You are on page 1of 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor telah bergabung menjadi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbirannya. Perkembangan
bandar-bandar baharu telah wujud di negeri-negeri tersebut kerana ekonomi perlombongan
yang pesat. Pada tahun 1900 hingga tahun 1941 memperlihatkan kemuncukan bidang-bidang
ekonomi yang baru bijih timah dana rang batu dalam aktiviti perlombongan. Peningkatan
terhadap sektor ini telah mendorong kemasukan buruh-buruh asing terutamanya dari negeri
China dan India ke Tanah Melayu. Melalui kemajuan dalam industri tersebut, muncul pula
sistem perhubungan seperti jalan raya dan kereta api untuk memudahkan pengangkutan bijih
timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Jalan kereta api yang
pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1891
Port Sickson-Seremban, dan tahun 1893 Ipoh-Teluk Anson. Perkembangan industri bijih timah
juga membawa kepada industri perkilangan dan elektronik serta industri simen. Perkembangan
ini membawa pertumbuhan petempatan serta peningkatan penduduk. Peningkatan penduduk
ini menjurus kepada penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah. Antara
kemudahan yang telah disediakan ialah pejabat kerajaan, klinik, sekolah, dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang terlibat
terhadap sektor perlombongan.
Sebagai contoh, di negeri Perak kewujudan bandar Ipoh merupakan bandar raya keempat
terbesar di Malaysia. Antara penyumbang terhadap perkembangan kawasan tersebut ialah hasil
kegiatan perlombongan bijih timah. Ipoh peringkat terawal bukanlah pusat perlombongan bijih
timah tetapi hanya sebuah kampung pasar, rumah berbumbung atap dan rumah berkembar.
Ipoh dikenali sebagai bandar yang dibangunkan oleh bijih timah. Pada tahun 1890
pembangunan di Ipoh semakin berkembang selepas penglibatan pengusaha bijih timah dari
Pulau Pinang dan pada tahun 1889 Straits Trading Company dibangunkan berkaitan perniagaan
bijih timah di Ipoh dan beberapa daerah Kinta dalam meningkatkan eksport bijih timah. Ipoh
telah menkdadi bandar kedua terbesar di Perak berbanding Gopeng, Menglembu, Lahat, Papan,
dan Batu Gajah. Dalam tempoh 1890 hingga tahun 1990 pembukaan Jalan Keretapi Ipoh-Batu
Gajah-Kota Bahru – Teluk Intan dan pembukaan sekolah pertama pada tahun 1895 iaitu Anglo
Chinese boys School menunjukkan kepesatan perkembangan bandar. Dalam pada itu,
pembukaan bank pertama di Ipoh iaitu The Chartered Bank pada tahun 1902 juga merupakan
kesan pembandaran yang berlaku di negeri Perak. Ketika itu, Ipoh menjadi bandar terbesar di
Perak dan ke-2 terbesar di Negeri Melayu Bersekutu. Pembangunan jalan keretapi menjadikan
Ipoh dapat berkembang dengan pesat dalam tahun 1903 hingga 1910 Ipoh dapat dihubungkan
dengan Prai, Seremban (1903), Melaka (1905), Tronoh (1908) dan Johor Bahru (1909). Stesen
keretapi Ipoh dibina pada 1917 menjadi nadi penting perbandaran Ipoh.
Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa perlombongan merupakan satu kegiatan ekonomi yang
membawa kepada perkembangan bandar di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bermula
daripada sektor ini kemudian ia juga memberi kesan terhadap sosial penduduk.
Sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu menetap di sekitar
kawasan pedalaman dan menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut dan pinggir
sungai. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup
yang mudah, berasaskan pada penanaman padi dan aktiviti perikanan. Masyarakat Melayu
tidak akan menggunakan lebihan pada tanah. Namun begitu, sekiranya penduduk meningkat
maka lebih banyak tanah akan dibuka untuk penanaman padi. Hasil tangkapan ikan bertujuan
untuk memenuhi keperluan ahli keluarga. Sekiranya lebihan hasil tangkapan ikan maka aktiviti
pertukaran atau sistem barter akan dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan keperluan
jenis lain seperti beras, pisang, ubi, dan sebaiknya. Dalam pada itu, aktiviti perlombongan
hanya dilakukan dalam skala kecil-kecilan sahaja. Terdapat juga aktiviti memungut hasil hutan
seperti akar kayu, kayu barus, rotan, kayu cendana, damar, lilin serta buah-buahan. Apabila
hasil-hasil hutan ini berlebihan maka mereka akan menukarnya dengan orang lain bagi
mendapatkan pakaian atau makanan seperti beras. Dalam aktiviti perlombongan pula, orang
Melayu terlebih dahulu mengusahakan perlombongan bijih timah dengan cara mendulang.
Manakala dalam aktiviti perdagangan pula, ia memainkan peranan penting sebagai asas sistem
ekonomi masyarakat Melayu. Selat Melaka, Sunda, Lombok, Banda, Sulu, dan Jawa telah
menjadi laluan kapal-kapal dagang untuk menjalankan perdagangan mereka.
