You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA POMSON

43100 HULU LANGAT SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI 2/2018

Tarikh : 24 Julai 2018


Masa : 1.30 p.m
Tempat : Makmal Sains

Kehadiran :

1. Pn. Norazua Binti Mohd Razuki ( GPK 1)


2. En. Hasnul Hadi Bin Rozali (Ketua Panitia)
3. En. Mohammad Faiz Bin Ahmad Pudzi (Setiausaha)
4. En. Md Noor Bin Billak

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat
hadir ke mesyuarat pada hari ini.

1.3 PBPPP
Pengerusi mengingatkan kepada semua guru-guru supaya berjumpa
dengan pentadbir untuk membincangkan tentang markah prestasi masing-
masing.
Tindakan : Makluman
1.4 Pengurusan Kurikulum
Puan Guru Besar memaklumkan tentang program-program di bawah
unit kurikulum yang telah di rancang. Antara program-program tersebut
ialah :

1. Teknik Menjawab Soalan UPSR


2. Perkampungan Ilmu- 23 September 2018 hingga 27 September 2018
3. Kelas Tambahan - Sabtu ke 2 dan ke 4.
4. Sambutan Hari Kemerdekaan – Ogos
5. Pesta buah-buahan- 10 Ogos 2018
6. Saringan 2 LINUS2.0 - 1 Ogos
7. Program Mini Kem Linus – 31 Julai, 1 dan 2 Ogos 2018
8. Segak Bil 2 - 14 dan 15 Ogos 2018
9. Peperiksaan Akhir Tahun
10. Hari Anugerah Cemerlang – 16 Nov 2018

1.5 Latihan Personel


Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah kita telah mencapai KPI yang
telah di tetapkan untuk Latihan Personel di mana semua guru dan staf telah
cukup 7 hari berkursus dan dapat capai KPI 100%. Mata CPD untuk lulus
ialah 42 mata dan seramai 9 orang guru telah dapat capai mata lulus CPD
dan seramai 10 orang belum capai.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 En Mohammad Faiz mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu


disahkan dan disokong oleh En Md Noor Bin Billak.

Tindakan : Makluman
3. Perkara Berbangkit

3.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 : Perkara 4.1.3 : PLC

Puan Norazua memaklumkan kepada semua guru, laporan PLC kitaran 1


perlu di hantar kepada beliau u. Di dalam laporan tersebut, perlu ada
gambar dan mengikut format yang telah di berikan oleh PPD. Ketua Panitia
boleh mendapatkan format laporan tersebut daripada Puan Noraazu

3.2 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 : Perkara 4.2 : KSSR


Puan Norazua memaklumkan bahawa di dalam DSKP yang terkini
perkataan “Draf” dan meminta semua guru menyemak kembali
DSKP masing-masing dan mengemaskini DSKP mengikut keperluan
semasa.
3.3 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 : Perkara 4.8 : Bilik-Bilik Khas
Puan Norazua memaklumkan bahawa hanya 3 orang sahaja yang
telah menghantar jadual penggunaan bilik-bilik khas. Beliau meminta
supaya guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas menghantar jadual
penggunaan bilik-bilik khas kepada beliau pada hari Isnin ( 16 Julai
2018).

3.4 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 : Perkara 4.11 : PBS


Puan Norazua mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
En. Shamzurimi dengan di bantu oleh En.Mohd Hafiz kerana dapat
menyediakan tapak laporan PBS. Beliau meminta En.Shamzurimi
supaya menyemak semula kelas mana yang masih belum
melengkapkan lagi tapak PBS. Sekiranya semuanya telah lengkap,
beliau meminta En.Shamzurimi mencetak kesemua tapak pelaporan
mengikut kelas dan hantarkan kepada beliau selewat-lewatnya pada
hari Jumaat ( 20 Julai 2018) minggu hadapan.

3.5 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018:Perkara 4.12: Projek Khas


Peningkatan UPSR
Puan Norazua memaklumkan bahawa antara Projek Khas UPSR yang
paling hampir ialah Program Teknik Menjawab Soalan UPSR yang
akan di adakan pada minggu hadapan dan juga Perkampungan Ilmu.
Untuk program Perkampungan Ilmu, Puan Norazua meminta
penyelaras Tahun 6 iaitu En.Muhammad Alif Firdaus supaya
menyediakan jadual bertugas guru sepanjang program tersebut di
jalankan. Semua guru terlibat dengan program ini kecuali guru yang
menjadi pengawas UPSR.

