You are on page 1of 5

Latihan Ulangkaji KDC – Falsafah & Pendidikan Di Malaysia

Bahagian A
4 soalan 60 markah

1 a) Falsafah pendidikan ialah kajian tentang matlamat, proses, tabii dan segala yang
baik berkenaan pendidikan.
Nyatakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(5 markah)

1b) Hasrat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah untuk menghasilkan warga pendidik
yang berkualiti.
Huraikan peranan guru yang berkualiti daripada aspek aksiologi.
(10 markah)

2a) Imam al-Ghazali (1058-1111M), seorang ahli falsafah dan ialah tokoh pemikiran
Islam yang terkemuka menyatakan bahawa guru model untuk dicontohi.
Jelaskan ciri-ciri guru sebagai model untuk dicontohi oleh murid.
(5 markah)

2b) Budaya menyelidik merupakan aktiviti berkesan dalam pembelajaran sepanjang


hayat.
Bagaimanakah budaya menyelidik dapat meningkatkan profesion keguruan?
(10 markah)
3a) Program Pendidikan Permata Pintar merupakan program khas yang pertama di
Malaysia untuk mendidik murid yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi.
Nyatakan tujuan utama program tersebut?
(5 markah)

3b) Kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran terancang kea rah mencapai
hasrat penghasilan yang ditentukan.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan sesuatu kurikulum.
(10 markah)

4a) Model Kurikulum Taba mengutamakan penyusunan yang tertib ketika membina
kurikulum.
Jelaskan langkah-langkah pembinaan Modul Kurikulum Taba.
(5 markah)

4b) Taba menjelaskan proses pengajaran secara deduktif kurang inovasi dan kreatif.
Jelaskan impak pendgajaran secara deduktif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

(10 markah)

5a) Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang soleh, seterusnya melahirkan
insan yang bertakwa berdasarkan nilai-nilai islam yang bersumberkan wahyu.

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan lima prinsip yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Islam.

(5 markah)
5b) Pendidikan mengikut perspektif Islam merupakan usaha untuk membentuk kesempurnaan
diri dan peribadi sebagai manusia. Yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlah mulia dan
beramal.

Perincikan bagaimana konsep pendidikan menurut FAlsafah Pendidikan Islam dapat diaplikasikan
dalam pendidikan di Malaysia.

(10 markah)

Bahagian B

Jawab 2 soalan dari 3 soalan yang disediakan.

1. Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang
akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup.
Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama
ada kesan positif atau negatif.

Berlandaskan pernyataan di atas, huraikan punca-punca stress yang sering


dihadapi oleh guru di Malaysia dan cadangkan bagaimana ia dapat diatasi.
(20 markah)

2. “…usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan masyarakat dan negara”. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996).
Berlandaskan pernyataan di atas, huraikan peranan sekolah dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(20 markah)
3. Setiap agama memandang kerjaya guru sebagai suatu pekerjaan yang mulia dan
dihormati. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru haruslah
menyedari tugas dan amanah untuk membangunkan insan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Huraikan tanggungjawab insan guru sebagaimana yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Guru ke arah melahirkan modal insan yang seimbang.
(20 markah)

4. Kod Etika profesion keguruan adalah sama seperti yang diamalkan oleh profesion
yang lain seperti peguam, jurutera, perubatan dan sebagainya. Bagi seseorang
guru, mereka perlu mematuhi kod etika ini bagi menjaga imej, status, akhlak dan
keperibadian mereka ketika menjalankan tugas. Di negara kita, ‘Tatasusila
Profesion Keguruan’ adalah merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjaga imej profesion guru.

Cadangkan bagaimana seorang guru berupaya mengamalkan kod etika


keguruan untuk menjaga imej profesion guru di Malaysia.
(20 markah)

5. Kurikulum yang baik perlu bersifat dinamik dan mengikut keperluan semasa.

Jelaskan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan


kurikulum

(20 markah)

You might also like