya daripada suami. Ini berlaku apabila pertama, suami (bapa
kepada anak) tidak mampu memberikan nafkah kepada isterinya (ibu
kepada anak). Kedua, bapa telah meninggal dunia dan ibunya tidak
berkahwin lagi (tiada suami).

(i) Kewajipan Nafkah Disebabkan Perbezaan Agama


Merujuk kepada syarat nafkah usul kepada furu dan juga sebaliknya,
tidak terjejas disebabkan perbezaan agama. Ini bermaksud persamaan
agama bukanlah di antara usul dan furu bukanlah syarat wajib
nafkah. Oleh itu, seseorang anak beragama Islam wajib memberikan
nafkah kepada ayah dan ibunya yang bukan Islam. Begitu juga
seorang ayah yang beragama Islam wajib memberikan nafkah kepada
anak-anaknya yang bukan Islam apabila cukup syarat yang telah
dibincangkan sebelum ini.

(ii) Kadar Nafkah Furu kepada Usul


Kadar nafkah furuÊ kepada usul juga tidak ditentukan. Ia terserah
kepada kebiasaan yang berlaku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

(d) Nafkah Suami kepada Isteri


Nafkah suami kepada isteri merupakan perbincangan utama dalam jenis-
jenis nafkah dan ia berkait rapat dengan perbincangan Topik 8 ini.
Perbincangan terperinci berkaitan nafkah suami kepada isterinya adalah
sebagaimana seterusnya.

8.7 NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI


Nafkah suami kepada isteri merupakan antara perbahasan utama Topik 8.
Definisi, dalil, syarat dan kadar nafkah akan dibincangkan secara terperinci di
dalam subtopik seterusnya.

8.7.1 Nafkah Suami kepada Isteri: Definisi dan Dalil


Nafkah suami kepada isteri bermaksud harta atau belanja yang wajib diberikan
oleh suami kepada isteri untuk kehidupannya sama ada makanan, minuman,
pakaian, pembantu dan perubatan mengikut keadaan suami. Ulama bersepakat
mengatakan suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya dengan syarat
tertentu. Ini berdasarkan dalil sebagaimana firman Allah SWT:

(#θà)xΡr& !$yϑÎ/uρ <Ù÷èt/ 4’n?tã óΟßγŸÒ÷èt/ ª!$# Ÿ≅Òùs $yϑÎ/ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# ’n?tã šχθãΒ≡§θs% ãΑ%y`Ìh9$#

... öΝÎγÏ9≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ

Maksud: „Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah
melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanjakan dari harta mereka...‰
(Al-NisaÊ: 34)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab memberikan


nafkah kepada isterinya.

Dalil hadis sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: „ ... Kewajipan kamu pula
ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka (isteri) dengan baik...‰

(Hadis riwayat Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  183

8.7.2 Syarat Wajib Nafkah Suami kepada Isteri


Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri memenuhi syarat-
syarat berikut:

(a) Isteri menyerahkan dirinya kepada suami. Ini bermaksud isteri patuh
dengan permintaan suami untuk melakukan istimta iaitu berseronok dan
bersetubuh dengan cara yang dibenarkan syarak. Jika isteri menolak
permintaan tersebut sekalipun dengan hanya melakukan sebahagian
istimtaÂ, suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isteri. Jika suami
ingin melakukan istimta dalam bentuk yang diharamkan seperti
bersetubuh dalam keadaan isteri sedang haid, keengganan isteri ketika ini
tidak menggugurkan kewajipan suami memberi nafkah; dan

(b) Isteri perlu mengikut suaminya tinggal di tempat atau di rumah yang
dipilih oleh suaminya. Isteri wajib tinggal di situ melainkan tidak sesuai
untuk didiami dari segi syarak. Jika isteri enggan mengikut tempat tinggal
pilihan suami, suami tidak wajib memberikan nafkah kepada isteri kerana
telah dikira menderhakai suami (nusyuz).

8.7.3 Kadar Nafkah Suami kepada Isteri


Kadar nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya mempunyai
kadar yang tertentu. Namun, prinsip umumnya adalah jumlah dan jenis
bergantung kepada ÂkemampuanÊ suami. Anda perlu ingat status isteri sama ada
kaya, miskin, berketurunan dan lain-lain tidak mempengaruhi kadar tersebut.
Faktor kemampuan merujuk kepada pemberi dan bukan penerima.

Syarak telah mengkategorikan kemampuan nafkah suami kepada isteri kepada


tiga kategori bergantung kepada status ekonomi suami iaitu sama ada suami
senang (kaya), sederhana dan fakir. Dalam menentukan status ekonomi suami,
adat kebiasaan setempat (Âuruf) adalah penentunya. Secara terperinci
sebagaimana berikut:

(a) Suami Senang (Kaya)


Suami yang kaya wajib memberikan nafkah sebagaimana berikut:
(i) Dua cupak makanan asasi penduduk setempat setiap hari termasuk
keperluan yang diperlukan untuk menjadikannya roti. Suami boleh
juga menyediakan roti yang telah siap;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

(ii) Memberikan makanan yang dimakan dengan roti (al-udm) yang


menjadi kebiasaan penduduk negeri tersebut. Iaitu makanan yang
menjadi kebiasaan orang kaya di tempat itu; dan
(iii) Pakaian yang layak bagi isteri orang-orang kaya kawasan tersebut.
Jenis dan mutu pakaian yang biasa dipakai oleh penduduk setempat.
Jumlah pakaian bergantung kepada keperluan dan bukan kebiasaan
penduduk setempat. Dalam konteks pakaian termasuklah perabot,
hamparan, alatan masakan dan seumpamanya.

(b) Suami Sederhana


Suami yang sederhana kemampuannya wajib memberi nafkah
sebagaimana berikut:
(i) Satu cupak setengah makanan asasi penduduk setempat setiap hari
termasuk keperluan yang diperlukan untuk menjadikannya roti.
Suami boleh juga menyediakan roti yang telah siap;
(ii) Memberikan makanan yang dimakan dengan roti (al-udm) yang
menjadi kebiasaan penduduk golongan sederhana negeri tersebut.
Jenis dan kuantiti hendaklah dirujuk kebiasaan orang sederhana
setempat; dan
(iii) Pakaian yang sesuai bagi isteri-isteri setaraf dengannya yang tinggal
di kawasan tersebut. Begitu juga keperluan rumah yang lain.

(c) Suami Fakir


Suami yang fakir juga wajib memberikan nafkah kepada isteri.
Sebagaimana berikut:
(i) Secupak makanan asasi menurut kebiasaan penduduk setempat
setiap hari;
(ii) Memberikan makanan yang dimakan dengan roti (al-udm) yang
menjadi kebiasaan penduduk golongan fakir negeri tersebut; dan
(iii) Pakaian yang sesuai bagi isteri-isteri setaraf dengannya yang tinggal
di kawasan tersebut. Begitu juga keperluan rumah yang lain.

Dalam konteks Malaysia hari ini cupak sudah tidak digunakan lagi untuk
mengukur kadar makanan seharian. Kadar timbangan bagi satu cupak yang
diguna pakai hari ini bersamaan dengan 675 gram. Oleh itu sekiranya dua cupak
bersamaan dengan 675 gram x 2 = 1350 gram, dan ini bersamaan juga 1.35
kilogram makanan asasi Malaysia iaitu beras. Di samping itu juga, nafkah untuk
membeli lauk-pauk atau bahan mentah seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  185

Kedudukan ekonomi suami diambil kira berdasarkan hadis Nabi Muhammad


SAW: „Muawiah al-Qusyairi r.a. berkata: Aku pergi menemui Rasulullah SAW
dan bertanya: „Apa pandanganmu mengenai isteri-isteri kami?‰ Rasulullah
SAW menjawab: „Berilah mereka makan sama seperti yang kamu makan.
Berilah mereka pakaian sama seperti yang kamu pakai. Jangan pukul mereka
dan jangan hina mereka.‰
(Hadis riwayat Abu Daud)

Pembantu rumah perempuan perlu disediakan oleh suami sekiranya isteri


mempunyai pembantu yang khusus semasa tinggal bersama bapanya (keluarganya)
sebelum berkahwin. Pembantu hendaklah disediakan oleh suami tanpa mengira
status ekonomi suami; sama ada senang, sederhana atau fakir. Suami wajib
menyediakan dan menggajikan seorang pembantu yang boleh berkhidmat bagi
memenuhi keperluan isterinya. Dalam keadaan suami tidak mampu dari segi
nafkah maka pembantu bergantung kepada perbincangan kedua-dua pihak.

8.7.4 Nafkah Isteri Berbentuk Tamkin atau Tamlik


Terdapat dua bentuk nafkah yang perlu disediakan pihak suami kepada isteri,
iaitu nafkah tamkin atau nafkah tamlik. Bagi pemahaman anda yang lebih lanjut,
Jadual 8.3 akan membantu anda mengenal pasti apakah nafkah-nafkah tersebut.

