You are on page 1of 12

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

473 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

KEMAHIRAN PEDAGOGI BERBANTUKAN FROG VLE DALAM


PEMBELAJARAN ABAD 21 BAGI GURU SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
*KRISHNAMUTY, P. & MASEK, A.
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia,
*gb150016.siswa@uthm.edu.my

Abstrak: Aplikasi Frog VLE telah dikenalkan dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2013.
Terdapat segelintir guru yang menggunakan kaedah konventional dalam sesi PdPc. Di khuatiri kemahiran
pedagogi yang guru amalkan tidak selari dengan kandungan pelajaran dan medium (Frog VLE) yang
digunakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka elemen kemahiran pedagogi guru
berbantukan aplikasi Frog VLE. Kajian ini menggunakan kaedah sequential exploratory dalam dua fasa
iaitu kualitatif dan kuantitatif. Dalam fasa petama temu bual digunakan sebagai instrumen kajian untuk
mengumpul datanya. Seramai 3 orang pakar telah ditemu bual. Hasil dapatan temu bual telah dianalisis
dan sepuluh elemen kemahiran pedagogi telah ditemuinya. Seterusnya dalam fasa kedua soal selidik telah
digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data secara kuantitatif. Satu set soal selidik yang
mengandungi 30 item soalan dibina dan diedarkan kepada 216 guru SKM di daerah Batu Pahat. Data soal
selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for
Social Science (SPSS). Didapati elemen persediaan awal menjadi dominan bagi kesemua elemen di mana
ia mencapai skor min yang tertinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa umur guru juga menjadi salah
satu faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran pedagogi dalam meningkatkan kualiti PdPc Abad 21.
Secara keseluruhannya, ini menunjukkan guru sentiasa mempraktikkan setiap elemen-elemen yang
terkandung dalam kemahiran pedagogi berbantukan Frog VLE semasa menjalankan sesi PdPc.

Kata kunci: Kemahiran pedagogi, Frog VLE, Pembelajaran abad 21

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi dan berkembang mengikut era globalisasi
pendidikan dunia. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk meningkatkan mutu penyampaian
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) setaraf dengan negara-negara yang maju dalam bidang
pendidikan. Sekolah diibaratkan sebagai tempat untuk melahirkan warga pelapis yang menjadi
aset utama pada negara. Di sinilah lahirnya pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan.
Bukan itu sahaja, malah sekolah merupakan tempat untuk pembentukan sahsiah yang baik dan
cinta pada negara serta berfungsi sebagai tempat menimba ilmu, pengalaman dan kemahiran.
Menurut Mok Soon Sang (2008) proses PdPc adalah satu proses yang melibatkan interaksi
antara guru dengan murid, murid dengan murid serta bahan dengan murid. Berkesannya
pedagogi guru hanyalah bergantung kepada bagaimana guru menyampaikan maklumat dan
menyelesaikan masalah pembelajaran muridnya.
Menurut Robiah Sidin (2007) pengaplikasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(TMK) dalam proses PdP mempunyai kaitan yang jelas dengan perkembangan sistem
pendidikan secara global. Pada tahun 2013 KPM telah menubuhkan 1BestariNet dan
memperkenalkan penggunaan Frog Virtual Learning Environment atau lebih dikenali sebagai
Frog VLE. Tujuan KPM memperkenalkan Frog VLE adalah untuk meningkatkan kemahiran
ICT guru di Malaysia dan melengkapkan murid dengan kemahiran teknologi. Melalui ini setiap
murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia dan setiap murid
berpeluang mendapat pendidikan yang cemerlang. Abu Bakar Nordin (2013) menyatakan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

474 | MEDC 2018

bahawa Frog VLE sungguh mudah dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa
hanya dengan capaian internet bersama dengan peranti untuk mengakses Frog VLE seperti
komputer riba, Chrome book, tablet dan telefon pintar. Menurut Mishra (2009) pula
menyatakan bahawa aplikasi e-pembelajaran boleh didefinasikan sebagai pintu gerbang untuk
mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa.
Dengan menggunakan Frog VLE seorang guru dapat menjimatkan masa dan tenaga
untuk menyediakan bahan bantu mengajar seperti nota, soalan latihan, tugasan, slaid
pengajaran, video untuk menyampaikan PdP secara berkesan. Ia akan meningkatkan
keberhasilan proses pengajaran. Proses pembelajaran yang fleksibel dan eksklusif dapat
dijalankan melalui Frog VLE. Dalam kajian A.Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015) teknologi
sudah lama diperkenalkan dalam bidang pendidikan tetapi kebanyakan guru masih
mengamalkan kaedah penyampaian pdp berkaedah konvensional serta tidak menekankan
kemahiran berfikir dalam pdpc harian. Menurut Davi Hyerle (2011) mengatakan bahawa dengan
adanya perkembangan aplikasi teknologi terkini dan teknologi komunikasi maklumat (ICT)
serta peta pemikiran dalam pdpc, guru-guru perlu menguasai sepenuhnya dalam kemahiran ICT.
Guru harus mempunyai tanggungjawab dalam menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi
dan menjadikan negara ini berjaya ke arah pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.
Sejak kebelakangan ini peratus pencapaian penggunaan Frog VLE di sekolah kurang
murid berada dalam tahap yang kurang memuaskan di mana guru jarang menggunakan
pedagogi ini dalam PdPc mereka. Walaupun terdapat banyak peralatan ICT di makmal
komputer sekolah, tetapi kebanyakan guru-guru yang mempunyai pengalaman lama dalam
bidang pendidikan yang masih lagi menggunakan kaedah chalk and talk dalam PdPc mereka.
Terdapat beberapa kajian seperti Norazilawati Abdullah (2013), Siti Aminah Khasiman (2013),
Nik Yusuf (2013) dan Hew Teck Soon (2014) telah mengaji hanya berfokuskan kepada
kumpulan, pengalaman guru serta jantina sahaja. Ia menunjukkan perbandingan umur guru tidak
lagi dikaji berdasarkan kemahiran pedagogi berbantukan Frog VLE. Aplikasi Frog VLE telah
dikenalkan dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2013. Semenjak itu, guru-guru di
sekolah rendah dan sekolah menengah telah dihantar untuk ke bengkel penggunaan teknologi
untuk memantapkan penggunaan aplikasi ini dalam kalangan guru. Walaupun telah ada banyak
kemajuan dalam bidang pendidikan masih terdapat segelintir guru yang menggunakan kaedah
konventional dalam sesi PdPc. Di khuatiri kemahiran pedagogi yang guru amalkan tidak selari
dengan kandungan pelajaran dan medium (Frog VLE) yang digunakan.
Justeru itu, berdasarkan isu di atas suatu kajian untuk meneroka elemen kemahiran
pedagogi, mengenalpasti kemahiran elemen pedagogi guru yang dominan serta perbandingan
tahap kemahiran pedagogi berdasarkan umur guru telah dijalankan di sekolah kurang murid
dalam daerah Batu Pahat.

METADOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian ini berbentuk deskriptif. Creswell (2014) menyatakan bahawa populasi
didefinisikan sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama bagi tujuan kajiannya.
Kajian ini menggunakan reka bentuk sequential exploratory. Terdapat dua fasa dalam kajian ini
iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Fasa pertama merupakan kaedah kualitatif manakala fasa
kedua merupakan kaedah kuantitatif. Temubual telah digunakan dalam fasa pertama untuk
mendapatkan data manakala soal selidik pula digunakan untuk mengumpul data secara
kuantitatif. Kaedah sequential exploratory merupakan mixed method di mana kaedah kualitatif
terlebih dahulu dilakukan. Seterusnya melalui data temubual itu, suatu soal selidik akan
dibangunkan untuk mendapatkan dapatan kajian sebagai kaedah kuantitatif. Menurut Mohd
Majid (2011) kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu
situasi yang sedang mengalami yang kurang atau belum dikaji. Menurut Yahya (2006) tujuan
kajian deskriptif adalah untuk mendapatkan ukuran berkaitan keadaan atau ciri populasinya.
Pembolehubah yang bersandar bagi kajian ini adalah elelmen-elemen kemahiran pedagogi guru
di sekolah kurang murid.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

475 | MEDC 2018

Dalam fasa pertama seramai tiga orang pakar telah dipilih untuk menemu bual.
Kesemua peserta kajian merupakan pakar dalam pedagogi ICT serta membantu mendapatkan
data secara kualitinya. Temu bual ini sebagai meneroka kemahiran pedagogi guru yang
termaktub dalam pembelajaran maya iaitu Frog VLE serta dapat membangunkan soal
selidiknya. Pakar-pakar ini merupakan guru dan pegawai yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan
Negeri dimana mereka mempunyai sijil perlantikan dalam bidang pedagogi dan ICT. Pakar-
pakar telah ditemu bual berkaitan pandangan mereka tentang elemen-elemen kemahiran
pedagogi guru berbantukan Frog VLE dalam pembelajaran abad 21. Peserta kajian diberi
peluang untuk memberi penerangan yang jelas bagi soalan yang dikemukakan. Bagi
mewujudkan persekitaran yang lebih tenang, pakar-pakar telah dimaklumkan lebih awal melalui
surat rasmi bahawa kajian ini adalah untuk tujuan pengumpulan data. Temubual telah direkod
melalui perakam bunyi Mp3 serta dipindahkan dalm bentuk transkrip secara verbatim. Transkrip
telah disahkan oleh peserta kajian selepas selesai ditulis.
Dalam fasa kedua ini kaedah kuantitatif telah digunakan untuk mendapatkan datanya.
Satu set soal selidik telah dibangunkan dengan menggunakan data daripada temu bualnya.
Kajian ini telah dijalankan di 36 buah sekolah kurang murid di dalam daerah Batu Pahat.
Sampel kajian memenuhi segala kriteria, kehendak dan keperluan kajian di mana populasinya
bertepat dengan kajian ini dan dapat menjawab persoalannya. Jumlah populasi yang terdapat
dalam kajian ini adalah seramai 477 guru. Konting (1998) menyatakan bahawa populasi adalah
satu set kelempok yang hendak diukur serta perlu mengenalpasti bagi mendapatkan maklumat
diperlukan. Creswell (2014) pula menyatakan bahawa populasi didefinisikan sekumpulan
individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama bagi tujuan kajiannya. Populasi dalam kajian ini
adalah guru-guru sekolah kurang murid di daerah Batu Pahat. Sampel seramai 216 telah
digunakan untuk mendapatkan data kuantitatifnya. Merujuk jadual penentuan saiz sampel Krejie
dan Morgan (1970) populasi sebanyak 477 boleh menggunakan sampel sebanyak 216 untuk
mendapatkan datanya. Yahya (2006) menyatakan bahawa sampel adalah satu set responden
yang dipilih daripada satu populasi yang besar sebagai mewakili kelompok tersebut bagi tujuan
kajian tertentu. Kaedah persampelan rawak berlapis (STRATA) digunakan dalam kajian ini iaitu
sebanyak 6 responden telah ditetapkan di setiap sekolah SKM yang terdiri daripada perbezaan
tahap pengalamannya. Responden ini dipilih secara rawak bertujuan dengan mengenal pasti
kriteria-kriteria responden yang dikaji. Soal selidik dalam kajian ini dapat menjawab bagi
kesemua persoalan yang ditentukan sebelum kajiannya. Bagi soal selidik kajian ini
mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada Bahagian A dan B. Penyelidik memberikkan
satu set soal selidik yang berbentuk politomus.
Kesahan dijalankan dengan merujuk kepada pegawai pakar dan pensyarah UTHM
untuk menilai soal selidik yang dibina. Dalam kajian ini kesahan dibuat oleh tiga orang pakar
iaitu di kalangan pensyarah-pensyarah UTHM, fakulti pendidikan dan ketua panitia Bahasa
Melayu di sekolah. Bagi menentukan elemen-elemen kemahiran pedagogi guru di kalangan
guru sekolah kurang murid di daerah Batu Pahat, analisis deskriptif, min, standard deviation dan
peratusan telah digunakan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisis data secara
sistematiknya.

