You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN

Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa
ketidakupayaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Ketidakupayaan mereka merupakan
limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalankan pembelajaran
seperti mana murid perdana.

Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan khas adalah fleksibel yang membolehkan guru
– guru pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan aktiviti pengajaran bagi mencapai
objektif pembelajaran. Pengubahsuaian ini perlu bagi memberikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna kepada murid Pendidikan Khas Integrasi.

Program Terapi Bowling merupakan aktiviti rekreasi bagi Program Pendidikan Khas SK
Beris Kubor Besar bagi sesi 2016. Aktiviti terapi ini merupakan salah satu rawatan bagi
membantu meningkatkan keupayaan dan perkembangan psikomotor halus dan kasar murid-
murid pendidikan khas. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid akan
didedahkan dengan pengalaman yang pastinya akan meningkatkan keyakinan diri
yang tinggi kepada mereka. Program luar sebegini juga akan memberi pendedahan
kepada mereka untuk berinteraksi dengan dunia luar sekaligus memberikan pengalaman
yang lebih bermakna kepada mereka.
2.0 OBJEKTIF
i. Membina kemahiran pergerakan psikomotor motor kasar dan halus.
ii. Memberi pendedahan kepada murid untuk berinteraksi dengan dunia luar.

iii. Memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada mereka.

iv. Menanam sikap yakin diri dan berani.


v. Mewujudkan rasa kekitaan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid-murid.

3.0 RASIONAL

Program ini merupakan salah satu rawatan bagi membantu meningkatkan keupayaan
dan perkembangan psikomotor murid-murid pendidikan khas. Ia juga menjadi medan
untuk murid-murid menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing
dalam kalangan mereka.

Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara.
Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan diri dan motivasi
kepada mereka. Program ini bukan semata-mata mencari siapa pemenang tetapi
memberikan ruang kepada golongan ini untuk berinteraksi sesama mereka, menilai
pengurusan diri dan keupayan mereka dalam sukan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid-murid - 17 orang


4.2 Guru Pengiring - 4 orang
4.3 Pembantu Pengurusan Murid -2 orang
Jumlah - 23 orang
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL AHLI JAWATANKUASA DESKRIPSI TUGAS


1. Penyelaras Program -Menyelaras dan memastikan setiap
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin aktiviti yang dijalankan mengikut apa
yang dirancang.

2. AJK Pengangkutan -Menguruskan pengangkutan murid


Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin ke tempat bowling.
Pn. Asiah Bt Yaacob
En. Yusfaizan bin Yusoff

3. AJK Persegaran
Pn. Asiah Bt Yaacob -Menguruskan makanan/minuman
Pn.Rozila Bt Ismail kepada murid-murid.

Dokumentasi
4. Cik Cheng Siew Nee -Mengambil gambar semasa aktiviti
Cik Ng Rou Shan berlangsung.

5. Jawatankuasa Tempat
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin -Menguruskan pemilihan tempat
aktiviti terapi bowling.
6. AJK Keselamatan
Pn. Nur Hanani Bt Mohd Amin - Memastikan keselamatan murid
Pn. Asiah Bt Yaacob -Memastikan disiplin murid terkawal
Pn. Rozila Bt Ismail
En. Yusfaizan bin Yusoff
Cik Cheng Siew Nee
Cik Ng Rou Shan

6.0 LOKASI

Nama Tempat: Pacific Bowl, KB Mall, Kota Bharu Kelantan.

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

29 Mac 2016 (Selasa)

8.0 SUMBER KEWANGAN

i. Wang PCG Pendidikan Khas.


ii. Sumbangan daripada ibu bapa dan penjaga murid.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kos Seunit (RM) Perincian (RM) Jumlah

1. Tempahan set permainan RM6.00 17 murid X Rm6.00 RM102.00

2. Makanan & Minuman RM12.00 17 murid X RM12.00 RM204.00


(KFC)
3. Pengangkutan RM20.00 3 buah kereta x RM20 RM60.00

JUMLAH BESAR ( RM ) RM366.00

10.0 SENARAI NAMA MURID

BIL. NAMA
1. AUNI SYAFIQA BINTI SAIPOL BAHARI
2. HUDA NAJIHAH BT MOHAMMED
3. KHAIRUN NISA’ BT MOHD RAMZI
4. MOHAMMAD FARHAN BIN ISMAIL
5. MUHAMMAD MAHIR SAFWAN BIN CHE AYUK
6. MUHAMMAD NABIL BIN MOHD BIN MOHD ZAIN
7. MUHAMMAD ZULFAHMI BIN MOHD SHUKRI
8. NOR SYARMIZA HANI BINTI MOHD NAZRI
9. NUR ALIEYA SYAFIQAH BINTI TARMIZI
10. NUR ZAHLIA BINTI CHE ABDULLAH
11. WAN MUHAMAD ABDUL MUIZ BIN WAN DAUD
12. MUHAMAD YUSRI BIN MAT DAUD
13. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MAT DASIN
14. MUHAMMAD ZULHUSNI ZAKWAN BIN ZULKIFLI
15. NUR FATIN NAJWA BINTI MOHD KADRI
16. NURUL AINA NAZIHAH BT MOHD NASIR
17. UMMI ALIA ZAHRA BT ZAINUDDIN
11.0 Jadual/Tentatif Program

Masa Aktiviti
9.00 Pagi Bertolak dari sekolah ke KB Mall

09.30Pagi Tiba di KB Mall

10.00 pagi Terapi Fisio Tenpin Bowling


12.00 Makan di KFC, KB Mall
tengahari
12.45 Bertolak pulang
tengahari

01.15 Tiba di SK Beris Kubor Besar


tengahari

12.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi
faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi SKBKB dan mampu mencapai objektif-
objektif yang telah digariskan dengan jayanya.

Di harap program ini dapat meningkatkan lagi semangat dan keyakinan murid-
murid untuk terus menjalani kehidupan serta memberi pengalaman dan pengetahuan baru
untuk terus maju ke hadapan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………............……....... …………………………..….........
(Nur Hanani bt Mohd Amin)
Penyelaras Pendidikan Khas
SK Beris Kubor Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS KUBOR BESAR
16350 BACHOK KELANTAN
TEL : 09-7649606 FAKS: 09-7649969

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI PSIKOMOTOR


TENPIN BOWLING 2016

TARIKH : 29 MAC 2016

TEMPAT : PACIFIC BOWL, KB MALL

ANJURAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


SK BERIS KUBOR BESAR

You might also like