You are on page 1of 4

PLC- PANITIA REKA CIPTA SMK TPDPH NORMAH, DARO 2017

Sarana 1 (TSS)

SESI PERKONGSIAN GURU

Nama Ahli Kumpulan:


1. Syaidin Bin Mostapa
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional – SMK TPDPHN Normah) - Fasilitator
2. Nur Alisya Mokli Abdullah
(Ketua Panitia RC – SMK TPDPHN Normah) - Fasilitator
3. Zainal Bin John
(Ketua Panitia RC – SMK Semop) - Peserta

Tempat / Tarikh / Masa :


Makmal Komputer SMK TPDPH Normah, Daro
29 Mac 2017
0800-1600
Bil 1/2017

Deskripsi : Apa yang telah berlaku? Apa yang dikaji / pelajari?

Selaras dengan penjenamaan semula mata pelajaran REKA CIPTA yang telah dimasukkan di bawah
pelaksanaan STEM dan KSSM mulai tahun 2017, maka format pentaksiran kerja kursus bagi calon
SPM 2018 telah mengalami perubahan.
Sesi perkongsian guru pada kali ini adalah mengenai perubahan format pentaksiran kerja kursus
KBSM RC yang lama kepada KBSM (STEM) RC yang baharu. Guru juga didedahkan mengenai
penambahan kepada KSSM RC yang baharu iaitu (Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi SPM
2018) khas untuk murid Tingkatan 4 Tahun 2017.
Interprestasi : Apa yang penting / menarik / berguna / releven tentang sesi perkongsian
atau idea yang dusampaikan tadi? Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang
anda praktikkan sebelum ini?

1. Perbezaan antara Format Pelaksanaan Kerja Kursus SPM 2018 dan SPM 2017
2. Perbezaan format soalan bagi SPM 2018 dan SPM 2017
3. Perbincangan mengenai contoh pembinaan folio/artifak.

Hasil : Apakah yang saya pelajari? Apa maksudnya pada profesionalisme saya

1) Terdapat BANYAK perbezaan di antara format pentaksiran SPM 2017 dan SPM 2018. Oleh
itu, guru perlu bersedia untuk menyesuaikan diri mengenai perubahan ini dengan kadar
segera.
2) Tindakan pantas perlu diambil agar format soalan peperiksaan dalaman dapat diubahsuai
dengan berlandaskan format yang betul.
3) Kerja Kursus SPM 2018 boleh mula dilaksanakan selepas tema bagi SPM 2018 di muat turun
dari internet Lembaga Peperiksaan Malaysia.
4) Aktiviti perkongsian ini dapat memberikan panduan dan pencerahan kepada guru untuk
melaksanakan PBS SPM 2018 bagi mata pelajaran Reka Cipta.
5) Aktiviti perkongsian ini akan terus dilaksanakan berdasarkan keperluan guru dari semasa ke
semasa.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

( ) ( )

NUR ALISYA MOKLI ABDULLAH NORHAYATI BT SULAIMAN


Ketua Panitia Reka Cipta Pengetua
SMK TPDPH Normah, Daro SMK TPDPH Normah, Daro
PLC- PANITIA REKA CIPTA SMK TPDPH NORMAH, DARO 2017

Sarana 1 (TSS)

SESI PERKONGSIAN GURU

Nama Ahli Kumpulan:


1. Nur Alisya Mokli Abdullah
(Ketua Pentaksir Kawasan –Mukah/ Ketua Pentaksir Sekolah)
(Ketua Panitia RC – SMK TPDPHN Normah) - Fasilitator
2. Syaidin Bin Mostapa
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional/ Pentaksir Sekolah – SMK TPDPHN Normah) -
Fasilitator
3. Zainal Bin John
(Ketua Panitia RC / Pentaksir Sekolah– SMK Semop) - Peserta

Tempat / Tarikh / Masa :


Makmal Komputer SMK TPDPH Normah, Daro
25 April 2017
1500-1700
Bil 2/2017

Deskripsi : Apa yang telah berlaku? Apa yang dikaji / pelajari?

