You are on page 1of 13

2.

1 SEJARAH ETNIK

Sebelum lahirnya negara yang bernama Malaysia, nama yang dikenali Malaysia ini
pada zaman dahulu ialah Tanah Melayu. Tanah Melayu merupakan sebuah tempat tumpuan
pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat
persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
Kawasan tumpuan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Hal ini demikian kerana di
Tanah Melayu terdapat peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan.
Berlakulah percampuran populasi oleh pedagang pedagang yang berhijrah atau berdagang di
Tanah Melayu. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena
baru dan asing di Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam
mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia.

Malaysia mempunyai sebuah masyarakat yang dibentuk oleh penduduk berbilang


etnik. Tiga etnik yang utama di Malaysia ialah orang Melayu, Cina dan India di samping
Cina Peranakan, Baba dan Nyonya, Chetty, Serani, India Muslim, Peranakan Arab Melayu,
Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta lain-lain. Masyarakat berbilang etnik ini telah mula
wujud dengan kedatangan pedagang, pendakwah, dan pengembara dari India, Cina dan Arab
sebelum kedatangan penjajahan Barat. Kedatangan dan kegiatan mereka bertambah giat
berikutan perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan pada abad
ke-15. Kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu menjadi lebih unik lagi dengan kedatangan
tenaga buruh Cina dan India secara besar-besaran pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 hasil
galakan daripada pihak penjajah British dan desakan hidup di negara asal mereka. Orang
Cina dan India kemudian lebih berkembang sehingga berubah komposis penduduk dan
lahirnya masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang kemudian berkembang menjadi
masyarakat berbilang etnik dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat factor penarik yang ada di bumi mahupun
factor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit
sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya Cina dan
India. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial alam melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukan masyarakat di
Malaysia dan menggambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selapas Cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Pada masa itu bilangan
mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris Berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari ketrunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-India dan lain-lain.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kononial British di
Malaysia iaitu selama 150 tahun bermula tahun 1786 sehingga 1957. Masyarakat hemogenis
Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios
Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utamanya.

Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum
merdeka, selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka. Malaysia yang sebelum
Merdeka, pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan
jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti
politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan
dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan
buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah
mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik
terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal sehingga perang dunia
kedua. Dasar Pecah dan Perintah pihak British telah melahirkan masyarakat majmuk yang
mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan dan pekerjaan seperti berikut: -
1. Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani,
pesawah, nelayan, pertukangan dan sebagainya.
2. Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri
dalam perniagaan runcit dan sebagainya.
3. Etnik India tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang. Mereka bekerja sebagai penoreh,
buruh binaan dan sebagainya.

Dasar pecah dan perintah oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik
sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis
pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya
yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan
perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut


kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan
juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar India menuntut di
sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem
persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang
memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam
kalangan pelajar.

Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu
dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan
kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba mempertahankan
bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu,
cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang
sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung memberikan
impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus
dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di
kalangan etnik masing-masing.

Pada zaman pemerintahan Jepun pula, penindasan terhadap etnik Cina berlaku.
Permusuhan ini adalah kesan daripada perang Jepun-China pada tahun 1937. Pihak Jepun
menjaga hubungan baik dengan masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu diberi peluang
untuk bekerja dalam pentadbiran. Pihak Jepun juga menjaga hubungan baik dengan orang-
orang India. Sistem pemerintahan Jepun yang berat sebelah telah mengundang permusuhan di
kalangan etnik Cina dan Melayu. Etnik Cina aktif berpolitik dan menyertai Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menentang Jepun. PKM berfungsi menjaga dan membela nasib orang
Cina yang tertindas.

Parti politik Cina telah menyiksa orang-orang Melayu sebagai tanda membalas
dendam setelah pihak Jepun berundur dari Tanah Melayu. Jurang di antara etnik pada zaman
penjajahan adalah amat besar dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pelbagai etnik di
negara ini. Etnik Cina dan India berusaha ke arah mendapatkan taraf sama rata seperti etnik
dominan Melayu. Secara tidak langsung, tindakan etnik Cina dan India telah mengundang
rasa tidak puas hati di kalangan etnik Melayu sehingga tertubuhnya Malayan Union pada 1
April 1946 dan Isu Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemerdekaan ketiga-tiga etnik ini telah