KEPUTUSAN KAJIAN

Dapatan kajian telah dikumpulkan melalui temu bual dan soal selidik yang diedarkan kepada
peserta kajian. Keputusan kajian ini telah dibahagikan kepada dua iaitu fasa pertama dapatan
daripada pakar-pakar ICT yang telah ditemu bual dan fasa kedua dapatan soal selidik daripada
para kalangan guru-guru SKM.

Fasa I : Analisis Kualitatif

Analisis temu bual telah dianalisis mengikut tema berdasarkan transkrip temu bual. Ketiga-tiga
peserta kajian berpendapat yang agak sama terhadap elemen kemahiran pedagogi guru. Temu
bual telah menganalisis tema dengan menggunakan dapatan data temu bual daripada kesemua
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

476 | MEDC 2018

peserta kajian dengan rakaman yang telah ditranskripnya. Terdapat 10 elemen pedagogi guru
daripada dapatan temu bual serta telah dibincangkan dengan lebih teliti dan terperincinya.
Seterusnya setiap elemen pedagogi itu menjadi satu kekuatan untuk membina instrumen soal
selidik bagi data kuantitatifnya. Jadual 3.1 menunjukkan elemen-elemen kemahiran pedagogi
guru berbantukan Frog VLE yang menemui daripada hasil tematik kajian.

Jadual 3.1 : Elemen-elemen kemahiran pedagogi guru berbantukan Frog VLE

Elemen Kemahiran Dapatan Pakar-pakar


Pedagogi Guru
1 Menarik perhatian .....ada bahan yang kita nak sampaikan pada anak-anak murid ok kemudian
selain itu kita perlu ada maksudnya elemen-elemen yang menarik perhatian
anak murid itu.....(PA)
.....FrogVLE dan cikgu sebenarnya boleh menyediakan arghhh laman
pembelajaran untuk menarik perhatian sesuatu topik tetapi arghhh
merangkumi ataupun arghhh mesasarkan pelajar yang berlainan
tahap.....(PC)

2 Unsur gamifikasi .....Frog play itu merupakan salah satu elemen atau pun unsur gamifikasi
mungkin maksudnya pembelajaran yang berasaskan permainan.....(PA)
.....FrogPlay adalah aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan
gamifikasi untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.....(PB)

3 Mencapai objektif .....dapat menarik minat murid-murid untuk membuat tugasan sekali gus
sasaran mereka akan ah apa mencapai objektif sasaran yang nak disampaikan lah
oleh guru.....(PA)
.....Justeru guru harus berkemahiran dan berkreativiti semasa
membangunkan slide atau quiznya supaya ia dapat mencapai objektif
sasarannya.....(PC)

4 Interaktif .....yang penting ianya menarik, interaktif, isi kandungannya disampaikan


dengan sempurna dan memberikan inspirasi kepada para pelajar.....(PB)
.....menyampaikan maklumat dengan berkesan dan interaktif arghh
mengikut target.....(PC)

5 Motivasi .....FrogPlay adalah aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan
gamifikasi untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.....(PB)
.....quiznya supaya ia dapat mencapai objektif sasarannya. Ia juga dapat
meningkatkan motivasi murid.....(PC)

6 Mensasarkan murid .....Guru juga harus mensasarkan murid yang berlainan tahap supaya dapat
yang berlainan tahap bersedia awal serta dapat menyediakan laman pembelajarannya.....(PA)
.....sesuatu topik tetapi arghhh merangkumi ataupun arghhh mesasarkan
pelajar yang berlainan tahap.....(PC)

7 Persediaan awal .....gunakan frog play atau tidak yang itu untuk penilaian sesi penilaian.
Guru juga harus mensasarkan murid yang berlainan tahap supaya dapat
bersedia awal serta dapat menyediakan laman pembelajarannya.....(PA)
.....pendidikan sebagai “changemaker” seperti yang diperkatakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025. Guru juga perlu bersedia awal sebelum PdPC.....(PB)
.....kemahiran arghhh pedagogi yang perlu ada semasa menggunakan
ataupun menjalankan PdPc FrogVLE ini ialah yang pertama arghhh
persediaan awal.....(PC)

8 Guru menyediakan .....Dalam aplikasi pembelajaran berasaskan permainan ini, murid boleh
laman pembelajaran belajar melalui kuiz-kuiz sambil bermain mini-game. Diri sini guru dapat
menyediakan laman untuk belajar pada bila-bila masa.....(PB)
.....maksud saya, persediaan amat penting semasa menjalankan FrogVLE
dan cikgu sebenarnya boleh menyediakan arghhh laman pembelajaran
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

477 | MEDC 2018

untuk menarik perhatian sesuatu topik......(PC)

9 Kreativiti .....Frog Play kemudian kita ada google drive ok ahh yang itulah. Dalam ini
guru harus berkreativiti dalam pengajaran mereka.....(PA)
.....pelbagai aktiviti yang dirancang oleh guru tertakluk kepada format-
format tertentu. Terpulanglah kepada kreativiti mereka dalam merancang
sesi yang terbaik.....(PB)

10 Berkemahiran .....kemahiran pedagogi guru membantukan meksudnya dalam Frog VLE


ini, yang pertama sekali mestilah berkemahiran maksudnya bagaimana
guru itu ok perlu ada kemahiran untuk menggunakan Frog VLE.....(PA)
serta berkemahiran dengan kuiz-kuiz dan permainan dalam
FrogPlay.....(PB)

