You are on page 1of 17

1

TUTOR GURU
MANUAL PENGGUNA (Versi Tab)

PENGENALAN
Aplikasi Tutor Guru memberi kemudahan kepada guru untuk membuat persediaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui penciptaan Lembaran Kerja Digital (LKD) yang
mengandungi:

• Soalan untuk latihan


• Sumber rangsangan multimedia
• Jawapan soalan latihan

Terdapat 2 komponen utama bagi guru mengaplikasi Tutor Guru dalam pengajaran dan
pembelajaran:

A. Persediaaan Guru
B. Lembaran Kerja Digital

A. PERSEDIAAN GURU

Komponen ini membolehkan guru memilih soalan yang tersedia ada, memasukkan sumber
rangsangan dan memaparkan jawapan melalui fitur-fitur berikut:

a. Cipta lembaran kerja digital

Dalam proses mencipta lembaran kerja digital, guru boleh memilih:

(i) Tahap – UPSR, PT3 & SPM


(ii) Subjek – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
(iii) Bahagian – Topikal, kertas 1 dan kertas 2
(vi) Topik – mengikut topik yang disenaraikan
(v) Paparan soalan - memaparkan informasi jumlah keseluruhan soalan yang
tersedia ada dalam simpanan.

(Paparan soalan akan dibuat setelah menerima input soalan-soalan yang dipilih
oleh guru).
2

b. Siapkan lembaran kerja digital

Komponen ini membolehkan guru melakukan operasi melalui fitur-fitur yang terdapat
pada Lembaran Kerja Digital.

B. LEMBARAN KERJA DIGITAL

(i) Maklumat pengajaran – membolehkan guru memasukkan objektif


pembelajaran
(ii) Bank soalan – soalan-soalan yang dipilih oleh guru untuk pengajaran
(ii) Sumber rangsangan – guru boleh memasukkan bahan rangsangan
tambahan seperti arahan pengajaran, bahan rujukan teks, bahan grafik
(seperti gambar foto) menyisip video dari YouTube, dan melayari Google
untuk mencari maklumat terkini sebagai bahan sokongan.

(iv) Jawapan dan perbincangan – paparan jawapan untuk berinteraksi dengan


pelajar dalam bilik darjah

Bahan pengajaran yang dicipta boleh disimpan, dicetak, disunting atau dihapus.

NOTA PENTING

Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru mengikut kreativiti masing-masing dengan


menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Tutor Guru boleh dijadikan:

1. Aktiviti sokongan dalam bilik darjah dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
2. Guru boleh memaparkan ke skrin tayangan jika terdapat kemudahan
peralatan dan keperluan atau menggunakan PC.
3. Latihan dalam lembaran kerja yang dicipta boleh digunakan dalam kumpulan
untuk mewujudkan pembelajaran yang berasaskan 4C (Communication,
Collaboration, Creativity & Critical thinking).
4. Lembaran kerja digital yang dicetak (menggunakan laptop dan PC) boleh
dijadikan sebagai latihan individu dalam kelas atau sebagai latihan kerja di
rumah atau sebaliknya mengikut konsep flipped classroom.

Cepat, Mudah, Berkesan


3

PROSEDUR PENGOPERASIAN

LAMAN LOG MASUK TUTOR GURU

LANGKAH PERSEDIAAN

Log masuk
1. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan dan sentuh Log Masuk

1
4

Laman Persediaan Guru (Laman Utama Tutor Guru)


2. Sentuh untuk mencipta Lembaran Kerja digital. Anda akan dibawa ke laman
Bank Soalan
3. Senarai Lembaran Kerja Digital yang telah dilaksanakan dipaparkan (untuk
pertama kali membina lembaran kerja, ruang ini kosong)

LAMAN UTAMA TUTOR GURU

Urusan pentadbir Keluar ke laman Log Masuk

Laman Utama

Muat turun manual pengguna 2


3

Langkah seterusnya ialah mencipta Lembaran Kerja Digital – memilih Tahap, Subjek, Bahagian, Topik,
Soalan, dan Sumber rangsangan.
5

Mencipta Lembaran Kerja Digital – Bank Soalan


4. Sentuh pada ruang “Tahap” “Subjek” “Bahagian”dan “Topik” untuk pemilihan anda
5. Masukkan jumlah soalan yang ingin dipaparkan dan sentuh “GO!”

