You are on page 1of 5

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN KIMIA


SEMESTER II, 2017/2018

SHE 101 – HUBUNGAN ETNIK


KERTAS CADANGAN

Permainan Tradisional Pelbagai Kaum

KUMPULAN 4

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. TING SING KIONG (133689)


2. CHONG SOON XIN (133617)
3. KISHENTAR A/L RAJA KUMAR (133627)
4. LOW TING PENG (133636)
5. MASLIANA BINTI MOHAMED SABIB (133638)
6. MUHAMMAD IMRAN BIN SAZALI (131889)
7. NOR ZAFIRAH BINTI ZULKIFLI (133659)

NAMA PENYELIA PROJEK : DR. MUHAMAD NAZRI MURAT


PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadi antara destinasi perlancongan yang
terkenal. Factor utama yang menjadikan Malaysia unik berbanding negara lain adalah
merupakan kepelbagaian kaum yang terdapat disini. Di Malaysia terdapat tiga kaum utama,
iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan,
mengisi masa lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan secara berseorangan ataupun
berkumpulan.

Permainan-permainan tradisional seperti Wau, congkak, tarian Naga atau gasing


mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di
Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka
mempunyai minat yang sama. Mereka akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata
untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan.

Namun, peredaran zaman yang kian berubah, kita telah menyaksikan bahawa
permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. Kalau tidak ada angin
manakan pokok bergoyang, oleh itu, punca yang menyebabkan permainan tradisional pelbagai
kaum semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia perlu dikenalpastikan. Selain itu,
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini berlaku.

OBJEKTIF

 Mengenal pasti contoh-contoh permainan tradisional dalam kalangan masyararakat


Melayu, Cina dan India di Malaysia.
 Meneroka dengan lebih dalam mengenai permainan tradisional kaum Melayu, Cina dan
India di Malaysia.
 Meneroka faktor-faktor yang menyebabkan permainan tradisional pelbagai kaum semakin
dipinggirkan oleh generasi muda pada zaman moden ini.
 Mengkaji langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengelakkan permainan tradisional
pelbagai kaum ini daripada luput ditelan zaman.
METHOLOGI:

Bagi menyiapkan tugasan kami bagi kursus SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK ini, beberapa
kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Antara kaedah-kaedahnya adalah:-

1) Melalui laman sesawang

- Informasi tentang permainan tradisional pelbagai kaum dapat diperolehi melalui


internet.

2) Soal Selidik

- Borang Soal Selidik disediakan melalui ‘Google Form’. Borang selidik ini akan
disebarkan melalui laman sosial seprti Facebook.

3) Temubual

- Temubual akan dijalankan terhadap ibu bapa ahli kumpulan yang berkaum Melayu.
Melalui kaedah ini, persepsi mereka terhadap punca yang menyebabkan permainan
tradisional pelbagai kaum semakin dilupakan dan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi masalah ini berlaku.

4) Buku Rujukan Dan Surat Khabar

- Mencari buku-buku atau bahan bacaan yang lain seperti artikel, surat khabar dan lain-
lain yang berkaitan di perpustakaan untuk dijadikan panduan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini.
Hasil Jangkaan

Hasil yang dijangkakan selepas projek ini dijalankan ialah lebih banyak mahasiswa-mahasiswi
dan pensyarah-pensyarah di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia akan menambah
pengetahuan dan memahami dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional pelbagai kaum
di Malaysia. Kita berharap dengan pemahaman tentang tajuk ini dapat memupuk keharmonian
dan keamanan dalam kehidupan masyarakat Malaysia sekiranya kita memahami warisan
budaya kaum lain.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti kaum Melayu,
Cina, India, Iban dan yang lain. Setiap kaum mempunyai keunikannya yang tersendiri yang
diwarisi secara turun-temurun dan hasil kajian ini pula akan berfokus dalam permainan
tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Hasil kajian ini akan mengandungi asal usul permainan tradisional pelbagai etnik. Kami akan
memahami dengan lebih lanjut tentang subjek SHE 101 Hubungan Etnik selaras dengan
matlamat kajian kami yang berikut:

(i) Menambahkan pengetahuan masyarakat tentang permainan tradisional pelbagai


kaum di Malaysia.
(ii) Mengenal pasti punca-punca permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh
masyarakat Malaysia.
(iii) Mengenal pasti langkah-langkah untuk membangkitkan semula permainan
tradisioanl dalam kalangan masyarakat.
(iv) Menjalin hubungan yang baik antara rakan-rakan sekumpulan yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan menyempurnakan projek dengan sifat kerjasama dan saling
bertoleransi.

PEMBAHAGIAN TUGAS

NAMA PERANAN
Chong Soon Xin  Pengerusi.
 Mempengerusi setiap perjumpaan dan mengagih tugasan kepada ahli.
 Mencari maklumat dan gambar.
Low Ting Peng dan  Setiausaha.
Ting Sing Kiong  Menaip proposal dan Laporan Projek.
 Mengemaskini maklumat yang dicari.
Muhammad Imran  Menyediakan borang soal selidik dan membuat analisis soal selidik.
dan Kishentar  Mencari maklumat dan gambar.

Maliana dan Nor  Menyediakan soalan temubual dan menjalankan temubual.


Zafirah  Mencari maklumat dan gambar.

You might also like