Fasa II : Analisis Kuantitatif

Fasa kedua pula adalah dapatan daripada pengedaran soal selidiknya kepada 216 guru SKM
yang terdiri daripada 36 buah sekolah kurang murid di daerah Batu Pahat. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan nilai skor min dan sisihan
piawai bagi setiap soalan dalam elemen kemahiran pedagogi guru. Nilai skor min yang tinggi
akan menunjukkan persetujuan relatif di antara peserta kajian. Sebanyak 30 item telah
dikemukakan dalam borang soal selidik untuk mengetahui kemahiran pedagogi guru yang
dominan berbantukan aplikasi Frog VLE.
Secara keseluruhan (M= 4.33, SD= 0.59) menunjukkan tafsiran min adalah di tahap yang tinggi.
Elemen ‘persediaan awal’ merupakan item yang mendapat nilai min yang tertinggi dan
mempunyai tafsiran min yang tinggi (M= 4.38, SD= 0.59). Jadual 3.2 menunjukkan tafsiran
Skor Min elemen-elemen bagi kemahiran pedagogi guru berbantukan Frog VLE.

Jadual 3.2 : Tafsiran Skor Min Elemen Kemahiran Pedagogi Guru Berbantukan Frog VLE

Bil Elemen Skor Min Sisihan Tafsiran


Piawai Min
1 Menarik perhatian 4.36 0.59 Tinggi
2 Unsur gamifikasi 4.35 0.61 Tinggi
3 Mencapai objektif sasaran 4.30 0.59 Tinggi
4 Interaktif 4.36 0.61 Tinggi
5 Motivasi (ganjaran) 4.30 0.60 Tinggi
6 Mensasarkan murid yang berlainan tahap 4.27 0.57 Tinggi
7 Persediaan awal 4.38 0.59 Tinggi
8 Guru menyediakan laman pembelajaran 4.34 0.57 Tinggi
9 Kreativiti 4.33 0.58 Tinggi
10 Berkemahiran 4.28 0.60 Tinggi
Purata 4.33 0.59 Tinggi

Analisis lanjutan menggunakan ujian ANOVA satu hala menunjukkan F (df =3, 212) = 28.02,
manakala nilai p yang diperolehi adalah 0.00 iaitu p < 0.05. Ini bermakna Hipotesis Nol ditolak,
maka terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kemahiran pedagogi guru terhadap
umur. Oleh yang demikian, umur guru menjadi faktor yang boleh mempengaruhi kemahiran
pedagogi dalam meningkatkan kualiti semasa melaksanakan PdPc.

PERBINCANGAN

Hasil analisis kajian bagi persoalan kajian yang pertama menunjukkan terdapat sepuluh elemen
yang melibatkan kemahiran pedagogi guru berbantukan Frog VLE. Elemen yang pertama ialah
menarik perhatian. Menarik perhatian murid ke dalam PdPc adalah salah satu perkara yang
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

478 | MEDC 2018

sangat penting untuk pencapaian objektif seseorang guru, Noraini Ismail (2017). Jika murid
tidak memberi perhatian maka guru tidak dapat menjalankan proses PdPc sepertimana yang
telah dirancang. Guru perlu menarik perhatian dan minat pelajar supaya mereka dapat
memahami tajuk yang hendak disampaikan, Rofiah (2009). Pembelajaran dan pemudahcara
yang merangkumi penggunaan Frog VLE juga dapat menarik perhatian murid terhadap PdPc,
Mohd Shahril (2013). Guru perlu berusaha dan menangani pelbagai cara mengikut peredaran
masa untuk menarik perhatian pelajar terhadap PdPc untuk tempoh masa yang panjang. Guru
perlu mencari penyelesaian untuk jangka masa yang panjang supaya pembelajaran dan
pemudahcara berlaku secara berterusan.
Elemen yang kedua ialah unsur gamifikasi. Menurut Giang (2013), penggunaan
mekanisme permainan meningkatkan kebolehan untuk mempelajari kemahiran baru sebanyak
40%. Pendekatan gamifikasi membawa kepada tahap yang lebih tinggi dari segi komitmen dan
motivasi dari pengguna dengan aktiviti dan proses yang mereka terlibat. Gamifikasi adalah satu
pendekatan untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan mengunakan
permainan video atau unsur permainan dalam pembelajaran. Matlamatnya adalah untuk
memaksimumkan keseronokan dan penglibatan dengan menarik minat murid dan memberi
inspirasi kepada mereka untuk terus belajar. Frog VLE berdasarkan ICT moden, mewujudkan
prasarana yang baik bagi pelaksanaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Siti Nurhaliza (2017), konsep gamifikasi boleh diterapkan di dalam kelas bersama murid
menggunakan aplikasi atas talian. Terdapat pelbagai aplikasi di laman sesawang mengikut
citarasa, keperluan serta tahap dan hampir kesemuanya boleh digunakan bagi melaksanakan
konsep gamifikasi dalam PdPc pada hari ini, (Mohd Alam Saifudin 2017). Antara aplikasi yang
boleh digunakan bagi melaksanakan konsep gamifikasi dalam PdPc pada hari ini adalah seperti
kahoot, frogplay, quizizz dan lain-lain. Gamifikasi kini menjadi topik yang hangat diperkatakan
dalam pendidikan abad 21 dan adalah penting untuk diaplikasikan oleh semua guru di dalam
PdPc masing-masing.
Selain itu elemen mencapai objektif sasaran ialah satu penyataan yang telah ditentukan
yang perlu dicapai oleh pelajaran mengikut tahap-tahap tertentu. Objektif meliputi apa yang
dipelajari dan dikuasai. Sebelum menentukan objektif, guru perlu menentukan sasaran, Miller
(2000). Setelah menentukan sasaran, guru perlu berusaha untuk mencapai objektif yang telah
ditentukan mengikut sasaran, Sohib (2011). Setelah mencapai objektif, murid harus memahami
kemahiran, pengetahuan, perubahan, tingkahlaku, sikap dan perangai. Apabila guru memastikan
objektif sasaran, maka mereka dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan PdPc
dengan cara yang sistematik dan berkesan, Mohamad Johdi (2007). Seperti menentukan strategi
pengajaran, mengenalpasti bahan-bahan pengajaran, menentukan tugasan dan aktiviti yang
hendak dijalankan, menganggarkan bentuk penilaian serta menentukan masa dan ruang.
Seterusnya, pembelajaran interaktif ialah pendekatan pedagogi yang melibatkan hubungan
antara pemikiran aktif murid dengan kandungan yang menekan perhatian dan tujuan murid
belajar. Pendekatan ini juga menyediakan maklum balas segera yang murid boleh secara kendiri
menggunakan pengetahuan baru untuk meneyelesaikan masalah dan mereka mempunyai lebih
pilihan berkaitan dengan tugasan, Narzuki (2014). Antara contoh pembelajaran interaktif ialah
pembelajaran Frog VLE, simulasi dan aktiviti di makmal. pembelajaran interaktif menjana ke
arah kemajuan dalam diri murid, McDougall (2001). Interaktif dalam PdP melahirkan sifat
keyakinan dalam diri murid. Juga melahirkan murid secara menyeluruh dari segi JERI, Agnew
(2000). Guru-guru perlu menerapkan kaedah interaktif dalam PdPc masing-masing terutamanya
semasa menggunakan medium Frog VLE.
Elemen ganjaran merupakan satu insentif yang dapat memberikan motivasi kepada
murid untuk mencuba, mewujudkan rasa persaingan positif dan menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih seronok dan menarik. Pemberian ganjaran menjadikan PdPc lebih
berkesan, Brownell (2009). Ganjaran boleh diberikan kepada murid secara individu,
berpasangan dan berkumpulan. Perkara penting dalam konsep memberikan ganjaran ini ialah,
guru perlu memastikan bahawa murid faham akan sebab mereka mendapat ganjaran tersebut.
Ganjaran dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan kawalan kelas. Tindakan ini secara
tidak langsung turut meningkatkan minat murid terhadap PdPc. Pemberian ganjaran dalam PdPc
dapat mewujudkan keadaan yang lebih menyeronokkan dan juga dapat menarik tumpuan murid
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

