You are on page 1of 8

GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |   71

ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482


www.gjat.my

Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan


Pelajar Sekolah Menengah di Selangor
Sarimah Mokhtar (Pengarang Penghubung)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau,
91009,Tawau Sabah, Malaysia
Tel: +601-98929037 E-mel: umimursyid@yahoo.com

Mohd Kashfi Mohd Jailani


Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, 91009, Tawau Sabah,
Malaysia
Tel: +6019-8929095 E-mel: kashfi2011@gmail.com

Ab. Halim Tamuri


Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +603-89216784 E-mel: tamuri67@gmail.com

Kamarulzaman Abdul Ghani


Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Tel: +603-89216784 E-mel: qamar68@ukm.my

Abstrak sekolah pula menunjukkan kumpulan pelajar


dari bandar lebih baik penghayatan akhlak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti profil Islam dari pelajar luar bandar. Kedudukan
penghayatan akhlak Islam pelajar sekolah kategori sekolah yang lebih tinggi dari segi
menengah di Selangor dari aspek jantina, lokasi penghayatan Akhlak Islam mengikut susunan
sekolah (bandar dan luar bandar) dan kategori bermula dari kategori sekolah SMKA, SBP,
sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan SABK, SMK dan SMT/V dalam dapatan
(SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama kajian pengkaji terhadap kesemua domain
(SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), penghayatan akhlak Islam. Implikasi kajian
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), ini menunjukkan guru dan pentadbir sekolah
Sekolah Menengah Teknik / Vokasional perlu peka terhadap penghayatan akhlak Islam
(SMT/V). Tujuan kajian adalah untuk mengenal yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Guru
pasti perbezaan dan persamaan antaranya. seharusnya memberi perhatian serius untuk
Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke memaksimumkan penghayatan akhlak Islam
atas 665 pelajar sekolah menengah di Selangor pelajar bagi semua kategori sekolah.
dengan menggunakan soal selidik ‘Amalan
Penghayatan Akhlak Islam’ (IMAP) pelajar Katakunci: Penghayatan akhlak; Skor min;
Sekolah Menengah yang telah dibina sendiri Jantina; Lokasi; Kategori; Sekolah
oleh pengkaji dengan persetujuan sepuluh orang
pakar. Di dalam kajian ini, statistik deskriptif Abstract
dalam bentuk skor min digunakan. Bagi profil
jantina menunjukkan pelajar perempuan This study aims to identify the profiles of
dominan dalam ketiga-tiga domain iaitu domain Islamic ethics application among Malaysian
sifat peribadi, domain amalan sosial dan secondary school students from the aspects
domain amalan agama. Domain antara lokasi of gender, school location (urban and rural
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |  72
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

