You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS KALI KEDUA 2016

Tarikh : 21 Nov 2016 / Isnin

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Pekan

Kehadiran :

1. Pn. Hjh Sarina bt Hj Zainudin ( Guru Besar )

2. En. Azmi b. Mohamad (GPK Hal Ehwal Murid)

3. Pn. Salmah bt Ahmad (GPK Pentadbiran)

4. Pn Roshita bt Othman (Pengerusi Badan Pengawas)

5. Pn. Hamimah Zamnah bt Muslan ( Setiausaha Badan Pengawas)

6. Pn. Hasanah binti Kassim (Setiausaha Badan Disiplin)

7. Pn. Isnani bt Ismail

8. Pn. Noorazah binti Hashim (Kaunselor)

9. En. Asmawi bin Hashim

1 Minit Mesyuarat Pengawas Kali Kedua 2016


I. UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( GPK HAL EHWAL MURID)

1. En. Azmi b. Mohamad mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan


kehadiran semua AJK Badan Disiplin dan Pengawas pada mesyuarat kali
kedua ini. Diharapkan mesyuarat kali kedua ini dapat meningkatkan mutu
disiplin dan kemantapan pucuk pimpinanan badan pengawas dan unit disiplin
sekolah.

II. UCAPAN ALUAN PENASIHAT (Guru Besar)

2. Pn. Hjh Sarina bt Zainudin memaklumkan kepada semua AJK bahawa


peratusan disiplin murid-murid mempengaruhi peratusan Standard Kualiti
SKPM.
3. Beliau juga memaklumkan kepada semua AJK beberapa perkara telah
dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan bagi tujuan meningkatkan mutu
displin pengawas sekolah seterusnya murid-murid SKPPkn.
4. Beliau juga memohon agar setiap pengawas diberikan tugas dan
tanggungjawab bagi memastikan disiplin murid di tahap yang
memberangsangkan.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

5. En. Asmawi bin. Hashim mengesahkan minit mesyuarat Badan Disiplin dan
Pengawas kali pertama bagi tahun 2016.
6. Pn. Isnani binti Ismail menyokong pengesahan minit mesyuarat.

IV. HAL-HAL BERBANGKIT

7. Pn. Hamimah Zamnah selaku Setiausaha Badan Pengawas memaklumkan


kepada semua AJK bahawa jadual bertugas untuk semua pengawas sekolah
telah disediakan dan ditampal pada ruangan Unit Badan Pengawas
berhampiran pejabat sekolah. Pengawas sekolah juga telah dimaklumkan
berkaitan perkara tersebut.
8. En. Azmi memaklumkan buku peraturan sekolah adalah sebagai garis
panduan untuk guru bagi menjatuhkan sesuatu hukuman kepada murid. Ia
juga digunakan sebagai rujukan sekiranya terdapat aduan daripada waris
atau penjaga murid. Beliau turut memaklumkan pada tahun 2017, semua
sekolah akan dibekalkan buku peraturan yang telah diseragamkan bagi
seluruh negeri Kedah.
Tindakan : Puan Rahmah

2 Minit Mesyuarat Pengawas Kali Kedua 2016


V. PERLANTIKAN SEMULA PENGAWAS DAN PERLANTIKAN PENGAWAS BARU

2017.

11. Perjumpaan bersama semua pengawas sekolah telah diadakan pada hujung sesi
persekolahan 2016. Di dalam perjumpaan tersebut pengawas-pengawas sekolah
telah dimaklumkan tentang peraturan-peraturan yang perlu diketahui oleh semua
pengawas sekolah.

12. Pn. Roshita selaku Pengerusi Pengawas sekolah memaklumkan hasil


perbincangan bersama pihak pentadbiran, telah bersetuju untuk mengurangkan
jumlah bilangan pengawas pada tahun 2017. Jumlah pengawas sedia ada adalah
seramai 62 orang. Ini akan dikurangkan menjadikan jumlah pengawas pada tahun
2017 seramai 50 orang sahaja. Rujuk Lampiran .Langkah yang diambil ialah dengan
mengurangkan jumlah pengambilan pengawas baru bagi sesi persekolahan 2017.
Hal ini dipersetujui oleh semua AJK.

Tindakan : AJK Badan Pengawas

VI. PERANCANGAN TAHUNAN BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS

15. Pn. Sarina memaklumkan ahli mesyuarat, hasil dari mesyuarat pengurusan telah
bersetuju untuk menukar uniform pengawas (vest) daripada warna merah ke biru.
Semua AJK turut bersetuju. Beliau turut memaklumkan pihak Yusof Borong telah
bersetuju untuk mengadakan satu hari untuk jualan pakaian sekolah termasuk
pakaian untuk pengawas. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak waris
membeli pakaian sekolah bagi sesi persekolahan 2017.

16. En Azmi memaklumkan pakaian baru ini hanya diwajibkan bagi pengawas baru
2017 dan terbuka pada pengawas sedia ada. Tiada paksaan untuk menukar pakaian
tersebut jika tiada kemampuan.

Makluman : Semua AJK

16. Berkaitan disiplin murid ketika perhimpunan rasmi setiap hari Ahad, Pn. Sarina
mencadangkan supaya Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas memakai
blazer. Ini akan membantu meningkatkan tahap keyakinan mereka. Hal ini mendapat
sokongan semua AJK.

3 Minit Mesyuarat Pengawas Kali Kedua 2016


VII. HAL-HAL LAIN.

17. En Azmi memaklumakan semua unit lain dalam Hal Ehwal Murid telah
berjaya menyiapkan semua tugasan sebelum sesi persekolahan 2016 ditutup. Beliau
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan berharap agar Badan
Pengawas dan Disiplin sekolah akan lebih mantap di tahun-tahun hadapan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________________ _________________________

(PN HAMIMAH ZAMNAH BT MUSLAN) (EN. AZMI B MOHAMAD)


Setiausaha Unit Badan Pengawas 2016 Guru Penolong Kanan HEM
SK Padang Pekan SK Padang Pekan

4 Minit Mesyuarat Pengawas Kali Kedua 2016

You might also like