Jadual 8.3: Nafkah Tamkin dan Nafkah Tamlik

Nafkah Tamkin Nafkah Tamlik


 Nafkah suami kepada isteri yang  Nafkah yang ditentukan oleh kadi atau
dikongsi bersama seharian. hakim syarie ke atas suami supaya
 Situasinya jika isteri makan dan diberikan kepada isteri.
minum serta tinggal bersama  Situasi ini berlaku apabila isteri
suaminya sebagaimana yang berlaku membuat perjanjian yang menentukan
pada hari ini tanpa adanya perjanjian kadar nafkah yang tertentu dengan
yang menentukan kadar tertentu yang suami, ataupun kadi telah mewajibkan
mesti diberikan kepada isteri. suami membayar kadar nafkah yang
tertentu kepadanya.
 Ketika itu nafkah tersebut wajib
diberikan kepada isteri walaupun masa
yang sepatutnya diberikan telah berlalu.
 Isteri boleh meminta benda lain yang
disukainya sebagai ganti kepada nafkah
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH

AKTIVITI 8.3

1. Bincangkan kedudukan nafkah berdasarkan Akta/Enakmen


Undang- undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia.
2. Bincangkan kedudukan harta sepencarian dalam konteks nafkah.

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Bezakan antara idah perceraian dan kematian suami.


2. Jelaskan batasan hukum semasa dalam idah talak rajÂie, baÊin
dan kematian suami.
3. Jelaskan definisi nafkah dari segi bahasa dan syarak.
4. Sebutkan dalil pensyariatan nafkah.
5. Senaraikan syarat wajib nafkah suami kepada isteri.
6. Kategorikan status ekonomi suami dalam permasalahan nafkah
kepada isteri beserta contoh.
7. Bincangkan kedudukan harta sepencarian selepas berlakunya
perceraian.

 Idah, rujuk dan nafkah merupakan perbincangan yang penting kesan


daripada pembubaran perkahwinan.

 Syarak membezakan antara hukum idah disebabkan perceraian dan


kematian suami.

 Batasan hukum semasa dalam idah talak rajÂie, baÊin dan kematian suami
adalah berbeza.

 Hikmah pensyariatan idah adalah untuk memastikan kekosongan rahim


daripada benih suami terdahulu dan memberi ruang untuk suami isteri
berfikir. Juga sebagai tempoh berkabung bagi isteri kematian suami.

 Rujuk mempunyai rukun dan syaratnya yang tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 IMPLIKASI PERCERAIAN:IDAH, RUJUK DAN NAFKAH  187

 Nafkah adalah wajib ke atas suami kepada isterinya dengan mengambil kira
syarat-syarat tertentu isteri.

 Kadar nafkah mempunyai kaitan dengan status ekonomi suami.

Ajnabi Nafkah furuÂ


Idah Rujuk
Nafkah Tamlik
Nafkah usul Tamkin

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, menghuraikan Bab Undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

http://www.islamgrid.gov.my (16/10/2013)

http://hadis.al-islam.com/Loader (1/2/2013)

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa (16/9/2013)

http://www.islam.gov.my/en/garis-panduan-beriddah-bagi-wanita-yang-
bercerai-atau-kematian-suami (7/8/2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hadanah,
9 Penyusuan,
Nasab dan
Anak Tidak
Sah Taraf
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi hadanah menurut syarak;
2. Menyenaraikan urutan hak penjagaan (hadanah) selepas ibu serta
syarat-syarat mendapat hak hadanah;
3. Mengenal pasti syarat penyusuan yang menyebabkan berlakunya
hubungan mahram antara anak-anak susuan dan kaedah utama bagi
mensabitkan keturunan;
4. Menjelaskan status ujian DNA dalam menentukan keturunan; dan
5. Menghuraikan hukum anak tak sah taraf dari segi penamaan, nasab,
pusaka dan wali.

 PENGENALAN
Perkahwinan dan perceraian mempunyai implikasi tersendiri kepada kehidupan
berkeluarga. Ia bukan sekadar memenuhi hak dan tanggungjawab suami isteri,
bahkan melangkau kepada penjagaan anak-anak. Topik 9 ini membincangkan
kedudukan hak penjagaan anak (hadanah) selepas berlakunya perceraian, kesan
penyusuan terhadap hubungan kekeluargaan, nasab dan juga isu berkaitan
walad al-zina.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  189

AKTIVITI 9.1

Bandingkan definisi hadanah menurut syarak dengan Enakmen


Undang-undang Keluarga Islam di beberapa buah negeri di Malaysia.

9.1 HADANAH DALAM ISLAM


Perbincangan tentang hadanah menjadi penting apabila timbulnya perselisihan
di antara suami dan isteri. Bagi menjamin hak anak dalam perebutan
membesarkan anak, Islam meletakkan garis panduan yang lengkap di dalam
perbincangan seterusnya.

9.1.1 Hadanah: Definisi dan Dalil


Hadanah ٌ‫ضانَة‬
َ ‫ َح‬dari segi bahasa berasal dari perkataan ‫ ِحضْ ُن‬yang bermaksud
sisi atau tepi. Ini kerana penjaga mengambil orang yang dijaga (kanak-kanak)
lalu diletakkan disisinya, dijaga dan dipelihara. Hadanah dari segi syarak ialah
menjaga seseorang yang tidak dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya
dengan pelbagai bentuk pendidikan sesuai dengan perkembangannya sehingga
mencapai had umur mumayyiz. Hadanah bukan sahaja menjaga kanak-kanak
tetapi termasuk juga sesiapa yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri
seperti terencat akal, kurang upaya dan seumpamanya. Menjaga dan mendidik
kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga baligh dinamakan kafalah.

Dalil pensyariatan hadanah berdasarkan kisah Nabi Musa a.s semasa kecil
sebagaimana direkodkan oleh Allah SWT melalui firmannya:

§s)s? ö’s1 y7ÏiΒé& #’n<Î) y7≈uΖ÷èy_tsù ( …ã&é#àõ3tƒ ⎯tΒ 4’n?tã ö/ä3—9ߊr& ö≅yδ ãΑθà)tGsù šçG÷zé& û©Å´ôϑs? øŒÎ)

... 4 tβt“øtrB Ÿωuρ $pκß]ø‹tã

Maksud: „Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata:


Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya? Maka
dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenteram
hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu...‰
(Taha: 40)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Juga firman Allah SWT tentang kisah penjagaan Maryam:

óΟß㕃r& öΝßγyϑ≈n=ø%r& šχθà)ù=ムøŒÎ) óΟÎγ÷ƒt$s! |MΨä. $tΒuρ 4 y7ø‹s9Î) ÏμŠÏmθçΡ É=ø‹tóø9$# Ï™!$t7/Ρr& ô⎯ÏΒ y7Ï9≡sŒ

∩⊆⊆∪ tβθßϑÅÁtF÷‚tƒ øŒÎ) öΝÎγ÷ƒy‰s9 |MΨà2 $tΒuρ zΝtƒötΒ ã≅àõ3tƒ

Maksud: „Yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang kami
wahyukan kepadamu, sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika
mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di
antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga tidak ada
bersama-sama mereka ketika mereka berbalah tentang perkara menjaga dan
memelihara Maryam.‰
(Ali-Imran: 44)

Kedua-dua ayat tersebut menjelaskan nikmat Allah kepada Nabi Musa a.s dan
Maryam dengan memberi petunjuk siapa yang akan menjaga dan mendidik
mereka. Nabi Musa a.s diletakkan di sisi penjaganya untuk dijaga dengan penuh
kasih-sayang dan diberi susuan.

9.2 HUKUM-HUKUM BERKAITAN


HADANAH
Hadanah mempunyai hukum dan hak yang perlu dipatuhi oleh suami dan isteri.
Secara terperinci sebagaimana perbincangan seterusnya.

9.2.1 Hak Penjagaan Kanak-kanak (Hadanah)


Fuqahak bersepakat dengan menjelaskan bahawa suami isteri yang bercerai dan
mempunyai anak-anak lelaki atau perempuan yang belum mencapai umur
mumayyiz maka ibu lebih berhak untuk mendapat hak penjagaan. Kenapa ibu
lebih berhak berbanding bapa? Ibu lebih berhak kerana:

(a) Ibu lebih sabar menanggung bebanan menjaga dan mendidik anak kecil;
dan
(b) Ibu lebih lembut dalam menjaga, mendidik dan memberikan kasih-sayang
yang diperlukan anak-anak kecil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  191

Dalil ibu lebih berhak dalam penjagaan kanak-kanak berdasarkan hadis Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud:

„Abdullah bin Amru r.a. berkata: „Seorang wanita datang berjumpa Nabi
Muhammad SAW dan berkata: „Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anakku ini,
akulah yang mengandungnya, susu akulah yang diminumnya dan akulah
penjaganya. Bapanya telah menceraikanku dan sekarang dia ingin mengambil
anakku.‰ Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺖ ﹶﺃ َﺣ ُّﻖ ﹺﺑ ِﻪ ﻣَﺎ ﹶﻟ ْﻢ َﺗْﻨﻜِﺤﻲ‬


ِ ‫ﺃْﻧ‬
Maksud: „Kamu lebih berhak (daripadanya) selagi kamu tidak berkahwin.‰

(Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis ini menetapkan bahawa ibu lebih berhak terhadap pemeliharaan anak
daripada ayah. Berdasarkan penjelasan hadis tersebut ternyata orang perempuan
lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti
oleh orang lelaki.