Selain itu, aktiviti memburu juga dilakukan seperti memburu kancil, rusa, seladang, dan
ayam hutan. Kemudian menjalankan aktiviti kera-kerja kemahiran seperti bertukang,
menganyam, menghasilkan kraf tangan, pelbagai jenis alat senjata dan membuat perahu.
Antara alat senjata yang digunakan ialah keris, lembing, pedang, pisau dan kapak. Selain itu,
kemahiran bertenun juga telah dijalankan oleh masyarakat Melayu wanita di Terengganu
manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran kain sarung,
logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada tanah.
Selepas kedatangan kolonial ke Tanah Melayu, sistem ekonomi masyarakat Melayu
mula berubah. Perkembangan ekonomi yang pesat telah berlaku di Tanah Melayu berikutan
revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Pada awal kurun ke 19, tanah Melayu
berada di bawah kuasa kolonial British. Mereka datang untuk menguasai dan
mengeksploitasikan sumber-sumber ekonomi. Langkah awal yang diambil oleh kolonial adalah
dengan mengadakan campur tangan terhadap urusan pentadbiran negeri Melayu agar
kepentingan ekonomi mereka tidak terjejas. Pihak British telah membentuk kerajaan dan
pentadbiran yang cekap bagi mengelakkan halangan dang gangguan yang mendatang.
Kemudian mereka telah memperkenalkan dasar baharu seperti kapitalisme, komersialisme, dan
sebagainya. Pengenalan terhadap sistem ini hanya memberi keuntungan terhadap mereka
sahaja.
Pada tahun 1900 hingga 1941 pula, memperlihatkan bahawa kemunculan bidang-
bidang ekonomi yang baru seperti perusahaan getah dan kelapa sawit dalam bidang pertanian
seterusnya bijih timah dan arang batu dalam aktiviti perlombongan. Berikutan perkembangan
ini, pihak British telah membawa masuk buruh-buruh asing dari China dan India ke Tanah
Melayu bagi membantu ekonomi kapitalis British. Persaingan telah menyebabkan kemusnahan
kegiatan ekonomi orang Melayu dalam sektor pertanian tradisional. British telah berjaya
mengeksploitasi sumber ekonomi di Tanah Melayu seterusnya menyebabkan perkembangan
terhadap infrastruktur seperti jalan kereta api, hospital, sekolah dan sebagainya. Selain itu,
British telah mengamalkan petempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa.
Hal ini telah menyebabkan berlaku jurang ekonomi antara kaum. Orang Cina bertumpu di
bandar, kawasan lombong dan aktif dala, bidang kewangan manakala orang Melayu
kebanyakannya petani dan nelayan terutama di kawasan pedalaman barat dan timur serta utara.
Orang India pula di kawasan ladang getah di sepanjang bahagian tengan pantai barat.
Penglibatan kaum imigran ini telah menambahkan pengeluaran bijih timah dan getah
di Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan kaedah perlombongan dedah dan cara pam.
Orang Cina menggunakan kaedah perlombongan Barat seperti penggunaan enjin stim untuk
menambah pengeluaran bijih timah dan menghindari banjir. Dalam pada itu, pertanian
dagangan untuk jualan dan eksport di Tanah Melayu telah bermula awal abad ke 19. Orang
Cina dan Eropah merupakan orang yang aktif di dalam bidang ini. Tanaman gambir dan lada
hitam telah diperluaskan ke negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Kemudian, mereka telah
berjya membuka ladang baru di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Dasar ekonomi
terbuka dengan kepelbagaian pelabur tanpa mengira bangsa dan negara dan tiada sekatan dan
had kepada pelabur-pelabur British sahaja. Ia jelas menunjukkan bahawa sistem ekonomi ini
mencerminkan ekonomi bebas kerana tiada sekatan dan kewujudan persaingan dalam
pelaburan. Dasar perdagangan bebas yang dilaksanakan oleh British tidak banyak memberi
keuntungan kepada masyarakat Melayu sendiri. Orang Melayu masih lagi kekal dengan sistem
ekonomi sara diri. Kekurangan modal dan tiada galakan daripada British di dalam bidang
ekonomi telah menyebabkan masyarakat Melayu terus tertinggal.
Dalam pada itu, pertanian komersial di Negeri-negeri Melayu juga telah diperkenalkan
oleh British. Selepas kemasukan British ke Selangor, Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong
mereka telah memulakan era komersialisme. Ia sangat dipengaruhi oleh perkembangan-
perkembangan yang berlaku dalam beberapa sektor seperti faktor pengeluaran ekonomi iaitu
modal, buruh, tanah, dan peralatan. Dasar tanah tradisi yang terdapat di Selangor dilihat tidak
menepati kehendak British dan menyebabkan dasar tanah Barat diperkenalkan.
Sekian terima kasih.

You might also like