You are on page 1of 4

1.

0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan Y.Bhg.Timbalan


Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) untuk menyertai Festival
Makanan 1Malaysia, anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia dan
Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).

2.0 LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan


Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) akan menganjurkan Festival Makanan
1Malaysia pada 26 hingga 28 April 2013 bertempat di Dataran Tasik Ilmu,
UTM Skudai. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah dijemput secara
rasmi untuk menyertai program yang melibatkan beberapa pertandingan dan
aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang telah
dirancang oleh penganjur ialah :
 Pertandingan makanan gaya hidup sihat 1Malaysia
 Pertandingan ’Chef Sarjana’
 Gerai jualan makanan 1Malaysia

Selari dengan bidang pengajian Sarjana Muda Pendidikan Vokasional


(Katering), pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti seperti Festival ini agar
pembelajaran terus berlaku.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program ini, pelajar akan dapat :

3.1 Pengalaman menyertai pertandingan, mengurus dan mengendalikan


aktiviti.

3.2 Melatih diri supaya bertanggungjawab sebagai pemimpin dalam


menyertai aktiviti berkumpulan.

3.3 Berfikir secara global, berinteraksi dan bergaul dengan komuniti lain.

3.4 Meningkatkan pemahaman berkaitan bidang katering.

1
4.0 BUTIRAN PROGRAM:

4.1 Bilangan Peserta

Peserta terdiri dari 14 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Vokasional (Katering) sem II 2012/2013.

4.2 Tarikh Program

Program Akan Dijalankan Pada 26 Hingga 28 April 2013

4.3 Tempat Program

Dataran Tasik Ilmu, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

4.4 Jawatankuasa Pelaksana


Keseluruhan Jawatankuasa pelaksana adalah seperti di Lampiran A.

4.5 Tentatif Program


Aturcara program adalah merujuk kepada surat / brosur yang telah
diedarkan oleh urusetia karnival Majlis Kebudayaan universiti-universiti
Malaysia.

Jadual 1: Tentatif program

TARIKH MASA AKTIVITI


7.00 am Bertolak dari UTHM ke UTM Skudai
9.00 am Sarapan pagi dan Persediaan aktiviti
26 – 28 April 10.00 am Pertandingan makanan gaya hidup sihat
2013 1Malaysia, Pertandingan ’Chef Sarjana’,
Gerai jualan makanan 1Malaysia dan
penyampaian hadiah
5.00 pm Bertolak dari UTM Skudai ke Hotel Sri
Malaysia.

2
5.0 Kewangan

Menggunakan Peruntukan Vot 42000 (pelajar sarjana muda) Vot E15109 (pelajar
sarjana) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) di Pusat Pembangunan
dan Pengembangan Pelajar (P3P).

Jadual 2: Anggaran Perbelanjaan

BIL BUTIRAN HARGA KUANTITI JUMLAH PERUNTUKAN


SEUNIT / HARI (RM)
(RM)
1 Bayaran yuran pertandingan
(i) Pertandingan makanan gaya 70.00 1 Kali 70.00
hidup
sihat 1Malaysia 50.00 1 Kali 50.00 P3P
(ii) Pertandingan ’Chef Sarjana’
(iii) (ii) Gerai makanan 1Malaysia 300.00 1 Kali 300.00

2 Pembelian bahan mentah 350.00 Semua 350.00


pertandingan P3P

3 Pakaian
(i) Apron 15.00 14 210 P3P
(ii) Topi 8.00 14 112

Makanan 14 peserta (3 Hari)


(i) Minum pagi 2.50 14 X 3 Hari 105.00
(iii) Makan tengahari 5.00 14 X 3 Hari 210.00 P3P
(iii) Minum Petang 2.50 14 X 3 Hari 105.00
(iv) Makan malam 5.00 14 X 3 Hari 210.00

5 Penginapan 14 peserta (2 Hari) RM 55.00 14 X 2 Hari 1,540.00 P3P


Hotel Sri Malaysia JB. Quotation
adalah dilampiran.

JUMLAH KESELURUHAN RM
3,262.00

3
6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK

Sekiranya pertandingan ini tidak dapat disertai maka objektif penyertaan


pelajar sepertimana yang dinyatakan diatas tidak akan dapat di mana pelajar
tidak dapat memperolehi pengalaman menyertai pertandingan serta
pengetahuan berkaitan pengurusan acara. Ini adalah penting dalam
perkembangan pelajar dari segi ilmu katering dan juga kemahiran insaniah
(soft-skill) pelajar. Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional
(Katering) dengan kepujian merupakan program terbaru di fakulti pendidikan
teknikal dan vokasional, maka dengan penyertaan ini dapat memperkenalkan
serta boleh menaikan nama fakulti serta universiti.

7.0 PENUTUP

Adalah dengan ini dimohon agar Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar & Alumni) mempertimbang untuk meluluskan cadangan penyertaan
pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) sem II
2012/2013 menyertai program Festival Makanan 1Malaysia anjuran Universiti
Teknologi Malaysia dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti
Malaysia (MAKUM).

Disediakan oleh :

Wan Luqaman Harize Bin Wan Abdullah


Penyelaras Program

Disemak dan diperakukan :

Tan King Hiyang


Penasihat

You might also like