You are on page 1of 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/322405601

Penghapusan Diskriminasi Perkauman: Halatuju dan Cabaran

Article · January 2017

CITATIONS READS

0 848

2 authors:

Maziah Binti Hamzah Shahrul Mizan Ismail


UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    62 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Human Rights Enforcement View project

Legal Identity Recognition of Transgender in Pakistan View project

All content following this page was uploaded by Shahrul Mizan Ismail on 11 January 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 1

PENGHAPUSAN DISKRIMINASI PERKAUMAN: HALATUJU DAN


CABARAN

oleh

MAZIAH BINTI HAMZAH*

SHAHRUL MIZAN ISMAIL**

ABSTRAK

Cabaran untuk mengekalkan kestabilan negara dengan menjaga


kepentingan kaum demi keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan
negara adalah antara cabaran utama yang digalas oleh sesebuah negara.
Hal-hal berkaitan perkauman adalah antara faktor penting yang boleh
mengancam kestabilan sesebuah negara. Dalam menangani perkara-
perkara berkaitan perkauman, peruntukan-peruntukan berkaitan perpaduan
disediakan. Di Malaysia, isu diskriminasi kaum masih menular di kalangan
rakyat di mana tanpa disedari atau diakui masih mempunyai perasaan
perkauman. Penyertaan negara di dalam Konvensyen Antarabangsa
mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk (ICERD)
adalah penting bagi menjayakan usaha itu. Idea ICERD telah diterima
pakai dan dibuka untuk ditandatangani dan diratifikasi oleh Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1965. Konvensyen
tersebut memerlukan negara-negara anggota untuk mengharamkan ucapan
berunsur kebencian selaras dengan mukadimahnya yang menyatakan
bahawa tiada justifikasi untuk diskriminasi kaum, baik secara teori
mahupun amalan. Sehingga kini, Malaysia masih belum menyertai
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 2

konvensyen tersebut yang telahpun ditandatangi oleh 88 buah negara.


Secara tidak langsung, ini membuktikan Malaysia masih berhadapan dan
terlalu jauh dalam usaha untuk merealisasikan matlamat untuk
mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama yang telah
diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Sungguhpun
Perlembagaan Persekutuan boleh memberi perlindungan berkaitan
diskriminasi kaum kepada rakyat, namun sekiranya Malaysia menyertai
ICERD dalam memenuhi tanggungjawab menghapuskan diskriminasi
kaum, ia adalah lebih baik. Ia dijamin akan mewujudkan persefahaman dan
menghormati maruah sesama manusia dan tindakan itu dapat
menterjemahkan komitmen kepada prinsip asas memartabatkan maruah
setiap manusia. [1]

PENGENALAN

Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum


dalam Semua Bentuk (ICERD) bertujuan menghapuskan segala bentuk
diskriminasi kaum dan memperkenalkan persefahaman di antara semua
kaum. [2] Diskriminasi perkauman telah seringkali kita dengar terutama di
dalam hal-hal di peringkat antarabangsa. Umpamanya tindakan
diskriminasi terhadap kaum kulit hitam di Amerika, [3] pemisahan kaum
melalui Dasar Aparteid [4] di Afrika Selatan, gerakan melampaui sempadan
di German yang menganggap dirinya suatu kaum yang sempurna yang
menimbulkan pembunuhan besar-besaran terhadap bangsa lain dan semua
tindakan memperkecilkan bangsa lain yang pernah terjadi di seluruh dunia
merupakan fakta yang tidak akan luput dari ingatan masyarakat
antarabangsa.
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 3

Ekoran dari itu, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah


mewujudkan sebuah konvensyen antarabangsa tentang penghapusan segala
bentuk diskriminasi perkauman di peringkat antarabangs a iaitu
Penghapusan Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk (International
Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
(ICERD). [5] Kaedah pelaksanaan konvensyen ini melalui pembentukan
Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk
(CERD) [6] yang memiliki tugas untuk mengawasi kesamarataan kaum dan
tiada diskriminasi.

LATARBELAKANG KAJIAN

Menurut ICERD definisi diskriminasi perkauman adalah segala bentuk


perbezaan, pengecualian, pembatasan atau pengutamaan berdasarkan
kaum, warna kulit, keturunan atau suku kaum yang mempunyai maksud
untuk menidakkan sesuatu kaum [7] yang lain. Negara-negara yang telah
meratifikasi ICERD wajib menghindari segala bentuk tindakan yang
diskriminatif, mengulangkaji dan menghapuskan undang -undang yang
bersifat diskriminatif, melarang diskriminasi kaum yang dilakukan oleh
orang, kelompok atau organisasi; mengambil tindakan-tindakan khusus
untuk melindungi golongan yang tidak bernasib baik; serta mengemukakan
laporan pelaksanaan secara berkala.

