You are on page 1of 3
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E 03.8804 6077 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, RAY OSSE5OS548 62604 PUTRAJAYA Rujukan kami: KPCBS) SST [Tid KVCIS) Tarikh :80 Disember 2004 ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2004: PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH Surat Pekelling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tyjuan memaklumkan bahawa Program j- QAF akan dilaksanakan mulai 2005 yang akan melibatkan semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah rendah terpilth. Pelaksanaan program ini akan dilkuti oleh sekolah- sekolah lain pada tahun-tahun berikutnya secara berperingkat-peringkat. 2, Program -AF adalah suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu “Ain, Peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi sedia ada akan digunakan untuk menjayakan program ini. 3. Pelaksanaan Program j-QAF menggunakan kurikulum dan model tersendiri yang merangkumi: 3.1 Model Kelas Pemulihan Jawi Model Kelas Perulihan Jawi dijalankan oleh guru j-QAF untuk memulinkan urid yang keciciran dalam Jawi, la dilaksanakan serentak dengan waktu pengajaran Jawi murid-murid biasa. Murid yang keciciran dalam jawi ini hendaklah diasingkan dan dididik di tempat yang bersesuaian. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1, Jawi diajar selama 2 waktu seminggu. Manakala 6 bulan berikutnya diajar selama 1 waktu seminggu. Jumlah bilangan murid bagi Model Kelas Pemulihan Jawi hendaklah di antara 6 hingga 10 orang. 3.2 Model 6 bulan Khatam al-Quran Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan 4 waktu Pendidikan Islam dalam tempoh 6 buian pertama di Tahun 1. Manakala pada 6 bulan kedua, pengajaran al-Quran manggunakan 3 waktu seminggu untuk Tahun Satu dan 2 waktu untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan pendekatan talaqi dan ‘musyafahah (jaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan fasin dan lancar). 3.3. Model Tasmik Khatam al-Quran Model Tasmik Khatam al-Quran dilaksanakan di luar_jadual waktu persekolahan_dan hendaklah dialankan sepanjang tahun persekolahan. Guru j-QAF bertanggungjawab melaksanakan model ini. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam melaksanakan model ini epabila diperlukan, 3.4 Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi sebagai bahasa tambahan di sekolah kebangsaan pada masa ini, tu 2 waktu seminggu. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi hendaklah dimasukkan dalam jadual wakty fasmi persekolahan seperti mana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK). Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pihan, Walau bagaimanapun murid hendaklah memiih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi. 3.8 Model Bestarl Solat (Kokurikulum) Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual_waktu_persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan 4 k dalam tempoh setahun, Satu Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah hendaklah dibentuk untuk mengendalikan Kem Bestari Solat tersebut 4. Guru-guru yang terlibat daiam pelaksanaan Program j-QAF adalah guru ;QAF dan guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain boleh dilibatkan sama berdasarkan keperluan sekolah. 5. Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyusun jadual waktu pengajaran dan pembelajaran dengan terancang supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Empat waktu bagi pengajaran Khatam al-Quran dan 2 waktu bagi Pemulihan Jawi hendaklah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala 3 waktw Khatam al-Quran dan 1 waktu Pemulihan Jawi dijalankan pada 6 bulan kedua Tahun 1. Contoh Jadual waktu dan Panduan Penjadualan boleh dirujuk dalam Buku Panduan Dasar dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum terbitan JAPIM, dan diberi percuma kepada sekolah-sekolah yang terlibat. 6. Surat Pekeliing Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KPM Bil, {JAPIM) 5206/4/4.1 Jid.2 (4) bertarikh 03 Januari 2003: Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun 2003, Sila maklumkan kandungan surat pekalling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah, Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terpilh di bawah —pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato/TuarvPuan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ett TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk 1. Y.B, Dato’ Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd. Khir Timbalan Mentari Pelajaran 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim ‘Timbalan Menteri Pelajaran 4, Y.B. Puan Komala Devi Seti2usaha Parlimen Kementerian Pelajaran 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 7. Timbalan-Timbaian Ketua Pengarah Pelajaran 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran 9. Ketua Nazir Sekolah 10. Penasihat Undang-Undang 11, Pegawai Perhubungan Awam

You might also like