479 | MEDC 2018

pada PdPc, Mohamad Khairudin Bajuri (2012). Pemberian ganjaran juga dapat membantu
murid-murid mematuhi peraturan kelas yang sedia ada. Selain daripada itu, pemberian ganjaran
juga dapat mengatasi masalah disiplin yang sering timbul semasa proses PdP. Ganjaran juga
dapat meningkatkan keberkesanan di dalam pembangunan emosi murid, Atherton (2011).
Mereka dapat melahirkan keyakinan diri dan sifat memberi pendapat dalam diri mereka sendiri.
Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan
Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada murid
dan ibu bapa mereka serta tahu apa keperluan murid bagi menjadi seorang guru yang baik, Mok
Soon Sang (2008). Setiap sekolah ataupun kelas terdapat murid yang berlainan tahap. Sebagai
seorang guru, perlu bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal bagi menghadapi murid yang
berlainan tahap supaya PdP lebih berkesan, Khairul Yusri (2007). Dalam elemen ini, guru perlu
mensasarkan murid-murid yang berlainan tahap ini dalam menyediakan rancangan pengajaran
harian serta dalam penyediaan BBM yang sesuai. Memandangkan zaman pembelajaran
sekarang merupakan zaman ICT, guru boleh menggunakan kaedah Frog VLE dalam
menguruskan murid-murid berlainan tahap,Ida Norini (2013). Selalunya murid-murid gemar
menggunakan alat-alat teknologi. Oleh yang demikian, guru boleh menyediakan tugasan dalam
Frog VLE dan meminta murid menyiapkannya dengan sendiri. Dengan ini, PdP guru juga
menjadi lebih berkesan serta dapat menarik perhatian murid terhadap PdPc.
Elemen persediaan awal memainkan peranan penting dalam kemahiran pedagogi guru.
Sebagai seorang guru tanggungjawab utamanya ialah persediaan awal sebelum masuk ke kelas,
Noor Din Maulud (2000). Guru, pastinya kita sedia maklum akan jumlah murid, kelakuan dan
pengetahuan anak didik masing-masing. Justeru, persediaan yang mencukupi sebelum masuk ke
kelas akan menjamin pembelajaran dan pemudahcara yang lebih berkesan, Norhaidi (2010).
Ramai guru yang masuk ke kelas dengan pelbagai persediaan termasuk bahan bantu mengajar.
Tidak kira apa pun yang di bawa masuk oleh guru di dalam kelas, yang penting pengisian dalam
pengajaran dan pembelajaran saling memberi manfaat terhadap guru dan murid. Zaman
sekarang lebih kepada ICT, oleh itu guru perlu menyediakan diri untuk menggunakan peralatan
ICT dalam proses PdPc. Seseorang guru itu perlu mahir dalam mengendalikan PdPc dengan
kaedah yang lebih canggih dengan pengaplikasian kemudahan ICT yang sedia ada di sekolah.
Pada masa sekarang semua sekolah mempunyai kemudahan Frog VLE. Ia memudahkan lagi
beban guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar, Omardin Ashaari (1999). Guru boleh
menyediakan sites dengan menggunakan pelbagai gambaran dalam sekelip mata. Guru tidak
perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini. Selain itu,
Frog VLE ini lebih menarik perhatian pelajar serta mereka lebih seronok mengambil bahagian
dalam PdPc.
Dengan peredaran masa yang pesat, guru perlu menyediakan laman pembelajaran
supaya PdPc lebih berunsurkan teknologi maklumat dan komunikasi. Penyediaan laman
pembelajaran merupakan satu peluang yang dapat membuka minda dan meningkatkan kualiti
instruksional guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih moden dan
bermakna. Dengan adanya Frog VLE di setiap sekolah, ia memudahkan lagi kerja guru untuk
menyediakan laman pembelajaran dalam masa yang singkat, Norazilawati (2013). Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk
sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan
laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya iaitu kebanyakannya guru
dan murid, Nurul Farhana (2013). Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global
yang berasaskan pengetahuan. Laman pembelajaran dalam Frog VLE adalah satu ruang yang
disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku
panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri
dengan kemahiran baru Frog, Mohd Aizuddin (2013).
Kreativiti dapat mengintegrasikan persembahan seni dan multimedia dalam
mempelajari sesuatu subjek, Molly (2015). Apabila guru menggabungkan kreativiti dalam PdPc,
maka murid dapat menjana pelbagai idea dan maklumat dalam subjek tersebut. Dengan
peredaran masa sekarang guru perlu mengamalkan PdPc berdasarkan kreativiti supaya PdPc
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