Apa yang nyata adalah, sebagaimana konvenyen-konvensyen PBB yang


lain, ICERD bersifat mengikat peserta-peserta di dalam pendiriannya.
Sebelum sesebuah negara anggota meratifikasi konvensyen ini, mereka
harus memastikan dasar-dasar negaranya tidak akan bertentangan dengan
intipati konvensyen ICERD apabila dilaksanakan.
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 4

Realitinya, apabila sesuatu negara meratifikasi ICERD, ia tidak


menjadikan negara, atau masyarakat di dalam negara tersebut menjadi
patuh dan mengimplementasi dengan baik isi kandungan ICERD tersebut.
Kecenderungan bahawa sesuatu negara atau masyarakat suatu negara
melanggar prinsip-prinsip ICERD tetap wujud. Terutama di dalam isu-isu
berkaitan politik, ideologi, sosiologi, budaya dan berbagai lagi. Sebagai
contoh, perasaan Islamofobia di negara-negara barat selepas serangan 11
September 2001, atau wujudnya perlakuan yang tidak menyenangkan
dalam sesuatu negara terhadap kelompok etnik tertentu, sebagai contoh
pengusiran kaum gipsi di Perancis, atau diskriminasi keturunan Korea di
Jepun, perlakuan stereotaip dan sentimen terhadap kumpulan etnik
tertentu, tidak kira mereka warganegara atau imigran yang masih luas
dipraktikkan di seluruh dunia. Secara amnya negara yang telah meratifikasi
ICERD, walaupun telah menimbang berbagai faktor dalaman, belum tentu
akan melaksanakan prinsip-prinsip di dalam konvensyen ini secara
menyeluruh.

ICERD meletakkan tanggungjawab kepada negara penandatangan untuk


mengutuk diskriminasi terhadap mana-mana orang berdasarkan kaum,
warna kulit, keturunan atau warganegara atau asal etnik. [8] Selanjutnya ia
menggesa negara untuk “tidak menggalakkan apa-apa yang cenderung
untuk menimbulkan perpecahan kaum dan mengiktiraf hak untuk memiliki
harta bersama dengan yang lain. Perkara 1 perenggan 4 ICERD
membenarkan langkah-langkah khas diambil untuk memastikan
pembangunan yang mencukupi untuk kumpulan tertentu dicapai bagi
memberikan nikmat yang saksama atau melaksanakan hak asasi yang
disediakan dengan syarat langkah-langkah ini “tidak diteruskan apabila
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 5

objektif yang mana ia dibuat telah dicapai”. Seorang individu atau


kumpulan individu yang mendakwa bahawa dia adalah mangsa kepada
pelanggaran hak yang dinyatakan dalam ICERD boleh memaklumkan
Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD) yang boleh
membuat cadangan kepada negara penandatangan dan kepada mangsa
tertakluk kepada Perkara 14 ICERD.

NEGARA-NEGARA YANG TELAH MERATIFIKASI ICERD

Setiap negara memiliki tanggungjawab moral untuk mematuhi setiap


undang-undang antarabangsa. Namun demikian, kewajipan moral tidak
memadai dan tidak boleh memaksa mana-mana negara untuk mematuhi
sebarang konvensyen antarabangsa. Bagi negara-negara yang telah
meratifikasi ICERD mereka mempunyai sebab dan alasan tersendiri untuk
menyertai ICERD. Antara negara tersebut adalah Indonesia dan
Singapura.[9]

Indonesia meratifikasi konvensyen ini pada tahun 1999 disebabkan oleh


diskriminasi terhadap kaum Tionghua yang sedang merebak ketika itu. [10]
Dengan meratifikasi konvensyen antarabangsa ini, bukan Indonesia sahaja
malah semua negara yang berbuat demikian mempunyai kewajipan untuk
menghapuskan segala bentuk diskriminasi di negaranya dan menegaskan
bahawa kesamarataan merupakan hak asasi setiap manusia. Dalam hal-hal
pengawasan dan pelaksanaan, CERD mempunyai kuasa untuk memberikan
peringatan kepada negara (early warning measures [11] ) dan mengkaji
semula proses penyelesaian masalah diskriminasi perkauman ini ( review
procedure [12] ). Sehingga kini, walaupun telah meratifikasi konvensyen ini,
Indonesia masih mengalami masalah dan sering terjadi diskrimin asi kaum
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 6

secara berleluasa disebabkan golongan kaum dan etnik yang berbagai.