areas) and category of school (SMK, SMKA, oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana hadith yang
SBP, SABK, SMT/V) as well as to identify membawa mesej bahawa Baginda diutuskan
the similarities and differences among the adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
students. This quantitative study is conducted mulia (Abdullah, 1995). Kelangsungan
on 665 secondary school students in Malaysia pendidikan Islam telah bermula sejak 8000
using the questionnaire ‘Islamic Morals tahun sebelum Masihi iaitu sezaman wujudnya
Appreciation of Practice’ for school students Nabi Allah Adam a.s. Pendidikan Islam di Tanah
(IMAP), constructed by the researchers with Melayu bermula sejak abad ke-15 se-Era dengan
the agreement of ten experts. In this research zaman Kesultanan Melayu Melaka, rentetan
the statistical description has been analysed dari sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu
using the mean score. Concerning gender yang telah dibawa dan disebarkan oleh saudagar-
profile, the female students prevail in all three saudagar dari Arab dan Parsi. Pertumbuhan
domains, namely personal characteristics dan perkembangan sistem pendidikan Islam
domain, the domain of social practices and di negara ini masih baru iaitu sekitar usia 40
religious domains. Concerning domains of tahun yang bertitik tolak dari Laporan Rahman
the IMAP which are based on the location, Talib 1960an. (Ghazali, 2001).
the findings shows that the group of students
from the city has better appreciation of Islamic Kurikulum pendidikan Islam yang dirangka
morality compared to rural students. The highest sejak dari zaman awal kedatangan Islam hingga
rating of schools in terms of appreciation of the kini adalah bertujuan untuk pembentukan
Islamic Morals in the order of starting from akidah, pembinaan akhlak, pelaksanaan ibadah,
SMKA, followed by SBP, SABK and SMT/V kepatuhan kepada syariat serta penguasaan
in the findings of researchers on the appreciation Al-Quran dan bahasa Arab (Abdullah, 1995).
of all the domain of Islamic morality. The Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas
implications of this study showed teachers and dalam bukunya tahun 1999 “The concept
school administrators need to be sensitive to a of education in Islam” menyatakan melalui
different appreciation for the Islamic character “Konvensyen Pendidikan Muslim Sedunia 1”
of every student. Teachers should give serious yang diadakan di Mekah pada 31 Mac hingga
attention to maximize the students’ appreciation 8 April 1977M (1398H), memutuskan betapa
of Islamic morality for all categories of schools. pentingnya diwujudkan sistem pembelajaran
berasaskan konsep pendidikan Islam yang
Keywords: Appreciation of probation; Mean lengkap. Ia menegaskan bahawa sistem
score; Gender; School; Location; Category Pendidikan Islam perlu diasaskan kepada
konsep “religion” (din), “man” (insan),
Pengenalan “knowledge” (’ilmu dan makrifah), “wisdom”
(hikmah), “justice” (’adil), “right action” (amal
Al-Quran merupakan sumber asas dalam dan adab) dan “university” (kuliah/ universiti).
Pendidikan Islam sebagaimana terkandung Pendidikan Islam mewarisi asas pendidikan
dalam wahyu pertama merupakan perintah yang dibawa oleh Nabi s.a.w bertujuan untuk
yang berhubung dengan pendidikan melalui menyedarkan manusia supaya berperanan
kalimah ‘Iqra’ yang bermaksud “bacalah..” sebagai khalifatullah. Proses pendidikan
(Al-Quran 30:1).  Perkataan “bacaan” dalam Islam hakikatnya menekankan konsep
diterjemahkan sebagai pintu kepada ilmu “ta’dib”(pembentukan peribadi, sikap dan
dan alat terpenting kepada pengajaran dan sahsiah). Dalam konteks masa kini, guru
pendidikan. Pendidikan dan Islam saling pendidikan Islam khususnya, berperanan
berkaitan serta tidak dapat dipisahkan bagi menampilkan ciri-ciri keperibadian dan
membentuk sahsiah dan peribadi manusia menterjemahkan dalam amalan pengajaran dan
selaras dengan pendidikan yang dipelopori pembelajaran dalam kelas sebagai memenuhi
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |   73
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