9.2.2 Hak Penjagaan Kanak-kanak (Hadanah)


Selepas Ibu
Timbul persoalan siapakah yang berhak menjaga kanak-kanak selepas ibu?
Fuqahak menjelaskan jika ibu kepada anak tersebut telah tiada atau ada tetapi
tidak mahu menjaganya maka orang yang berhak menjaganya menurut mazhab
Syafie ialah nenek sebelah ibu dan ke atas. Ini kerana nenek telah mempunyai
pengalaman dan dapat memberikan penjagaan dan kasih-sayang kepada anak
berdasarkan pengalamannya. Selepas itu nenek sebelah bapa, seterusnya ibu-ibu
kepada nenek tersebut (moyang-moyang). Seterusnya adik-beradik perempuan
seibu sebapa. Kemudian adik-beradik perempuan sebapa. Kemudian adik-
beradik perempuan seibu. Selepas itu ibu saudara sebelah ibu dan kemudian ibu
saudara sebelah bapa. Seterusnya anak-anak saudara perempuan daripada adik-
beradik lelaki. Kemudian anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik
perempuan. Kesimpulannya urutan hak penjagaan anak sebagaimana berikut:

(a) Ibu;
(b) Nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(c) Bapa;
(d) Nenek sebelah bapa hingga ke atas;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

(e) Saudara perempuan seibu sebapa;


(f) Saudara perempuan seibu;
(g) Saudara perempuan sebapa;.
(h) Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu sebapa;
(i) Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu;
(j) Anak perempuan bagi saudara perempuan sebapa;
(k) Emak saudara sebelah ibu;
(l) Emak saudara bapa; atau
(m) Waris lelaki yang menjadi asabah.

9.2.3 Hak Penjagaan Pihak Lelaki


Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, ibu mempunyai hak untuk menjaga anak
(hadanah). Namun sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mempunyai saudara
perempuan ataupun ada tetapi tidak mahu atau tidak mampu menjaganya maka
hak penjagaan ini akan berpindah kepada lelaki. Dalam hal ini mazhab Syafie
menetapkan waris mahram mengikut susunan pembahagian harta pusaka
diberikan keutamaan. Hanya datuk sahaja yang didahulukan daripada adik-
beradik lelaki. Seterusnya waris yang bukan mahram mengikut susunan
pembahagian harta pusaka. Urutan hak penjagaan adalah sebagaimana berikut:

(a) Bapa;
(b) Datuk dan ke atas;
(c) Adik-beradik lelaki seibu sebapa;
(d) Adik-beradik lelaki sebapa;
(e) Anak lelaki kepada adik-beradik lelaki sebapa;
(f) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa;
(g) Bapa saudara sebelah bapa sebapa;

Sekiranya terdapat semua waris lelaki dan perempuan dan masing-masing ingin
mendapatkan hak penjagaan maka pihak yang diberi keutamaan adalah
berdasarkan susunan berikut:

(a) Ibu;
(b) Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  193

(c) Bapa;
(d) Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
(e) Kakak atau adik-beradik perempuan seibu sebapa; atau
(f) Adik-beradik lelaki seibu sebapa.

9.2.4 Syarat-syarat Mendapat Hak Penjagaan


(Hadanah)
Hak penjagaan akan diberikan kepada penjaga apabila memenuhi syarat berikut:

(a) Islam
Penjaga mestilah beragama Islam. Jika kanak-kanak adalah seorang Islam
dari segi hukum sahaja (ibu atau bapanya Islam), dia mestilah mengikut
ibu atau bapanya yang paling mulia dari segi agamanya. Orang kafir tidak
mempunyai hak penjagaan kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan
(hak al-wilayah). Tetapi jika kanak-kanak tersebut seorang kafir, orang
Islam atau kafir boleh menjaganya.

(b) Sempurna Akal


Penjaga mestilah waras dan berakal. Hak penjagaan tidak diberikan kepada
orang gila, walaupun gila datang sekali-sekala. Ini kerana hak penjagaan
adalah hak penguasaan (hak al-wilayah). Orang gila tidak boleh menjadi
wali. Sedangkan dirinya sendiri memerlukan penjagaan.

(c) Iffah (Berakhlak Mulia) dan Amanah


Penjaga bukanlah seorang yang fasik. Ini kerana orang yang fasik tidak
boleh menjadi wali dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga sesuatu
amanah. Penjaga kanak-kanak mestilah adil, mempunyai harga diri dan
kuat pegangan agama.

(d) Bermukim
Orang yang berhak mendapat hak penjagaan ialah orang yang bermukim
di tempat kanak-kanak itu berada.

(e) Ibu Tidak Berkahwin dengan Lelaki Lain


Sekiranya ibu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai
pertalian dengan kanak-kanak itu gugurlah hak penjagaan.

(f) Tidak Mengidap Penyakit Berpanjangan atau Penyakit Kronik


Contoh penyakit adalah seperti lumpuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

9.2.5 Tempoh Hak Penjagaan


Timbul persoalan berapa lamakah tempoh penjagaan anak? Dalam hal ini anda
perlu ketahui bahawa tempoh penjagaan anak akan tamat setelah kanak-kanak
mencapai umur mumayyiz (umur kecerdikan). Umur mumayyiz dari segi
kebiasaan ialah tujuh tahun untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun untuk
kanak-kanak perempuan. Setelah tamatnya hak hadanah, penjagaan adalah
turun kepada bapa. Sekiranya kanak-kanak itu telah mencapai umur mumayyiz,
maka kanak-kanak itu berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau
bapanya. Sekiranya anak tak sah taraf, (anak yang lahir tanpa sebarang ikatan
perkahwinan syarie antara kedua-dua ibu bapanya) maka dalam konteks
Malaysia hak penjagaan terhadap anak tersebut adalah ditentukan oleh kadi atau
hakim syarie.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Jelaskan definisi hadanah menurut syarak.


2. Senaraikan urutan hak penjagaan anak (hadanah) selepas ibu.
3. Huraikan enam syarat penjaga untuk mendapat hak penjagaan
anak.

9.3 HIKMAH DISYARIATKAN HADANAH


Hikmah utama disyariatkan hadanah adalah untuk menyusun tanggungjawab
berkaitan dua tugas penting iaitu penjagaan (kebajikan) dan pendidikan kanak-
kanak yang masih kecil. Penjagaan dan pendidikan adalah dua perkara asas
dalam membesarkan kanak-kanak. Perceraian suami isteri tidak menjadikan
kanak-kanak terbiar dan tidak dapat pembelaan pendidikan sewajarnya. Oleh
itu, perlu wujud peraturan menyeluruh menentukan pihak yang
bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mendidik anak-anak. Penentuan
dilakukan berdasarkan keutamaan agar kebajikan anak-anak tidak terjejas
sekiranya berlaku perselisihan di antara para penjaga.

AKTIVITI 9.2

Bincangkan dengan kawan anda kenapa Islam menekankan kebajikan


dan pendidikan kanak-kanak dalam menentukan hak penjagaan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  195

9.4 PENYUSUAN DAN HUBUNGAN


KEKELUARGAAN
Penyusuan juga mempunyai kesan tertentu kepada hubungan kekeluargaan dan
penentuan keturunan (nasab). Secara terperinci sebagaimana perbincangan
seterusnya.

9.4.1 Penyusuan: Definisi dan Dalil


Penyusuan dari istilah syarak ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk
mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut
bagi pembesaran otak dan fizikal seseorang kanak-kanak. Penyusuan juga
merujuk kepada keadaan iaitu sampainya susu seseorang wanita ke dalam
rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada
payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh
menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu.

Dalil harusnya penyusuan berdasarkan firman Allah SWT:

÷Λän÷| $yès? βÎ)uρ ( 7∃ρã÷èoÿÏ3 /ä3uΖ÷t/ (#ρãÏϑs?ù&uρ ( £⎯èδu‘θã_é& £⎯èδθè?$t↔sù ö/ä3s9 z⎯÷è|Êö‘r& ÷βÎ*sù 4 ...