Perlakuan diskriminasi terhadap sesuatu etnik amat bertentangan dengan
Undang-Undang Dasar Indonesia 1945 [13] dan tentu sahaja melanggar
prinsip-prinsip di dalam ICERD.

Singapura pula telah meratifikasi Konvesyen Antarabangsa Penghapusan


Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk (ICERD) pada 19 Oktober 2015
di New York dan mengharapkan isu diskriminasi perkauman ini dapat
ditangani pada tahun 2017. Singapura juga menggesa negara-negara yang
ingin menyelesaikan isu yang sama di konvesyen itu untuk menghapuskan
kesemua bentuk diskriminasi, serta mengamalkan dasar-dasar saling
menghormati. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Singapura komited
untuk memelihara sebuah masyarakat yang berbilang kaum, di mana setiap
orang boleh menikmati peluang yang sama rata, tanpa mengira bangsa,
bahasa ataupun agama. [14] Adalah penting bagi masyarakat berbilang kaum
seperti Singapura memastikan bahawa kaum-kaum minioriti diiktiraf
supaya mereka sentiasa berasa yakin dan selamat, termasuk juga
persekitaran di mana mereka layak memartabatkan maruah yang
sepatutnya diperolehi oleh setiap manusia.

PENDIRIAN MALAYSIA DI DALAM ISU PENGHAPUSAN


DISKRIMINASI PERKAUMAN MENGIKUT IDEA ICERD

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami masyarakat pelbagai


bangsa.[15] Terdapat banyak tindakan dan kata-kata daripada wakil pihak
kerajaan dan pihak bukan kerajaan yang bercanggah dengan Perkara 8(2)
Perlembagaan Persekutuan di bawah mana perkara ini menyatakan bahawa
tiada sebarang diskriminasi boleh dilakukan atas dasar perbezaan bangsa.
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 7

Sehingga ke hari ini, kerajaan gagal menunjukkan sebarang usaha yang


cepat dan segera untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi
sedemikian, tidak kira bagaimana diskriminasi tersebut berlaku. Antara
kejadian yang pernah berlaku termasuklah: Seorang pengetua sekolah telah
mengarahkan pelajar Cina agar pulang ke negara China dan menyamakan
tali sembahyang yang digunakan oleh kaum India sebagai tali tambat
anjing. Tidak ada tindakan sewajarnya dikenakan ke atas pengetua terbabit.

Di dalam isu Penghapusan Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk


(ICERD) ini, Malaysia seharusnya meratifikasi ICERD, dan menyediakan
rangka kerja perundangan berinstitusi supaya kewajipan antarabangsa
negara Malaysia dapat dipenuhi dan dikuatkuasakan melalui undang -
undang tempatan. [16] Malaysia seharusnya menunjukkan kesungguhan yang
tinggi di dalam menangani isu diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi
terhadap kaum, serta mewujudkan budaya berbincang dan berdialog
dengan menghargai nilai-nilai murni yang dikongsi oleh semua rakyat
Malaysia dan manusia amnya. Ratifikasi kepada konvensyen antarabangsa
ini juga boleh melengkapi dan mengukuhkan sesuatu pelan tindakan
Negara, selain menjadi kayu ukur kepada kemajuan di dalam pembangunan
supaya selaras dengan piawaian antarabangsa. Dalam perkara ini juga,
Malaysia perlu mencontohi negara-negara PBB yang lain, yang
kebanyakannya telahpun ratifikasi atau menyertai Konvensyen ini
berdasarkan rasional dan pendekatan ini. Sebagai ahli PBB, Malaysia telah
berikrar di bawah Piagam PBB untuk terus mempromosi dan memberi
galakan kepada kehormatan sejagat serta memberi pematuhan kepada hak
asasi manusia tanpa diskriminasi. Triti Antarabangsa juga dilihat mampu
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 8

untuk menjadi inspirasi kepada pengwujudan undang-undang yang lebih


baik pada masa akan datang.

CABARAN-CABARAN PELAKSANAAN PENGHAPUSAN


DISKRIMINASI PERKAUMAN

ICERD dilihat sebagai sebuah mekanisme yang mampu menyatukan dan


menghapuskan diskriminasi kaum di dalam pelbagai bentuk. Namun
sejauhmanakah keberkesanan idea ICERD di dalam pelaksanaan
Penghapusan Diskriminasi Perkauman. Pertama sekali kita lihat usaha-
usaha penghapusan diskriminasi dalam berbagai bentuk telah dilakukan
secara terus-menerus, tetapi hasil yang dicapai masih tidak
memberansangkan dan masih menghadapi berbagai masalah.

