You are on page 1of 2

NAMA: CAROLYNNE KUNI

NO MATRIKS: BA19110861

Sejarah & Asal Usul Tarian Rakyat

Tarian Zapin

 Tarian Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira abad ke-15.
Kebanyakan mubaligh-mubaligh yang datang dari Timur Tengah datang dari Tanah Arab dan
Parsi.
 Dalam dialek Yamen, Tarian Zapin dikenali sebagai Zaffana.
 Pada permulaannya, Tarian Zapin hanya ditarikan oleh kaum lelaki sahaya namun
perkembangan tarian Zapin telah dimodifikasikan dengan penyertaan kaum wanita.
 Tarian Zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di
Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat
aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia.
 Tarian Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyat
lebih tradisional sifatnya.
 Dengan itu, tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan,
antaranya ialah Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin Johor, Tarian Zapin Lenga, Tarian Zapin Pekan
dan Tarian Zapin Tenglu.

Tarian Joget

 Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu Tradisional.


 Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, Tarian Joget Lambak begitu terkenal. Tarian Joget Lambak
juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian di Negeri
Melaka.
 Tarian ini dipengaruhi atau dibawa oleh kebudayaan Portugis iaitu, Branyo, satu cabang
daripada tarian Coridinho.
 Ketika itu Tarian Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu
dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget
Pucuk Pisang dan lain-lain lagi.
 Tarian Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di
Malaysia.
 Joget juga dikenali sebagai “ronggeng” mengambil nama daripada perkataan “wrong gang”
kerana ditarikan secara berpasangan oleh lelaki dan perempuan.

Tarian Inang

 Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu dicipta semasa
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana
ianya terkenal pada hari ini.
 Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan
Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian Melayu. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan
kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan
kepada Sultan semasa majlis keramaian.
 Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk
di tarikan di istana Diraja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana
banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadang-kal penarinya menggunakan skaf
panjang semasa melakukan persembahan.
 Kini tarian Mak Inang lebih dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dan
seringkali dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Tarian ini ditarikan
mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan
sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Asli

 Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud
daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang terian Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan
berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang.
 Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu
seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bemtan Telani, Asli
Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung
Malaysia.

You might also like