Sesi perkongsian guru pada kali ini adalah mengenai Perubahan Manual Pentaksiran Kerja Kursus
(MPKK) mulai SPM 2018. Rubrik Pentaksiran dan Penskoran bagi kertas 3763/2 Reka Cipta khas
untuk murid Tingkatan 4 Tahun 2017 dan murid Tingkatan 5 Tahun 2018 juga turut dibincangkan.
Perkongsian ini juga bertujuan untuk membantu guru RC SMK Semop yang merupakan sekolah
kedua di Bahagian Mukah yang menawarkan subjek ini.

Interprestasi : Apa yang penting / menarik / berguna / releven tentang sesi perkongsian
atau idea yang disampaikan tadi? Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang
anda praktikkan sebelum ini?

1. Perbezaan antara Format Pelaksanaan Kerja Kursus SPM 2018 dan SPM 2017
2. Perbincangan mengenai contoh pembinaan folio dan artifak.

Hasil : Apakah yang saya pelajari? Apa maksudnya pada profesionalisme saya

1) Terdapat BANYAK perbezaan di antara format pentaksiran SPM 2017 dan SPM 2018. Walau
bagaimanapun, tugasan membina folio dan artifak mulai SPM 2018 telah menjadi semakin
mudah bagi calon SPM dan Pentaksir. Tempoh menyiapkan folio dan artifak masih
dikekalkan selama setahun bermula 1 April 2017 hingga 31 Mac 2018.
2) Rubrik Penskoran yang baharu agak mengelirukan namun telah diberikan pencerahan oleh
Ketua Pentaksir Kawasan. Sebarang perubahan atau persoalan akan cuba dibantu oleh
KPKw dan KPN.
3) Belum ada contoh folio yang boleh dirujuk kerana tahun ini merupakan tahun pertama KSSM
MPEI Reka Cipta dilaksanakan. Guru diperingati agar merujuk kepada Rubrik Penskoran
yang boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.
4) Aktiviti perkongsian ini dapat memberikan panduan dan pencerahan kepada guru untuk
melaksanakan PBS SPM 2018 bagi mata pelajaran Reka Cipta dan akan terus dilaksanakan
berdasarkan keperluan guru dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

( ) ( )

NUR ALISYA MOKLI ABDULLAH NORHAYATI BT SULAIMAN


Ketua Panitia Reka Cipta Pengetua
SMK TPDPH Normah, Daro SMK TPDPH Normah, Daro
PLC- PANITIA REKA CIPTA SMK TPDPH NORMAH, DARO 2017

Sarana 1 (TSS)

SESI PERKONGSIAN GURU

Nama Ahli Kumpulan:


1. Nur Alisya Mokli Abdullah
(Ketua Pentaksir Kawasan –Mukah/ Ketua Pentaksir Sekolah)
(Ketua Panitia RC – SMK TPDPHN Normah) - Fasilitator
2. Syaidin Bin Mostapa
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional/ Pentaksir Sekolah – SMK TPDPHN Normah) -
Fasilitator
3. Zainal Bin John
(Ketua Panitia RC / Pentaksir Sekolah– SMK Semop) – Peserta

Tempat / Tarikh / Masa :

Makmal Komputer SMK TPDPH Normah, Daro


31 Julai 2017
1500-1700
Bil 3/2017

Deskripsi : Apa yang telah berlaku? Apa yang dikaji / pelajari?

PENYEDIAAN FAIL PANITIA/PBS


Selaras dengan penjenamaan semula mata pelajaran REKA CIPTA yang telah dimasukkan di bawah
pelaksanaan STEM dan KSSM mulai tahun 2017, maka beberapa Fail wajib disediakan bagi panitia
ini. Sesi perkongsian guru pada kali ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru RC kepada
3 jenis fail yang perlu disediakan bagi subjek ini selain daripada fail Panitia iaitu fail Induk Panitia,
PBS dan fail Kerja Kursus.

Interprestasi : Apa yang penting / menarik / berguna / releven tentang sesi perkongsian
atau idea yang disampaikan tadi? Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang
anda praktikkan sebelum ini?

1. Terdapat pertambahan satu fail iaitu fail PBS mulai tahun 2017
2. Terdapat perbezaan dalam format pemfailan mengikut sekolah masing-masing.