bersatu dan bekerjasama membentuk Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti UMNO,
MCA dan MIC. Pembentukan ketiga-tiga jenis parti ini telah banyak menyumbang kepada
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan etnik di negara ini. Berikut adalah beberapa
ciri-ciri parti politik UMNO, MCA dan MIC: -
1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946.
UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. UMNO ditubuhkan bertujuan untuk menentang
Malayan Union dan berjuang menuntut kemerdekaan.
2. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949. MCA diasaskan
oleh Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan Cina dan
bekerjasama dengan etnik lain untuk mencapai kemerdekaan.
3. Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah ditubuhkan pada Tahun 1949. MIC diasaskan
oleh John Thivy. MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum India dan
memperjuangkan kemerdekaan bersama etnik lain.
Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada
usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.
Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis.Latar belakang etnik, dasar
penjajah British dan Jepun telah mencorakkan perkembangan hubungan etnik dan
pembangunan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Kesannya, unsur perkauman masih
menebal dalam aspek politik, ekonomi mahupun sisial di Semenanjung Malaysia sehingga
negara mencapai kemerdekaan dan Malaysia ditubuhkan. Walaupun selapas kemerdekaan,
kerajaan memberi perhatian kepada usaha memupuk kerjasama yang lebih erat dalma sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat, namun hasrat kerajaan itu terganggu apabila meletusnya
Peristiwa 13 Mei 1969. Selepas peristiwa rusuhan kaum itu, barulah pelbagai usaha ke arah
memupuk kerjasama, kesefahaman an permuafakatan antara etnik di Malaysia dapat
disatupadukan. Walau bagaimanapun, negara sekali lagi berdepan dengan masalah
pergaduhan etnik pada 12 Mac 2001 iaitu Peristiwa Kampung medan yang menunjukkan kita
perlu berhati-hati dalam soal yang menyentuh tentang sensitiviti antara etnik.

Namun, selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia.


Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman
luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan
yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan hubungan etnik
sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah banyak
memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan
semua kaum dalam perancangan negara secara tidak langsung membentuk keharmonian
sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu diwakili oleh Parti UMNO, orang Cina
diwakili oleh MCA dan orang India diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk
Parti Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk
membentuk kerajaan sendiri.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila


kemasukan migran dari luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, Bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
2.2 AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori
amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru
tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara
kumpulan etnik.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan


agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan
penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga
dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah
terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri
Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak
asing bagi rakyat Malaysia.

Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di


Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan
termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti
dinyatakan dalam ayat Al-Quran. Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi
sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai
Tanah Melayu.

Kesultanan Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan
China, dan maharaja Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan.
Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama dengan laksamana Cheng Ho dan 500
pengiring perempuan. Pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin
dengan pegawai Sultan Mansur Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum melayu dan
kaum cina pada masa itu dikenali sebagai baba-nyonya. Penghijrahan kaum India dalam
jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir kurun – 19 semasa Tanah Melayu
dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda. Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada
agama, maka pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memahami serta
memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan
telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Di
Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di Pulau Pinang yang membentuk Jawi
Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan India dan
perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang menganut agama Hindu
di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan wanita pribumi.

Kesan positif perkahwinan campur secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang
terlibat dapat mengetahui dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat
seperti bersekedudukan juga dapat dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur
dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Hal ini kerana, apabila
seseorang yang bukan Muslim ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti
menukar agamanya kepada agama Islam. Dengan itu, ajaran Islam yang yang murni dapat
diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah
daripada Allah swt. Secara tidak langsung anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu
juga beragama Islam.

Tambahan lagi, generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap
perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya lain. Disebabkan terdapatnya variasi
dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental. Dari
aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara
kaum-kaum di negara ini. Di samping itu,ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai upacara
perkahwinan yang dijalankan.
2.3 KONSEP RAS DAN RASISME

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga
maknanya lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di
Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam
kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit,
warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh


sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang
diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang
lain. Mengikut Banton (1970), ideologi rasisme dibentuk berdasarkan tiga fahaman yang
berikut:
• Manusia boleh dibahagikan secara semula jadi berdasarkan ciri-ciri fizikal.
• Ciri-ciri fizikal ini berkaitan rapat dengan budaya, personaliti dan kebijaksanaan
seseorang itu.
• Oleh sebab keturunan genetik ini, wujudnya kelompok yang lebih tinggi kedudukan
sosialnya berbanding dengan kedudukan sosial kelompok yang lain.

Rasisme wujud pada dua tahap : tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi dan ada ras yang yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat
individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,
rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini
dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
2.3 KONSEP PREJUDIS DAN STEREOTAIP

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain
yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan
secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau
mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif
terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah
walaupun fakta yang yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut
adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi ke
generasi yang lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan
bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan
sebagainya.

Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu


kumpulan etnik seperti “semua orang Arab itu beragama Islam”, “Orang Belanda itu bersifat
kedekut” dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik
oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat,
khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain
dan seterusnya membataskan interaksi antaraetnik dan menimbulkan semangat perkauman
yang menebal.

Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap


kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan stereotaip
terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik Melayu mempunyai
gambaran stereotaip terhadap etnik cina dan india dan sebaliknya. Maka, setiap
pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif.
2.4 MENELITI KONSEP RAS DAN ETNIK DI MALAYSIA

Amalan mengaitkan konsep ras dengan warisan fizikal dan etnik dengan warisan
kebudayaan individu sudah diterima pakai secara meluas. Namun demikian, batas dalam
sesuatu kumpulan etnik dan ras tidak begitu jelas dan tetap seperti yang diandaikan oleh
orang ramai. Kedua-dua konsep ini tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri fizikalnya atau
warisan kebudayaan dan nenek moyangnya.

Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan
menghasilkan percampuran ras dan perkara ini biasa berlaku di dalam sebuah masyarakat
pelbagai etnik seperti Malaysia. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal
sesuatu etnik, seperti warna kulit berubah. Malah, perkahwinan campur antara etnik Cina
dengan etnik India di Malaysia pun melahirkan anak yang menyerupai “orang Melayu” dan
hal ini juga memberikan kesan kekaburan kepada batas ras orang Melayu. Dari segi budaya
juga, etnik Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Iban, Bidayuh, dan sebagainya banyak
meminjam unsur budaya, seperti bahasa, pakaian, makanan, dan agama antara satu sama lain.
Sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa alam Melayu sebelum kedatangan
penjajah barat telah berjaya membina masyarakat pelbagai budaya apabila wujudnya
hubungan silang budaya yang berteraskan konsep permeable ethnicity dan canopy ethnicity.
Kumpulan etnik di alam Melayu seperti Melayu, Jawa, Minangkabau, Banjar, Bajau,
Kadazan Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Bugis, dan kumpulan etnik tempatan yang
lain didapati tidak memiliki batas etnik yang tertutup. Batas kumpulan etnik mereka
berubah-ubah kerana wujud hubungan silang kumpulan yang menyebabkan ciri-ciri
kumpulan pinjam-meminjam hingga trbina integrasi budaya dan sosial antara etnik dengan
etnik yang lain.

Gambaran yang sama didapati berlaku juga dengan masyarakat Arab, Cina, Portugis
dan India yang berhijrah ke alam ini. Akibat daripada hubungan melintasi batas kumpulan
dan konsep kumpulan etnik yang berubah-ubah, kumpulan migran ini juga didapati melalui
proses integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat hingga lahir subkelompok
seperti Jawa Peranakan, Peranakan, Baba Nyonya dan Chettiar dalam kalangan mereka
(Coppell 1997).
Setiap kumpulan etnik mempunyai kekuatan dan keunikan masing-masing dalam
pelbagai aspek kebudayaan dan sosioekonomi. Kepelbagaian inilah yang dapat mewujudkan
satu hubungan yang positif antara kumpulan etnik kerana mereka saling melengkapi. Satu
hubungan simbiosis atau saling kebergantungan wujud dan juga menipiskan batas-batas etnik
sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks, iaitu hubungan tidak lagi terhad
kepada pengiraan etnik sahaja. Dalam suasana sosial sebegini, masyarakat lebih bersifat
bersatu padu dan harmoni.

Perbahasan tentang aplikasi konsep etnik dan ras di Malaysia menjelaskan bahawa
manusia mempunyai ciri kepelbagaian yang tidak terbatas dan ciri-ciri sesuatu kumpulan itu
sering bertindih dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Perkara ini menunjukkan walaupun
masyarakat awam mengaitkan konsep ras dan etnik dengan persamaan ciri-ciri warisan
fizikal dan kebudayaan, namun batas-batas kumpulan ini sebenarnya ditentukan oleh satu set
persetujuan sosial dalam masyarakat itu sendiri. Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan
etnik yang dapat diperhatikan, manusia akan bertindak berlainan berbanding dengan ahli-ahli
daripada kumpulan sosial itu atas sebab kepentingan dan perkiraan sosial dalam masyarakat
itu sendiri. Logik analisis ini telah menyebabkan pelajar hubungan ras dan etnik berpegang
kepada pendapat bahawa konsep ras dan etnik lebih bersifat sosiopolitik yang diakui pelbagai
pihak sebagai model hubungan etnik antara yang terbaik di dunia.
2.5 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

2.5.1 Konsep Etnik

Kelompok manusia yang mengamalkan budaya hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi)

Menurut Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani, ‘ethanos’. Ia
merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi ciri biologi, adat dan cara hidup yang
sama.

Dalam New Testament Yunani ‘ethanos’ merujuk kepada bangsa bukan Yunani atau bukan
kristian.

Abad ke – 19, masyarakat Eropah menganggap perkataan etnik, etnikal, etnisiti, ethnique dan
ethni’e’ sama dengan istilah ras. Etnik dapat diklasifikasikan melalui perbezaan culture. Etnik
biasanya bersifat etnosentrik – menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih
utama berbanding budaya orang lain yang dipandang rendah, ganjil.

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu.

Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan
anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka lebih hebat.

2.5.2 Konsep Ras dan Rasisme

Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan
seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

Menurut Banton (1987) ada 3 teori ras iaitu:

2.5.2.1 Ras sebagai keturunan-manusia berasal daripada Adam dan Hawa

2.5.2.2 Ras sebagai jenis

2.5.2.3 Ras sebagai subspesis-rujuk teori Charles Darwin

Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga
dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai sifat keturunan yang membezakan mereka daripada
yang lain.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sekelompok
sosial atau anggotanya terhadap suatu kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal-biologikal.
Rasisme juga merupakan gabungan prejudis dan kuasa yang diartrikulasi melalui diskriminasi
berasaskan warna kulit dan ciri fizikal-biologikal yang lain.

Menurut Hughes et.al.(2002) rasisme wujud pada 2 tahap.

Pada tahap individu rasisme ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu berstatus superior
manakala ada yang berstatus inferior (rendah).

Pada tahap institusi pula rasisme melibatkan dasar dan implemen bersifat diskriminasi yang
mewujudkan kesan ketidaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.

You might also like