You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317953940

Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Muzik Kanak-Kanak

Chapter · January 2016

CITATIONS READS
0 3,456

1 author:

Loy Chee Luen


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
24 PUBLICATIONS   7 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Research View project

All content following this page was uploaded by Loy Chee Luen on 28 June 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 29

KAEDAH KODALY DALAM PENGAJARAN MUZIK KANAK-KANAK


1
Loy Chee Luen
2
Aminah binti Ayob
3
Colleen Wong
4
Christine a/p Augustine
1,2
Jabatan Pendidikan Awal kanak-Kanak
Fakulti Pendidikan dan pembangunan manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
3,4
Jabatan Mizik dan Pendidikan Muzik
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan
Kodaly (1882-1967) memperkenalkan nyanyian solfa untuk melatih kemahiran muzikal
kanak-kanak. Enam tahap notasi dalam nyanyian solfa Kodaly daripada mudah ke sukar
iaitu (i) so mi; (ii) so mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re (v) so mi la do re fa dan
(vi) so mi la do re fa ti dicadangkan untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Idea
nyanyian solfa Kodaly dapat dikembangkan dengan penambahan isyarat tangan, gerakan
badan dan bermain alatan muzik merupakan salah satu inovasi dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak. Kaedah Kodaly dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dan juga
kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2016) terutamanya dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kreativiti dan estetika untuk memupuk
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi muzik kanak-kanak. Empat kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak peringkat prasekolah
merangkumi nyanyian solfa, isyarat tangan, gerakan badan dan bermain gelas muzikal
yang berisi air berwarna.

Muzik dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


Muzik merupakan salah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kreativiti
dan estetika telah disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2016).
Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti muzik berpeluang untuk meneroka dunia muzik dan
seterusnya dapat mengaplikasi pengetahuan muzik melalui aktiviti menyanyi, pergerakan
30 Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Muzik Kanak-Kanak

dan bermain alatan muzik. Mereka berpeluang mengekspresi diri dan menghayati
pelbagai jenis muzik yang diperkenalkan oleh guru. Selain itu, bakat dan minat kanak-
kanak dalam muzik dapat dipupuk mengikut tahap perkembangan masing-masing
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Muzik dapat dikembangkan melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif seperti nyanyian solfa, isyarat tangan, gerakan
badan dan bermain gelas muzikal yang berisi air berwarna. Melalui aktiviti muzik
sebegini, kanak-kanak berpeluang untuk menyanyi dan menghayati lagu, melakukan
isyarat tangan, gerakan badan dan bermain gelas muzikal yang berisi air berwarna
mengikut notasi solfa dalam Kaedah Kodaly. Aktiviti-aktiviti muzik ini memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi pengetahuan muzik, mengekspresi diri melalui
muzik dan menghayati pelbagai jenis muzik.

Kaedah Kodaly
Kodaly mencadangkan kepada guru muzik menggunakan lagu-lagu rakyat yang
menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian. Kemahiran literasi
muzik ditekankan dalam Kaedah Kodaly. Kemahiran ini dapat diperoleh melalui
pengalaman aural dan ingatan visual. Kanak-kanak boleh diberi latihan literasi muzik
melalui latihan membaca, mendengar dan menulis (Kodaly, 1965 & 1974). Di
prasekolah, guru prasekolah perlu mengajar menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan bahasa lain-lain mengikut
keperluan kanak-kanak dan kehendak kurikulum. Oleh itu, untuk mengaplikasikan
kaedah ini, guru perlu membuat inovasi berdasarkan kreativiti masing-masing semasa
melaksanakan pengajaran muzik. Guru disarankan untuk mencipta lagu-lagu bertema
dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan berdasarkan enam tahap nyanyian solfa
daripada mudah ke sukar iaitu (i) so mi; (ii) so mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re
(v) so mi la do re fa dan (vi) so mi la do re fa ti yang diperkenalkan oleh Kodaly. Dari
segi kemahiran literasi, semasa merancang aktiviti guru juga perlu mengambil kira tahap
perkembangan kanak-kanak supaya menyampaikan pengajaran yang berkesan dan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak dapat mengikut aktiviti muzik yang
dilaksanakan.
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 31

Nyanyian Solfa
Nyanyian penting dalam pembelajaran muzik. Kanak-kanak menggunakan alat muzik
utama iaitu suara untuk menyanyi. Kaedah Kodaly yang merangkumi nyanyian solfa
sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak untuk mempelajari nama notasi, sebutan,
ketepatan pic dan ritma dalam lagu yang diperkenalkan (Choksy & Kodaly, 1981;
Choksy, 1990; Campbell & Scott-Kassner, 2014). Gambar rajah 1 berikut
menunjukkan enam tahap dalam pembelajaran nyanyian solfa daripada mudah ke
sukar iaitu (i) so mi; (ii) so mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re (v) so mi la do re
fa dan (vi) so mi la do re fa ti untuk kanak-kanak.

