You are on page 1of 6

TARIKH TUTUP

PENYERTAAN
28 Mac 2019 (Khamis)
5:00 Petang
BORANG DIHANTAR
KE JABATAN
KHIDMAT MASYARAKAT
MPAG

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH


PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH 2019
SEMPENA SAMBUTAN HARI PERBANDARAN KE-16 TAHUN 2019
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN NOMBOR JERSI

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.
PENGAKUAN DIRI

Saya selaku pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju
mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya
di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan
selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________


(Pengurus Pasukan)
PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH
PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH 2019
SEMPENA SAMBUTAN HARI PERBANDARAN KE-16

1. KELAYAKAN DAN PENYERTAAN

1.1. Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada pemain yang menetap atau
bekerja di dalam daerah Alor Gajah yang berumur 18 tahun ke atas.

1.2 Jika bermaustatin di dalam Daerah Alor Gajah, perlulah dibuktikan


dengan salinan bil air dan bil elektrik yang terkini.

1.3 Jika menetap di luar daerah Alor Gajah dan bekerja di dalam Daerah
Alor Gajah, perlu lampirkan salinan kad pekerja atau pembuktian yang
lain.

1.4 PERTANDINGAN INI ADALAH TERHAD KEPADA 24 PASUKAN


SAHAJA DAN BERDASARKAN KEPADA KONSEP SIAPA CEPAT
YANG MELALUI KRITERIA BERIKUT :

1.2.1 Mendaftar sebelum tarikh tutup DAN;

1.2.2 Yuran telah dijelaskan beserta borang lengkap kepada


pihak urusetia.

1.5 Tempahan penyertaan melalui talian telefon tidak digalakkan


bagi mengelakkan pertindihan kuota yang ditetapkan.

1.6 Keutamaan akan diberi kepada pasukan yang menjelaskan


yuran penyertaan sebelum tarikh tutup.

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 100.00 secara tunai sahaja.

2.2 Borang dan yuran penyertaan HANYA boleh diperolehi daripada pihak
urusetia di lokasi berikut sahaja :

2.2.1 JABATAN KHIDMAT MASYARAKAT,


MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

3. TARIKH, MASA DAN LOKASI PERTANDINGAN

3.1 Tarikh pertandingan ialah pada 6hb dan 7hb April 2019 (Sabtu dan
Ahad).

3.2 Pertandingan ini akan dijalankan Kompleks Sukan Rakan Muda


Lendu, Masjid Tanah.

3.3 Masa pertandingan ialah 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


4. TARIKH TUTUP, TAKLIMAT DAN UNDIAN

4.1 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Mac 2019 (Khamis) pada jam
5.00 petang.

4.2 Taklimat dan undian perlawanan akan dijalankan pada 3hb April
2019 (RABU) di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Perbandaran
Alor Gajah jam 10.00 pagi.

4.3 Pengurus pasukan atau wakil dijemput hadir untuk sesi taklimat dan
juga undian.

4.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada
wakil pasukan dan sebarang keputusan adalah muktamad.

5. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain


dan seorang pengurus pasukan;

5.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan


seramai 9 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan;

6. PENGADIL

6.1 Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang bertauliah dan berdaftar
dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

7. PERATURAN PERTANDINGAN

7.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak


Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta
peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

7.2 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA.

7.3 PEMAIN YANG PERNAH MEWAKILI NEGERI BAGI KEJOHANAN


PERINGKAT NEGERI/ KEBANGSAAN TAHUN 2015 HINGGA
KINI TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN DALAM SETIAP PASUKAN.

7.4 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya


mendapati mana-mana pasukan yang melanggar syarat yang
ditetapkan.
8. TEMPOH PERLAWANAN

8.1 Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk


setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

8.2 Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir di peruntukan masa
perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10)
dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

8.3 Setiap pasukan diwajibkan menghabiskan baki perlawanan walaupun


pasukan telah tiada peluang untuk ke peringkat seterusnya.

9. BANTAHAN

9.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-


lewatnya 30 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

9.2 Setiap bantahan mestilah secara bertulis dengan disertakan wang


cagaran bantahan sebanyak RM300.00.

9.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya
rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Bantahan. Keputusan
Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

10. PAKAIAN PEMAIN

10.1 Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 SET JERSI bernombor


yang berlainan warna;

10.3 Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan,pasukan


pertama yang dipanggil (mengikut jadual perlawanan) dikehendaki
menukar jersi dengan segera.

10.4 Pemain adalah diwajibkan memakai SHINPAD semasa perlawanan.

11. KECEDERAAN

11.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat


sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa
pertandingan berlangsung.

12. HADIAH PERTANDINGAN

12.1 Hadiah akan disediakan mengikut kategori seperti berikut :

Johan RM 1500.00 + Medal + Piala Yang DiPertua


N/Johan RM 800.00 + Medal
Ketiga RM 500.00 + Medal
Keempat RM 300.00 + Medal
13. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR

13.1 Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah


peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah
muktamad

14. AM

13.1 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi secara terus pihak


URUSETIA pertandingan di talian 06-556 2575 (JABATAN KHIDMAT
MASYARAKAT) atau Encik Khairul Anwar di talian 012 2916758

You might also like