You are on page 1of 10

Cetakan Pertama /

© Hakcipta

PLANMalaysia@Pahang

(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang)

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan dalam cara

yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan

dalam sebarang bentuk cara, sama ada

dengan cara elekronik, gambar rakaman dan sebagainya

tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis

daripada Penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

Disediakan bersama

MAJLIS MAJLIS MAJLIS


PERBANDARAN PERBANDARAN PERBANDARAN
KUANTAN TEMERLOH BENTONG

MAJLIS DAERAH MAJLIS DAERAH MAJLIS DAERAH


LIPIS PEKAN CAMERON HIGHLANDS

MAJLIS DAERAH MAJLIS DAERAH MAJLIS DAERAH


RAUB MARAN JERANTUT

MAJLIS DAERAH MAJLIS DAERAH LEMBAGA PEMBANGUNAN


ROMPIN BERA TIOMAN
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

PRAKATA

Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang merupakan sebuah dokumen


rujukan dimana kandungannya merangkumi pelbagai aspek garis panduan bagi
sesebuah pembangunan fizikal yang dijalankan di sekitar Negeri Pahang. Manual ini
dihasilkan oleh PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Pahang) bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah pun
mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang serta
Jawatankuasa Perancang Negeri.

Document ini disediakan bertujuan bagi mewujudkan persekitaran yang berdaya


huni dan kondusif berpandukan kepada prinsip dan garis panduan perancangan
yang telah ditetapkan seperti garis panduan perumahan, perdagangan,
perindustrian dan kemudahan masyarakat. Ia membantu dalam perancangan
kediaman yang sesuai, kemudahan awam yang mudah diakses serta kawasan
perindustrian yang bersih dan selamat untuk kualiti hidup sesebuah komuniti yang
lebih terjamin dan sejahtera di masa hadapan untuk pembangunan yang mampan
di Negeri Pahang.

Manual ini berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada semua Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), jururancang, jururunding Agensi Kerajaan dan Swasta dan juga
kepada Institusi Pengajian Tinggi untuk digunakan dalam proses permohonan
kebenaran merancang supaya pembangunan yang dijalankan mengikut piawaian
perancangan yang telah ditetapkan.

Akhir kata diharapkan pematuhan kepada Manual Piawaian Perancangan Negeri


Pahang ini dan penglibatan oleh semua pihak yang terlibat samada didalam sektor
kerajaan mahupun swasta di dalam perancangan pembangunan negeri, di harap
akan mencapai visi “Pahang Cemerlang 2050.”

DISEMBER 2017
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

Manual Piawaian Perancangan


Negeri Pahang ini telah diluluskan
pemakaiannya di dua peringkat
iaitu:
i. Mesyuarat Jawatankuasa
Perancang Negeri (JPN)
Bil.1/2017 pada 1 Ogos 2017
ii. Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pahang (MMKN) ke
29/2017 pada 1 November
2017
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

KATA ALU-ALUAN
YAB. MENTERI BESAR PAHANG

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera, dan Salam 1Malaysia.

Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepemimpinan serta pegawai-


pegawai PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan bandar dan Desa
Negeri Pahang), kerana Berjaya menerbitkan Manual Piawaian Perancangan
Negeri Pahang ini.

Matlamat utama penerbitan Manual ini ialah untuk menjadikannya sebagai


dokumen rujukan semua pihak dalam usaha untuk merangka apa juga
rancangan pembangunan di negeri ini.

Ini penting kerana yang dicatat dan disarankan dalam Manual ini adalah
selaras dengan perubahan serta corak pembangunan semasa, yang dengan
itu boleh memberi kesan besar kepada kemajuan Pahang.

Sukacita saya sarankan agar pihak-pihak yang berkenaan dapat meneliti


Manual ini secara terperinci, memahaminya dalam perspektif yang betul
kemudian, melaksanakannya secara tepat.

Dengan ini saya percaya, hasrat Kerajaan Negeri untuk menyaksikan


pembangunan yang mampan lagi berkualiti demi kemakmuran negeri dan
kesejahteraan rakyatnya, akan tercapai, InsyaAllah.

‘Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh’

DATO’ SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB,


SDSA., SSAP., DSAP., DGSM.
YAB. Menteri Besar Pahang Darul Makmur
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

KATA ALU-ALUAN
YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera, dan Salam 1Malaysia.

Syabas diucapkan kepada PLANMalaysia@Pahang kerana telah berjaya


menghasilkan Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang.

Dokumen ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua pihak
yang terlibat dalam pembangunan di Negeri Pahang. Saya amat berbangga
dengan usaha yang dibuat oleh PLANMalaysia@Pahang dalam
mengumpulkan semua Garis Panduan Perancangan di dalam satu dokumen
rasmi yang boleh diakses oleh semua pihak. Dokumen ini amat penting
sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat di dalam
pembangunan di Negeri Pahang.

Saya juga berharap dengan adanya Manual Piawaian Perancangan Negeri


Pahang ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang
menyeluruh dan mampan untuk Negeri Pahang pada masa akan dating.

DATO’ SRI MUHAMMAD SAFIAN BIN ISMAIL,


SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PJN., AAP., AMP.
YB. Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang Darul Makmur
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat illahi atas rahmat dan izin-Nya


PLANMalaysia@Pahang dapat menerbitkan Manual Piawaian Perancangan
Negeri Pahang dengan jayanya.

Manual ini merupakan satu dokumen yang penting untuk memastikan


pelaksanaan pembangunan dijalankan selaras dengan keperluan Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172). Jutaan terima kasih
diucapkan kepada pasukan kajian serta semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Manual Piawaian
Perancangan Negeri Pahang ini.

