You are on page 1of 2

BUTIRAN MENGENAI CIRI CIRI PRODUK

Terma Dan Syarat


Nama Produk: Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Tujuan: Bantuan kewangan tambahan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke arah Ijazah Sarjana Muda
dan Ijazah Sarjana yang berkualiti dalam bidang-bidang dan kursus-kursus yang diakredetasi oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) di institusi pengajian tinggi swasta tempatan seperti yang disenaraikan dalam SETARA
'13 atau setaraf dan di universiti terkemuka di luar negara (100 teratas dalam senarai QS). Bantuan kewangan
tambahan ini akan bertindak sebagai dana "top up" kepada dana atau biasiswa yang sedia ada.

Kelayakan: Semua rakyat Malaysia

Cagaran: Tiada cagaran

Penjamin: Maksimum 2 penjamin

Jumlah Pembiayaan: Jumlah sebenar yang perlu dijamin adalah sama dengan kos tuisyen sebenar ditolak pinjaman PTPTN dan biasiswa
lain / geran / pinjaman / simpanan

Jumlah pinjaman maksimum bagi program:


- RM150 ribu untuk Sains Perubatan (Klinikal, Pergigian, Farmasi), dan Perubatan (lepasan ijazah)
- RM100 ribu untuk Perniagaan dan Perundangan (Kewangan, Perbankan, Insurans, Perakaunan dan
Percukaian, Undang-undang dan Undang-undang Syariah), Kejuruteraan, Seni Bina, Sains dan Sains
Komputer **

* Surat Pekeliling daripada Ketua Pengarah Kesihatan Bil 15/2012


** Seperti yang dinyatakan dalam Kod Pendidikan Nasional

Kadar: Untuk Pinjaman Konvensional, faedah akan dikenakan pada BLR -1 semasa tempoh pengajian dan selama tempoh 6
bulan "grace" dan BLR +0 sepanjang tempoh pekerjaan. Jumlah faedah akan dipermodalkan semasa tempoh
pengajian.

Pinjaman Islam, mengikut terma yang sama dengan BFR

Tempoh Pinjaman: Sehingga kepada 19.5 tahun (termasuk, sehingga 5 tahun tempoh pengajian, sehingga 6 bulan tempoh tangguh dan
tempoh pembayaran balik sehingga 15 tahun)

Yuran yang dikenakan ke Seperti yang dinyatakan oleh Institusi Kewangan. Ini mungkin termasuk Premium Insurans, Caj Bayaran Lewat, Caj
Peminjam Surat Menyurat, Duti Setem, dan lain-lain

Permohonan / Fi Pemprosesan Tiada

Dokumen Yang Diperlukan: - Borang Permohonan, yang boleh didapati di semua institusi kewangan yang berkenaan
- Keputusan akademik STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda ATAU mana-mana yang
berkenaan (salinan yang disahkan)
- Surat Tawaran Kemasukan dari Universiti / Kolej Universiti
- Surat Tawaran Pinjaman PTPTN (bagi peminjam PTPTN)
- Lain-lain dokumentasi yang berkaitan untuk mengesahkan biasiswa / geran / pinjaman
- Bukti pembiayaan (bahagian kewangan sendiri)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan, seperti yang dikehendaki oleh Institusi Kewangan

Borang butir-butir permohonan - Keputusan akademik STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma/ Ijazah Pertama ATAU mana-mana yang berkenaan
(keperluan Yayasan Peneraju) (salinan yang disahkan)

- Nama Universiti / Kolej Universiti


- Fakulti
- Nama Program
- Tempoh Pengajian
- Bilangan Yuran Pengajian
- Butiran Pembiayaan Lain-lain (contohnya PTPTN, biasiswa, geran, pinjaman, pembiayaan sendiri)

Peruntukan asal yang diberikan Setiap institusi kewangan diperuntukkan satu kelulusan pinjaman jumlah awal RM250 juta. Setiap institusi
kepada setiap Institusi Kewangan kewangan boleh meminta peruntukan selanjutnya, jika diperlukan.
yang menyertai:

Pengagihan: Institusi kewangan akan memberhentikan pinjaman jika PNGK peminjam adalah lebih rendah daripada 3.0/4.0
(atau 4.0/5.0).
BUTIRAN MENGENAI CIRI CIRI PRODUK

Permulaan Skim: Bagi Luar Negara dan Program berkembar: Akan dimaklumkan

You might also like