Contoh:
Pilih Tahap Pilih Subjek

Pilih Bahagian Pilih Topik


6

Memilih Soalan
o 10 soalan akan dipaparkan (atau mengikut jumlah yang dikehendaki)

Anda masih boleh memilih soalan-soalan yang ingin dijadikan latihan kepada murid:

6. Sentuh pada kekotak “Pilih soalan ini” sebagai tanda anda ingin memilih soalan yang
dipaparkan
7. Sentuh untuk memilih soalan-soalan lain dan ulang langkah di atas
8. Sentuh “Siapkan Lembaran Kerja Digital” untuk meneruskannya

6
7

• Maklumat Pengajaran
9. Sila catatkan objektif pengajaran pada ruang ini untuk memudahkan rujukan anda (anda
boleh juga gunakan teknik “salin dan tampal”
10. Sentuh pada simbol ini untuk melihat soalan-soalan yang telah dipilih Sentuh pada
simbol pada “Sumber Rangsangan” untuk menambah bahan pengajaran

8
9
8

Sumber Rangsangan
11. Fitur ini membolehkan anda menyisip video dari YouTube, imej atau bahan maklumat
dalam bentuk teks dari laman sesawang yang lain

Contoh:

Menyisip klip video:


11. Sentuh pada cari video
12. Kekotak Carian Video YouTube dipaparkan. Anda boleh buat carian klip video yang
diingini
13. Sentuh pada video klip yang dipilih dan ia muncul di ruang kanan.
9

14. Sentuh beberapa ketika pada klip video dan beberapa teks arahan muncul. Sentuh Copy
video URL. Tutup kotak carian
15. Sentuh pada simbol YouTube
16. Muncul satu kotak maklumat dan tampalkan URL klip video tersebut pada Paste
You Tube Video URL
17. Sentuh OK

`
10

18. Klip video dipapar


19. Sentuh “Simpan Lembaran Kerja”

Catatan
(Anda boleh hapuskan (delete) klip video ini dengan menyentuh butang “backspace”
pada peranti papan kekunci dengan meletakkan “curser” di sebelah kanan klip video
tersebut)
11

Menyisip gambar

20. Sentuh pada “Cari Gambar”


21. Engin pencari maklumat google dipaparkan. Masukkan maklumat yang hendak
dicari. Imej dipaparkan, sentuh beberapa ketika pada imej yang ingin dipilih,
kekotak arahan mucul

Atau

22. Sentuh beberapa ketika “open image” atau “open image in new tab”
12

23. Sentuh beberapa ketika pada maklumat data dan arahan muncul.

Atau
13

24. Sentuh “Copy”


14

25. Balik semula ke ruang Sumber Rangsangan dan sentuh ikon gambar.
26. Tampal pada ruang URL
27. Boleh masukkan angka untuk mengubaj saiz gambar pada ruang “Lebar” contoh 300 dan
angka ruang Tinggi akan masuk secara sendiri.
28.

Contoh menyisip teks


Boleh dilaksanakan dalam 2 cara
28. Menulis terus dalam ruang dengan menggunakan fitur yang ada pada
paparan.
29. Menyalin dari mana-mana sumber dan menampal

Menulis terus dalam ruang. Anda boleh mengubah saiz, warna dan sebagainya pada teks. Anda juga
boleh memasukkan simbol serta mencipta jadual. Anda perlu meneroka fitur yang ada di dalamnya.
15

Anda boleh menyalin (copy) dari mana-mana sumber dan kemudian tampal (paste) pada ruang yang
disediakan.)

30. Sentuh pada ikon ini dan kekotak teks akan dipaparkan

31. Sentuh dan tampal (paste). Teks yang disalin akan dipaparkan di ruang tersebut.
16

32. Sentuh OK dan teks akan dipaparkan di lembaran kerja


33. Sentuh “Simpan Lembaran Kerja Digital ” untuk menyimpan lembaran kerja yang telah
siap .

Lembaran Kerja Digital ini disenaraikan dalam Senarai Lembaran Kerja Digital dan ia boleh disunting
dan dihapuskan.

Senarai Lembaran Kerja Digital

Petunjuk: 1- Memulakan pengajaran dengan menggunakan lembaran kerja yang dibina.


2 - Menyunting lembaran kerja yang dibina.
3 - Menghapus lembaran kerja yang dibina.
17

Mencetak Lembaran Kerja Digital & memaparkan ke LCD

Anda boleh lakukan pada perkakasan yang sedia ada (Laptop & PC)

Anda boleh mencetak Lembaran Kerja Digital. Cetakan dibuat berdasarkan paparan yang dibuka.
(soalan, bahan rangsangan atau jawapan atau ke semuanya sekali)

You might also like