You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH

06700 PENDANG KEDAH

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2019

Tarikh: 19 Julai 2018


Masa : 12.30 t/hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tanah Merah

KEHADIRAN :
1 .En. Jaafar bin Khalid (Pengerusi)
2. Pn. Zanariah binti Othman (Naib Pengerusi)
3. Pn. Norashikin (PK Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Rohana bt. Che Husin (Guru Prasekolah)
5. Pn. Rusmini bt. Mohd. Amin (PPM)
6. Pn. Hayati bt. Rashid (PPM)

URUSETIA :
1. Pn.Siti Hajar bt. Ismail ( Setiausaha)

I. PERUTUSAN YG. BERBAHAGIA PENGERUSI


1. Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi hadir.
Tujuan mesyuarat adalah bagi membincang dan membuat pemilihan murid prasekolah
sesi 2017.
2. Berharap agar komitmen yang diberikan kepada prasekolah dapat diteruskan pada
masa akan datang
Tindakan: Makluman
II. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3. Tiada.
III. PERKARA BERBANGKIT
4. Tiada.

IV. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN/ ISU


5. Pelantikan AJK pemilihan prasekolah
Pelantikan AJK Pemilihan Prasekolah bagi sesi 2017 adalah seperti berikut:-
En. Badrul Shahar Bin Hj Abdul Wahab (Pengerusi)
Pn. Hjh. Mashitoh Bt. Hj. Cha (Naib Pengerusi)
En.Khamarul Nizam Bin Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)
Pn. Siti Hajar Bt. Ismail (Setiausaha)
Pn. Rohana Bt. Che Husin (Guru Prasekolah)
En. Mohd. Noor Rizman Bin Darus (YDP PIBG)
1
Pn. Rusmini Bt. Mohd. Amin (PPM)
Pn. Hayati Bt. Rashid (PPM)

6. fKriteria pemilihan murid


Guru Besar memaklumkan mengenai kriteria pemilihan murid , rujuk surat JPN
bertarikh 19 Februari 2017 iaitu memilih kanak-kanak untuk memasuki kelas
prasekolah berdasarkan syarat-syarat kemasukan berikut:

6.1 Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja seperti dalam jadual di


bawah:
6.1.1 Kanak-kanak mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari tahun
persekolahan semasa (bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga
15 Januari juga dibenarkan untuk memohon.
6.1.2 Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.(Rujuk Lampiran B)

6.2 Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.my/

6.2.1 Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30


April 2017.

6.2.2 Ibu bapa atau penjaga hendaklah mencetak borang permohonan tersebut dan
dihantar ke sekolah yang di pohon beserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-
lewatnya pada 31 Mei 2017.

6.2.3 Ibu bapa / penjaga boleh memohon secara manual mulai 1 Mac hingga 31 Mei
2017.Borang boleh diambil di sekolah yang dipohon, diisi dengan lengkap dan
dihantar semula ke sekolah yang dipohon.

6.3 Pemilihan dibuat oleh jawatankuasa yang terdiri daripada:


 Guru Besar sekolah - Pengerusi
 Guru Penolong Kanan – Naib Pengerusi
 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Setiausaha
 Seorang Guru Prasekolah- Penolong Setiausaha
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum – AJK
 Guru Prasekolah (Jika melebihi 1 kelas) – AJK

6.4 Bilangan kanak-kanak dalam 1 kelas prasekolah di antara 10 – 25


orang. Sila ambil INGATAN, kanak-kanak yang diterima JANGAN
melebihi 25 orang.

7. Perbincangan dan keputusan mesyuarat


Setiausaha membentangkan permohonan bagi sesi 2017
7.1 Borang permohonan yang telah dikembalikan kepada sekolah sehingga
31 Mei 2017 adalah sebanyak 53 borang . Bilangan tempat yang
disediakan ialah untuk 50 orang murid (2 kelas).

7.2 AJK Pemilihan sebulat suara memutuskan untuk menerima dan


meluluskan semua permohonan murid yang lahir pada tahun 2012 iaitu
seramai 36 orang. AJK juga bersetuju untuk meluluskan permohonan 14
2
orang murid yang lahir pada tahun 2013. Mereka dipilih berdasarkan merit
(Rujuk Lampiran B). Baki lagi 3 permohonan diletakkan dalam senarai
simpanan.

7.3 Pihak sekolah akan melengkapkan lampiran A seperti yang dilampirkan


bersama surat siaran prasekolah sesi 2018 dan menghantarnya ke
penyelaras prasekolah PPD Pendang sebanyak 2 salinan bersama sesalinan
minit mesyuarat ini dan senarai AJK Pemilihan sebelum 23 Julai 2017.

7.4 Jika ada murid yang menarik diri setelah menerima tawaran, waris perlu
sediakan surat penarikan diri (rujuk pejabat am sekolah) dan hantar
sesalinan ke prasekolah.

7.5 Jika murid prasekolah ponteng, murid tersebut akan dirujuk mengikut
peraturan sekolah

7.6 Sekiranya berlaku penolakan, tawaran akan diberikan kepada murid senarai
simpanan teratas.
Tindakan: Makluman
8. PROGRAM PRASEKOLAH
Setiausaha memaklumkan mengenai beberapa program prasekolah dari pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia . Antaranya:

8.2 SKPK - Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan


SKPK adalah penarafan kendiri pihak sekolah yang merangkumi kualiti guru
dan ppm,kualiti tadbir urus, kualiti kurikulum,kualiti interaksi dan kualiti
kesihatan, pemakanan dan keselamatan.

8.3 IKMTS – Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun Satu


Instrumen ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti dan kesediaan murid
prasekolah KPM sebelum melangkah ke Tahun 1. Ia adalah berasaskan
aspek Jasmani, Sosioemosi, Rohani dan Intelek dalam proses pembelajaran
murid prasekolah.Maklumat ini sangat berguna kepada guru tahun satu dalam
merancang keperluan PdP awal tahun mengikut kesediaan dan kemampuan
murid mengikut aktiviti PdP

8.4 IPPK – Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan


Tujuan disediakan adalah untuk membantu guru merekodkan maklumat
perkembangan murid prasekolah secara sistematik.Data yang direkod dapat
menyediakan maklumat perkembangan murid secara menyeluruh dan guru
mengambil tindakan susulan untuk membantu pembelajaran murid. Data
yang direkodkan juga boleh dicetak untuk pelaporan kepada ibu bapa.

8.5 SMPK- Sistem Maklumat Prasekolah kebangsaan


3
Sistem tunggal bagi kutian data murid prasekolah bagi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS),Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan
Prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Tindakan: Makluman
V. HAL-HAL LAIN

9. Ibu bapa boleh menyemak status permohonan bermula 5 Ogos 2017 secara
atas talian.
Tindakan:Ibu bapa / penjaga
VI. PENUTUP
10. Mengharapkan kerjasama yang baik dari guru dan pembantu pengurusan
murid agar tiada konflik dalaman dan sentiasa maklum kepada pihak pentadbir apa-
apa yang melibatkan prasekolah.
Tindakan: Makluman

11. Penerangan yang lebih lanjut akan dimaklumkan oleh guru semasa taklimat
bersama waris yang akan dilaksanakan akhir Disember kelak.
Tindakan:Guru
Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah 2018 ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah
hari.

URUSETIA : Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah


TARIKH : 19 OKTOBER 2016

You might also like