480 | MEDC 2018

lebih menarik dan lebih berkesan, Shahabuddin & Rohizani (2004). Ini dapat melahirkan murid
menyatakan idea mereka secara bebas berdasarkan sesuatu tajuk yang sedang diajar. Murid juga
digalakkan untuk berkongsi idea antara satu sama lain. Guru perlu kreatif dan inovatif
mempelbagaikan kaedah proses pengajaran dan pemudahcaraan PdPc, Chumo (2014), bagi
memudahkan kefahaman, sekaligus menarik minat murid meminati sesuatu subjek tertentu.
Guru tidak boleh lagi menggunakan kaedah lama kerana perubahan semasa menuntut mereka
mengadakan PdPc dengan kaedah yang lebih berkesan dan memudahkan murid untuk
berinteraksi serta berkomunikasi.
Guru perlu berkemahiran dalam kelas kerana berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga. Kemahiran berfikir guru bolehlah dirumuskan sebagai kecekapan
menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran
berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep, atau idea secara teratur dan
membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat dalam tindakannya tanpa dipengaruhi oleh
emosi. Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu atau
menyelesaikan masalah berkenaan. Apabila guru berkemahiran, mereka dapat berfikir untuk
mengatasi sesuatu masalah dalam bilik darjah ataupun PdPc tanpa sebarang raguan. Guru perlu
mempunyai pelbagai kemahiran supaya dapat menyesuaikan diri dengan peredaran masa ke
arah teknologi, Abdullah Hassan dan Ainon (2000). Kemahiran ICT perlu dikuasai oleh setiap
guru memandangkan PdP sekarang lebih dijalankan dengan penggunaan Frog VLE, Norizan
Ahmad (2003). Guru tidak boleh menggunakan kaedah lama, maka guru perlu lebih
menyediakan diri ke arah yang lebih globalisasi. Guru yang berkemahiran dapat melahirkan
murid yang berkemahiran aras tinggi, Aman Shah (2012).
Hasil analisis bagi persoalan kajian kedua mendapati bahawa elemen persediaan awal
berada di tahap yang tinggi dan ini menunjukkan bahawa guru mementingkan persediaan awal
dalam kemahiran pedagoginya. Elemen ini merupakan dominan bagi kesemua elemen yang
meneroka oleh penyelidik di mana mempunyai min skor yang paling tinggi. Menurut kajian-
kajian sebelum ini, persediaan awal sebelum PdPc telah memegang tempat pertama. Persediaan
awal seseorang guru yang akan menentukan objektifnya capai atau tidak. Persediaan awal
merangkumi pelbagai unsur dimana setiap guru perlu menerokai dengan lebih teliti. Persediaan
rapi sebelum sesuatu PdPc amat dititikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil
yang diperoleh adalah berkualiti dan dapat menepati sasaran yang telah ditetapkan. Biasanya
seorang guru itu perlu sangat bersedia untuk masuk ke kelas yang diajar. Kadangkala persediaan
itu berbeza. Guru perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai situasi dan pelbagai
jenis murid dalam bilik darjah. Persediaan awal seseorang guru itu akan menarik minat murid
terhadap PdPc. Dalam persediaan awal, guru perlu mempertimbangkan set induksi, langkah
pembelajaran, penutup serta bahan bantu mengajar yang hendak digunakan ketika PdPc
tersebut. Tedapat beberapa kepentingan persediaan awal dalam perancangan pengajaran. Di
antaranya ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan
pelajaran dan kebolehan murid. Selain itu, guru juga dapat menentukan pendekatan, stategi,
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu
guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga dapat memastikan semua
isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Disamping itu, persediaan awal
dapat memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran. Pendapat ini disokong oleh
Atan (1993) yang menyatakan dengan adanya persediaan awal, guru akan memikirkan dengan
tenang matlamat atau objektif, pemilihan isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar,
perancangan aktiviti dan persediaan penilaian.
Selain itu, persediaan awal penting dalam memberi keyakinan kepada guru-guru,
teutamanya guru-guru baru serta memastikan pengajaran lebih sistematik dan berkesan dari segi
pengawalan kelas, penggabungjalinan dan penyerapan secara terancang. Pandangan diatas
disokong oleh Mok Soon Sang (2002), dimana beliau telah memberikan beberapa kepentingan
persiapan persediaan awal termasuklah membolehkan guru mengajar dengan lebih
berkeyakinan. Oleh itu, sebelum memulakan PdPc seseorang guru harus bersedia dari aspek
mental dan fizikal. Persediaan awal penting bagi menghadapi sebarang keadaan dimana kita
tidak tahu sebarang kemungkinan dan situasi yang bakal terjadi. Bagi seorang guru, persediaan
awal amat penting dimana ia dapat menentukan tahap profesionalisme guru tersebut bagi
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

481 | MEDC 2018

memastikan kelancaran proses pengajaran dan mengelakkan keadaan yang tidak diingini
daripada berlaku terutamanya terhadap murid. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa elemen
persediaan awal memainkan peranan yang penting dalam kemahiran pedagogi guru. Dapatan
kajian membuktikan bahawa objektif bagi kajian ini berjaya dicapai apabila elemen-elemen
yang dihuraikan ini diadaptasi oleh guru semasa PdPc mereka kerana skor min dan peratusan
setuju yang tinggi dicatatkan berkenaan item-item yang diajukan.