konsep lima MIM iaitu mudarris, muaddib, difikirkan satu mekanisme bagaimana untuk
murabbi, mursyid dan mu’allim. (Ab. Halim membangunkan kembali aspek kerohanian
dan Mohd Yusoff, 2010). dalam pembinaan diri individu pelajar selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Jelasnya, pendidikan Islam telah sampai dan (1986) dan juga memenuhi Pelan Induk
digunapakai dalam sistem pendidikan di Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras 5 iaitu
Malaysia sehingga kini, walaupun masih boleh membangunkan modal insan yang menguasai
dikatakan berada pada tahap separa matang. ilmu pengetahuan, kemahiran serta menghayati
Namun usaha berterusan harus dibuat untuk nilai-nilai murni, bersikap positif walaupun
memastikan pendidikan Islam terus dimartabat pada tahap yang sederhana, namun ia telah
dan dijadikan tunjang dalam sistem pendidikan dapat memberi sumbangan di arena pendidikan
kebangsaan. Ini selaras dengan pernyataan dan pembangunan insan serta membina disiplin
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diri di kalangan pelajar. Amat bertepatan sekali
yang mensasarkan matlamat pendidikan dikatakan aspek tersebut amat penting untuk
yang berterusan ke arah memperkembangkan diambil perhatian dan tindakan segera.
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang Banyak kajian lepas yang menyentuh tentang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, Pendidikan Islam di Malaysia yang rata-rata
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan melaporkan bahawa kelemahan penghayatan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi Pendidikan Islam dan penghayatan akhlak
melahirkan akhlak mulia, bertanggungjawab pelajar Islam perlu diperbaiki melalui mata
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan pelajaran dan kurikulum Pendidikan Islam
diri serta memberi sumbangan terhadap dan peranan guru sebagai pendidik ilmu dan
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan akhlak pelajar (role model). Kesediaan guru
negara. Maka sudah sampai masanya kerajaan merupakan faktor kritikal yang menentukan
mengutamakan pembangunan modal insan kejayaan sesuatu program pendidikan. Oleh
berbanding dengan pembangunan material dan itu, adalah dicadangkan supaya kajian tentang
infrastruktur dalam merencana pembangunan pengetahuan dan sikap guru-guru terhadap
negara untuk masa hadapan. Generasi berakhlak peningkatan penghayatan akhlak dijalankan.
mulia akan bertanggungjawab untuk mentadbir Ini adalah penting kerana pengetahuan dan
urusan negara bagi masa hadapan. Guru harus sikap seseorang guru mempengaruhi amalan
lebih peka dan menjadi model terbaik kepada aktiviti di sekolah. Di samping itu, tinjauan
pelajar dari segi penghayatan akhlak untuk tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh
dicontohi oleh pelajar. Berdasarkan hasil kajian guru dalam menerapkan penghayatan akhlak
ini, pelajar sekolah menengah yang sedang kepada pelajar sekolah perlu diadakan.
meningkat remaja ini perlu diberi perhatian
untuk meningkatkan penguasaan penghayatan Secara keseluruhannya, kajian ini berlandaskan
akhlak mereka melalui aktiviti-aktiviti yang teori Al-Ghazali (1982) dalam Ihya’Ulumu-al din
sesuai dan berkesan dengan mereka. “Revival of Religious Science”, (1939) bahawa
asas pendidikan terdiri dari empat ciri yang
Kajian-kajian pendidikan sentiasa menunjukkan perlu ada iaitu Qalb (Heart), Ruh ( Spirit), Nafs
bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam (Soul), dan ‘Aql (Intellect). Banyak pakar-pakar
sistem pendidikan di negara ini yang menyentuh pendidik seperti al-Ghazali, Ibnu Shahnum,
berkaitan dengan isu keruntuhan akhlak dalam Ibnu Khaldun, al-Qabsi, Atan Long dan Hassan
kalangan remaja. Sistem pendidikan di negara Langgulung juga telah menggunakan teori ini
ini lebih menjurus kepada pembangunan luaran dalam memberi idea tentang Pendidikan Islam.
sahaja, berbanding dengan kekurangan dalam Kajian ini juga menggunakan Teori Permodelan
aspek pembinaan kerohanian. Oleh itu, perlu Bandura dalam Social Learning Theory, 1977.
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |  74
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan empat orang pakar dalam bidang Pendidikan
kanak-kanak tadika (berumur 3-6 tahun) untuk Islam dari Institusi Pengajian Tinggi Awam
menjalankan kajian mereka pada tahun 1963, (IPTA), seorang dari UM, dua orang dari UTM
dan berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak dan seorang dari UPSI. Setiap sampel diminta
keseluruhannya meniru model yang ditonton membaca arahan sebelum menjawab soal selidik
dangan gaya yang agresif. Beliau merumuskan dan menjawab secara persendirian mengikut
bahawa pelbagai tingkahlaku sosial seperti pendapat masing-masing tanpa bantuan pelajar
keagresiafan, persaingan, peniruan model dan lain menggunakan soalan soal selidik yang
sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada diedarkan. Soal selidik Amalan Penghayatan
gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Akhlak Islam pelajar ini terdiri daripada tiga
Tidak dinafikan lagi melalui Teori Permodelan domain iaitu sifat peribadi, domain amalan
Bandura ini sangat sesuai dalam menterjemahkan sosial dan domain amalan agama. Skala Likert
peranan guru sebagai pendidik dan role model lima pilihan digunakan dalam bagi para pelajar
(contoh tauladan) kepada pelajar. Secara menyatakan darjah persetujuan terhadap setiap
literalnya, akhlak merupakan suatu keadaan item yang dikemukakan. Dalam bahagian 1,
yang tetap dalam diri dan jiwa yang melahirkan pelajar diminta menyatakan darjah persetujuan
tindakan, perlakuan, atau peri laku amalan mereka terhadap item yang dikemukakan sama
dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran ada Sangat Setuju (5), Setuju (4), Kurang
al-Ghazali r.a.. Manakala penghayatan akhlak Setuju (3), Tidak Setuju (2) atau Sangat Tidak
pelajar pula merujuk kepada sifat dan tingkah Setuju (1). Soal selidik yang telah dijawab
laku yang bersesuaian dengan nilai-nilai dikumpulkan serta disemak terlebih dahulu bagi
baik, perintah, larangan, galakan dan tegahan memastikan sampel mengikut arahan yang betul
berkaitan dengan akhlak, adab dan tingkah laku dan memberikan jawapan yang lengkap sebelum
orang-orang beriman seperti yang digariskan data dianalisis. Bagi tujuan penulisan kajian ini
dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W data dari sampel hanya diambil dari Bahagian
yang diamalkan sesuai dalam semua peringkat C berbentuk persepsi yang mengandungi 92
kehidupan manusia. Oleh yang demikian, kajian soalan persepsi berbentuk skala likert yang
ini bertujuan untuk membuat analisis Amalan mengandungi tiga domain amalan penghayatan
Penghayatan Akhlak Islam pelajar sekolah akhlak Islam pelajar iaitu sifat peribadi terdiri
menengah di bawah Kementerian Pelajaran dari item C1 hingga C32 (32 item), domain
Malaysia berdasarkan teori al-Ghazali (1982) amalan sosial terdiri dari item C33 hingga
yang menggariskan tiga domain utama iaitu C65(32 item) dan domain amalan agama terdiri
sifat peribadi pelajar, amalan sosial dan agama. dari item C66 hingga C92 (26 item).