Secara umum, permasalahan yang dihadapi merangkumi peraturan undang -


undang dan kaitannya dengan nilai sosial di dalam masyarakat dan
pelaksanaan peraturan undang-undang. Dalam konteks perundangan dan
nilai sosial di dalam masyarakat, misalnya dalam permasalahan
diskriminasi kaum, permasalahan utama yang dihadapi adalah pandangan
sebahagian masyarakat yang meletakkan sesuatu kaum di hadapan kaum
yang lain. Apabila seseorang yang berpandangan demikian berada di
kedudukan pembuat keputusan atau pembuat dasar-dasar negara, maka
jurang diskriminasi ini semakin luas. Di samping itu, kurangnya perhatian
para pembuat dasar dalam mematuhi asas kesamaan dan kedudukan dalam
undang-undang serta pemerintahan juga berperanan besar bagi melahirkan
sistem perundangan yang diskriminatif.
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 9

Dalam konteks ekonomi, diskriminasi pada taraf hidup golongan


masyarakat kurang mampu juga jelas terpancar, terutama di peringkat
operasi, yang menetapkan berbagai syarat yang menyulitkan golongan
masyarakat kurang mampu untuk memperolehi perkhidmatan yang adil dan
saksama di dalam semua bidang. Pada peringkat pelaksanaan,
permasalahan utama terletak pada kurangnya pemahaman masyarakat
termasuk pemerintah negara dan penggubal undang-undang akan peri
pentingnya persamaan yang menyeluruh dalam usaha penghapusan
diskriminasi dalam berbagai bentuk, misalnya terminologi keganasan
dalam rumah tangga yang sering difahami secara sempit sebagai kekerasan
fisikal, sedangkan perundangan memberikan pengertian yang sangat luas,
antaranya meliputi kekerasan ekonomi (pengabaian ekonomi) dan
kekerasan psikologi.

Perkara utama yang perlu mendapat perhatian khusus berkaitan dengan


usaha penghapusan diskriminasi dalam berbagai bentuk ialah dalam
penyelenggaraan kesaksamaan dan keadilan terhadap semua kaum.
Keluhan masyarakat terhadap diskriminasi kaum merupakan isu yang
sering kita dengar dari mereka. Secara umum, yang menjadi permasalahan
adalah proses dan prosedur perkhidmatan di dalam masyarakat yang
kurang mampu dibandingkan dengan kelompok yang secara ekonomi lebih
mampu. Kurangnya kesamaan dan keadilan di dalam usaha penghapusan
diskriminasi dalam berbagai bentuk merupakan tanda-tanda awal tiada atau
kurang serta masih terdapat lompang-lompang di dalam koordinasi bagi
melaksanakan pematuhan undang-undang. Fakta ini merupakan
permasalahan utama di dalam usaha penghapusan diskriminasi kaum dalam
pelbagai bentuk.
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 10

KESIMPULAN

Kerajaan telah bersetuju supaya sebuah Pelan Tindakan Hak Asasi


Manusia Kebangsaan (National Human Rights Action Plan - NHRAP)
diadakan bagi Malaysia. Ini adalah satu keputusan yang dibuat selaras
dengan perkembangan dunia pada masa sekarang, yang mana masyarakat
kini tidak lagi memfokuskan perbincangan kepada peningkatan dari segi
pendapatan dan kekayaan harta benda semata-mata, tetapi lebih banyak
menjurus kepada keperluan mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.
Persoalan tentang hak asasi manusia adalah penting dan memberi kesan
kepada setiap individu. Ia menjadi semakin penting kerana dalam era
globalisasi seperti sekarang, pelanggaran hak asasi manusia oleh sesuatu
pihak pasti ada kesannya kepada pihak yang lain. Masyarakat semasa tidak
boleh ditidakkan kerana kita perlu menghormati prinsip bah awa semua
orang mempunyai hak masing-masing untuk dihormati. Seperti mana yang
pernah diungkapkan oleh mendiang Nelson Mandela ‘To deny people their
human rights is to challenge their very humanity’.