∩∉∪ 3“t÷zé& ÿ…ã&s! ßìÅÊ÷äI|¡sù

Maksud: „...jika mereka menyusukan anak untukmu, maka berikanlah kepada


mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan
jika kamu mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain
menyusukannya.‰
(Al-Talak: 6)
Juga firman Allah SWT:

’n?tãuρ 4 sπtã$|ʧ9$# ¨ΛÉ⎢ムβr& yŠ#u‘r& ô⎯yϑÏ9 ( È⎦÷⎫n=ÏΒ%x. È⎦÷,s!öθym £⎯èδy‰≈s9÷ρr& z⎯÷èÅÊöムßN≡t$Î!≡uθø9$#uρ *

8οt$Î!≡uρ §‘!$ŸÒè? Ÿω 4 $yγyèó™ãρ ωÎ) ë§øtΡ ß#¯=s3è? Ÿω 4 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ £⎯åκèEuθó¡Ï.uρ £⎯ßγè%ø—Í‘ …ã&s! ÏŠθä9öθpRùQ$#

⎯tã »ω$|ÁÏù #yŠ#u‘r& ÷βÎ*sù 3 y7Ï9≡sŒ ã≅÷VÏΒ Ï^Í‘#uθø9$# ’n?tãuρ 4 ⎯ÍνÏ$s!uθÎ/ …çμ©9 ׊θä9öθtΒ Ÿωuρ $yδÏ$s!uθÎ/

Ÿξsù ö/ä.y‰≈s9÷ρr& (#þθãèÅÊ÷tIó¡n@ βr& öΝ›?Šu‘r& ÷βÎ)uρ 3 $yϑÍκön=tã yy$oΨã_ Ÿξsù 9‘ãρ$t±s?uρ $uΚåκ÷]ÏiΒ <Ú#ts?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

tβθè=uΚ÷ès? $oÿÏ3 ©!$# ¨βr& (#þθßϑn=ôã$#uρ ©!$# (#θà)¨?$#uρ 3 Å∃ρá÷èpRùQ$$Î/ Λä⎢ø‹s?#u™ !$¨Β ΝçFôϑ¯=y™ #sŒÎ) ö/ä3ø‹n=tæ yy$uΖã_

∩⊄⊂⊂∪ ×ÅÁ/t

Maksud: „Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun
genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan
bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan
juga menjadikan) seorang bapa itu menderita kerana anaknya, dan waris juga
menanggung kewajipan sedemikian (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-
duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan
(yang dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah
salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu
kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan
(upah) yang kamu mahu beri itu secara yang patut. Dan bertakwalah kepada
Allah, dan ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.‰

(Al-Baqarah: 233)
9.4.2 Penyusuan Ibu
Menurut mazhab Syafie, penyusuan adalah hak ibu dan dia boleh menyusukan
anaknya apabila ia mahu dan sebaliknya. Ibu tidak diwajibkan menyusukan
anaknya melainkan jika tidak ada orang lain yang boleh menunaikan
tanggungjawab tersebut. Ketika itu ibu wajib menyusukan anaknya kerana
keadaan terpaksa (dharurah).

Dalil penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya adalah sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 233 seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Juga berdasarkan firman Alah SWT dalam surah al-
Talak ayat 6 yang disebutkan sebelum ini. Kedua-dua ayat ini menjelaskan
penyusuan adalah hak ibu dan bukan sebagai satu kewajipan.

Oleh itu, kesan daripada penyusuan adalah hak dan bukannya tanggungjawab
ialah:

(a) Suami tidak boleh memaksa isterinya menyusukan anak mereka. Jika
suami memaksa isteri melakukannya sedangkan dia enggan, dia tidak
dianggap mengingkari dan menderhakai suami. Kecuali jika tidak ada
seorang wanita pun yang sesuai untuk menyusukan anak mereka selain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  197

isterinya, maka suami boleh memaksa isterinya demi menjaga kehidupan


anaknya; dan
(b) Suami wajib memberikan upah penyusuan kepada isterinya berdasarkan
kadar semasa setempat jika isteri meminta.

9.4.3 Kesan Penyusuan terhadap Hubungan


Kekeluargaan
Jika seorang perempuan menyusukan kanak-kanak ajnabi (bukan anaknya),
anak itu menjadi anak susuannya dan suaminya menjadi bapa susuan. Hukum
yang berlaku hasil daripada penyusuan itu adalah :

(a) Anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga
haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu
susuannya. Senarai keturunan ibu susuan yang haram dikahwini sama
seperti senarai keturunan ibunya sendiri dan mereka ialah:
(i) Adik-beradik perempuan ibu susuan;
(ii) Anak perempuan ibu susuan;
(iii) Cucu perempuan kepada ibu susuan; dan
(iv) Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).

Begitu juga dengan keturunan bapa susuan (suami ibu susuan). Senarai
keturunan bapa susuan yang haram dikahwini sebagaimana berikut:
(i) Adik-beradik perempuan bapa susuan;
(ii) Anak perempuan bapa susuan;
(iii) Cucu perempuan kepada bapa susuan; dan
(iv) Ibu kepada bapa susuan (nenek susuan).

(b) Haram kepada ibu susuan dan keturunannya berkahwin dengan anak
susuannya. Begitu juga haram berkahwin dengan keturunan anak susuan.
Ini kerana jika kita mengandaikan ibu susuan adalah ibu sebenar kepada
anak susuan, sudah tentu semua keturunan anak tersebut haram
dikahwininya. Begitu juga hukumnya dengan ibu susuan.

(c) Ibu susuan dan keturunannya yang telah disebutkan sebelum ini boleh
berkahwin dengan ahli keluarga anak susuannya yang lain seperti adik
beradik lelaki, bapa dan ibu saudaranya kerana mereka adalah orang asing
kepada ibu susuan dan keturunannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Dalil penyusuan menyebabkan anak itu menjadi mahram (sama kedudukan ibu
susuan dengan ibu sebenar) berpandukan firman Allah SWT dalam surah Al-
Nisa' ayat 23 yang disebutkan berulang kali dalam modul ini. Ini juga
berdasarkan hadis dari AÊisyah, Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ﺤﺮﱢ ُﻡ ﺍﻟﹾ ﹺﻮ ﹶﻻ َﺩﺓﹸ‬


َ ‫ﺤﺮﱢ ُﻡ ﻣَﺎ ُﺗ‬
َ ‫ﺍﻟﺮﱠﺿَﺎ َﻋﺔﹸ ُﺗ‬
Maksud: „Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan
kelahiran (keturunan).‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Ayat dan hadis tersebut menunjukkan dengan sebab penyusuan terjalin maka
hubungan sebagai mahram, iaitu sama kedudukan ibu susuan dengan ibu
sebenar (keturunan).

9.4.4 Syarat Penyusuan Hubungan Mahram


Syarat penyusuan yang menjadikan hubungan antara penyusu dan anak-anak
sebagai mahram sebagaimana berikut:

(a) Syarat yang berkaitan dengan bayi:


(i) Umur bayi tidak melebihi dua tahun; dan
(ii) Kanak-kanak itu disusu dengan lima kali susuan yang berasingan
sehingga kenyang. Apabila anak itu berhenti menyusu kerana
kenyang, ia dikira sekali susuan. Tetapi jika anak tersebut berhenti
menyusu kerana sendawa untuk mengeluarkan angin, kemudian
kembali menyusu, atau dia bertukar posisi kepada payudara satu lagi
maka ia dikira sekali susuan sahaja.

(b) Syarat yang berkaitan dengan ibu yang menyusukan adalah seperti
berikut:
(i) Seorang wanita anak Adam. Tidak terkesan hukum pertalian
kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak Adam, seseorang
lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli;
(ii) Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan;
dan
(iii) Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin
atau tidak atau telah menopaus atau belum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  199

(c) Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:


(i) Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau
sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh
dan penguatan tulang;
(ii) Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran
hidung; dan
(iii) Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali
kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang
meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang
lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya.

Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara
bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada sabda
Nabi Muhammad SAW:

‫ﺐ‬
‫ﺴ ﹺ‬
َ ‫ﺤﺮُﻡُ ِﻣ ْﻦ ﺍﻟﱠﻨ‬
ْ ‫ﻉ ﻣَﺎ َﻳ‬
‫ﺤﺮُﻡُ ِﻣ ْﻦ ﺍﻟ ﱠﺮﺿَﺎ ﹺ‬
ْ ‫َﻳ‬
Maksudnya: „Diharamkan (perkahwinan) disebabkan oleh penyusuan
(sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.‰

(Hadis Muttafaq ÂAlaih)

AKTIVITI 9.3

Maksud hadis Nabi Muhammad SAW:


„Diharamkan (perkahwinan) disebabkan oleh penyusuan
(sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.‰
(Hadis Muttafaq ÂAlaih)
Bincangkan implikasi hadis ini terhadap kehidupan sosial hari ini.

9.5 NASAB DAN HUKUM BERKAITAN


DENGANNYA
Nasab atau keturunan dalam bahasa Melayu ialah kaum keluarga (kerabat) yang
hampir. Keturunan atau nasab merupakan asas penting dalam menentukan
pelbagai hukum berkaitan kekeluargaan dalam Islam. Penentuan nasab dapat
menentukan kedudukan pembahagian pusaka, perkahwinan, wali, wasiat dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

sebagainya. Maka pengiktirafan keturunan individu berkait rapat dengan


hukum-hukum yang berkaitan dengannya.