Metodologi Sampel Kajian

Pengumpulan Data & Persampelan Responden Sampel kajian terdiri daripada 665 orang pelajar
Reka bentuk kajian melibatkan pendekatan tingkatan empat di sekolah menengah rendah
kuantitatif yang melibatkan pengutipan data Kementerian Pelajaran Malaysia di Selangor
menggunakan instrumen Amalan Penghayatan dari lima kategori sekolah iaitu Sekolah
Akhlak Islam Pelajar yang dibina sendiri Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
oleh pengkaji dengan persetujuan sepuluh Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah
orang pakar terdiri dari dua orang guru pakar Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah
Pendidikan Islam, seorang pensyarah Institut Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah
Pendidikan Guru, seorang pakar pendidikan Menengah Teknik / Vokasional (SMT/V).
Islam dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Sampel kajian dipilih secara rawak berserata
dua orang pakar dari Bahagian Pendidikan sebagai teknik persampelan dalam kajian ini
Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dan dalam keadaan populasi yang tidak seragam
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |   75
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Dapatan Kajian & Perbincangan agama, berbanding dari pelajar lelaki. Dapatan
ini selari dengan kajian Azhar, 2006 yang telah
Demografi Sampel Kajian dilakukan kepada pelajar sekolah menengah
di Sarawak menunjukkan pelajar perempuan
Jadual 1 menunjukkan demografi sampel kajian tinggi skor min dalam ketiga-tiga domain yang
dari segi jantina, lokasi sekolah dan kategori diuji.
sekolah. Jumlah sampel lelaki ialah 258(39.0)%
dan perempuan 404 (61.0)%. Jumlah pelajar Jadual 2: Amalan Penghayatan Akhlak Pelajar Berdasarkan
Jantina
di lokasi bandar ialah 186 (28.1)%, manakala
Min
jumlah pelajar di luar bandar ialah 476(71.9)%.
Domain Penghayatan Akhlak
Jumlah pelajar dari segi kategori sekolah pula Islam
Lelaki Perempuan