ICERD menyatakan komitmen negara-negara anggota untuk menghapusan


diskriminasi kaum dan memupuk persefahaman di kalangan semua
kaum. Situasi semasa membuktikan bahawa Malaysia terus berhadapan
dan masih jauh dalam usaha merealisasikan matlamat untuk mewujudkan
keharmonian antara etnik, kaum dan agama yang telah diperjuangkan oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu. Baru-baru ini, satu kajian oleh Centre for
a Better Tomorrow (CENBET) mendedahkan bahawa walaupun secara
keseluruhan kajian menunjukkan responden menentang perkauman tetapi
dapatan juga menyatakan bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia tanpa
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 11

disedari atau diakui mempunyai perasaan perkauman. Walaupun


Perlembagaan Persekutuan boleh memberikan perlindungan berkaitan
diskriminasi kaum kepada rakyat, usaha ini mungkin akan menjadi lebih
berkesan jika kerajaan menyertai ICERD dalam memenuhi tanggungjawab
Malaysia untuk menghapuskan diskriminasi kaum dalam segala bentuk dan
manifestasi. Ini boleh menjamin persefahaman dan menghormati maruah
sesama manusia dan tindakan ini seterusnya dapat menterjemahkan
komitmennya kepada prinsip asas memartabatkan maruah setiap insan.
Usaha mempromosikan sikap toleransi dan saling memahami bahawa
semua orang adalah sama dari segi maruah dan hak-hak mereka akan
memberi sumbangan besar kepada masyarakat yang lebih harmoni dan
tenteram serta bebas daripada prasangka, sikap tidak bertoleransi dan
stereotaip.

Bagi melaksanakan penghapusan diskriminasi di dalam pelbagai bentuk,


satu sasaran yang tepat dan jitu perlu diletakkan sebagai kayu pengukur.
Pelaksanaan peraturan undang-undang yang tidak menjurus kepada
diskriminasi samada kepada rakyat, pemerintah, mahupun pembuat dasar
perlu dibuat secara konsisten dan telus. Koordinasi dan harmonisasi dalam
pelaksanaannya yang tidak menonjolkan kepentingan golongan tertentu
dan mewujudkan suatu sistem perkhidmatan yang adil dan dapat diterima
oleh segenap lapisan masyarakat. Meningkatkan pemahaman segenap
lapisan masyarakat bahawa setiap warganegara tanpa mengira gender
mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang yang adil, professional
dan bersih.

____________________________________________________________
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 12

* Pelajar siswazah, Sarjana Undang Undang LL.M, Fakulti Undang -Undang,


Universiti Kebangsaan Malaysia.

** Professor Madya, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nota penghujung:

[1]
Utusan Borneo.com.my 26 Mac 2016

[2]
Piagam PBB menegaskan tentang prinsip kesaksamaan dan bukan prinsip
diskriminasi, namun demikian masih ada sesetengah tempat di dunia yang
mengamalkan perkauman, diskriminasi kaum dan apartheid terutamanya di Afrika
Selatan yang semakin buruk. Isu ini amat bertentangan dengan prinsip-prinsp dan
kewajiban untuk melaksanakan Piagam PBB oleh negara-negara anggota. Bagi
membendung isu perkauman ini, pada 20 November 1963, melalui Resolusi No 1904,
satu deklarasi mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum Dalam Sem ua Bentuk telah
dibentuk. Ianya telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung PBB tahun 1965.
Diskriminasi kaum ditakrifkan sebagai apa-apa perbezaan bangsa, warna kulit,
keturunan atau pengecualian kebangsaan atau etnik yang berasaskan sekatan atau
keutamaan mempunyai tujuan atau kesan membatalkan atau merosakkan hak -hak
politik, ekonomi, sosial, kemanusiaan atau mana-mana aspek kehidupan dan
kebebasan asasi di kedudukan yang sama dan setara.

[3]
Diskriminasi terhadap warga kulit hitam di Amerika Syarikat se ringkali
diperkatakan lebih-lebih lagi selepas era pemerintah Martin Luther King. Namun
demikian ketika Barrack Obama menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika
Syarikat, banyak yang memperkatakan bahawa negara tersebut telah memasuki era
Post Racial, iaitu sebuah negara tanpa perbezaan kaum dan diskriminasi. Namun ia
dilihat hanyalah sebagai sebuah ilusi tentang persamaan apabila data -data dan statistik
selain kes di Ferguson telah menguburkan impian penghapusan diskriminasi
perkauman di sana. Dari segi kemiskinan, sehingga kini penduduk kulit hitam telah
mendominasi statistik di Amerika Syarikat apabila ianya tidak banyak berubah sejak
30 tahun lalu. Pada tahun 1974 warga kulit putih yang dilanda kemiskinan hanya 8
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 13

