You are on page 1of 2

NOTIS PERINGATAN

ARAHAN LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR TAJAAN JPA

Sepertimana saudara/saudari sedia maklum, Fasal 5.3 (Tamat Pengajian) dalam


Perjanjian Biasiswa Persekutuan dengan jelas menyatakan:

a) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara
hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri kepada Kerajaan
dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajiannya sama ada
dengan jayanya atau tidak; dan

b) Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam


negara hendaklah melaporkan diri kepada Kerajaan dalam tempoh 30 hari
selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak.

Selain itu, Fasal 6 (Berkhidmat dengan Kerajaan) dalam Perjanjian Biasiswa


Persekutuan turut menyatakan bahawa pelajar yang telah menamatkan pengajian
dengan jayanya hendaklah melapor diri kepada pihak Kerajaan dan hendaklah
memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan
atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau
dipersetujui oleh Kerajaan.

Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web
berikut:

 Taip https://myself.jpa.gov.my/
 Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata
laluan)
 Log-in, Klik pada tab Pengajian
 Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian
 Isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan

Saudara/saudari perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

1) Salinan Diploma/Ijazah/Masters/PhD (boleh dikemukakan selepas majlis


konvokesyen) atau Surat Pengesahan Senat (Akuan Bergraduat);
2) Salinan Transkrip Peperiksaan (boleh dikemukakan selepas majlis
konvokesyen); DAN
3) Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my)
(Pemegang biasiswa JPA (selain bidang perubatan, pergigian dan farmasi)
dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik
yang terkini)
Sekiranya saudara/saudari belum memperolehi dokumen-dokumen yang diperlukan,
saudara/saudari perlu mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan dalam
Perkhidmatan Awam (SPA8i) menerusi laman web http://www.spa.gov.my dan
memuat naik dokumen yang diperoleh dari laman web SPA sebelum melaksanakan
proses lappor diri di Portal MySELF. Dokumen-dokumen lain boleh dimuat naik
setelah diperoleh kelak.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tidak lagi melakukan lapor diri secara
manual (edaran pos / email) setelah Portal MySELF dibangunkan pada Disember
2014. Jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung portal MySELF tersebut,
sila hantarkan email kerjaya.bl@jpa.gov.my dengan menyertakan print screen
berkaitan.

Pemegang biasiswa JPA (selain bidang pengajian perubatan, pergigian dan farmasi)
adalah dikehendaki untuk menyertai Program Scholarship Talent Attraction and
Retention (STAR). Program ini adalah satu program yang membenarkan graduan
tajaan JPA bekerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program
Transformasi Kerajaan (GTP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Bagi tujuan pendaftaran ke dalam Program STAR, saudara/saudari boleh melayari


laman web www.star.talentcorp.com.my atau berhubung dengan pegawai-pegawai
Talentcorp seperti berikut:

a) Pn. Halimatusaadiah Saufi


Policy Initiatives
Talent Corporation Malaysia Berhad
Tel : 03 8892 3840 Faks : 03 8892 3862
Email : halimatusaadiah@talentcorp.com.my

b) En. Megat Fazrul Azlin Megat Abd Aziz


Policy Initiatives
Talent Corporation Malaysia Berhad
Tel : 03 8892 3824 HP : 019 360 4771 Faks : 03 8892 3802
Email : megat.aziz@talentcorp.com.my

Kegagalan saudara/saudari dalam perkara ini boleh mengakibatkan tindakan undang-


undang diambil sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Biasiswa
Persekutuan.

Sekian.

Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Email : kerjaya.bl@jpa.gov.my

Tarikh kemaskini : 22 Februari 2016

You might also like