terdiri daripada SMK ialah 175(26.4)%, SMKA Sifat Peribadi 315.53 340.11
ialah 106 (16.0)%, SBP ialah 109 (16.5)%, Amalan Sosial 307.49 344.39
SABK ialah 152 (23.0)% dan SMT/V ialah Amalan Agama 321.50 337.88
120 (18.1)%.
Perbezaan Bagi Setiap Amalan Penghayatan Akhlak dengan Lokasi
Sekolah
Jadual 1: Demografi Sampel Kajian
Faktor Peratus
Demografi N Faktor Frekuensi
%
Jadual 3 menunjukkan Amalan Penghayatan
akhlak bagi pelajar bandar lebih tinggi daripada
Jantina 662 Lelaki 258 39.0
pelajar luar bandar. Skor min paling tinggi
Perempuan 404 61.0
bagi pelajar di bandar adalah domain amalan
Lokasi 662 Bandar 186 28.1 agama (349.26), dikuti dengan domain amalan
Luar
Bandar
476 71.9 sosial (344.48), domain sifat peribadi (339.44).
Bagi pelajar luar bandar pula, Skor min paling
Jenis 662 SMK 175 26.4 tinggi adalah domain sifat peribadi (327.02),
Sekolah SMKA 106 16.0 dikuti dengan domain amalan agama (324.56),
SBP 109 16.5
SABK 152 23.0 dan terakhir domain amalan sosial (324.35).
SMT/V 120 18.1 Profil ini selari dengan kajian Azhar (2006,
2010). Jika dibandingkan di antara pelajar
Perbezaan Bagi Setiap Domain Amalan Penghayatan Akhlak Pelajar
dengan Jantina di bandar dan luar bandar, pelajar di bandar
lebih tinggi dalam semua domain penghayatan
Jadual 2 menunjukkan Amalan Penghayatan akhlak berbanding dengan pelajar luar bandar.
akhlak bagi pelajar lelaki untuk ketiga-tiga Dapatan ini selari dengan kajian Azhar (2010)
domain iaitu sifat peribadi, amalan sosial dan menunjukkan bahawa pelajar di bandar lebih
amalan agama. Skor min paling tinggi adalah tinggi penghayatan akhlak daripada pelajar di
domain amalan agama (321.50) dikuti dengan luar bandar.
domain sifat peribadi (315.53), dan terakhir
Jadual 3: Amalan Penghayatan Akhlak pelajar berdasarkan lokasi
domain amalan sosial (307.49). Manakala, sekolah
bagi pelajar perempuan Skor min paling tinggi Min
adalah domain amalan sosial (344.39), dikuti
Bandar Luar Bandar
dengan domain sifat peribadi (340.11),dan
Sifat Peribadi 339.44 327.02
terakhir domain amalan agama (337.88). Profil Amalan Sosial 344.48 324.35
ini selari dengan kajian Azhar (2006; 2010) Amalan Agama 349.26 324.56
dan Asmawati (2009). Jika dibandingkan di
Perbezaan Bagi Setiap Domain Penghayatan Akhlak dengan Semua
antara pelajar lelaki dan perempuan, pelajar Jenis sekolah
perempuan lebih tinggi skor min dalam ketiga-
tiga domain amalan penghayatan akhlak domain
iaitu sifat peribadi, amalan sosial dan amalan
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |  76
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