9.5.1 Kaedah Mensabitkan Keturunan


Syarak mensabitkan keturunan berdasarkan salah satu daripada tiga kaedah
iaitu kaedah penyaksian (syahadah), pengakuan (ikrar) dan Al-Istifada. Ketiga-
tiga kaedah ini akan dihuraikan dalam Jadual 9.1 berikut:

Jadual 9.1: Kaedah Penyaksian (Syahadah), Pengakuan (Ikrar)


dan Al-Istifada serta Syarat-syaratnya

Penyaksian (Syahadah) Pengakuan (Ikrar) Al-Istifada


 Syarat penyaksian  Ikrar berlaku apabila  Istifadah berlaku
ialah dua orang seorang lelaki mengaku apabila seseorang
lelaki yang bahawa dia adalah bapa individu menasabkan
memenuhi kriteria- kepada Zaid contohnya, dirinya kepada seorang
kriteria sebagai saksi ataupun Zaid mengaku lelaki (ayahnya) atau
sebagaimana yang bahawa dia adalah anak satu kabilah.
dijelaskan dalam lelaki tersebut.  Orang ramai di
syarat-syarat nikah.  Ikrar hanya diiktiraf kawasan tersebut turut
Penyaksian dua apabila memenuhi menasabkannya kepada
perempuan atau syarat-syarat berikut: lelaki atau kabilah yang
seorang lelaki dan sama tanpa wujud
ă Keadaan fizikal
dua perempuan sebarang perselisihan.
mengiktiraf
dalam mensabitkan
keturunan tidak
kebenaran ikrar.  Perkara ini berlarutan
diterima. ă Sebagai contoh: dalam tempoh masa
kedua-duanya (anak yang panjang.
 Ini kerana keturunan
adalah salah satu
dan ayah) berada  Status istifadah sama
pada peringkat dengan penyaksian
cabang perkahwinan
umur yang sesuai yang sahih. Ia dikira
dan saksi
untuk dianggap sebagai dalil syarak
perkahwinan adalah
sebagai bapa dan dalam mensabitkan
dua lelaki.
anak. keturunan seseorang.
ă Sekiranya kedua- Dengan syarat ia
duanya berada pada diperakui oleh orang
peringkat umur ramai yang hidup
yang tidak boleh bersamanya dalam
diterima sebagai kuantiti atau bilangan
hubungan anak- yang ramai dan
bapa, ikrar itu tidak mustahil mereka
sah dan hubungan bersepakat untuk
keturunan tidak berbohong.
boleh disabitkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  201

ă Ikrar yang diperakui


oleh syarak. Syarak
tidak mengiktiraf
sesuatu ikrar jika
anak yang diperakui
itu diketahui umum
bukan daripada
keturunannya.
ă Ini kerana keturunan
yang pasti dan
dikenali umum tidak
boleh berubah
menerusi ikrar; sama
ada ikrar itu
diiyakan oleh yang
didakwa atau pun
tidak.
ă Orang yang
didakwa
mengiyakan ikrar
pendakwa sekiranya
dia berkelayakan
mengiyakannya.
ă Syarat kelayakan
ialah mukallaf. Ini
kerana dia lebih
berhak terhadap
keturunannya dan
dia lebih
mengetahui susur
galur keturunannya
daripada orang lain.

9.5.2 Mensabitkan Penyusuan dan Kesannya


Hukum mensabitkan penyusuan adalah sama dengan mensabitkan keturunan
iaitu melalui tiga cara:

(a) Syahadah (penyaksian);


(b) Pengakuan (ikrar); dan
(c) Istifadah (penerimaan orang ramai dengan kuantiti yang ramai).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Dalam syahadah penyusuan, saksi lelaki tidak disyaratkan dalam mensabitkan


penyusuan. Saksi perempuan dibenarkan dalam mensabitkan penyusuan dan ini
berbeza dengan syarat mensabitkan keturunan. Penyaksian yang diterima dalam
mensabitkan penyusuan ialah:

(a) Penyaksian oleh dua orang lelaki adil;


(b) Penyaksian oleh seorang lelaki adil dan dua orang wanita adil; atau
(c) Penyaksian oleh empat orang wanita adil.

Sementara kesan mensabit keturunan ialah:

(a) Hukum hakam perkahwinan dari aspek perkara yang dihalalkan dan
perkara yang diharamkan;
(b) Nafkah, hukum nafkah dan penyelarasan tanggungjawab yang berkaitan
dengannya;
(c) Al-Wilayah dan kedudukannya;
(d) Harta pusaka, melibatkan pembahagiannya dan penyelarasan status waris;
dan
(e) Wasiat dan hukum hakam yang berkaitan dengannya.

Bagaimana pula status penggunaan ujian DNA (Deoxyribonucleic Acid) dalam


menentukan nasab? Perlu anda ketahui formula utama menentukan nasab dalam
Islam adalah melalui Âperkahwinan yang sah dari segi syarak sahaja'. Ini
bermakna anak yang terhasil dari perbuatan zina, bank mani, sewa rahim dan
seumpamanya tidak boleh didaftarkan sebagai bin/binti kepada dari mana
benih itu berasal. Dalam Islam, penentuan nasab melalui DNA tidak sama
tarafnya dengan tiga kaedah yang dibincangkan sebelum ini iaitu penyaksian,
pengakuan dan istifadah. Namun begitu ulama kontemporari mengharuskan
penggunaan DNA dalam penentuan nasab. Ini kerana kedudukan DNA hanya
setaraf dengan al-qiyafah, iaitu satu kaedah menentukan nasab oleh individu
yang mahir dengan berpandukan kepada bentuk fizikal.

Dalam kes tertentu seperti untuk tujuan rekod, DNA boleh digunakan apabila
melibatkan nasab anak yang ditinggalkan ayah sejak kelahirannya. Sebagai
contoh, selepas 30 tahun, ayah menemui anaknya, maka dia boleh membuat
DNA pemprofilan untuk memastikan zuriatnya bagi tujuan pusaka atau
perwalian. Ini pun sekiranya anak tersebut lahir hasil daripada perkahwinan
yang sah dari segi syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  203

9.6 IMPLIKASI ANAK TIDAK SAH TARAF


DALAM KEKELUARGAAN ISLAM
Kedudukan anak tidak sah taraf atau anak zina dalam konteks perkahwinan dan
kekeluargaan di Malaysia telah lama dibincangkan oleh para ulama dan
pengamal undang-undang Islam. Perbincangan ini menjadi serius apabila
Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan lebih 167,073 bayi yang direkodkan
kelahirannya tanpa bapa telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara antara
tahun 2008 hingga 2012.

Anak tidak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang
bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Berdasarkan perbincangan para
fuqahak tentang nasab seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan
bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan
dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah.

Dalam konteks Undang- undang Keluarga Islam di Malaysia ia dikenali sebagai


anak tidak sah taraf. Istilah anak tidak sah taraf adalah satu istilah yang
digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang
sah sebagaimana termaktub dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003, Seksyen 2, peruntukan undang-undang menyatakan:

"Tidak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar
nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhahÊ. Menurut Fatwa mengenai
Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf menurut Hukum Syarak di Negeri Selangor
yang telah diwartakan pada 28 April 2005, petunjuk berkaitan anak tidak sah
taraf menurut hukum syarak ialah:

(a) Anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau
melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syarak;
(b) Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah
dari waktu Âimkan ad-dukhulÊ dan bukan hasil daripada persetubuhan
syubhah; atau
(c) Anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan dua lahzah qamariah
dari waktu Âimkan ad-dukhulÊ selepas akad yang sah dan ada bukti dari
segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui ikrar
(pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah
seorang daripadanya) atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-
syarat hukum syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Dalam konteks Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, implikasi anak


tidak sah taraf adalah sebagaimana berikut:

(a) Penamaan
Dari sudut penamaan anak tidak sah taraf, jika seseorang perempuan
Melayu beragama Islam bersekedudukan tanpa nikah dengan
pasangannya sama ada lelaki tersebut Islam atau bukan Islam dan
melahirkan anak, maka anak tersebut hendaklah dibin atau dibintikan
dengan Abdullah atau lain-lain nama asmaÊ al-husna berpangkalkan
Abdul. Seseorang anak tidak sah taraf atau anak luar nikah tidak wajar
dibin atau dibintikan kepada ibu anak tersebut kerana ia mungkin akan
menimbulkan masalah sosial dan kesan psikologi kepada anak tersebut.

