You are on page 1of 1
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan di sini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana berpeluang melakarkan sepatah dua kata untuk majalah sekolah tahun 2016 Penerbitan sesebuah majalah bukanlah suatu usaha yang mudah malah mengambil masa yang panjang melalui kesungguhan yang mendalam serta memerlukan pelbagai aspek kemahiran. Murid-murid dengan bantuan dan bimbingan guru mestilah bekerjasama bagi mencari idea baharu dengan menggabungkan aspek inovasi dan kreativiti bagi menghasilkan majalah yang bermutu. Penghasilan majalah ini suatu usaha yang sangat penting bagi murid mengasah bakat di samping memuatkan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Dalam hal ini saya menyeru agar barisan pendidik dan semua murid sentiasa berusaha memacu sekolah menjana kecemerlangan sepanjang masa. Selari dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menghasilkan tagline ~Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP) dengan menggariskan enam prinsip utama. Antaranya termasuklah Transformasi PdP, Transformasi Kemenjadian Murid, Transformasi Guru, Transformasi PGB, Transformasi Sekolah dan Transformasi JPN dan PPD. Bagi menterjemahkan enam prinsip tersebut semua sekolah hendaklah memberikan fokus utama iaitu_ meningkatkan usaha dan merentas halangan serta cabaran dengan membuat perancangan yang rapi, kebertanggungjawaban yang tinggi, kreatif dan inovatif. Saya mengharapkan dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala perancangan dan pelaksanaan dapat direalisasikan. Kita harus menyedari bahawa teras kejayaan sekolah adalah komitmen dan pengurusan yang efisyen. Pencapaian serta kejayaan yang telah diperoleh tidak mungkin direalisasikan tanpa usaha padu semua pihak yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah. Penghargaan khas dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kerajaan negeri Terengganu yang begitu komited dan sentiasa menyokong pelaksanaan program dan aktiviti_pendidikan. Akhir kata, saya amat yakin dan percaya bahawa usaha murni penerbitan majalah ini akan mampu melakar sejarah buat sekolah. Selamat Maju Jaya \sformasi Pendidikan” GARA” “ Memperkasakan Tr: “ BERKHIDMAT U} HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P..., PK, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

You might also like