Jadual 4 menunjukkan Amalan Penghayatan amnya penghayatan akhlak pelajar sekolah


pelajar bagi pelajar sekolah menengah untuk menengah berada pada tahap baik. Beberapa
lima kategori sekolah menengah di Malaysia perkara perlu diberi perhatian dalam semua
di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia aktiviti di sekolah bagi memastikan pelajar
iaitu SMKA, SBP, SABK, SMK dan SMT/V. menguasai penghayatan akhlak pada tahap
Berdasarkan Jadual 4 , kedudukan Skor min cemerlang. Namun begitu domain-domain
paling tinggi bagi domain dalam penghayatan penghayatan akhlak perlu diperkukuhkan lagi
akhlak Islam ialah sifat peribadi adalah bagi dengan mengambil faktor persekitaran. Faktor
pelajar SMKA (385.62), diikuti dengan SBP persekitaran ini termasuklah teknik pengajaran
(348.78), SABK (330.71), SMK (321.51) dan guru, bahan bantu mengajar, motivasi oleh guru
min yang terendah SMT/V (278.09). Bagi dan galakan keluarga. Faktor persekitaran ini
domain amalan sosial skor min paling tinggi perlu ditekankan bagi memastikan pelajar lebih
adalah pelajar SMKA (401.11), diikuti oleh meningkat penghayatan akhlak dan seterusnya
pelajar dari SBP (358.45), SMK (317.54), membolehkan mereka untuk lebih cemerlang
SABK (309.62) dan yang terendah SMT/V dalam pencapaian mereka, bukan sahaja dari
(285.45). Bagi domain amalan agama pula, aspek akademik, malah cemerlang penghayatan
skor min paling tinggi adalah pelajar dari akhlak dalam aspek kehidupan harian. Peranan
sekolah SMKA (379.83), diikuti oleh pelajar guru dalam memotivasikan pelajar supaya
SBP (377.37), SABK (348.88), SMK (306.29), meningkatkan penghayatan akhlak juga adalah
dan yang terendah SMT/V (261.90). penting. Guru-guru seharusnya menggunakan
teknik pengajaran yang menggabungkan
Jadual 4: Perbezaan Bagi Setiap Domain Penghayatan Akhlak
Pelajar Sekolah Menengah
kesemua domain keperibadian, amalan
Min Kedudukan
agama dan amalan sosial supaya pelajar
dapat meningkatkan penghayatan akhlak diri
SMK 321.51 4
mereka dan seterusnya dapat mempraktikkan
SMKA 385.62 1 ketika mereka bertugas sebagai pekerja di
Sifat Peribadi SBP 348.78 2
SABK 330.71 3
berbagai agensi kelak. Di samping itu juga,
SMT/V 278.09 5 guru-guru seharusnya lebih prihatin terhadap
permasalahan pelajar semasa mereka sedang
SMK 317.54 3 mengikuti aktiviti-aktiviti di sekolah. Guru harus
Amalan
SMKA 401.11 1 lebih peka dan menjadi model terbaik kepada
SBP 358.45 2
Sosial
SABK 309.62 4 pelajar dari segi penghayatan akhlak untuk
SMT/V 285.45 5 dicontohi oleh pelajar. Berdasarkan hasil kajian
ini, pelajar sekolah menengah yang sedang
SMK 306.29 4
SMKA 379.83 1 meningkat remaja ini perlu diberi perhatian
Amalan
Agama
SBP 377.37 2 untuk meningkatkan penguasaan penghayatan
SABK 348.88 3
SMT/V 261.90 5 akhlak mereka melalui aktiviti-aktiviti yang
sesuai dan berkesan dengan mereka.
Dapatan yang diperolehi dari kajian ini Kajian ini merupakan satu usaha mengenalpasti
mempunyai beberapa inti penting kepada profil penghayatan akhlak dalam kalangan
pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan pelajar sekolah menengah di Selangor. Akan
pelajar. Min skor keseluruhan domain tetapi, kajian ini dibatasi oleh beberapa
penghayatan akhlak berada pada tahap aspek. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk
sederhana tinggi. Pelajar SMKA memperoleh memperoleh dapatan yang lebih komprehensif.
min skor tertinggi dalam ketiga-tiga domain Sampel dalam kajian ini adalah terbatas kepada
penghayatan akhlak pelajar iaitu domain 665 orang pelajar sekolah menengah pelbagai
sifat peribadi, manakala domain amalan kategori di Selangor. Hasil kajian ini tidak
sosial mempunyai skor min terendah. Secara sesuai digeneralisasikan kepada keseluruhan
GJAT | DECEMBER 2011 | VOL 1 ISSUE 1 |   77
ISSN : 2232-0474 | E-ISSN : 2232-0482
www.gjat.my