Hasil : Apakah yang saya pelajari? Apa maksudnya pada profesionalisme saya

1) Setiap fail harus mempunyai item-item yang telah ditetapkan.


2) Senarai semak isi kandungan fail telah dikongsikan pada sesi perkongsian kali ini.
3) Item yang tidak ada pada fail SMK Semop telah disediakan.
4) Fail mestilah dikemaskini dari semasa ke semasa kerana pemantauan dari pihak nazir, LPM
atau JPN boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
5) Surat lantikan ketua/pentaksir sekolah dan surat akuan penerimaan haruslah dibuat pada
setiap tahun dan disimpan di dalam fail.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

( ) ( )

NUR ALISYA MOKLI ABDULLAH NORHAYATI BT SULAIMAN


Ketua Panitia Reka Cipta Pengetua
SMK TPDPH Normah, Daro SMK TPDPH Normah, Daro
PLC- PANITIA REKA CIPTA SMK TPDPH NORMAH, DARO 2017

Sarana 1 (TSS)

SESI PERKONGSIAN GURU

Nama Ahli Kumpulan:


1. Nur Alisya Mokli Abdullah
(Ketua Pentaksir Kawasan –Mukah/ Ketua Pentaksir Sekolah)
(Ketua Panitia RC – SMK TPDPHN Normah) - Fasilitator
2. Syaidin Bin Mostapa
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional/ Pentaksir Sekolah – SMK TPDPHN Normah) –
Peserta
3. Zainal Bin John
(Ketua Panitia RC / Pentaksir Sekolah– SMK Semop) – Peserta

Tempat / Tarikh / Masa / Bil:


Makmal Komputer SMK TPDPH Normah, Daro
Nov 2017
1500-1700
Bil 4/2017

Deskripsi : Apa yang telah berlaku? Apa yang dikaji / pelajari?

PENATARAN FOLIO TINGKATAN 4 2017/ TINGKATAN 5 2018


Pemurniaan folio murid tingkatan 4 tahun 2017 dan persediaan untuk murid Tingkatan 5 tahun 2018.

Interprestasi : Apa yang penting / menarik / berguna / releven tentang sesi perkongsian
atau idea yang disampaikan tadi? Adakah amalan ini sama atau berbeza dengan apa yang
anda praktikkan sebelum ini?

1. Tidak wujud diskriminasi markah mulai tahun 2017.


2. Murid boleh membuat penambahbaikan pada folio mengikut tarikh akhir yang diberikan oleh
guru masing-masing yang berlandaskan kepada arahan daripada pihak LPM.
3. Markah kerja kursus 3763/2 mestilah diberikan kepada Setiausaha Peperiksaan SPM dan
dikunci masuk sebelum atau pada 15 November 2017.
4. Setiap calon Reka Cipta SPM 20118 haruslah dibekalkan dengan satu salinan Tema
Tugasan SPM 3763/2 untuk simpanan calon.

Hasil : Apakah yang saya pelajari? Apa maksudnya pada profesionalisme saya

1) Borang soal selidik/evidens haruslah disimpan dalam sampul dan diisi/dilengkapkan.


2) Tulisan tangan pada helaian folio haruslah kemas dan boleh dibaca oleh
pentaksir/KPKw/pemantau.
3) Perkembangan penjanaan idea mestilah jelas dan berlabel.
4) Anak panah label harus menunjuk ke dalam dengan kepala panah hendaklah dihitamkan.
5) Senarai kesan akibat daripada kekuatan dan kelemahan idea yang dijana mestilah selari
6) Pemarkahan folio dan artifak adalah berdasarkan Rubrik Penskoran yang terdapat di dalam
MPKK mulai SPM 2018
7) Tempoh untuk memasukkan markah kerja kursus Tingkatan 4 secara dalam talian haruslah
dipatuhi.
8) Folio dan artifak bagi calon SPM 2018 mestilah siap sebelum atau pada 31 Mac 2018.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

( ) ( )

NUR ALISYA MOKLI ABDULLAH NORHAYATI BT SULAIMAN


Ketua Panitia Reka Cipta Pengetua
SMK TPDPH Normah, Daro SMK TPDPH Normah, Daro

You might also like