You are on page 1of 4

PEMAIN-PEMAIN

5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong” (server).
5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah
kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan ‟Apit Kiri ‟ manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan ‟Apit
Kanan ‟. Kedua-dua pemain dinamakan ‟Apit‟.
5.4 Kejohanan Berpasukan
5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan
maksimum duabelas (12)orang.
Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.
Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan
tersebut dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu
5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain (1 regu
mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan.
5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan
tersebut dan dianggap kalah.

GANTIAN PEMAIN

7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana
regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.
7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih
Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap
perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran
bagi setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap
perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran
bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah
dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran
pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja )
Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah
dilakukan untuk set yang baru.
7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran
pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan
dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan
perlawanan dan dianggap kalah.
7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat
pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua
pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad
merah dianggap kalah.
8. UNDIAN DAN WARM-UP

8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua
regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah
undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan
Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan „Warm-Up‟ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu
lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola
rasmi.

9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA


9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-
masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada
di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.

10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.


10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil
( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil
Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru
belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak
lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat
campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan
amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang
sama maka campakan itu dianggap batal.
10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-
masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui
antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.
10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.
10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga – tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.
11. PERKARA-PERKARA BATAL

11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain – mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain – lain cara )
selepas pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa
membuat campakan untuk servis.
11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula
sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain – lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun
tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali
kedua.

11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.


11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.

11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.


11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan
11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di
bawah jaring kecuali semasa „follow –through‟.
11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
11.3.4 Bola menyentuh tangan.
11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua – dua paha / kaki atau
badan.
11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring,
tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.8 Mana – mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.
HUKUMAN

16.1 KAD KUNING


Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-
16.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara- perkara yang bertentangan
dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan.
16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata – kata kesat.
16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar Undang – Undang Permainan dan Peraturan pertandingan.
16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
16.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.

16.2 KAD MERAH


Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika
melakukan kesalahan berikut:-
16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.
16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.
16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3 Mana - mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar
gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana
orang dimana Kad Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima
oleh semua pihak:
16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama
Hukuman : Amaran Biasa
16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi
didalam kejohanan yang sama.
Hukuman : Digantung satu perlawanan
16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang
sama.
Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama.
Hukuman : Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya
sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.
16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.
Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang
sama.
16.4 Mana – mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada Kesalahan
didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu
Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin
berikut akan di ambil:-
16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah
Hukuman : Di gantung serta – merta daripada bermain dalam mana – mana perlawanan sehingga
Lembaga Disiplin membuat keputusan.

You might also like