You are on page 1of 7

GPBPSH- RMTMS

GARIS PANDUAN PENGURUSAN


PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM PROGRAM RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH TAHUN 2019

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM


PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH
TAHUN 2019
1.0 PENGENALAN

1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah mula dilaksanakan di


sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan semenjak 1979. Bermula 2016,
dua bahagian KPM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program (RMT) di
sekolah. Bahagian Kewangan (BKew) menjalankan fungsi sebagai pengawal
peruntukan, perbelanjaan dan laporan manakala Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(BPSH) melaksanakan fungsi pengurus pengoperasian program di peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah/Wilayah (PPD/PPW) dan sekolah.

1.2 Pada 2019, susu dicadangkan sebagai menu minuman tambahan dalam program
RMT. Pelaksanaan ini sebagai nilai tambah kepada murid penerima RMT. Pemberian
susu kotak sebanyak dua hidangan seminggu akan dilaksanakan bermula pada
10 Jun 2019. Ini selaras dengan cadangan dan saranan pelbagai pihak agar program
RMT ini diperkasakan.

1.3 Objektif pelaksanaan menu susu dalam program RMT adalah untuk:
(a) Menambah kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam
minuman susu kepada pemakanan murid penerima RMT; dan
(b) Memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam
pemakanan murid-murid. Seterusnya menjadi amalan sehingga dewasa
bagi membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.

2. PERANAN PENTADBIR SEKOLAH (GURU BESAR DAN GPK HEM)


2.1. Memastikan kebenaran ibu bapa / penjaga diperolehi sebelum murid minum
susu (Lampiran A).
2.2. Memberikan Surat Kenyataan Tawaran bagi perjanjian tambahan kepada
pembekal RMT sedia ada dan menerima Surat Setuju Terima daripada

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 2


pembekal RMT (Rujuk Lampiran BB dan Lampiran CC dalam templat
perjanjian tambahan).
2.3. Memastikan kontrak perjanjian tambahan sebagaimana templat yang
diberikan ditandatangani oleh pihak sekolah dan pembekal RMT sebelum
program bermula.
2.4. Membuat pesanan susu kepada pembekal RMT. Jumlah kotak susu yang
dipesan oleh pihak sekolah perlu dinyatakan dalam BORANG PESANAN
MINGGUAN : SUSU UHT BERPERISA COKLAT (Lampiran AA dalam perjanjian
tambahan).
2.5. Pemberian susu mestilah mematuhi jadual pemberian susu yang disertakan
dalam Jadual A. Catatan di dalam buku Laporan Harian RMT perlu dilakukan
oleh guru bertugas pada hari murid RMT menerima susu.
2.6. Memastikan bekalan susu yang dibekalkan ke sekolah adalah sekurang-
kurangnya 3 bulan sebelum tamat tarikh luput produk.
2.7. Memastikan spesifikasi dan jenis susu yang dibekalkan adalah susu Ultra
High Temperature (UHT) 200ml berperisa coklat (kandungan susu 100
peratus susu segar) daripada pembekal yang mempunyai Akreditasi
Pensijilan Veterinany Health Mark (VHM) daripada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA) atau mempunyai Hazard Analysis Critical
Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pensijilan Halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2.8. Senarai syarikat dan premis yang dikeluarkan oleh MOA dibekalkan bersama
bagi pemilihan produk.
2.9. Memastikan susu dalam keadaan yang baik (tidak kemek, bocor atau
kembung, tiada kesan kehadiran makhluk perosak dan tiada kotoran serta
habuk pada pembungkus).
2.10. Setiap murid RMT menerima 1 kotak susu (200ml) sebanyak 2 kali
seminggu. Hari penerimaan susu oleh murid RMT ditetapkan oleh pihak
sekolah.

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 3


2.11. Murid yang tidak hadir secara berpanjangan dan tidak dapat menerima
bekalan susu, pihak sekolah hendaklah memutuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Bantuan untuk diagihkan kepada Penerima RMT yang lain.
2.12. Membuat bayaran kepada pembekal RMT berdasarkan jumlah pesanan
bulanan yang dibuat. Jika jumlah yang dibekalkan oleh pembekal RMT
kurang daripada jumlah yang dipesan, pembayaran hendaklah dibuat
berdasarkan jumlah yang dibekalkan sahaja.
2.13. Menyimpan rekod berkaitan pelaksanaan program.
2.14. Melaporkan dengan segera kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Wilayah
(PPD/PPW) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran jika
berlaku simptom klinikal kepada murid-murid.