peratus berbanding warga kulit hitam sebanyak 30 peratus pada waktu itu. Pada tahun
2014, statistik kemiskinan di kalangan warga kulit hitam adalah sebanyak 28 peratus
manakala warga kulit putih sebanyak 10 peratus. Di pasaran tenaga buruh,
diskriminasi berlaku lebih sistematik apabila peningkatan pengangguran di kalangan
masyarakat kulit hitam sejak 50 tahun yang lalu adalah dua kali ganda lebih tinggi
berbanding warga kulit putih. Jurang jumlah tersebut tidak berubah walaupun
pertumbuhan ekonomi berlaku dengan pesat. Diskriminasi dari sudut pe ndapatan juga
sangat ketara, ini dapat dilihat sejak tahun 1950 pendapatan kebanyakan warga kulit
hitam selalu berada di bawah 60 peratus dari upah yang diterima oleh warga kulit
putih. Kenaikan cuma dapat dilihat pada tahun 1969/1970 iaitu sekitar 63 pera tus.
Pada tahun 2014, kekayaan warga kulit putih rata-rata sebanyak 97,000 USD,
sementara warga kulit hitam hanya sekitar 4,900 USD atau 1,500 USD lebih sedikit
berbanding tahun 1980. Signifikannya, perbezaan pendapatan di antara dua kelompok
bukanlah perkara yang luarbiasa jika dilihat warga kulit hitam Amerika berusaha gigih
bagi menaikkan taraf hidup dan memperolehi kemakmuran. Risiko seorang warga kulit
hitam untuk merengkok di penjara adalah 6 kali ganda lebih besar berbanding dengan
warga kulit putih. Menurut data National Association for the Advancement of Colored
People (NAACP), jumlah warga kulit putih yang menyalahgunakan dadah adalah 5
kali ganda lebih banyak berbanding warga kulit hitam. Namun demikian warga kulit
hitam (Afro-Amerika) yang didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah berjumlah
10 kali ganda berbanding kulit putih. Dari segi pendidikan, pada tahun 2012, hanya
21 peratus warga Afro-Amerika yang memiliki ijazah universiti jika dibandingkan 34
peratus mewakili warga kulit putih. Ironinya, warga kulit hitam hanya menikmati
pendidikan dasar sahaja. Pendidikan warga kulit hitam dan kulit putih terpisah apabila
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat meminggirkan kanak-kanak kulit hitam
daripada kelompok kanak-kanak kulit putih. Hampir 40 peratus kanak-kanak kulit
hitam menerima pendidikan di sekolah-sekolah yang didominasi oleh murid-murid
Afro-Amerika. Jumlah ini telah banyak berkurang jika dibandingkan sebanyak 68
peratus pada tahun 1968. Namun begitu fakta bahawa tiga perempat kanak -kanak kulit
hitam belajar di sekolah yang lebih dari 50 peratus adalah murid kulit hitam adalah
tidak berubah. Diskriminasi terhadap kaum kulit hitam di Amerika Syarikat ketara
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 14

apabila berlaku pengasingan tempat tinggal dapat dilihat di tengah -tengah masyarakat
Amerika Syarikat. 45 peratus kanak-kanak kulit hitam yang berasal dari keluarga
miskin, hidup di kawasan-kawasan setinggan atau Ghetto, sebaliknya hanya 12 peratus
kanak-kanak kulit putih yang dibesarkan dalam situasi yang serupa. Secara
keseluruhannya penduduk Afro-Amerika yakin bahawa diskriminasi berbau
perkauman terhadap mereka sememangnya dipraktikkan. Lebih 50 peratus warga kulit
hitam meletakkan diskriminasi terhadap mereka sangat ketara terutama di bidang
kepolisian, pekerjaan, pengadilan dan persekolahan. 35 peratus warga kulit putih
menilai corak kehidupan mereka lebih baik berbanding 5 tahun lalu. Sementara bagi
warga kulit hitam hanya 26 peratus.

[4]
Istilah Apartheid pertama kali digunakan oleh orang-orang keturunan Belanda yang
lahir di Afrika Selatan. Istilah itu bermaksud pemisahan. Pemisahan di sini maksudnya
adalah pemisahan orang-orang Belanda (kulit putih) dengan penduduk asli Afrika
(kulit hitam). Istilah Apartheid kemudian berkembang menjadi suatu aliran politik.
Apartheid, yang menjadi politik resmi Pemerintah Afrika Selatan, merupakan teras
kepada program-program dan peraturan-peraturan yang bertujuan untuk melestarikan
pemisahan perkauman. Secara rasminya, pada tahun 1948 Apartheid adalah satu
saluran mempertahankan dominasi minoriti kulit putih atas majoriti bukan kulit putih
melalui pembentukan masyarakat di bidang sosial, ekonomi, politik, ketenteraan dan
kebudayaan. Orang-orang yang bukan kulit putih dihalang daripada mengambil
bahagian secara aktif dalam bidang politik. Hak untuk mempunyai tempat tinggal
dibataskan, dan tidak diberikan hak untuk bergerak dengan bebas. Sebaliknya, orang
kulit putih berhak mengendalikan pemerintahan termasuk di dalam urusan ketenteraan
dan keselamatan.

