You are on page 1of 4

Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah

menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada Politeknik. Sejak Politeknik
mula melahirkan lulusan, pelbagai anugerah kecemerlangan pelajar telah diwujudkan dan
disampaikan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan
menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada
Politeknik dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja
dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala
aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu
pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek
kecemerlangan.

Objektif Penganugerahan

1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan.

2. Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan pelajar untuk
meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

3. Memberikan galakan dan dorongan kepada pelajar untuk menyertai secara aktif aktiviti sukan dan
kokurikulum di peringkat Politeknik, negeri mahupun Negara.

4. Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam bidang
kejuruteraan, perdagangan dan hospitality di Politeknik dengan berfikiran kreatif dan inovatif.

Kategori Anugerah

1. Anugerah Ketua Jabatan

2. Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

3. Anugerah Pengarah Politeknik.

Perincian Anugerah

1. Anugerah Ketua Jabatan


• Senarai Ketua Jabatan ( Untuk semua pelajar )

Anugerah ini akan diberikan kepada pelajar yang telah mencapai tahap prestasi akademik yang
cemerlang iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi PNM bersamaan atau melebihi
3.50 dan mengambil kursus jumlah jam kredit tidak kurang 12 jam kredit pada semester yang dinilai
kecuali semester bagi Latihan Industri.

• Pingat Ketua Jabatan (Untuk pelajar semester akhir)

Penerima anugerah terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan
telah mencapai tahap prestasi akademik iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi
HPNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang serta tidah
pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh pengajian di Politeknik

Kaedah Pencalonan dan Pemilihan

i. Keputusan Penilaian Akhir semester akan digunakan sebagai asas penganugerahan

ii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik
dan keputusan adalah muktamad.

2. Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ( Jabatan )

Penerima anugerah terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan
telah mencapai tahap prestasi akademik iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi
HPNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang serta tidah
pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh pengajian di Politeknik

Kaedah Pencalonan dan Pemilihan

i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima
yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma.

ii. Keputusan Penilaian Akhir semester dan rekod aktiviti Sukan dan Kokurikulum akan digunakan
sebagai asas penganugerahan.

iii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Politeknik dan
keputusan adalah muktamad
Bentuk Anugerah

i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

ii. Saguhati wang tunai

iii. Plak iringan

3. Anugerah Pengarah Politeknik

• Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ( Politeknik )

Calon-calon bagi anugerah ini terdiri daripada penerima-penerima Anugerah Kecemerlangan


Akademik dan Kokurikulum Jabatan. Daripada keseluruhan calon-calon ini hanya seorang akan
dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum masing-masing bagi
program sijil dan diploma. Semua bentuk anugerah akan disampaikan pada majlis Konvokesyen
Politeknik.

Kaedah Pencalonan dan Pemilihan

i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima
yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma.

ii. Keputusan Penilaian Akhir semester dan rekod aktiviti Sukan dan Kokurikulum akan digunakan
sebagai asas penganugerahan.

iii. Keputusan penganugerahan akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Politeknik dan
keputusan adalah muktamad

Bentuk Anugerah
i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

ii. Saguhati wang tunai

iii. Plak iringan

iv. Piala Pusingan

You might also like