3.0 PERANAN PEMBEKAL RMT

3.1. Mendapatkan bekalan susu daripada pembekal yang mempunyai


Akreditasi Pensijilan Veterinany Health Mark (VHM) daripada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau mempunyai
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing
Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta
pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Senarai syarikat pembekal dikeluarkan oleh MOA.
3.2. Menyediakan tempat penyimpanan susu yang sesuai bagi penyimpanan
susu UHT .
3.3. Tempat penyimpanan susu yang sesuai tersebut adalah di bawah kawalan
pengusaha RMT sepenuhnya sama ada di kantin atau di rumah bagi
sekolah yang tiada kantin.
3.4. Pengusaha RMT hendaklah memastikan susu yang dibeli berada dalam
keadaan yang baik dan perlu menggantinya jika susu tersebut rosak
semasa dalam jagaannya.

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 4


3.5. Menerima pesanan sekolah secara mingguan/bulanan dan menyediakan
bekalan susu mengikut kuantiti dan kualiti susu yang telah ditetapkan.
3.6. Mengagihkan susu kepada murid-murid RMT selepas diperiksa dan
dibenarkan oleh guru bertugas.
3.7. Memastikan murid-murid menghabiskan minum susu di sekolah dan susu
tidak dibenarkan untuk dibawa balik ke kelas atau rumah.
3.8. Melupuskan kotak-kotak susu selepas diminum oleh murid-murid RMT.
3.9. Membuat tuntutan kepada pihak sekolah berdasarkan jumlah pesanan
bulanan yang dibuat. Namun begitu, jika jumlah yang dibekalkan oleh
pembekal RMT kurang daripada jumlah yang dipesan, pembayaran hanya
akan dibuat berdasarkan jumlah yang dibekalkan sahaja.

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 5


JADUAL A
JADUAL PEMBERIAN SUSU DALAM PROGRAM RMT 2019

MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU JUMLAH


BULAN
1 2 3 4 5 KOTAK

1-4 7-11 14-18 21-25 28-31


JANUARI 0
TIADA SUSU DIBEKALKAN

1 4-8 11-15 18-22 25-28


FEBRUARI 0
TIADA SUSU DIBEKALKAN

1 4-8 11-15 18-22 25-29


MAC 0
TIADA SUSU DIBEKALKAN CUTI SEK

1-5 8-12 15-19 22-26 29-30


APRIL 0
TIADA SUSU DIBEKALKAN

1-3 6-10 13-17 20-24 27-31


MEI 0
0 CUTI PENGGAL/BULAN RAMADHAN

3-7 10-14 17-21 24-28


JUN 6
CUTI SEK 2 2 2

1-5 8-12 15-19 22-26 29-31


JULAI 9
2 2 2 2 1

1-2 5-9 12-16 19-23 26-30


OGOS 7
1 2 CUTI SEK 2 2

2-6 9-13 16-20 23-27 30-31


SEPTEMBER 8
2 2 2 2

1-4 7-11 14-18 21-25 28-31


OKTOBER 10
2 2 2 2 2

1 4-8 11-15 18-22 25-29


NOVEMBER 0
TIADA SUSU DIBEKALKAN CUTI SEK

JUMLAH 40

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 6


LAMPIRAN A

Guru Besar
(Nama Sekolah dan Alamat)
________________________ Tarikh :______________

SURAT SETUJU MENERIMA TAMBAHAN MENU SUSU DALAM PROGRAM


RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN TAHUN 2019

Saya,
___________________________________________________________
(No. KP : __________________________) ibu/bapa/penjaga* kepada
murid yang bernama _____________________________________
(Kelas/Darjah :__________) dengan ini bersetuju / tidak bersetuju* untuk
membenarkan anak dibawah jagaan saya untuk menerima tambahan menu
susu dalam program Rancangan Makanan Tambahan yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun persekolahan ______.

Yang benar,

_____________________
(Tandatangan dan Nama Ibu/Bapa/Penjaga Murid)

* Potong yang mana tidak berkenaan

Garis Panduan Pengurusan Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT 7

You might also like