[5]
Konvensyen mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum dalam Semua Bentuk telah
diterima pakai di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 Disember 1965
dengan resolusi 2106 (XX), dan berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Idea untuk
menerima pakai Konvensyen ini bermula pada 7 Disember 1962, apabila Per himpunan
Agung menggunakan resolusi 1780 (XVII), di mana Majlis Ekonomi dan Sosial telah
meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyediakan kedua-dua deraf
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 15

pengisytiharan dan deraf konvensyen mengenai penghapusan segala bentuk


diskriminasi perkauman.

[6]
Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD) adalah suatu badan bebas
yang memantau segala bentuk diskriminasi perkauman oleh negara -negara anggota
(state party). Semua negara-negara anggota bertanggungjawab untuk mengemukakan
laporan kepada Jawatankuasa ini tentang bagaimana pelaksanaan dilakukan di negara-
negara yang mengambil bahagian. Negara-negara anggota perlu melaporkan kepada
jawatankuasa setahun selepas meratifikasi konvensyen, seterusnya setiap dua tahun.
Jawatankuasa ini seterusnya mengkaji setiap laporan yang dihantar dan memberikan
cadangan kepada negara-negara anggota di dalam bentuk “concluding observations”.
Selain daripada itu, Konvention juga menetapkan jawtankuasa ini menjalankan fungsi -
fungsi pemantauan melalui tiga bentuk mekanisme, iaitu: prosedur amaran awal,
pemeriksaan aduan di antara negera-negara anggota dan pemeriksaan aduan individu.
Jawatankuasa ini bersidang sebanyak dua kali setahun di Geneva, di samping
mengemukakan kandungan-kandungan peruntukan hak-hak asasi manusia yang juga
dikenali sebagai cadangan umum berkaitan isu-isu tematik dan menganjurkan
perbincangan mengenainya.

[7]
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kaum bermaksud golongan
orang sebahagian daripada bangsa yang besar, suku bangsa. Juga boleh ditakrif kan
sebagai bangsa; manusia daripada satu asal keturunan.

[8]
Misalnya, triti-triti awal ditandatangani dengan penduduk asal Amerika (lihat
Cohen, F, Handbook of Federal Indian Law (Washington: United States Government
Printing Office, 1945) disemak pada 5 Oktober 2006 di 46).

[9]
Indonesia dan Singapura adalah dua buah negara yang mempunyai penduduk
berbilang bangsa, agama dan kebudayaan yang mahu membudayakan masyarakat yang
bebas dari rasisme dan diskriminasi perkauman.

[10]
Kaum Tionghua merupakan sebahagian daripada masyarakat Indonesia yang
berasal dari negara China yang melalui proses migrasi sejak sebelum kedatangan
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 16

penjajah Belanda ke Indonesia. Namun demikian kaum Tionghua tidak memiliki nasib
yang begitu baik di dalam bidang politik tetapi kaum ini telah mendominasi bidang
ekonomi. Perkara ini menimbulkan perasaan cemburu di kalangan masyarakat
Indonesia yang lain dan wujudlah sentimen anti-Cina. Di dalam sejarah Indonesia,
kaum Tionghua ini sebenarnya menghadapi konflik diskriminasi di dalam berbagai
keadaan termasuk mengalami penderaan fizikal, mangsa romp akan, pembunuhan dan
pemerkosaan yang dapat dilihat dengan jelas seperti Peristiwa September 1965.
September 1965 menyaksikan kekerasan anti-komunis yang menyelubungi kudeta 30
September 1965 berubah menjadi gerakan anti-Cina yang kuat sehingga akhir tahun
1966. Selain itu peristiwa rusuhan 13-15 Mei 1998 yang menyebabkan ratusan warga
Indonesia keturunan Cina meninggalkan Jakarta dan banyak kemusnahan harta benda
daripada gedung-gedung perniagaan dan perusahaan milik kaum Tionghua. Sentimen
anti-Cina sebenarnya memang telah lama wujud. Perkara ini jelas dilihat melalui
dasar-dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah terutama Orde Baru semasa
pemerintahan Presiden Soeharto.