(b) Pergaulan
Dalam konteks pergaulan pula, dapat dilihat seperti berikut:
(i) Anak tidak sah taraf bebas menjalinkan apa-apa hubungan atau
menjalankan aktiviti bersama seseorang kanak-kanak Islam lain yang
sah tarafnya;
(ii) Pergaulan anak tidak sah taraf dengan lelaki yang telah melakukan
persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walau pun lelaki
tersebut adalah bapanya yang sebenar (bapa biologi), hendaklah
berasaskan pergaulan di antara anak tiri dan bapa tiri;
(iii) Jika anak tidak sah taraf itu ialah seorang perempuan, maka
wuduknya dan wuduk suami ibunya, sama ada si suami itu adalah
bapanya yang tidak sah taraf atau pun lelaki lain, maka tidak terbatal
wuduknya kerana menurut hukum syarak suami ibunya itu adalah
mahram (bapa tiri); dan
(iv) Perhubungan antara anak tidak sah taraf dengan anak-anak sebelah
ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain
adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini
tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang
tidak sah itu.

(c) Nasab
Dari sudut hubungan nasab (keturunan), anak tidak sah taraf dinasabkan
terus kepada ibunya dan ia tidak dibin atau dibintikan kepada lelaki yang
menyetubuhi ibunya. Anak tersebut hendaklah dibin atau dibintikan
dengan Abdullah atau salah satu nama asmaÊ al-husna atau sifat Allah
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini (penamaan);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  205

(d) Hak Penjagaan


Berhubung dengan penjagaan anak tidak sah taraf, ia adalah
dipertanggungjawabkan semata-mata kepada ibu dan saudara-mara
sebelah ibunya;

(e) Nafkah
Segala nafkah dan saraan hidup anak tidak sah taraf adalah menjadi
tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tidak sah taraf itu
dinasabkan kepada ibunya, tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya;

(f) Pusaka
Hubungan keturunan anak tidak sah taraf dengan ibunya tidak terputus.
Kedua-duanya boleh mewarisi pusaka di antara satu sama lain. Sekiranya
ibunya meninggal dunia, maka anak mempunyai hak untuk mewarisi
pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya
anak tidak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, maka ibunya juga
berhak untuk mewarisi pusakanya. Seseorang anak tidak sah taraf adalah
terputus hubungan dari segi pusaka dengan bapanya yang tidak sah taraf
dan ia tidak menjadi ahli waris dan tidak berhak untuk mewarisi pusaka
bapanya, begitu juga sebaliknya bapanya tidak berhak untuk mewarisi
pusakanya.

(g) Wali
Hak perwalian diri anak tidak sah taraf terletak kepada ibunya. Dalam
konteks wali dalam perkahwinan seseorang anak tidak sah taraf
perempuan ia dipegang oleh wali hakim atau wali raja. Lelaki yang
menyetubuhi ibunya sebelum akad nikah yang sah, sama ada ia (lelaki)
berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi
walinya.

(h) Kematian
Kematian seseorang anak tidak sah taraf yang belum baligh adalah
menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka ia
dihukumkan sebagai seorang yang beragama Islam. Dengan demikian,
mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah seorang muslim.
Sekiranya ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka ia
dihukumkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, sekali pun
lelaki yang menyetubuhi ibunya itu adalah seorang yang beragama Islam.

(i) Amal Kebajikan


Jika semasa hayatnya, anak tidak sah taraf telah melakukan amal kebajikan
sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk masyarakat, maka segala
manfaatnya dari segi ganjaran Allah SWT dan lain-lain akan kembali
kepada dirinya jua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

AKTIVITI 9.4

1. Antara kaedah yang digunakan dalam Islam untuk menentukan


keturunan ialah qiyafah. Bincangkan definisi qiyafah.
Bandingkan status qiyafah berbanding ujian DNA hari ini.
2. Pada pandangan anda apakah status ujian DNA dalam
menentukan keturunan?

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Jelaskan kedudukan dan kesan umur mumayyiz anak dalam


menentukan hak penjagaan.
2. Sebutkan dalil menjelaskan penyusuan adalah hak ibu dan
bukannya kewajipan ibu.
3. Senaraikan syarat penyusuan yang menyebabkan berlakunya
hubungan mahram.
4. Jelaskan tiga kaedah utama bagi mensabitkan keturunan dalam
Islam.
5. Jelaskan hukum anak tidak sah taraf dari segi penamaan, nasab,
pusaka dan wali.

 Hadanah mempunyai hukum dan syaratnya tersendiri yang mesti dipatuhi


oleh suami dan isteri selepas berlakunya perceraian.

 Bagi anak lelaki atau perempuan yang belum mencapai umur mumayyiz, ibu
lebih berhak untuk mendapat hak penjagaan. Selepas ibu, hak penjagaan
diberikan kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas dan kemudian barulah
bapa.

 Sekiranya terdapat semua waris lelaki dan perempuan, pihak yang diberikan
keutamaan adalah ibu, kemudian nenek sebelah ibu hingga peringkat ke
atas, kemudian bapa, kemudian nenek sebelah bapa hingga ke atas,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF  207

kemudian kakak atau adik-beradik perempuan seibu sebapa dan adik-


beradik lelaki seibu sebapa.

 Syarat-syarat mendapat hak penjagaan adalah Islam, sempurna akal, iffah


dan amanah, bermukim, ibu belum berkahwin lain dan tiada penyakit kronik
yang berpanjangan.

 Apabila sampai umur mumayyiz kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal


sama ada dengan ibu atau bapanya.

 Penyusuan merujuk kepada keadaan iaitu sampainya susu seseorang wanita


ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus
daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang
boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu.

 Penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya. Namun dalam keadaan
tiada seorang pun yang sanggup menyusukan anak, ketika itu menjadi
kewajipan kepada ibu kerana keadaan terpaksa (dharurah).

 Anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga
haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu
susuannya. Begitu juga dengan keturunan bapa susuan (suami ibu susuan).

 Syarak menetapkan untuk mensabitkan keturunan boleh berlaku melalui tiga


kaedah iaitu syahadah, ikrar dan istifadah. Begitu juga dengan kaedah qiyafah.

 Anak tidak sah taraf atau walad al-zina merujuk kepada anak yang
dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau
pun persetubuhan syubhah.

 Anak tidak sah taraf mempunyai implikasi hukum dari segi penamaan,
pergaulan, nasab, hak penjagaan, nafkah, pusaka, perwalian dan kematian.

Hadanah Mumayyiz
Hak penjagaan Nasab
Hak wilayah Syahadah
Ikrar Walad al-zina
Mahram

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 HADANAH, PENYUSUAN, NASAB DAN ANAK TIDAK SAH TARAF

Abdul Majid bin Omar. (2013). Kedudukan anak tak sah taraf: Dari aspek
pandangan syarak, nasab dan pewarisan serta kekeluargaan Islam. Kertas
kerja dibentangkan pada Kempen ÂSah Nikah, Sah NasabÊ, anjuran
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, 18 Mac
2013, di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Al-Khin, Mustofa, Bugho, Mustafa & Al-Syarbaji, Ali. (2002). Al-Fiqh al-Manhaji:
Kitab Fikah Mazhab Syafie, menghuraikan Bab Undang-undang
kekeluargaan. Jilid 4. Penterjemah: Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Malibari, Ahmad Zain al-Din. (2004). Fathu al-MuÊin bi Syarh Qurratu al-ÂAin
bi Muhimmat al-Din. Beirut: Dar Ibn Hazam.

Said Haji Ibrahim. (2001). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gombak: Darul
Makrifah.

ÂUqlah, Mphammed. (1989). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jilid I & II.


Amman: Maktabah al-Risalah al-Hadithah.

Zaidan, Abdul Karim. (2000). Al-Mufassal fi Ahkam al-MarÊah wa Bait al-


Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah. Cet. 3, jil. 9. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

http://www.islamgrid.gov.my (16/10/2013)

http://hadith.al-islam.com/Loader (1/2/2013)

http://www.esyariah.gov.my/ (4/7/2014)

http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-2177-sambungan-anak-luar-nikah-
4 (4/7/2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkahwinan,
Nafkah dan
10 Kesalahan
dalam Enakmen
Undang-undang
Keluarga Islam
di Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan status perkahwinan berdasarkan peruntukan Undang-
undang Keluarga Islam di Malaysia berkaitan wali, mahram,
berlainan agama, perkahwinan tidak sah dan tidak didaftarkan serta
persetujuan perempuan dan pertunangan;
2. Menerangkan status nafkah berdasarkan peruntukan Undang-
undang Keluarga Islam di Malaysia berkaitan nafkah isteri nusyuz,
perintah dan pentaksiran nafkah, jaminan diberi nafkah, kompaun
dan tempoh perintah nafkah, nafkah selepas perceraian, dan
tunggakan nafkah; dan
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan kesalahan berhubung akad
nikah dan pendaftaran perkahwinan (penalti).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

 PENGENALAN
Perbincangan fiqh munakahat menyentuh pelbagai perbahasan fikah dalam isu-
isu kehidupan suami isteri dan berkeluarga. Namun perbincangan tidak akan
lengkap sekiranya tidak disertakan dengan amalan semasa dalam bentuk
aplikasi perundangan. Dalam konteks Malaysia, perlaksanaan perkahwinan dan
perceraian dilaksana berdasarkan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (AUKI) negeri-negeri. Tujuan utama Akta/Enakmen dikanunkan adalah
untuk memudahkan urusan perlaksanaan dan pentadbiran kekeluargaan Islam.
Topik 10 ini akan membincangkan aplikasi Undang-undang Keluarga Islam di
Malaysia sebagaimana termaktub dalam Akta/Enakmen berkenaan. Fokus
perbincangan hanyalah kepada tiga bahagian sahaja iaitu bahagian yang
melibatkan perkahwinan, nafkah dan penalti.

