You are on page 1of 1

சுங் கை ப ோைோ பதோட்டத் தமிழ் ் ள் ளி, 34300 ோைோன்

செரோய்
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI BOGAK
34300 BAGAN SERAI, PERAK
KOD SEKOLAH : ABD 3064
NO.TEL/FAX : 05-7216749
E-MAIL : ABD3064@moe.edu.my

Rujukan Kami :

Tarikh : 24 JULAI 2019

PENGARAH,
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI.
JALAN TAMAN TASIK TAIPING,
34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN HARGA TIKET

Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pada 29 Julai 2019 pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan satu lawatan
sambil belajar ke Zoo Taiping bagi semua pelajar. Sekolah kami merupakan sekolah kurang
murid yang mempunyai enrolmen 5 orang murid. Kelima-kelima murid itu berasal dari keluarga
yang kurang berkemampuan. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak Tuan
untuk memberikan potongan harga untuk para pelajar serta guru. Butiran aktiviti adalah seperti
berikut:-

Aktiviti/Program : Lawatan Sambil Belajar


Tarikh : 29 Julai 2019
Masa ketibaan : 8.30 pagi
Bilangan Pelajar : 5 orang
Bilangan Guru : 4 orang

3. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

.............................................................
(EN.SUBRAMANIAN ATHIAH) Cop Rasmi Sekolah :
Guru Besar,
SJK(T) Ladang Sungai Bogak

You might also like