Semoga penyediaan Manual Piawaian Perancangan Negeri Pahang ini


dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada pihak yang
berkepentingan dalam aspek kelulusan pembangunan di Negeri Pahang.

DATO’ HAZIZAH BINTI SULAIMAN


Pengarah PLANMalaysia@Pahang
(Jabatan Perancangan Bandar dan Deza
Negeri Pahang Darul Makmur)
(sehingga 19 Ogos 2017)
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

iSi kandungan
 PIAWAIAN PERUMAHAN
PERUMAHAN BERTANAH ( LANDED HOUSING )
PM-1 : RUMAH TERES KOS RENDAH, SEDERHANA RENDAH, KOS
SEDERHANA & TERES BIASA………………………………………………………………. 1-1
PM-2 : RUMAH BERKEMBAR DAN KLUSTER……………………………………………………… 1-3
PM-3 : RUMAH SESEBUAH BIASA & ‘ZERO LOT BOUNDARY'…………………………………. 1-5

PERUMAHAN BERBILANG TINGKAT


PM-4 : PANGSAPURI KOS SEDERHANA & TINGGI………………………………………………... 1-7
PM-5 : RUMAH BANDAR………………………………………………………………………………. 1-10

PERUMAHAN BERTANAH ( LANDED STRATA )


PM-6 : PERUMAHAN STRATA BERTANAH / SKIM STRATA……………………………………. 1-11

 PIAWAIAN PERDAGANGAN
PG-1 : KEDAI & KEDAI PEJABAT……………………………………………………………………… 2-1
PG-2 : KOMPLEKS PERNIAGAAN & HYPERMARKET……………………………………………...... 2-3
PG-3 : STESEN MINYAK DENGAN PERKHIDMATAN / TANPAPERKHIDMATAN……………… 2-6
PG-4 : PASAR……………………………………………………………………………………………. 2-8
PG-5 : BAZAR / ARKED……………………………………………………………………………….. 2-9
PG-6 : PUSAT PENJAJA……………………………………………………………………………….. 2-10
PG-7 : SOHO……………………………………………………………………………………………... 2-11
PG-8 : PANGSAPURI PERKHIDMATAN……………………………………………………………... 2-14

 PIAWAIAN PERINDUSTRIAN :
INDUS 1 : PIAWAIAN UMUM SKIM / ZON INDUSTRI……………………………………………. 3-1
INDUS 2 : PIAWAIAN UMUM KEMUDAHAN SOKONGAN………………………………………… 3-3
INDUS 3 : PIAWAIAN UMUM ZON PENAMPAN……………………………………………………... 3-4

JENIS PEMAJUAN PERINDUSTRIAN :


INDUS 4 : KILANG SESEBUAH DAN BERKEMBAR……………………………………………..... 3-6
INDUS 5 : KILANG TERES …………………………………………………………………………….. 3-8
INDUS 6 : KILANG BERTINGKAT……………………………………………………………………. 3-10
MANUAL PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI PAHANG
J A B A T A N P E R A N C A N G A N B A N D A R D A N D E S A N E G E R I P A H A N G

Sambg..

KELAS–KELAS AKTIVITI PERINDUSTRIAN:


INDUS 7 : KATEGORI INDUSTRI…………………………………………………………………… 3-12
L7-1 : BANGUNAN & STRUKTUR YANG DIBENARKAN DALAM
ANJAKAN BANGUNAN………………………………………………………………….. 3-14

 PIAWAIAN KEMUDAHAN MASYARAKAT :


KM1 KEMUDAHAN KESIHATAN :
KM1-1 : HOSPITAL ……………………………………………………………………………………… 4-1
KM1-2 : KLINIK KESIHATAN / POLIKLINIK / KLINIK DESA ……………………………………... 4-2
KM1-3 : HOSPITAL SWASTA …………………………………………………………………………... 4-3

KM2 KEMUDAHAN PENDIDIKAN :


KM2-1 : SEKOLAH MENENGAH / SEKOLAH MENENGAH AGAMA …………………………….. 4-4
KM2-2 : SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH RENDAH AGAMA …………………………………….. 4-5
KM2-3 : TASKA/TADIKA/TABIKA/PRA SEKOLAH & TADIKA SWASTA …………………........... 4-6

KM3 KEMUDAHAN KESELAMATAN & KECEMASAN


KM3-1 : KEMUDAHAN POLIS (IPK/IPD) …………………………………………………………….. 4-7
KM3-2 : KEMUDAHAN POLIS (BALAI & PONDOK POLIS) ……………………………………….. 4-8
KM3-3 : KEMUDAHAN BOMBA & PENYELAMAT ………………………………………………..... 4-9

KM4 KEMUDAHAN KEAGAMAAN


KM4-1 : MASJID ………………………………………………………………………………………... 4-10
KM4-2 : SURAU ……………………………………………………………………………….………... 4-12

KM5 KEMUDAHAN PERKUBURAN


KM5-1 : PERKUBURAN ISLAM, JIRAT CINA, KUBUR HINDU & KUBUR KRISTIAN …………… 4-13

KM6 KEMUDAHAN KOMUNITI


KM6-1 : KEMUDAHAN KOMPLEKS & PUSAT KOMUNITI ……………………………………… 4-14
KM6-2 : PERPUSTAKAAN AWAM …………………………………………………………………... 4-15
KM6-3 : KEMUDAHAN ORANG KELAINAN UPAYA ……………………………………………... 4-16

KM7 KEMUDAHAN REKREASI


KM7-1 : KAWASAN LAPANG & REKREASI ……………………………………………………….. 4-24

You might also like