AKTIVITI 10.1

Berdasarkan maklumat akademik di laman web, bincangkan objektif


utama pengkanunan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

10.1 PERKAHWINAN DALAM


UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
DI MALAYSIA
Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (AUKI) di Malaysia
memperuntukkan seksyen tertentu yang melibatkan perkahwinan. Di Wilayah
Persekutuan, akta tersebut ialah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-
wilayah Persekutuan) 1984. Anda perlu ketahui peruntukan di bawah akta ini
adalah sama di semua negeri di Malaysia.

Perkara-perkara yang melibatkan perkahwinan akan dibincangkan dalam


subtopik seterusnya.

10.1.1 Orang yang Boleh Mengakadnikahkan


Perkahwinan
Seksyen 7, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  211
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

(a) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut


peruntukan akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum
Syarak oleh:
(i) Wali di hadapan Pendaftar;
(ii) Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau
(iii) Pendaftar sebagai wakil wali;

(b) Jika suatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tidak
mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu
hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali raja.

Undang-undang dan prosedur yang sama juga diperuntukkan di bawah


enakmen negeri-negeri lain.

10.1.2 Umur Minimum untuk Perkahwinan


Seksyen 8, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah akta ini jika lelaki itu
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur
kurang daripada enam belas tahun kecuali jika hakim syarie telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam hal tertentu.

10.1.3 Pertalian yang Melarang Perkahwinan


Seksyen 9, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan:
(i) Ibunya atau bapanya;
(ii) Neneknya hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari
sebelah ibu;
(iii) Anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya
atau cucu lelakinya hingga ke bawah;
(iv) Saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara
perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau
saudara lelaki seibu;
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
212  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

(v) Anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara
perempuan hingga ke bawah;
(vi) Ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas; dan
(vii) Ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas;

(b) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan:
(i) Ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;
(ii) Ibu tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;
(iii) Nenek tirinya, iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya, atau
nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;
(iv) Menantunya;
(v) Anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah daripada
isteri atau suami yang perkahwinan itu telah disatukan;

(c) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang
perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan
di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui
penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya
oleh sebab nasab atau pertalian kahwin; dan

(d) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa jika
isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab,
pertalian kahwin, atau sesusuan dan pertalian itu adalah daripada jenis
yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki,
menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidak sah di sisi Hukum
Syarak.

10.1.4 Orang daripada Agama Lain


Seksyen 10, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam
kecuali seorang Kitabiyah; dan
(b) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan
Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  213
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.1.5 Perkahwinan Tidak Sah


Seksyen 11, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Suatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang
perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.

10.1.6 Perkahwinan yang Tidak Boleh Didaftarkan


Seksyen 12, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Suatu perkahwinan yang melanggar dengan akta ini tidak boleh
didaftarkan di bawah akta ini.
(b) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40(2),
sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-
mana peruntukan bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut hukum
syarak boleh didaftarkan di bawah akta ini dengan perintah daripada
mahkamah.

10.1.7 Persetujuan Dikehendaki


Seksyen 13, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:
Suatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah
akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju
terhadapnya, dan sama ada:

(a) Wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut
Hukum Syarak; atau
(b) Hakim syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak
perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am
atau khas bagi maksud itu oleh hakim syarie itu telah, selepas penyiasatan
wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya
terhadap perkahwinan itu oleh wali raja mengikut Hukum Syarak;
persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tidak mempunyai wali
dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui
atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang
mencukupi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.1.8 Perkahwinan Seseorang Perempuan


Seksyen 14, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan


seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain;

(b) Jika perempuan itu adalah seorang janda:


(i) Tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa
sebelum tamat tempoh idahnya yang dikira mengikut
Hukum Syarak, berkahwin dengan seseorang melainkan kepada
lelaki yang akhir dia telah bercerai;
(ii) Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan:
 Satu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah
undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa;
 Satu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan
perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan; atau
 Suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonannya selepas
penyiasatan yang wajar oleh hakim syarie yang mempunyai
bidang kuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang
bermaksud bahawa dia adalah seorang janda;
(iii) Jika perceraian itu adalah dengan ba'in kubra, iaitu tiga talak, dia
tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu
melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan
dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan
perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah
habis tempoh idahnya;

(c) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah
disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam
masa idah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain
daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran hakim
syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu
bermastautin;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  215
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

(d) Jika perempuan itu adalah seorang balu:


(i) Dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-bila masa
sebelum tamat tempoh idahnya yang dikira mengikut Hukum
Syarak;
(ii) Dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan surat
perakuan kematian suaminya atau dengan cara lain membuktikan
kematian suaminya.

10.1.9 Pertunangan
Seksyen 15, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak,


sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau
melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan
pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu
lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah
bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya
dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh/
atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan
itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

AKTIVITI 10.2

Apakah status perkahwinan luar negara menurut Undang-undang


Keluarga Islam dan di bawah seksyen manakah kes ini
diperuntukkan?

10.2 NAFKAH ISTERI DALAM


UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM MALAYSIA
Berkaitan nafkah isteri, Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia
memperuntukkan bahagian khusus. Sebagaimana dalam bahagian perkahwinan
sebelum ini, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1984, akan dijadikan asas perbincangan. Anda perlu ketahui bahawa kandungan
undang-undang antara enakmen negeri-negeri adalah sama. Peruntukan berkaitan
nafkah isteri dibincangkan dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.2.1 Kuasa Mahkamah Memerintah Nafkah bagi


Isteri dan Kesan Nusyuz
Seksyen 59, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Tertakluk kepada Hukum Syarak, mahkamah boleh memerintahkan


seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya;
(b) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang
isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan
dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya,
iaitu, antara lain:
(i) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suami;
(ii) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya;
(iii) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau
tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak;
dan
(c) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah
suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

10.2.2 Kuasa Mahkamah Memerintah Nafkah bagi


Seseorang Tertentu
Seksyen 60, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan


tentang hal itu mengikut Hukum Syarak, supaya membayar nafkah kepada
seorang lain jika dia tidak berupaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, daripada
mencari pendapatan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan
Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang
pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  217
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.2.3 Pentaksiran Nafkah


Seksyen 61, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Pada menentukan jumlah apa-apa nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah


hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan
keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan
pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

10.2.4 Kuasa Mahkamah untuk Memerintahkan


Jaminan Diberi bagi Nafkah
Seksyen 62, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1984, memperuntukkan:

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang


bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi jaminan bagi kesemua
atau apa-apa bahagiannya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang
amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya
daripada pendapatan harta itu.

10.2.5 Mengkompaun Nafkah


Seksyen 63, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Apa-apa perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok
bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuat
kuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat, oleh
Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu
pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.2.6 Tempoh Perintah Nafkah


Seksyen 64, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh
yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada Seksyen 65,
sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena
membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu
menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.

10.2.7 Hak terhadap Nafkah atau Pemberian


Selepas Perceraian
Seksyen 65, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah
daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah
hendaklah terhenti apabila tamat tempoh idah atau apabila isteri itu
menjadi nusyuz; dan
(b) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas
suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas
perkahwinan semula isteri itu.

10.2.8 Kuasa Mahkamah untuk Mengubah


Perintah Nafkah
Seksyen 66, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah,
atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang
masih berkuat kuasa, sama ada dengan jaminan atau tanpa jaminan, atas
permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu
menurut perintah yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa
perintah itu telah diasaskan atas apa-apa salah nyata atau kesilapan fakta atau
jika sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  219
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.2.9 Kuasa Mahkamah untuk Mengubah


Perjanjian Nafkah
Seksyen 67, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Tertakluk kepada Seksyen 63, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari
semasa ke semasa mengubah syarat-syarat apa-apa perjanjian tentang nafkah
yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh
yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa perubahan
material telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang
berlawanan dalam perjanjian itu.

10.2.10 Nafkah yang Perlu Dibayar di Bawah


Perintah Mahkamah Tidak Boleh
Dipindahkan Hak Miliknya
Seksyen 68, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Nafkah yang perlu dibayar kepada seseorang di bawah apa-apa perintah


Mahkamah tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan,
diasingkan, atau dikenakan levi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang
atau tuntutan.

10.2.11 Menuntut Tunggakan Nafkah


Seksyen 69, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu hutang
daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena
dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang
mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika
tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu
hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya.