populasi pelajar sekolah menengah di Malaysia. kepada pelajar sekolah perlu diadakan.
Walau bagaimanapun ia boleh dijadikan
panduan untuk sekolah menengah yang lain Rujukan
kerana struktur yang sama antara sekolah ini.
Adalah diharapkan kajian selanjutnya dapat Al-Quran
dibuat terhadap kumpulan subjek kajian
lain. Golongan subjek kajian boleh terdiri Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan
daripada pelajar sekolah menengah di negeri pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan
yang lain dan melibatkan sampel yang lebih Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.
besar. Kajian ini boleh diperluaskan untuk
merangkumi faktor-faktor lain seperti bangsa, Ab.Halim Tamuri & Yusoff, N. M. (2010).
aliran pengajian, tahap sosio ekonomi pelajar Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
atau tahap pendidikan ibu bapa pelajar. Faktor- Pendidikan Islam. Penerbit Universiti
faktor berkenaan mungkin mempengaruhi Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Malaysia.
Kajian sebegini dapat memberi gambaran yang
lebih jelas tentang penghayatan akhlak pelajar Ab. Halim Tamuri dan Mohd Yusoff Zulkifly.
sekolah menengah. (2007). A Study on Malaysian Secondary
Students’ Perceptions on the Teaching of
KESIMPULAN Akhlaq. Journal Muslim Education Quarterly,
23(3&4):16-32.
Melalui dapatan kajian ini, pengkaji mendapati
pelajar perempuan mendominasi kebanyakkan Al-Ghazali, Abu Hamid. (1982). Ihya’ ‘ulum
penghayatan akhlak. Dapatan juga jelas al-din. Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon.
menunjukkan pelajar dari SMKA dan SBP
berada pada skor tertinggi berbanding dengan Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak
kategori sekolah yang lain, iaitu SABK, SMK dan Adab Islam. Utusan Publications &
dan SMT/V. Oleh itu, usaha perlu dibuat bagi Distributors Sdn.Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia.
meningkatkan penghayatan akhlak pelajar
lelaki supaya setara dengan pelajar perempuan. Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran
Pihak sekolah harus memikirkan apakah proses Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah.
terbaik yang perlu diberikan kepada pelajar Tesis PhD. Fakulti Pendidikan UKM, Bangi,
mereka bagi memastikan penghayatan akhlak Selangor, Malaysia.
dalam kalangan pelajar sekolah menengah
dapat ditingkatkan ke tahap optimum bagi Azhar Hj Ahmad. (2010). Strategi Pembelajaran
memastikan pekerja dan warganegara Malaysia Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak.
yang berkesan dapat dilahirkan. Kesediaan guru PROFES Publication, Sarawak, Malaysia.
merupakan faktor kritikal yang menentukan
kejayaan sesuatu program pendidikan. Oleh Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi
itu, adalah dicadangkan supaya kajian tentang Pendidikan Islam. Utusan Publications &
pengetahuan dan sikap guru-guru terhadap Distributors Sdn.Bhd., Kuala Lumpur. Malaysia.
peningkatan penghayatan akhlak dijalankan.
Ini adalah penting kerana pengetahuan dan
sikap seseorang guru mempengaruhi amalan
aktiviti di sekolah. Di samping itu, tinjauan
tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru dalam menerapkan penghayatan akhlak

You might also like