You are on page 1of 8

PENUTUPAN

BULAN
KEBANGSAAN
KALI KE-62

SK TAMAN CENDANA, PASIR GUDANG


19 SEPTEMBER 2019 l KHAMIS l
PENGENALAN
Tahun 2019 merupakan tahun ke-62
Malaysia menyambut kemerdekaan negara. Sambutan
Bulan Kebangsaan diadakan di seluruh negara sempena
merayakan tahun-tahun kemerdekaan yang telah
dikecapi oleh Malaysia di samping mengingati jasa
tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Sambutan ini secara tidak langsung menyemai dan


menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan
rakyat negara ini dan sekaligus mengingatkan rakyat
agar mengisi kemerdekaan ini dengan perkara-perkara
positif ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

Kemerdekaan ini juga perlu dijaga agar penjajahan


tidak berulang kembali di bumi tercinta ini.

Di sekolah, sambutan Bulan Kebangsaan merupakan


suatu kemestian bagi menerapkan nilai
mencintai negara dan jati diri
rakyat sejak dibangku
sekolah lagi.
OBJEKTIF PROGRAM

*Melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat


patriotik dan cinta akan negara.

*Membentuk generasi yang bersatu padu dan harmoni.

*Mendedahkan generasi muda kepada sistem amalan


demokrasi berparlimen.

*Melahirkan generasi muda yang berketrampilan dan


proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

*Membentuk bakat kepimpinan dalam generasi muda.


TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN
BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA 2019
7.10 pagi Guru kelas mengambil kehadiran murid
7.15 pagi Bacaan yassin mingguan
7.50 pagi Nyanyian Negaraku & Bangsa Johor
8.00 pagi Bacaan doa (YM Tengku Md Shafie bin Tg Zainal)
8.10 pagi Persembahan Prasekolah
8.20 pagi Penyampaian hadiah
 Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah
 Pertandingan Basikal Berhias
 Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
8.40 pagi Persembahan 1 – Disini Lahirnya sebuah Cinta
8.50 pagi Penyampaian hadiah
 Pertandingan Nyanyian kemerdekaan – Solo
 Pertandingan Nyanyian Kemerdekaan –
Duet
9.10 pagi Persembahan 2 – Negaraku
- Standing in the Eyes of the World
9.30 pagi Penyampaian hadiah
 Bilik Khas pertama, kedua, ketiga, keempat
 Anugerah guru pakaian merdeka
9.40 pagi Ucapan penutupan rasmi Bulan Kebangsaan
9.50 pagi Nyanyian Lagu Patriotik
 Sejahtera Malaysia
 Setia
10.00 pagi Bersurai
LIRIK LAGU

SEJAHTERA MALAYSIA

Puji dan syukur pada Ilahi


Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya


Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta


Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
LIRIK LAGU

SETIA
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat


Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja


Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
JAWATANKUASA SAMBUTAN
LIRIK LAGU
BULAN KEBANGSAAN
PERINGKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
CENDANA 2019

Penasihat Pn. Maznah binti Main (Guru Besar)

Pengerusi En Marzuki bin Md Johari (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 Pn. Shuhaila Binti Heedan (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 En ‘Azlishakara bin Yahaya (PK Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi 3 En Mohd Nasir bin Yahya (GPK Inspirasi Insan)

Naib Pengerusi 4 Pn. Aishah binti Ibrahim (GPK Petang)

Penyelaras En M. Alham bin M. Amin

Setiausaha Pn Normah binti Yassin

Penyelaras (Petang) Pn Zubaidah binti Awing @ Ghafar


PENGHARGAAN

:
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
Kepada
:
by

Guru-guru dan staff SK Taman Cendana

Semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga,


kerjasama dan bantuan sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung bagi menjayakan program dan
pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan
Kebangsaan SKTC

28

You might also like