3.6 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 : Perkara 4.18: Ketetapan Mesyuarat
Panitia Matapelajaran
Puan Norazua mengingatkan kepada semua guru supaya menghantar
minit mesyuarat panitia bilangan 1 kerana masih ada lagi panitia
yang belum menghantar minit mesyuarat tersebut. Beliau memberi
tempoh kepada guru-guru untuk menghantar minit mesyuarat pertama
sehingga minggu hadapan iaitu selewat-lewatnya pada 20 Julai 2018.
t
4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pembentangan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun

4.1.4 En. Hasnul Hadi pula membentangkan analisa untuk matapelajaran Sains
berdasarkan jadual analisa di bawah :

Tidak
Kelas A B C D E Menguasai
Menguasai
/ GPMP
Tahun Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Tahun
5 50 0 0 2 20 0 0 3 30 7 70 3 30 2.6
1
Tahun
2 11.76 4 23.53 1 5.88 0 0 10 58.82 7 41.18 10 58.82 3.71
2
Tahun
3 15 5 25 5 25 2 10 5 25 15 75 5 25 3.05
3
Tahun
1 7.14 3 21.43 4 28.57 2 14.29 4 28.57 10 71.43 4 28.57 3.36
4
Tahun
0 0 2 8 7 28 5 20 11 44 14 56 11 44 4
5
Tahun
0 0 2 11.76 5 29.41 3 17.65 7 41.18 10 58.82 7 41.18 3.88
6

a. Untuk mata pelajaran Sains pula, En. Hasnul memaklumkan bahawa


daripada kelemahan yang ada, apa yang perlu beliau lakukan untuk
meningkatkan peratusan murid ialah perlu banyakkan membuat latihan.

b. Untuk tahun 2 pula, En.Mohd Faiz memaklumkan bahawa murid-murid


tahun 2 boleh membaca tetapi mereka keliru dengan soalan. Murid juga
suka ambil jalan mudah menjawab soalan asalkan siap.
4.2 Fail Panitia
4.2.1 Puan Norazua meminta semua Ketua Panitia memberikan maklum balas
tentang fail panitia masing-masing.
a. En. Khairuddin selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu memaklumkan
bahawa untuk fail Panitia Bahasa Melayu, beliau telah kemas kini dan
telah membuat semakan dan yang masih belum ada di dalam fail tersebut
ialah analisa peperiksaan bulan 3 dan analisa pertengahan tahun. Beliau
juga memaklumkan bahawa DSKP yang baru belum ada lagi di dalam
fail. RPT pula hanya sebahagian sahaja yang ada.
Puan Norazua juga memaklumkan bahawa analisa LINUS2.0 perlu di
masukkan di dalam fail Panitia Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa
Inggeris mengikut subjek.

Tindakan : Guru Sains


5.0 LAPORAN UNIT / PERKARA-PERKARA BAHARU

5.1 Fail Panitia

5.1.1 Puan Norazua meminta semua guru meletakkan keempat-empat fail di


Makmal Komputer di tempat dan ruang yang betul. Sekiranya guru
meletakkan di tempat yang salah, guru akan di anggap tidak menghantar
fail tersebut.
Tindakan : Semua guru

5.1.2 Puan Norazua memaklumkan bahawa masih ada guru yang belum
menghantar PBS. Beliau meminta semua guru untuk mencetak 1
salinan PBS yang telah lengkap di isi untuk di masukkan dalam fail
PBS.
Tindakan : Semua guru

5.1.3 Puan Norazua mengucapkan tahniah kepada semua guru atas usaha
guru untuk memastikan anak didik berjaya dengan cemerlang. Untuk
analisa UPSR, GPS sekolah untuk tahun 2017 adalah sebanyak 3.63.
Peratusan yang di perolehi adalah sebanyak 20% di mana hanya 2
orang murid sahaja yang lulus semua subjek.
Tindakan : Semua guru
5.2 PCG Panitia Sains

5.2 1 Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimum


untuk sumber pendidikan (60%-80%) melibatkan semua tahun.
5.2.2 Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran murid
(20%- 30%)
melibatkan semua tahun.
5.2.3 Pembelian sumber/program mesti mematuhi prosedur kewangan
yang telah ditetapkan.

. .
Tindakan: Makluman
5.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5.3.1 Peringatan untuk semua guru, tamplet PBS perlu diletakkan di
dalam folder RPH masing-masing supaya penilaian boleh dicatat
secara berterusan.
5.3.2 Pengisian data “offline” dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan
Jun dan November. Data tersebut perlu diserahkan kepada
penyelaras PBS iaitu Encik Muhammad Shamzurimi bin
Muhammad. Pentaksiran sekolah dibuat secara berterusan sama
ada secara formal dan tidak formal supaya guru dapat
menentukan tahap penguasaan sebenar murid.

Tindakan: Makluman
5.4 Fail Panitia

Untuk Panitia Sains pula, En. Hasnul Hadi selaku Ketua Panitia juga
memaklumkan bahawa fail Panitia Sains juga telah di kemaskini. Minit
Mesyuarat dan RPT juga telah di masukkan dalam fail tersebut kecuali
Jadual waktu terkini guru masih belum dikemaskini.