KESIMPULAN

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran pedagogi guru berbantukan
Frog VLE dalam pembelajaran abad 21 di sekolah kurang murid (SKM). Berdasarkan hasil
dapatan kajian, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa dalam kemahiran pedagogi guru
berbantukan Frog VLE, terdapat sepuluh elemen kemahiran pedagogi guru yang ditemui oleh
penyelidik bagi membantu guru dalam pembelajaran abad 21. Elemen-elemen tersebut ialah
menarik perhatian; unsur gamifikasi; mencapai objektif sasaran; Interaktif; motivasi (ganjaran);
mensasarkan murid yang berlainan tahap; persediaan awal; guru menyediakan laman
pembelajaran; dan kreativiti. Menurut kajian penyelidik, elemen persediaan awal memainkan
peranan yang penting dalam kemahiran pedagogi di mana ia mempunyai nilai skor min
tertinggi. Ia disebabkan kebanyakkan guru membuat persediaan awal sebelum PdPc mereka
serta menitik beratkan elemen ini. Sebagai guru kita perlu buat persediaan sebelum masuk kelas.
Sebelum masuk kelas guru itu perlu sedia maklum kelas yang diajar, perancangan awal PdPc
siap sedia, memotivasikan murid, wajah ceria dan set induksi yang menarik. Bukan itu sahaja
kesemua elemen yang disenaraikani perlu dipertimbangkan oleh setiap guru apabila masuk ke
kelas untuk menjalankan proses PdPc. Semua elemen tersebut merupakan kunci utama bagi
menghasilkan PdPc yang efektif.
Selain itu, umur guru juga menjadi salah satu faktor yang boleh mempengaruhi
kemahiran pedagogi guru dalam meningkatkan kualiti semasa melaksanakan PdPc. Menurut
kajian penyelidik data menunjukkan bahawa guru yang berumur di bawah 30 tahun berada nilai
skor min tertinggi di mana mereka lebih mengamalkan elemen kemahiran pedagogi dalam PdPc
mereka. Mereka digolongkan sebagai guru novic atau pun guru baru yang sangat aktif dalam
kemahiran pedagogi berbantukan Frog VLE.
Oleh itu, Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan
murid-murid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi
daripada pelbagai sumber serta mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya
dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat
kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-
guru perlu melengkapkan diri kemahiran pedagogi tersebut bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad 21 ini. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan
komitmen yang tinggi sebagai bagi guru yang komited, segala cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya. Berdasarksn
keputusan dapatan kajian yang telah dijalankan, maka secara keseluruhannya objektif-objektif
bagi kajian ini telah tercapai.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

482 | MEDC 2018

RUJUKAN

1BestariNet (2013). Projek Perkhidmatan 1BestariNet : Virtual Learning Environment,


Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdullah, N. Mohamed Noh, N. , Nik Yusuff, N.A. & Rosnidar, M. (2013). Aplikasi
persekitaran pengajaran maya (frog vle) dalam kalangan guru sains. Jurnal Pendidikan
Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63-76.
Abdul Ghafar, M.N. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdul Rashid, A.R. Abdul Talib, A.A. Md. Din, M.G dan Mohamad Haron (1992). Panduan
Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Abd. Rashid, A.R. (5 Mac 1998). “Perspektif Pengajaran : Menilai Pengetahuan Guru”. Utusan
Malaysia.
Abd. Rashid, A.R (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ahmad, A.N, Mustaffa, M, Hussain, S.N. (2011), Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran; Satu Kajian Di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau, Melaka.
Akmaliah, Z., Lope, P. (1995). “Keupayaan Mengajar Teras Perdagangan Dan Keusahawanan
Di Kalangan Guru Matapelajaran Kemahiran Hidup : Dalam Pendidikan Guru
Cabaran, Falsafah Dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul”. Kertas Kerja
YKK Ke 9. Kajang : Masa Enterprise.
Alias Baba (1998). Pemetaan Konsep: Satu Strategi Pengajaran Pembelajaran Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Al-Mikhlafi, A.G. 2006. Effectiveness of interactive multimedia environment on language
acquisition skills of 6th grade students in the United Arab Emirates. International Journal
Media. 33 (4): 427-441.
Alsagoff, S.A. (1987). Teknologi Pengajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alwiah, S. ( 1992 ). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusuf
Hashim ( 1998 ) Teknologi Pengajaran . Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Aman Shah (2013). Persepsi guru terhadap pengintegrasian frog vle dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.SK Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya, Selangor.
Ashaari, O. (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pendidikan Guru (2010). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 5. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Balakrishnan, M. (2002). Penggunaan komputer oleh guru pelatih: Dahulu, sekarang dan
harapan masa depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan,
MPBL.
Boon, Y. & Ngatimin, S. (2011). Penggunaan makmal komputer dalam kalangan guru-guru di
sekolah kebangsaan zon Jementah, daerah Segamat dalam pengajaran dan
pembelajaran: Satu tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Educational, 3, 132-147.
Brown, S & McIntyre, D. (1993). Making Sense of Teaching. Buckingham: Open University
Press.
Chua, Y. P. (2008). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Ordinal Dan Skala
Nominal. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua Y. P. 2012. Asas Statistik Penyelidikan Buku 2 2nd ed. Malaysia: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Cochran, K. F., DeRuiter, J. A., & King, R. A. (1993). Pedagogical content knowing: An
integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44 (4), 263-272.
FrogAsia (2012), Gambaran keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna Guru, FrogVLE
Overview, Malaysia: FrogAsia Training.
Cohen, L. Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed. Ke-5.
London:Routledge falmer.
Creswell John. W. (2014) . Penelitian kualitatif & Desain Riset. Yogyakarta: Pustaka Pelajar
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

483 | MEDC 2018

Flanders, N. (1970). Analysing Teaching Behaviour. New York: Addison-Wesley.