(a) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan yang terkumpul kena dibayar
sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai
suatu hutang oleh wakil diri orang itu di sisi undang-undang orang itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.2.12 Nafkah Sementara


Seksyen 70, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan untuk membayar nafkah,
Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar
nafkah sementara yang akan berkuat kuasa dengan serta-merta dan terus
berkuat kuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk
nafkah.

(a) Suami boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun
yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah
Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah
ditolak apa-apa potongan, adalah mencukupi untuk keperluan asasnya.

SEMAK KENDIRI 10.1

Terangkan status nafkah berdasarkan peruntukan Undang-undang


Keluarga Islam di Malaysia berkaitan perkara berikut:
(a) Nafkah isteri nusyuz;
(b) Perintah dan pentaksiran nafkah;
(c) Jaminan diberi nafkah;
(d) Kompaun;
(e) Tempoh perintah nafkah;
(f) Nafkah selepas perceraian; dan
(g) Tunggakan nafkah.

10.3 KESALAHAN BERHUBUNG AKAD NIKAH


DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN
(PENALTI)
Berkaitan kesalahan berhubung akad nikah dan pendaftaran perkahwinan
(penalti), Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia juga memperuntukkan
bahagian yang khusus untuk kesalahan-kesalahan matrimonial. Sebagaimana
dalam bahagian perkahwinan dan nafkah sebelum ini, Akta Undang-undang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  221
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, akan dijadikan asas


perbincangan. Anda perlu ketahui bahawa bentuk kesalahan antara enakmen
negeri-negeri adalah sama dan perbezaan hanyalah dari segi jumlah penalti yang
dikenakan sahaja. Kesalahan yang boleh dikenakan penalti antaranya:

10.3.1 Gangguan terhadap Perkahwinan


Seksyen 37, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Melainkan jika dibenarkan oleh Hukum Syarak, seseorang yang menggunakan


apa-apa kekerasan atau ugutan:

(a) Untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya;


atau
(b) Untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas
tahun atau seseorang perempuan yang telah mencapai umur enam belas
tahun daripada berkahwin dengan sahnya.

Ini merupakan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

10.3.2 Akuan atau Pernyataan Palsu untuk


Mendapatkan Perkahwinan
Seksyen 38, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di


bawah akta ini, dengan sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang
palsu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

Terdapat perbezaan penalti bagi enakmen Undang-undang Keluarga Islam


negeri Selangor (2003), Kelantan (2002) dan Pahang (2005) iaitu
memperuntukkan penalti: dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.3.3 Akad Nikah Perkahwinan yang


Tidak Dibenarkan
Seksyen 39, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang, yang tidak diberi kuasa di bawah akta ini mengakadnikahkan
atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan apa-apa
perkahwinan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.

10.4 PELBAGAI KESALAHAN BERKAITAN


SUAMI ISTERI
Sebagaimana perbincangan sebelumnya, Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, akan dijadikan asas perbincangan.
Kesalahan pelbagai berkaitan suami isteri antaranya ialah:

10.4.1 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah


Seksyen 123, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Seseorang lelaki, berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa


perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran
secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Sabah (1992) dan Sarawak
(2001), penalti yang lebih tinggi dikenakan iaitu: Hendaklah dihukum denda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya denda dan penjara itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  223
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

10.4.2 Perceraian di Luar Mahkamah dan Tanpa


Kebenaran Mahkamah
Seksyen 124, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa


bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdapat perbezaan jumlah penalti bagi Enakmen Undang-undang Keluarga


Islam negeri Perak (2004) dimana penaltinya: Boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.

10.4.3 Meninggal Langsung Isteri


Seksyen 126, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama


semula dengan isterinya dan dia sengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu
maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

Jumlah penalti bagi Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri Perak


(2004) lebih tinggi iaitu penaltinya: Apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

10.4.4 Menganiaya Isteri atau Suami


Seksyen 127, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya


melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Terdapat perbezaan jumlah penalti bagi enakmen undang-undang keluarga


Islam negeri Perak (2004) iaitu penalti: Apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

10.4.5 Tidak Memberi Keadilan Sewajarnya


kepada Isteri
Seksyen 128, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya


mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

10.4.6 Isteri Tidak Menurut Perintah


Seksyen 129, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Seseorang perempuan yang dengan sengaja tidak menurut sesuatu perintah


yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau,
bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima
ratus ringgit.

Jumlah penalti bagi Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri Perak


(2004) lebh tinggi iaitu penalti: Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya, didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit.

10.4.7 Percubaan Jadi Murtad untuk Membatalkan


Perkahwinan
Seksyen 130, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan
perdayaan menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  225
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihi


setahun.

Undang-undang dan penalti yang seakan-akan sama juga diguna pakai di


enakmen dan ordinan negeri-negeri lain. Tidak terdapat dalam Ordinan
Undang-undang Keluarga Islam 2001 (Negeri Sarawak) tentang percubaan jadi
murtad untuk membatalkan perkahwinan.

10.4.8 Persetubuhan Luar Nikah antara Orang


yang Bercerai
Seksyen 131, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1984, memperuntukkan:

(a) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya,


bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan
rujuk yang sah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga
bulan atau kedua-duanya.
(b) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang
telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(c) Seseorang perempuan yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di
bawah subseksyen (a) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdapat perbezaan jumlah penalti bagi Enakmen Undang-undang Keluarga


Islam negeri Perak (2004) iaitu penaltinya lebih tinggi bagi Subseksyen (a):
Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Manakala bagi Subseksyen (b) dan (c) penaltinya adalah sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

AKTIVITI 10.3

„Seorang suami telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya di


rumahnya.‰
Apakah kesan tindakan suami ini dengan merujuk kepada Undang-
undang Keluarga Islam di Malaysia? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 10.2

Jelaskan status perkahwinan berdasarkan peruntukan Undang-


undang Keluarga Islam di Malaysia berkaitan perkara berikut:
(a) Wali;
(b) Mahram;
(c) Berlainan agama;
(d) Perkahwinan tidak sah dan tidak didaftarkan; dan
(e) Persetujuan perempuan dan pertunangan.

 Perbincangan fikah kekeluargaan tidak akan lengkap sekiranya tidak


disertakan dengan aplikasi perundangan. Dalam konteks Malaysia,
perlaksanaan perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah, penalti dan
lain-lain lagi dilaksanakan berdasarkan Akta/ Enakmen/Ordinan Undang-
undang Keluarga Islam negeri-negeri.

 Tujuan utama Akta/Enakmen dikanunkan adalah untuk memudahkan


urusan perlaksanaan dan pentadbiran kekeluargaan Islam di Malaysia.

 Peruntukan yang berkaitan perkahwinan dan nafkah dalam Akta/Enakmen


Undang-undang Keluarga Islam (AUKI) negeri-negeri di Malaysia adalah
selari dengan perbahasan ulama fikah dalam aspek hukum.

 Urutan wali, orang yang diharamkan kahwin dan perkahwinan dengan


bukan Islam dalam AUKI di Malaysia adalah selari dengan perbincangan
ulama fikah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN  227
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

 AUKI menetapkan had umur minima bagi lelaki iaitu 18 tahun dan
perempuan 16 tahun dalam perkahwinan demi menjaga maslahah individu
dan masyarakat sesuai dengan Âuruf Malaysia. Kebenaran Hakim Syarie
secara bertulis diperlukan sekiranya perkahwinan tidak mencapai had umur
minima.

 Peruntukan AUKI bahawa isteri nusyuz tidak berhak mendapat nafkah selari
dengan fikah kekeluargaan.

 Perintah mahkamah tentang pembayaran nafkah tidak boleh dipindah milik


bertujuan untuk menjamin tiada penipuan dan manipulasi kewangan dalam
urusan nafkah.

 Dalam kes kesalahan atau penalti yang melibatkan suami isteri, prinsip
umum adalah denda antara RM1,000 hingga RM3,000, atau penjara enam
bulan hingga dua tahun, atau kedua-duanya denda dan penjara, bergantung
kepada peruntukan AUKI negeri masing-masing.

 Mahkamah Syariah adalah institusi penting dalam membicarakan kes-kes


yang melibatkan pertikaian suami isteri dan kekeluargaan membabitkan
orang Islam.

Akta/ Enakmen Nafkah


Hukum Syarak Perintah mahkamah
Hakim Syarie Penalti
Matrimonial Seksyen

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984


(Akta 303)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2003 (En.


13/03)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 5/04)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 PERKAHWINAN, NAFKAH DAN KESALAHAN DALAM ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 (En. 11/03)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 (En. 12/02)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (En 5/04)

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Perlis) 1991 (En. 4/92)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pahang) 2005 (En. 3/05)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 17/03)

Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 (En. 6/04)

Enakmen Keluarga Islam 1979 (Negeri Kedah) (En. 1/84)

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 (En. 6/2002)

Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 (En.


12/85)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Sabah) 1992 (En. 15/92)

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001 (Bab 43/2001)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like