You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

GEMILANG

KERTAS CADANGAN
BILIK ABAD KE 21
Disediakan Oleh :

…………………………….
MOHD HAFIS B. MOHD RAMZAN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SMK GEMILANG
Pendahuluan :
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara
meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di
mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam
teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat
mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan


dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera
padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh
semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik PAK 21 yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang
dekat dengan murid melalui capaian internet.

Sasaran :

1. Semua guru SMK Gemilang


2. Semua murid SMK Gemilang
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga
Pelaksanaan :

Pelaksanaan bilik abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan
penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh


menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal di dalam bilik , sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunatur bagi kelas
abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan
pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung, membina ruang autonomi
pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran
mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di dalam
program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui penggunaan
alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai aras
(merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang pemikiran
murid.
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan
meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terdapat
banyak maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari
internet dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu murid-murid
mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Pelajar yang mahir tentunya dapat
pula membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya meringankan
bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara yang lebih
penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat mememudahkan mereka memahami
dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan
cepat. Sehubungan dengan itu, penggunaan projector LCD amat penting untuk
membantu penyampaian maklumat yang berkesan kepada pelajar.

Cadangan Susun Atur Bilik Abad 21

Aggaran Perbelanjaan
1. Keceriaan Bilik

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Tikar Getah (1 Gulung) RM250

2 Langsir blackout RM350

3 Carpet RM250

Jumlah RM850

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Kit i-THINK (5 x RM50) RM250

2 Bekas peta i-THINK (5 x RM40) RM200

3 Papan i–Think (5 x RM20) RM100

4 Carta i-THINK RM300

Jumlah RM850

3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 LCD projector RM1500

2 Komputer (2 x 750) RM1500

3 Speaker (2 x RM 150) RM300

Jumlah RM3300

Jumlah keseluruhan : RM850 + RM850 + RM3300 = RM5000

Penutup :
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya guru, kakitangan dan pelajar SMK
Gemilang perlulah berkerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan penyediaan bilik
Pembelajaran Abad ke 21 ini sekaligus dapat melaksanakan kurikulum mengikut perkembangan
zaman ini.

You might also like