Gary D. Shank (2006). Qualitative Research: A Personal Skill Approach. New Jersey: Pearson
Education, Inc.
Gay, L. R & Airasian, P. (2000). Eductional research: Competencies for analysis and
application. Ed ke-6. hlm. 135. New Jersey: Merrill.
Giang F. (2013). Gamification and Learning: A Review of Issues and Research. Journal of e
Learning and Knowledge Society. 1(1): 212-215.
Habib, A.R. & Badusah, J. (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran
di sekolah menengah. Dicapai pada 10 November, 2015, daripada
http://www.penerbit.ukm.my/jpend23-4.
Haji Ahmad, A. (1989). Pedagogi 1. Selangor: Longman Malaysia.
Hasyim, Y (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hew, T. S. (2014), Memahami Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Kajian Doktor
Falsafah. Universiti Malaysia, Selangor.
Hormachek, D. (1975). Characteristics of Good Teachers and Implication for Education in
Teaching Effectiveness. Englewood: New Jersey.
Ida Norini (2013). Kajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan konsep persekitaran
pengajaran maya frog (frog vle) di kalangan murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak.
Ishak, R. (2006). Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru-Guru Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Kelantan.
UTM: Tesis Sarjana Muda.
Jacobs, C.L & Ary, D., (1990). Introduction to research in Education. Orlando, Harcout
College Publisher.
Junus, N.F. (2013). Cabaran dalam mengimplementasi virtual learning environment (VLE)
Frog dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru di sekolah-sekolah di Malaysia.
Jurnal Pendidikan Malaysia.
Johari, H. & Abdul Rahman, H.R (2011). Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
John, W. Creswell (2009). Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Method
Approaches. Lincoln, SAGE Publication.
Keanes (1969). “Relationship Among Teacher Attitude, Student Attitude And Students
Achievement In Emplementary School Arithmetic”. University Of Florida : Tesis Phd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Pelan strategik interim Kementerian Pelajaran
Malaysia 2011-2020. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). 1BestariNet. Dicapai pada 20 November, 2015
daripada http://1Bestari.net/.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Khasiman, S.A (2013). Tinjauan awal penggunaan Frog VLE di sekolah. Daripada
http://sekolahpenandaaras.wordpress.com.
Konting, M.M. (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Krejcie, R.W & Morgan, D.W.(1970). Determing Sample Size For Research Activities,
Education and Pshycologycal Measurement. University of Minnesota, Duluth.
Kyriacou, C. (1986) Effective Teaching in Schools. UK: Simon and Schuster Education.
Lazarro, Y., Augnes S. and Inite P. (2011). Gamification of Learning and Educational Games.
Dibentangkan di 9th. International Scientific Conference e Learning and Software for
Education, Bucharest.
Merriam, S. (2004). Qualitative Research & Case Study Applications in Education. San
Francisco: Jossey – Base Publisher.
Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran pembelajaran melalui IT: e-learning dalam Ahmad
Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi dan Cabaran UTM,
Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

484 | MEDC 2018

Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan Profesionalisme Dalam Penggunaan Frog VLE. Daripada
http://www.slideshare.net/aizuddinbakar.
Mohd Noh, N. Hj Ismail, M.A & Ahmad, J. (2010). Tahap penerimaan inovasi EduwebTV
dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 3(5):118-128/.
Mohd Nordin, W.Z. (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia. Hala Tuju Masa Depan. Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Mok S.S. (2008). Murid dan Alam Belajar, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Morton, A. (1996). Integrating computers across the secondary school curriculum: The western
sydney experience. Dicapai pada 15 November, 2015, daripada
http://www.spirit.net.au/ACE96/papers/mouton.htm
Muda, M.A. (2013). Pelaksanaan VLE SK. Selayang. Daripada
http://www.iab.edu.my/kict2013/.
Multimedia Development Corporation (2007). Pengintegrasian kandungan Bahan-bahan
berasaskan ICT Di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur
Nordin, M.S. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.
Nokelainen, P. (2006). An empirical assessment of pedagogical usability criteria for digital
learning materials with elementary school students. Educational Technology & society, 9
(2), 178-197. Model Horila et.al(2002)
Nor Puteh, S. & Abd Salam, K.A. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran
dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1)(2011): 25-34
Patton, M. Q. (1980). Qualitative research methods. Dlm. Creswell, J. W. Research Design:
qualitative and quantitative approaches, hlm. 173-191. London:Sage Publication.
33(4):393-406.
Perrot. E. (1982). Effecting Teaching: A Practical Guide to Improving Your Teaching. London:
Longman.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Stephens, P. and Crawley, T. (1994). Becoming an Effective Teacher. Great Britain: Stanley
Thornes Ltd.
Sulaiman, E. (2003). Asas Pedagogi. Edisi Pertama. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Theen, P. B. & Ng Lee Yen Abdullah, M. (2008). Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 123–
140.
Volman, M. (2005). A variety of roles for a new type of teacher Educational technology and the
teaching profession. Department of Education, Vrije University. Netherlands.
Walter G. O & Walter, O. (1995). Education and Learning.
Yahaya, A. Hashim, S. Ramli, J. Boon, Y. dan Haman, A.R. (2007). Menguasai Penyelidikan
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like