Tindakan : Ketua Panitia Sains

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Puan Norazua memaklumkan bahawa ujian penilaian akan di adakan pada
hujung bulan Julai. Mata pelajaran yang terlibat ialah mata pelajaran teras
dan Pendidikan Moral. Guru-guru yang terlibat dengan mata pelajaran
tersebut perlu menghantar kertas soalan pada minggu hadapan.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

6.2 Puan Norazua juga memaklumkan, guru-guru yang telah menghadiri kursus
KSSR Semakan perlu membuat LADAP selama 2 hari. Jadual untuk LADAP
tersebut akan di sediakan.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

6.3 Selain itu, Puan Norazua juga mengingatkan kepada semua guru yang
menggunakan bilik-bilik khas supaya mengisi buku penggunaan bilik dan
menampal jadual penggunaan bilik khas.

Makluman : Semua Guru

6.4 Puan Norazua juga mengingatkan kepada ketua panitia supaya mendapatkan
jumlah sebenar PCG mata pelajaran yang terkini daripada Puan Hasnida
untuk di masukkan dalam minit mesyuarat panitia masing-masing.

Tindakan : Ketua Panitia


6.5. Puan Norazua memaklumkan juga tentang buku aktiviti, di mana guru-guru
boleh serahkan duit buku aktiviti kepada beliau sekiranya murid telah
membuat bayaran.
Tindakan : Guru Kelas

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petangi dengan bacaan surah Al-
Ass dan tasbih kifarah dan di akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih
daripada pengerusi.

Disediakan oleh,
Setiausaha,
Panitia Sains,
SK Kuala Pomson
Bertarikh : 26 September 2018
5.4 RPT, RPH dan KSSR

5.4.1 RPT
RPT perlu disediakan mengikut minggu yang telah ditetapkan dan
satu salinan diserahkan kepada Ketua Panitia untuk disimpan di
dalam fail panitia.
5.4.2 RPH
Ketua Panitia memaklumkan RPH masih menggunakan format yang
sama seperti tahun 2017.
5.4.3 KSSR Semakan Bahasa Inggeris Tahun 2
KSSR Semakan menekankan penggabungjalinan kemahiran
bahasa, penyerapan ilmu dan penerapan nilai murni. Kemahiran
bahasa seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Tatabahasa dan Aspek Seni
Bahasa digabungjalinkan bagi memantapkan penguasaan bahasa
murid.
Tindakan: Makluman

6.0 Perancangan Panitia Sains

6.1Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim


sekolah.

6.2 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 bagi Tahap 1 dan
Tahap 2 adalah seperti berikut :

ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2017.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 20 8 40.00 3 15.0 6 30.0 1 5 18 90 2 10,0
TAHUN 2 22 5 22.73 4 18.2 1 4.5 6 27.3 16 72.7 6 27.7
TAHUN 3 18 7 38.89 3 16.7 3 16.7 2 11.1 15 83.3 3 16.7
TAHUN 4 24 0 0.0 1 4.17 6 25 6 25.0 13 54.2 11 48.8
2 18 0 0.0 2 11.1 0 0 6 33.3 8 44.4 10 55.6

ANALISA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN 2017

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % D % LULUS % E %

2017 6 10 0 0 2 20.0 4 40.0 4 40.0 10 100 0 0


6.3 Target UPSR 2018
Calon pada tahun 2018 adalah seramai 17 orang. Target lulus
keseluruhan adalah sebanyak 100%. Pencapaian 6A seramai 2 orang.
Pencapaian 2 orang adalah sebanyak 15.7%. Manakala target GPS adalah
3.00.

6.4 Penulisan Buku Rekod Mengajar.


Folder rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR
bermula pada tahun 2018
6.4.1Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja.
Manakala Tahap 2 menggunakan sebanyak 2 buah.

6.5 Aktiviti Panitia


Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun 2018
6.5.1 Persembahan panitia sains di Perhimpunan pagi adalah setiap
hari Isnin.
6.5.2 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
6.5.3 Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
6.5.4Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid
Tahun 5 dan Tahun 6.
6.5.5 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
6.5.5 Minggu Matematik dan Sains.
7.0 Perancangan Strategik
Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
7.1 Target Sains Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 5.
7. 2 Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus
secara keseluruhan.

Tindakan : Guru Sains

8.0 Hal – hal lain.

Ketua Panitia dan guru sains boleh menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diserahkan kepada guru
perpustakaan Media.

6.1 Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam Buku Rekod
Penggunaan Bilik Sains 2018

Tindakan : Guru Sains

9.Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( En. Mohammad Faiz B. Ahmad Pudzi ) ( En hasnul Hadi B Rozali )
S/U Panitia Sains, KP Sains,
SK Kuala Pomson SK Kuala Pomson

You might also like