[11]
Early warning measures telah diperkenalkan untuk digunapakai sebagai agenda
tetap CERD pada tahun 1994, digunakan sebagai langkah-langkah untuk menghalang
perlanggaran ke atas konvensyen. Ini dapat mencegah masalah yang sedia ada daripada
menjadi lebih konflik. Termasuk langkah-langkah membina keyakinan untuk
mengenal pasti dan menyokong apa juga bagi menguatkan dan mengukuhkan toleransi
di antara kaum, terutamanya untuk mengelakkan sebarang konflik yang berulang.

[12]
Telah diperkenalkan sebagai agenda tetap CERD pada tahun 1991 untuk mengkaji
semula pelaksanaan Konvensyen dalam kes-kes di dalam keadaan di mana laporan
negeri telah tertangguh. Jawatankuasa dapat mengawal proses pelaporan yang lebih
berkesan, kerana ia tidak hanya perlu bergantung kepada kerajaan untuk mengkaji
semula pelaksanaan Konvensyen. Surat dihantar kepada negara -negara anggota yang
laporannya adalah tertunggak selama lima tahun, memaklumkan bahawa kajian semula
itu akan dilakukan, dan kemudian tarikh sebenar akan dimaklumkan; wakil-wakil
negeri dijemput untuk menghadiri mesyuarat. Ini bertujuan untuk menggalakkan
dialog antara negara-negara anggota dan Jawatankuasa walaupun ketiadaan laporan,
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 17

untuk memastikan tahap minimum kajian semua negara-negara anggota. Prosedur ini
mendorong negara-negara anggota untuk mempercepatkan penyerahan laporan
tertunggak dan membolehkan Jawatankuasa untuk meneruskan dialog dengan negara -
negara anggota ini.

[13]
Undang-Undang Dasar 1945 secara tegas mengutamakan kesetaraan dan keadilan
dalam kehidupan bermasyarakat baik di dalam bidang politik, ekonomi, sosio budaya,
undang-undang sangat penting untuk menjadi acuan universal para pemimpin negara
di dalam melaksanakan tugas dan fungsinya (Presiden Republik Indonesia; Bagian
III.10-1).

[14]
Rujuk Satu Harapan.Com bertarikh 20 Oktober 2015.

[15]
Konsep bangsa menjurus kepada pemecah belahan masyarakat majmuk. Realitinya,
manusia yang dilahirkan dalam norma-norma dan nilai-nilai hidup dalam budayanya
sering melihat dunia berdasarkan kaca mata budayanya sendiri, menganggap hanya
norma-norma hidup mereka adalah normal. Tanpa disedari mereka akan menilai
budaya dan cara hidup masyarakat lain dengan berat sebelah.

[16]
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama dengan komuniti
antarabangsa memperingati Hari Antarabangsa bagi Penghapusan D iskriminasi
Perkauman 2015. Bertemakan “Belajar daripada sejarah tragedi masa lalu untuk
memerangi diskriminasi perkauman pada hari ini”, hari antarabangsa tersebut
disambut diseluruh dunia pada 21 Mac. Tema yang telah diperkenalkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat bertepatan sekali dengan sejarah
Malaysia, khususnya, tragedi pada tahun 1969. Oleh itu, selaras dengan matlamat
Malaysia untuk menyertai barisan negara-negara maju dalam masa terdekat, Kerajaan
seharusnya tanpa ragu-ragu lagi menyertai Konvensyen Antarabangsa Tentang
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD). Konvensyen tersebut
juga telah diterima secara meluas sejak digunapakai pada tahun 1965. Untuk rekod,
Malaysia terus menjadi antara 4 buah Negara ASEAN dan antara 16 buah negara
anggota terakhir PBB yang belum menyertai konvensyen tersebut. Suruhanjaya turut
[2017] 1 LNS(A) lxxiii Legal Network Series 18

mengulangi pendiriannya mengenai perkara ini memandangkan berlakunya


peningkatan ketara dalam jumlah isu-isu nasional yang membabitkan kaum dan agama,
seperti cercaan yang berbaur perkauman, sikap yang tidak bertoleransi, serta
perlakuan mahupun penyataan yang bersifat fanatik. Tambahan pula, prinsip
konvensyen tersebut turut dilihat seiring dengan slogan “1 Malaysia” yang
diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri yang memberi penekanan kepada
keharmonian kaum, perpaduan Negara, dan tadbir urus yang cekap. Walaupun
Suruhanjaya menghargai keprihatinan Kerajaan didalam menyelaraskan undang -
undang domestik dengan Triti Antarabangsa sebelum penyertaan atau rati fikasi,
Suruhanjaya ingin menasihati bahawa Triti Antarabangsa dilihat mampu untuk
menjadi inspirasi kepada pengwujudan undang-undang yang lebih baik pada masa
akan datang.

View publication stats

You might also like