Gambar rajah 1: Enam tahap dalam pembelajaran nyanyian solfa


32 Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Muzik Kanak-Kanak

Isyarat Tangan
Isyarat tangan solfa merupakan idea Curwen (1816-1880) yang digunakan sebagai
lambang untuk menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu pic dalam sesebuah lagu
untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran nyanyian solfa yang diperkenalkan oleh
Kodaly (Simon, 1973; Rainbow, 1980; McGuire, 2009). Gambar rajah 2 berikut
menunjukkan enam tahap dalam pembelajaran isyarat tangan daripada mudah ke sukar
iaitu (i) so mi; (ii) so mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re (v) so mi la do re fa dan
(vi) so mi la do re fa ti untuk kanak-kanak.

Gambar rajah 2: Enam tahap dalam pembelajaran isyarat tangan


Gerakan badan
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 33

Gerakan badan merupakan salah satu inovasi dalam aktiviti pembelajaran muzik yang
menggunakan Kaedah Koday. Gerakan badan yang pelbagai aras melambangkan tinggi
atau rendah sesuatu pic (Loy et.al, 2016). Gambar rajah 3 berikut menunjukkan enam
tahap dalam pembelajaran gerakan badan daripada mudah ke sukar iaitu (i) so mi; (ii) so
mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re (v) so mi la do re fa dan (vi) so mi la do re fa ti
untuk kanak-kanak.

Gambar rajah 3: Enam tahap dalam pembelajaran gerakan badan

Bermain Gelas Muzikal Yang Berisi Air Berwarna


34 Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Muzik Kanak-Kanak

Gelas yang diisi dengan dengan kuantiti air dan warna yang berbeza menunjukkan tinggi
atau rendah sesuatu pic. Gelas muzikal yang diisi dengan air berwarna iaitu enam warna
pelangi pertama (i) merah (ii) jingga (iii) kuning (iv) hijau (v) biru dan (vi) indigo dapat
digunakan untuk melatih dan menilai kemahiran sebutan, ketepatan pic dan ritma kanak-
kanak. Warna ketujuh iaitu warna unggu tidak digunakan kerana tidak perlu dalam
latihan ini (Loy et.al, 2016). Gambar rajah 4 berikut menunjukkan enam tahap dalam
pembelajaran Bermain Gelas Muzikal Yang Berisi Air Berwarna daripada mudah ke
sukar iaitu (i) so mi; (ii) so mi la; (iii) so mi la do; (iv) so mi la do re (v) so mi la do re fa
dan (vi) so mi la do re fa ti untuk kanak-kanak.

Gambar rajah 4: Enam tahap dalam pembelajaran Bermain Gelas Muzikal Yang Berisi
Air Berwarna
Penutup
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 35

Dapat disimpulkan bahawa Kaedah Kodaly adalah fleksibel dan bermanfaat kepada
kanak-kanak prasekolah untuk meningkatkan kemahiran muzikal mereka. Oleh itu, empat
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan iaitu nyanyian solfa, isyarat
tangan, gerakan badan dan bermain gelas muzikal yang berisi air berwarna perlu
dipraktikkan untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Berharap melalui aktiviti muzik
sebegini, kanak-kanak dapat meneroka dunia muzik dengan mengaplikasi, mengekspresi
diri dan menghayati pelbagai jenis muzik yang diperkenalkan oleh guru dan seterusnya
mencungkil bakat dan minat dalam bidang muzik.

Rujukan
Campbell, P. & Scott-Kassner C. (2014). Music in childhood: from preschool
through the elementary grades. United States: Schirme, Cengage Learning.
Chosky, L. (1999). The Kodaly method 1 comprehensive music education. Upper Saddle
River: Prentice Hall.
Choksy, L. & Kodaly, Z. (1981). The Kodaly context creating an environment for
musical learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kodaly, Z. (1965). Let Us Sing Correctly. London: Boosey & Hawkes.
Kodaly, Z. (1974). The Selected Writings of Zoltan Kodaly. London: Boosey & Hawkes.
Loy Chee Luen, Aminah binti Ayob, Colleen Wong & Christine a/p Augustine. (2016).
Mencipta Lagu-lagu Bertema untuk Menilai Kemahiran Nyanyian dan Gerakan
Solfa Kanak-kanak. Geran Penyelidikan Universiti. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
McGuire, C. E. (2009). Music and victorian philanthropy: The tonic Sol-fa
movement. Cambridge: Cambridge University Press.
Rainbow, B. (1980). John Curwen: A Short Critical Biography. Sevenoaks: Novello.
Simon, H. (1973). Song and Words: A History of the Curwen Press. London: George
Allen & Unwin Ltd.
36 Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Muzik Kanak-Kanak

View publication stats

You might also like