You are on page 1of 6

SK(A) MAJLIS ISLAM SARAWAK MUKAH

JALAN BESTARI, 96400 MUKAH, SARAWAK

KERTAS KERJA
KELAS ABAD KE 21
Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.


Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana,
pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi
maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa
aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan
teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan
corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.
Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh
komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan sebuah bilik darjah PAK21 yang bermaklumat, bersih dan ceria.
2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan
pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat
dengan murid melalui capaian internet.

Sasaran :

1. Semua guru SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah


2. Semua murid SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga
Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan
penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran
fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal
di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang
pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Kelas abad ke
21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai
beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP
yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang telah
dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di dalam program i-
THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui penggunaan alat berfikir,
seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai aras (merujuk kepada
Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang pemikiran murid.
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan
meningkatkan minat murid-murid terhadap setiap subjek yang diajar. Terdapat banyak
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa dan lain-lain yang boleh dilayari
dari internet dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh membantu murid-murid
mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid-murid yang agak mahir tentunya
dapat pula membantu rakan-rakan yang kurang mahir. Situasi begini tentunya
meringankan bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara
yang lebih penting. Penglibatan aktif murid sebenarnya dapat mememudahkan mereka
memahami dan mengingati fakta-fakta penting seterusnya menguasai setiap kemahiran
dengan cepat. Kelas Khas PAK21 SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah belum dilengkapi
peralatan ICT yang lengkap. Sehubungan dengan itu, penggunaan, Komputer Desktop, LCD
TV, projector LCD, Visualizer, Long Range Wifi Extender diharapkan dapat membantu
mengatasi masalah ini.

Aggaran Perbelanjaan

1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Keceriaan kelas ( 1 kelas x RM500) RM500

2 Langsir (6 x RM45) RM270

Jumlah RM770

2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Kit i-THINK RM100

2 Bekas peta i-THINK RM50

3 Papan i–Think RM120

4 Carta i-THINK RM300

Jumlah RM570
3. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 1 unit LCD projector RM1100

2 Kabel HDMI 10m RM120

3 Power Amplifier RM480

4. 40 inch LED TV RM1000

5. Desktop Computer RM2000

6. Printer RM550

7. Wifi Router RM300

8. Visualizer RM1500

9. Wireless Microphone Set RM600

10. Battery Charger and Battery RM150

11. White Screen RM200

Jumlah RM8000

Jumlah keseluruhan : RM770 + RM570 + RM8000 = RM9340

Penutup :

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan
kerjasama daripada agensi-agensi luar terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat.
Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah ke arah mencapai
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah
dan komuniti setempat.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________________ ______________________________
En. Mohamad Haryadi Bin Ekeni En. Mohamad Harrani Bin Ekeni
Penyelaras ICT, Guru Penolong kanan 1,
SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah

Disahkan oleh,

______________________________
MOHD NAZRI BIN HJ MOHTAR
Guru Besar,
SK(A) Majlis Islam Sarawak Mukah

You might also like