You are on page 1of 1

Panitia Fizik,

Sekolah Menengah Kebangsaan Baling


09100 Baling, Kedah Darul Aman

SMKB.30/002/
Tarikh: 17 April 2019
Pengerusi PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling
09100 Baling, Kedah Darul Aman

Melalui
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling
09100 Baling, Kedah Darul Aman

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEMBIAYAI BENGKEL TEKNIK MENJAWAB FIZIK TINGKATAN 5


PERINGKAT DAERAH BALING

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa 33 orang pelajar SMK Baling terlibat dengan program tersebut
sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 22 April 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Al Bukhari SMK Baling

3. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon peruntukan sebanyak RM165.00 bagi
membiayai program tersebut.

4. Tujuan memohon peruntukan tersebut untuk menampung bayaran bahan - bahan


persediaan program tersebut. Diharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….
Mohammad bin Tajudin
Ketua Panitia Fizik
SMK Baling

You might also like